Archive | Brad Pitt RSS feed for this section

Jolie Tampar Muka Pitt

19 Mar


BRAD PITT dan Angelina Jolie dirakam ketika tiba pada majlis Anugerah Oscar di Los Angeles bulan lalu.

LOS ANGELES – Selebriti terkenal, Angelina Jolis didakwa menampar kekasihnya, Brad Pitt setelah mereka terbabit dalam satu pertengkaran hangat, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut satu sumber, kejadian yang berlaku beberapa hari selepas majlis Anugerah Oscar pada bulan lalu itu berpunca daripada sikap cemburu buta Jolie.

Jolie didakwa ternampak Pitt mengusap-usap bahu seorang pengasuh wanita ketika mereka berada di dalam bilik anak kembarnya.

Pitt menyatakan dia hanya berniat untuk menenangkan pekerja itu setelah wanita itu jatuh sakit tetapi penjelasannya tidak diterima manakala pengasuh tersebut dipecat serta merta.

“Jolie menjerit sekuat hati dan menghalau pengasuh itu keluar buat selama-lamanya. Pertengkaran tersebut menyebabkan dua bayi kembar mereka terkejut lalu menangis,” kata sumber.

Kerana terlalu marah dengan sikap Jolie, Pitt bertindak keluar rumah untuk menunggang motosikal berkuasa besarnya selama sejam.

Jurucakap pasangan itu masih belum memberi kenyataan mengenai laporan tersebut.

Pasangan yang jatuh cinta ketika rakaman filem Mr & Mrs Smith itu mempunyai enam anak iaitu Maddox, 7, Pax, 5, Zahara, 4, Shiloh, 2, dan kembar Knox serta Vivienne, 8 bulan. – Agensi

Kosmo

Mahu Jadi Anak Angkat Jolie

27 Feb

BINTANG remaja sensasi, Miley Cyrus mahu Angelina Jolie mengambilnya sebagai anak angkat. Dia yang berusia 17 tahun mengakui peminat setia Angelina yang kini sudah mempunyai tiga orang anak angkat, selain tiga anak kandung.

Justeru Miley berharap Angelina akan membuka pintu rumah kepada dirinya.

“Dia amat cantik. Saya harap dia boleh mengambil saya sebagai anak angkat!” ujar Miley.

Angelina dan pasangannya, Brad Pitt membesarkan enam anak bersama – Maddox, 7, Pax, 5, Zahara, 4, dan tiga orang anak kandung mereka, Shiloh, 2 serta pasangan kembar berusia tujuh bulan, Knox dan Vivienne.

Dalam pada itu, Miley yang popular menerusi siri Hannah Montana itu juga mengaku bahawa dia berasa kecewa kerana tidak berpeluang untuk bertemu Angelina pada acara karpet merah Oscar, Ahad lalu.

Katanya: “Saya ingin sangat bertemu dengan Angelina tetapi tidak berpeluang bersua dengannya.”

Kosmo

Lakonan 3 Terbaik

24 Feb

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

BINTANG yang mencipta nama melalui filem Titanic, Kate Winslet, 33, sekali lagi menepati ramalan apabila berjaya meraih anugerah Aktres Terbaik di Anugerah Academy ke-81 yang berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles, semalam.

Mempertaruhkan lakonan cemerlangnya menerusi filem The Reader, Kate sebelum ini pernah melakar kejayaan dalam kategori sama menerusi filem Revolutionary Road, melalui Anugerah Golden Globe ke-66 dan Bafta yang turut dianjurkan baru-baru ini.

Kejayaan Kate itu sekali gus mengetepikan calon finalis hebat lain iaitu Anne Hathaway (Rachel Getting Married), Angelina Jolie (Changeling) dan Melissa Leo (Frozen River). termasuk Meryl Streep yang mempersembahkan lakonan cukup berkesan menerusi filem Doubt.

Kehadiran Meryl dianggap pencabar terdekat Kate memandangkan keberkesanan pelakon ‘senior’ yang pernah dicalonkan dalam Anugerah Academy sebanyak 15 kali.

Kate menerima trofi kemenangannya yang disampaikan lima daripada 80 pemenang Aktres Terbaik Anugerah Academy antaranya Sophia Loren, Nicole Kidman, Shirley MacKaine, Marion Cotillard dan Halle Berry.

Bagi kategori lelaki, bintang utama filem romantik cinta epik The Curious Case Of Benjamin Button, Brad Pitt yang disebut-sebut mempunyai peluang cerah untuk membawa pulang trofi Aktor Terbaik terpaksa akur dengan keputusan juri yang berpihak kepada aktor versatil, Sean Penn.

Bekas suami kepada penghibur antarabangsa, Madonna, yang dikenali sebagai pelakon berkarakter itu memberi persembahan cemerlang menerusi filem Milk sebagai pejuang politik yang mempunyai kecenderungan dalam hubungan sejenis.

Selain Brad Pitt, Sean Penn berjaya mengetepikan Richard Jenkins yang membintangi The Visitor, Frank Langella (Frost/Nixon) dan Mickey Rourke (The Wrestler).

Anugerah berprestij yang dihoskan buat pertama kali oleh pelakon kelahiran Australia, Hugh Jackman, sudah pasti menjadi malam paling bermakna buat pengarah Slumdog Millionaire iaitu Danny Boyle yang dipilih sebagai Pengarah Terbaik serta seisi pelakon dan tenaga produksi yang terbabit.

Filem bajet rendah yang menerima 10 pencalonan itu merangkul lapan anugerah dan diiktiraf sebagai Filem Terbaik.

Ini termasuk tujuh lagi anugerah iaitu Skor Muzik Terbaik, Lagu Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Sinematografi Terbaik, Skrip Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Adunan Bunyi.

Filem mengisahkan seorang budak lelaki yatim piatu di Mumbai yang membesar dengan penuh kepayahan namun, kehidupannya berubah selepas memenangi program gameshow Who Wants To Be A Millionaire versi India, sebelum ini pernah memenangi 11 anugerah peringkat antarabangsa.

Tujuh daripadanya, termasuk Filem Terbaik digondol menerusi British Academy Film Awards (Bafta). Manakala Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Skor Muzik Terbaik diperoleh ketika menyertai Anugerah Golden Globe ke-66.

Sementara itu, filem The Curious Case Of Benjamin Button arahan David Fincher yang mendapat 13 pencalonan sekadar meraih tiga anugerah, Kesan Visual Terbaik, Pengarah Seni dan Mekap Terbaik.

Majlis dilimpahi kilauan cahaya dan diadakan dalam suasana cukup meriah dan berprestij itu, bagaimanapun bertukar menjadi sayu tatkala ibu, bapa dan adik kepada mendiang, Heath Ledger, naik ke pentas.

Bagi menerima trofi Aktor Pembantu Terbaik yang dimenangi pelakon muda berbakat itu menerusi filem Batman-The Dark Knight.

Kemenangannya itu, memahatkan sejarah menjadi aktor kedua selepas Peter Finch yang menerima Oscar untuk filem Network pada 1976 selepas kematiannya.

Pelakon dan model jelita kelahiran Sepanyol, Penelope Cruz mengungguli kategori Aktres Pembantu Terbaik.

Penghormatan turut diberikan kepada pelakon, pengarah, penulis dan penerbit, Jerry Lewis yang diperkenalkan menerusi siri My Friend Irma pada 1949 apabila menerima anugerah khas ‘The Jean Hersholt Humanitarian’.

Pemberian trofi ini dinilai berdasarkan kejayaan peribadi dan sumbangan pelakon atau penggiat seni kepada masyarakat.

Jerry Lewis yang turut dikenali sebagai pelakon komedi cukup aktif dalam -persatuan kebajikan dan kemanusiaan khususnya membabitkan kanak-kanak.

Atur cara malam itu dihangatkan lagi dengan persembahan Beyonce Knowles, John Legend dan Queen Latifah.

KEPUTUSAN ANUGERAH ACADEMY KE-81

1. Filem Terbaik – Slumdog Millionaire

2. Pengarah Terbaik – Danny Boyle (Slumdog Millionaire)

3. Aktor Terbaik – Sean Penn (Milk)

4. Aktres Terbaik – Kate Winslet (The Reader)

5. Aktor Pembantu – Heath Ledger (The Dark Knight)

6. Aktres Pembantu – Penelope Cruz (Vicky Cristina Barcelona)

7. Filem Luar Terbaik – Departures (Jepun)

8. Filem Animasi Terbaik – WALL-E

9. Lakon Layar Adaptasi – Simon Beaufoy – Slumdog Millionaire

10. Lakon Layar Asal Terbaik – Dustin Lance Black (Milk)

11. Pengarahan Seni – The Curious Case of Benjamin Button

12. Sinematografi – Slumdog Millionaire

14. Suntingan Bunyi – Slumdog Millionaire

15. Suntingan Terbaik – Slumdog Millionaire.”

16. Skor Asal Terbaik – A R Rahman (Slumdog Millionaire)

17. Lagu Asal Terbaik – Jai Ho (A.R. Rahman dan Gulzar/Slumdog Millionaire)

18. Mekap Terbaik – The Curious Case of Benjamin Button

Harian Metro

Gaya Di Karpet Merah

24 Feb

Rap
KEMUNCAK Anugerah Academy ke-81 yang berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles semalam, bukan saja mendebarkan untuk mengetahui siapa dinobatkan menerima anugerah paling prestij di Hollywood malah menjadi medan bintang popular bergaya hebat dengan pakaian tajaan pereka terkenal.

Mereka yang dicalonkan untuk Aktres dan Aktor Terbaik memilih gaya klasik Hollywood tetapi ramai juga berani bermain dengan warna garang seperti merah dan hijau.

Angelina Jolie yang dicalonkan Aktres Terbaik melalui filem Changeling dan pasangannya, Brad Pitt Aktor Terbaik untuk The Curious Case Of Benjamin Buttons, menjadi tumpuan dengan gaya klasik dan retro. Angelina memilih gaun mendedahkan bahu daripada Elie Saab dilengkapi aksesori subang hijau manakala Pitt dengan bow hitam.

Sean Penn, Aktor Terbaik melalui Milk, segak dengan rekaan Giorgio Armani sepadan dengan isteri, Robin Wright Penn. Turut memilih hitam, Vanessa Hudgens dengan gaun Marchesa, Kate Winslet gaun gelap dan modan rekaan Stefano Pilati (Atelier Yves Saint Laurent) dan Beyonce bersulam emas menampakkan bentuk badannya.

Gaya Kate mendapat pujian pakar fesyen, Mary Alice Stephenson yang menyifatkan penampilannya sempurna tetapi tidak menyukai penampilan Angelina. Katanya, dia berharap Angelina melangkah permaidani merah dengan penampilan mengejutkan berbeza daripada kebiasaannya dengan hitam.

Antara yang memilih warna ceria dan lembut ialah Anne Hathaway dengan gaun Armani Prive warna champagne, Rachel Wood putih gading rekaan Saab, Jessica Biel gaun satin putih Prada, Sarah Jessica Parker hijau muda Dior Couture manakala model Heidi Klum memilih merah.

Penelope Cruz pula memilih gaun putih gaya 50-an rekaan Balmain, Miley Cyrus juga memilih gaun putih dihiasi manik rekaan Zuhair Murad, Marisa Tomei gaun Versace, Freida Pinto gaun biru John Galliano, manakala Queen Latifah, biru tua rekaan Georges Chakra.

Harian Metro

'Benjamin Button' A Big Oscar Loser In The Making?

19 Feb

LOS ANGELES : With 13 nominations, “The Curious Case of Benjamin Button” looks set to win big at Sunday’s Academy Awards. But if pre-Oscar indicators are anything to go by, “Benjamin Button” could emerge one of the biggest losers ever.

The critically acclaimed romance, starring Brad Pitt as a man who ages in reverse, is tied with eight past films for second-most nominations ever. It scored nods in most of the categories including best picture and best director, while Pitt is up for best actor and Taraji P Henson for best supporting actress.

However, “Benjamin Button” has not won major prizes other than three technical trophies at the British Academy Film Awards (BAFTAs). It was completely shut out at the Golden Globes and Screen Actors Guild Awards as India-set rags-to-riches drama “Slumdog Millionaire” trampled over it by dominating at both ceremonies and is most likely to do so again at the Oscars.

“Slumdog Millionaire” which scored 10 Academy Award nominations, is the hot favourite to win the Oscar for best picture and director for Danny Boyle.

It also defeated “Benjamin Button” for top honors from trade groups for cinematography and film editing, two of the seven total categories where both are competing at the Oscars. The historical pageant “The Duchess” beat “Benjamin Button” at the Costume Designers Guild Awards.

For the acting awards, oddsmakers place Sean Penn (“Milk”), Mickey Rourke (“The Wrestler”) and Frank Langella (“Frost/Nixon”) ahead of Pitt for the best actor award.

Similarly, Penelope Cruz (“Vicky Cristina Barcelona”) and Viola Davis (“Doubt”) has been placed ahead of Henson for the best supporting actress category.

“Benjamin Button” is a strong visual-effects competitor for the digital magic that went into the story of a man born old and aging backward. It has tough opposition, though, in superhero tales “The Dark Knight” and “Iron Man”. “The Dark Knight” is also up against “Benjamin Button” in five other technical categories.

If “Benjamin Button” does go home empty-handed, it will set a record for Oscar futility by a single film.

Of the 10 past films with 13 or more nominations, all won at least four Oscars. If “Benjamin Button” wound up being shut out, it would become the biggest loser ever, surpassing the zero-for-11 record by 1977’s “The Turning Point” and 1985’s “The Color Purple.” In 2002, “Gangs of New York” went zero-for-10.

– CNA/km/il

Channel News Asia

Filem: Masalah Ejen CIA

15 Feb

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

Rap
GABUNGAN beberapa nama besar seperti Brad Pitt, George Clooney, John Malkovich dan Tilda Swinton menjadi penarik untuk filem ini. Namun, Burn After Reading bukan karya aksi, sebaliknya pelakon popular ini diuji dengan watak komedi.

Jelas, Clooney dan Pitt tiada masalah dalam merealisasikan karya daripada sutaradara adik-beradik ini, Ethan dan Joel Coen. Clooney yang menggalas watak Harry Pfarrer – lelaki yang kuat berimaginasi mengenai seks dan pegawai di jabatan Harta Karun – menghiburkan penonton.

Malkovich yang memegang watak Osbourne Cox pula mempunyai daya tarikan tersendiri. Watak ejen CIA yang cuba mengelak pelbagai masalah akhirnya terpaksa akur apabila dipecat dari agensi berkenaan.

Menariknya, setiap pelakon ini berkait rapat antara satu sama lain. Contohnya watak Pfarrer yang mempunyai nafsu seks tinggi akhirnya menjalin hubungan bersama isteri Cox. Kemudian, Pfarrer menjalin cinta dengan Linda Litzke (lakonan Frances McDormand). Dalam masa sama, Linda berkawan pula dengan Chad Feldheimer (Pitt).

Pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling mereka mewujudkan elemen komedi bersahaja. Malah, lakonan mereka menghiburkan penonton.

Menyentuh soal sinematografi, adik-beradik Coen ini berjaya memaparkan sesuatu yang menarik. Malah, setiap penggambaran bersesuaian dengan mood babak yang ditampilkan.

Bagi penonton yang meminati lakonan Clooney dan Pitt, filem ini tidak menghampakan.

Data

FILEM: Burn After Reading

PENGARAH: Ethan Coen dan Joel Coen

PELAKON: Brad Pitt, Frances McDormand, George Clooney, John Malkovich dan Tilda Swinton

GENRE: Komedi / Thriller

TAYANGAN: 19 Februari 2009

Harian Metro

Will Smith 'Paling Berkuasa'

12 Feb

LOS ANGELES: Aktor Will Smith mendahului senarai bintang Hollywood paling berkuasa, menurut majalah Forbes, diikuti pelakon kacak, Johnny Depp dan Leonardo DiCaprio.

Data itu bukan sekadar berdasarkan kejayaan filem tetapi juga kemampuan bintang menarik jaminan kewangan dan pengagihan panggung wayang bagi satu projek, dan sama ada kehadiran mereka ‘mendorong kejayaan filem.’

“Will Smith adalah satu-satunya aktor yang memperoleh markah penuh 10 di kalangan pengundi industri dalam tinjauan Kewangan Bintang,” menurut majalah itu.

Filem lakonan bintang Men In Black itu mencatat kutipan AS$5.2 bilion (RM18.72 bilion) di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, lapan daripada filemnya berada di tempat pertama senarai filem pecah panggung.

“Beliau membuktikan lagi dan lagi, bahawa dalam dunia ini, tidak kira bentuknya, peminat mahu melihat Will Smith. Beliau pelakon serba boleh dan ia terbukti banyak kali,” kata pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Hyde Park Entertainment, Ashok Amritraj.

Depp menyusul di tempat kedua, banyak dibantu oleh lakonannya dalam trilogi Pirates of the Caribbean.

Di tempat keempat ialah aktres Angelina Jolie, satu tangga di depan pasangannya, Brad Pitt.

“Jolie mempunyai kemampuan berlakon dan pendedahan – kunci utama. Sebahagian rakan aktres lain dalam senarai ini mempunyai lebih banyak filem pecah panggung, tetapi buat masa ini, industri jelas mengiktiraf sejauh mana beliau bermakna kepada satu projek,” menurut majalah itu. – Agensi

Berita Harian