Archive | Ako Mustapha RSS feed for this section

Stesen TV Tetap Siar Drama Lakonan Ako

23 Apr

KUALA LUMPUR: Semua stesen TV akan terus menyiarkan drama lakonan Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 37, walaupun pelakon itu dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 atas kesalahan berkhalwat, dua tahun lalu.

Empat stesen TV iaitu Astro, RTM, TV9 dan TV3 ketika dihubungi Berita Harian semalam bersependapat adalah tidak adil untuk mengenakan tindakan ke atas pelakon itu kerana ketika drama lakonannya disiarkan, kes pelakon itu masih dalam peringkat perbicaraan.

Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Ibrahim Yahya, berkata RTM setakat ini tidak membuat sebarang tindakan ke atas Ako seperti menggantung atau melarang penyiaran drama dan program membabitkan pelakon itu.

“Bagaimanapun, apa-apa keputusan biarlah diputuskan menteri (Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian),” katanya.

Mahkamah Syariah Gombak Timur kelmarin mengenakan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 ke atas Ako selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan pasangannya, dua tahun lalu.

Berita Harian

Penjara Dakwah Ako

22 Apr

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my

HULU KLANG: “Hukuman ini sebagai satu dakwah kepada Ako dan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan dilarang agama,” kata Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad ketika menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 terhadap pelakon terkenal, Ako Mustapha.

Ako Mustapha atau Muhaizat Ahmad Mustapha, 37, disabitkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan berkhalwat dengan seorang wanita bukan beragama Islam.

Pelakon itu dituduh berkhalwat dengan jurusolek artis, Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa, jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 

 

Ako datang menyerah diri ke mahkamah pada 20 Januari lalu dan membuat pengakuan bersalah selepas waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalannya hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding.

Wan Mahyuddin dalam penghakimannya, berkata Ako sebagai seorang Muslim sepatutnya memberi contoh yang baik kepada pasangannya bukan Islam dan tidak seharusnya duduk berdua-duaan kerana ia akan membawa kepada dosa lebih besar iaitu zina.

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan akhirat, maka jangan dia berkhalwat dengan perempuan tanpa mahram. Tertuduh seorang pelakon dan menjadi ikutan serta idola terutama kepada remaja Islam.

“Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah mengambil kira masa tangkapan iaitu pada jam kira-kira jam 1 pagi, tertuduh mempunyai niat untuk bermalam di situ dan keadaan tertuduh yang hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju,” katanya.

Wan Mahyuddin berkata, mahkamah mengambil kira kegagalan Ako hadir bagi mendengar prosiding khalwat itu sejak mula disebut 2007 sehingga mahkamah mengeluarkan waran tangkap, awal Januari lalu.

“Perbuatan ini (tidak hadir) seolah-olah penghinaan kepada mahkamah. Walaupun dalam rayuan, ini kesalahan pertama yang dilakukan tertuduh, tetapi prinsip mencegah lebih diutamakan. Gejala sosial terlampau teruk walaupun hukuman maksimum dikenakan, ia tidak memberi kesan.

“Mereka seolah-olah bangga dengan perbuatan tidak bermoral ini. Kita perlu tutup lubang maksiat. Jika dijatuhkan hukuman ringan, kesalahan ini akan dianggap remeh. Mahkamah bimbang ia menjadi ikutan,” katanya.

Terdahulu peguam syarie, Zuhri Zabudin Budiman dalam rayuannya, berkata anak guamnya insaf dan kesal dengan perbuatan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya.

Ako yang memakai kemeja biru dan berseluar hitam terkejut selepas keputusan dibacakan pada jam 10 pagi.

Zuri Zabudin memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman itu.

Wan Mahyuddin memerintahkan permohonan itu difailkan serta-merta.

Sementara menunggu permohonan itu difailkan, pegawai membawa Ako ke pejabat agama sebelum permohonan penangguhan itu disebut semula di mahkamah pada jam 4 petang.

Zuri Zabudin dalam permohonannya itu berkata anak guamnya memohon pelaksanaan hukuman ditangguh sementara menunggu keputusan rayuan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Isteri Ako, seorang suri rumah, Kartina Shuaib Abdullah, 27, tidak bekerja. Jika hukuman penjara dikenakan, Ako sebagai pelakon akan hilang wang pendapatan untuk menyara keluarganya,” katanya.

Wan Mahyuddin dalam keputusannya membenarkan permohonan Ako untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu.

Bagaimanapun, beliau memerintahkan denda RM3,000 dibayar serta-merta dan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dikenakan.

Ako ketika ditemui enggan memberi komen sebaliknya hanya mengatakan: “Saya dalam proses menerima keadaan ini.”

Harian Metro

 Ώ῿Ako Kena Penjara Tiga Bulan

22 Apr

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


AKO BERBINCANG dengan PEGUAMNYA, Zuri Zabuddin (kiri) disaksikan abangnya, Muhiddin (kanan) selepas diikat jamin RM2,000 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.

KUALA LUMPUR •῀” Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam mengenakan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 ke atas pelakon Ako Mustapha setelah mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam di sebuah kondominium dua tahun lalu.

Bagaimanapun, mahkamah yang sama juga kemudiannya membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang membenarkan permohonan penangguhan itu bagaimanapun mengarahkan Ako membayar denda tersebut selain wang jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.

Ako yang ditemui setelah membayar denda dan jaminan petang semalam melahirkan rasa terkejutnya dengan hukuman tersebut.

•῀῜Terkejut sangat dan rasa tak percaya,•῀῝ katanya ringkas sebelum meninggalkan mahkamah dalam keadaan tergesa-gesa. Ako ditemani abangnya, Muhiddin dan seorang rakan.

Sementara itu, sejurus Wan Mahyuddin menjatuhkan hukuman, Ako kelihatan terpinga-pinga sambil melihat peguamnya, Zuri Zabuddin Budiman yang turut menggelengkan kepala seolah-olah tidak percaya dengan keputusan itu.

Bagaimanapun, dalam alasan penghakimannya, Wan Mahyuddin telah mengambil kira semua faktor termasuk ketidakhadiran pelakon itu ke mahkamah semenjak kes disebut pada 2007 sehinggalah waran tangkap dikeluarkan pada 20 Januari lalu.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Kosmo

Ako Kena Tiga Bulan, Denda RM3,000

21 Apr


Ako Mustapha

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ako Mustapha dihukum tiga bulan penjara dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan pasangannya, dua tahun lalu.

Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 37, dipercayai menjadi artis pertama dihukum penjara atas kesalahan berkhalwat.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadap Ako dan melepaskan tertuduh dengan bon jaminan RM2,000 sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Keputusan itu dibuat Wan Mahyuddin pada prosiding penangguhan hukuman yang difailkan peguam tertuduh, Zuri Zabuddin Budiman, kira-kira lima jam selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap Ako.

Dalam penghakimannya, Wan Mahyuddin mengemukakan 10 alasan bagi mengenakan hukuman itu ke atas tertuduh, antaranya: Sebagai dakwah kepada tertuduh dan orang awam supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama;
Sebagai orang Islam, tertuduh sepatutnya menjadi contoh kepada pasangannya yang bukan Islam; Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan pasangan mempunyai niat kerana ketika ditangkap Ako hanya berseluar pendek dan tidak berbaju; dan
Perbuatan berkhalwat itu boleh menjurus kepada zina dan jika ia dibiarkan berleluasa tanpa pencegahan awal, lebih ramai lagi akan melakukannya tanpa perasaan bersalah.
Wan Mahyuddin berkata, tertuduh seorang pelakon yang menjadi ikutan ramai, terutama remaja Islam dan kerana itu, dia sewajarnya menjaga tingkah laku walaupun ketika di luar lakonan.

Mahkamah juga mengambil kira kegagalan tertuduh untuk hadir menghadapi tuduhan itu sejak kesnya disebut pertengahan tahun lalu sehingga pada 22 Januari lalu.

“Selepas waran tangkap dikeluarkan, baru tertuduh hadir. Perbuatan tertuduh ini dianggap menghina mahkamah kerana tertuduh mengetahui bahawa dia akan dihadapkan ke mahkamah bagi mendengar pertuduhan khalwat.

“Jika hukuman ringan diberikan, kesalahan ini akan dianggap remeh oleh masyarakat dan akan menjadi ikutan kerana tertuduh seorang pelakon,” katanya.

Ako yang popular menerusi drama Sephia dan Kapten Boleh, didakwa berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, jam 1.20 pagi di rumah beralamat Blok B-2-9 Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa daerah Gombak, pada 27 Jun 2007.

Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995, yang boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Zuri Zabuddin ketika mengemukakan permohonan penangguhan hukuman berkata, anak guamnya benar-benar menyesal dan insaf atas perbuatan itu, malah Ako kini perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami kepada Kartina Shuaib Abdullah, 27, yang dinikahinya pada 17 Januari lalu.

“Isteri anak guam saya hanya seorang suri rumah tangga dan pemohon adalah penanggung tunggal keluarga. Jika hukuman penjara dikenakan, ia akan menjejaskan punca pendapatannya sebagai pelakon,” katanya.

Ketika membenarkan penangguhan hukuman penjara itu, Wan Mahyuddin memerintahkan Ako memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dalam 14 hari.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan penangguhan denda RM3,000 dan mengarahkan tertuduh membayarnya, semalam kerana tiada sebarang sebab munasabah untuk menangguhkannya.

Ako yang ditemui di luar mahkamah, pada awalnya mengelak untuk ditemubual wartawan, tetapi selepas diasak dia mengakui terkejut dengan keputusan mahkamah.

“Saya terkejut dan masih dalam proses menerima hakikat,” katanya.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Zusyarafain Yusof.

Berita Harian

Ako Dihukum Denda, Penjara Kerana Khalwat

21 Apr

KUALA LUMPUR: Pelakon yang popular menerusi drama Sephia, Ako Mustapha, dikenakan hukuman denda RM3,000 dan penjara tiga bulan bermula hari ini oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas mengaku bersalah atas tuduhan khalwat, dua tahun lalu.

Peguam Ako, Zuri Zabudin bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan penangguhan penjara terhadap tertduh dibenarkan.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad membenarkan permohonan itu dan memerintahkan Zuri memfailkan rayuan hari ini.

Berita Harian

Aida Tubuhkan CintaKasih

6 Apr

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Masih tetap berlakon walaupun sudah bergelar penerbit

SELEPAS 17 tahun bergelumang dalam dunia seni, akhirnya Aida Aris dengan berbekalkan minat yang mendalam, berjaya menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri diberi nama CintaKasih Sdn Bhd.

Ditubuhkan pada tahun 2006 menggunakan duit simpanannya, CintaKasih kini sudah menerbitkan dua telefilem iaitu Suram Pengantin arahan Fairuz Loy dan Tercipta Untukku diarahkan oleh Ahmad Idham.

“Syarikat penerbitan ini ditubuhkan atas inisiatif saya sendiri dan turut mendapat kerjasama daripada rakan kongsi, Zana. Zul juga turut berminat dan sama-sama berkongsi pengalaman dan keuntungan dalam syarikat ini,” kata Aida ketika ditemui di majlis pelancaran drama Matahari di Restoran Kunang-Kunang di Gombak, baru-baru ini.

Aida dan Zul dari kumpulan Handy Black memang sering dilihat bersama. Malahan sejak berpisah dengan Bob Azrai, Zul dianggap sebagai teman lelaki Aida dan hubungan mereka sehingga kini sudah berlarutan selama tiga tahun.

Begitupun, Aida enggan mengulas mengenai penghujung hubungan mereka dengan alasan kedua-duanya terlalu sibuk terhadap kerjaya seni masing-masing.

Dalam pada itu, mengulas lanjut penubuhan CintaKasih Sdn Bhd, Aida berkata, keinginannya itu hadir tanpa diduga walaupun sudah lebih satu dekad menceburi bidang lakonan.

“Ketika ini, saya yakin lagi untuk menerbitkan filem. Biarlah saya kumpul pengalaman dulu dan menimba ilmu. Semuanya datang secara kebetulan. Saya pun belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai pengarah. Jauh lagi perjalanan saya.

“Dunia lakonan tetap menjadi keutamaan saya. Tiada sebab untuk saya tinggalkan bidang ini,” katanya

Sementara itu, dalam drama Matahari arahan Feroz Kadir dan diterbitkan Pena Creative Sdn Bhd milik Ziela Jalil, Aida memegang peranan sebagai Arisa iaitu kakak kepada Ariana lakonan Lisdawati.

“Dalam drama ini, saya berdepan dengan konflik apabila dirogol bapa tiri. Arisa mempunyai kekasih yang bakal dinikahinya. Malam pertama selepas berkahwin, Arisa tak sanggup hidup dalam penipuan dan berterus terang kepada suaminya hingga dia diceraikan,” katanya.

Matahari disiarkan menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, 6.30 petang menggantikan siri Spa Q sejak 30 Mac lalu. Drama ini mengisahkan kisah seorang wanita yang memburu cinta sejati angkara kecundang dalam cinta pertama.

Melihat kepada penceritaan jalan cerita drama ini ia mirip kisah drama Thailand berjudul E’Pring yang pernah disiarkan di Astro.

Penulis skripnya, Jumal Yunus melihat persamaan yang terjadi adalah secara kebetulan. Katanya, sewaktu sinopsis cerita ini ditunjukkan, Ziela Jalil sendiri menyangkakan ia hampir menyamai E’Pring.

“Kali pertama saya nak buat skrip ini, saya gambarkan mengenai konsep seorang perempuan yang bertemu dengan ramai lelaki dalam hidupnya. Hakikatnya kecenderungan saya menulis skrip ini tidak langsung ada kaitan dengan E’Pring,” jelasnya. Bagi pengarahnya, Feroz Khan, dia melihat Matahari sebagai naskhah yang unik dan mempunyai plot cerita menarik. Disiarkan dalam 44 episod, baru 12 episod saja disiapkan dan selebihnya masih dalam pembikinan. Selain Lisdawati dan Aida Aris, Matahari turut dibintangi Fauzi Nawawi, Fahrin Ahmad, Hamidah Wahab, Shukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra, Ako Mustapha, Fizo Omar, Sabrina Ali dan Noorkhiriah.

Berita Harian

CAK: Linda Hamil Tiga Minggu?

29 Mar

Rap

DALAM rancak CAK berbual hal gosip dengan rakan sepejabat petang Jumaat lalu, tiba-tiba CAK dihubungi teman lama yang kini menetap di Jengka, Pahang.

Kalau nak tahu, di sekolah dulu dia memang terkenal kerana selalu menjadi orang terawal menghidu gosip.

Kalau tahu satu cerita, habis dicanang satu sekolah. CAK rasa kalau dia jadi wartawan hiburan, pasti namanya popular seantero Malaya. Maklumlah, cerita artis mana yang dia tak tahu. Sebut saja nama, semua dalam poketnya.

Contohnya ketika dia menyampaikan satu berita kepada CAK ini. Dalam nada kecoh dia bercerita keseronokan bertemu Que Haidar dan Ako Mustapha di acara Kembara TV3 yang berlangsung di Jengka, Khamis lalu.

Selepas Jengka, Kembara TV3 bergerak ke Maran dan bernoktah di Jom Heboh Kuantan. Acara ini bertujuan merapatkan lagi hubungan stesen TV popular itu dengan masyarakat.

Katanya, bukan main ‘sporting’ lagi dua aktor itu melayan penduduk Jengka. Macam-macam program menarik dianjurkan TV3, termasuk sukaneka, malah orang ramai berpeluang bergambar dengan artis pujaan mereka itu.

Namun ada berita lebih menarik. Dalam sibuk melayan pengunjung, Que dengan mesra memberitahu sepatutnya dia ditemani isteri tercinta, Linda Jasmine.

Bagaimanapun, guru tari popular itu tidak dapat hadir kerana perlu berehat di rumah memandangkan dia kini hamil tiga minggu.

Rakan CAK apa lagi, sepantas kilatlah dia menghubungi talian panas CAK. Katanya, biar dia jadi orang terawal yang menyebarkan berita mengejut itu.

Pada kesempatan ini, CAK ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Que dan Linda kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Nampak gayanya impian Que untuk memiliki anak secepat mungkin akhirnya tercapai.

 

 

Kepada Linda pula, doa CAK moga sihat dan ceria sepanjang proses kehamilan. Segala aktiviti lasak perlu dikurangkan demi menjaga bayi dalam kandungan. Sekali lagi tahniah diucapkah kepada pasangan romantik ini.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Suram Seri Pengantin Aida

14 Mar

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

Rap

TURUN naik tangga stesen televisyen tempatan sudah menjadi lumrah buatnya. Memandangkan syarikat produksinya, Cintakasih Productions Sdn Bhd ditubuhkan dua tahun lalu, bukan mudah baginya mendapatkan projek, lebih-lebih lagi masih ramai belum percaya kemampuan pelakon ini menguruskan syarikat berkenaan.

Namun, Aida Aris percaya rezeki itu ketentuan Tuhan Yang Maha Pemurah. Di mana ada usaha, pasti ada jalan yang terbuka untuknya.

Ketika mula-mula menubuhkan syarikat berkenaan, Aida mengakui memang sukar mendapatkan projek menerbitkan drama untuk stesen televisyen tempatan.

Begitupun, tanpa mengenal erti jemu, syarikat yang dibina bersama buah hatinya, Zul Handy Black, akhirnya berpeluang menerbitkan telefilem pertamanya berjudul Tercipta Untukku.

“Selepas menubuhkan syarikat ini, saya menunggu hampir setahun untuk mendapatkan projek pertama. Alhamdulillah, selepas berjaya meyakinkan stesen televisyen berkenaan, Cintakasih Productions akhirnya berjaya membina tapak dalam dunia seni ini.

“Sebenarnya, projek pertama berkenaan memang ditunggu-tunggu. Biasalah, sebagai syarikat yang baru ditubuhkan, memang payah untuk meyakinkan stesen penyiaran kita,” katanya.

Tambah Aida, telefilem berkenaan berjaya membuka mata banyak pihak. Sekalipun tidak banyak peluang diperoleh, rezeki masih tidak putus.

“Untuk tahun ini, saya berjaya meyakinkan TV3. Malah, baru-baru ini syarikat saya baru menamatkan penggambaran telefilem berjudul Suram Seri Pengantin untuk tayangan dalam masa terdekat ini. Alhamdulillah, walaupun tidak banyak projek baru buat masa ini, saya percaya syarikat ini masih boleh bergerak perlahan-lahan.

“Lagipun, saya menubuhkan syarikat ini berdasarkan minat yang terbina sejak memulakan karier lakonan dan bukan berdasarkan pengalaman. Banyak yang perlu saya pelajari mengenai kerja di belakang tabir ini.

“Begitupun, saya percaya dengan dibantu tenaga kerja yang lebih berpengalaman, insya-Allah apa yang saya lakukan ini mampu bertahan. Yang penting adalah usaha dan cara terbaik menjalankannya. Apapun, saya perlu belajar selok-belok apa yang patut dibuat. Bagaimanapun, dengan dua projek itu, setidak-tidaknya produksi kami sudah mula mencipta pengalaman,” tutur Aida.

 

 

Menurut Aida atau nama sebenarnya Siti Rohaida Mat Aris, selain bergelar produser, dia turut membintangi telefilem berkenaan. Menariknya, Suram Seri Pengantin bukan drama biasa yang sering dipaparkan di kaca TV. Sebaliknya, cerita berkonsepkan drama ini memberi banyak pengajaran kepada penonton, mahupun dirinya sendiri.

“Dalam cerita ini, saya memegang watak Yuhanis, pelacur dan juga penagih dadah. Dalam masa sama, saya turut mengandung anak luar nikah. Begitupun, cerita ini mengisahkan nasib anak Yuhanis yang turut sama dijangkiti HIV positif ketika dalam kandungan.

“Selepas beberapa tahun, Yuhanis yang akan berkahwin tidak lama lagi menyedari dia menghidap penyakit berkenaan. Terkejut dengan apa dialaminya, Yuhanis membatalkan perkahwinannya dan mula mencari identitinya yang sebenar. Dalam masa sama, Yuhanis mencari sebab mengapa dia dijangkiti penyakit itu.

“Ia sebuah cerita yang rumit dan penuh dengan pengajaran. Tambah menarik, Fairuz Loy selaku pengarahnya tahu apa yang dia dan penonton mahukan. Dalam masa sama, telefilem bercorak artistik ini pasti dapat menarik perhatian penonton,” katanya.

Tambah Aida, cerita seperti ini jarang ditonton di layar kaca. Malah, cerita yang menitikberatkan soal keagamaan dan teladan seperti ini bukan setakat menghibur, tetapi turut memberi pengajaran kepada penonton dalam meneruskan kehidupan.

“Lebih menarik, telefilem ini turut dibintangi pelakon seperti Fasha Sandha, Aida Razwill, Ako Mustapha dan Vanidah Imran. Telefilem ini akan disiarkan selama satu jam sebanyak 13 episod,” katanya.

Meskipun kerjaya semakin berkembang, Aida tetap tidak akan meninggalkan bidang lakonan. Selain berlakon dalam ceritanya sendiri, Aida masih menerima tawaran daripada produksi lain.

“Saya belum terfikir mahu berhenti bergelar pelakon. Lagipun, dunia lakonan adalah minat utama saya. Malah, menerusi bidang ini saya dapat mempelajari banyak perkara mengenai dunia belakang tabir.

“Begitupun, saya tidak pernah meletakkan sesuatu tempoh dalam kerjaya ini. Saya akan meneruskan lakonan selagi termampu dan begitu juga di sebalik tabir,” kata pelakon berusia 36 tahun ini.

Harian Metro

Info TV: Drama Bersiri Terbaik Daripada TV3 Bulan Ini

5 Mar

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

NORKHIRIAH antara pelakon utama drama bersiri Matahari yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.

PENGGEMAR drama bersiri tempatan pastinya tidak sabar untuk mengikuti cerita terbaru yang bakal mengisi tiga slot utama di TV3 iaitu Lagenda, Akasia dan Sinetron.

Ketiga-tiganya menyediakan drama menarik dengan pelakon hebat serta jalan cerita yang pastinya mengasyikkan khusus untuk tontonan penonton TV3. Ketiga-tiga drama tersebut adalah Julia Juli untuk slot Lagenda, Matahari dalam slot Akasia dan drama bersiri Indonesia, Upik Abu & Laura yang bakal disiarkan dalam slot Sinetron.

Julia Juli yang diterbitkan oleh Tenview Sdn Bhd. ini diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi iaitu Adam Hamid dan sudah menemui penonton mulai 3 Mac lalu. Siri 20 episod ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang. Drama komedi romantik ini membariskan pelakon handalan tanah air seperti Dynas, Nik Safiyah, Zed Zaidi, Danny, Abby Abadi, Rahim Jelani, Syawal AF, Aqasha dan Imuda. Apa yang menarik drama ini turut mengetengahkan penyanyi popular Misha Omar.

Julia Juli adalah adaptasi dari sebuah cerita mitos bertajuk Jula Juli Bintang Tiga. Ia diolah semula menjadi drama bersiri sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Drama ini memberi tumpuan kepada tiga beradik yang berasal dari dunia kayangan iaitu Jula, Juli dan Julu. Juli, kakak sulung taksub terhadap fesyen. Satu hari, setelah mengetahui dirinya akan dikahwinkan dengan Putera Adika yang tidak disukai, dia lari turun ke bumi dan terjumpa dengan Arif, seorang lelaki kaya. Arif yang terpikat dengan kecantikan Juli telah mencuri kalung identitinya dari dunia kayangan yang menyebabkan Juli lupa akan asal usulnya.

Slot Akasia pula menyiarkan drama bersiri Matahari bagi menggantikan Spa Q 2. Siri 44 episod ini bakal menemui penonton mulai 30 Mac. Drama ini diterbitkan oleh Pena Kreatif Sdn. Bhd dan hasil kerja dari pengarah berpengalaman Mohd Feroz Abdul Kadir Saheb. Ia membariskan pelakon seperti Nisdawati, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Fauzi Nawawi, Hamidah Wahab, Syukery Hashim, Arash Mohd, Iqram Dinzly, Jehan Miskin, Erry Putra, Ako Mustapha, Fizo Omar, Sabrina Ali dan Noorkhiriah.

Drama Matahari mengisahkan seorang wanita yang terus memburu cinta sejati angkara kecundang dalam cinta pertama. Kisah tragis Matahari, seorang wanita kampung naif yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan musibah hidup dan ini telah menukarkannya menjadi wanita penuh keterampilan. Dengan kekuatan dan kepandaian yang ada pada dirinya, pelbagai tipu muslihat dirancang bagi memenuhi keinginan diri. Apakah kesudahan kisah sendu Matahari ini?

Slot Sinetron pula mengetengahkan siri Indonesia Upik Abu & Laura menggantikan Jelita dan bakal disiarkan pada 30 Mac ini. Siri ini mempunyai 103 episod dan mengetengahkan pelakon popular Indonesia seperti Alyssa Soebandono, Cinta Laura dan penyanyi dan pelakon terkenal, Irwansyah.

Siri ini mengisahkan permusuhan antara Opie dan Laura, dua orang gadis yang datang dari dua dunia dan latar belakang yang berbeza tetapi kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk hidup. Opie seorang gadis miskin tetapi mempunyai hati yang baik. Dia berusaha untuk mencari tempat berlindung untuk dirinya dan adik-beradik angkatnya selepas diusir dari rumah mereka yang bakal dibangunkan sebagai pusat membeli-belah. Manakala, Laura pula seorang anak manja dari keluarga kaya yang telah ditarik keistimewaannya oleh ayahnya untuk mengajar dia tentang erti kehidupan dengan memaksa dia menjalinkan persahabatan dengan Opie.

Berita Harian

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Ako

21 Jan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam mengeluarkan waran tangkap pelakon drama Sephia, Ako Mustapha kerana gagal hadir kali keempat ke mahkamah bagi mendengar tuduhan khalwat terhadapnya.

Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 37, yang berkahwin dengan Kartina Shuaib, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Blok B-2-9 Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007.

Dia dituduh kali pertama di mahkamah sama pada 20 Mei 2008, bagaimanapun tidak hadir.

Disebabkan ketidakhadiran kali keempat semalam, mahkamah sekali lagi gagal mendapatkan pengakuan Ako sama ada mengaku bersalah atau sebaliknya.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shamsul Khair Bahro, memberitahu mahkamah tertuduh tidak hadir ke mahkamah semalam termasuk sebutan kes itu pada 21 Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan saman terhadap Ako di Bukit Antarabangsa dan dua kali di Kota Damansara.

“Kami minta kes ini ditangguhkan lagi dan mohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako.

“Kami juga akan meminta penguat kuasa pejabat agama di Shah Alam menyerahkan waran tangkap itu di Kota Damansara (rumah Ako),” katanya.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako dan menetapkan 3 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Ako didakwa berada bersama Anang yang bukan mahram sehingga menimbulkan syak melakukan tindakan tidak bermoral.

Dia boleh didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Berita Harian