Archive | Ashraf Sinclair RSS feed for this section

Setengah Juta Saksi Sehati Sejiwa

2 Apr

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
SETENGAH jam sebelum rancangan disiarkan, penerbit rancangan bual bicara Sehati Sejiwa, Nur (Shidot) Ashidah A.Hamid, 27, sedang sibuk di bilik kawalan memastikan peralatan digunakan sempurna.

Sementara Haliza Mat Kharsa, 38, yang bertindak sebagai Penerbit Bersama hangat berbincang dengan kakitangan lain mengenai perjalanan produksi bakal dimulakan pada petang itu.

Sedang sibuk berbincang, tetamu jemputan rancangan yang disiarkan setiap Rabu, jam 3 petang di TV1 iaitu aktor kacak, Ashraf Sinclair dan isterinya juga bintang popular seberang, Bunga Citra Lestari tiba di studio IBC, Bukit Angkasapuri di mana kerja-kerja rakaman dijalankan.

Dalam studio kelihatan pengacara Sehati Sejiwa, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir (SCHA) atau Scha Al-Yahya mencuba mikrofon, di samping temannya pelakon popular, Fahrin Ahmad sibuk meneliti skrip bakal digunakan.

Rancangan berjalan lancar dengan Penolong Penerbit, Norlene Jamalludin bertindak sebagai pengarah pentas sibuk memastikan tidak ada gangguan di saat akhir.

Cuma seketika berlaku sedikit masalah kecil apabila Ashraf yang ke tandas sewaktu iklan disiarkan pulang ke studio apabila rancangan hampir ke udara kembali. Mujur ada sedutan rancangan berita disiarkan jadi ia membantu kelancaran rancangan petang itu.

Sebaik rancangan selesai Haliza menjelaskan, sepanjang rancangan Sehati Sejiwa disiarkan sambutan diberikan penonton amat memberangsangkan.

“Sejak bersiaran pada awal tahun ini sehingga sekarang Sehati Sejiwa sudah tersenarai dalam lima rancangan bual bicara paling ramai jumlah penonton. Ia disaksikan hampir setengah juta orang setiap minggu.

“Sebagai rancangan baru, jumlah penonton dianggap satu pencapaian baik. Begitupun saya berterima kasih kepada banyak pihak atas usaha mereka membantu memastikan rancangan ini dapat dilakukan dengan jayanya.

“Terutama Penerbit Eksekutif Unit Hiburan RTM, Jack Nadarajah atas kepercayaan diberikan. Dalam waktu sama saya berterima kasih kepada pihak media yang tidak putus-putus menulis mengenai rancangan ini bermula dari kisah pemilihan pengacaranya Scha sehinggalah kepada jemputan kami yang hadir setiap minggu,” katanya.

 

 

Dalam menerbitkan rancangan ini jelas Haliza setiap minggu dia bergandingan dengan penerbit muda Shidot.

“Selalunya saya bertindak sebagai penerbit tetapi untuk jemputan Ashraf dan Bunga, Shidot ambil alih tugas dan saya sebagai penasihat. Walaupun bekerja dengan dua kepala, tetapi saya tidak pernah menghadapi masalah.

“Saya senang bekerja dengan tenaga muda seperti Shidot. Separuh orang apabila sudah bergelar senior, dia berasakan dirinya bagus dan orang lain harus mendengar katanya saja, tetapi saya berbeza kerana lebih banyak pendapat kita terima lebih banyak idea boleh digunakan untuk mencantikkan lagi rancangan bual bicara ini,” katanya.

Shidot mengakui senang berkerja dengan Haliza memandangkan seniornya itu sentiasa bersikap terbuka dan menerima apa saja pandangan diberikan asal saja ia membawa kebaikan untuk Sehati Sejiwa.

“Rancangan Sehati Sejiwa musim pertama masuk episod ke sebelas dan kerana sambutan menggalakkan ia akan disambung terus. Malah membanggakan menerusi panggilan diterima dari penonton yang mahu berinteraksi dengan tetamu sebahagian besarnya warga Singapura.

“Sebenarnya ada beberapa perkara yang kami fikirkan untuk memperbaiki lagi rancangan ini.

“Sebenarnya rancangan ini membabitkan pasangan selebriti dan ia tidak terhad kepada penyanyi dan pelakon tetapi juga ahli sukan, pereka fesyen atau tokoh negara. Sekarang kami sedang usaha untuk membawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke studio Sehati Sejiwa,” katanya.

Walaupun rancangan diterbitkan nampak mudah, jelas Shidot selaku penerbit dia turut berhadapan dengan beberapa cabaran dan dugaan antaranya usaha untuk memujuk pasangan agar setuju datang menjadi tetamu Sehati Sejiwa bersama-sama.

“Mencabar juga untuk membawa pasangan popular ke set kami. Ada kala apabila dihubungi, isteri setuju untuk datang tetapi suami tidak atas alasan malu untuk bercerita kisah cinta dan peribadi. Memang tetamu yang datang kami yang hubungi,” katanya seraya mengakhiri perbualan.

Borak Lokasi

Penerbit Eksekutif: Jack Nadarajah

Penerbit: Haliza Mat Kharsa dan Nur Ashidah A.Hamid

Penerbit Studio IBC: Ahmad Razzaly

Penerbit Teknik: Ahmad Najib Salleh

Penerbit Konti 1: Rogby Faziana Mohd Puzi

Penolong Penerbit: Norlene Jamalludin dan Muhaji Abd Karim

Pereka Set: Noramin Hamzah

Pembantu Penerbitan: Nur Mazni Zainuddin dan Yenny Hasniza Hamzah

Unit Kawalan Kamera: Ali Ishak, Azlan Alias, Zulrizan Azdan, Mazayati Abdul Malek dan Mohd Fareez Abdul Halim.

Pengadun Visual: Saodah Fadzil

Jurulampu: Azyyati Idris dan Syed Abu Bakar Syed Abdullah

Juruaudio: A. Ghani Kassim dan Ahmad Marimon

Pasca Penerbitan: Mohd Hafiz Ismail

Pengadun Audio: Batderiah Elias

Montaj dan Grafik Komputer: Norita Mohd Yatim

Pakaian dan Dandanan: Aishah Bee Airudin dan Wince Lim.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Advertisements

Kenchana Tidak Sorok Status

31 Mar

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap

SIKAP saling percaya menjadi rahsia kebahagian pasangan pelakon, Kenchana Dewi, 36 dan suaminya, P Gunasegaran, 48, selepas 18 tahun berkahwin.

Biarpun sebelum ini ramai yang tidak menyangka Kenchana atau nama sebenarnya S Kanjana Devi sudah berkahwin selain mempunyai tiga anak yang meningkat dewasa. Mungkin disebabkan perwatakan Kenchana seperti gadis remaja yang mesra dan sentiasa ceria membuatkannya sentiasa disenangi.

Menyedari situasi itu, Kenchana membuat pengakuan tidak pernah menyorok statusnya sebagai isteri dan ibu kepada G Patkieswaran, 16, Tashvetha Devi, 7 dan Mishalin Devi, 6. Malah Kenchana kerap meluangkan masa dan bersiar-siar bersama keluarga ketika waktu lapang.

“Saya tidak pernah menyorok status sebagai isteri atau ibu. Saya sentiasa menguar-uarkan kepada masyarakat mengenai keluarga ketika memenuhi undangan menjayakan temu bual dan sesi fotografi bersama pihak media terutama ketika perayaan Deepavali. Tidak timbul langsung soal menyembunyikan status saya.

“Mungkin ada segelintir peminat yang tidak dapat menerima hakikat apabila melihat perwatakan menerusi drama saya. Sikap ceria dengan watak seorang wanita kecoh cukup sinonim dengan saya.

“Bagaimanapun, saya bangga kerana kebanyakan peminat sudah mengikut cara penampilan saya dalam drama yang kelihatan lebih muda daripada usia,” katanya.

Kenchana yang popular menerusi drama bersiri Puteri, Spa Q (TV3), Dari Mata Arisa dan Angelina (RTM) ditemui ketika menjadi tetamu untuk program bual bicara, Sehati Sejiwa yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 jam 3.05 petang dari Studio IBC, Angkasapuri baru-baru ini.

Program yang disiarkan setiap Rabu menampilkan pengacara, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir atau Scha membawa penonton mengupas kehidupan sisi rumah tangga selebriti popular tanah air. Sepanjang Mac, empat pasangan artis menjadi pilihan menjayakan program ini bermula komposer Edrie Hashim dan Pat, Sharifah Sahorah dan Raja Mukhriz, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestary serta Kencana dan Gunasegaran.

Bercerita mengenai detik perkenalan bersama suami yang bertugas sebagai Pengarah Urusan PTM Lighting Design itu, Kenchana berkata, mereka mula berkenalan ketika remaja apabila apabila sama-sama menggunakan bas mini untuk pulang ke rumah selepas waktu kerja.

Ketika itu Kenchana berusia 18 tahun dan perkenalan singkat itu membawa mereka ke gerbang perkahwinan pada 1992.

 

 

Akui Kenchana, walaupun nampak ceria dia sebenarnya jenis wanita yang garang memandangkan ketika waktu remaja dulu abangnya berkhidmat dalam tentera secara tidak langsung mereka adik-beradik turut terpengaruh dengan disiplin dan ketegasannya.

“Ketika itu saya sudah mula terbabit dalam dunia seni sebagai penari lagu tradisi masyarakat India. Saya dan suami tidak mengambil masa yang lama untuk berkenalan. Selepas setahun mengenal hati budi, saya mencabar dia untuk bertemu keluarga dan masuk meminang.

“Saya sendiri tidak menyangka gurau itu diambil serius olehnya. Wakil keluarga pihak lelaki datang ke rumah saya dan menetapkan tarikh perkahwinan kami.

“Suami dan keluarga sememangnya memahami minat saya. Mereka tidak pernah menghalang pembabitan saya dalam dunia seni malah memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk berjaya dalam bidang ini walaupun selepas bergelar isteri dan ibu kepada tiga anak,” katanya.

Sikap bertolak ansur suami yang sentiasa mengambil berat keperluan anak-anak membuatkan Kenchana tidak berdepan banyak masalah apabila terbabit dalam penggambaran di luar Lembah Klang.

Bakat seni Kenchana turut diwarisi dua anaknya, Patkieswaran dan Tashvetha yang mula berjinak-jinak dalam iklan komersial dan drama.

Malah Kenchana juga bakal digandingkan bersama anak sulungnya dalam drama bersiri terbarunya, JRA 1975 terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd untuk siaran Astro. Drama arahan Dinesh Samby turut menampilkan lakonan Datuk Jalaluddin Hassan, Shahrudin Thamby, Buzen dan Badrul Muhayat memaparkan kisah benar yang berlaku di Malaysia pada 1975.

Selain itu, Kenchana membawa watak Shanti akan menjalani penggambaran drama 13 episod, Angelina terbitan Unit Drama RTM disusuli penggambaran sitkom Puteri untuk musim ke-11 pada Mei ini.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Biar Saya Simpan Sendiri

25 Mar

SAAT diajukan soalan tentang kebenaran perihal putus cintanya bersama Kefli, Marsha seboleh-bolehnya mahu mengelak dan enggan memberikan sebarang komen.

Katanya, dia sudah tidak kisah akan pandangan orang ramai terhadap dirinya, terpulang saja kepada umum untuk mentafsirkan apa status hubungannya dengan lelaki bernama Kefli.

Namun, setelah puas dipujuk, apatah lagi apabila diberitahu yang Kefli sendiri sudah membuat pengakuan eksklusif kepada Kosmo!, Marsha mula mengalah.


KEFLI menganggap cerita cintanya dengan Marsha adalah kisah lama yang tidak harus dikenang lagi.

“Ya, memang saya mengaku bahawa kami pernah bercinta. Saya sudah tiada apa-apa hubungan dengannya, tetapi kami masih berbaik dan masih lagi saling hubungi antara satu sama lain,” ujarnya ringkas.

Apabila disoal benarkah dia pernah dikasari oleh bekas kekasihnya ini, Marsha lama terdiam sebelum memberitahu bahawa itu semua gosip yang dicipta untuk mereka berdua.

“Tidak pernah dia pukul saya. Itu hanyalah cerita yang dicipta orang. Sebab itu saya sudah malas untuk memberi komen, kalau saya cakap sikit saja, tafsiran orang akan jadi panjang berjela.

“Ini saja yang boleh saya cakap, yang lain biarlah saya simpan sendiri. Saya sebenarnya kalau boleh tidak mahu berkongsi hal peribadi walaupun sedar pekerjaan saya sebagai artis.


SELEPAS putus cinta, jejaka ini mahu menjulang namanya dalam dunia seni semula.

“Lepas ini, saya tutup buku dan mahu buka buku baru. Cukuplah semua cerita kontroversi yang ada. Saya sudah penat nak layan. Kalau boleh saya nak letakkan jurang antara peribadi dan kerjaya. Jika nak tanya tentang kerjaya seni saya alu-alukan,” tuturnya jujur yang memegang watak Mae dalam filem Saus Kacang bersama Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair.

Biar saya simpan sendiri

SAAT diajukan soalan tentang kebenaran perihal putus cintanya bersama Kefli, Marsha seboleh-bolehnya mahu mengelak dan enggan memberikan sebarang komen.

Katanya, dia sudah tidak kisah akan pandangan orang ramai terhadap dirinya, terpulang saja kepada umum untuk mentafsirkan apa status hubungannya dengan lelaki bernama Kefli.

Namun, setelah puas dipujuk, apatah lagi apabila diberitahu yang Kefli sendiri sudah membuat pengakuan eksklusif kepada Kosmo!, Marsha mula mengalah.


MARSHA menafikan dia pernah dipukul atau dikasari Kefli.

“Ya, memang saya mengaku bahawa kami pernah bercinta. Saya sudah tiada apa-apa hubungan dengannya, tetapi kami masih berbaik dan masih lagi saling hubungi antara satu sama lain,” ujarnya ringkas.

Apabila disoal benarkah dia pernah dikasari oleh bekas kekasihnya ini, Marsha lama terdiam sebelum memberitahu bahawa itu semua gosip yang dicipta untuk mereka berdua.

“Tidak pernah dia pukul saya. Itu hanyalah cerita yang dicipta orang. Sebab itu saya sudah malas untuk memberi komen, kalau saya cakap sikit saja, tafsiran orang akan jadi panjang berjela.

“Ini saja yang boleh saya cakap, yang lain biarlah saya simpan sendiri. Saya sebenarnya kalau boleh tidak mahu berkongsi hal peribadi walaupun sedar pekerjaan saya sebagai artis.

“Lepas ini, saya tutup buku dan mahu buka buku baru. Cukuplah semua cerita kontroversi yang ada. Saya sudah penat nak layan. Kalau boleh saya nak letakkan jurang antara peribadi dan kerjaya. Jika nak tanya tentang kerjaya seni saya alu-alukan,” tuturnya jujur yang memegang watak Mae dalam filem Saus Kacang bersama Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair.

Kosmo

Bukan Ciuman Lucah

24 Mar

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
suzana.rajahamat@kosmo.com.my


BUNGA menganggap adegan ciuman dengan Ashraf tidak keterlaluan dan dilaksanakan atas kehendak skrip.

SEMUANYA gara-gara cinta. Gara-gara cintanya berbunga hanya untuk aktres serta penyanyi jelita Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), nama jejaka kacukan Melayu-Jerman, Ashraf Sinclair tiba-tiba menjadi ‘panas’ dan menjadi buruan media Indonesia dan Malaysia tidak berada lama dahulu.

Gara-gara cinta juga, daripada sekadar seorang pengacara beberapa program hiburan dan pelakon yang biasa-biasa sahaja, nama Ashraf kini turut sama berbunga di pentas seni di tanah seberang seperti mana suri hatinya, BCL juga.

Tidak sekadar pelakon tamu yang menjayakan satu atau dua babak, nama Ashraf di Indonesia sudah tercatat sebagai anak filem dan tidak lama lagi, bakal menghiasi kaca TV tanah seberang itu menerusi sinetron-sinetron yang mempesona tontonan.

Itu semua kerana cinta. Semua itu diakui sendiri oleh Indrayanto Kurniawan, sutradara pertama yang melihat potensi milik Ashraf untuk diangkat sebagai hero bernama Fredo di sisi Dewi, karakter ciptaan yang dikhaskan untuk BCL menerusi filem pertama karyanya, Saus Kacang.

“Sebenarnya naskhah Saus Kacang sudah ditulis sejak tahun 2004, cuma sekitar tahun lepas sahaja baru dapat dibikin filem. Watak Dewi memang diciptakan untuk BCL, dan ketika penggambaran hendak dimulakan saya masih tercari-cari pasangan Dewi yang sememangnya haruslah bukan pelakon dari Indonesia.

“Sebelum Ashraf dipilih, ramai juga pelakon dari Taiwan, Singapura dan Filipina diteliti tapi belum ada yang diputuskan sehinggalah saya mendapat berita bahawa BCL sedang intim bersama jejaka tampan dari Malaysia bernama Ashraf. Kebetulan Ashraf juga seorang pelakon, dari situlah, pertemuan diatur, kami berbincang dan rasanya, Ashraf layak untuk dijadikan hero filem saya,” ujar Indrayanto yang hadir ke Malaysia untuk promosi filem Saus Kacang, baru-baru ini.

Sebagai pelakon yang dipilih ke dalam senarai atas faktor ‘tuah’ atau secara kebetulan, Ashraf semestinya sangat berterima kasih kepada BCL, kekasih, heroin yang kini bergelar permaisuri hidupnya.

“Ya, semuanya rezeki saya dan rezeki kami berdua. Memang mulanya, saya menerima tawaran filem berkenaan kerana memikirkan itulah peluang untuk saya bertemu, berpacaran serta dapat bekerja bersama teman wanita saya memandangkan saya selalu ke Jakarta untuk menemuinya.

“Yang keduanya, tentulah kerana skrip dan daya penarik yang ada dalam naskhah Saus Kacang sendiri. Apatah lagi, saya melihat itulah satu peluang yang tidak dapat ditolak kerana ia seolah-olah membuka pintu untuk saya masuk ke perfileman, ke dunia hiburan di Indonesia,” kata Ashraf yang tidak menyangka filem pertama yang menggandingkan dia dan isterinya itu turut ditayangkan di Malaysia.


PENGARAH muda,Indrayanto (kanan) bercerita tentang jiwa muda melalui dua pelakon yang sudah bergelar suami isteri ini.

ASHRAF kini menetap di Indonesia kerana mahu sentiasa di samping isterinya.

Kegembiraan dan keterujaan Ashraf juga berganda memandangkan dia dapat membuktikan kepada peminat hiburan di Malaysia bahawa percubaan dan ketiadaan kelibatnya di Malaysia bukan sekadar pergi berseronok di Jakarta sebaliknya melunaskan kerja seni yang berbaloi.

Tidak hanya Saus Kacang yang kini ditayangkan di Malaysia setelah mendapat kutipan mencecah RM4 juta di Indonesia, dalam jadual Ashraf ada sebuah lagi filem menanti bertajuk The Real Pocong yang bakal ditayangkan di Indonesia tidak lama lagi.

“Saya gembira walaupun berlakon di Indonesia, filem lakonan saya turut ditayangkan di negara ini. Justeru, walaupun saya sudah menetap di negara orang, tetapi masih pulang ke Malaysia untuk mempromosikan hasil kerja saya. Selepas ini saya akan sibuk dengan penggambaran sinetron.

“Harap sinetron itu dapat disiarkan di televisyen di sini seperti sinetron Jelita, Intan yang juga diarahkan oleh Indrayanto. Ketiadaan saya di sini bukan hilang begitu saja.

“Saya bekerja untuk dua negara. Berlakon di Indonesia tetapi disiarkan juga di Malaysia. Tawaran berlakon di sini pun ada untuk saya dan Bunga tetapi masalahnya ialah masa,” kata Ashraf dalam dialek bercampur-campur, Malaysia dan Indonesia.

Dari pandangan mata kasar, manisnya Saus Kacang bagi pasangan yang baru menikah pada 8 November 2008 itu kerana ketika di lokasi penggambaran, Ashraf dan BCL sedang asyik dilamun asmara. Lebih enak lagi, merpati dua sejoli itu diberikan watak dua jiwa yang sedang berkasih dan dihangatkan lagi dengan beberapa babak ciuman yang menyentuh rasa.

Di Malaysia sendiri, pasangan itu sendiri pernah mencipta kontroversi ekoran penyebaran gambar-gambar panas dan aksi bercium ketika sama-sama bercuti di Bali.

Akui Ashraf, benar mereka sedang bercinta ketika menjayakan filem itu tetapi adegan cium bukan sengaja dicipta untuk keseronokan atau melariskan filem dengan aksi panas sebaliknya dimasukkan ke dalam skrip untuk memberi gambaran tentang betapa serius dan sejauh mana kemesraan yang terjalin antara Dewi dan Fredo menerusi Saus Kacang.

“Saya minta penjelasan terlebih dahulu adakah adegan itu perlu atau sekadar untuk melariskan filem. Jika ia menjadi keperluan dalam filem ini, saya rela melakukannya tetapi jika sengaja diadakan, saya tidak akan melakukannya.

“Sebenarnya adegan cium itu cabaran bagi saya kerana kali pertama saya melakukannya di skrin untuk tontonan umum,” katanya ketika ditemui selepas pratonton filem lakonannya baru-baru ini.

Tambah Ashraf lagi, demi menghidupkan watak dalam Saus Kacang, Ashraf dan Bunga terpaksa membezakan hubungan mereka di luar dan dalam filem.


MASIH dalam suasana berbulan madu.

Mengukuhkan hujah Ashraf, pengarah filem berkenaan, Indrayanto turut memberikan penjelasan.

Kata Indra, ciuman antara Fredo dan Dewi dalam Saus Kacang bukannya bersifat pornografi.

“Saya bukan sutradara filem porno dan ciuman itu langsung tidak menunjukkan emosi ghairah sebaliknya lebih bersifat kasih sayang dan kemesraan antara Fredo dan Dewi.

“Untuk pengetahuan media di Malaysia juga, aksi itu dicipta bukan semata-mata untuk mengambil kesempatan dengan status Ashraf dan Bunga yang sedang berkasih. Ia sudah ada dalam skrip sebelum saya memilih Ashraf sebagai Fredo,” ulas Indrayanto enggan disifatkan dirinya sebagai pembikin babak panas semata-mata untuk untuk meraih perhatian.

Tampil dengan potongan rambut pendek dan sedikit susut mungkin kerana kepenatan selepas mengelilingi Indonesia mempromosikan album keduanya, Aku Pasti Datang, BCL atau Bunga bagaimanapun sekadar tertawa dan tersenyum tatkala babak ciumannya bersama Ashraf yang mula diperkatakan.

Seperti juga Ashraf, Bunga sendiri agak sukar juga untuk memisahkan dirinya yang sebenar demi menjiwai watak Dewi.

Menurut cerita Bunga, pernah untuk satu babak dia keberatan dan harus meminta izin daripada kekasih hatinya itu untuk menjayakan adegan menampar muka Ashraf dengan sekuat hati.

“Untuk adegan menampar Ashraf saya terpaksa melakukannya sebanyak lima kali. Indrayanto mengingatkan yang saya adalah Dewi dan Ashraf pula Fredo jadi tamparan daripada saya haruslah benar-benar menunjukkan kemarahan kerana mulanya saya teragak-agak.

“Setiap kali melakukannya saya pantas minta maaf, kemudian disuruh ulang lagi dan lagi sampai pipi Ashraf jadi merah. Kami juga harus banyak bergaduh, menjerit dan menangis, itulah cabaran besar buat kami kerana filem ini sendiri bersifat romantik komedi,” kata Bunga.

Dalam Saus Kacang, bekas teman wanita Fredo, Mae lakonan Marsha AF datang menemui Fredo ketika di Bali. Jika secara realitinya pastinya Bunga sendiri merasa sedih atas kecurangan Ashraf namun untuk menjiwa emosi kesedihan dalam filem berkenaan, Bunga langsung tidak mahu mengaitkan adegan itu dengan kehidupan realiti dirinya dengan Ashraf.

“Tidak pernah terbayang di fikiran saya bahawa Ashraf akan curang terhadap saya. Hanya yang terbayang di fikiran hanya Fredo yang bersikap begitu,” kata Bunga.


FILEM yang bercerita tentang cinta dan air mata pasangan suami isteri ini ketika mereka sedang di alam perkasihan.

Tentang adegan bercium, Bunga juga sependapat dengan Ashraf. Dia sanggup melakukan apa jua adegan jika adegan itu besar impaknya dan sangat diperlukan untuk jalan cerita sesebuah filem.

“Itu sebelum berkahwin. Ketika itu saya bisa melakukan adegan itu setelah berbincang dengan pengarah tetapi selepas ini memandangkan saya sendiri sudah bergelar isteri, kalau ada lagi adegan sebegitu yang diminta oleh pengarah, saya dan Ashraf akan berbincang terlebih dahulu,” kata Bunga yang masih sibuk dengan agenda promosi album keduanya.

Bulan lepas, BCL dijadualkan ke Australia untuk menjayakan satu showcase di sana bersama beberapa nama besar dari Indonesia yang lain.

Di Malaysia filem Saus Kacang menemui penonton di pawagam bermula, 17 Mac 2009.

Kosmo

Saus Kacang: Kisah Cinta Bunga-Ashraf?

23 Mar

Sorotan Razif Rosdi

Filem: Saus  Kacang
Pengarah: Indrayanto Kurniawan
Pelakon: Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair, Nadia Saphira, Marsha Milan Londoh, Bam Samsons, Rima Melati, Christian Sugiono
Genre: Komedi Romantik
Tayangan Umum: Mulai 17 Mac 2009

Sekali Imbas

Kisah seorang gadis cantik, Dewi lakonan Bunga Citra Lestari yang pernah dikecewakan seorang lelaki yang menjadi pelanggan di hotel tempat dia bekerja. Suatu hari, Dewi bertemu dengan jejaka Malaysia, Fredo (Ashraf Sinclair) iaitu seorang pelanggan hotel yang cerewet dan sering menimbulkan masalah.

Ulasan Penuh

Selepas menonton Saus Kacang, penulis merasakan filem ini sesuai ditonton bagi peminat fanatik Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair. Masakan tidak, setiap gerak-geri dan tingkah laku watak dalam cerita ini seperti menonton kisah benar percintaan mereka!

Ia terbukti apabila cerita ini berlatar belakangkan sebuah hotel di Pulau Bali di mana di situlah lokasi tersiarnya foto ciuman Ashraf dan BCL ketika hubungan cinta mula terbongkar dulu.

Bagaimanapun, Saus Kacang menarik apabila mempamerkan Bunga (Dewi) sebagai pekerja hotel yang sangat berpengaruh. Pun begitu, Dewi sering dihantui kisah silam cintanya bersama pelanggan yang pernah datang sebelum kedatangan Ashraf (Fredo) yang cerewet dan banyak menimbulkan masalah.

Watak Fredo mewakili pelancong dari Malaysia yang ingin mencari ketenangan selepas percintaannya bersama Mae (Marsha) menemui jalan perpisahan. Walaupun Ashraf warganegara Malaysia, penulis agak pelik apabila gaya dan bahasa yang digunakan Ashraf tidak menggambarkan dia orang Malaysia pun.

Cara percakapan Ashraf lebih kepada bahasa Indonesia. Mungkin ‘karena’ Ashraf sendiri memperisterikan wanita Indonesia. Pun begitu, penulis kagum dengan Marsha kerana dia tetap dengan bahasa Malaysia sesuai dengan wataknya itu.

Menyambung kisah cerita ini, tragedi balas dendam Dewi terhadap Fredo ditimpa musibah sehingga mereka didenda akibat melanggar pantang larang Hari Raya Nyepi. Perayaan ini juga membuatkan penulis ingin tahu budaya yang sungguh terkenal di Pulau Bali itu. 

Menyentuh lakonan Bunga, dapat dirasakan ia ada peningkatan yang besar walaupun dia seolah-olah menjadi dirinya sendiri. Tidak pada Ashraf, sungguhpun ada sedikit peningkatan dari segi lakonan, ada beberapa babak dalam filem ini  Ashraf agak over-acting yakni seperti dibuat-buat.

Ia dapat dilihat pada babak Ashraf menangis yang seakan seperti ketawa. Bagaimanapun, babak ciuman suami isteri ini banyak dipotong kerana dirasakan kurang sesuai untuk masyarakat tempatan.

Penulis kagum dengan Marsha yang menjadi Mea iaitu bekas tunang Fredo. Lakonannya menjadi tetapi ada setengah babak meninggalkan tanda tanya. Motif kemunculan Mea tidak diketahui dan ia seperti tergantung.

Selain Marsha, Saus Kacang juga menampilkan vokalis Samsons, Bams yang menjadi suami kawan baik Dewi. Malah, penonton juga boleh menyaksikan persembahan secara live kumpulan Samsons ketika babak romantis Ashraf dan Bunga di atas kapal.

Apapun, Saus Kacang boleh dikategorikan ‘kisah romantis realiti’ pasangan popular artis dari Malaysia dan Indonesia itu. Namun, bagi penulis, kekuatan filem ini tidak sehebat My Heart yang sememangnya boleh membuatkan penonton berkhayal seketika dalam dunia percintaan Acha dan Irwansyah.

Jadi, jangan lepaskan peluang menonton Saus Kacang yang ditayangkan sejak 17 Mac 2009 di pawagam berhampiran anda.

Murai

Saus Kacang Masuk Panggung

7 Mar


Ashraf dan BCL dua pelakon utama dalam filem Saus Kacang.

Sebanyak 28 filem berada di pawagam sepanjang minggu ini

MENGIKUT laman sesawang Golden Screen Cinema (GSC) iaitu gsc.com.my, terdapat 28 filem sedang ditayangkan ketika ini. Daripada jumlah itu, ada dua filem berbahasa Melayu (terbitan tempatan), empat filem dalam bahasa Cina (Hong Kong), dua filem berbahasa Hindi dan masing-masing satu dalam bahasa Thailand dan Tamil.

Filem Rasukan Ablasa adalah dua filem tempatan yang sedang ditayangkan dan dilaporkan mencatatkan kutipan kasar sekitar RM500,000 saja selepas seminggu ditayangkan, satu pencapaian yang dianggap kurang memberangsangkan.

Ia sudah tentu jauh berbeza dengan pencapaian filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula yang masih mendapat sambutan baik daripada orang ramai.

Filem yang menampilkan watak Upin dan Ipin sebagai tarikan utama ini masih berada dalam senarai 10 filem yang mencatatkan kutipan terbaik sepanjang minggu lalu.

Sementara itu, pengarah filem Rasukan Ablasa, Profesor Madya A Razak Mohaideen mengaku kutipan agak rendah terhadap filem arahannya itu memang sudah dijangkakan.


Yasmin dan Jaclyn dalam majlis tayangan amal Talentime sebelum dipertontonkan kepada umum pada 26 Mac depan.

“Pertamanya, filem ini sudah lama disiapkan dan baru sekarang disiapkan. Faktor kedua, filem ini juga membariskan pelakon baru dan muda yang belum dikenali lagi,” katanya.

Nampaknya filem Rasukan Ablasa masih menghadapi kesukaran untuk mencapai kutipan RM1 juta walaupun ia tidak mustahil kerana masih ada seminggu lagi ditayangkan jika mengikut peraturan Wajib Tayang.

Minggu depan, filem Sayang You Can Dance arahan Bjarne Wong dan satu lagi boleh dianggap filem indie berjudul Jin Hutan daripada , kedua-duanya akan mula ditayangkan serentak pada 12 Mac. Ini diikuti dengan filem Talentime arahan Yasmin Ahmad pada 26 Mac. Cukup mengenai filem ini kerana ia menggabungkan Azean Irdawaty dan anaknya, Elza Irdalyyna, selain kemunculan sulung Jaclyn Victor ke layar perak. Pelakon lain filem Talentime ialah Mohd Syafie Naswip, Harith Iskandar, Mislina Mustafa, Adibah Noor dan Mahesh.

Dalam pada itu, filem Saus Kacang yang menggandingkan pelakon suami dan isteri dari dua negara, Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta Lestari (BCL) dilaporkan akan masuk ke panggung negara ini tidak lama lagi. Filem arahan Indrayanto Kurniawan ini masih berkisarkan kepada kisah cinta dengan berlatarkan di Bali.

Ceritanya bermula dengan Dewi (lakonan Bunga Cinta Lestari) menjadi ketua tukang masak di sebuah hotel lima bintang di Bali. Kegagalannya dalam bercinta beberapa kali menyebabkan dia tidak berminat untuk memikirkan soal teman hidup. Sebaliknya dia lebih suka menumpukan kerjanya saja.

Bagaimanapun, ia berubah apabila bertemu dengan Fredo (Ashraf Sinclair). Fredo ialah pelancong Malaysia yang sangat cerewet. Dia bercuti ke Bali bersendirian meninggalkan tunangnya, Mae (Marsha). Sepanjang menginap di hotel tempat Dewi bekerja, Fredo asyik merungut saja dan sering memarahi pekerja hotel.

Dewi cuba menangani masalah yang menjadi rungutan Fredo kerana baginya ‘tidak ada tetamu yang tak boleh dihadapi’. Adakah Dewi berjaya melembutkan hati Fredo kerana pada sama dia juga sering dikunjungi teman lelakinya, Manu (Christian Sugiono).

Selain Saus Kacang, beberapa filem baru juga akan masuk ke panggung sepanjang tempoh seminggu ini, seperti Watchmen, City Of Amber, Dragonball Evolution, Soul Men, Race To Witch Montain dan Tale of Desparaux.

Carta Pecah Panggung

1 Street Fighter: Legend Of Chun-Li
2 Love Matters3 Geng: Pengembaraan Bermula 4 Punisher: War Zone
5 Rasukan Ablasa 6 Kung Fu Chef
7 Seven Pounds
8 The Curious Case of Benjamin Button
9 Slumdog Millionaire

10 Sex Drive

Berita Harian

Penyatuan Cinta 2008

31 Dec

BERMULA Januari 2008, kalendar dunia hiburan sudah mula diserikan dengan berita gembira perkahwinan artis tempatan. Sehingga bulan Disember, perkahwinan penyanyi popular Mawi dengan kekasih hati, Ekin menutup tirai tahun 2008 dengan penuh indah.

Mawi atau Asmawi Ani, 27, telah memilih tarikh 20 Disember untuk bernikah dengan Ekin atau Nor’Ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Mereka dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Datuk Mahat Mohd. Said dengan disaksikan oleh Kadi Daerah Johor Bahru, Syeikh Husni Tamrin Md. Sharif dan Imam Mahadi Yahya.

Tepat pada pukul 11.40 pagi, dengan hanya sekali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM22.50, Ekin sah menjadi isteri penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasi 3 (AF), Mawi.

Dilabelkan sebagai perkahwinan tahunan, bukan sahaja Mawi dan Ekin menamatkan zaman bujang mereka tahun ini. Selain perkahwinan gemilang Mawi-Ekin, berikut kronologi perkahwinan artis Malaysia sepanjang 2008.

Zila Bakarin dan Azri Izhar (11 Januari)
Ingin merahsiakan perkahwinan mereka pada mulanya, Zila Bakarin, 33, selamat diijabkabulkan kepada jurukamera syarikat produksi, Azri Izhar, 34, pada 11 Januari lalu di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid berkenaan, Bashri Abd. Majid dengan mas kahwin RM1,000. Mereka berkenalan sejak tujuh tahun lalu di lokasi penggambaran.

Ning Baizura dan Omar Sharif (31 Januari)
Mengenakan persalinan putih dan bertudung rekaan Jovian Mandagie, Ning Baizura berkahwin dengan Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 34, yang juga duda beranak dua kelahiran England.

Omar telah memeluk Islam pada Julai 2007 setelah lebih setahun berkenalan dengan Ning. Majlis akad nikah mereka berlangsung di Masjid

Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar dan Ning menerima mas kahwin sebanyak RM80 selain tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran perkahwinan berjumlah RM66,666.66.

Khai dan Rosma (26 April)
Berkenalan dalam program realiti televisyen AF1, Rosmayati Sidik (Rosma), 23, dan Khairul Nizam Mohamad (Khai), 29, selamat dinikahkan di Masjid Putra pada 26 April lalu.

Dengan mas kahwin RM100 dan hantaran RM16,161.61, Khai sah menjadi suami Rosma selepas satu lafaz akad nikah. Terbaru Rosma juga dilaporkan sedang mengandungkan anak pertama mereka.

Maya Karin dan Muhammad Ali (14 Ogos)
Mereka telah melangsungkan majlis pernikahan di daerah kaki pergunungan di Lake Como, Itali pada 14 Ogos lalu. Dan bagi berkongsi memori indah ini bersama keluarga dan rakan rapat di Malaysia, Maya Karin dan suami, Steven Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali telah mengadakan majlis persandingan di padang bola sepak Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di Kepong.

Maya berpakaian pengantin moden rekaan Radzuan Radziwill berwarna putih di samping suami tercintanya mengenakan baju Melayu berwarna hitam telah memilih lokasi ini kerana merupakan duta Taman Laut Malaysia dan seorang pencinta alam.

Lan Pet Pet dan Ruby (20 Ogos)
Pelawak yang popular menerusi Senario, Lan Pet Pet telah bercinta selama 14 tahun bersama Rubytah Abu Bakar @ Che Wan yang juga adik kepada pelakon popular Rozita Che Wan.

Dan pada 20 Ogos lalu, mereka telah memilih tarikh istimewa 20.08.2008 sebagai tarikh perkahwinan mereka. Pasangan ini bernikah di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah dengan mas kahwin RM888 serta wang hantaran RM8,000.

Deja Moss dan Azfendy Azzudin (30 Ogos)
Selepas dua tahun membuatkan orang ramai berteka-teki mengenai hubungan mereka, Deja Moss atau nama sebenarnya Sharifah Khadijah Wan Moss, 35, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Azfendy Azzudin, 29, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 30 Ogos lalu.

Dinikahkan dengan mas kahwin RM1,111 oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid tersebut, Mohd. Nazarudi Mohd. Nadzir, pasangan ini berbulan madu di Chile.

Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari (8 November)
Pasangan Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta Lestari bernikah di Masjid Al Bina, Jakarta pada 8 November. Majlis resepsi bahagian pengantin perempuan berlangsung di Hotel Sultan, Jakarta pada keesokannya.

Sementara itu, majlis resepsi pengantin lelaki diadakan di The Saujana Kuala Lumpur, khas untuk rakan-rakan di Malaysia. Dan majlis untuk keluarga dan sanak saudara pula berlangsung di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara (KGPA).

Rusdi Ramli dan Sharon Paul (16 November)
Setelah menduda selama 15 tahun, Rusdi Ramli, 38, yang bertemu dengan Sharon Anne Paul Abdullah, 32, tahun lalu semasa terlibat dalam pembikinan runut bunyi filem Waris Jari Hantu sah menjadi suami isteri pada 16 November lalu.

Majlis akad nikah mereka berlangsung di banglo galeri Creative Element, Shah Alam dengan dihadiri hampir 300 orang yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan rakan. Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800, senaskhah al-Quran, sirih junjung berserta sebentuk cincin.

Corrie Lee dan Fazima Mohamed Fuad (21 November)
Walaupun hanya mengenali dalam jangkamasa pendek, Corrie Lee atau nama Islamnya, Adam Corrie Lee, 40, telah memilih gadis pilihannya Fazima Mohamed Fuad, 30, sebagai isterinya.

Bernikah di Masjid Zahir, Kedah, isterinya yang berasal dari Lorong Terang menerima mas kahwin RM80 daripada Corrie dan wang hantaran sebanyak RM7,000.

Nabila Huda dan Zaidy Zailani (2 Disember)
Setelah tujuh tahun bercinta, Nabila Huda Suhaimi, 24, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Zaidy Zailani, 27, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta dengan dihadiri hampir 300 tetamu.

Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Amy Search atau nama sebenarnya, Suhaimi A. Rahman. Zaidy menyampaikan mas kahwin RM80 berserta wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Dapatkan artikel Imbasan 2008 sepenuhnya di Kosmo! hari ini.

Kosmo