Archive | Abhishek Bachchan RSS feed for this section

Aishwarya Model Barbie Bollywood

25 Mar


Aishwarya Rai

LONDON: Kecantikan yang dimiliki bintang Bollywood, Aishwarya Rai mendapat perhatian apabila wajah bekas ratu cantik dunia itu bakal diabadikan sebagai model terbaru patung Barbie.

Rai yang pernah memenangi Ratu Dunia 1994 semakin mendapat perhatian apabila turut berlakon dalam filem Hollywood termasuk Bride and Prejudice, Mistress of Spices, The Last Legion dan terbaru Pink Panther 2 bersama aktor Steve Martin.

Beliau diibaratkan menjadi ahli keluarga diraja Bollywood apabila mengahwini anak pelakon bintang filem paling popular India, Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan.

Pemilihan sebagai model Barbie meletakkan pelakon berkenaan sebaris diva Hollywood yang turut menjadi model patung berkenaan seperti Beyonce dan Elizabeth Taylor. – Agensi

Berita Harian

Advertisements

Laman Web Perkecil Peranan Aishwarya

4 Feb


AISHWARYA Rai diberi watak kecil dalam Pink Panther 2.

NEW YORK: Promosi Pink Panther 2 memberi peluang kepada aktres Bollywood, Aishwarya Rai, menghadiri semua tayangan perdana di seluruh dunia, meskipun memegang peranan kecil dalam filem itu.

Sebuah laman web memperkecil-kecilkan pelakon itu dengan berkata: “Lupakan saja peranan kecilnya dalam filem ini. Kita semua tahu, ia adalah filem Steve Martin dan peranan Ash (nama jolokan Aishwarya), tidaklah begitu banyak.

“Anggapan itu tidak diambil pusing oleh Ash yang kini bersedia menghadiri tayangan perdana di banyak bandar raya di seluruh dunia bermula dengan New York,” kata laman web itu.

Suami, Abhishek Bachchan, juga berada di New York. Mereka akan menyambut ulang tahun Abhishek esok dengan disertai ibu serta bapa mentua, Jaya dan Amitabh.

Selepas itu, Ash akan menuju ke Eropah termasuk Paris, Madrid serta Moscow, Russia untuk meneruskan promosi The Pink Panther 2 dalam 15 hari akan datang, dengan destinasi terakhir di pesta filem Berlin.

Sementara itu, Aishwarya dilaporkan enggan menerima anugerah penghargaan oleh kerajaan Perancis kepadanya semata-mata kerana bapanya sedang sakit.

Aktres itu dilaporkan terpaksa menolak untuk hadir ke majlis penganugerahan ‘Officer Dan Ordre Des Arts Et Des Lettres’ itu sehingga bapanya benar-benar pulih untuk bersamanya ke Paris.

“Terima kasih, tapi bukan sekarang,” Ash dilaporkan memaklumkan perkara itu kepada kerajaan Perancis selepas anugerah awam kedua tertinggi itu menamakan beliau sebagai antara calon yang akan menerima.

Aktor Hollywood, Meryl Streep dan Robert Redford sebelum ini turut menerima anugerah itu, selain Shah Rukh Khan. – Agensi

Berita Harian

Kareena Puji Aishwarya

8 Jan


Kareena Kapoor

Aktres kagum bekas Ratu Dunia berjaya urus kerjaya selepas kahwin

MUMBAI: Aktres Kareena Kapoor yang tidak mempunyai hubungan baik dengan bekas Ratu Dunia, Aishwarya Rai, dan keluarga Bachchan, kini dilaporkan berusaha memulihkan keadaan dan menegaskan beliau tidak mahu lagi mengingati perkara yang sudah berlalu.

Malah pelakon itu menjadikan Aishwarya sebagai contoh dan mengakui tertarik dengan keupayaan Aishwarya menguruskan dirinya selepas berkahwin.

“Aishwarya nampaknya menjadi begitu teliti selepas berkahwin dengan Abhishek Bachchan. Beliau menguruskan kehidupan peribadi dan profesionalnya dengan baik. Beliau juga amat teliti mengenai filem dan pengarah,” katanya.

Dalam laman web OneIndia, Kareena dilaporkan mengikuti perkembangan karier jejak langkah menantu Amitabh dan Jaya Bachchan itu dan berkata ia adalah jalan yang akan diikutinya selepas berkahwin.

Sumber berkata, ia menunjukkan Kareena begitu serius untuk berkahwin dengan kekasihnya, Saif Ali Khan tetapi menegaskan ia cuma tidak akan berlangsung dalam masa terdekat kerana jadualnya ketat sehingga 2010.

“Saif pula sedang dalam menyiapkan sebuah pangsapuri istimewa dan cuma akan lengkap menjelang tahun 2010,” katanya.

Hubungan Kareena dan keluarga Bachchan mula keruh berikutan perpisahan Abhishek dan kakaknya, Karisma, empat bulan selepas mengumumkan pertunangan mereka. Walaupun Kareena menafikan perkara itu, media terus menyiarkan laporan keengganan Abhishek berlakon bersamanya. – Agensi

Berita Harian

Serangan Bollywood 2009

3 Jan


SEKUEL yang dinanti sejak 2002, Raaz – The Mystery.

SEBAIK sahaja tahun 2008 menghilang, sesuatu yang segar menjelang 2009 ini berlaku dalam industri perfileman kedua terbesar dunia, Bollywood.

Dicetuskan kejayaan box-office dua buah filem, Rab Ne Bana Di Jodi dan Ghajini, Bollywood kini melihat ke depan untuk menghasilkan produk-produk berkualiti yang bakal menarik penonton menyerbu ke pawagam.

Daripada filem bajet rendah dan sekuel filem seram sehinggalah filem drama period serta beberapa filem mega bajet, industri filem Hindustan pada tahun ini bakal menawarkan kepelbagaian.

‘Serangan’ bermula dari Disember lalu dengan penayangan dua filem Khan – Shah Rukh Khan dalam filem Rab Be Baba De Jodi dan Amir Khan menerusi Ghajini. Kedua-dua karya ini telah membantu membangkitkan industri perfileman Bollywood.

Para pembikin filem berharap untuk mengatasi trauma global terutamanya selepas reputasi India terjejas akibat serangan pengganas Mumbai dengan pakej 30 filem pada suku pertama 2009.

Walaupun tiada filem dijadual ditayangkan pada minggu pertama, minggu kedua 2009 akan digemparkan dengan enam filem bajet rendah iaitu Bad Luck Govind, Horn Ok Pleassss, Kaashh… Mere Hote, Khallballi – Fun Unlimited, 42 Kms… dan The President Is Coming.

Pakar dalam industri telah meramalkan bahawa pasaran filem Hindustan akan mampu mengejar momentum dengan penayangan filem komedi aksi arahan Nikhil Advani, Chandni Chowk to China, pada 16 Januari ini.

“Memang diakui industri filem Bollywood sedang melalui masa yang sukar tetapi Rab Ne Bana Di Jodi dan Ghajini telah berjaya menjana nafas baru. Filem-filem ini telah meningkatkan harapan untuk menghasilkan karya berkualiti berlainan setiap minggu sepanjang tahun 2009,” kata salah seorang pengedar filem di Delhi, Joginder Mahajan.

Ini juga merupakan kali pertama beberapa pengarah dan pelakon India-Amerika membikin filem di India seperti Varun Khanna (Bad Luck…), Kunal Roy
CHANDI CHOWK TO CHINA antara filem bulan Januari Bollywood yang dijangka bakal pecah panggung.

Kapur (The President Is Coming), Nandita Das (Firaaq) dan Zoya Akhtar (Luck By Chance).

Tahun ini, penonton juga berpeluang menyaksikan sekuel yang dinanti-nantikan sejak tahun 2002, Raaz – The Mystery Continues. Filem yang memenangi pelbagai anugerah Slumdog Millionaire yang diadaptasi daripada buku tulisan diplomat India, Vikas Swarup juga akan menemui penonton tahun ini.

Filem karya Anurag Kashyap, Dev.D pula bakal ditayangkan pada 6 Februari dengan kandungan cerita Devdas versi moden. Sementara itu, pada 13 Februari, audiens akan menyaksikan Shah Rukh Khan berganding dengan Irfan Khan dalam filem arahan Priyadarshan, Billu Barber.

Senarai filem tahun 2009 akan diikuti dengan naskhah yang dinanti-nantikan mengenai autobiografi Rakeysh Omprakash Mehra, Delhi-6, yang dibintangi oleh Amitabh Bachchan, Abhishek Bachchan dan Sonam Kapoor. Turut menyinari pasaran perfileman India adalah filem lakonan Salman Khan dan Kareena Kapoor, Main Aur Mrs Khanna.

Filem period arahan Ketan Mehta, Rang Rasiya (Colours of Passion) yang mengisahkan kehidupan tukang cat, Raja Ravi Varma akan menemui penonton pada 27 Februari depan.

Bulan Mac pula akan menyaksikan seleksi filem daripada Shortcut – The Con Is On, Dhoondte Reh Jaaoge, Kaminey, Karma Aur Holi, Gullal, Kissan dan New York.

Tahun lalu hanya enam buah filem Bollywood meraih kejayaan box-office daripada 127 filem yang diterbitkan. Angka ini telah menyebabkan industri perfileman Bollywood kerugian besar. Namun, menurut ramalan, berdasarkan senarai filem untuk tahun ini, kutipan domestik dan antarabangsa dijangka meningkat.

Kosmo

Live Earth Concert In Mumbai Cancelled

1 Dec

MUMBAI : Live Earth India, a massive concert promoting environmental awareness has been cancelled due to the wave of terror attacks in Mumbai.

Celebrities from around the globe such as Pink Floyd legend Roger Waters, rockers Bon Jovi, Black Eyed Peas frontman will.i.am and Indian rapper Hard Kaur were scheduled to perform on December 7 at a Mumbai stadium.

Bollywood stars, including actors Amitabh Bachchan, his son Abhishek Bachchan and daughter-in-law Aishwarya Rai, Hrithik Roshan and Preity Zinta were also due to perform.

A joint statement released by the organisers which includes former US vice-president Al Gore, said that everyone involved with the concert was “stunned and saddened by the tragic events” in which gunmen attacked two luxury hotels and several major sites, with at least 195 dead and scores injured in the siege.

“Together, we will continue to work for solutions to the climate crisis for the good of the people of India and around the world,” the organisers said.

“But for now, our thoughts and our prayers are with the victims of this terrible attack, with the bereaved, with the people of Mumbai and with everyone across India.”

Last year’s Live Earth concerts were a musical extravaganza, with seven concerts spanning four continents, featuring 150 acts performing over a 24-hour period.

Live Earth India’ proceeds would have been channeled to charities in the country.

– CNA/jk

Channel News Asia

Kisah Filem Aishwarya Dan Abhishek

21 Sep

PEMBUAT filem, Rajiv Menon baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk membuat filem yang diterbitkan pada tahun 1973, Abhimaan yang akan dibintangi pasangan Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan. Namun, khabar angin mengatakan projek tersebut tidak berjaya. Penerbit asal filem ini, Pawan Kumar dikatakan tidak bersedia memberikan hak cipta filem tersebut.

Filem asal ini dibintangi Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan. Kumar yang kini sedang sibuk dengan projek lain, setahun yang lalu pernah mendekati pasangan suami isteri Bachchan (Abhishek and Aishwarya) untuk peranan utama dalam filemnya, namun tidak mendapat maklum balas daripada mereka.

Kumar yakin tema Abhimaan masih relevan hingga sekarang iaitu mengisahkan pasangan suami isteri bekerja di bidang yang sama dan isteri lebih sukses daripada suaminya. Senario tahun 1973 itu telah mendapat sedikit penambahan konteks masa kini. Kumar tidak mungkin mendekati Ash dan Abhi untuk peranan utama di filem itu.

Jadi, jika segala sesuatu berjalan sesuai dengan rancangan, Ash dan Abhi akan tetap menjadi watak utama penerbitan semula filem Abhimaan tetapi dengan produser dan sutradara yang lain.

Utusan Malaysia

Abhishek Terselamat Daripada Letupan

21 Sep

BEBERAPA bintang Bollywood yang berada di New Delhi dikejutkan dengan huru-hara yang berlaku di kota itu baru-baru ini. Kebetulan ketika peristiwa itu berlaku, Abhishek Bachchan berada hanya beberapa kilo meter dari tempat letupan yang terjadi di Connaught Place.

Dalam pada itu, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor juga terpaksa membatalkan rancangan mereka bersiar-siar ekoran letupan di Delhi pada hari Sabtu lalu.

Abhishek tiba di Delhi untuk menghadiri beberapa majlis termasuk promosi filem Drona, penggambaran filem Dilli 6 dan iklan terbarunya. Abhishek khabarnya pergi ke tempat berlangsungnya majlis di Connaught Place hingga larut malam ketika letupan berlaku di Barakhamba Road. Nasib menyebelahi suami Aishwarya Rai, kerana letupan berlaku selepas beberapa minit dia melalui kawasan tersebut.

Utusan Malaysia