Archive | Anthony Hopkins RSS feed for this section

Bunga Segar Pelengkap Dekorasi Majlis Perkahwinan

22 Mar

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my

Razak, anak Melayu bertangan ajaib.

Perkahwinan Brad Pitt dengan Jennifer Aniston bukti kehebatan sentuhan seni kreatif Razak

GUBAHAN bunga segar sentuhan tangan Razak Ahmad, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu pernah menghiasi majlis perkahwinan selebriti terkenal Hollywood antaranya Bratt Pitt dengan Jennifer Aniston, Drew Barrymore dan pasangannya serta ramai lagi nama besar lain.

Kini, nama jejaka berusia 47 tahun itu mula menjadi sebutan ramai kenamaan, golongan korporat dan selebriti tempatan yang mendambakan khidmat ‘tangan ajaibnya’.

Razak berkata, penggunaan gubahan bunga segar menjadi pelengkap dekorasi majlis perkahwinan, hari jadi dan majlis sosial sesuai sifatnya sebagai ‘objek bernyawa’ yang mampu menghidupkan suasana majlis.

Menggalas tanggungjawab besar sewaktu menghasilkan gubahan bunga segar pada majlis persandingan bekas penyampai TV terkenal, Datin Norjuma Habib Mohamed dengan suami, Datuk Mohamed Nazim Tun Razak pada 2005 menjadi penanda aras paling bermakna buat Razak.

“Tugasan itu menjadi pengenalan pertama untuk saya selepas membuka Flora etc. dan alhamdulillah kerana berkat doa arwah ibu yang menjadi pendorong utama saya kembali ke tanah air membuahkan hasil yang boleh dibanggakan.


Pelamin berkonsepkan musim dingin hasil idea kreatif Razak.

“Walaupun ada banyak perbezaan dari segi kecenderungan pelanggan tempatan terutama dari segi gubahan dan jenis bunga tapi saya terima ia bagi menghormati minat mereka namun saya akan berikan pendapat berdasarkan pengalaman yang ada,” katanya.

Rahsia gubahan bunga segar Razak

Bercerita mengenai trend gubahan bunga semasa yang sering menjadi ikutan di kalangan pelanggannya, Razak berkata, menghasilkan satu gubahan bunga yang indah bukanlah berdasarkan musim tertentu kerana kreativiti itu terlalu subjektif.

Bagaimanapun, bagi memberikan kelainan terhadap setiap hasil sentuhannya, Razak lebih senang menghasilkan karangan bunga berbentuk pave atau padat tanpa banyak campuran daun.


Gaya mewah dan anggun dipadu bukti kreativiti tidak berpenghujung.

Selain penggunaan bunga Hydranger, Lily serta orkid bersama penggunaan daun Vittosperum, Viburnum dan Eucalyptus yang diimport dari Belanda, Korea Selatan dan China, Razak pasti tidak akan lupa menyelitkan kuntuman bunga mawar sebagai subjek utama.

“Rahsia gubahan bunga mawar segar kelihatan cantik apabila setiap kelopak dibuka sebelum digubah dan kuntuman bunga itu juga perlu digubah secara berpasangan, barulah gubahan kelihatan sempurna.

“Selain itu, ramai yang sering mengabaikan penjagaan bunga segar dengan meletakkan ia secara bertindih ketika digubah. Pada saya, bunga adalah benda hidup yang perlu dijaga kerana itu pastikan ia diberikan ‘minuman’ secukupnya dengan meletakkannya di dalam bekas berisi air suam bersama ubat khas bagi mengekalkan kesegarannya,” katanya.

Tidak hanya mahu bersandarkan bakat dan minat, Razak menjadikan majalah dekor antarabangsa sebagai sumber rujukan bagi memastikan kelahiran idea baru sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.

Lebih menarik, Razak juga mampu menzahirkan hasrat pasangan pengantin baru yang mencari kelainan pada majlis persandingan dengan melahirkan tema majlis berdasarkan empat musim iaitu musim dingin, panas, luruh dan bunga menggunakan pilihan bunga segar selain konsep majlis dalam taman dan Inggeris.

“Hasilnya memang tidak mengecewakan malah ia bukan saja sesuai untuk majlis persandingan malah ada juga yang mahukan konsep sama bagi meraikan majlis hari lahir,” katanya.

Walaupun Razak lebih senang memilih bunga berwarna pastel kerana mudah dipadankan dengan apa juga konsep namun sesekali ada pelanggan yang mahukan hiasan berdasarkan tema tertentu menguji kreativitinya.

Ketika majlis perkahwinan anak perempuan Allahyarham Tan Sri Nasimuddin SM Amin Naza yang berkonsepkan kolonial, Razak menggunakan 40,000 kuntum bunga mawar berwarna merah.

“Memang sukar tapi lebih puas hati apabila melihat pelanggan menyukai hasil gubahan yang kita lakukan. Paling penting, pilihan warna bunga perlu sesuai bagi mendapatkan kesan yang diinginkan,” katanya.

Pelamin gubahan Razak bermula pada harga serendah RM8,000 manakala gubahan bunga untuk majlis adalah RM3,000.

“Mungkin ada beranggapan ia satu pembaziran tapi pada saya, kesan penggunaan bunga segar ketara berbeza berbanding bunga tiruan. Bagi mengelakkan pembaziran, kami juga bersedia mengagihkan bunga-bungaan yang telah digubah kepada hospital dan rumah anak yatim,” katanya.

Sejarah hidup penggubah bunga selebriti Hollywood

Walaupun dia boleh dikategorikan sebagai insan yang berjaya dan mempunyai pengaruh yang besar, namun jati diri sebagai anak Melayu yang sentiasa merendah diri tidak langsung terpadam.

Menuturkan setiap patah kata dengan sopan, jauh sekali berbangga diri dengan kejayaan yang dicapai walaupun khidmatnya kini menjadi pilihan kerabat diraja Brunei, Perak, isteri menteri-menteri dan golongan korporat tanah air.

Menyorot kembali sejarah, Razak menganggap langkah pertamanya bermula ketika dia menjadi prep boy di sebuah syarikat penggubah bunga, Flowers by Byron di Chicago, Amerika Syarikat.

Kemudian dia bekerja pula sebagai penasihat perkahwinan di Flowers by Arrangement juga di Chicago. Pada waktu sama membuat kerja sambilan di The Flower Firm, Kehoe Designs dan Virginia Wolf.

Majlis perkahwinan Brad Pitt dengan Jennifer Aniston pada Jun 2000 sebahagian bukti kehebatan Razak. Seni kreatif hasil karangan Razak pernah juga menghiasi majlis perkahwinan Anthony Hopkins dan Drew Barrymore serta pasangannya Tom Green di Bel Air selain menyeri kediaman Oprah Winfrey, Ricky Martin, Keanu Reeves, Toni Braxton, Celine Dion dan Elizabeth Taylor.

Bagaimanapun, pada 2004, ibunya yang ketika itu uzur mahu dia pulang ke tanah air dan kerana tidak mahu mengecewakan hasrat ibu, Razak pulang sebelum mewujudkan Flora etc. juga dengan dorongan ibu.

“Saya sedikit pun tidak ralat pulang ke Malaysia ketika sedang menempa nama di Hollywood kerana empat tahun saya sempat menemani ibu sebelum dia kembali ke rahmatullah,” katanya yang berhasrat mewujudkan pusat khusus menjual pelbagai pilihan bunga-bungaan segar untuk pasaran tempatan suatu hari nanti.

INFO: Flora etc

Pemilik: Razak AhmadKhidmat: Gubahan bunga, hiasan majlis, cenderamata, hiasan rumah.Lokasi: Suite 2.07, Tingkat 2, The AmpWalk, 218, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Telefon: 03-21668090.Laman web: http://www.floraetc.com.my.

Berita Harian

Advertisements

Pinto Lagak Selebriti Kelas A

4 Mar

LONDON – Pelakon filem Slumdog Millionaire, Freida Pinto (gambar) pernah mengaku sukar untuk menyesuaikan diri menjadi selebriti terkenal, lapor akhbar semalam.

Bagaimanapun, dia kelihatan seperti seorang selebriti yang berpengalaman luas dan kelas A ketika menghadiri Minggu Fesyen Milan di Itali.

Pinto turut bergaul mesra dengan model terkenal seperti Kate Hudson dan Claudia Schiffer pada majlis anjuran Dolce & Gabbana kelmarin.

Dia kelihatan tenang di hadapan lensa kamera dengan potongan badan yang menarik serta memakai pakaian baru.

Pelakon filem Lost In Translation, Scarlett Johansson turut membawa Pinto ke belakang pentas.

Pinto dipercayai meminta nasihat daripada Johansson kerana dia bakal menyertai aktres itu berlakon dalam filem arahan Woody Allen.

Pengarah filem itu menandatangani satu projek perfileman yang belum diberi nama yang akan menyaksikan penyertaan model Josh Brolin, Naomi Watts dan aktor Anthony Hopkins.

Johansson pernah bekerja dengan Allen sebanyak tiga kali.

Pinto yang merupakan hos televisyen di India turut menjadi model.

Sejak dikenali ramai, Pinto sudah menjadi penghias kulit majalah Indian Vogue, Cosmopolitan dan Maxim pada bulan lalu. – Agensi

Kosmo

Freida Pinto Bakal Aktres India Termahal

26 Feb

MUMBAI – Heroin filem Slumdog Millionaire, Freida Pinto bakal menjadi aktres termahal Bollywood selepas dia mendapat tawaran berlakon dalam filem terbaru arahan Woody Allen, lapor sebuah akhbar semalam.

Pinto akan menyertai bintang Hollywood iaitu Anthony Hopkins, Naomi Watts dan Josh Brolin dalam filem yang masih belum diberikan judul itu dan akan memulakan penggambarannya tahun ini.

Dia dikatakan akan menerima bayaran hingga AS$3 juta (RM11 juta) untuk filem tersebut iaitu satu jumlah yang kecil jika dinilai berdasarkan standard Hollywood.

Bagaimanapun, jumlah itu sudah memadai untuk menobatkan Pinto sebagai aktres termahal Bollywood.

Ketika ini, aktres-aktres utama Bollywood seperti Kareena Kapoor dan Katrina Kaif menerima bayaran mencecah AS$1.5 juta (RM5.6 juta) untuk sesebuah filem.

Sementara itu, berita tentang Pinto yang akan mengembangkan sayap di Hollywood bakal meningkatkan bayaran untuk penglibatannya dalam sektor sampingan seperti iklan.

“Kami sedang berunding dengan syarikat pembuat jam antarabangsa dan firma kosmetik antarabangsa yang memiliki perniagaan di India,” kata pengurus pengiklanan Pinto, Anirban Das Blah.

“Kami mahu menjadikan Pinto sebagai bintang Hollywood sebenar dari India. Beberapa aktres Bollywood sebelum ini cuba bertapak di Hollywood tetapi kurang berjaya,” tambahnya. – Agensi

Kosmo

Hollywood: Pelakon, Penduduk Berpesta

25 Feb

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap
KEJAYAAN filem Slumdog Millionaire mencatat kejayaan besar dengan lapan anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik pada Anugerah Academy ke-81 kelmarin, turut disambut penuh gembira rakyat miskin di Mumbai, India.

Satu lorong kecil berdekatan landasan kereta api di Mumbai, bertukar menjadi satu pesta apabila mereka beramai-ramai menari dan menyanyi meraikan kejayaan filem arahan Danny Boyle yang banyak paparkan kehidupan orang miskin di Mumbai.

Barisan pelakon filem itu yang terbang dari India ke Los Angeles untuk menghadiri majlis paling prestij di Hollywood itu turut diraikan dalam acara khas selepas selesai majlis anugerah bersama pemenang lain serta tetamu undangan.

Ramai pihak menganjurkan majlis khas ini sebaik saja selesai majlis anugerah yang berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles, sebagai tanda penghargaan dan meraikan pemenang, walaupun dalam keadaan dunia mengalami krisis ekonomi.

Antaranya majlis anjuran Fox Searchlight di ONE Sunset di West Hollywood khusus meraikan kejayaan filem Slumdog Millionaire dan The Wrestler.

Ayush Mahesh Khedekar, 8, yang memegang watak Jamal waktu kecil, hanya minum Coca-Cola dalam tin berbeza tetamu dewasa lainnya meraikan kejayaan itu dengan champange dan minuman keras lainnya bersama hidangan koktel.

Apa yang dilalui Ayush yang tinggal di India, umpama peluang sekali seumur hidup. Ayush duduk di sofa di kelab itu sambil minum soda dalam majlis berlangsung sampai lewat malam.

“Saya sangat teruja,” komen Ayush mengenai kejayaan Slumdog Millionaire.

Katanya, ia sesuatu yang tidak diduga sama sekali. Malah seumur hidupnya tidak pernah bermimpi akan menghadiri majlis Oscar dan filem lakonannya mencatat kejayaan besar.

“Kejayaan ini tidak pernah saya jangkakan dan saya tidak pernah bermimpi berada di sini. Daniel (pengarah Danny Boyle) ada berkata, kalau saya buat bersungguh-sungguh, Oscar akan datang kepada saya. Ternyata kini ia menjadi kenyataan,” katanya.

Madhur Mittal yang memegang watak Salim, tidak melepaskan peluang mengambil minuman setiap kali pelayan wanita lalu membawa minuman.

“Ia jauh berbeza dengan kehidupan biasa saya. Saya datang dari India dan tidak pernah bermimpi berada di sini menghadiri majlis Oscar kerana hanya memegang watak kecil dalam filem ini. Ini hari paling bermakna dalam hidup saya,” katanya.

Tidak jauh dari majlis Fox Searchlight, berlangsung acara lebih meriah anjuran Vanity Fair khusus untuk bintang kelas A Hollywood di Hotel Sunset Tower di West Hollywood.

Pemenang Oscar malam itu diraikan dengan sambutan cukup meriah, apatah lagi majlis tahunan ini tidak dapat diadakan tahun lalu kerana mogok dilancarkan di kalangan penulis Hollywood. Kali ini majlis diadakan di tingkat atas hotel beraksikan panorama indah Los Angeles berbanding sebelumnya di Restoran Morton.

Antara tetamu awal yang tiba ialah Kate Winslet yang menang Aktres Terbaik melalui lakonannya dalam The Reader hadir bersama suami, pengarah Sam Mandes. Sebelah tangannya menggenggam oscar dimenangi dan sebelah lagi memegang gelas champagne sambil membalas pelukan tetamu yang tidak putus-putus mengucap tahniah.

“Britain hebat,” ucap Anthony Hopkins sambil memeluk Kate. Ternyata ucapan itu membuat Kate terkejut kerana menerima ucapan tahniah daripada bintang veteran Britain.

Tetamu lain, Jennifer Aniston bersama John Mayer, Halle Berry, Penelope Cruz (Aktres Pembantu Terbaik), Tilda Swintonm, Amy Adams, Uma Thurman, Jake Gyllenhaal, Reese Witherspoon, Robert De Niro, Tina Fey dan Josh Brolin.

Sementara itu Elton John juga menganjurkan majlis di Pacific Design Center bersama tetamu undangannya yang terkenal dan glamor. Antaranya Simon Cowell, Sharon Stone, Chace Crawford dan Carrie Underwood.

Sementara itu Jennifer Love Hewitt meraikan tetamu dalam majlis tahunan AIDS Project Los Angeles di The Abbey manakala Chevy Chase, Laura Dern serta beberapa selebriti terkenal lainnya berpesta dalam majlis gala The Night 100 Stars di Hotel Beverly Hills.

Tidak ketinggalan, Lindsay Lohan menghadiri majlis anjuran Mercedes-Benz di Montage Beverly Hills sementara Sean Penn yang menang Aktor Terbaik bersama Taraji P. Henson, Marisa Tomei, Amy Adams dan Anne Hathaway yang dicalonkan Aktres Terbaik, antara yang tiba awal di majlis yang diadakan di Governors Ball, Kodak Theatre.

Tetamu dihidangkan dengan udang kara dan udang bersama tiga tingkat kotak pencuci mulut yang disalut cokelat. Penn bersama Emile Hirsch yang turut berlakon dalam Milk dan juga bintang Twilight, Robert Pattinsoni berbual sambil menghisap rokok di luar dewan.

Harian Metro

Naomi Watts, 'slumdog' Starlet In New Woody Allen Pic

25 Feb

LOS ANGELES: “Slumdog Millionaire” starlet Freida Pinto and British-Australian actress Naomi Watts are to feature in Woody Allen’s next film, alongside Josh Brolin and Anthony Hopkins, US media said on Tuesday.

“This year’s Cinderella at the Oscar ball will join the long list of Allen’s muses as she takes on the ing
nue role in the… still-untitled pic,” industry paper Variety reported.

The two actresses have been cast for the London-set flick, financed by the makers of Allen’s latest hit, “Vicky Cristina Barcelona”, the report said.

Just 24 years old, Pinto hit the big time with her role in “Slumdog Millionaire” which won eight Oscars on Sunday, including best picture and best director.

Set in Pinto’s home town of Mumbai, the movie tells the story of a impoverished young love-struck orphan who beats the odds to win “Who Wants to be a Millionaire?” while recapturing his long-lost-love, Latika, played by Pinto.

Since being picked out of auditions by “Slumdog” director Danny Boyle when she was working on the modelling circuit, Pinto has wooed audiences worldwide as the film’s female lead.

She is now to play alongside Watts, whose starring credits include “The International,” “King Kong” and David Lynch’s “Mulholland Drive”.

The English-born Watts is to join Allen for filming – which will take place in London between June and September – after wrapping her current project “Mother and Child”, a film by Colombian director Rodrigo Garcia.

The news comes as Allen toasts the victory of his most recent muse, Penelope Cruz, who on Sunday won the Oscar for best supporting actress for her role in “Vicky Cristina Barcelona,” which also starred Scarlett Johansson, Rebecca Hall and Javier Bardem.

Another Allen film that has already been completed, “Whatever Works”, is scheduled for release in June.

– AFP/so

Channel News Asia

Razak Gubah Bunga Untuk Artis Hollywood

10 Jun

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Bunga bagaikan ‘nyawa’ kepada Razak Ahmad.

BUNGA lazimnya dikaitkan dengan kaum wanita, daripada menanam bunga di laman, menghias sanggul hingga kepada menggubah bunga untuk hiasan rumah bagaikan satu perkara wajib, tidak kira untuk yang bujang, berkahwin, muda mahupun sudah berumur.

Sifat bunga yang cantik, wangi dan mempunyai unsur tenaga, semangat dan penyeri menjadikan bunga begitu sinonim dengan keadaan yang serba indah dan mengindahkan.

Malah, kita juga digalakkan kita memberi bunga kepada orang yang sakit kerana ‘kekuatan’ yang ada pada bunga tersebut sedikit sebanyak berupaya memberi kesegaran kepada orang sakit.

Kini bunga bukan saja dikaitkan dengan wanita, malah ia juga semakin sinonim dengan kaum Adam terutama daripada aspek kreativiti penggubahan bunga.

Malah khidmat gubahan bunga kini menjadi satu perniagaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan buat mereka yang mengusahakannya secara serius.

Buktinya, jejaka kelahiran Batu Pahat, Johor, Razak Ahmad, 46, kini namanya meniti di bibir orang kenamaan, korporat, bakal pengantin dan perancang majlis, sebagai individu yang begitu kreatif dalam menghasilkan gubahan bunga yang indah dan mempersonakan.

Hasil kreativiti Razak tidak perlu dipertikaikan, tambahan pula pengalamannya selama 18 tahun di luar negara banyak membantu dari segi menghasilkan idea gubahan yang segar, moden dan kreatif.

“Pada awalnya saya melihat ibu yang merupakan tenaga pengajar di Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat), menggubah bunga dan mengajar masak kepada pelajarnya. Secara jujur, minat saya untuk menggubah bunga timbul dari situ,” jelasnya.

Serius

Sifat suka melihat negara orang dan peluang yang ditawarkan oleh seorang rakan di Brunei untuk menjaga kedai bunganya di sana merupakan titik tolak bagi Razak untuk lebih serius dalam bidang gubahan bunga.

Menganggapnya sebagai satu cabaran, Razak mengorak langkah merantau lebih jauh dengan menjadi prep boy di sebuah syarikat penggubah bunga, Flowers By Byron di Chicago, Amerika Syarikat.

“Walaupun di sana tugas saya hanya menerima arahan daripada penggubah bunga, saya menjadikan ia sebagai satu sumber ilmu yang tidak ternilai dalam memajukan karier yang telah saya pilih.

“Bagi saya, apa saja yang kita lakukan mestilah dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan keghairahan dan minat yang mendalam,” jelas jejaka ini lagi.

Setelah menimba pengalaman dan mendapat rangkaian perniagaan yang baik, Razak mencuba nasib di sebuah syarikat, Flowers By Arrangement juga di Chicago, sebagai penasihat perkahwinan.

Pada masa sama, beliau juga bekerja sambilan di beberapa syarikat lain seperti The Flower Firm, Kehoe Designs dan Virginia Wolf.

Setelah beberapa tahun di sana, Razak berhijrah ke Los Angeles apabila mendapat peluang berkhidmat dengan Kevin Lee di LA Premier, yang menjalankan perkhidmatan gubahan bunga untuk selebriti Hollywood dan movie premiers.

Di LA Premier, Razak bukan sahaja terdedah dengan trend gubahan terkini, malah berpeluang menggubah bunga untuk beberapa selebriti terkenal seperti Cameron Diaz, Brad Pitt, Jennifer Aniston, Keanu Reeves, Anthony Hopkins dan ramai lagi.

“Perjalanan saya tidak diteruskan di situ, kerana inginkan lebih pengalaman dan pendedahan. Saya berhijrah ke Korea Selatan dan menetap selama lapan bulan di sana.

“Walaupun banyak yang dapat dipelajari, saya tidak dapat menetap lama di Korea kerana masalah komunikasi, kebetulan pula ibu saya minta saya pulang ke Malaysia dan memulakan perniagaan di tanah air sendiri,” cerita beliau.

Pulang ke Malaysia pada tahun 2004, memberi beliau masa untuk mengkaji pasaran gubahan bunga di negara ini.

“Ketika meninjau pasaran bunga di Malaysia saya dapati tidak banyak pilihan bunga berkualiti untuk dijadikan gubahan dan dekorasi.

“Dengan jaringan perniagaan yang pernah ada, saya bawa masuk bunga-bunga segar dan tiruan dari China dan Korea,” katanya.

Dengan kesungguhan, wang dikumpul dan pengalaman 18 tahun di luar negara, telah meyakinkan pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) untuk membiayai pembukaan kedai bunga dan perancang majlis yang diberi nama Flora, Etc…

Bertempat di Suite 2.07, The Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Razak memulakan tugasan pertamanya dengan menggubah bunga segar pada majlis perkahwinan Datuk Nazim Abdul Razak dengan personaliti TV popular, Datin Norjuma Habib Mohamad.

“Alhamdulillah, ramai yang terpegun melihat gubahan saya dan seterusnya saya mendapat promosi percuma dari mulut ke mulut.

“Selain mencipta gaya sendiri dan mewujudkan kelainan dalam setiap rekaan, saya berpuas hati kerana dapat menghasilkan sesuatu yang cantik dan hasilnya diiktiraf oleh orang yang menghargainya,” jelas Razak yang dianggap sebagai trendsetter dalam industri ini.

Bermula daripada perkahwinan VIP, Razak turut menjadi perancang majlis dan penggubah bunga untuk meraikan kerabat kerabat diraja, orang kenamaan dan untuk majlis keraian syarikat-syarikat korporat. Selain itu, beliau juga menghasilkan jambangan bunga untuk raja permaisuri, isteri-isteri menteri juga selebriti tanah air.

Kini, Razak juga berbangga melihat perubahan mentaliti rakyat Malaysia yang semakin ramai inginkan sentuhan penggubah bunga untuk majlis mereka.

Walaupun hasil gubahannya untuk majlis bermula daripada RM3,000 ke atas, namun ia berbaloi dengan apa yang dipersembahkan berdasarkan pengalaman yang ada.

“Apa juga yang kita buat mesti disertai dengan keinginan yang kuat, selain jujur, ikhlas, saling membantu dan merendah diri. Keseriusan dalam karier dan percaya diri sendiri, adalah faktor utama yang membantu kejayaan kita,” katanyanya.

Utusan Malaysia

Cara Ziyi Belajar Bahasa Inggeris

4 Apr


Zhang Ziyi

PENYANYI rap terkenal, Eminem bukan merupakan tutor pilihan utama tetapi aktres terkenal China, Zhang Ziyi yang berlakon dalam filem Hero and House of Flying Daggers mempelajari bahasa Inggeris daripadanya.

Ziyi mendengar lagu-lagu penyanyi rap yang berasal dari Detroit itu menerusi cakera padat (CD) bagi membolehkannya fasih dalam bahasa Inggeris.

“Ia adalah sesuatu yang normal,” katanya.

Jika anda melihat aktres berumur 29 tahun itu di skrin, adalah sukar untuk menggambarkan gadis yang mempunyai wajah seperti kanak-kanak itu boleh menyanyi lagu Slim Shady.

Bagaimanapun, jika anda mahu menakluk Hollywood, anda perlu mempelajari bahasa Inggeris.

Ziyi hanya berumur 21 tahun ketika dia berlakon buat pertama kalinya dalam sebuah filem Amerika pada 2001 iaitu Rush Hour 2.

Dalam filem berkenaan, dia bercakap bahasa Inggeris dalam jumlah yang sedikit di mana pelakon aksi, Jackie Chan terpaksa menterjemahkan untuk Ziyi.

“Mereka (penerbit filem) kerap memberikan peranan kepada gadis Asia seperti seeorang gadis dari China yang belayar ke Amerika.

“Saya tidak dapat mempelajari manfaat daripadanya (watak sedemikian),” kata Ziyi.

Namun, sebelum ini dia berjaya menonjolkan bakat dirinya.

Pada 1999, lakonannya dalam filem The Road Home arahan Zhang Yimou menyebabkan aktres tersebut berjaya memperoleh watak dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon arahan Ang Lee.


Eminem

Sebelum ini seorang lagi aktres China, Gong Li, terpaksa mengambil tempoh 10 tahun untuk meuncul dalam filem berbahasa Inggeri pertama.

Sejak itu, Li mempertaruhkan nasibnya dalam dua filem berbahasa Inggeris iaitu Miami Vice dan Hannibal Rising.

Bagaimanapun, Ziyi dilabelkan sebagai Gong Li baru.

“Tidak ada sesiapa pun yang boleh menggantikan tempat Gong Li kerana dia merupakan aktres utama di China.

“Saya tidak merasakan saya boleh menggantikan tempatnya,” tambah Ziyi.

Ziyi juga berlakon dalam filem Memoirs of a Geisha pada 2006 di mana Li juga membintangi filem berkenaan.

“Geisha memberikan kami peluang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kami dari Asia dan kami tidak hanya bijak melakukan lakonan aksi, kami juga boleh berlakon,” kata Ziyi.

Aktres itu menjadi duta kebudayaan China dan wajahnya digunakan dalam kebanyakan produk di Asia termasuk gergasi kosmetik, Maybelline.

Ziyi juga tidak menutup pintu kepada pasaran Asia.

Dalam filem terbarunya, The Banquet, dia bergabung tenaga dengan pengarah komersial China, Feng Xiaogang.

Ziyi berlakon sebagai Maharani Wan dalam filem berlatar belakang era 1,000 tahun lalu.

Dilahirkan di Beijing, Ziyi dipujuk oleh ibu bapanya supaya memasuki Akademi Tarian Beijing ketika dia berumur 11 tahun.

Ketika berumur 15 tahun, dia memasuki Akademi Drama di mana empat tahun kemudian, aktres itu berlakon dalam filem The Road Home yang berjaya memenangi anugerah Silver Bear dalam Festival Filem Berlin.

Kini, aktres itu berlakon dalam filem thriller, The Horsemen arahan Jonas Ackerlund.

Dalam filem itu, dia berlakon sebagai seorang gadis yang membentuk sebuah kumpulan lelaki untuk membalas dendam bagi pihak mangsa ketidakadilan.

Ziyi mempelajari kursus dialet Inggeris dan suara di sebuah sekolah bahasa berprestij di New York, Juilliard School untuk melakonkan watak gadis berkenaan.

Aktres itu juga mempelajari cara aktor terkenal Britain dan Hollywood, Anthony Hopkins melakonkan watak pembunuh bersiri Hannibal Lecter untuk tujuan menjayakan lakonannya.

“Anda boleh lihat cara dia menggunakan perkataan dengan penuh berhati-hati.

“Tidak ada satu pun perkataan yang dibazirkannya.

‘Saya kerap melihat cara Hopkins melakukan persembahan itu (lakonannya) itu.” – Agensi

Kosmo