Tomok Lepas Tekanan Di Spa

1 Jan

TIADA peliknya lelaki berkunjung ke spa untuk mendapatkan rawatan. Tidak perlu salah faham menganggap spa hanya untuk wanita kerana rawatan tertentu buat golongan adam juga disediakan.

Begitulah penjelasan Tomok mengenai kunjungannya ke D’Lugano Spa sebagai mengisi masa santainya bagi melepaskan tekanan kerja.

Spa cantik milik pelakon Diana Rafar dan beroperasi di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor sejak tiga tahun lalu menjadi pilihannya.

Selain Tomok, spa ini turut menjadi tumpuan ramai selebriti yang sudah merasai keberkesanan rawatan herba yang disediakan pekerja mahir.


Antara selebriti itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Fazura, Farah Fauzana dan Raja Azura.


Bercerita lanjut mengenai rawatan yang terdapat di situ, Tomok yang berkunjung ketika tidak terikat dengan aktiviti nyanyian baru-baru ini, disambut mesra tiga staf D’ Lugano Spa termasuk pengurusnya, Rina Amir.

Konsep Bali yang ditampilkan turut menimbulkan perasaan tenang di kalangan pelanggan. Spa ini hanya beroperasi dari Isnin hingga Sabtu dan ditutup pada hari minggu.

Sebaik sampai, Tomok diberi minum air serai bertujuan menyegarkan tubuh badan. Selepas itu, barulah dia menjalani rawatan kuku kaki atau pedicure.

Ratawan ini bertujuan membuang kulit di sekitar jari yang sudah mati. Ia cukup disenangi pelanggan lelaki kerana spa ini menyediakan pekerja lelaki atas permintaan.

Antara pelanggan selebriti lelaki yang rajin berkunjung ialah Zizan Nin dan Kifli. Rawatan yang biasanya dilakukan untuk lelaki ialah refleksologi, urutan badan, ‘cream bath’, bekam dan rawatan muka.

Untuk pelanggan lelaki, jika rawatan membabitkan bahagian luaran, ia akan dibuat pekerja wanita, tetapi jika membabitkan urutan dan bekam, ia dilakukan pekerja lelaki.

Pelanggan perlu buat temujanji sebelum datang kerana pekerja mahir berkenaan perlu dihubungi terlebih dahulu. Difahamkan, kaum lelaki memang menggemari rawatan bekam kerana ia membuang darah kotor yang terdapat dalam badan.

Nampak mudah, tapi sebenarnya rumit kerana rawatan kuku yang dilakukan terhadap Tomok mengambil masa lebih 30 minit untuk selesai.

Kata Rina, rawatan uniseks yang disediakan mengambil masa dua jam mengikut pakej disediakan.

Tomok yang ditemui sebaik selesai menjalani pakej rawatan berkata, selalunya dia akan menghabiskan masa santai dengan bermain bola sepak dan futsal.

Bagaimanapun, apabila mencuba rawatan di spa, dia terus tertarik dan menjadikannya rutin apabila ada kelapangan.

“Walaupun jarang, sesekali saya tetap ke spa untuk buat urutan kaki, rawatan kuku dan urutan badan. Apabila sudah penat bekerja, badan juga perlukan rawatan dan spa adalah cara terbaik untuk melegakan tubuh badan serta menenang

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: