Archive | Anita Sarawak RSS feed for this section

Alamak Pian!

26 Apr

Oleh ABIE ABDULLAH
abie@hmetro.com.my

Rap
GAMBAR yang disiarkan di halaman ini antara yang kini diperkatakan pelayar Internet. Puratanya ia berbaur negatif. Lebih memburukkan keadaan apabila dia dilihat selalu keluar dengan golongan VIP dan ahli bisnes sehingga dikatakan ditaja oleh lelaki berkenaan.

Mulanya Pian Cecupak tidak ambil pusing, tetapi lama kelamaan cuping telinganya semakin panas dengan tuduhan yang melampaui batas.

Selama ini pun dia tidak kisah orang mempersoalkan tindakannya membuat suntikan kecantikan, namun kali ini dia tidak mahu masyarakat dilemparkan dengan cerita tidak betul.

Wajah Anita Sarawak, Ifa Raziah, Mak Dara (Ibu Mertuaku) dan David Arumugan yang cuba ditiru oleh Pian sebenarnya sebahagian daripada aksi pelawak ini untuk program Alamak! yang akan bersiaran di Astro Ria, mulai Mei ini.

Arahan bersama Zaid Zahari dan Woo Ming Jin ini bagaimanapun bukan hanya memaparkan watak yang dilakonkan Pian semata-mata, malah membabitkan karakter popular dari Hollywood seperti Wolverine, Werewolf, Hulk, Tarzan dan Crocodile Hunter.

Menurut Pian, Alamak! yang dirakam sekitar Januari dan Februari lalu juga dijayakan oleh Zaid yang juga penerbit, Ellie Suriaty, Azura Zainal, Sham Sunder dan Radhi Khalid.

“Cuma saya risau apabila gambar ini yang diletakkan di dalam laman web Alamak! diambil oleh mereka yang ‘tangan gatal’ dan menghantar kepada e-mel lain sehingga ia menjadi buah mulut yang tidak sedap didengar.

“Saya mahu memberi penjelasan di sini, semua karakter yang saya ‘tiru’ itu hanya untuk menghidupkan lagi konsep komedi Alamak!, bukan kerana saya suka-suka memakai solekan dan pakaian perempuan.

“Yang lebih panas apabila ada pihak menuduh saya ditaja oleh lelaki VIP. Tolonglah, kelakar pun ada, sakit hati pun ada. Tak sangka begini pula jadinya,” kata Pian.

Bekas anggota kumpulan lawak Cecupak ini meminta supaya karakter di dalam Alamak! tidak dipergunakan sehingga menjejaskan maruah orang lain.

 

 

“Ia hanya lakonan semata-mata. Lagipun, berilah peluang saya berlakon selepas sekian lama tidak berbuat begitu kerana sibuk dengan tugas mengacara majlis.

“Nilaikan dulu lakonan saya di dalam siri itu, baru boleh jatuhkan hukum ke atas saya. Ini belum tengok lagi sudah buat tafsiran bukan-bukan,” katanya.

Mengenai peniruan karakter artis popular, terutama selebriti tempatan, Pian memberitahu, dia tidak berniat untuk menyindir sesiapa. Peniruan dilakukan berdasar tarikan yang ada pada seseorang personaliti.

“Segmen saya lebih kepada program memasak, jadi semua karakter ini kononnya dijemput untuk acara memasak di TV,” katanya.

Seperkara lagi, Pian tidak menafikan dia sering keluar bersama golongan VIP, tetapi dengan tujuan perbincangan bisnes yang diuruskannya. Lelaki berusia 39 tahun ini mengakui berjinak-jinak dalam dunia bisnes.

“Malu juga apabila orang tuduh saya ditaja. Lawak betul, ada ke orang nak taja saya. Kalau yang belanja saya untuk suntikan kolagen memang ada, tetapi kawan,” katanya yang juga kecewa apabila satu-satunya lagunya, Mari Tengok Wayang dianaktirikan oleh radio tempatan.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Advertisements

Zon Abie: Selebriti Kita 'Tak Berkira'

25 Apr

Oleh Abie Abdullah

Rap
SIAPA kata artis kita ‘demand’? Tak baik tuduh artis kita bukan-bukan soal bayaran. Bukan saja tidak letak harga, malah bagi khidmat percuma lagi. Semua demi peminat walaupun yang membayar untuk ‘bersama’ mereka itu bukan seringgit dua.

Ini berlaku di Minggu Setiausaha anjuran Hotel Istana dan Lord’s Tailor, Rabu lalu. Pelik bin hairan juga, sebab biasanya, keraian yang diadakan sepanjang April ini adalah bulan untuk artis menambah isi dalam akaun bank masing-masing selain bertemu peminat.

Malah bayaran untuk persembahan makan tengah hari atau malam, bukan sedikit yang dibayar kepada penghibur negara. Tidak cukup artis Malaysia, Kris Dayanti saban tahun tidak terkecuali daripada acara ini. Bukan seribu dua ringgit bayaran artis.

Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Anita Sarawak dan Ning Baizura, bukan kecil anak pengalaman mereka dalam dunia nyanyian, jadi bukan kecil juga jumlah yang harus dibayar buat mereka. Ini bukan soal ‘demand’ tak bertempat tetapi ‘demand’ kerana hak mereka.

Lain pula yang berlaku depan mata saya. Bukan nak mempertikaikan keluhuran hati lebih 20 lelaki yang didatangkan khas untuk menyedapkan mata setiausaha apabila dikatakan mereka berkhidmat percuma selama hampir sehari suntuk di majlis itu.

Situasi itu membuatkan hati saya terdetik, baik sungguh mereka! Tidak hanya mereka, penyanyi yang diundang seperti Jaclyn Victor, Sarah Raisuddin, Azharina Azhar dan Shila ND Lala turut sama membuat ‘amal’.

Walaupun ada antara mereka yang terpaksa mengosongkan jadual daripada rutin kebiasaan di lokasi serta ada yang bergegas dari majlis lain atau ke majlis lain selepas itu, artis ini sangat komited. Mereka menyanyi percuma!

Semua artis wanita mengenakan gaun merah, sesuai dengan tema barangkali. Baju pula rekaan pereka muda, kecuali Jaclyn yang terpaksa membuka almari sendiri. Bagaimana dengan bayaran mekap? Opps, mungkin ada yang taja, baguslah!

Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Aqasha, Awal Ashaari, Fizow Omar, Iqram Dinzly, Ashraf Muslim, Adi Putra dan Nazril Idrus antara yang menjadi tatapan hadirin. Malah artis Indonesia turut dijemput seperti Irwansyah, Ariffin Putra, Samuel Rizal, Ello, Rio Febrian, Delon dan Didi Riyadi.

Puaslah peminat yang rata-ratanya wanita mengabadikan gambar mereka bersama bintang kacak ini. Sebelum majlis bermula, mereka berlegar sekitar muka pintu ‘ballroom’ untuk memberi layanan kepada peminat. Kemudian dipanggil ke dewan, tamat sesi perkenalan di pentas, mereka perlu keluar.

 

 

Keluar ke mana? Sebenarnya kembali ke ruang legar depan pintu masuk dewan tadi. Dah mati kutu, tidak tahu apa nak buat sebab hadirin semuanya sedang menikmati celoteh Adflin Shauki dan AC Mizal selalu pengacara majlis serta ayam goreng garing keras yang menjadi antara menu hidangan Padang untuk makan tengah hari itu.

Sebelum saya dan rakan-rakan masuk ke dewan itu, mula terdengar daripada teman yang membawa artis kerana mereka tidak disediakan kerusi atau meja, jauh sekali untuk sama-sama makan. Detik hati, mungkin penganjur sudah sediakan tempat khas.

Bagaimanapun, pertanyaan hati itu semakin bertambah apabila beberapa artis jantan pemanis majlis mundar-mandir dalam dewan, bagaikan pelayan yang tidak membawa dulang. Senyum tetap di bibir, jauh sekali untuk dibuang daripada tatapan peminat.

Dalam gelak dek lawak si pengacara, Afdlin sempat menyuruh orang menghantar makanan ke belakang pentas sebab masing-masing kelaparan. Biasalah Afdlin, bijak sungguh gurauannya!

Kasihan melihat artis pemanis majlis itu yang ‘dikoreografikan’ seperti kehilangan arah, saya bersama teman seperti bendul mengajak mereka turut sama menjamu selera yang kebetulan ada tempat kosong di meja kami. Ada yang menolak, tidak kurang juga yang tidak mempedulikan protokol kerana perut makin rancak berkeroncong.

Sememangnya telahan saya meleset mengenai meja, kerusi, makanan dan minuman. Semua itu tidak disediakan kerana tugas mereka hanya memaniskan muka sepanjang majlis berkenaan. Bayaran? Seperti yang saya katakan tadi, mereka pemurah beramal.

Setahu saya, sesetengah majlis amal pun, artis dibayar secara token kalau tidak sepenuhnya. Namun, dalam kes tadi, mereka sudah berpuas hati dengan sepasang persalinan yang diberikan Lord’s Tailor.

Cuma malangnya, ada juga yang terkebil-kebil tidak tahu apa yang mereka sedang lakukan. Tidak tahu pun mereka perlu hadir untuk Minggu Setiausaha. Lawak sungguh artis kita, nampak sangat mudah dipergunakan mereka yang sememangnya kaki pengguna!

Bukan saja yang datang berseorangan, malah artis yang memasang pengurus juga ‘buta huruf’ pasal majlis ini sehingga mereka tersentak apabila melihat gambar dan nama mereka di dalam akhbar dan kain rentang di hotel berkenaan.

Syabas buat artis ini kerana sanggup beramal sehingga begitu rupa! Cuma kami di Harian Metro tidak sanggup berbuat begitu kerana memikirkan keringat dan periuk nasi masing-masing. Walaupun akhbar sering memberi publisiti untuk golongan ini, bayaran tetap bayaran!

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Faizal, Nita Hibur Setiausaha

21 Apr

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Dendangan lagu popular bakal hangatkan majlis makan tengah hari di Dewan Perdana Felda esok

KISAH buka baju dua tahun lalu ketika ulang tahun keempat stesen televisyen 8TV, mengundang musibah kepada penyanyi bernama Faizal Tahir. Akibat tindakan luar sedar itu, Faizal digantung tiga bulan daripada sebarang aktiviti seni mahupun muncul di media massa.

Seakan ada hikmah di sebalik setiap kejadian, kontroversi yang ditimbulkan sendiri itu ternyata tidak menjejaskan kerjaya Faizal Tahir. Penyanyi yang dicemuh satu ketika dulu ini kini bangkit dan sedang asyik melakar kejayaan demi kejayaan. Karyanya diminati dan suaranya dikagumi.

Malah, kejayaan demi kejayaan ditempa penyanyi berusia 31 tahun ini. Tahun 2009 pula, membuka satu lagi lembaran baru buat kerjaya bapa kepada tiga cahaya mata ini apabila namanya menjadi pilihan penganjur Minggu Setiausaha. Tidak semua artis berpeluang menjayakan minggu setiausaha dan ternyata Faizal Tahir bertuah apabila menjadi salah seorang daripada ratusan artis yang menjadi pilihan.

Penyanyi yang baru saja muncul dengan single terbaru berjudul Bencinta bakal menjayakan minggu setiausaha anjuran Me & U Creative di Dewan Perdana Felda esok. Bakal mendendangkan sebanyak lapan buah lagu, majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran seorang lagi bekas peserta program realiti Malaysia Idol musim kedua, Nita.

Kedua-duanya pertama kali menjayakan Minggu Setiausaha selepas beberapa tahun bergelar penyanyi. Undangan menjayakan minggu setiausaha cukup dihargai dua penyanyi ini kerana menganggap ia satu cabang baru buat mereka.

Walau berpengalaman membuat persembahan di pelbagai majlis, Faizal memberitahu hatinya berdebar menantikan tarikh itu. Apatah lagi ini kali pertama dia menjayakan Minggu Setiausaha yang menampilkan namanya sebagai penyanyi utama.

“Selain di Dewan Perdana Felda, saya turut diundang di sebuah majlis lain tetapi kehadiran saya hanyalah sebagai penyanyi undangan. Berbeza sekali dengan kemunculan saya pada 22 April kerana saya menjadi tumpuan utama yang mana memerlukan saya menyanyi sehingga lapan buah lagu.

“Bukan saja kali pertama menjayakan minggu setiausaha, ini juga kali pertama vokal saya benar-benar diuji kerana saya perlu menyanyi sebanyak lapan buah lagu. Perkara itu yang membuatkan saya berdebar, tapi satu saja harapan saya semoga kesihatan tidak terjejas pada hari berkenaan,” katanya yang mahu penonton berpuas hati supaya mereka merasa berbaloi dengan wang ringgit yang dikeluarkan untuk menonton persembahannya.

Penyanyi itu juga berkata, dia akan bekerja lebih rapat dengan penganjur supaya dapat mempersembahkan sebuah persembahan yang mantap pada hari berkenaan. Faizal bakal memilih lagu daripada album pertamanya Aku.Muzik.Kamu dan berkemungkinan mendendangkan cover version lagu popular.

Bagaimanapun jelas penyanyi itu, jika namanya masih lagi menjadi pilihan penganjur tahun depan, dia mahu menjadikan prinsip dipegang penyanyi Anita Sarawak yang hanya memilih untuk menjayakan satu majlis.

“Saya menghormati pendirian Kak Nita yang hanya memfokuskan kepada satu persembahan saja. Berkemungkinan besar saya akan menggunakan pendirian yang sama supaya dapat memberi sepenuh tumpuan kepada sebuah majlis saja,” katanya yang kini sedang sibuk menyiapkan album keduanya yang dijangka menemui peminat pertengahan tahun ini.

Menjalinkan kerjasama dengan Audi Mok, Faizal akui selesa bekerjasama dengan komposer itu kerana keserasian yang wujud antara mereka. Dia juga tidak mahu terburu-buru menyiapkan album keduanya kerana mahu menghasilkan album yang benar-benar berkualiti.

“Saya tidak kisah terpaksa menunggu hingga dua tahun untuk kehadiran album kedua ini. Kami menyiapkan album ini dalam suasana yang relaks dan sememangnya kami tidak mahu terburu-buru untuk memastikan kualiti album ini terjamin,” katanya.

8Unit bantu Nita terus bertahan

JIKA tidak kerana syarikat pengurusannya 8Unit, mungkin nama Nita sudah lama berkubur dari arena seni suara. Justeru, wanita tinggi lampai itu amat berterima kasih kepada syarikat pengurusan yang tidak pernah meminggirkan namanya.

“8Unit yang masih buat saya terus hidup hingga sekarang. Syarikat pengurusan tidak pernah lupa mencarikan saya undangan setiap bulan sekurang-kurangnya sekali. Mungkin jika tiadanya 8Unit orang sudah tidak lagi mengingati Nita.

“Saya juga berasa amat bertuah setelah empat tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian, akhirnya saya diberi peluang menjayakan minggu setiausaha sekali pun sekadar penyanyi jemputan. Tetapi saya menganggap ini mungkin satu platform yang baik untuk kerjaya saya,” kata penyanyi itu yang bakal tamat kontrak dengan syarikat rakaman SRC, Jun nanti.

Memandangkan kontraknya yang bakal tamat tidak lama saja lagi, penyanyi itu kini sudah pun merangka beberapa rancangan untuk memastikan kerjayanya terus berkembang. Bagaimanapun, dia tidak mahu lagi terikat sebaliknya mahu menghasilkan album dengan modal sendiri supaya dapat menghasilkan album yang benar-benar memuaskan hatinya.

Namun penyanyi berusia 30 tahun itu masih tidak dapat menjanjikan bilakah impiannya itu dapat direalisasikan. Cepat atau lambat semuanya bergantung kepada keadaan.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan Minggu Setiausaha bersama Faizal Tahir dan Nita boleh menghubungi talian 013-3134623 atau boleh membuat tempahan melalui emel di me.u.creative@gmail.com.

Berita Harian

Azharina Dan 20 Lelaki Kacak

21 Apr

Rap
MINGGU Setiausaha yang berlangsung sepanjang April ini bukan saja menghargai setiausaha yang menjadi tulang belakang kejayaan bos mereka, malah memberi ruang kepada peminat berhibur dan bertemu lebih dekat dengan penyanyi pujaan mereka.

Bukan calang-calang penyanyi menjadi pilihan penganjur kerana harga tiket yang mahal dan menjaga nilai eksklusif acara itu. Antaranya Anuar Zain dan Anita Sarawak bersama Faizal Tahir mengadakan persembahan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 7 dan 8 April lalu.

Sementara itu, Datuk Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti menjadi pilihan Hotel Quality untuk menjayakan persembahan di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta pada 21 dan 22 April.

Hotel Istana pula memberi kelainan dengan menampilkan Azharina bersama 20 artis lelaki popular Malaysia dan Indonesia di Ballroom Grand Mahkota, Hotel Istana, esok, jam 11 pagi hingga 4 petang.

Dua penyanyi lelaki, Faizal Tahir dan Imran Ajmain juga diundang menghiburkan tetamu dan bakal digamatkan lagi dengan kehadiran tiga pengacara, AC Mizal, Afdlin Shauki dan Ally Iskandar.

Ternyata Azharina juga tidak keseorangan dikelilingi kumbang kerana bakal diserikan Jaclyn Victor. Apa yang menarik, Azharina bakal berduet dengan penyanyi Indonesia, Rio Febrian. Turut membuat persembahan, Delon (Indonesian Idol) dan Irwansyah.

Persembahan itu akan disiarkan secara langsung dalam program Wanita Hari Ini di TV3. Harga untuk seorang, RM350++ dan RM290++. Sajian hari itu, makanan Padang dari Sumatera Barat. Untuk tempahan hubungi 03-21419988 sambungan 3667.

Bill Bora selaku wakil publisiti untuk persembahan itu menerbangkan Rio Febrian, Delon, Irwansyah, Ariffin Putra, Samuel Rizal dan Didi Riyadi dari Seberang.

Aktor popular tanah air pula diwakili Fahrin Ahmad, Farid Kamil, Awal Ashaari, Aaaron Aziz, Ashraf Muslim, Iqram Dinzly, Aqasha, Kamal Adli dan Fizo. Mereka semua akan menggayakan kostum rekaan Lord’s Tailor.

Bill Bora berkata, artis Indonesia itu akan menyanyikan lagu ciptaan komposer tanah air kerana dalam pemilihan lagu, pihaknya berkeras untuk menyanyikan lagu gubahan komposer tempatan.

 

 

“Mereka datang membuat persembahan di sini, jadi mereka kenalah ikut cara kita. Negara kita juga mempunyai ramai komposer ternama,” katanya.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Anita Tak Ambil Hati

20 Apr

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

FAIZAL bersalaman dengan Anita Sarawak sebagai tanda memohon maaf.

Kucupan di tangan, sejambak bunga sebagai tanda tiada perselisihan

HUTANG penyanyi Faizal Tahir kepada diva Anita Sarawak sudah terbayar. Tanpa memikirkan soal senioriti, Anita sendiri bertanya kepada penyanyi itu mengenai hasrat hatinya untuk memohon maaf sebaik mereka bertemu selepas menjayakan Minggu Setiausaha anjuran PNB Darby Park.

“Dengar kata Faizal ingin memohon maaf daripada Kak Nita ya?” pantas penyanyi berusia 57 tahun itu bersuara sebaik Faizal melangkah ke bilik sidang media.

Peluang yang sudah lama dinanti-nantikan pemilik lagu Bencinta itu tidak disia-siakan Faizal. Sudah lama dia menantikan saat itu dan tanpa berlengah, tangan dihulur, maaf pun dipinta berserta sebuah kucupan di tangan Anita sebagai tanda hormat.

Adegan yang cukup manis itu bukan saja disaksikan media, malah suami tercinta penyanyi itu Mahathir Abdullah serta kakitangan PNB Darby Park. Lalu, Anita menghulurkan sejambak bunga sebagai lambang tiada lagi perselisihan antara mereka.

Bagaimanapun, Anita kemudian menjelaskan, dia sebenarnya tidak pernah mengambil hati atas kelewatan Faizal itu. Malah, dia juga tidak berasakan hal berkenaan perlu diperbesarkan kerana antara dia dengan Faizal sebenarnya tidak pernah wujud sebarang persengketaan.

Entah di mana Anita mengetahui desas-desus mengenai hasrat hati Faizal untuk memohon maaf berikutan kelewatan hampir satu jam ketika menghadiri sidang media itu sehingga membuatkan Anita dan tetamu lain terpaksa menunggu lama.

Faizal pula yang tidak mengetahui sudah terlewat, terus saja duduk di meja utama tanpa rasa bersalah dan langsung tidak mengungkapkan kata-kata maaf. Perkara itu pula sebenarnya berlaku disebabkan salah faham antara penganjur dan Faizal yang seterusnya mengheret penyanyi penuh kontroversi itu sebagai mangsa keadaan.

Namun, kini semuanya sudah kembali jernih. Faizal tidak lagi menyimpan rasa bersalah kepada penyanyi yang amat disegani itu.

Anita mahu bersara?

BARANGKALI berita ini bakal mengejutkan peminat setia penyanyi yang sentiasa bertenaga di atas pentas ini. Tetapi penyanyi berasal dari Singapura ini menjelaskan, setakat ini belum pernah terlintas di fikirannya mahu meninggalkan dunia seni yang amat dicintai.

“Ketika Kak Nita bertemu dengan Abang Mahathir lebih 10 tahun dulu, pernah terlintas di fikiran untuk meninggalkan arena seni suara. Tetapi, dia memberi Kak Nita kata-kata semangat supaya meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian dan semangat itu terus mekar sehinggalah ke hari ini.

“Setakat hari ini, belum pernah terlintas di hati Kak Nita untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya nyanyian. Memang setiap kali bertemu peminat, Kak Nita akan berkata kalau Tuhan izinkan ada umur panjang, Kak Nita akan terus bernyanyi. Kak Nita berkata begitu bukannya sebagai niat untuk mengumumkan persaraan.

“Sebagai manusia, kita tidak tahu apakah yang akan berlaku kepada kita esok lusa. Sehingga hari ini Kak Nita masih lagi sihat, tetapi macam Kak Nita katakan tadi kita tidak tahu apa yang akan menimpa kita pada masa akan datang,” katanya yang masih bersemangat meneruskan perjuangan kerana kekuatan yang ditiupkan peminatnya.

Melihat wajah peminat yang terhibur dengan persembahannya adalah satu kepuasan yang menyebabkan Anita tidak sampai hati untuk mengundur diri dari dunia seni.

Wajah peminat yang begitu teruja melihat kemunculannya di pentas jelas kelihatan tatkala dia menghiburkan setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby. Tenaganya masih sama, begitu juga dengan celoteh selambanya yang menjadi salah satu tarikan yang membuatkan peminat berasa dekat dengannya.

Bagaimanapun bezanya tahun ini, Anita tidak kerap turun ke pentas dan lebih banyak berada di atas pentas. Namun sesekali dia akan tetap singgah di meja untuk melihat wajah peminatnya dengan lebih dekat.

Pada petang itu, Anita menyanyikan sebanyak lapan buah lagu seperti Diva, Dengar Ini Cerita, Seksis, Joget Gila Bayang dan Turn The Beat Around.

Peminat Faizal histeria

AURA bapa kepada tiga cahaya mata ini begitu kuat sejak akhir-akhir ini. Biarpun sekadar sebagai penyanyi undangan, ternyata kemunculan Faizal Tahir amat dinantikan golongan setiausaha yang menghadiri majlis makan tengah hari itu.

Masing-masing berpusu-pusu ingin merakamkan gambar Faizal tengah hari itu. Ke mana dia bergerak, peminatnya begitu teruja untuk mendekatinya. Namun, mereka lebih terkawal berbanding peminat Anuar Zain, mungkin menghormati status Faizal sebagai suami orang.

“Sokongan peminat ini saya anggap sebagai satu penghormatan untuk saya. Malah saya sendiri tidak menyangka dalam usia begini serta status yang dipegang, peminat masih dapat menerima kehadiran saya.

“Apa yang lebih penting bagi saya setiap hasil kerja perlu menghasilkan sesuatu yang terbaik. Walaupun keadaan saya hari ini tidak begitu sihat, tetapi saya tidak menjadikan ia sebagai alasan boleh sambil lewa ketika membuat persembahan,” katanya yang mendendangkan lima lagu Mahakarya Cinta, Sampai Syurga, Coba, Gemuruh dan You Make It Real (James Morisson).

Berita Harian

Telefon Teman Setia

17 Apr

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap

SUDAH jatuh ditimpa tangga. Demikian nasib dilalui penulis lirik, Jamaludin Sulik, 43, atau Sri Bayu yang kini masih dalam proses perceraian dengan isteri, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau Erema.

Waktu sama, penyakit saraf yang dihidapi sejak empat tahun lalu bertambah buruk menyebabkan dia gagal berkomunikasi dengan baik dan pergerakannya agak terbatas. Sejak 9 April lalu, dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas tidak berupaya untuk bergerak.

Hasil pemeriksaan, pihak hospital mendapati keadaannya agak stabil dan membenarkan Sri Bayu pulang petang kelmarin. Kini hanya telefon menjadi teman setia dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pengikat hubungan di antara Sri Bayu dan teman-teman.

Sri Bayu ketika ditemui di HKL, kelmarin memaklumkan, keadaannya agak lemah dan tidak mampu bergerak selain mengharapkan bantuan daripada keluarga angkat untuk menguruskan keperluan seperti menyuapkan makanan dan minuman kepadanya.

Paling memilukan apabila dia memaklumkan perasaan hampanya kerana tidak dapat bertemu bapanya, Abdul Muktee yang kembali ke rahmatullah di Bangi, Selangor, Ahad lalu.

“Saya terkilan kerana tidak dapat bertemu bapa. Berita kematian itu disampaikan seorang teman ketika saya menjalani rawatan di hospital,” katanya.

Walaupun dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan, Sri Bayu masih sempat mencipta lirik lagu baru, Sayang Terakhir dengan bantuan jururawat di hospital berkenaan. Ditanya adakah lagu itu ditujukan kepada individu tertentu, Sri Bayu enggan mengulas lanjut.

Penulis lirik yang pernah melonjakkan nama Anita Sarawak menerusi lagu Cintamu Muzik Di Hatiku dan Kau Lilin Cintaku (Francisca Peter) itu memaklumkan ada menghantar SMS kepada Erema sebelum menjalani rawatan di hospital tetapi Erema memaklumkan dia sibuk dengan urusannya.

Sri Bayu yang sebelum ini menetap bersama keluarga angkat di Shah Alam, sudah mencuba pelbagai rawatan tradisional. Begitupun keadaannya masih belum pulih.

Adik angkatnya, Kher Wanshah Omar, 25, berkata pelbagai rawatan tradisional seperti mengurut dilakukan sejak mengalami sakit itu. Begitupun, pihaknya turut berikhtiar menjalani rawatan di hospital.

 

 

“Sakit saraf yang dialami sudah lama. Begitupun, sejak dia (Sri Bayu) menetap di rumah kami, pelbagai rawatan diusahakan untuk memulihkan penyakitnya.

“Begitupun, keadaannya masih belum pulih. Sehinggalah pada dua minggu lalu apabila tangan dan kakinya tidak dapat bergerak. Kami cuba pula mendapatkan rawatan di hospital.

“Kami sekeluarga cuba lakukan apa yang termampu memandangkan tiada siapa yang mengurus dan membantunya setakat ini,” katanya.

Sri Bayu turut menerima kunjungan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie Fernandez yang menyerahkan sumbangan sebanyak RM500 bagi meringankan beban yang dilaluinya, kelmarin. Seri Bayu juga adalah salah seorang penerima Skim Pencen Karyawan yang menerima bantuan RM500 sebulan.

Menurut Freddie, lawatan itu adalah kunjungan biasa persatuan dalam memantau kebajikan ahlinya. Malah, sebelum ini, mereka kerap berhubung menerusi SMS. Bagaimanapun, keadaan lebih sukar apabila dia tidak dapat bergerak.

“Sebelum ini, pihak kami pernah berbincang mengenai masalah yang dihadapinya. Kami ada meminta kebenaran daripada pihak keluarganya untuk membawanya menjalani rawatan di samping menanggung kos berkenaan. Bagaimanapun, belum ada kata putus daripada pihak keluarganya.

“Kami juga akan memantau keadaannya dari semasa ke semasa. Setakat ini, dia berada dalam senarai skim pencen Karyawan dan kami akan cuba memberi bantuan susulan mengikut keperluannya,” katanya.

Hadir sama, AJK Biro Penyanyi, Salwa Abdul Rahman. Selain AJK persatuan, Salwa yang hadir sebagai teman lama turut bersimpati dengan nasib yang dilalui komposer itu.

“Saya sudah mengenalinya sejak 1980-an lagi. Sebagai kenalan, saya cuba melakukan yang terbaik buatnya. Saya juga merayu kepada rakan-rakan untuk sama-sama membantu dengan pelbagai cara bagi meringankan beban yang dilalui,” katanya.

Sementara itu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes perceraian yang difailkan Erema terhadap suaminya. Tarikh itu ditetapkan bagi membolehkan peguam syarie, Norafizah Abdul Azis yang mewakili Seri Bayu (defendan) mengemukakan tuntutan balas berhubung penyata tuntutan yang dikemukakan Erema (plaintif).

Pasangan itu gagal hadir ke mahkamah pada 11 Mac lalu kerana Erema bekerja manakala Seri Bayu mengalami masalah kesihatan.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Populariti Siti Belum Dicabar

14 Apr

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff, Zul Husni Abdul Hamid, Farihad Shalla Mahmud & Zaidi Mohamad
bhnews@bharian.com.my

PENYANYI Wanita Popular kekal milik Siti 12 kali berturut-turut.

Kemenangan muka baru dalam ABPBH 2008 menunjukkan perubahan sikap peminat

TIRAI Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 sudah pun dilabuhkan jam 11.30 malam, Ahad lalu, apabila keputusan terakhir Bintang Paling Popular diumumkan pengacara Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira. Begitupun, pastinya peminat masih hangat membicarakan mengenai anugerah edisi ke-22 itu selepas satu nama baru, Ahmad Nabil Ahmad, dinobat pemenang tiga trofi, termasuk kategori utama berkenaan.

Ia umpama mengulangi pencapaian bekas Bintang Paling Popular sebanyak tiga kali (ABPBH 2005 – 2007), Mawi, yang sebaik saja beberapa bulan keluar daripada Akademi Fantasi musim ketiga, dia terus menggenggam tiga trofi (Artis Baru Lelaki Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Bintang Paling Popular) pada ABPBH 2005.

Akhirnya, benteng yang dibina kukuh oleh Raja SMS itu runtuh dengan kelucuan yang dihadirkan peserta Raja Lawak musim kedua ini. Peminat memilih untuk memahkotakan seorang artis komedi, pada kali ini, berbanding penyanyi, penyampai radio, pengacara televisyen mahupun pelakon.

Selepas Mawi melakukannya selama tiga tahun, kini giliran Nabil pula menghuni tempat cukup istimewa itu. Lebih bermakna, dengan gelaran yang baru diterima, Nabil memandu pulang kereta Nissan Sylphy 2.0L bernilai RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, menerima set barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 dan set perabot tajaan Empire Classic Furniture bernilai RM30,000.

Bukan hanya Nabil yang berjaya merubah keputusan anugerah itu, pada acara yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Arena of Stars Genting Highlands, bahkan beberapa nama lain turut mencipta kejayaan tersendiri apabila berdaya menguis turun pemenang sebelum ini.


QUE berkongsi kegembiraan dengan isteri tersayang.

Pelakon Noorkhiriah, umpamanya, menongkah arus untuk muncul pemenang kategori Artis Komedi Wanita Popular, selepas pemenang edisi sebelumnya, Sheila Rusly, gagal disenarai ke peringkat akhir. Begitu juga aktres Maya Karin, yang berbekalkan filem Duyung, merampas semula trofi Pelakon Filem Wanita Popular yang pernah dijulang pada ABPBH 2005 daripada tangan Fasha Sandha.

Que Haidar pula, setelah bertahun mencuba, akhirnya pulang dengan trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, mengetepikan pemenang edisi sebelumnya, Rusdi Ramli. Dalam kategori yang dianggap cukup kuat, Que yang baru saja bergelar suami kepada pereka tari Linda Jasmine, membuktikan usaha kerasnya sekian lama memberikan habuan yang bukan kepalang.

Populariti Lagu Untukmu yang menjuarai beberapa acara pertandingan, benar-benar meletakkan kumpulan Meet Uncle Hussain pada kedudukan teratas dalam kategori Artis Berkumpulan / Duo Popular. Calon terkemuka lain seperti Hujan, Estranged dan M Nasir & Malique juga tidak mampu menahan kemaraan mereka.

Stacy yang menjadi artis pembuka tirai ABPBH 2008 bersama Anita Sarawak, terus menyusun langkah kemas untuk bergelar penghibur terkenal selepas membuka mata peminat pada Anugerah Juara Lagu Ke-23. Dia meneruskan tradisi peserta AF mengungguli kategori Artis Baru Wanita Popular selepas Farah melakukannya pada ABPBH 2005 dan Mila pada ABPBH 2007.


JAMAL Abdillah berbual dengan Datuk A Rahman Hassan.

Kategori lain masih menyaksikan calon yang sama masih diangkat peminat sebagai pemenangnya. Fara Fauzana terus unggul dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular, manakala Faizal Ismail dan Aznil Nawawi menguasai kategori lelakinya.

Dynas dan Rosyam turut mengelakkan trofi yang dimenangi mereka dalam kategori Pelakon TV Wanita / Lelaki Popular, manakala kumpulan Rabbani menjulang trofi Artis Nasyid Popular sebanyak lapan kali berturut-turut, sejak ABPBH 2001.

Namun begitu, siapa yang dapat menafikan kehebatan Datuk Siti Nurhaliza apabila penyanyi itu menaiki pentas menerima trofi Penyanyi Wanita Popular sebanyak 12 kali berturut-turut. Sejak memenanginya kali pertama pada ABPBH 1996, si penyanyi Di Taman Teman ini tidak pernah melepaskan piala berkenaan ke tangan penyanyi lain.

Dengan keputusan yang menampakkan gelombang perubahan pada ABPBH 2008, peminat nyata semakin berani membuat perubahan pada kedudukan senarai populariti artis kesukaan mereka kali ini. Mereka tidak lagi terikut-ikut dengan corak undian sebelum ini, sebaliknya dengan gah pendirian yang jelas untuk menyatakan pilihan masing-masing.

Keputusan itu sendiri juga turut memberikan harapan kepada nama baru untuk sama-sama meraih populariti, apabila benteng kebal yang dibina beberapa calon sudah dibuktikan kemungkinannya untuk tumbang. Sudah semestinya, jika mereka disokong produk yang baik lagi popular, tidak kiralah filem, lagu, rancangan TV ataupun radio, sampul surat yang mengandungi nama pemenang itu satu hari nanti mungkin mencatatkan nama mereka di dalamnya.

Mungkin mesej yang harus juga direnung artis muda daripada ABPBH kali ini, usah jerat diri anda dalam kontroversi yang memualkan kerana cerita yang tidak sedap didengar juga mampu mempengaruhi pengundi.

Berita Harian