Archive | Cameron Diaz RSS feed for this section

Cameron Diaz Takut Pentas

19 Dec


CAMERON DIAZ

AKTRES jelita, Cameron Diaz enggan muncul dalam teater Shrek the Musical kerana bimbang untuk membuat persembahan di atas pentas.

Dia yang menyumbang suara untuk watak Princess Fiona dalam filem Shrek merupakan peminat filem ini tetapi tidak mahu terlibat dalam versi teaternya.

Bercakap pada malam pembukaan muzikal Shrek yang dipentaskan di Broadway, New York, Cameron memberitahu, “Apa yang mereka lakukan di atas sana adalah mustahil bagi saya.

“Ia amat menarik. Mereka melakukan tugas yang baik. Mereka bekerja keras dan semua itu mendatangkan hasil.”

Tambahnya, “Ia amat kelakar dan saya tidak berhenti ketawa. Seronok dapat melihat semua pelakon berada di atas pentas. Ini kerana semasa menjayakan filem animasi, kami tidak berjumpa dengan pelakon lain. Kami tidak bekerjasama.”

Kosmo

Cameron Takut Teater

16 Dec

Susunan Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

Rap
MENJADI trend teater muzikal diadaptasi daripada filem. Sebelum ini banyak filem Hollywood berjaya di pentas Broadway antaranya Aladdin, Cinderella, Beauty And The Beast dan High School Musical. Manakala kita juga berbangga dengan kemunculan teater seperti Puteri Gunung Ledang The Musical, P Ramlee The Musical dan Impak Maksima The Musical.

Berbeza dengan senario berlakon teater di Hollywood, bukan semua pelakon yang pernah menimba pengalaman dalam filem berani beraksi di pentas teater. Aktres jelita, Cameron Diaz mengakui tanggungjawab yang digalas sebagai pelakon teater begitu besar dan memerlukan persediaan diri secukupnya. Cameron, 36, yang pernah popular menerusi filem Shrek (2001) melakonkan watak Puteri Fiona, hanya muncul sebagai peminat ketika menyaksikan pementasan teater Shrek The Musical yang dipentaskan di New York baru-baru ini.

Katanya, dia adalah peminat setia filem animasi itu bagaimanapun tidak berhasrat untuk berlakon teater. Shrek yang turut dijayakan aktor Mike Myers bergandingan bersama Cameron untuk watak utama, mencipta kejayaan tersendiri hingga mempunyai dua sekuel dan terbaru, Cameron juga terbabit dalam penggambaran sekuel keempat, Shrek Goes Fourth yang akan ditayangkan pada 2010.

Biarpun filem ini berjaya di layar perak, Cameron sebaliknya memberi ruang pelakon lain iaitu Sutton Foster untuk mengambil alih tempatnya menerusi teater. Aktor Brian D’Arcy James pula melakonkan watak Shrek, karakter makhluk gergasi berwarna hijau yang hodoh dan tinggal dalam paya hingga bertemu jodoh dengan puteri jelita iaitu Fiona.

“Sudah tentu bukan saya yang harus melakonkan watak Puteri Fiona dalam teater. Selepas menonton teater ini, saya lihat mustahil untuk saya lakukan sebaik pelakon itu. Apa yang dipersembahkan cukup indah dan bukan mudah untuk berlakon di pentas teater.

“Pada saya, kesemua pelakon yang terbabit dalam teater ini bekerja keras untuk mencipta kejayaan sebagaimana yang pernah diraih dalam versi filem sebelum ini. Malah lakonan mereka juga melucukan hingga membuatkan semua penonton terhibur.

“Saya seronok melihat semua watak dalam filem Shrek bersama di atas pentas kerana menerusi filem, kami tidak berpeluang untuk bersua kerana kami tidak bekerja menyumbang suara dalam satu masa,” katanya.

Mengenai filem sekuel Shrek keempat, Cameron masih digandingkan dengan pelakon asal Myers, Eddie Murphy membawa watak keldai dan Antonio Banderas sebagai kucing bernama Puss In Boots. Untuk sekuel kali ini, kepercayaan diberikan pada pengarah Mike Mitchell.

Selain sekuel terbaru Shrek, Cameron bakal muncul dengan dua filem baru pada tahun depan, The Box dan My Sister’s Keeper. Sebelum ini, Cameron mula popular menerusi filem The Mask pada 1994 bergandingan bersama Jim Carrey. Lakonannya makin mendapat perhatian selepas itu menerusi The Last Supper, Feeling Minnesota, Head Above Water, My Best Friend’s Wedding (1997), Charlie’s Angels (2000) dan The Sweetest Thing (2002).

Harian Metro

No Singing Princess Fiona For Diaz

15 Dec

NEW YORK : Providing the voice for the animated Princess Fiona in the “Shrek” film franchise is the limit actress Cameron Diaz is willing to do.

When asked if she would consider portraying Fiona on stage, she rejected the suggestion although she raved that she is a big fan of “Shrek the Musical” during its Broadway opening on Sunday night.

“No. Absolutely not. What they do up there… is, to me, impossible. It’s wonderful, though. They’ve done such a great job. They worked really hard, and it really pays off.”

Playing Fiona in “Shrek the Musical” is Tony-winning actress Sutton Foster while actor Brian d’Arcy James portrays the titular smelly green ogre who lives in a swamp and falls in love with Fiona.

“It’s hilarious,” said Diaz, looking classic in a Bill Blass dress, black Dior coat and bright red lips. “There’s so many laughs… It’s great to see all the actors playing it together, because when we do it for the animated (films), we never see each other. We don’t work together.”

Diaz will be back for her voice role in the fourth instalment of the “Shrek” film, slated for release in 2010. Mike Myers and Eddie Murphy will return as Shrek and Donkey, respectively.

Other stars seen at Sunday’s performance included America Ferrera, Joan Rivers, Rosie Perez, Kathie Lee Gifford, Honda Kotb, Phylicia Rashad, Ben Stiller and his wife, actress Christine Taylor.

– CNA/jk

Channel News Asia

Kagum Lihat Patung 'Hidup'

11 Dec

Oleh Roslan Ibrahim
lann@nstp.com.my

MAHUKAH anda bergambar bersama selebriti terkemuka dunia seperti Nicole Kidman, Leonardo DiCaprio, Kate Moss, Kylie Minogue, Jenniger Lopez, Madonna, Angelina Jolie, Tom Cruise, George Clooney, Cameron Diaz dan Michael Jackson?

Atau bergambar bersama aktor James Bond, Daniel Crais yang meletup dalam filem terbarunya, Quantum of Solace?

Begitu juga bersama pemimpin dunia seperti Tony Blair, Nelson Mandela, Ronald Regan, Margaret Thatcher, Vladimir Putin atau jaguh sukan dunia seperti Muhammad Ali, Tiger Woods atau Pele.

Tidak ketinggalan wajah selebriti Bollywood seperti Salman Khan, Amitabh Bachan, Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai.

Inilah peluang seumur hidup atau hanya sekadar angan-angan kerana hakikatnya terlalu sukar untuk berbuat demikian.

Namun, fantasi itu mungkin menjadi realiti jika anda berkunjung ke Madame Tussauds di Marylebone Street, London.

Walaupun hanya patung, ada pasti terpegun melihat dengan mata sendiri wajah dan tubuh selebriti terkenal dunia itu.

Ketika berkunjung ke United Kingdom untuk membuat liputan Pusat Pengajian Melayu Universiti Limkokwing, London, saya berpeluang mengunjungi muzium itu.

Saya pernah mendengar mengenai muzium itu dan peluang mengunjunginya seperti bulan jatuh ke riba.

“Alamak, macam betul-betul hidup…,” bisik hati saya macam tidak percaya melihat selebriti seperti Angelina Jolie, Brad Pitt, Nicole Kidman dan Jennifer Lopez di hadapan mata.

Rakan saya, Pengarang Pendidikan Berita Harian, Zainor Said juga seperti tergamam melihat patung ‘hidup’ di Madame Tussauds itu.

Saya langsung tidak menghiraukan keadaan suhu yang mencecah empat darjah selsius kerana terlalu teruja melihat dan bergambar dengan selebriti terkemuka dunia itu walaupun kami hampir tiga jam di muzium itu.

Melihat aksi Muhammad Ali, saya teringat era kegemilangan legenda tinju dunia itu yang memang becok dan sering menimbulkan kontroversi.

Begitu juga aksi The Rock, ikon gusti dunia dengan gaya bersahaja.

Saya diberitahu bahawa saiz The Rock dan lain-lain selebiriti adalah ukuran sebenar yang diambil ketika membuat patung mereka.

Melihat aksi seksi Madonna atau Angelina Jolie bersama suaminya Brad Pitts dan Julia Roberts mengimbau kembali lakonan mereka dalam filem.

Puas di muzium Madame Tussauds, kami dibawa ke kelab bola sepak Chelsea, antara kelab terkemuka dunia yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun bukan pasukan pilihan saya dalam EPL, peluang mengunjungi kelab itu memberi saya pengalaman baru merasai suasana kehangatan bola sepak Inggeris.

Yang lucunya, ketika pemandu pelancong kelab berkenaan meminta kami mengangkat tangan jika penyokong Chelsea, saya, Zainor dan rakan dari Universiti Limkokwing, J terpaksa berbuat demikian atau anda akan disorak.

Kami melawat dan diberi penerangan mengenai tempat yang digunakan pemain Chelsea seperti Ballack, Lampard da Deco di bilik persalinan sebelum beraksi di padang.

Setiap pemain mempunyai laci tempat menyimpan barangan peribadi termasuk rantai leher dan cincin selain tempat untuk mengurut.

Memang beruntung pemain berkenaan kerana selain mendapat imbuhan lumayan, mereka dilayan seperti raja dengan pelbagai keistimewaan.

Peluang berjalan di dalam terowong ke padang utama seperti aksi sebenar perlawanan apabila pemain berjalan keluar dan menerima tepukan gemuruh peminat.

Bola sepak di England adalah suatu pelaburan dan industri menguntungkan, justeru tidak hairan pemain menerima imbuhan lumayan selain kecanggihan stadium dan kelab bola sepak di negara itu.

Seminggu di London, saya turut mengunjungi beberapa tempat tumpuan pelancong, antaranya London On Eye, menaiki cruise di Sungai Thames, pusat perniagaan terkemuka Harrods, Tower Bridge dan Tower of London.

Dalam suasana sejuk yang mencengkam tulang, London seolah-olah muram menyambut Krismas berikutan kemelutan ekonomi dan kejatuhan mata wang paun sterling.

>Info

BAGAIMANA KE SANA

Hanya dua minit berjalan kaki dari stesen kereta api bawah tanah (tube) Baker Street. Stesen ini menggunakan laluan Bakerloo, Circle, Jubilee, Metropolitan dan Hammersmith & City. Ini membolehkan anda datang dengan mudah dari mana-mana destina di tengah London.

Jika menggunakan kereta api, jarak dari stesen Marylebone hanya 10 minit berjalan kaki ke Madame Tussauds.

Jika mahu menggunakan perkhidmatan bas dua tingkat, pastikan bas-bas berkenaan iaitu 13, 18, 27, 30, 74, 82, 113, 139 dan 274.

Jika menggunakan kenderaan sendiri, anda boleh mengambil laluan Marylebone. Laluan itu menyambung ke Jalan Euston dan Kings Cross.

Harian Metro

Mengelak Jumpa Jessica

3 Dec


CAMERON DIAZ

ENTAH mengapa, aktres Cameron Diaz cuba mengelakkan diri daripada bertemu Jessica Biel ketika kedua-dua bintang terkenal ini menghadiri majlis CNN Heroes: An All-Star Tribute baru-baru ini.

Mungkinkah kerana Jessica kini menjadi teman wanita baru kepada Justin Timberlake? Semua orang tahu sebelum ini Cameron dan Justin pernah berkasih.

Cameron dilaporkan bergegas keluar melalui pintu belakang lokasi majlis yang berlangsung di Kodak Theatre itu untuk mengelak dari bersua muka dengan Jessica.

Satu sumber memberitahu Contactmusic, Cameron mungkin mengelakkan diri untuk bertemu Jessica agar mereka tidak bercakaran. Pada majlis itu, Jessica ditemani bapanya, Jonathan untuk menjadi penyampai anugerah majlis itu.

Cameron pula telah menyampaikan anugerah kepada Marie Da Silva, yang menerima sumbangan untuk membangunkan sekolah kelolaannya di Malawi.

Antara selebriti lain yang turut menyerikan majlis tersebut termasuklah Christina Aguilera, Salma Hayek, Forrest Whitaker, Meg Ryan, Terrence Howard, Lucy Liu dan Kate Beckinsale.

Kosmo

Botol Air SIGG Tahan Lasak

29 Nov

KEUNGGULAN mutu pembuatan botol air keluaran SIGG memang tidak dapat dinafikan malah ramai yang menggelarkan sebagai ‘botol air terhebat di atas muka bumi’.

Jenama yang sudah berusia 100 tahun itu menggunakan ketepatan dan kemahiran pertukangan Swiss untuk menghasilkan botol berkualiti serta tahan lama.

Ketua Pegawai Operasi, SIGG Switzerland AG, Mark Lang, berkata botol air berkenaan direka dan diperbuat di Switzerland daripada kepingan aluminium.

Menurut Lang, botol itu dihasilkan sempurna dengan ciri sekata tanpa kelim bagi memastikan ia tidak tiris serta tahan lasak.

Bahagian luaran botol berkenaan dihasilkan daripada saduran berasaskan serbuk bebas bahan peluntur serta mesra ekologi yang dibakar bagi menghasilkan kemasan sempurna.

Selain itu, lapisan dalam botol SIGG diperbuat daripada saduran bahan bukan toksik yang dibakar pada dinding untuk memastikan ia kekal fleksibel dan tidak akan bocor sepanjang hayat ia digunakan.

“Ia menggunakan 100 peratus bahan bebas Bisfenol A (BPA) tanpa sebarang bahan kimia lain yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.

“Kami memastikan proses pembuatannya selaras dengan undang-undang di Switzerland serta jenama berkenaan memenuhi piawaian alam sekitar,” katanya pada majlis pelancaran botol air edisi khas sempena sambutan ulang tahun ke-100 jenama berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Jualan (Asia), SIGG Switzerland AG, Stanley Woo serta Pengarah Pembangunan Perniagaan Living Wing Sdn Bhd, Terence Lee.

Dalam pada itu, Lee berkata, botol SIGG juga memenuhi piawaian yang ditetapkan FDA dan diuji secara bebas bagi membuktikan tiada langsung peratusan air meresap pada bahagian dalaman atau pada botol.

“Ia membuktikan air yang tersimpan dalam botol kekal neutral dan mampu bertahan terhadap sebarang asid buah-buahan untuk memastikan minuman tidak mengalami perubahan rasa.

“Pada 2008, SIGG menjadi jenama botol boleh guna semula nombor satu di dunia dan antara faktor utama penyumbang yang mendorong permintaan tinggi ialah kerana kualiti serta rekaan menarik botol air berkenaan yang turut mendapat perhatian selebriti barat terkemuka seperti Julia Roberts serta Cameron Diaz,” katanya.

Botol istimewa berkenaan kini sudah berada berada di pasaran dan ia boleh dimiliki pada harga RM129.

Untuk koleksi 2009, pelbagai botol air untuk orang dewasa dan kanak-kanak, akan berada di pasaran bermula Januari depan pada harga antara RM69.90 hingga RM129.

Harian Metro

'Konsert Jom Heboh' Goes To Miri

23 Oct

Elyana appears in Konsert Fenomena: Elyana & The Fabulous Cats (RTM2, tomorrow, 3pm).

THIS weekend, “travel” to Miri in Sarawak for Konsert Jom Heboh 2008.

The two-hour concert will air “live” on Sunday (TV3, 9pm) and Spider, Hattan, Misha Omar, Bob, Nurul, Aizat, Sofaz, Suki and One Nation Emcees are among the artistes who will be performing.

Catch One Nation Emcees in Konsert Jom Heboh 2008 (TV3, Sunday, 9pm).

Penelope Cruz stars in Vanilla Sky (RTM2, tomorrow, 9pm).
Catch entertainment programme Konsert Fenomena: Elyana & The Fabulous Cats tomorrow (RTM2, 3pm). Elyana joins forces with hip-hop/pop outfit The Fabulous Cats. Watch out for other guest artistes such as Tam Spider and Ash Nair.

New series Big Shot debuts tomorrow (ntv7, 10pm). Starring Michael Varta, Dylan McDermott, Christopher Titus and Joshua Malina, the series is about four competitive friends who are at the top of their game. They seek comfort in their friendships – discussing business, confiding secrets, seeking advice and supporting each another through life’s twists and turns.

TOMORROW

Bollygood on 2 (RTM2, 12.30pm) – Masti
Three married men, tired of their wives’ jealous ways, yearn for their carefree bachelor days. They set their sights on other women, but eventually realise they have all been seeing the same girl.

She then blackmails them but is found dead in a car the next day.

A hilarious cat-and-mouse game between the three men and a suspicious police officer follows.

Starring Ajay Devgan, Vivek Oberoi, Aftab Shivdasani, Ritesh Deshmukh and Amrita Rao.

Saturday Nite Special On 2 (RTM2, 9pm) – Vanilla Sky

After surviving a car crash, caused in part by his jilted lover, David’s face is badly injured. He struggles to find out the truth when his dreams turn into reality, and reality is a nightmare.

Everything seems muddled, until a doctor manages to repair his face, and life is back to the way it should be, together with a “mystery girl” he has been eyeing. Or is it?

Starring Tom Cruise, Penelope Cruz and Cameron Diaz.

Anugerah Skrin 2008 (TV3, 10pm) – Relung Kasih

After the death of her parents, Maria has to take care of her four siblings doing menial work to make ends meet. Her siblings grow up and lead comfortable lives of their own, but they begin to drift from her.

Starring Jasmin Hamid, Azhar Sulaiman, Siti Fazurina, Jehan Miskin and Anita Baharom.

Hong Movie Saturday (ntv7, midnight) – Dream Lover

Cheung is a penniless yet talented car mechanic. One day he meets Kei and falls in love with her, but she disappears without a trace. Years later, Cheung becomes extremely wealthy and eventually finds Kei, but it seems that things cannot be the same again.

Starring Tony Leung and Wu Chien Lien.

Chinese Movie (8TV, 8.30pm) – Sky of Love

Wen Tao and Jia Hui start communicating through a radiophone. From their conversations, they discover that they are both studying in the same institution of learning. But further into the relationship, they discover that they are very different from each other.

Starring Ken Chu and Gigi Leung.

SUNDAY

TV3 Cinema (TV3, 12.30am) – Goal!

How far would you go to live your dreams? When Santiago Munez is given the chance of a lifetime, he must leave his family, his life in Los Angeles and everything he knows to become a sought-after football player.

Starring Kuno Becker, Stephen Dillane, Anna Friel, Marcel Lures and Alessandro Nivola.

Sunday Day Time Special (RTM2, 3pm) – Final Fantasy VII: Advent Children

Two years after Cloud & Co save the world from Sephiroth, the citizens of the planet begin suffering from a strange sickness called Seikon-Shoukougun. Meanwhile, Cloud has secluded himself, and is being haunted by demons from his past.

This stunning animation features the voice talents of Takahiro Sakurai, Ayumi Ito, Tsuduruhara Miyuu, Maaya Sakamoto and Keiji Fujiwara.

Pesona 3 (TV3, 3pm) – Ragam Pemandu

Hamid is dedicated chauffeur to Rahim, who is always helpful to Hamid’s family, despite the gaping difference in their social status. Rahim also pays for Hamid’s children’s education.

Starring Hamid Gurka, Aznah Hamid and Latiff Ibrahim.

New Straits Times