Archive | Bipasha Basu RSS feed for this section

Bipasha Belajar Tarian Gelek

10 Apr


Bipasha dalami tarian gelek untuk kepuasan peribadi.

Aktres Bollywood ambil cuti sebulan untuk penuhi impian sejak kecil

MUMBAI: Aktres seksi Bollywood, Bipasha Basu, mengambil cuti selama sebulan daripada industri yang menaikkan namanya untuk memenuhi salah satu impian sejak sekian lama – belajar menari gelek.

“Satu kebetulan peluang bercuti datang apabila jadual memulakan penggambaran filem Lamhaa ditangguhkan selama sebulan kepada 20 April ini. Saya menggunakan sepenuhnya masa terluang ini untuk sesuatu yang saya mahukan sejak sekian lama. Belajar menari gelek.

“Ia bukan untuk menjayakan watak dalam filem. Ia sesuatu yang hendak saya pelajari sejak lama. Saya mahu tenggelam dalam skil tarian ini yang tidak terlalu menekan lutut saya kerana ia tidak begitu baik. Jadi, tarian seperti Salsa bukan pilihan,” katanya.

Beliau juga menegaskan keinginannya mempelajari tarian gelek bukan untuk membuat persembahan peribadi dengan kekasihnya, aktor John Abraham.

“Saya belajar tarian gelek untuk diri sendiri kerana saya cintakan bidang tarian. Sudah tentu saya mahu mempersembahkan tarian gelek di layar perak dan jika kena dengan peranan saya, mengapa tidak,” kata pelakon berkulit hitam manis itu.

Selain memenuhi impian belajar menari gelek, bintang Race itu turut menggunakan masa cuti tidak dijangka selama sebulan itu untuk mengasah kemampuan berenang dan memandu.

“Belajar berenang bukan untuk suka-suka kerana ia adalah bentuk senaman yang baik dan belajar memandu pula untuk membuktikan John salah mengenai pemandu wanita.

“Hari keempat belajar memandu, saya sudah boleh memandu lurus ke kiri dan kanan tetapi belum pandai berundur. Kini, saya kelihatan yakin apabila memandu. Dalam kebanyakan filem, saya ditunjukkan memandu tetapi saya sebenarnya tidak pandai memandu,” katanya.

Bipasha berkata, dia belajar memandu sebagai usaha memperkasakan diri sendiri serta tidak mahu bergantung kepada orang lain membawanya ke mana-mana.

“Saya juga ingin membuktikan kepada John pemandu wanita juga hebat. Selama ini, dia asyik membebel dengan pemandu wanita yang dirasakan tidak boleh memandu dengan baik. Saya beri amaran dia perlu menelan semua kata-katanya pada hari saya belajar memandu,” kata pelakon itu. – Agensi

Berita Harian

Advertisements

John, Malaika No. 1

17 Mar


MALAIKA ARORA-KHAN

BOLLYWOOD dipenuhi aktor dan aktres kacak yang sekali gus memiliki bentuk tubuh yang seksi. Namun, dalam ramai pelakon yang seksi itu, siapakah agaknya yang memiliki punggung paling seksi?

Menerusi satu undian membabitkan 1,000 responden wanita baru-baru ini, bintang Bollywood yang mengepalai gelaran tersebut ialah John Abraham dan Malaika Arora-Khan. John yang muncul memakai seluar mandi berwarna kuning menerusi filem Dostana meraih undian sebanyak 55 peratus mengalahkan saingan terdekatnya, Ranbir Kapoor yang hanya meraih undian 17 peratus untuk berada di tempat kedua. Tempat ketiga disandang Hrithik Roshan dengan 13 peratus undian, sementara tempat kelima hingga keenam masing-masing diraih Saif Ali Khan (7 peratus), Akshay Kumar (6 peratus) dan Salman Khan (2 peratus). Undian paling rendah yang diraih Salman mungkin sebagai isyarat kepada aktor yang sering menanggalkan baju itu supaya dia mengubah strategi dengan lebih kerap muncul dengan menanggalkan seluar pula.

Persaingan di kalangan aktres Bollywood pula lebih sengit, namun menduduki takhta pertama ialah Malaika Arora-Khan yang berjaya mengumpul 25 peratus undian, mengalahkan Shilpa yang meraih 23 peratus undian. Lara Dutta dan Bipasha Basu pula berkongsi kedudukan tempat ketiga dengan masing-masing meraih 19 peratus undian. Katrina Kaif pula di tempat keempat dengan 12.5 peratus, sementara Deepika Padukone di tempat keenam dengan hanya 1.5 peratus undian.

Mengulas ‘kemenangan’nya itu, Malaika yang penuh teruja berkata: “Wow! Apa yang boleh saya cakap. Terima kasih kerana mengundi saya.” Dalam pada itu, ketika ditanya siapakah selebriti yang pada pandangannya memiliki punggung tercantik di dunia, Malaika menegaskan: “Sudah tentulah Jennifer Lopez dan Kylie Minogue!”

John Abraham turut berterima kasih dengan pengundi yang memilihnya. “Terima kasih kepada semua wanita yang mengundi saya. Saya mencintai kamu semua,” ujarnya.

Kosmo

Bollywood Returns To Kashmir As Violence Falls

22 Feb

SRINAGAR, India: It had all the hustle and bustle of a typical Bollywood movie set but with one big difference — the flick was being made in Indian Kashmir, usually more in the news for shoot-outs than for film shoots.

For onlookers, the rolling cameras were another sign violence is declining in Muslim-majority Kashmir, beset by a deadly separatist revolt since 1989.

The film, “Lamhaa”, or “Moment”, has top Bollywood box office draws Sanjay Dutt and Bipasha Basu playing lead roles.

“Kashmir is a paradise on earth. It’s wonderful to be here,” said Dutt, 49, after a scene on a bridge over the fast-flowing Jehlum river, the site of many clashes between soldiers and Islamist rebels.

“I’ve a special emotional attachment to the land and the people here as my father and mother both shot films in Kashmir,” said Dutt, whose parents were Bollywood legends.

Before the revolt erupted, the picturesque Kashmir valley was often used by directors to shoot song-and dance-sequences against the backdrop of the shimmering Dal lake in the summer capital Srinagar.

But as the insurgency gained momentum, film-makers shunned the region for security reasons, fearing attacks by militants.

They turned to the Alps in Switzerland as a substitute romantic backdrop for the frothy musical numbers that are staple of the Hindi-language movie industry.

However, violence has declined sharply since nuclear-armed India and Pakistan began a slow-moving peace process in January 2004 to settle their conflicting claims to the region.

The talks were put on hold after the Mumbai attacks, which killed 165 people and which New Delhi blamed on Pakistan-based Islamic militants but violence has remained low in Kashmir.

In 2007, tourist officials launched a campaign appealing to film-makers to head to the valley, promising heavily-armed escorts and access to any site.

There have been a few small-budget Bollywood movies shot here since, but “Lamhaa” is the first featuring top actors.

“The place is beautiful. The people are beautiful. So anyone who wants to make films in Kashmir should go for it,” said director Rahul Dholakia, who declined to reveal details of the movie’s plot.

“Our policy of promoting Kashmir seems to be working,” said the region’s tourism chief Farooq Shah.

“As peace is fast returning, we hope more producers will return to their favourite haunts in Kashmir,” he said.

And Shah said he hoped if Bollywood film-makers come back to Kashmir, tourists will follow.

The number of visitors to Kashmir — once known as the Switzerland of the East because of its snow-capped mountain vistas — plunged after the outbreak of the revolt.

“I hope that where actors go, tourists will follow,” Shah said.

The return of film crews was greeted with enthusiasm by war-weary Kashmiris.

Young people came in droves to watch the crew scurry in different directions to erect sets.

“It’s great to see the movie-makers back. This kind of ‘peaceful shooting’ will send a very positive signal to the outside world and boost tourism,” said tourist houseboat owner Habib Ullah.

– AFP/yt

Channel News Asia

Kareena Selebriti Paling Popular 2008

30 Dec


KAREENA meraih 40 peratus sokongan dalam tinjauan selebriti paling popular di India.

Ungguli senarai aktres pujaan Bollywood

MUMBAI: Aktres terkenal Bollywood, Kareena Kapoor, menduduki senarai teratas tinjauan selebriti paling popular di India diikuti Katrina Kaif, Priyanka Chopra, Deepike Padukone dan Bipasha Basu, menurut laporan, kelmarin.

Dalam tinjauan itu, Kareena meraih 40 peratus sokongan diikuti Katrina (38 peratus), Priyanka (10 peratus), Deepike (tujuh peratus) dan Bipasha (lima peratus), lapor akhbar.

Kareena yang mendapat tumpuan ketika ini kerana tinggal sebumbung dengan aktor Saif Ali Khan, dianggap layak berada di singgahsana paling popular selepas filemnya Jab We Met bersama Shahid Kapoor dan arahan Imtiaz Ali mendapat sambutan hangat.

Popularitinya dijangka meningkat apabila filem Kambakkht Ishq disiarkan turut dibintangi Akshay Kumar serta aktor terkenal Hollywood, Sylvester Stallone, Brandon Routh dan Denise Richards.

Katrina Kaif pula mencuri tumpuan menerusi filem Yuvvraaj, walaupun ia tidak meletup dari segi kutipan tiket. Sekurang-kurangnya, beliau berganding dengan teman lelakinya, Salman Khan buat kali pertama.

Katrina juga diundi sebagai wanita Asia paling seksi pada 2008 serta nama paling kerap dicari dalam senarai Zeitgeist oleh Google.

Priyanka pula tidak memulakan 2008 dengan baik apabila filem lakonannya, Love Story 2050, Chamku, God Tussi Great Ho dan Drona mendapat sambutan dingin.

Tetapi, beliau kembali menyinar dalam filem Fashion arahan Madhur Bhandarkar dan semakin hangat menerusi filem arahan Karan Johar, Dostana selepas beraksi seksi memakai bikini.

Sementara itu, Deepike menyaksikan reputasinya melonjak selepas filem kedua, Bachna Ae Haseeno mendapat sambutan. – Agensi

Berita Harian

Bipasha Mangsa Serangan Pengganas

29 Dec


TRAGEDI serangan pengganas terhadap Mumbai yang telah mengorbankan 172 nyawa.

BIPASHA BASU merupakan salah seorang mangsa serangan pengganas yang menyerang Mumbai pada 26 November lepas, namun dia memilih untuk mendiamkan diri dan baru kini mahu berbicara mengenainya. Kenapa?

“Saya berasa tidak selamat dan agak fobia, sebab itulah saya mendiamkan diri dan baru sekarang ini mahu membicarakan mengenainya,” akui aktres jelita ini kepada agensi berita India, IANS.

Menurutnya, ketika tragedi tersebut berlaku, dia dalam perjalanan pulang dari syarikat Film City apabila kenderaan yang dinaikinya terperangkap dalam salah satu daripada kawasan yang diserang pengganas di Mumbai.

“Kejadian yang saya alami itu berlaku di Vile Parle ketika kenderaan yang saya naiki sedang melaluinya.

“Saya dan pembantu saya melihat keadaan di sekitar yang hingar-bingar dan kami yang berada di dalam kereta memikirkan apakah yang harus kami lakukan, sama ada meneruskan perjalanan kami atau berundur,” cerita Bipasha.

Menyambung bicara, katanya, dia kemudian mengarahkan pemandu kenderaannya itu memecut di tengah-tengah jalan raya tersebut selaju mungkin.

Hampir sebulan selepas tragedi 26/11 itu, Bipasha kini tampil untuk menawarkan apa juga bentuk bantuan yang boleh dilakukannya kepada masyarakat Mumbai.

“Saya antara mangsa yang berasa sangat fobia dengan tragedi serangan pengganas terhadap Mumbai. Saya tidak pernah membuat kenyataan umum sehinggalah sekarang. Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menghapuskan kenangan yang amat pahit itu dari bumi Mumbai,” ucapnya.

Tambah Bipasha, dia gembira melihat semangat penduduk Mumbai dalam mengembalikan semula keadaan di bandar raya itu supaya pulih sepertimana sebelum tragedi serangan tersebut.

“Saya ingat semangat untuk memulihkan semula Mumbai seperti sediakala akan terpadam selepas beberapa hari, tetapi nampaknya ia berterusan.

“Pihak media juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menjana semangat ini. Sungguh! Saya ingatkan semangat untuk memgembalikan keamanan di Mumbai tidak akan kekal sehingga ke hari ini, sebab itu saya mengambil sikap berdiam diri sebelum ini,” akuinya.

Menurutnya lagi, “Memanglah ekonomi di India sekarang ini maju dan industri juga berkembang baik, tetapi apakah faedahnya kalau keselamatan di Mumbai tidak terjamin?”

Malah, dia melahirkan rasa malu apabila mengetahui fakta hanya seramai 10 pengganas mampu melakukan serangan yang mengorbankan beratus-ratus nyawa yang tidak berdosa itu dalam tempoh 24 jam.

“Apa yang berlaku di Mumbai sangat memalukan negara India. Saya mula menghadiri majlis sosial saya yang pertama (sejak tragedi 26/11) pada minggu ini. Hidup perlu diteruskan. Apa yang penting ialah kita tidak melupakan pengajaran daripada tragedi 26/11,” tegasnya.

Kosmo

Bipasha Basu Bosan Dengan Imej Seksi

6 Nov

MUMBAI – Aktres terkenal Bollywood, Bipasha Basu (gambar) menyatakan dia berusaha keras untuk menonjolkan bakat lakonannya selepas bosan kerana sering dikaitkan dengan imej yang seksi, lapor sebuah akhbar semalam.

“Saya bosan kerana peminat-peminat menilai dan mengaitkan segala watak lakonan saya dengan imej yang menggoda,” katanya.

“Sekiranya saya melakonkan watak seorang guru, saya akan dilabel guru yang seksi dan saya juga menjadi polis yang seksi serta suri rumah yang seksi.

“Saya sudah bosan dengan perkara itu, tetapi imej itu tetap melekat pada diri saya tidak kira apa yang saya lakukan,” jelasnya.

“Saya akan muncul dengan filem terbaru berjudul Pankh di mana saya akan melakonkan watak seorang gadis pelik yang bercita-cita tinggi dan saya juga akan muncul dalam sebuah filem cinta, ShabCharitro Kalpanik.

Menurutnya, ShabCharitro Kalpanik mengisahkan seorang balu yang berhubung dengan mendiang suaminya melalui sastera.

“Saya juga akan berlakon dalam filem romantik seram bertajuk Freeze dan saya berharap para peminat akan memberi penilaian berlainan terhadap lakonan saya dalam filem-filem tersebut,” katanya. – Agensi

Kosmo

Bipasha Muncul Imej Seksi

28 Sep

WALAUPUN bersaing kecantikan dirinya bersama Deepika Padukone dan Minissha Lamba di dalam filem terbarunya Bachna Ae Haseeno, Bipasha Basu tetap paling menyerlah antara mereka berdua. Lebih-lebih lagi dia telah menjadi bualan mengenai hubungannya bersama aktor muda Ranbir Kapoor.

Kini, Bipashu akan muncul di dalam filem terbarunya di bawah produksi seni White Feather Now yang berjudul Pankh yang menampilkan Bipashu sebagai seorang watak animasi yang seksi. Wataknya muncul sebagai dalam khayalan seorang protagonis bernama Jerry yang dilakonkan oleh Maradona Rebello. Jelas sekali kelihatan Bipashu begitu seksi dengan tata rias rambutnya yang jelita.

Begitu juga dengan watak bong yang menggoda di dalam sebuah filem yang diarahkan oleh Sudipto Chattopadhyava. Penampilan watak Bipashu di dalam filem Pankh ini telah direka gaya oleh Rocky S dan Gavin Miguel. Semoga dengan perkembangan ini, bintang lakonan Bipashu akan lebih menyerlah kelak.

Utusan Malaysia