Archive | Aliff Aziz RSS feed for this section

Artis-Artis Popular Jelajah Sabah

14 May

BUAT julung kalinya, syarikat rakaman Millennium Art Sdn. Bhd., Life Records dengan kerjasama Karyawan Entertainment Sabah akan menganjurkan sebuah konsert menjelajah Sabah.

Untuk permulaan konsert yang dipanggil Konsert SeLAmbeRR JeRR! ini akan memulakan penjelajahannya di Dewan Masyarakat Tawau pada 17 Mei ini diikuti Dewan Masyarakat Sandakan (18 Mei) dan di akhiri di Dewan Masyarakat Kudat (20 Mei).

Antara artis yang terlibat dalam Konsert SeLAmbeRR JeRR! yang turut mendapat sokongan Sabah FM, Tawau FM dan Sandakan FM ialah Farawahida, Aliff Aziz, Adam, Diddy, Imran Ajmain dan pendatang baru, Erna.

Selain persembahan nyanyian, para artis akan turut mengadakan majlis beramah mesra bersama peminat, sesi bergambar dan autograf serta sesi temu ramah di radio-radio tempatan.

Matlamat penganjuran konsert ini juga bertujuan mendekatkan lagi artis-artis dengan masyarakat tempatan.

Selain itu para artis juga meluangkan masa untuk makan tengah hari dan makan malam bersama peminat-peminat bertuah di beberapa acara yang diatur.

Powered by Utusan Malaysia

Artis Bergaya Glamor

10 May

OlehHanni Tiara

ACARA penuh glamor Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-15 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada minggu lalu, diraikan dengan gaya yang cukup gah oleh artis-artis yang datang, termasuk dari Singapura.

Ada yang jelas begitu tinggi cita rasa berfesyen, tetapi ada juga yang serba tak kena gaya!Warna emas menjadi pilihan beberapa artis popular Malaysia, antaranya juara Akademi Fantasia, Mila (kanan), dengan gaun berkolar Mandarin, penyanyi Liza Hanim (kiri), dengan gaun tanpa lengan dan penyanyi Nora dengan gaun rekaan Michael Ong, tetapi membuat beliau kelihatan bulat.

Penyanyi dan pelakon Betty Banafe pula, tiba berpasangan dengan penyanyi Sean Ghazi (bawah, kiri). Apakah ada apa-apa di antara mereka berdua?

Tidak ramai artis Singapura yang datang, tetapi kehadiran mereka tetap menarik perhatian.

Aliff Aziz yang kerumuni peminat, tampak terlalu dewasa dengan sut coklat dan berkaca mata gelap. Hai, mana hilangnya imej remaja dan comel Aliff!

Maiya Rahman yang ditemani Roslan Mohd, tampak simple dengan gaun manik sequeen berwarna warna gangsa.

Powered by Cyberita

Terima Kasih Umiku

10 May

Umi, Kerana dirimu, aku dapat lihat suria dan rembulan Cintaku kepadamu tidak akan putus hingga namaku terukir di sebuah nisan. Tidak termampu aku membalas jasa-jasamu walau bagaimana kucuba Yang dapat menimbang jasamu hanyalah Tuhan Yang Maha Esa. Umi, tanpa dirimu hilanglah tujuan hidupku Dan jika kau hilang, hilanglah duniaku Terima kasih atas ketabahanmu yang cekal dan tak pernah layu Sambil kucium tanganmu akan kuseru Terima kasih Umiku

Aliff Aziz

Powered by Cyberita

Sayang Ibu

10 May

Sewaktu Asian Idol berlangsung, Mardiana sudah dapat rasakan awal-awal lagi
Hady akan menang

OlehHanim Mohd Saleh

DI SEBALIK tubuh kecil Cik Mardiana Ahmad, siapa sangka beliau mempunyai semangat yang cukup kental.

Anaknya sendiri, Asian Idol, Hady Mirza Amir, akui kadangkala tergeleng-geleng kepala melihat keberanian ibunya.

‘Kalau nak tahu, mak saya pernah terjun ke laut dari tengah-tengah jeti semata-mata kerana nak selamatkan beg duitnya yang terjatuh. Tergamam kami anak-beranak tengok mak tiba-tiba berenang di laut,’ cerita anak bongsu dua beradik itu tentang insiden yang tidak dapat dilupakan berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

Menurut Cik Mardiana, yang berusia awal 50-an, beliau rasa ‘perlu untuk selamatkan beg duit’ itu bukan kerana ia mengandungi wang yang banyak, sebaliknya kerana ‘tidak mahu leceh-leceh buat pelbagai laporan jika dokumen seperti kad pengenalan hilang’.

Kecekalan Cik Mardiana sudah tergambar dengan cara Hady dan kakaknya dilahirkan. Dalam zaman serba canggih ini, Cik Mardiana tetap memilih untuk melahirkan kedua-dua orang anaknya di rumah dengan menggunakan khidmat seorang bidan.

‘Semasa saya nak lahirkan kakaknya dalam 1977, selepas berhari-hari saya dimasukkan dalam hospital, masih tak ada tanda-tanda akan bersalin. Kemudian bayi didapati dalam kedudukan songsang. Akhirnya saya minta balik. Doktor marah, tetapi saya berdegil.

‘Di rumah, selepas diurut, semua berjalan dengan baik dan akhirnya saya selamat bersalin dengan mudah. Saya fikir, kalau arwah mak saya boleh melahirkan 14 orang anak di rumah, mengapa saya tak boleh,’ cerita Cik Mardiana yang kini sibuk menjaga seorang cucunya, setahun setengah.

Hady juga, kata si ibu, dilahirkan dalam 1980 di rumah, di flat Boon Keng Road.

Apabila ditanya hadiah paling istimewa yang pernah diberikan Hady kepadanya, Cik Mardiana berkata: ‘Setiap kejayaan Hady adalah hadiah untuk saya. Tak kiralah kejayaan apa.’

Apabila Hady melangkah ke Indonesia untuk bersaing dalam Asian Idol, Cik Mardiana akui cukup yakin anaknya akan pulang membawa kejayaan. Sebab itu beliau lebih rela tidak ikut ke Jakarta, sebaliknya membuat persiapan bagi pesta sambutan kejayaan Hady di rumah baru mereka bersama para peminatnya.

‘Saya beritahu Hady, beliau tak perlu bimbang atau takut. Nikmati saja pengalaman berada di pentas Asian Idol itu. Jauh di sudut hati, saya sudah merasakan kemenangan sudah berpihak kepadanya,’ ujarnya.

Naluri seorang ibu ternyata tepat belaka.

Aliff pandang tinggi sikap tegas uminya yang amat mengambil berat urusan anak

DALAM bab bangun tidur pagi, penyanyi Aliff Aziz memang cukup liat. Deringan loceng jam di sebelah bantal tidurnya pun belum tentu dapat membangunkannya.

Tetapi ada satu suara yang pasti membuat Aliff tercelik dan bangun dengan spontan – suara ibunya.

‘Kalau Aliff tidur lewat atau terlalu penat, cubalah kejutkan Aliff. Ketuk pintu bilik ke, menjerit ke telinga Aliff ke, gegar badan Aliff…. semua sia-sia saja. Tetapi kalau Umi yang kejutkan, biarpun suaranya datang daripada bilik tidurnya, Aliff pasti terjaga dan cepat-cepat bersiap,’ cerita anak sulung tiga beradik itu.

Uminya, Cik Siti Hafiza Sheikh Mohamad, 42 tahun, sememangnya dianggap Aliff sebagai ibu yang cukup tegas. Tetapi ketegasan itulah yang Aliff sifatkan cukup penting, terutama dalam hal menangani dirinya yang sibuk menyanyi termasuk di Malaysia, biarpun masih bersekolah.

Cik Hafiza, seorang penyelia klinik, melahirkan Aliff secara caesarian di Hospital Besar Singapura selepas lima hari mengalami tekanan darah tinggi. Sebelum berumah tangga, beliau pernah menjadi pramugari Cathay Pacific selama tiga tahun dan kemudian menjadi setiausaha di sebuah agensi sumber manusia.

Apabila mendapat anak kembar, beliau mengambil keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Hanya setelah anak-anaknya pandai berdikari, beliau kembali bekerja.

Cik Hafiza mengakui beliau sebenarnya merupakan satu-satunya anggota dalam keluarganya yang pada mulanya menentang kemahuan anak sulungnya itu menyertai Anugerah 2007.

‘Sebagai ibu, tentulah saya mahu Aliff selesaikan sekolah dulu setinggi mungkin. Biarpun daripada kecil dia dah tunjukkan minat menyanyi, saya tak pernah menggalakkannya menjadi penyanyi sepenuh masa.

‘Tetapi saya tak boleh halang keinginan anak-anak. Biarpun ada beberapa pihak menyindir saya dan mempersoalkan mengapa saya biarkan Aliff menyanyi sedangkan dia masih bersekolah, saya kena tabah dan memastikan Aliff terus diberi perhatian dan bimbingan sepatutnya,’ kata Cik Hafiza.

Justeru tidak mengejutkan kalau si ibu sentiasa berada di samping bintang popular itu, terutama ketika Aliff perlu mengadakan persembahan di Malaysia.

‘Aliff masih bawah umur. Dia perlu banyak ditegur. Walaupun usianya 17 tahun, memandangkan keadaan dia sekarang, dia tak boleh berkelakuan seperti budak-budak 17 tahun biasa sebab setiap pergerakannya diberi perhatian.

‘Tetapi saya bersyukur kerana Aliff serius dan fokus dengan apa yang dilakukannya.’

Powered by Cyberita

Aishah Sebak Teringat Ibu

8 May

Oleh Farihad Shalla Mahmud


TERBAIK: Jamali, Aishah dan Khairil akan memeriahkan sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa di Restoran Seri Melayu, 10 Mei.

Penyanyi bersuara lunak bakal nyanyi lagu popular dalam persembahan istimewa pada 10 Mei

SEPANJANG lebih dua dekad melayari kehidupan sebagai anak seni, rasanya baru beberapa kali penyanyi bersuara lunak, Aishah berduet bersama penyanyi lelaki.

Dan, lelaki bertuah itu ialah penyanyi veteran yang masih lagi aktif sehingga kini iaitu Datuk Ahmad Jais, Datuk Shake, M Nasir dan Herman Tino.

Selepas itu tidak kedengaran Aishah bergandingan dengan mana-mana penyanyi lelaki untuk rakaman album. Lalu apabila ada khabar bertiup kencang menyatakan penyanyi lagu Janji Manismu itu bakal berpadu suara dengan penyanyi remaja dari seberang tambak, Aliff Aziz pastinya berita itu sesuatu yang mengujakan peminatnya.

Tentu saja ada yang tertanya-tanya konsep apakah yang bakal mereka tampilkan memandangkan usia mereka diibaratkan bagai ibu dan anak. Apakah mereka menyanyikan lagu bertemakan cinta. Kalau lagu cinta yang dipilih, sesuaikah lagu itu untuk mereka.

Penyanyi itu hanya ketawa saja apabila diajukan pertanyaan itu pada majlis sidang media sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa anjuran Restoran Seri Melayu, di Jalan Conlay baru-baru ini. Dia sendiri hairan bagaimana cerita yang masih dalam peringkat perbincangan tersebar luas.

“Itulah, saya sendiri tertanya-tanya lagu macam mana yang sesuai untuk kami berduet. Kelakar juga apabila mengenangkan yang saya akan menyanyi bersama seseorang yang berpangkat anak. Takkan hendak nyanyi lagu cinta.

“Perkara ini akan dibincangkan dan kita akan mencari komposer yang sesuai untuk mencipta lagu duet kami. Mungkin sebuah lagu rancak atau balada kerana konsep itu memang sesuai,” kata Aishah sambil memberitahu lagu itu mungkin akan dijadikan single terbarunya.

Hadir sama pada majlis sidang media itu adalah Pengarah Urusan Restoran Seri Melayu, Rosli Rahmat, pelawak terkenal, Datuk Jamali Shadat dan penyampai Sinar FM, Khairil Rashid yang bertindak sebagai pengacara untuk majlis yang bakal berlangsung pada 10 Mei itu bersama Preimah dari KLFM.

Biarpun kedudukannya dianggap sebagai legenda dalam industri hiburan tanah air namun status itu tidak menghalang untuk bekerjasama dengan penyanyi baru seperti Aliff.

“Saya pernah mendengar lagu nyanyiannya, Sayang Sayang. Aliff seorang penyanyi yang berbakat besar. Saya tidak kisah berduet dengannya. Malahan, saya sendiri teruja untuk melihat bagaimana hasilnya nanti,” tutur ibu tunggal kepada dua cahaya mata lelaki ini.

Selama empat tahun hidup bersendirian, Aishah mengakui dia sudah biasa melalui saat itu. Walaupun ada kala hidupnya dibelenggu perasaan sunyi namun dikelilingi dua anaknya yang semakin membesar membuatkan Aishah tidak punya masa untuk memikirkan soalan perkahwinan.

“Mungkin kerana sudah terlalu lama kami hidup bertiga, jadi perasaan ingin kembali berkahwin bagaikan terhakis. Saya pun berasa selesa dengan kehidupan sekarang. Lagi pun bukan mudah untuk anak-anak saya menerima orang baru dalam hidup mereka. Jadi, saya rasakan biarlah saya menjalani kehidupan saya begini. Bukan kerana serik untuk berumah tangga tapi selepas apa yang berlaku, saya ingin lebih hati-hati,” luah Aishah.

Rindu Ibu

SAAT sidang media berlangsung dan sewaktu Jamali membicarakan topik ibu, air mata penyanyi ini turut menitis. Barangkali ada sesuatu yang menyentuh hatinya hingga membuatkan air mata Aishah berguguran di pipinya.

“Entahlah. Mengapa hati saya begitu tersentuh apabila berbicara soal ibu. Maklumlah, ibu saya sudah meninggal dunia tujuh tahun lalu. Masa kehilangan ibu dulu, saya bagaikan hilang pertimbangan. Iyalah, waktu itu saya baru saja bercerai dan hilang pula orang yang tersayang, perasaan sedih memang tidak dapat digambarkan,” katanya dalam nada sebak.

“Lama baru saya kembali pulih dan boleh menerima kenyataan pemergian ibu. Jadi di kesempatan ini, ingin saya nyatakan kepada mereka yang masih mempunyai ibu, pergilah menziarahi mereka jika ada peluang. Hargailah ibu ketika masih hidup supaya kita tidak kesal atau terkilan apabila dia tiada nanti,” jelas Aishah lagi.

Untuk persembahan selama sejam itu, Aishah akan menyanyikan pelbagai lagu popular yang dipetik dari album terdahulunya seperti Syurga Di Telapak Kaki Ibu, yang menepati konsep persembahan pada petang itu.

Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini bolehlah membeli tiket yang dijual dengan harga RM65, RM85 dan RM180 seorang. Untuk sebarang tempahan bolehlah menelefon talian 03-21451833 atau 03-21666006.

Powered by Berita Harian

Detik Manis Faizal Tahir

5 May

Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Faizal Tahir

Wira baru dalam industri hiburan genggam empat trofi pada Anugerah Industri Muzik Ke-15

DALAM kekalutan untuk membangunkan semula karier seninya yang pernah terhenti seketika, namun kembali diuji apabila terus dihukum lantaran kesilapan silam ternyata masih ada sinar yang menanti dalam perjalanan seni Faizal Tahir.

Anugerah Industri Muzik (AIM) 15 yang berlabuh di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam kelmarin menyaksikan sebutir lagi bintang seni berbakat besar lahir dengan segenap kelebihan untuk muncul sebagai wira baru industri hiburan.

Barangkali kepadanya bukan pengiktirafan yang dikejar, jauh sekali mengharap pujian melambung tinggi namun apa yang lebih utama adalah membawa karyanya ke tahap membanggakan.

Tidak hanya memburu kepuasan sendiri, Faizal membawa aspirasi besar untuk menyumbang sesuatu kepada industri muzik selepas sekian lama dibelenggu pelbagai masalah yang menyempitkan peluang kepada karya tempatan untuk berkembang.

Lupakan saja episod silam yang seboleh mungkin ingin dihapuskan daripada kotak ingatannya kerana AIM15 mengubat segala kedukaan itu.

Pengiktirafan tertinggi hasil kerja kerasnya menghasilkan nuansa baru dalam industri berakhir dengan sesuatu yang cukup manis, hanya bersandar kepada penerbitan sulung, Aku.Muzik.Kamu.

Dilancarkan enam bulan lalu, Aku.Muzik.Kamu meluncur laju untuk menjulang Faizal dengan pengiktirafan tertinggi yang menjadi idaman semua pengkarya muzik.

Meraih Album Terbaik, mengenepikan empat saingannya iaitu Melodi Ahlaan daripada Waheeda, Maulana (Rabbani) Eclecticism (Melissa Indot) dan Hadiah Daripada Hati (Datuk Siti Nurhaliza), Faizal melakar sejarah peribadi yang cukup bermakna terutama untuk dirinya yang masih hijau dalam industri hiburan.

“Kebelakangan ini banyak isu yang timbul apabila dikaitkan dengan Faizal Tahir namun pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk saya terus berkarya dan memberi sumbangan kepada industri muzik,” katanya.

Akui Faizal, anugerah Album Terbaik adalah pengiktirafan yang terlalu bernilai malah katanya, dia bagaikan tidak berdaya untuk menaiki pentas kerana tidak percaya kemenangan akan berpihak kepadanya.

Apatah lagi apabila menghadapi saingan daripada nama besar seperti Siti membuatkan bapa kepada dua cahaya mata itu langsung tidak meletak harapan besar.

“Jujurnya saya masih hijau dalam industri, masih banyak yang perlu saya pelajari untuk lebih memahami keperluan serta kehendak peminat.

“Pengiktirafan ini cukup besar dan penting untuk saya membina kerjaya, malah ia sebagai bonus terhadap segala usaha yang saya curahkan untuk memberi yang terbaik kepada album sulung ini,” katanya.

Turut membawa pulang tiga trofi lain, Faizal menghampakan kumpulan berpengalaman seperti Spider , MPire, Niskala dan Jinbara untuk meraih trofi Album Rock Terbaik.

Faizal sekali lagi bangkit dan membuktikan bintang yang dicipta menerusi pertandingan realiti juga mampu berdiri sama tinggi dengan penyanyi lain apabila menjulang trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki).

Untuk kategori itu, Faizal menewaskan Sohaimi Meor Hassan, Hazami serta dua penyanyi muda, Kaer Azami dan Aliff Aziz.

Kemenangan yang sekali gus membuang persepsi umum terhadap bintang realiti yang dilihat lebih mengutamakan populariti berbanding bakat yang menjamin tiket untuk terus bertahan dan dihormati.

“Tiada beza antara artis yang lahir daripada program realiti atau sebaliknya kerana apa yang penting adalah kemahuan. Ini yang saya mahukan dan lebih utama kemenangan ini adalah pengiktirafan atas hasil kerja saya.

“Syukur alhamdulillah dan ketika ini, fokus saya untuk membina imej yang baik dari segi karier untuk terus menghasilkan karya yang matang,” katanya.

Faizal yang mencipta nama selepas memenangi tempat kedua program realiti, One In A Million terbitan 8TV turut diiktiraf Artis Baru Terbaik menghampakan Atilia, Estranged, Kaer Azami dan Karen Kong.

Menyorot keputusan AIM15, tidak banyak kejutan yang hadir malah kebanyakan calon mengulangi semula kejayaan yang pernah mereka cipta sebelum ini.

Selepas kecewa kepada Jaclyn Victor pada malam AIM14, Siti merampas semula trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) menerusi album, Hadiah Daripada Hati.

Ia adalah kemenangan ke sembilan penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu yang sebelum ini mempertahankan trofi itu selama lapan tahun berturut-turut sejak memenanginya pada AIM 1999.

Siti turut mempertahankan trofi Album Pop Terbaik yang dimenanginya tahun lalu menerusi album Transkripsi selain lagu nyanyiannya, Cintamu yang digubah muziknya oleh Nai Kong memenangi Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia).

Membawa pulang tiga kemenangan daripada lapan pencalonan yang diterima Hadiah Daripada Hati membuktikan Siti terus unggul di persadanya yang tersendiri.

Selepas empat kali trofi Album Nasyid Terbaik berpindah tangan, tiga kali menjadi milik Raihan manakala AIM14 ia berada dalam genggaman Ahmadi Hassan, Rabbani kembali mengunggulinya menerusi album Maulana.

Penyertaan yang terhad dengan hanya tiga pencalonan, AIM15 juga tandus penyertaan bagi kategori Album Pop Etnik Terbaik dengan dua pencalonan yang dimenangi Waheeda menerusi Melodi Ahlaan menewaskan Azfar yang mempertaruhkan album Jatuh Cinta Pandang Pertama.

AIM15 juga mencatat detik manis kepada kumpulan rock hip hop, Pop Shuvit apabila menerima anugerah khas, Anugerah Kembara.

Selama tujuh tahun membina nama, kumpulan ini hanya dikenali segelintir peminat tempatan namun itu semua tidak mematahkan semangat mereka untuk membawa bakat ke peringkat antarabangsa.

Penerimaan daripada peminat di Jepun membuktikan anak tempatan mampu bersaing dan pengiktirafan yang diberikan AIM15 menjadi pencetus semangat untuk meneroka peluang lebih besar pada masa akan datang.

AIM15 turut mengiktiraf komposer dan pemuzik terkenal, Fauzi Marzuki sebagai penerima Anugerah Wirama atas sumbangannya kepada dunia seni.

Membawa tema perpaduan, AIM15 turut menyajikan persembahan yang variasi menyatukan sebahagian besar artis yang dicalonkan dalam pelbagai siri selingan nyanyian yang menghiburkan dan bertenaga.

Senarai pemenang AIM 15:

  • Album Terbaik: Aku.Muzik.Kamu (Faizal Tahir)
  • Lagu Terbaik: Izinku Pergi (Azlan Abu Hassan/Sulu Sarawak/Kaer Azami)
  • Album Pop Terbaik: Hadiah Daripada Hati (Datuk Siti Nurhaliza)
  • Album Rock Terbaik: Aku.Muzik.Kamu (Faizal Tahir)
  • Album Nasyid Terbaik: Maulana (Rabbani)
  • Album Pop Etnik Terbaik: Melodi Ahlaan (Waheeda)
  • Album Inggeris Tempatan Terbaik: Eclecticism (Melissa Indot)
  • Artis Baru Terbaik: Faizal Tahir
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki): Faizal Tahir
  • Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita): Datuk Siti Nurhaliza
  • Artis Harapan: Suki
  • Album Cina Tempatan Terbaik: Here I Come (Andrew Tan)
  • Album India Tempatan Terbaik: Martin Zamigano Kanmani (Martin Zamigano)
  • Video Muzik Terbaik: Sangkar (Sean Chan/Atilia)
  • Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Artis Luar Negara: Terlalu Cinta (Rossa)
  • Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia): Cintamu (Nai Kong/Datuk Siti Nurhaliza)
  • Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bukan Bahasa Malaysia): Last Breath (Hafiz Hamidun)
  • Kulit Album Terbaik: After 8 (Jenny Sun)
  • Rakaman Album Terbaik: After 8 (Nick Lee/JD Wong dan Illegal)

Powered by Berita Harian

Rocker Rocks AIM Awards

5 May


Faizal Tahir “flies” at the AIM awards show this year.

The recent AIM awards took some unexpected turns with reality show runner-up Faizal Tahir bagging the most trophies. DENNIS CHUA writes.

BANNED for three months for flashing a sprayed-on “tattoo” on his bare chest, a dashing rocker returned with a vengeance not unlike his favourite superhero from Planet Krypton.

The “Terengganu Superman”, better known as Faizal Tahir, emerged as the biggest winner in the 15th Anugerah Industri Muzik (AIM) last Saturday.

In the awards ceremony broadcast live over ntv7 from the Putra World Trade Centre (PWTC) in Kuala Lumpur, 30-year-old Faizal bagged four out of the 19 awards – Best Vocal Performance In An Album (Male), Best New Artiste, Best Rock Album and the top award of Album Of The Year for his debut album Aku.Muzik.Kamu.

Faizal, the runner-up of the first season of 8TV’s popular reality talent show One In A Million (OIAM), was also nominated for Best Engineered Album, Best Musical Arrangement In A Song (Non-Bahasa Malaysia) and Best Song which he lost to this year’s winner.

Accepting his first award of the evening from his fellow GangStarz Season One host Putri Andreanna (Anne) of Hot FM, Faizal joked that perhaps it was his luck to be seated next to pop queen Datuk Siti Nurhaliza in the concert hall.

He also apologised to his fans in Perlis for being unable to attend the Karnival Jom Heboh of TV3 in Kangar the following day, after an objection against his presence by the Perlis Mufti Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

“On a more serious note, I dedicate my trophies to my loved ones and the wonderful team of musicians, producers and lyricists who helped me achieve my dreams.

And to prove that he was all-out to “fly higher” as a singer, composer and songwriter, Faizal “flew” off stage and soared above the audience with help from a team of stage assistants who harnessed him to the ceiling.

Pop queen Datuk Siti Nurhaliza continued her reign in the women’s categories of the AIM.

She took home three of the five awards she was nominated for namely Best Vocal Performance In An Album (Female), Best Pop Album (Hadiah Daripada Hati) and Best Musical Arrangement In A Song (Bahasa Malaysia).

Siti was also nominated for Best Album Cover and Song Of The Year.

OIAM Season One champion Suki Low won her first AIM award for Most Promising Artiste, beating crowd favourites such as Dafi Ismail Sabri of Akademi Fantasia 5 and Mentor Season One champion Fiq Abdul Halim.

“It’s my biggest event since OIAM. It will go a long way in helping the promotion of my coming album,” she said.

Suki said her debut album would be out next month and would have a mix of English and Bahasa Malaysia songs with a pop-rock flavour.

Another first-time AIM winner was jazz singer Melissa Indot who bagged the Best Local English Album for Eclecticism.

“I’ve been singing since I was three and my parents are very musical. They encouraged me to learn the piano when I was a kid, but I only became seriously interested in a recording career four years ago,” she said.

Acclaimed rock and hip-hop act Pop Shuvit finally gained its biggest recognition from the Malaysian music industry. AIM15 organising chairman Freddie Fernandez presented the group with the Anugerah Kembara for promoting Malaysian music abroad.

The seven-year-old band comprising Moots, JD Wong, AJ, Rudy and Uno has had three successful albums under its belt and a sizable fanbase in Japan, Thailand and Singapore.

Pop Shuvit was also nominated for Best Engineered Album, Best Music Video and Best Local English Album, for its latest album Freakshow Volume 1: Tales Of The Travelling Tunes, a collaboration with Thai singer Dandee.

Lead singer Moots said: “We’ve always loved making music and we believe the sky’s the limit.

He said the band had plans to market and launch its albums in Singapore, Thailand and Hong Kong.

“That’s the essence of Pop Shuvit, we always do things differently and love taking risks,” Moots said.

Veteran composer and producer Fauzi Marzuki was honoured with the Lifetime Achievement Award or Anugerah Wirama for his contributions to the music industry.

A respected mentor of major artistes such as Sheila Majid, Raja Ema and Jamal Abdillah, Fauzi thanked his fellow producers, composers and lyricists who collaborated with him successfully over the years.

He paid special tribute to the late Mike Bernie Chin, Fernandez, Jenny Chin and Mac Chew among others.

Fauzi, who started playing music at age 12 said his journey in the music industry was endless.

“I’ve never stopped and have no plans to retire,” he said.

Actor-comedian Afdlin Shauki and soul singer-cum-actress Adibah Noor proved a winning team as co-hosts for the awards. The Perak duo had great chemistry, cracked jokes that were not over-the-top and showed impressive knowledge of the various nominees.

They also showed off their skills in speaking Chinese, Tamil and Hindi, in line with the awards’ regular theme of creating national unity through music.

A veteran comedian made perhaps his first major public appearance in years during the intervals. He was none other than Yusof Hamid also known as Mr Os who was a household name in the 1980s.

Mr Os, who traded light-hearted barbs with his old pal Acappan, had lost none of his mischievous wit, and readily flashed his trade-mark toothy grin.

The awards were given out by singers, radio and television personalities Diddy Muhid, Aliff Aziz, Anne, Farawahida, Ezlynn, Daniel Lee, Pete Teo, Shebby Singh, Harith Iskander, Kartini Ariffin, Sohaimi Mior Hassan, Mila Jirin, Ben Loh, Sean Ghazi, Elyana, Dina Nadzir, Lah Ahmad, Fazley Yaakob and Datuk Julie Sudiro.

Backed by an orchestra led by music director Aubrey Suwito, Faizal, Hazami, Suki, Fiq, Dafi, Karen Kong, Boomerangx, Estranged, Pop Shuvit, Siti, Dayang Nurfaizah, Raja Atilia, Mawi, Anuar Zain and Rahim Maarof were the artistes who gave performances for the evening.

The stylish and sassy trio of Siti, Dayang and Atilia proved the best female act, when they performed a medley including the late pop king Sudirman Arshad’s moving hit song Warisan with soul and passion.

The same could be said for the best male act for the evening comprising Rahim, Anuar and the snow-capped Mawi. They jointly performed Man Bai’s kau Ilhamku, a moving tribute to recently departed members of the entertainment industry (including former New Straits Times entertainment journalist Azman Ahmad).

 

Powered by New Straits Times