Archive | Christina Aguilera RSS feed for this section

Amal Kara

28 Apr

Susunan Rahayu Mohd Salleh
ayu@nstp.com.my


JATUH bangun dalam industri muzik sudah lumrah bagi Kara DioGuardi, 38, malah kehadirannya sebagai juri keempat rancangan televisyen popular, American Idol, turut mengundang pelbagai persepsi.

JATUH bangun dalam industri muzik sudah lumrah bagi Kara DioGuardi, 38, malah kehadirannya sebagai juri keempat rancangan televisyen popular, American Idol, turut mengundang pelbagai persepsi.

Ada yang menganggap kehadirannya sesuatu yang agak menarik, tetapi tidak kurang yang melemparkan kritikan. Namun segalanya kritikan dan pengalaman hidup lalu dianggap sesuatu yang hanya lebih mematangkan dirinya.

Penggubah lagu yang digabungkan dengan tiga juri veteran lain dalam rancangan American Idol ini, turut menyifatkan kejayaan dikecapinya kini bukanlah hasil dirinya seorang lantas biar sesibuk mana jadual sehariannya, dia cuba meluangkan waktu untuk melakukan sesuatu yang dianggap penting kini.

“Pandangan saya mengenai apa yang menjadi keutamaan kini memang berbeza sejak 10 tahun lalu. Saya ingin melakukan sesuatu untuk masyarakat kerana saya fikir saya seorang yang bernasib baik.

 

 

“Saya bekerja keras selama ini, tetapi pada masa sama, mereka yakin dengan kebolehan dan membantu saya hingga berjaya menempatkan diri pada kedudukan kini. Justeru, saya fikir harus melakukan sesuatu pula untuk membantu golongan yang memerlukan dalam industri ini,” katanya.

Menganggap muzik sebagai terapi, Kara membantu ramai penyanyi popular dalam melonjakkan karier masing-masing, antaranya Faith Hill, Christina Aguilera, Gwen Stefani, Santana, Kelly Clarkson, Jewel dan Carrie Underwood.

Sebagai sebahagian daripada kerja amalnya, beberapa tahun lalu dia membantu menubuhkan studio rakaman untuk kegunaan remaja memerlukan di Phoenix House, Los Angeles. Bukan hanya memperuntukkan sejumlah wang, dia turut meluangkan waktu pada hujung minggu untuk memberi tunjuk ajar diperlukan remaja terbabit.

“Ramai yang berbakat yang ingin saya bantu, tetapi tidak semua dapat saya tolong,” katanya yang turut mengambil peluang memberi bimbingan secara individu peserta yang tersingkir dalam program American Idol itu.

Dia akui bersikap terbuka dengan apa saja pandangan orang lain mengenai hasil kerjanya. Baru-baru ini pula, dia juga agak terbuka mengenai kisah lampau dirinya yang mengalami masalah pemakanan.

“Saya tak pernah bercakap mengenainya, tetapi ketika itu, daripada menangani masalah emosi berkenaan, saya cuba melupakannya dengan makanan,” katanya yang mengakui masalah itu berlaku ketika dia masih muda namun berjaya pulih menerusi rawatan.

Ketika menghadapi masalah pemakanan itu, menurutnya, dia tidak memaksa dirinya untuk lapar atau memuntahkan makanan yang dimakannya.

“Ketika saya mula terbabit dalam bidang muzik dan sedar melakukan perkara yang sangat digemari, saya tidak menghadapi masalah itu lagi,” katanya.

Tekanan berada di kalangan golongan yang popular masih dirasainya terutama berada dalam kelompok American Idol, namun dia juga akui sudah mampu mengatasi keadaan sedemikian.

“Saya menjadikannya satu komitmen dalam hidup untuk berhadapan rasa bimbang dan jika takutkan sesuatu, saya pastikan akan melakukannya,” katanya.

Harian Metro

Advertisements

Muzik GaGa Demi Fesyen

22 Mar

KAUM hawa dan fesyen pasti tidak dapat dipisahkan langsung biar bagaimana rupa fesyen yang menjadi cita rasa. Namun bagi seorang penyanyi wanita, fesyen digunakan sebagai medium untuk menyalurkan lagu-lagunya.

Lady GaGa – nama glamor untuk Stefani Joanne Angelina Germanotta yang kini mengecap populariti dan membina nama besar dalam bidang nyanyian – terinspirasi oleh fesyen dalam pembikinan muziknya.

“Sewaktu saya menulis muzik, saya akan terfikirkan baju untuk dipakai di atas pentas. Segalanya tentang bagaimana meletakkan serentak seni persembahan, pementasan pop dan fesyen.

“Percampuran kesemua itu membentuk cerita untuk diberikan kepada peminat setia.

“Saya mahu memberi imaginasi yang kuat untuk peminat saya supaya mereka dapat merasainya,” panjang lebar hujah wanita yang mendapat darah daging fesyen melalui ibunya yang sentiasa tampak cantik.

Gadis ini meletup dengan single bertajuk Just Dance yang terkandung dalam album The Fame. Ia sebuah album debut yang mendapat tarikan dan pujian ramai.

Para pencinta dan pengkritik menyifatkan album itu sebagai ‘album fantastik campuran balada ala Bowie, dramatik, terinspirasi grup Queen dan trek dance yang hebat’.

Namun selain sebuah persembahan hebat untuk album perdana, apa yang menarik perhatian ramai ialah fesyen dan gayanya yang dikatakan mirip Madonna.

Selain sibuk di pentas persembahan, dalam masa yang singkat, Lady GaGa telah berjaya menghasilkan barangan koleksinya yang dipanggil House of GaGa yang mempamerkan pakaian, set pentas dan bunyi-bunyian.

“Dalam industri ini kita ada ramai pereka dan penerbit yang dicampakkan kepada anda.

“Tapi House of GaGa ialah kumpulan kreatif saya yang memperagakan Warhol Factory. Semua ahlinya berusia 26 tahun dan kami melakukan segalanya bersama.”

Selain mendekatkan muzik dengan pengaruh fesyen, GaGa juga mempunyai satu teori mengenai penulisan lagunya. Sebelum ini GaGa pernah menulis untuk Pussycat Dolls serta Britney Spears.


LADY GAGA mendakwa gayanya sukar ditiru.

Teorinya mudah, iaitu menulis lagu diibaratkan sebagai ‘seks tanpa kondom’.

Baginya, melakukan jelajah konsert Fame Ball adalah seperti memberikan orgasma agung yang kreatif kerana dia sudah bersedia untuk memberikan segala kemampuannya tanpa sebarang had.

Dalam kepayahannya mencipta sesuatu yang diperlihatkan sebagai ciri khas Lady GaGa, dia disamakan dengan penyanyi terkenal Christina Aguilera.

Ironinya, Aguilera tidak mengenal siapa itu GaGa walaupun mereka disamakan melalui fesyen dan warna rambut. Malah Aguilera tidak pasti GaGa ialah wanita atau lelaki.

Tidak terkilan dengan pernyataan ikhlas Aguilera, GaGa memberi komen mudah: “Dia ialah bintang besar dan mungkin saya patut menghantar bunga kepadanya.

“Tapi saya tidak mahu diingati sebagai ‘Skandal Christina Aguilera’ kerana tiada siapa boleh menyerupai saya dan saya sukar ditiru.”

Kosmo

Eva Mendes Teratas Senarai Impian Lelaki

24 Jan


Eva Mendes (kiri) dan Megan Fox

Aktres kelahiran Cuba pilihan lelaki, Megan Fox tempat kedua diikuti model Marisa Miller

LONDON: Bintang filem The Spirit yang seksi, Eva Mendes mengejutkan hampir semua pihak selepas beliau mengungguli tangga teratas senarai ‘wanita paling diimpikan’ berdasarkan kajian pendapat majalah online, AskMen.

Aktres kelahiran Cuba berusia 34 tahun itu menduduki tempat pertama dalam undian yang meminta lelaki menamakan wanita ideal yang memiliki ciri kelakar, pintar dan berkarektor selain mempunyai tarikan seks.

Mendes yang berada di tempat keempat dalam senarai tahun lalu yang dikumpulkan halaman web AskMen.com gembira dengan kedudukan terkini dengan berkata:

“Inilah ciri paling menarik lelaki iaitu memberikan penghargaan hingga membolehkan saya berada di tempat teratas. Terima kasih semua.”

Eva mengatasi aktres Transformers, Megan Fox yang menduduki tempat kedua manakala model Victoria Secret, Marisa Miller dan model glamor Britain, Keeley Hazell masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Fox dinamakan sebagai ‘wanita paling seksi di dunia’ tahun lalu oleh majalah FHM tetapi hanya mampu berada di tempat kedua dalam undian membabitkan lebih 10 juta pembaca majalah AskMen.com.

“Ia menakutkan tersenarai sekali lagi dalam AskMen.com! Ia tahun yang menarik dan mengetahui saya mempunyai peminat yang mencukupi untuk mengundi dan menyokong saya amat menakjubkan,” kata Marisa Miller dalam satu kenyataan.

Pendatang baru yang tersenarai tahun ini termasuk Isla Fisher yang berada di tempat ke 31, penyanyi I Kissed A Girl, Katy Perry di tempat ke 38, dan isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Carla Bruni, di tempat ke-76.

Aktres Scarlett Johansson yang berada di tempat ketujuh berkata: “Ia satu penghargaan kepada saya terpilih di kalangan 10 juta pembaca AskMen sebagai seorang daripada wanita impian.”

Pengacara Project Runway, Heidi Klum; pemenang Oscar, Halle Berry, Kate Beckinsale, Jessica Biel; bintang Confession of a Shopaholic, Isla Fisher; Charlize Theron; superstar Bollywood, Aishwarya Rai dan calon Oscar 2009, Penelope Cruz dan Angelina Jolie, turut tersenarai.

Bagaimanapun, penyanyi Britney Spears tidak tersenarai dalam kedudukan ke-50 teratas yang turut membariskan penyanyi Christina Aguilera, Carrie Underwood dan Beyonce. Britney berada di tangga ke-90.

Begitu juga dengan Madonna yang tidak tersenarai dalam kedudukan ke-50 teratas malah juga tidak berada dalam senarai 99. – Agensi

Berita Harian

Respirasi Muzik: Lebih Rancak

23 Dec

Rap
Album: Keeps Gettin Better
Artis: Christina Aguilera

ALBUM kompilasi bukan mudah untuk dihasilkan kerana kebanyakan peminat setia mempunyai keseluruhan koleksi lagu didendangkan artis kesayangan mereka.

Setiap daripada peminat pula mempunyai senarai lagu yang dirasakan menarik secara peribadi. Di sinilah cabaran timbul sekiranya album kompilasi mahu dihasilkan. Sekiranya senarai diberikan memenuhi selera ia pasti dianggap album kompilasi terbaik.

Pemenang Vokal Pop Terbaik Anugerah Grammy, Christina Aguilera antara artis popular yang berjaya menghasilkan album kompilasi terbaik untuk tahun ini.

Selepas 10 tahun membabitkan diri dalam industri muzik dunia, Christina ternyata mempunyai banyak senarai lagu popular yang telah berjaya mengangkat namanya.

Begitupun tidak mahu sekadar menghimpunkan lagu terbabit dalam satu Album, penyanyi yang sudah bergelar ibu ini mengubah kembali komposisi beberapa lagu popularnya dimuatkan dalam Keeps Gettin Better, seperti Genie In A Bottle agar kedengaran lebih segar.

Ia menampilkan irama lebih rancak dengan pengaruh muzik tekno cukup kuat. Bagi disesuaikan dengan perubahan melodi judulnya turut diubah kepada Genie 2.0

Selain daripada itu sedikit kelainan apabila album ini menampilkan dua lagu menarik iaitu Keeps Gettin’ Better diterbitkan Linda Perry dan ditulis bersama Christina.

You Are What You Are (Beautiful) adalah kesinambungan daripada lagu paling popular nyanyian Christina. Lagu ini susunannya tidak banyak beza dengan Genie 2.0. cuma bezanya ia lagi menarik dan mutunya lebih.

Sementara Dynamite menampilkan satu lagi lagu berentak elektro pop

dari Christina. Bunyi ditampilkan dalam lagu itu tidak banyak bezanya dengan apa yang pernah didendangkan sebelum ini. Cuma kelainan ditampilkan dari sudut harmoni susunan muziknya dengan melodi.

Harian Metro

10 Tahun Penuh Cemerlang

20 Dec

Susunan Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

CHRISTINA Aguilera sedang bahagia melalui fasa perkahwinan dan kerjaya yang semakin stabil.

Christina Aguilera tampil dengan album kompilasi khas buat peminat

TANGGAL 18 Disember ini genaplah 28 tahun usia penyanyi dan penulis lagu kelahiran kota New York, Christina Aguilera. Pertambahan usianya seiring dengan kejayaan yang dikecapinya dari setahun ke setahun.

Sejak awal pembabitannya menyertai pertandingan dan persembahan nyanyian serta bakat, Aguilera pernah mendapat jolokan ‘gadis kecil dengan suara yang besar’. Bayangkan ketika berusia 10 tahun, vokal Aguilera seakan gadis berusia 20 tahun.

Kemuncak kehadiran dan terserlah bakatnya ketika 1993 apabila mendapat peranan besar dalam saluran Disney menerusi rancangan The New Mickey Mouse Club di sisi nama besar yang kini juga sedang meledak seperti Britney Spears, Justin Timberlake, Ryan Gosling dan ramai lagi.

Penyanyi yang turut mendedikasikan hidupnya dengan kerja amal, hak asasi manusia dan isu dunia ini mula menempa nama dengan kehadiran album sulung menggunakan namanya sendiri pada 24 Ogos 1999. Album itu memanjat carta Billboard dan terjual dengan begitu sukses di seluruh dunia.

Lagu Genie In A Bottle, What A Girl Wants dan Come On Over Baby (All I Want Is You) memperkenalkan nama Aguilera dengan pantas.

Selepas muncul dengan beberapa siri album seperti Christina Aguilera (199), Stripped (2002) dan Back To Basics (2006), kini peminat Aguilera boleh mengabadikan kompilasi bersempena dengan sedekad pembabitannya di dalam bidang seni.

Dilancarkan RCA Records dan diedarkan Sony BMG Music, album kompilasi, Keeps Gettin Better – A Decade Of Hits bakal mengubat rindunya sebelum muncul dengan album seterusnya yang ditafsirkan Aguilera sebagai ringkas, manis dan ternyata berbeza daripada album Back To Basics.

“Tak sangka sudah 10 tahun saya berada di dalam industri dan sangat teruja dengan kehadiran satu album kompilasi yang mempunyai koleksi lagu kegemaran saya sebagai hadiah buat peminat setia saya. Ia satu fasa peralihan saya daripada satu peringkat ke peringkat yang lebih baik.

“Apa yang boleh saya cakapkan rakaman album terbaru menjelang 2009 nanti sangat menyeronokkan kerana saya lebih terarah merujuk kepada seni pop, seni Andy Warhol. Album ini secara visual mempunyai pelbagai warna dan akan ada sebuah lagu yang menerapkan elemen moden simbolik terhadap cinta saya kepada Tokyo,” katanya.

Rasa indah bergelar ibu

MENGINTAI kisah peribadi, bahagia sedang erat mendakap rumah tangganya bersama eksekutif pemasaran muzik, Jordan Bratman. Mula berpacaran pada 2002, pertunangan mereka diumumkan Februari 2005 dan berkahwin pada tahun yang sama pada 19 November di estet Napa Valley.

Hakikatnya, sebelum bahagia berkunjung, Aguilera sering gagal di dalam percintaan dengan beberapa orang lelaki yang digosipkan dengannya seperti VJ MTV, Carson Daly dan penari Jorge Santos.

Awal tahun ini pada 12 Januari 2008, rona bahagia Aguilera dan suaminya bertambah seri dengan kehadiran anak sulung mereka bernama Max Liron Bratman. Anaknya dilahirkan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles, California.

Kelahiran anaknya ini juga menarik minat majalah People untuk mendapat hak eksklusif menyiarkan gambarnya di dalam majalah itu. Difahamkan juga menurut laporan Forbes, hak penyiaran gambar anak Aguilera berada di tempat kelima yang termahal diberikan kepada sesebuah penerbitan di kalangan selebriti Hollywood.

“Dalam satu temu bual yang dijalankan oleh Ellen DeGeneres, Aguilera dan suaminya sentiasa mencari sesuatu atau perkara yang boleh menghangatkan lagi rumah tangga.

“Kekalkan dan hidupkan alam perkahwinan dan rumah tangga dengan apa cara yang kita rasa mampu membuatkan suasana terus intim dan panas.

“Mengenai anak, saya bahagia melihat dia membesar setiap hari kerana ada saja perkara baru yang dipelajarinya. Saya dan suami gembira melihat dia bersungguh-sungguh memulakan langkah pertama sebelum boleh berjalan. Saya tidak mahu terlepas peluang menyaksikan semua itu. Sekarang baru saya sedar perasaan bergelar ibu sangat indah,” katanya lagi.

Profil Christina Aguilera

Nama sebenar: Christina Maria Aguilera

Tarikh lahir: 18 Disember 1980

Tempat lahir: Staten Island, New York, Amerika Syarikat

Suami: Jordan Bratman

Anak: Max Liron Bratman

Laman web: http://www.christinaaguilera.com.

Lagu popular: Hurt, Beautiful, Ain’t No Other Man, Candyman, Genie In A Bottle, Fighter, Can’t Hold Us Down

Info

Pernah menyanyikan lagu runut bunyi berjudul Reflection untuk filem Mula pada tahun 1998

Sebelum muncul dengan album kedua berjudul Stripped pada 2002, Christina Aguilera terlebih dulu merakamkan album Sepanyol diberi judul Mi Refleja dan dilancarkan pada 12 September 2000. Album ini melayakkan Aguilera memenangi Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Grammy Latin pada 2001. Album yang sama juga turut menang di dalam anugerah World Music Awards.

Pada 2000 juga, Aguilera melancarkan album Christmas berjudul My Kind Of Christmas.

Penyanyi kacak, Ricky Martin pernah mengajak Aguilera berduet menerusi lagu Nobody Wants To Be Lonely yang dimuatkan di dalam album Ricky, Sound Loaded dipasarkan 2001.

Berkolaborasi dengan Lil’Kim, Mya dan Pink untuk lagu runut bunyi berjudul Lady Marmalade untuk filem Moulin Rouge pada 2001. Lagu itu diterbitkan Missy Elliot dan mencatat sejarah menjadi lagu single yang paling kerap dimainkan sepanjang tahun.

Album Back To Basics menampilkan transformasi imej Aguilera yang cukup ketara berbanding album terdahulu yang lebih bersikap provokatif dan seksi. Menggayakan potongan rambut perang dan pendek persis gaya Marilyn Monroe, Aguilera mengembalikan gaya glamor Hollywood sekitar tahun 1920 hingga 1940. Selain Aguilera, selebriti popular Hollywood seperti Dita Von Teese, Gwen Stefani dan Ashley Judd pernah melakukan perkara yang sama.

Pernah mengadakan konsert jelajah dengan Justin Timberlake dipanggil Justified & Stripped Tour.

Mei 2006, Aguilera memberanikan diri pos berbogel berinspirasikan Marilyn Monroe untuk majalah GQ.

Berita Harian

Lil Wayne, Coldplay Lead Grammy Nominations

4 Dec

LOS ANGELES : New Orleans rapper Lil Wayne leads the pack with eight Grammy nominations while British rockers Coldplay received seven nods for the 51st Grammy awards next year.

Rappers Jay-Z, Ne-Yo and Kanye West each garnered six nods apiece in various categories, while John Mayer, Alison Krauss and Robert Plant, Radiohead and R&B artiste Jazmine Sullivan received five each.

Lil Wayne’s “Tha Carter III” is up against Coldplay’s “Viva la vida”, Ne-Yo’s “Year of the Gentleman,” “Raising Sand” by Plant and Krauss, and Radiohead’s “In Rainbows” for the Album of the Year award while Coldplay’s “Viva la vida” will battle it out with Adele’s “Chasing Pavements”, Leona Lewis’ “Bleeding Love”, MIA’s “Paper Planes” and duo Alison Krauss and Robert Plant’s “Please Read The Letter” to clinch the Record of the Year.

Fighting it out for Best New Artiste prize are The Jonas Brothers, Adele, Duffy, Jazmine Sullivan and Lady Antebellum.

The nominees were announced during a first-ever live concert special on Wednesday. Hosted by two-time Grammy winner LL Cool J and country singer Taylor Swift, the concert saw performances by the Foo Fighters, Christina Aguilera, Mariah Carey, Celine Dion, and BB King.

The Grammys will be handed out February 8 in Los Angeles.

Channel News Asia

EDITORIAL: The Show Goes On

25 Aug

SO it appears the Avril Lavigne concert scheduled for Aug 29 will proceed as planned, with the earlier uncertainty now attributed to a procedural snafu and not any prospective capitulation to those who think the pop star is “too sexy” for Malaysian sensibilities, or that such a performance would not be appropriate for the country’s Merdeka Day observances this year.

Not at all, it turns out; it was all merely because the organisers’ application for a permit was submitted too late for consideration by the relevant authorities at their regularly scheduled meetings to consider such applications. It’s unfortunate that this could not have been made clear at least a week ago, or before this snippet of entertainment news made headlines all over the world in further emphasis of Malaysia’s quaint conservatism when it comes to contemporary pop culture. The Western media gleefully lap up stuff like this; it emphasises the great divide between their enlightened liberal civilisations and, well, ours.

Some have called for forestalling such embarrassments in future by issuing guidelines for foreign artistes performing here, but of course, such guidelines have existed for years. Besides, the several similar controversies undergone in the past have seen to it that Malaysia’s code of conduct for such performances (no skimpy attire or sexual allusions; no screaming, running, jumping, etc) is practically common knowledge worldwide. Ever since Cliff Richard, that epitome of wholesomeness, had to overfly Kuala Lumpur in the 1970s because his hair was too long, right up till the more recent instances of Beyonce Knowles and Christina Aguilera opting to perform in neighbouring countries rather than abide by such strictures, Malaysia’s rules have become all too familiar among artistes and concert promoters worldwide. Still, Gwen Stefani had no problem “covering up” for her KL gig last year; her black spandex body suit and elbow-length gloves indeed showed no bare flesh, with no deleterious effect on the quality of her performance.

Really, there’s no reason for these distresses. Let the shows go on; if they are then marred by overspills of unwarranted exuberance, as happened with the Pussycat Dolls’ wardrobe malfunctions at their concert here last March, they (or more precisely, their promoters) literally pay the price in fines, and in so doing further establish awareness of the limits applied in this country. It took a cabinet decision to allow Lavigne to come here to perform as scheduled, when all it should have taken was a bit of common sense and attention to set procedures.

New Straits Times