Archive | American Idol RSS feed for this section

David Archuleta Bawa Pulang Baju Melayu

10 Apr

[
Tonton video ]

Teks oleh Haswari Ali
Foto & video oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 10 APRIL 2009:  Persalinan Baju Melayu berona hijau lengkap dengan songket yang dipakai finalis American Idol musim lalu, David Archuleta, 19, ketika sidang media sempena kunjungannya di Malaysia semalam, akan di bawa pulang penyanyi itu ke Amerika Syarikat sebagai  buah tangan.

Ditanya portal murai.com.my bagaimana perasaanya apabila menyarungkan pakaian tradisional masyarakat Melayu itu David berkata, dia cukup sukakan rekaan dan kualiti fabriknya.

“Terima kasih, saya cukup menyukainya. Fabriknya lembut dan baunya juga wangi. Pastinya saya akan membawa pulang ke Amerika,” katanya yang tidak lekang dengan senyuman.

Baju Melayu berwarna hijau muda itu adalah hadiah daripada Sony Music Entertaiment Sdn Bhd sempena lawatannya selama 4 hari ke negara ini.

David berkata, dia bangga apabila berpeluang memperagakan baju berkenaan di hadapan peminatnya di sini.

“Ya memang saya menyukai warna hijau ini dan kalau nak tahu warna jingga, kuning dan hijau juga adalah warna-warna kegemaran saya. Di Amerika Syraikat, tak semua orang berpeluang mengenali budaya masyarakat lain. Mungkin dengan pakaian ini, saya akan dapat berkongsi cerita mengenai keistimewaan Malaysia.

“Bagi saya pengalaman seumpama ini adalah cukup menarik dan merupakan satu penghargaan apabila dapat menyarungkan pakaian kebangsaan sesebuah negara di hadapan peminat saya,” katanya.

Tampil dengan album sulung berjudul David Archuleta, kunjungannya ke Kuala Lumpur, turut diserikan dengan sesi lawatan ke Sekolah Sri KDU dan seterusnya persembahan istimewa di Sunway Lagoon Amphitheatre, jam 3 petang esok (Sabtu).

Ikuti temubual bersama David sepanjang sidang media di Sunway Lagoon Theme Park, semalam.

Soalan: Bagaimana anda berhadapan dengan dunia populariti pada saat usia anda hanya 17 tahun?
David: Setakat ini saya berjaya menguruskannya dan suka dengan hasilnya. Tapi saya tak rasa  banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Apa yang dapat sekarang adalah sekadar tambahan saja. Apa yang pasti saya dapat mengenali dunia lain.

Soalan: Kehidupan anda sebagai remaja popular. Apa pendapat anda?
David: Saya masih menyukasi kehidupan saya sekarang. Sebab sebelum jadi artis dulu, saya selalu tertanya bagaimana agaknya rasanya membuat persembahan di atas pentas. Saya tak pernah terfikir akan menjadi seperti sekarang ini. Saya masih seperti dulu. Bersama kawan-kawan dan keluarga. Kami lakukan aktiviti seperti biasa. Keluar makan di restoran bersama-sama. Saya rasa peminat di luar sana (AS) faham dengan masa peribadi saya.

Soalan: Kejayaan anda hari ini banyak didorong oleh ayah anda. Bagaiamana anda menghadapinya?
David: Ayah saya sangat penting dalam keluarga. Dia banyak membantu saya  dalam membuat pilihan. Lagipun dalam industri hiburan terlalu banyak perkara gila yang kita tak jangkakan akan berlaku. Kehadiran keluarga sebenarnya banyak membantu saya dan dialah yang banyak menguruskan perkara dengan pelbagai pihak dari lapisan peringkat. Kehadirannya sangat penting.

Soalan: Apa nasihat anda kepada mereka yang ingin menyertai pertandingan realiti seperti anda?
David: Terus ikut apa yang diimpikan. Seperti saya, saya seorang yang mempunyai impian yang sangat besar dan inilah yang saya idamkan selama ini. Memang banyak perkara yang perlu saya laluinya. Perlu juga bekerja keras. American Idol bukanlah landasan yang mudah. Terlalu ramai orang yang berbakat hadir ujibakat jadi saya tidak melepaskan peluang itu. Memang ianya mengambil masa dan perlu banyak kerja keras.

Soalan: Apakah sebenarnya hala tuju muzik anda?
David: Saya memperjuangkan muzik pop. Ramai yang kata saya sepatutnya menjadi seperti Josh Groban, jangan salah sangka. Saya sukakan muziknya. Tapi saya rasa saya bukanlah sesuai untuk saya mempertaruhkan eleman klasikal sepanjang masa. Saya masih rasakan saya 18 tahun dan muda dan saya ingin jadi muda. Saya ingin tunjukkan jiwa muda saya. Saya mahu muzik saya dekat dengan peminat yang seusia dengan saya tapi dalam masa yang sama saya juga perlu mempelbagaikan muzik saya. Peminat saya datang dari pelbagi kelompok usia. Kalau boleh saya mahu tonjolkan emosi saya sebenar dalam muzik saya.

 

Murai

Advertisements

Mahu Hidup 100 Tahun

5 Apr

Barisan Archies atau Arch Angels (gelaran bagi peminat David Archuleta) sudah boleh bersedia sekarang. Penyanyi comel kelahiran program American Idol musim ketujuh itu akan menyemai cintanya di Malaysia.

Archuleta dijadualkan berada di negara ini selama empat hari bermula 8 hingga 12 April ini dalam siri promosi album sulung dengan judul namanya sendiri, David Archuleta.

Tidak lengkap promosi tanpa persembahan eksklusif. Mengetahui permintaan dan tidak mahu mengecewakan tentera Archies, pihak syarikat rakaman Archuleta, Sony Music bekerjasama dengan penaja, DiGi, membawakan persembahan David Archuleta Live in KL di Sunway Lagoon Amphitheatre pada 11 April 2009 bermula pukul 3 petang.

Dilahirkan sebagai David James Archuleta, remaja ini menggamit perhatian khalayak dengan wajah mulus dan senyuman umpama madu setiap kali membuat persembahan dalam pertandingan yang mencetus fenomena, American Idol. Dia juga mendapat kelebihan kerana mempunyai vokal gemeresik – sesuai dengan penampilan dirinya yang sentiasa kelihatan manis.

Biar tidak menjadi juara, Archuleta telah lama menang dalam hati peminatnya. Menerima undian sebanyak 44 peratus daripada 97 juta undian, remaja berusia 18 tahun ini tidak menempuh laluan yang sukar untuk mencipta nama sebagai pendatang baru.

Pada Jun 2008, Archuleta menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Jive Records sebelum November tahun yang sama, dia muncul dengan album sulungnya yang terjual sebanyak 700,000 unit hanya di Amerika dalam tempoh kurang enam bulan. Dan single pertamanya, Crush menjadi kegilaan.

Mengulas mengenai karier seninya yang berkembang baik, kata Archuleta, muzik sudah menjadi darah dagingnya sejak usia enam tahun. Pelbagai pertandingan telah menjadi makanannya dan American Idol bukanlah satu-satunya medan buat dia mempamerkan bakat.

Archuleta pertama kali membuat persembahan di khalayak pada usia 10 tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian Utah Talent dan penampilan sulungnya di kaca televisyen pula dibuat setahun selepas itu menerusi program Latino.

“Hanya American Idol benar-benar telah mencabar kredibiliti saya. Dan saya harus berterima kasih kepada klip video Les Miserables yang saya tonton pada usia enam tahun kerana dari situlah cinta saya terhadap bidang ini tumbuh,” kata penyanyi yang banyak dipengaruhi ibunya yang merupakan seorang penggemar muzik Latin.

Malah, tambah Archuleta, perjalanan yang sedang ditempuh kini sungguh luar biasa. Tidak pernah terbayang dia akan menjadi seorang penyanyi ‘besar’.

Katanya: “Saya rasa tindakan saya tidak menghabiskan kelas tarian untuk menyertai American Idol adalah tindakan yang bijak. Dalam masa setahun kebelakangan ini, kehidupan saya berubah secara total. Tapi saya sukakannya kerana ia perubahan yang positif.”

Ditanya apa yang diimpikan saat ini, Archuleta berkata, dia bermimpi untuk hidup selama 100 tahun. Alasannya agar dia mampu terus berkarya dan membikin banyak hal dalam period kehidupan 100 tahun itu.

“Walaupun 100 tahun itu jangka yang panjang dan mungkin akan ada banyak rintangan, tapi ia adalah tempoh yang baik untuk saya mengutip pengalaman dan melakukan banyak perkara supaya kehidupan saya lebih bermakna.

Kosmo

'Tuah' Paula Di Balik Kesibukan

10 Feb

PAULA Abdul, salah seorang pengadil American Idol, menyatakan hidupnya tidak hanya berkisar pada rancangan realiti itu, sebaliknya beliau sibuk juga dengan beberapa aktiviti lain.

Beliau kini sibuk mengendalikan pertandingan Rah! Paula Abdul’s Cheerleading Bowl yang disiarkan di MTV sejak awal bulan lalu, selain merancang membuat lebih banyak rakaman album.

Bisnes penjualan barang perhiasan, ‘Forever Your Girl’, dan beg tangannya yang dilancarkan bulan lalu juga mendapat sambutan hangat.

Sementara itu, beliau terus mendapat sorotan glamor kerana penampilannya sebagai pengadil yang kecoh dalam American Idol.

Beliau mengakui antara wanita paling bertuah di dunia kerana dapat terus menyertai rancangan yang dijangka tercatat sebagai ‘rancangan terhebat di dunia’.

Semangatnya tetap tinggi, lapor laman latimes.com, walaupun baru mengalami episod dijejaki peminat kemaruknya, Paula Goodspeed, yang telah membunuh diri, dan kini digandingi pengadil baru, Kara DioGuardi, dalam American Idol.

Terdahulu, semasa berganding hanya dengan Simon Cowell dan Randy Jackson, Paula Abdul berkata beliau selalu disalah erti.

‘Simon seronok membuat saya selalu kelihatan semacam seorang perempuan gila,’ kata Paula, sambil tersenyum.

Cyberita

Archuleta Nanti Ciuman Pertama

15 Jan

DAVID ARCHULETA mengakui dia belum pernah bercium dan sekarang ini sedang menanti-nanti bilakah detik ciuman pertamanya akan datang.

Naib johan American Idol 7 itu dalam temu bualnya dengan majalah Seventeen berkata: “Mesti tiada orang percaya yang saya belum pernah bercium dan betapa saya masih menunggu detik pertama itu.”

Tambahnya: “Saya fikir ramai daripada kita yang tergesa-gesa melakukannya. Malah ada yang bercium dengan orang yang tidak dikenali.

“Bagi saya ciuman pertama adalah sesuatu yang indah untuk dikenang, justeru saya akan lakukannya dengan orang yang benar-benar istimewa. Tapi tak tahulah bila.”

Kosmo

Kediaman 'Seksi' Simon Cowell

5 Jan


SIMON COWELL

SIMON COWELL dilaporkan merancang untuk membina sebuah rumah agam mewah bernilai 10 juta pound sterling (RM50.5 juta) di kepulauan Barbados.

Apa yang unik dengan kediaman yang dilengkapi dengan enam bili tidur itu ialah kesemua dinding bilik-bilik tidur tersebut diperbuat daripada cermin.

Juri American Idol itu telah membeli tanah seluas 10 ekar (435, 600 kaki persegi) di kepulauan tersebut dan bakal membina kediaman yang turut dilengkapi kolam mandi bersaiz mega serta tempat helikopter mendarat.

Satu sumber memberitahu akhbar Daily Mirror: “Simon Cowell sangat cerewet dengan dekorasi kediaman barunya yang bakal dibina di kepulauan Barbados nanti.

“Namun, apa yang paling utama ialah dia mahu dinding kesemua enam bilik tidur di kediaman itu diperbuat daripada cermin.”

Simon yang sebelum ini dilaporkan jatih cinta dengan kepulauan Caribbean itu, sudahpun memiliki sebuah kediaman mewah bernilai RM25.3 juta di situ.

Tambah sumber tersebut: “Simon belum memutuskan sama ada mahu menjual kediaman pertama yang dimilikinya di Barbados itu. Dia seorang yang sangat kaya dan tidak mustahil dia akan memiliki kedua-dua buah kediaman tersebut. Semua itu merupakan gaya hidupnya yang sangat mewah.”

Kosmo

Rocking With The River

30 Dec

SINGAPORE: Being in a rock band can be a dangerous thing for your reputation – especially if you’re Japs Sergio, bassist for Philippine rock band Rivermaya, and your bandmates are the ones jerking your chain because you’re not present for an interview.

Drummer Mark Escueta, guitarist Mike Elgar and singer Jayson Fernandez were on the phone with TODAY from the Philippines and they jokingly rattled off a laundry list of Sergio’s bad habits: “He snores really loud”, “He’s always drunk”, “Whenever we go on tour outside the Philippines or maybe just outside Manila, he tries to do everything in one night” and “Sometimes he wakes up late for interviews”.

The band is in a jolly mood not just because it’s the Yuletide holidays, but also because they’ll be performing at the Marina Bay Singapore Countdown to ring in the New Year.

The show will be broadcast live on MediaCorp TV Channel 5 and will feature performances by Taufik Batisah, Hady Mirza and Superband winners Rabbit, among others.

Rivermaya’s last gig in Singapore was in April 2007, and the boys can’t wait to come back to show off their new vocalist.

After former singer Rico Blanco left the band last year, they organised an American Idol-like audition process that was televised in the Philippines.

Over 500 candidates turned up to be Rivermaya’s new singer, but in the end it was 18-year-old Fernandez who got the slot.

“We had two days of auditions and… we narrowed it down to the final 13 and, ironically, Jayson was number 13,” said Elgar. “Lucky 13, actually.”

And what was Fernandez’s winning factor? “I think it was because he seemed to have lots of money!” said Escueta, laughing. “No, I’m joking. You could feel the excitement and the energy from him, like you know he really wanted this.”

Added Fernandez: “I’ve always been a fan of the band, and now I’m one of them… I feel so blessed to be here. I’m so excited to go (to Singapore) – it’s my first time.”

As for plans in 2009, the band said they’re looking to work on their new album, and they want to collaborate with more artistes.

“We did a song with Electrico two years ago (All the World) and we’d like to do more of that,” said Escueta. “Maybe people like Peter Pan from Indonesia or Agnes Monica – she’s amazing. And of course, Electrico again. We love Electrico!”

Catch Rivermaya at the Marina Bay Singapore Countdown, Dec 31, 9pm. Tickets at S$18, S$25 from Sistic. –

Channel News Asia

Britney Spears Tops Yahoo Searches In 2008

2 Dec

SAN FRANCISCO : Despite all the drama in Britney Spears’ life, the pop star’s popularity doesn’t seem to wane.

“Britney Spears” was the most popular search term on Yahoo for the fourth year in a row – her seventh time at the top in the last eight years, and it sure isn’t going to be her last.

The “Baby One More Time” singer who turns 27 on December 2, has had an exceptional year, winning a record three awards at the 2008 MTV Video Music Awards, two of the top prizes at the MTV Europe Music Awards and most recently voted Best International Pop Star at the Bambi Awards in Germany.

She just released her sixth album “Circus” on Monday and has been on a mini promotional tour across Europe.

Coming in second on Yahoo’s top 10 list was World Wrestling Entertainment, an organisation that stages theatrical professional wrestling events, followed by US president-elect Barack Obama.

“Hannah Montana” star Miley Cyrus and the online game “RuneScape” ranked fourth and fifth respectively.

Japanese manga series “Naruto”, TV show “American Idol” and actresses Jessica Alba, Lindsay Lohan, and Angelina Jolie rounded out the top 10 list.

– CNA/il

Channel News Asia