Archive | Aziz Satar RSS feed for this section

Belasungkawa Nasir P Ramlee (1953-2008): Perginya Warisan P Ramlee

18 Dec

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

TIDAK sampai dua bulan pemergian anak angkat Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Sabarudin Ramli (Badim), kita dikejutkan pula dengan pemergian satu-satunya anak kandung Seniman Agung itu, Nasir P Ramlee.

Jika P Ramlee meninggal dunia pada usia muda iaitu 44 tahun, Nasir pula menghembuskan nafas terakhirnya jam 5.10 petang, kelmarin di Hospital Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung dan kencing manis pada usia 55 tahun.

Jenazahnya selamat dikebumikan jam 11 pagi keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kampung Baru.

Nasir meninggalkan balu, Suria Bakar, 55, dan tujuh anak termasuk daripada dua perkahwinannya terdahulu. Bersama Suria, Nasir mempunyai dua anak, Zaidi, 17, dan Zakaria, 16, manakala bersama isteri pertamanya, Mariati Abd Rahman, 55, mereka mempunyai tiga anak, Gunina, 37, Gunawan, 35, dan Gurnarisasca, 31. Bersama isteri keduanya, Rashidah Jaafar (Gee), Nasir mempunyai dua anak, Natasya, 23, dan Najwa, 22.

Seperti Badim dan Sazali, Nasir juga anak kesayangan P Ramlee. Nasir yang dilahirkan di Singapura pada tanggal 23 November 1953 adalah anak P Ramlee bersama isteri pertama, Junaidah Harris.

Junaidah adalah pelakon berasal dari Indonesia dan anak kepada pelawak D Harris. Nasir membesar di Jalan Boon Teck yang juga kediaman ramai pelakon Studio Jalan Ampas.

Nasir tidak bertemu ibunya sejak usia enam tahun. Hanya selepas P Ramlee meninggal dunia, Nasir bertemu semula dengan ibu kandungnya di Jalan Martapura, Jakarta.

Selepas bercerai dengan Junaidah, P Ramlee mengahwini Norizan dan kemudian Saloma. Justeru, Nasir juga membesar di bawah Norizan yang ketat menjaga disiplinnya tetapi banyak membentuk karakternya.

Mengimbas latarbelakangnya pula, Nasir memulakan kerjayanya sebagai pemuzik di kelab malam sebelum menyertai EMI sebagai penggubah muzik. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai penyelaras muzik kombo Istana Budaya (IB) sejak April 2002 sehingga sekarang.

Nasir pernah bergandingan bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarham Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Datuk Aziz Satar untuk album Panca Sitara.

Beliau pernah menghasilkan lagu untuk Herman Tino, Rosemaria Abdul Hamid dan Aman Shah. Antara lagu popularnya ialah Rindu Bayangan dendangan Carefree.

Sepanjang berkhidmat di IB, Nasir banyak terbabit dalam persembahan anjuran kerajaan dan di peringkat antarabangsa.

Antara pementasan yang pernah diarahkannya di IB ialah Suzana 60 dan Bonnie M Live In Kuala Lumpur pada 2006.

Sekalipun, nama Nasir tidak segah bapanya, namun tidak dinafikan, beliau juga memberi sumbangan tersendiri dalam memartabatkan industri seni tanah air.

Ketika hayatnya, Nasir sempat menghasilkan Buku Bapaku P Ramlee yang dilancarkan Presiden Badan Warisan Malaysia, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, 29 Mei lalu.

Buku yang dihasilkan selepas 34 tahun bapanya meninggal dunia itu dianggap buku kenangan peribadi Nasir kepada bapanya yang menyingkap kisah suka duka sebagai anak kepada seniman agung tanah air.

Dalam buku itu, Nasir juga menceritakan dia tidak lahir dalam ‘dulang emas’, sebaliknya dibayangi bayang-bayang kehebatan bapa dan nama besar keluarganya.

Sekalipun kesihatannya tidak mengizinkan, Nasir sempat menjayakan persembahan penghargaan buat P Ramlee bertemakan Air Mata di Kuala Lumpur di Panggung Eksperimen (ET), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang berlangsung dua hari bermula 15 Julai lalu bersama anaknya, Najwa.

Buat pertama kali, Nasir juga berkongsi pentas bersama anaknya mendendangkan lagu Senandung Kasih dicipta dan didendangkan bapanya dulu.

Band pimpinannya, Nasir & The Melodies juga mengiringi persembahan artis seperti R Ismail, Datuk Aziz Satar, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search dan Sara Loo di Laman Santai IB sempena sambutan Hari Seniman Kebangsaan, baru-baru ini.

Beliau juga pernah tampil dengan album komedi, Nasir Tan Sri P Ramlee & Mamu Maidin yang mengembalikan nostalgia peminat mereka pada tahun lalu.

Bakat seninya turut diwarisi anaknya yang juga cucu P Ramlee, Natasya dan Najwa yang mengikuti pengajian dalam jurusan seni di Aswara.

Harian Metro

Advertisements

TV3 Saji Program Terbaik, Berkualiti

1 Oct

Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my

Tujuh filem terbaik, selain beraneka program muzikal jadi menu istimewa penonton

BUKAN saja menghiburkan tetapi semua program yang disiarkan di TV3 berkualiti untuk disajikan kepada penontonnya sepanjang Aidilfitri tahun ini. Ini termasuklah menyiarkan tujuh filem berturut-turut selama tujuh hari. Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Penjenamaan TV3, Nurul Aini Abu Bakar berkata, segala program yang disiarkan sempena Aidilfitri ini dipilih daripada yang terbaik.

“Kebanyakan program yang disediakan adalah kali pertama disiarkan kecuali filem. Setiap tahun memang TV3 sedia program yang terbaru untuk memberi kelainan agar penonton berasa suatu pembaharuan yang dilakukan pada tahun ini,” katanya pada majlis berbuka puasa yang diadakan stesen itu baru-baru ini,

Berikut adalah antara program yang disediakan TV3 untuk penontonnya sepanjang Aidilfitri.

Filem Raya

Nana Tanjung 2

Tarikh Siaran: 1 Oktober

Masa: 9 malam

Nana Tanjung 2 menyingkap kesinambungan Nana Tanjung dengan kehidupan anak-anak Nana Kassim yang berubah apabila pelbagai cerita timbul sehingga terkena tempias kepadanya. Nana yang mendengar tohmahan jiran memutuskan untuk mengenakan pelbagai syarat kepada bakal menantunya. Filem ini dibintangi Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Jehan Miskin, Azean Irdawaty dan Saffi Jaafar.

Otai

Tarikh Siaran: 2 Oktober

Masa: 9 malam

Walaupun sudah tiga tahun berkahwin mereka tidak dikurniakan zuriat. Aiman dan Azura mendapat tekanan dengan ayah Aiman iaitu Tan Sri Mansur sekiranya masih gagal mendapatkan zuriat dalam masa setahun, seluruh harta peninggalan akan diwariskan kepada anak yatim. Azura kemudian disahkan tidak boleh mengandung. Maka terpaksalah Azura merelakan Aiman berkahwin lagi. Antara pelakon filem ini ialah Saiful Apek, Nasha Aziz, Saleh Yaakob, Ainul Aishah dan Faezah Elai.

Dunia Baru The Movie

Tarikh Siaran: 3 Oktober

Masa: 9 malam

Opie menerima surat yang ditulis Anizah menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan berkahwin lari dengan Fazley. Anizah begitu nekad sehingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Ini merisaukan kawannya iaitu Opie, Madihah, Suzanna, Adif dan Tajol. Mereka berpakat mengikut jejak Anizah dan memujuknya agar mengubah fikirannya. Filem ini membariskan Elyana, Pierre Andre, Iqram, Anne Ngasri, Anita Baharom, Baizura Kahar dan Almy Nadia.

Cinta

Tarikh Siaran: 5 Oktober

Masa: 9 malam

Jalinan lima cerita yang meraikan keajaiban cinta. Harris ada segala-galanya, isteri yang cantik, anak dan karier namun isterinya mengakui mempunyai teman lelaki baru. Dyan mengubati hatinya yang sepi dengan mengubah cara hidup adiknya Dhani seorang pelukis jalanan. Ariel menjejaki cintanya yang dibantu oleh Taufiq seorang wartawan muda. Elyas pesara guru yang menghabiskan sisa hidupnya setelah menghidap Alzheimer. Elyas sering menghabiskan masanya di restoran milik janda Rubiah. Antara pelakon filem ini ialah Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Rita Rudaini, Nanu Baharuddin, Sharifah Amani, Fatimah Abu Bakar, Pierre Andre, Eizlan Yusoff dan Rashidi Ishak.

Rempit vs Impak Maksima

Tarikh Siaran: 7 Oktober

Masa: 9 malam

Shariman dan Bani mempunyai minat yang sama iaitu berlumba motosikal. Mereka menghabiskan masa dengan berlumba haram. Satu hari Shariman ditawarkan untuk menjadi pelumba kereta secara profesional dan Bani masih meneruskan kerja merempit secara haram. Filem aksi ini dilakonkan oleh Awal Ashaari, Zulhuzaimy, Fauzi Nawawi, Jue Aziz, Hafiz, Maimon Mutalib, Jalaluddin Hassan, Watie Elite dan Suraya.

Waris Jari Hantu

Tarikh Siaran: 8 Oktober

Masa: 9 malam

Tina dan Ari berkawan baik dan bersaudara dengan Tok Wan Rimau, penjaga harimau saka. Keluarga Tina kini sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya. Tok Wan dan harimau saka melindungi keluarganya dan Pekan Mendekar dari bahaya. Ari sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran ‘Mat Kepit’, atau ‘Mat Patah’. Walaupun begitu, Tina setia berada di sisi Ari, malah menyimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap Ari. Filem ini dilakonkan oleh Maya Karin, Rusdi Ramli, Azean Irdawaty, Nanu Baharuddin, Liza Othman, Kavita Sindhu, Zahim Albakri, Riezman Khuzaimie, Rashid Salleh, Zaidi Omar dan Jit Murad.

Qabil Khushry Qabil Igam

Tarikh: 9 Oktober

Masa: 9 malam

Qabil Khushry dan Qabil Igam, anak kepada Ismail dan Tijah. Qabil Khushry amat sayangkan adiknya. Ketika dewasa, Rani jatuh hati kepada Khushry manakala adiknya, Karisma memuja Igam. Bagaimanapun, kerana satu kesilapan, mereka sekeluarga bagaikan tersepit, lalu satu keputusan terpaksa dibuat yang membabitkan satu pengorbanan besar. Antara pelakon filem ini membabitkan Hans Issac, Rusdi Ramli, Erra Fazira, Ziana Zain dan Khatijah Tan.

Ayat-Ayat Cinta

Tarikh Siaran: 10 Oktober

Masa: 9 malam

Fahri Abdillah adalah seorang pelajar pintar dari keluarga miskin yang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar di Mesir. Dia yang juga seorang berdisiplin dan berdedikasi memulakan kehidupan di Mesir melanjutkan pelajaran dan menterjemah buku-buku agama dengan penuh bersemangat. Hanya satu saja matlamat yang belum tercapai iaitu perkahwinan. Fahri yang adalah seorang yang lurus dan suci tidak percaya pada konsep perhubungan sebelum berkahwin. Filem Indonesia ini dilakonkan oleh Fedi Nuril, Carissa Putri, Melanie Putria, Zaskia Adya Mecca dan Rianti Cartwright.

Program Muzikal Raya

Teratak Siti Nurhaliza

Tarikh Siaran: 1 Oktober

Masa: 10 pagi

Datuk Siti Nurhaliza bakal mendendangkan lagu popular tradisional dan terkini dengan diiringi oleh pemuzik profesional pimpinan Faizal Uzir. Program muzikal ini berkonsepkan fusion tradisional dan moden di mana kedua elemen ini digabungkan untuk mendapatkan konsep irama tersendiri. Turut dijemput adik-beradiknya iaitu Siti Saida dan Siti Saerah.

GhazalRock

Tarikh siaran: 2 Oktober

Masa: 10 pagi

Ghazal Rock adalah satu program muzikal lain dari yang lain. Barisan penyanyi terbabit dalam program istimewa ini ialah Ning Baizura, Faizal Tahir, Anuar Zain, Ella dan kumpulan rock, Jinbara dipertemukan dalam program khas Raya ini. Ia akan disiarkan selama 60 minit di mana menyaksikan artis jemputan mendendangkan lagu tradisional termasuklah lagu kontemporari yang kekal popular dan diminati ramai.

Komedi Raya

Al-Kisah Kembali

Tarikh Siaran: 2 Oktober

Masa: 5.30 petang

JAKA dan Dhuri sedang mencari anak, Junior mereka yang diculik. Mereka terjumpa dengan kawan lama, Jinbai, Momsteem dan Long Sifu semasa dalam perjalanan mencari anak mereka. Pelbagai rintangan yang melucukan dapat disaksikan sepanjang pencarian menyelamatkan Junior. Drama komedi ini lakonan Apek, Zarina Zainuddin, Shamsul Ghau Ghau, Mommsteem, Aziz Kota, Bob Kuman, DJ Sumo, Redza

Senario Gamatnya Raya

Tarikh: 2 Oktober

Masa: 11 malam

Kisah dua kumpulan anak muda yang ingin merasai suasana baru di hari raya. Anak muda kampung ingin merasai beraya di bandar, sementara anak muda di bandar pula ingin beraya di kampung. Saksikan lakonan Azlee, Aby Yus, Opie Zami dan Bob Kuman.

Simpang Tiga Raya Special

Tarikh: 3 Oktober

Masa: 11 malam

Salman, Saleh dan Mawi menaruh hati kepada Wati. Mereka masing-masing cuba sedaya upaya menambat hati Wati. Dalam diam hati Wati terpaut kepada Salman, Che Pah ibu kepada Wati menyuruh mereka mencarikan lemang tetapi ada saja alasan mereka berikan. Hinggalah Wati sendiri menyuruh mereka, maka pelbagai usaha dan gelagat mereka untuk mendapatkan lemang yang terbaik dan paling sedap untuk Wati sempena persiapan Hari Raya.

Saksikan telatah Abon, Ifa Radziah, Acong Sweetchild, Scha, Buzen, Ropi Cecupak, Ebby Yus dan Sathiya.

Variasi Raya

Ewah-Ewah Raya 1 dan 2

Tarikh: 1 dan 2 Oktober

Masa: 4.30 petang

Program berkonsepkan muzikal & game show ini menampilkan gabungan empat pengacara hebat iaitu Raja Azura, Nabil, Shamsul Ghau Ghau dan Amyza Adnan yang pastinya bakal mencuit hati anda. Turut serta dalam program ini ialah Fabulous Cats, Mas Idayu, M. Daud Kilau, Faradiya, Danny X-Factor dan Mila.

Bagus Sangat Ke?

Tarikh Siaran: 2 Oktober

Masa: 9 pagi

Menampilkan gandingan Didie Alias dan Sheila Rusly sebagai pengacara manakala selebriti yang menjayakan program ini ialah Adibah Noor, Sahri, Dina, Enot, Bob AF2 dan Sumo Fabulous Cat. Peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai tiga peserta. Mereka diwajibkan membuat tiga tugasan yang dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Ketupat Oh Ketupat, Aduh..Panjut Pulak!! dan Mmmm Sedapnya!!!.

Raya Bersama Fara

Tarikh Siaran: 5 Oktober

Masa: 5 petang

Raya Bersama Fara memfokuskan kepada pengacara wanita popular 2006/2007 Anugerah Bintang Popular Fara Fauzana sebagai pengendali program yang berbentuk bual-bicara hiburan. Antara artis yang terbabit menjayakan program ini termasuklah Jinbara, Afdlin Shauki, Misha Omar, Datuk Aziz Satar, Azwan Ali dan Darling Ngasri.

Berita Harian

Meriahkan Adilfitri Bersama Rancangan Raya Televisyen

28 Sep

OLEH RABIATUL ADAWIYAH
KOH ABDULLAH


MINAH lodeh tipah lepatlah pulak.

SETELAH hampir sebulan berpuasa, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba beberapa hari lagi, pelbagai rancangan menarik disusun oleh stesen-stesen televisyen bagi memeriahkan suasana hari raya.

Antara rancangan tersebut ialah telefilem, drama, filem, muzikal raya dan pelbagai rancangan yang menyaksikan gandingan persembahan artis-artis terkenal tanah air.

Jika anda mahu meluangkan masa bersama keluarga dan teman-teman di rumah, jangan ketinggalan menyaksikan pelbagai rancangan menarik ini. Sambil menjamu selera dan menghadiri rumah terbuka, anda tidak ketinggalan berhibur dengan rancangan tv menarik.

l Warna-warni Aidilfitri di RTM

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal bersiaran dengan pelbagai rancangan raya. Eksklusif pada hari raya, penonton RTM 1 berpeluang menyaksikan Siti Nurhaliza bersama peminat pada hari raya kedua pada pukul 11 malam.

Bagi mereka yang inginkan hiburan menjelang raya, jangan lupa menyaksikan sebuah drama muzikal Epilog Cinta Terindah (Bintang-Bintang RTM) yang mengisahkan percintaan dua pasangan ketika zaman muda yang banyak rintangan. Rancangan yang diterbitkan Mohd. Yusni Mohd. Ali ini akan menemui penonton pada Hari Raya ke-10, pukul 3 petang. Ia membariskan artis-artis popular seperti Izwan Pilus, Ramlah Ram, Siti Sarah, Azharina dan Amir (Sofaz).

Selain tayangan filem seperti Jangan Pandang Belakang (raya ketiga; 9 malam) dan Zombie Kampung Pisang (raya keempat; 9 malam), penonton juga disajikan telefilem yang membawa mesej keinsafan seperti Sesuci Al Fitri (raya kedua; 12. 30 tengah malam) lakonan Safura dan Shaharuddin Thamby, Panggilan Raya (raya pertama; 10 pagi) lakonan Emelda Rosmila dan Ijoy Azahari dan Tasbih Terakhir (raya keempat; 12.30 tengah malam) lakonan Nasir Bilal Khan, Jasmin Hamid dan Safura.

Penonton juga dapat menonton Komedi Khas Raya, Selamat Hari Raya Jiran Tetangga lakonan Saiful Apek, Raja Azura, Nabil, Datuk Aziz Satar dan ramai lagi.

Saksikan juga beberapa siri konsert mulai 3 Oktober hingga 5 Oktober pada pukul 3 petang setiap hari dengan persembahan hebat artis-artis tempatan seperti Sofaz, 6ixth, Azharina, Elyana, The Fabulous Cats, Kristal dan Ifa Raziah.

– Kesyukuran dalam kemeriahan bersama TV3

Sementara itu, bertemakan ‘Kesyukuran dalam Kemeriahan’ TV3 mengajak penonton-penonton setianya agar sentiasa bersyukur sambil menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri.

Pada kesempatan ini, stesen televisyen swasta ini mengajak penonton-penontonnya untuk meraikan Aidilfitri dengan meneruskan tradisi kunjung-mengunjung ke rumah saudara- mara dan sahabat handai dan saling bermaaf-maafan. Sambil bergembira di samping orang tersayang penonton juga diseru agar bersyukur menikmati kurniaan Ilahi. Para penonton bakal disajikan dengan pelbagai aneka ragam masyarakat menerusi filem, telefilem dan program-program hiburan dan jenaka.

TV3 telah menyusun dengan teliti program-program bagi memastikan hanya yang terbaik untuk ditayangkan sempena dengan Aidilfitri bagi menepati cita rasa penonton. Kebanyakan program tersebut mempunyai keistimewaan dan mesej yang tersendiri.

– Tayangan

Telefilem raya TV3 menjelang raya pada pukul 9.30 malam menyaksikan tayangan Mengejar Sinar yang mengisahkan Taufik berhenti kerja setelah mengambil VSS daripada pejabat tempat dia bekerja. Isterinya, Mariam risau kerana dia sedang mengandung anak kedua selepas lapan tahun tidak mengandung. Satu hari, ibu mertuanya terjumpa Ain dan membawanya pulang. Taufik pergi mendapatkan anaknya dan merayu ibu mertuanya untuk memulangkan Ain, namun dia menyalahkan Taufik kerana tidak mampu menjaga Ain. Dapatkah Taufik bersatu kembali dengan anaknya? Saksikan lakonan Rosyam Nor, Erma Fatima, Maimun Mutalib, Fauziah Nawi, Ismail Yaacob dan Aziz M Osman.

Sementara itu, telefilem Takdir Sedang Berbisik bakal menemui penonton pada pagi raya Ketiga yang mengisahkan kemalangan yang menimpa Husin mengubah kehidupan yang baru dibinanya bersama Maimon. Husin lumpuh dan kehilangan pekerjaan sementara itu, Mak Piah hanya bersabar dengan kerenah menantunya, Maimon. Mak Piah menjaga Husin dan anaknya dengan bantuan Mastura, anak Mak Yam yang sedang belajar tahun akhir di universiti . Telefilem ini dijayakan oleh pelakon-pelakon berkaliber seperti Rosyam Nor, Umie Aida, Fauziah Nawi, Faizal Hussein, Ummi Nazera, Ku Faridah Ku Syafie, Bobby Hazreen, Latiff Borgiba, Maimunah Ahmad dan Maimun Talib.

TV3 turut diwarnai rancangan muzikal antara yang paling istimewa ialah Teratak Siti Nurhaliza pada raya pertama pukul 10 pagi . Teratak Siti Nurhaliza merupakan satu program muzikal yang pastinya dinantikan oleh peminat-peminat penyanyi tersohor tanah air yang bakal dikendalikan oleh beliau sendiri.

Program 60 minit ini akan menyaksikan Siti Nurhaliza mendendangkan lagu-lagu popular tradisional dan juga terkini yang menjadi kegilaan ribuan peminat beliau dengan diiringi oleh pemuzik-pemuzik professional yang dipimpin oleh Faizal Uzir.

Program muzikal ini berkonsepkan fusion tradisional dan moden di mana kedua elemen ini digabungkan untuk mendapatkan konsep irama tersendiri sekali gus menjadikan program ini unik dan berbeza dari persembahan Siti Nurhaliza sebelum ini. Bukan itu sahaja, turut memeriahkan rancangan ini, Siti Nurhaliza juga menjemput adik- beradik beliau iaitu Siti Saida dan Siti Saerah untuk bersama-sama membuat persembahan dengannya buat julung-julung kalinya di kaca televisyen.

Di samping itu, penonton pasti terhibur dengan GhazalRock pada Raya Kedua, 2 Oktober, 10.00pagi.

GhazalRock merupakan satu program muzikal ‘lain dari yang lain’ yang pastinya akan menambat hati para peminat penghibur tanah air. Artis-artis popular seperti Ning Baizura, Faizal Tahir, Anuar Zain, Ella dan kumpulan rock, Jinbara yang dipertemukan dalam program khas raya ini. Bersiaran selama 60 minit, program ini akan menyaksikan para artis jemputan mendendangkan lagu tradisional termasuklah lagu-lagu kontemporari yang kekal popular, masih diminati ramai dengan diiringi oleh alunan muzik daripada kumpulan Jinbara sendiri bersama pancaragam ghazal.

Di samping itu, rasai kehangatan Aidilfitri pertama bersama rancangan signatur Saluran Ceria Anda, ntv7 yang akan menyiarkan filem superhero hebat, Batman Begins hasil garapan pengarah lagenda,Christopher Nolan lakonan Christian Bale, Michael Caine dan Katie Holmes dari 11.45 malam hingga 1.45 malam. Dapatkan lebih keriangan dan kegirangan pada hari raya pertama dengan siaran Cirque Du Soleil: Quidam, Cirque De Soleil: Quidam dan Batman Begins pada Rabu, 1 Oktober.

Tidak ketinggalan, temui Om, seorang kanak-kanak lelaki yang berusaha gigih menghias rumahnya bagi memanggil kedatangan malaikat untuk menunaikan harapannya pada hari raya dalam Malam Tujuh Likur, Jumaat, 3 Oktober 2008, mulai pukul 10 pagi hingga 12 malam. Filem ini dibintangi oleh Adam Zakaria, Eira Syazira, Aaron Aziz dan Aida Aris.

Sementara itu, 8tv turut menyiarkan filem istimewa pada raya pertama pada pukul 10.00 malam dengan tayangan filem Lord Of The Rings-The Two Towers.

– Drama keinsafan di saluran Astro

Saluran Astro Melayu seperti Astro Ria, Prima dan Kirana turut menyajikan pelbagai rancangan menarik untuk anda sekeluarga.

Pelbagai drama dan telefilem hebat bakal menemui anda sepanjang tiga hari pertama Aidilfitri. Epilog drama yang dipaparkan membawa mesej tersendiri dan pengajaran yang melahirkan keinsafan kepada penonton.

Antaranya, sebuah drama hebat, Hanya Aku yang mengisahkan tentang sekumpulan penghuni rumah pengasih yang belajar erti keseronokan, cara menghormati orang lain dan untuk menjadi orang yang berguna dalam masyarakat. Drama lakonan Hattan, Baby Erin, Que Haidar, Nabila Huda, Sheila Rusly dan Erma Fatima berkisar di antara golongan bekas penagih, ibu bapa, pasangan hidup, anak- anak dan orang tersayang. Kisah ini boleh dijadikan pengajaran buat mereka yang hidup dengan dengan cara hidup penjenayah termasuklah mereka yang pernah ditangkap dan disabitkan sebagai pesalah serta dihantar ke penjara.

Drama ini akan disiarkan di Astro Ria pada pukul 11 malam. Aidilfitri anda juga pasti menarik dengan drama Cahaya Lailatulqadar lakonan Beego, Zulhuzaimy, Fauziah Nawi, Jalil Hamid dan Syarifah Sheera. Drama yang akan disiarkan di Astro Prima pada pukul 9 malam ini mengisahkan Adam akhirnya pulang ke tanah air dari London selepas lima tahun bermastautin di sana. Dia merancang untuk membawa pulang sejumlah wang yang besar dari ibunya sehingga mendatangkan kemarahan adiknya, Adi.

– Kesinambungan

Bagi peminat telefilem Takbir Suci 2, kesenimbungan telefilem ini, Takbir Suci 3 akan ditayangkan di Asro Ria pada pukul 11 malam. Ia mengisahkan tentang bagaimana Nora sanggup menyingkirkan ibunya sendiri semata-mata kerana sifat tamak dan dendam yang teramat pada bulan Ramadhan. Saksikan telefilem yang dapat memberi keinsafan kepada semua yang menonton bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

Sementara itu, penonton juga disajikan dengan pelbagai rancangan hiburan lain seperti Minah Lodeh,Tipah Lepat Berayalah Pulak, Di Bawah Ketiak Isteri Aidilfitri, Gegar Gitu Apek Raya, Ada Cinta Di Hari Raya? Selain beberapa filem mnari untuk tontonan umum seperti Cuci, Chermin, I’m Not Single, Kala Malam Bulan Mengambang dan Anak.

Utusan Malaysia

OBITUARY – DATUK AHMAD MAHMUD (1926-2008) : A Role Model To All

31 Aug

The indefatigable Ahmad Mahmud.
The indefatigable Ahmad Mahmud.

HAFIDAH SAMAT pays tribute to the gentlemanly actor who made screen heroes and villains in Malay films equally unforgettable through his legendary portrayals.

He gave a convincing performance in the heartwrenching Ranjau Sepanjang Jalan.
He gave a convincing performance in the heartwrenching Ranjau Sepanjang Jalan.

HE is best remembered as Dr Ismadi, the soft-spoken “pedantic” antagonist in Tan Sri P. Ramlee’s classic film, Ibu Mertuaku. He was also unforgettable in his portrayal of the handsome, righteous and dignified Malay hero Hang Jebat back in the 1960s.

Fans of actor-director-producer Datuk Ahmad Mahmud would recall his definitive interpretations of these two roles in the films directed by P. Ramlee in 1957 and 1962 respectively.

Ahmad died of kidney failure on Wednesday at 10pm at his residence in Kampung Tunku, Petaling Jaya. He proved he was a fighter and a hero till the end. He was 82.

“We knew he was suffering but he never gave up fighting the illness. He was strong emotionally and he never complained,” said his granddaughter Alita Aris.

Ahmad was admitted to Pantai Medical Centre in Kuala Lumpur on July 22 for a high fever. He slipped into a coma and was treated in the intensive care unit for five days.

According to Alita, Ahmad had been going for dialysis treatment.

“He had been physically weak since he was diagnosed (in 2001) but my grandfather had very strong willpower.”

Ahmad is survived by his wife Datin Khadijah Mohamad, three children and nine grandchildren.

His screen life remains evergreen, and the good-natured and dedicated actor will be fondly remembered by Malaysians.

It was not just Ramlee who loved working with him; other film directors were equally awed by his professionalism. He was serious about his work and humble to fans and friends.

Born Ahmad B. Mahmud in Rembau, Negri Sembilan, he began his acting career in 1951.

He was regarded one of the pioneers in Jalan Ampas studio in Singapore and successfully collaborated with the heavyweights in the industry including Ramlee, Siput Sarawak, Nordin Ahmad, late Normadiah and Datuk Sarimah Ahmad.

Before he ventured into acting, Mahmud had done various odd jobs and worked as a rubber tapper, painter, bus conductor, and timekeeper.

When he joined film studio Cathay Keris Film, he was summoned by the late director Ho Ah Loke to act in Perwira di Lautan (alongside Mimi Nordin).

In 1951, Ahmad was featured in the lead role in Matahari, a black-and-white film directed by Datuk Maria Menado, Omar Rojik and Aziz Jaafar.

A year later, Ahmad signed up with Shaw Brothers to make Istana Impian, which starred Saadiah, and also for Gadis Buta, with Rosini Merican.

He was a darling among moviegoers. When he played good roles, he was exceptionally good, and when he portrayed bad guys, he was even better!

He played the villain in Raja Bersiong about a ruthless king who consumes human blood. The movie, a Merdeka Filem Productions and directed by Datuk Jamil Sulong, was screened in 1967, the same year he left Merdeka Filem.

During an interview with the New Straits Times in 1987, Ahmad was quoted as saying that Raja Bersiong was one of his favourites.

He was brilliant in the role of Lahuma in the heart-wrenching Ranjau Sepanjang Jalan directed by Jamil (Sulong) in 1983. The film, about the struggles of a poor family and adapted from Shahnon Ahmad’s novel, also starred Sarimah, Puteri Salbiah and Melissa Saila.

Ahmad had always dreamt of becoming a film director. Money, it seemed, had been the setback.

When the local film industry faced uncertainties and businesses slumped, the actor forked out RM164,000 to buy film equipment for his newly established production company, Ahmad Mahmood Film Company.

Ahmad’s maiden directorial, Mama oh Mama, in 1967 was a self-produced tearjerker starring Dharma Harun Al-Rashid and Azean Irdawaty.

One of his outstanding directorial achievements was for Dendam Dari Pusara in 1982, the chilling thriller in which he also starred, and earned him the Best Actor trophy at the Malaysian Film Festival in 1983.

Later, Ahmad produced and directed many films including May 13 and Komplot.

Perhaps not many knew that Ahmad also sang. He sang in his own movies such as Pertarungan, Isi Neraka, Sri Andalas and Gerhana.

Ahmad was awarded the Ahli Mangku Negara in 1987 and bestowed the Pingat Datuk Setia DiRaja, which carries the title Datuk, in 2005.

A TRUE PROFESSIONAL

SOME of his close friends share their memories of the debonair Malay film star, Datuk Ahmad Mahmud, with us.

Datuk Sarimah Ahmad, actress:

Ahmad was a visionary actor. His family was his priority and he always planned for their future. He used to tell me that he didn’t want his wife, children and grandchildren to face hardship after his retirement. His death is a great loss to the industry and I will miss him.

Datuk Maria Menado, actress:

He was a soft-spoken and lively gentleman. My only regret is that I didn’t have the opportunity to visit him in the hospital because I was away visiting my children in Melbourne. I’m going to miss him.

Datuk Aziz Satar, actor:

Ahmad was a hardworking actor. He was open and willing to learn from others. He was a fighter who was passionate about the industry. Young actors should try to emulate his positive attitude.

Shuhaimi Baba, film director and producer:

When I was growing up, Uncle Ahmad used to come by my house to visit my father. My dad used to call him Ahmad Pego. He (Ahmad) used to lament about the hardships of being an actor.

He once told me: “Filem Melayu mesti ada semangat Melayu.” (Malay movies must be instilled with the Malay spirit). I will remember this valuable advice for the rest of my life.

New Straits Times

Aziz Satar Hargai Kesihatan

13 Jul

PADA usia sebegini, selalunya sudah ramai yang mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa masa di rumah bersama keluarga dan melayan kerenah cucu dan cicit.

Namun tidak bagi Datuk Aziz Satar, 82 yang tetap aktif dalam industri seni, tidak kira berlakon mahupun menyanyi malah selalu pula keluar kota menghiburkan peminat.

Terkenal dengan sikapnya yang mesra dan suka melawak, ia mungkin antara resipi Aziz yang mesra dipanggil Pak Aziz untuk kelihatan muda selalu.

Malah mungkin ramai yang tidak percaya melihatkan angka usianya itu memandangkan wajah dan tubuhnya yang masih segar dan kuat.

Dan jangan tak percaya, pada usia begini, beliau masih mampu naik tangga tiga empat tingkat tanpa henti dan berjalan kaki sebatu dua dengan bersahaja.

Kesihatan mindanya iaitu ingatan Aziz juga masih kuat malah boleh menghafal dialog tanpa sebarang masalah selain mempunyai pendengaran yang masih terang dan jelas.

Mengakui mengamalkan gaya hidup sihat, Aziz hanya makan nasi sehari sekali dan selalu mengambil roti mahupun capati dan tidak menjamah mi segera. Kalau adapun, hanya sekali dua dalam setahun selain suka makanan yang dimasak sendiri.

Mempunyai kencing manis namun tidak serius, kata Aziz, beliau juga mengamalkan gaya pemakanan sihat dengan ‘berhenti makan sebelum kenyang’.

“Kerana kalau kita terlalu kekenyangan juga boleh memudaratkan diri,” kata Aziz yang tidak pernah gemuk sejak zaman muda hinggalah ke usia sekarang.

Telah berhenti minum kopi dan meninggalkan tabiat merokok, Aziz juga menjauhkan diri daripada meminum minuman bergas.

“Saya juga mengamalkan senaman tapi gayanya lain sikit. Saya suka berjoging tapi tidak di padang rekreasi sebaliknya berjalan-

jalan di pusat membeli-belah.

“Seronok kerana sambil bersenam kita boleh menjamu mata melihat sekeliling kedai. Kalau penat, saya berhenti di kedai minum. Lepaskan lelah dan kemudian balik ke rumah,” ujarnya.

Malah, tegas Aziz, walaupun masih aktif berlakon, dia amat mengelakkan diri daripada menjalani penggambaran sehingga larut malam atau dinihari.

“Sebab ia boleh memudaratkan kesihatan. Pada usia begini, kita kenalah lebih menjaga tubuh badan,” kata Aziz.

Aziz juga percaya, selain kesihatan tubuh yang perlu dijaga dari awal, ketenangan diri turut menjadi antara faktor penyumbang kepada kesejahteraan hidup.

perjalanan

Beliau mengakui mengelakkan diri tidur selepas makan tengah hari sejak usia muda kerana ini boleh menimbulkan rasa malas dan menyebabkan perjalanan kerja menjadi tidak lancar.

“Alhamdulillah, ia memberi manfaat kepada diri. Dengan sendirinya ingatan sampai sekarang masih elok. Kalau diberi dialog, boleh hafal. Kalau ikutkan dalam umur begini, sukar nak buat tapi saya bersyukur kerana kalau bagi last minute pun saya masih boleh hafal tanpa masalah.

“Sebenarnya ada seorang tua dulu menyuruh saya mengamalkan surah Alam Nasrah bila sembahyang terutama sembahyang Asar bagi membantu ingatan.

“Selain itu saya juga suka membaca – surat khabar atau apa sahaja bahan bacaan. Saya suka naik kereta api kalau mahu ke Singapura atau Johor, jadi sepanjang perjalanan, saya suka membaca,” ujarnya.

Aziz yang terkenal dengan lakonan berkesan bersama Tan Sri P. Ramlee dan S. Samsuddin dalam Bujang Lapok juga mengakui ketenangan diri menjadi salah satu elemen dalam dirinya untuk menghargai sebuah kehidupan. Beliau percaya, bahawa hidup yang tenang dapat memberi lebih nilai dan kualiti dalam kehidupan seseorang.

“Orang tua saya dulu selalu tanya, ‘siapa orang yang selalu senang dalam dunia?’ Dan saya akan menjawab orang kaya. Tapi dia kata salah, orang yang senang dalam dunia ini adalah orang yang tidak ada hutang dan saya yakin dengan perkara itu.

“Sampai sekarang, saya takut dan tidak mahu berhutang. Kalau nak beli barang, saya beli tunai. Nak beli kereta pun, saya kumpul wang sampai cukup, baru beli kereta.

“Pakai kereta kecil pun tak apa, asalkan saya tidak berhutang kerana saya tidak suka fikiran saya terganggu kerana memikirkan hutang. Bukannya apa, saya takut bayar bulan-bulan. Manalah tahu kalau ‘tersangkut’, kita juga yang susah.

“Malah saya percaya menabung itu satu keperluan kepada kita kerana kita tak tahu bila kita nak sakit demam. Bila kita ada simpanan maka urusan juga jadi mudah dan kita tak perlu risau menyusahkan orang lain,” tambah Aziz yang turut bersyukur kerana jarang jatuh sakit kerana percaya ia berikutan amalan menjaga kesihatan diri dan minda yang diamalkan selama ini.

Utusan Malaysia

Erti Sebenar Hari Seniman

3 Jun

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA liza.zakaria@utusan.com.my

Tarian Selamat Datang pelbagai kaum sebagai pembukaan majlis sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008.

SENIMAN merupakan orang yang mampunyai bakat seni, mencipta hasil seni dan memperagakan karya-karyanya. Lebih jauh, ia merupakan insan-insan yang berjaya membawa perubahan serta memberi sumbangan besar terhadap perkembangan seni dan budaya negara. Tidak kira seni budaya mahupun seni hiburan, hakikatnya merekalah pencetus kepada pelbagai ideologi dan perubahan baru terhadap perkembangan budaya dan kesenian sesebuah bangsa.

Nama-nama besar seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Musthapha Maarof, Datin Rosnani Jamil dan Datuk Aziz Sattar merupakan antara mereka yang berjaya dan layak digelar seniman dan seniwati industri perfileman Malaysia.

Ibarat lilin yang membakar diri, mereka umpama penyuluh kepada corak persembahan dan idea pembikinan filem serta rujukan kepada para pelapis serta penggiat seni perfileman tempatan dewasa ini.

Tidak kurang juga mereka yang memberi sumbangan terhadap seni teater negara, pastinya tidak kita lupa pada nama-nama seperti Allahyarham Mustapha Nor, Datuk Syed Alwi, Datuk Rahim Razali, Datuk Faridah Merican dan Ahmad Yatim yang berjaya meningkatkan taraf seni teater negara.

Bagi seni lukis, seni kraf dan arca pula, kita sering mengagumi buah tangan daripada Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wok, Zainab Mamat, Datuk Syed Ahmad Jamal, Datuk Hossein Enas dan juga Latiff Mohidin.

Sementara dalam bidang sastera serta penulisan pula, kita tidak ketinggalan membaca karya-karya hasil nukilan oleh Allahyarham Datuk Dr. Othman Awang, Datuk Nordin Hassan dan Datuk A. Samad Said.

Justeru, atas dasar menghargai segala pengorbanan dan sumbangan golongan seniman dan seniwati negara yang banyak berjasa, maka tanggal 29 Mei pada setiap tahun dipilih sebagai tarikh keramat bagi memperingati jasa golongan tersebut.

Buat pertama kalinya, Hari Seniman Kebangsaan disambut pada 29 Mei lalu.

Dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pastinya ia membawa makna tersendiri kepada golongan yang telah banyak menabur bakti bagi memperjuangkan hasil seni dan karya mereka.

Lantas, slogan Seniman Obor Budaya dilihat bertepatan dengan maksud yang mencerminkan bertapa kesungguhan para seniman dan seniwati terdahulu jelas dipantulkan kepada perkembangan seni budaya tanah air dewasa ini.

Pelbagai falsafah, nilai-nilai murni, cara hidup, semangat perpaduan bangsa yang diterap pada karya-karya agung terdahulu termasuk seni tari, seni tampak dan seni halus serta ukiran yang menjadi lambang budaya negara dari zaman kesultanan Melayu sehingga ke hari ini.

Tidak ketinggalan, penceritaan dalam sesebuah penulisan dan sastera, karya filem seperti Semerah Padi, Ibu Mertuaku dan Bukit Kepong ternyata mampu menyuntik semangat patriotik, perpaduan dan moral tersendiri di kalangan masyarakat tempatan.

Wayang Kulit adalah antara produk seni tempatan yang tidak kurang hebatnya. Sama seperti cabang kesenian tradisional lainnya seperti Mak Yong dan Menora.

Lalu, wayang kulit menjadi pilihan tahun ini sebagai logo rasmi sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Datuk Musthapha Maarof ketika ditemui pada majlis perasmian sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008, menyatakan bahawa hari tersebut merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap insan seni.

“Ini bermakna kerajaan sudah memberi pengiktirafan yang besar terhadap insan seni tidak kira seni budaya ataupun seni hiburan, sehingga ada satu hari yang dikhaskan untuk memperingati para seniman negara.

“Sekarang sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai orang-orang seni untuk sama-sama menyahut seruan kerajaan,” kata beliau sejurus selesai majlis tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang Jun ini bagi menjayakan bulan seniman negara itu.

Antara aktiviti yang menarik untuk dikongsi ialah Malam Anugerah Tinta yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pukul 8 malam pada 13 Jun ini.

Antara lain ialah Apresiasi Seni Penulisan dan Sastera pada 14 Jun ini pukul 10 pagi di Perpustakaan Negara dan Seminar Industri Filem dan Muzik – 5 Tahun Kehadapan pada 21 Jun ini pukul 9 pagi di Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Selain itu, Malam Penghargaan Industri Filem 2008 bakal berlangsung pada 27 Jun pukul 8 malam sementara Seniman Malaysia Di Persada Dunia pula bakal berlangsung di Muzium Negara pada 28 Jun pukul 9 pagi.

Artis muda dan popular kurang kesedaran?Pada majlis yang dihadiri oleh lebih 1,200 hadirin itu, menyaksikan para pelakon senior, para penggiat seni serta para karyawan hadir memeriahkan majlis tersebut.

Antara artis senior yang hadir termasuklah Mariani, Hasyimah Yon, Aspalela Abdullah, Wahid Satay, Datuk Aziz Satar, Tan Sri Jins Shamsuddin, S. Samsuddin, Datuk Yusni Hamid, Datuk Maria Menado, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Seri Tiara Jacquelina dan Fauziah Nawi.

Bagaimanapun, kelibat artis muda dan baru agak kurang kelihatan. Antara artis muda yang hadir termasuklah Noraniza Idris, Imuda, Farid Kamil, Noniswara, Ahmad Idham, Norman KRU dan Iqwal.

Persoalannya, mengapakah sambutan yang dilihat sebagai mengiktiraf golongan seni seperti itu agak suram dan seakan-akan dipinggirkan oleh barisan artis muda dan popular?

Mungkinkah perkataan ‘seniman’ itu sendiri bagi mereka lebih sinonim atau merujuk kepada barisan para artis senior semata-mata? Tepuk dada tanyalah selera.

Ketika diminta mengulas tentang ketidakhadiran para artis muda dan popular, kata Datuk Musthapha Maarof: “Pada saya mereka yang tidak dapat datang itu anggap sahaja mungkin sebab mereka sibuk dengan kerja. Kalau mereka ada rasa sedikit tanggungjawab, pasti mereka akan hadir sebab Perdana Menteri pun boleh datang.

“Kita tidak rasa kecewa, ini adalah sambutan untuk semua insan seni bukan tertumpu kepada mana-mana individu. Apa yang berlaku hari ini cukup memberi kesedaran kepada kita,” kata beliau mengakhiri perbualan.

Powered by Utusan Malaysia

Karim Kini Boleh Cam Warna

23 May

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

JIKA sebelum ini hanya sinaran putih menghiasi pemandangannya, namun selepas menjalani pembedahan ulser mata tahun lalu keadaan pelakon veteran, Karim Latiff, 74, semakin pulih.

Ketika dikunjungi Harian Metro di kediamannya di Taman Al-Ridwan, Ukay Perdana, Hulu Klang, baru-baru ini, Karim kelihatan sihat. Bahkan dia meluahkan kesyukuran apabila mata sebelah kiri sudah boleh melihat dan mengecam warna.

“Walaupun penglihatan tidak begitu jelas dan hanya dapat melihat dari jarak dekat tetapi saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya masih boleh membezakan warna dan mengecam wajah anak serta cucu.

“Sebelum pembedahan dilakukan, keadaannya lebih teruk apabila saya tidak nampak langsung melainkan hanya cahaya putih. Boleh diibaratkan keadaan saya seperti orang buta.

“Namun, Alhamdulillah sekarang ini berkat doa dan usaha menjalani rawatan serta disiplin mengambil ubat-ubatan hospital dan kampung setiap hari, keadaan mata saya semakin baik berbanding dulu.

“Bagaimanapun, saya reda dengan ketentuan Tuhan dan menganggap ini bahagian saya di dunia mungkin dugaan atas kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak,” katanya.

Derita penyakit ulser mata itu ditanggungnya sejak 80-an dan menjadi serius sejak beberapa tahun lalu berikutan kesan luka dan bernanah akibat dijangkiti kuman sehingga mendesaknya melakukan pembedahan.

Penyakit berpunca daripada kencing manis itu menyebabkan Karim terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalankan pemeriksaan serta rawatan susulan di Unit Oftamologi (Mata).

“Begitulah kehidupan saya setiap bulan, kerap berulang-alik ke hospital. Mujurlah, saya mempunyai anak yang bertanggungjawab dan muafakat dalam segala hal.

“Memandangkan saya sudah lama tidak boleh memandu, mereka akan bergilir-gilir menghantar saya sampaikan ada yang sanggup ambil cuti,” katanya.

Hasil perkongsian hidup bersama isteri tercinta, Asma Hussain, 62, sejak 39 tahun lalu, pasangan ini dikurniakan lima anak iaitu Izuddin Nizam, 36, Izmer, 35, Nor Iznita, 30, dan Izhar, 29.

Namun, tidak seorang pun daripada mereka menurut jejak langkah Karim sebagai pelakon melainkan anak bongsunya, Izhar yang terbabit dengan kerja di belakang tabir.

Sekian lama berehat dari dunia lakonan, April tahun lalu Karim membintangi drama Teratak Kasih Marhanis terbitan Pena Creative yang turut menampilkan pelakon veteran seperti Datuk Aziz Satar, S Shamsudin, Mariani, Yahya Sulong dan Allahyarham Yusni Jaafar.

Ditanya apakah selepas ini dia berhasrat untuk aktif semula berikutan keadaannya yang semakin pulih, Karim berkata, dia tidak begitu terdesak untuk melakukannya.

“Bukan sombong apabila menolak tawaran. Cuma saya terkilan kerana sikap pengarah dan penerbit yang suka mengambil kesempatan apabila meletakkan nilai artis veteran terlalu rendah.

“Saya tidak akan melakukan sesuatu yang tidak setimpal dengan keringat yang dikeluarkan.

Seperkara lagi, mungkin saya tidak popular ekoran sejak dulu lagi tidak mesra media lalu menyebabkan pengarah generasi sekarang tidak mengenali saya.

“Barangkali juga, karakter saya yang agak garang membuatkan ramai takut untuk bekerja dengan saya. Meskipun, terbit perasaan ingin tetapi saya tidak kecewa kerana puas dengan apa yang pernah dilakukan dulu,” katanya.

Mengimbas pembabitannya dalam bidang seni, bermula ketika berusia 18 tahun, selepas jelak melakukan pelbagai pekerjaan dia memutuskan untuk mencari pekerjaan tetap.

“Namun, khabar angin mengenai AR Tompel (arwah) sedang mencari pelakon paling menarik perhatian saya. Lalu, saya memberanikan diri mengikuti uji bakat itu tetapi memaklumkan kepada arwah saya mahu menjadi penyanyi bukan pelakon.

“Selepas diuji bakat, dia menawarkan saya menyertai Sandiwara Kencana sebagai penyanyi. Bertitik-tolak dari situ sedikit demi sedikit saya mula belajar berlakon.

“Dua tahun kemudian pada 1956, saya menganggotai pula kumpulan Suria Booty Negara.

Malah ketika berada di Singapura, saya juga terbabit dengan sebuah lagi kumpulan yang dinamakan Bangsawan Di Udara dan kami menjelajah di seluruh negeri membuat persembahan.

“Pada masa yang sama, saya berjinak-jinak dalam dunia perfileman sebagai pelakon tambahan antaranya filem Samseng, Sumpah Pontianak dan Selendang Delima,” katanya.

Dilahirkan di Klang pada 8 Februari 1936, Karim pernah membintangi sandiwara dan teater bangsawan bersama beberapa seniwati dan seniman terkenal antaranya Raja Hamidah, Latifah Omar dan Ahmad Nisfu.

Namun, pengalaman paling tidak dapat dilupakan tentunya terpilih membintangi karya seniman agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Sekalipun, kebanyakan watak diberikan adalah samseng namun peluang menjadi sebahagian daripada filem Keluarga 69, Ahmad Albab dan Anak Bapak sesuatu yang tidak mungkin dilupakan.

“Arwah (P Ramlee) adalah sebaik-baik manusia. Dia berkarya bukan kerana wang sebaliknya lebih mementingkan kerja seninya dan disebabkan itulah sampai sekarang karya beliau tiada galang gantinya.

“Dia insan yang paling pemurah pernah saya temui kerana suka membantu orang dalam kesusahan. Jika ada yang meminjam wang daripadanya, dia akan halalkan dunia akhirat sejurus mereka meninggalkan rumahnya.

“Sebagai rakan rapat saya kecewa apabila mendengar pelbagai tohmahan dilemparkan kepada arwah kerana setahu saya arwah tidak pernah dengki dengan sesiapapun. Sebaliknya orang lain sentiasa tidak menyenangi kejayaan beliau,” katanya.

Rancak menceritakan pengalaman lakonannya, Karim menceburi lakonan drama pada 1964 menerusi siri Keluarga Tompel yang pernah menjadi fenomena tidak lama dulu.

Malah, pada 1968 pelakon dikenali watak antagonis ini bersama Datin Rosnani Jamil, Kemat Hassan dan Ghazali Sumatri bergandingan dalam drama aksi pertama, Shintaro.

Pengalaman dan kebolehan beliau dalam pementasan juga menarik perhatian Kementerian Penerangan lalu ditawarkan bekerja sebagai Pengarah Lakon Pentarama.

Sepanjang bertugas dari 1978 hingga 1989, Karim dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1982 oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Ahmad Shah.

Powered by Harian Metro