Archive | Akademi Fantasia 6 RSS feed for this section

Artis, GengMurai Tertarik Dengan Igor

1 Nov

KUALA LUMPUR, 1 NOV 2008: Seperti yang dijanjikan, Tayangan Perdana animasi terbaru dari Hollywood, Igor, berjaya dianjurkan di pawagam Cathay Cineleisure, Damansara, malam kelmarin, 30 Oktober 2008.

Majlis tambah meriah dengan kehadiran artis popular seperti bintang Akademi Fantasia 6 (AF6) seperti Nubhan, Nadia, Toi serta pelakon Liyana Jasmy, Tam Suhaimi, Farish Aziz, Sherry Ibrahim dan penyanyi yang membuat comeback, Alyah. Tidak ketinggalan produser Raja Azmi dan pengarah Shadan Hashim.

Majlis anjuran bersama Tayangan Unggul Sdn Bhd, X Fresh dan murai.com.my itu juga mengundang sejumlah 20 GengMurai dan pasangan mereka untuk sama-sama bermesra dengan artis.

Animasi Igor yang menggunakan suara John Cusack mengisahkan persaingan antara saintis di sebuah bandar dalam mencipta rekaan yang ‘jahat’.

Kesemua penduduk di bandar itu telah diracuni fikiran mereka oleh pemerintah supaya memperjuangkan kejahatan sehinggalah seorang pembantu saintis yang bongkok, Igor dengan tidak sengaja ‘mencipta’ seorang wanita yang berjiwa baik bernama Eva. Sejak Eva muncul, ia membawa banyak perubahan dalam kehidupan Igor dan rakan-rakannya.

Filem menarik ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam tidak lama lagi dan jangan lepaskan peluang menontonnya.

Murai

Advertisements

Betul Ke Nubhan Mula Pilih Bulu?

21 Oct

Sejak habis Akademi Fantasia 6 (AF6) populariti pemenang tempat ketiga, Nubhan semakin menjadi-jadi. Sana-sini cerita Nubhan terpampang termasuk menjadi penghias muka depan majalah.

Bukan itu saja, sempena lebaran tahun ini, Nubhan turut mendapat tempat untuk bermacam program hari raya. Pihak Astro sendiri turut menerbitkan drama istimewa tentang dirinya.

Pun begitu, cerita yang tidak sedap dengar adalah Nubhan semakin demand bersikap pilih bulu. Ada pula pihak mengatakan Nubhan dikongkong dan dipaksa menerima undangan show tertentu walaupun masih belum pulih dari sakit belakangnya.

Selain itu, gara-gara drama raya Ada Cinta Di Hari Raya, gosip Nubhan tersebar mengatakan dia bercinta sakan dengan juara AF6, Stacy. Apa respon Nubhan terhadap semua isu ini? Adakah ia untuk tujuan publisiti?

Jom tontoni video esklusif Nubhan yang ditemui murai.om.my dalam segmen Jangan lari!

 

Murai

Ayu's The One

15 Oct

Norayu credits her parents for her success.

Norayu Damit may be a Bajau girl made good but, as DENNIS CHUA finds out, the One In A Million Season 2 winner has not allowed success to go to her head.

REALITY talent show star Norayu (Ayu) Damit may have won RM1 million (before the age of 20 at that!), but the lass is not about to be carried away.

The 19-year-old reigning champion of One In A Million Season 2 (OIAM2) from Putatan in Penampang, Sabah, sees her monetary gain as an investment for the future.

“Some RM200,000 went to me and my family, while the rest was used to produce my albums and for other professional activities. Since winning the competition, I’ve had to work hard but I’m enjoying every bit of it,” she said.

Besides working on her debut album that is likely to be launched at the year’s end, Ayu has been involved in roadshows and carnivals organised by TV3 and 8TV, most notably TV3’s Konsert Jom Heboh.
“My album will be ballad-oriented. There’s also R&B and pop-rock in it. Among the composers and lyricists involved are Ajai, Audi Mok and Aubrey Suwito,” she said.

Ayu’s hit single, Hanya Di Mercu, composed by Aubrey and written by Habsah Hassan, is currently riding high in the local charts.

While the petite Bajau girl is celebrated as a pop icon in her home state, she credits her seniors from reality talent shows and TV talent searches as the “real icons” and trail-blazers.

They include Peter Dicky Lee and Azharina Azhar of Bintang RTM, Nikki Palikat of Malaysian Idol, Adam Mat Saman, Ekin Rahman and Stacy Anam of Akademi Fantasia, and Pija Yasin and Fiq Halim of Mentor.

“Peter has been a wonderful vocal coach and he is still guiding me. Nikki, Adam and Fiq are very caring and always advise me to keep healthy and ‘be myself’,” she said, adding that her favourite singers are Amy Search, Kris Dayanti, Azharina, Jaclyn Victor and Ning Baizura.

The eldest of five siblings, Ayu has been singing since she was 14.

Born and bred in Kampung Ketiau, she studied in Sekolah Menengah Putatan and participated in district-level singing contests before “graduating” to hotels in neighbouring Kota Kinabalu.

Her aunt, Saodah Mutih, is a veteran singer, who performs with the Sabah Customs Department’s musicians.

“I was in Form Two when I first sang on stage. The earliest songs I remember singing were Tiada Lagi and Mayang Sari,” she said.

Ayu performed with various groups in hotel lounges after completing her SPM exams in 2006.

In the same year, she competed in One In A Million Season 1 (OIAM1), but did not make it past the Top 40.

Nevertheless, judges Paul Moss and Syafinaz Selamat were impressed by her vocal prowess and invited her to sing at the show’s finals.

A year later, Ayu took part in the ntv7 talent search show MyStarz LG and made it to the Top 25. This was followed by OIAM2.

Ayu credits her parents Damit Osiri and Jaminah Mutih as her biggest fans and critics.

“They have always been there for me and never failed to give me feedback on my weekly performances,” she said.

Her parents, she said, keep reminding her that she comes from a family of “fighters”.

So it’s not surprising that Ayu’s strong fighting spirit propelled her from an OIAM1 reject to an OIAM2 champion.

Ayu’s victory led to some of her rakan kampung from Kota Kinabalu winning popular reality talent shows this year.

Stacy, who also participated in OIAM2, won Akademi Fantasia 6 while One Nation Emcees won Gang Starz 2.

“It’s been an amazing year for Kota Kinabalu talents, and I’m so happy for Stacy and the One Nation boys. I’d love to collaborate with them soon,” she said.

Ayu aspires to one day write her own songs, host entertainment shows and appear in television series.

“If I were to further my studies, it’ll be in music and the performing arts,” she said, adding that she would also love to master the piano.

Ayu sees reality shows as a healthy development in the music industry.

“Reality talent shows introduce East Malaysian talents to the rest of the country, thus promoting national unity. That’s why I’m all for them,” she said.

Ayu is gradually mastering both Bahasa and the English language.

“I still have a long way to go, but with 8TV’s guidance, I’m slowly picking up these languages,” she said.

New Straits Times

AC Mizal, Rakan Kongsi Buka Restoran

22 Sep

KUALA LUMPUR,  22 SEPT 2008:  Selepas bergelar penjual gelang yang berjaya, hos Akademi Fantasia 6 (AF6), AC Mizal kini membuka restorannya sendiri, dikenali Zucchero Cafe.

Memilih Warisan Cityview, Jalan Cheras sebagai lokasi restoran pertamanya itu, AC mengusahakan perniagaan itu bersama 3 lagi rakan kongsinya, Fairuz Razi Zakaria, Alex Liew dan Adam Rahman bagi merealisasikan impiannya untuk bergelar pengusaha restoran.

Ditemui ketika majlis berbuka puasa sempena perasmian restoran berkenaan, AC berkata, Zucchero  (sebutannya Zukiro) menawarkan hidangan bercitarasa tempatan dan juga barat yang sering menjadi pilihan pengunjung.

Bukan sekadar menunya yang ringkas tetapi menarik, malah jelas AC, dia mahu menjadikan restoran itu sebagai tempat berhimpun golongan artis tempatan sama ada untuk menjamu selera ataupun bertukar pendapat.


“Seperti juga perniagaan gelang di mana saya mengajak golongan artis membelinya, restoran ini akan menjadi tempat golongan artis berkumpul yang mana mereka boleh menikmati diskaun menerusi kad VIP. Tempat ini juga akan dijadikan lokasi penggambaran drama malah ramai rakan artis bercadang untuk mengadakan penggambaran di sini.

“Lagipun saya sangat faham dengan kehendak rakan artis kerana saya juga penyanyi, pelakon dan artis seperti mereka. Jadi kepada siapa yang ingin membuat penggambaran di sini, saya memang mengalu-alukan,” katanya.

Kata AC, minat untuk membuka restoran miliknya sendiri sudah lama terbuka. Bagaimanapun peluang demi peluang yang dimilikinya selepas menjalankan perniagaan gelang tangan, membuatkannya lebih berani menceburi perniagaan berasaskan makanan.

Menelan belanja keseluruhan sebanyak RM300,000, Zucchero Cafe mampu memuatkan lebih 100 tetamu dalam satu-satu masa dengan waktu operasi dari jam 11 pagi hingga 1 pagi (selepas tengah malam). Katanya, lokasi Zucchero Cafe yang terletak di pinggiran bandaraya Kuala Lumpur dan persekitaran kondominium membuatkan AC bersama rakan kongsinya itu berminat memilih lokasi berkenaan.

Tambahnya, Zucchero yang diambil dari perkataan Itali yang bermaksud gula, turut menawarkan hidangan dari negara Eropah itu seperti Seafood Spaghetti. Bagi mereka yang inginkan menu tempatan, ia turut menyajikan hidangan ala carte seperti Nasi Goreng, Char Kue Teow dan banyak lagi.

Restoran:  Zucchero Cafe
Lokasi:  Warisan Cityview, Jalan Cheras, Kuala Lumpur
Tel/ faks:  03-928 14233
Waktu operasi:  11 pagi – 1 pagi  (selepas tengah malam)

 

Murai

Ajai Satukan Riz, Alya

7 Sep

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

Rap

SEPANJANG masa Ajai di depan monitor, manakala Hedy Suryawan mundar mandir di sekitar lokasi membimbing krew produksinya. Mungkin belum kena dengan jiwanya, sekali sekala Ajai memberi gambaran bagaimana mahu menjiwai lagu kepada artisnya.

Sebagai produser dan pengarah, kedua-dua anak seni ini tahu apa yang diinginkan. Masing-masing tahu bidang tugas yang dipikul.

Bergabung dan berkongsi idea serta kepakaran, mereka mahu melahirkan klip video menarik menerusi single duet Ku Pinjam Satu Bintang dinyanyikan Alya dan Naib Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Riz.

Bagi menjamin kualiti, Ajai tekad menggunakan filem supaya hasilnya nanti memuaskan. Sekalipun kosnya tinggi – mencecah lebih RM100,000 – dia tahu apa yang diperlukan untuk mengetengahkan orang baru seperti Alya.

Sepanjang dua hari proses rakaman berjalan, dua anak seni ini bekerja dengan profesional. Jika dilihat, mereka bebas berkarya, malah kebebasan itu meningkatkan kualiti klip video.

Seawal jam 9 pagi, Ajai membawa Alya dan Riz ke Galeri Andara di Kemang Barat, Jakarta, untuk memulakan penggambaran.

Dari luar, ia seperti sebuah banglo kosong. Namun ketika melangkah ke dalamnya, pelbagai alatan rakaman dan set tersedia menanti artisnya.

Tanpa membuang masa, Alya dan Riz menyerahkan wajah untuk disolek sementara menunggu Hedy bersama 30 pekerjanya menyempurnakan set sebelum penggambaran dilakukan. Menggunakan set serba putih, Riz dipanggil untuk memulakan tugasnya.

Kata Hedy, putih melambangkan kebersihan dan ia sesuai dengan bahagian dinyanyikan Riz. Dalam lagu itu Riz bagaikan lelaki yang cuba menceritakan soal hatinya.

“Dalam klip video ini saya menggunakan empat set hanya untuk lagu duet ini. Dua set untuk dua babak solo Riz dan Alya, dan dua lagi untuk babak mereka menyanyi bersama.

“Namun ketika memasuki babak Riz dan Alya menyanyi bersama, saya cuba tampilkan konsep yang menimbulkan kecantikan kepada Alya dan segak terhadap Riz.

“Dan sebab itu set kali ini dihiasi dengan langsir berwarna perak serta percikan cahaya lampu berwarna-warni bagi menyerlahkan erti cinta lagu itu.

“Sebab itu juga saya menggunakan kamera filem, bukan digital seperti kebanyakan video muzik. Melalui kamera filem saya dapat lahirkan emosi cinta yang lebih.

“Kualiti lebih baik juga membantu hasil yang akan diperoleh dan ia antara aspek yang diperlukan syarikat rakaman milik Ajai iaitu Wake The Baby.

“Walaupun bekerja dengan artis baru seperti Alya dan Riz, mereka cepat menjiwai lagu serta mempunyai idea tersendiri di depan kamera. Jadi, penggambaran ini dapat diselesaikan dengan cepat tanpa perlu mengulang,” katanya.

Tambah Hedy, krew, termasuk bahagian solekan dan dandanan, dipilih khas untuk menampilkan visual yang diingini. Sebelum rakaman klip duet itu Hedy menyempurnakan klip video single Alya berjudul Tak Mungkin Kerna Sayang.

“Untuk penggambaran ini, lagu balada berirama perlahan itu ‘dipercepatkan’ dan kedengaran seperti suara ‘chipmunk’. Jadi Alya perlu ‘lip-sync’ dengan agak laju.

“Kami sengaja percepatkan lagu itu kerana ketika suntingan nanti, visual itu akan ditampilkan perlahan. Bagaimanapun, kami perlu kawal supaya bibir dan emosi ditampilkan Alya tidak lari daripada ‘lip-sync’.

“Visualnya akan nampak lebih lembut, sesuai dengan jalan cerita dan irama lagu itu,” katanya yang kerap bekerja bersama Ajai.

Kembali bercerita mengenai proses rakaman di Wake The Baby, Ajai menjelaskan, kini enam lagu milik Alya siap dirakam. Katanya, insya-Allah, jika tiada aral, album solo Alya akan dikeluarkan selepas Aidilfitri nanti.

“Sebelum menyiapkan album penuh, saya mahu mengetengahkan dua single ini terlebih dulu. Saya yakin Alya ada kekuatan dan bakat tersendiri untuk menjadi penyanyi yang baik.

“Buktinya sudah ada ketika dia menyanyikan dua single ini. Saya terkejut dengan bakat dimilikinya. Untuk pembikinan klip video ini, saya mahu memberi yang terbaik untuknya.

“Sebab itu juga saya bekerjasama dengan Hedy bagi menghasilkan kualiti dan idea menarik. Bukan berniat mahu menidakkan kehebatan pengarah tempatan. Namun, ini peluang saya berkongsi idea dalam bidang seni dengan dunia luar.

“Bagi saya, seni adalah perkara yang perlu kita kongsi dan bukan bersaing. Seni juga punya maksud luas dan ia juga penyebab mengapa kita perlu berkongsi,” katanya.

Harian Metro

Lufya Bakal Berlakon Di Kampala, Uganda

3 Aug

Teks oleh Roslen Fadzil

KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2008: Sekalipun tidak bergelar juara, sinar bintang Akademi Fantasia 6 (AF6), Lufya, tetap cerah apabila dia mula menjadi buruan pihak produksi drama dan pengarah terkenal.

Antara yang terbaru, Lufya bakal membintangi sebuah telemovie menarik yang disasarkan bagi tayangan Aidilfitri di Astro arahan Din CJ yang akan menjalani penggambaran di Uganda, Afrika, hujung bulan ini.

Telemovie berjudul From Uganda With Love itu akan diterbitkan oleh Take One Uganda Limited, Imagine Pictures Sdn Bhd dan Seven Skies Pictures Sdn Bhd.

Din CJ ketika ditemui murai.com.my semalam mengesahkan pembabitan Lufya dalam telemovie itu yang bakal mencatat sejarah baru dalam dunia perfileman di kedua-dua negara yang semakin erat hubungan diplomatik serta perdagangan itu.

“Bukan saja Lufya, malah saya sedang menunggu jawapan daripada beberapa aktres terkenal di Malaysia yang akan memegang watak utama dalam telemovie ini.

“Pelakon yang sudah mengesahkan pembabitan mereka adalah Datuk Jalaluddin Hassan, Yang Kassim, Rosnah Johari dan bakat baru yang kacak, Carliff Carleel,” kata Din CJ yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Mr Cinderella 2 serta drama bersiri popular Romeo & Juliet, Bigami, Virus dan Cinderella.

Sementara itu, Lufya sendiri mengesahkan kepada murai.com.my yang beliau akan membintangi telemovie itu dengan melakonkan watak pelajar dan juga pemandu pelancong sambilan dengan agensi pelancongan di Kampala.

“Lufya sudah lama kenal dengan Abang Din CJ iaitu sebelum memasuki AF6 lagi. Sebenarnya dah lama Lufya ditawarkan watak ini tetapi baru sekarang baru dapat disahkan,” kata Lufya yang pernah beraksi dalam drama Banifsha, Awekku Bukan Awekmu dan Cerita Hantu Singapura.

Din CJ berkata lagi, From Uganda With Love mengisahkan hubungan manusia antara kaum serta pentingnya menjaga alam sekitar termasuk haiwan dan apabila menyebut Afrika, pastinya drama itu tidak dapat lari daripada hidupan liar seperti gorila dan singa.

“Drama ini juga akan mengetengahkan aktor berbakat dari Uganda yang sudah menetap di Malaysia iaitu John Wayne Muganza. Dia pernah berlakon dalam filem Entrapment, Last King of Scotland serta beberapa produksi terbitan Malaysia.

“Bukan itu saja, saya juga akan mengetengahkan 2 penyanyi terkenal di Uganda iaitu Juliana dan Chameleon yang sudah mencipta nama di peringkat antarbangsa dalam telemovie ini,” kata Din CJ yang baru pulang dari Kampala, minggu lepas selepas membuat uji bakat dan sidang media telemovie ini di sana, pertengahan bulan lalu.


Murai

War Heroes Come Alive

31 Jul

(From left) Jalaluddin Hassan, Raja Farah and Hairina Halim.
(From left) Jalaluddin Hassan, Raja Farah and Hairina Halim.

Despite commendable performances from the actors, war-time play Patriot lacks emotional depth, writes DENNIS CHUA.

Syukor Ibrahim as Yahya.
Syukor Ibrahim as Yahya.

IN conjunction with Warriors’ Day and National Day this month, Istana Budaya presents Patriot from July 29 to Aug 3.

Written by Rahman Adam and Lokman Ghani with Datuk Suhaimi Mohamad Zain (Pak Ngah) as music director and Rahman as director, Patriot has familiar traces of war films such as Bukit Kepong and Leftenan Adnan in its storyline.

Sadly, it lacks emotional depth, becomes too predictable and comes across like a rehash of all-too-familiar television dramas and films.

Coincidentally, its lead actor Syukor Ibrahim (who alternates the protagonist’s role with Lokman’s nephew Ashraf Muslim) even resembles Hairie Othman of Leftenan Adnan fame.

Patriot is set in the 1940s, shortly after the return of the British to Malaya following the Japanese surrender.

It is about Leftenan Yahya, a courageous and dedicated soldier who is willing to sacrifice his life in the line of duty.

He is one of the Malay Regiment’s best recruits and has even seen action in World War Two as a private.

Beneath Yahya’s steely facade lies a sensitive man nursing a broken heart.

The love of his life, Sapura (Raja Farah of Anak Halal and Apa Kata Hati fame) is engaged to her vain, playboy cousin Zul (Sarawakian actor Mahmud Ali Basha).

While Sapura’s father (Datuk Jalaluddin Hassan) acknowledges her friendship with Yahya, he fears that the lieutenant will not bring her happiness as she might “end up widowed too soon”.

He reasons that Zul, an ex-schoolteacher and anti-colonial activist, is a far superior choice as he is articulate and “has a future” once the country becomes independent of British rule.

Sapura tells her parents that she will only find happiness with Yahya whom she has known for a long time.

Yahya, who cares deeply about Sapura and her family’s best interests, tells her to leave him.

He goes into action with the boys in green, fighting a menace much bigger than the Japanese – the Communist Party of Malaya which has a major kampung mole in none other than Zul.

There is poor chemistry between Syukor’s Yahya and Raja Farah’s Sapura, even though both do a fairly decent job as newcomers to theatre.

Newcomer Ashraf fares slightly better than Syukor in terms of chemistry with Raja Farah who proves that she can carry a tune, albeit with a “strong army” of back-up vocalists.

Mahmud is memorable as the villainous Zul, whose loud voice spells arrogance and pride throughout the play.

Jalaluddin, typecast as the VIP or headman in many a television series and film, virtually reprises his “judgemental parent” role, common in his Cerekarama appearances.

The supporting cast stood out, most notably funnymen Zaibo, Roscha and Rosli Rahman, who play village musicians and family friends of Yahya, and Akademi Fantasia 6’s Hairina (Mama Rina) Halim who plays Yahya’s doting mother.

Notable “sex-siren” of television Ziela Bakarin also gives a commendable performance as Som, Zul’s on-off girlfriend and the village femme fatale, while stage and film veteran Baharudin Omar is excellent as the village’s dignified martial arts instructor-turned-independence fighter.

Zek Taipan (Zul Isa), who often plays the enemy in combat, also does well as the Communist chief.

He steps back in familiar waters – reprising his role in the film Paloh.

However, it is unfortunate that a character representing the Malaysian Indian community, Muthu (played by P. Jeganathan), is typecast as a jovial “milkman”.

Maybe it’s time for some theatre practitioners to put such ethnic stereotypes to rest!

The costumes of the soldiers, including that of the Japanese and the Communists, look authentic enough.

Props could have been improved further to include a Bintang Tiga flag in the Communists’ jungle camp, while Zul would be better off in clunky spectacles popular with teachers of those days.

There are memorable moments in the play, which include the march of the Malay Regiment, the sound effects during battle scenes and the climatic finale where Yahya fights the Reds on a raised platform above Zul’s wedding scene.

Kudos to Istana Budaya for highlighting the country’s top-ranked war heroes in a brief film clip at the play’s end. That was far more moving than the play itself.

 

New Straits Times