Archive | Clint Eastwood RSS feed for this section

Feroz Khan Meninggal

28 Apr


Feroz Khan

MUMBAI: Pelakon veteran Bollywood, Feroz Khan, yang pernah digelar ‘Clint Eastwood Timur’ kerana lakonan yang mencabar tradisi dan gaya berjalan, meninggal dunia semalam pada usia 69 tahun selepas lama bertarung dengan barah.

“Feroz Khan meninggal dunia selepas tengah malam kelmarin di rumah ladangnya di Bangalore,” kata pegawai publisiti aktor itu.

Feroz didiagnos dengan barah tahun lalu dan dirawat di hospital persendirian di Mumbai tetapi mendesak dibenarkan keluar awal bulan ini.

Keluarganya berada di sisi ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Aktor berdarah Afghanistan di sebelah bapa dan Iran di sebelah ibu, dibesarkan di Bangalore.

Pada 1969, dia memenangi anugerah Filmfare pertama bagi Aktor Pembantu Terbaik menerusi filem Aadmi Aur Insaan.

Nama Feroz sebagai pelakon, penerbit dan pengarah berada di puncak dengan kemunculan filem blockbuster, Qurbani, pada 1980, yang memperkenalkan lokasi luar negara kepada industri perfileman Bollywood.

Dia mengulangi kejayaan dengan filem seperti Janbaaz dan Dayavaan, kedua-duanya pada tahun 1980-an.

Feroz meninggalkan dua anak, Laila Khan dan Fardeen Khan. Fardeen mengikut jejak langkah bapanya menjadi pelakon. – Agensi

Berita Harian

Clint Eastwood's Best Work Yet

27 Mar

SINGAPORE : Is Dirty Harry back from retirement and for one last time? It certainly seems the case with Clint Eastwood’s latest film “Gran Torino”, in which he directed, produces and stars in.

Eastwood stars as Walt Kowalski, a retired Ford auto worker and Korean War veteran. He’s also a tobacco-chewing, grumpy, racist widower with a major thorn in his side. When an Asian family moves in next to him, and the resident gang starts to pick on the neighbour’s teenage kids, Walt springs into action.

Walt’s efforts in keeping the strangers off his land eventually lead to not just making nice with the neighbours but also getting involved in a deadly battle for survival and face.

Eastwood shines as a gravely-voiced, cantankerous old coot with many scores to settle. He has all the best lines and one-liners, spitting them out through gritted teeth, eyes filled with hate. He may be unrelentingly racist and misanthropic but buried beneath all that baggage is a man with a heart of pure solid gold.

It’s a treat watching him mellow – but only just a tad! – as he opens his mind and heart to the world around him.

The storyline itself is a gripping one, as we journey with a very flawed but strong individual who does whatever he can to protect not just his turf and his own little world, but also the people he cares about. And you’ll get a kick watching this snarling old man standing up to punks one-third his age.

“Gran Torino’s” tender side also arises when Eastwood’s character puts aside his bigoted ways to bond with, and teach the rules of life to his socially awkward teenage neighbour. The film, Eastwood’s most successful film ever at the US and UK box offices, also introduces many to the rich culture and beliefs of the Hmong community, which adds more depth to this already well-textured film.

If there are but a handful of movies you’re able to catch this year, make “Gran Torino” one of your main picks. It’s grim, edgy, humbling, and it’s unforgettable. It’ll make your day.

Channel News Asia

Paris Exhibition Shows Jazz Setting Beat For Visual Arts

17 Mar

PARIS – From Dixieland to Louis Armstrong, Billie Holiday and Miles Davis, a Paris exhibition opening Tuesday traces how jazz in its 100-year history influenced arts, from painting to film.

Titled “A century of jazz”, the show running to June 28 at the Quai Branly museum recounts the history of the genre through 1,000 scores, posters, records, magazines, books, film clips and recordings, as well as photos and paintings from some of the top artists of the 20th century.

“The show tells a story,” said curator Daniel Soutif. “Jazz was the most striking phenomenon of the 20th century and lasted throughout it’s entirety while rock for example covered only half of it.”

Through the early years of jazz in America and its arrival in Europe after World War I, the era of Louis Armstrong, Josephine Baker, Duke Ellington and Count Basie, the exhibition chronicles the history of jazz and its influences until 2002.

Clips include tap dancer Bill “Bojangles” Robinson in Harlem and Fred Astaire paying a tribute to Robinson on stage.

The word “jazz” first appeared in a San Francisco Chronicle article in 1913 headlined “In Praise of ‘Jazz’ a Futurist Word Has Joined the Language”.

The first official recording using the tag “jazz” on the cover dates back to 1917 and the Original Dixieland Jazz Band.

“A year later jazz was already everywhere,” Soutif told AFP. “And it had social meaning because it was emblematic of the communities who produced the music, including the black community.”

The music inspired film-makers from Michelangelo Antonioni to Clint Eastwood and artists from Fernand Leger to Henri Matisse and Bernard Buffet, whose works are on show. Also at the exhibition are 50s record-sleeves by Andy Warhol and more recent works by Jean-Michel Basquiat and Jeff Wall.

“Jazz affected areas that weren’t musical at all,” said Soutif. “It was a sort of catalyst, as if it weren’t only a musical genre but a state of mind.”

In parallel with the exhibition, the museum is organising a series of concerts including US drummer Jack DeJohnette playing with Mauritanian singer Dimi Mint Abbar, and US pianist Randy Weston with Moroccan gnawa masters. – AFP/ra

Channel News Asia

Eastwood And Freeman Get On-Set Doctor

3 Mar

NEW YORK : Producers of Clint Eastwood’s new movie “The Human Factor” have hired a private doctor to look after the director and the film’s veteran star Morgan Freeman on the set of their latest movie.

A doctor has been flown out to the African set to monitor Freeman who plays Nelson Mandela alongside Matt Damon in the upcoming drama. Movie bosses also want to make sure 78-year-old Eastwood is looked after during filming.

Producers are especially concerned about the health of Freeman due to his serious car accident last August that left him with a broken arm and shoulder and a paralysed hand. The passenger travelling with Freeman when his car left the road in Mississippi last August recently revealed that she is suing the actor for negligence following the crash.

“There’s a huge budget for the film at stake,” a source told the New York Daily News newspaper. “These guys are getting up there in age. Sure, they had physicals before leaving; everyone has to. But the private doctor was just an agreed upon decision on all sides of the table.”

Eastwood recently acknowledged he is getting old, but said his passion for films keeps him young at heart.

“I like taking it easy, I like golf and I like Budweiser. All that stuff is fine, but the main thing is I still like working, I think working keeps you young, I think it keeps your mind active. It’s like exercising your body – exercising your brain. Both of them are synonymous.”

– CNA/ap

Channel News Asia

Populariti Sepantas Kilat

14 Feb

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap

BERMULA sebagai model di tanah kelahirannya, Mumbai, India kini nama Freida Pinto mula menjadi tumpuan dunia. Populariti yang diraihnya datang sekelip mata hanya kerana filem sulung lakonannya, Slumdog Millionaire.

Filem arahan pengarah terkenal, Danny Boyle itu bukan saja memberi impak besar apabila ditayangkan di Amerika Syarikat akhir tahun lalu, malah mencatat kejayaan besar di festival filem dan majlis anugerah.

Filem sulungnya itu membawa Freida mengembara dari satu festival ke satu festival. Antaranya Festival Filem Antarabangsa Palm Springs, Anugerah Pilihan Pengkritik, Anugerah Golden Globe dan Anugerah British Academy Of Film & Television Arts (BAFTA) di London.

Sehingga kini, Slumdog Millionaire menang lima anugerah Pilihan Pengkritik, empat Golden Globes dan tujuh di BAFTA. Malah kejayaan filem ini untuk Filem Terbaik di Golden Globe ke-66 pada 12 Januari lalu membuatkan banyak pihak buka mata dengan hasil karya Danny Boyle ini.

Untuk Anugerah Academy ke-81 yang bakal berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles pada 23 Februari ini, Slumdog Millionaire menerima 10 pencalonan. Antaranya Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik, Skor Original Terbaik (AR Rahman) dan Lagu Original Terbaik (Jai Ho dan O Saaya).

Anak kedua pasangan Frederick dan Sylvia Pinto ini bertuah kerana bermula sebagai model di Mumbai terus berjaya memulakan kerjaya lakonan di Hollywood. Lebih membanggakan, Freida bekerja dengan pengarah terkenal, Boyle yang pernah menghasilkan filem Trainspotting dan The Beach Fame.

Turut menjayakan filem ini, Irrfan Khan, Anil Kapoor dan Mahesh Manjrekar. Watak dijayakan Anil pada mulanya ditawarkan kepada Shah Rukh Khan tetapi ditolak bintang terkenal Bollywood itu.

Freida mengakui, populariti yang diraihnya datang sepantas kilat malah tidak pernah menyangka semua itu akan hadir dalam hidupnya.

Katanya, selepas tamat pengajian di Kolej St Xavier, Mumbai, dia menjadi model selama dua tahun.

Pada waktu sama dia bercita-cita menjadi pelakon dan cuba menghadiri uji bakat untuk mencari peluang berlakon filem. Katanya, minat dalam dunia lakonan datang secara semula jadi kerana tinggal di kota yang menjadi tumpuan bintang Bollywood.

“Selepas enam bulan menghadiri satu demi satu uji bakat, suatu hari saya menerima panggilan telefon meminta hadir untuk uji bakat filem Slumdog Millionaire. Ketika itu saya sekadar ingin mencuba sebagaimana percubaan sebelum ini dan tidak berharap untuk diterima.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila nama saya berada dalam senarai pendek dan akhirnya dipilih. Ibu bapa saya turut memberi galakan kerana mereka tahu saya memang bercita-cita menjadi pelakon. Kakak saya yang bekerja dengan syarikat media juga banyak menyokong dan membantu saya,” katanya.

Pengalaman menjayakan Slumdog Millionaire disifatkannya sebagai satu pengalaman dan pendedahan yang cukup besar. Malah digandingkan dengan pelakon baru, Dev Patel membuatkan mereka berdua bersemangat dan saling membantu kerana sedar masing-masing tiada pengalaman.

“Berlakon dalam Slumdog Millionaire membawa saya ke satu tahap kerja yang cukup tinggi dan memberi pendedahan yang cukup besar. Ia juga satu pengalaman yang menakjubkan.

“Apa yang boleh saya katakan ialah bekerja dengan Danny Boyle umpama menghadiri kelas lakonan di sekolah terbaik di dunia. Apabila kami mula bekerja, dia beritahu saya kehidupan ini tidak selalunya sama. Lakukan satu asas kukuh untuk dunia.

“Saya terharu dan sangat menghargai semua tumpuan yang diberikan tapi saya masih belajar menyesuaikan diri.

Sebenarnya saya seorang yang agak pemalu,” katanya.

Walaupun namanya kini dikenali di Hollywood, Freida tidak bercadang meninggalkan Mumbai untuk berpindah ke Hollywood dalam waktu terdekat ini.

Katanya, buat masa ini dia selesa berulang-alik Mumbai-Los Angeles dan tidak bercadang berpindah kerana mempunyai ejen yang bagus.

Selepas Slumdog Millionaire, kata Freida, dia mahu mencuba sesuatu yang baru kerana suka melakukan sesuatu berbeza untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman. Katanya, dia juga berpeluang belajar pelbagai bentuk tarian klasik India dan salsa.

“Saya tidak kisah berlakon apa pun tetapi saya lihat filem komedi agak berbeza dan ingin mencubanya. Itulah sebabnya saya memilih untuk menyertai bengkel lakonan bersama sifu teater, Barry John supaya dapat mendalami skil lakonan.

“Saya juga berharap diberi peluang bekerja dengan bintang legenda Hollywood, Clint Eastwood. Saya sangat teruja apabila berjumpa dengannya ketika menghadiri festival Palm Springs.

“Saya masih ingat lagi ketika menonton filem Million Dollar Baby arahannya, saya pernah berkata mahu berjumpa dengan Clint Eastwood. Ternyata akhirnya saya berpeluang bertemu dengannya tapi ketika itu lidah saya kelu untuk berkata-kata,” katanya.

Dalam limpahan populariti, Freida juga menerima kritikan mengenai penampilannya ketika menghadiri Anugerah Golden Globe. Penampilannya dengan gaun mendedahkan dada warna kuning ketika acara permaidani merah dikatakan tidak sesuai dengan majlis. Kata Freida, dia terima kritikan yang diberikan dengan hati terbuka.

“Ketika itu saya rasa ia satu pilihan yang tepat. Sudah tentu saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya.

Slumdog Millionaire mengisahkan budak lelaki dari luar bandar, Jamal lakonan Dev Patel, muncul dalam program game show hingga menjadi tumpuan ramai termasuk gadis remaja. Freida menjadi Latika, gadis yang berjaya menawan hati Jamal. Semua babak membabitkan Freida dilakukan di Mumbai dan babak lain di Delhi dan Agra.

Freida dicalonkan Aktres Pembantu Terbaik di Bafta dan menang di Anugerah Screen Actors Guild (SAG) bersama barisan pelakon lainnya. Namanya juga diumumkan memenangi Aktres Terbaik di Elle Style Awards di London, baru-baru ini.

PROFIL

Nama sebenar: Freida Pinto

Tarikh lahir: 18 Oktober 1984

Tempat lahir: Mumbai, Maharashtra, India

Bintang: Libra

Kerjaya: Model, pelakon

Bapa: Frederick Pinto

Ibu: Sylvia Pinto

Adik beradik: Anak kedua daripada dua beradik’

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sastera (Inggeris) dari Kolej St. Xavier, Mumbai

Harian Metro

Mesti Tonton: Dia Bukan Anakku…

7 Feb

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

ANGELINA JOLIE menghidupkan watak seorang ibu yang kehilangan anak dalam Changeling.

Filem terbaru menyayat hati lakonan Angelina Jolie dalam Changeling

Filem: Changeling
Genre: Drama, Thriller
Pengarah: Clint Eastwood
Pelakon: Angelina Jolie, John Malkovich, Jeffrey Donovan, Colm Feore, Jason Butler Harner, Michael Kelly, Gattlin Griffith, Riki Lindhome, Amy Ryan.
Tayangan: Mulai 5 Februari.

SEBUAH filem yang dibuat berdasarkan kisah benar, Changeling meruntun perasaan penonton dengan cerita seorang ibu yang sentiasa berdoa menemui semula anak lelaki yang hilang. Apabila doanya dimakbulkan, si ibu mendakwa, budak lelaki yang dikembalikan polis bukan zuriatnya.

Filem Changeling yang berlatarkan Los Angeles tahun 1930-an, bermula apabila Christine Collin (Angelina Jolie), pekerja di sebuah syarikat telekomunikasi mendapati anak lelakinya tiada di rumah sebaik saja dia pulang. Kerisauan, dia menghubungi pihak polis, hanya untuk mendapat jawapan tetapi mereka tidak akan berbuat apa-apa sehinggalah keesokannya.

Beberapa bulan kemudian, seorang kanak-kanak lelaki ditemui terbiar di sebuah kedai minum di Illinois. Kanak-kanak itu disahkan pihak berkuasa sebagai anak Christine yang hilang dan dibawa balik ke Los Angeles. Namun, sebaik saja melihat budak lelaki itu, Christine mendakwa, bukan anaknya.

Pihak polis kota raya ketika itu mengalami masalah imej di mata masyarakat, mendesak Christine menerima kanak-kanak berkenaan. Kononnya, dengan penemuan itu, masyarakat akan lebih memandang positif pada jabatan berkenaan. Tetapi, Christine lebih mengenali anak sendiri, daripada pihak polis yang mendakwa berlaku perubahan fizikal kepada kanak-kanak itu setelah berbulan-bulan berada dalam tekanan.


Angelina Jolie sebagai Christine Collin dalam filem Changeling.

Enggan menerima pujukan pihak berkuasa, melihat sendiri perbezaan yang wujud antara kedua-dua budak lelaki terbabit dan setelah mendapatkan pengesahan daripada guru sekolah, Christine cuba membawa perkara itu ke mahkamah.

Malangnya, dia dihantar ke pusat rawatan mental sebelum kesnya diberikan perhatian.

Ketika itu, hanya Paderi Gustav Briegleb (John Malkovich) yang menjadi harapan wanita malang berkenaan. Gustav yang sememangnya tidak menyenangi pihak atasan jabatan polis di kota itu berusaha membebaskan Christine, sebelum semuanya hilang dalam dunia yang bagai dikuasai samseng.

Menonton Changeling membawa penonton mengikuti perjalanan emosi berentak duka tetapi penuh harapan oleh seorang ibu yang kehilangan permata tercinta. Tidak mahu mengalah, dia berusaha mencari anak lelakinya, walaupun pada ketika yang sama seorang budak lelaki lain dikembalikan ke pangkuannya.

Eastwood bukan saja memaparkan sebuah drama yang dibentang dengan baik, malah menghidangkan penonton dengan lakonan memberangsangkan oleh teraju utama, yang kali ini bebannya dipikul Angelina. Dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Golden Globe serta Anugerah SAG yang baru berlalu, persembahan Angelina memang mengesankan.

Sebagai ibu yang kehilangan anak, tetapi masih menaruh harapan, emosi Angelina dikira sampai. Banyak kali babaknya memperlihatkan dia menangis, menjerit, merayu, mencabar kebenaran, dan semuanya dijayakan dengan kepujian. Cuma, mungkin kejelitaan aktres itu banyak mengaburi mata, membayangi bakat besar yang dimilikinya.

Pengarahnya juga berjaya membahagikan cerita itu kepada dua cerita yang bagaikan berbeza, walaupun berpaksikan pada tunjang yang sama. Pada ketika si ibu berusaha mencari si anak dan ketika polis cuba membuatkan dia mengakui budak lelaki ditemui mereka sebagai zuriatnya, pada masa yang sama penemuan lain di sebuah kawasan terpencil seakan mengajak penonton mengikuti kisah mendebarkan yang lain pula.

Seorang remaja lelaki ditahan polis kerana terbabit dengan kesalahan juvana. Begitupun, budak lelaki itu mengaku, dia dan seorang lelaki lain melakukan kejahatan yang cukup tidak diduga. Saat itulah, nyawa anak Christine yang hilang, mula menjadi tanda tanya.

Kritikan terhadap kedudukan pihak polis Los Angeles pada era 20-an, pandangan mereka terhadap wanita serta pelaksanaan undang-undang yang dilakukan tanpa bicara, memantapkan lagi isi cerita Changeling, selain dramanya yang menyentuh jiwa. Penggunaan warna yang agak pudar bagi filem ini turut menambah rasa suram seorang wanita yang kehilangan orang tersayang, serta dikira sesuai dengan elemen thriller yang kuat mencengkam.

Berita Harian

Steven Spielberg Honoured With Cecil B De Mille Award

12 Jan

BEVERLY HILLS, California : Steven Spielberg was honoured with the Golden Globes Cecile B DeMille Award here Sunday for his “outstanding contribution to the entertainment field”.

The legendary director of classic films including “Jaws”, “Schindlers List” and “Saving Private Ryan” had already won six Golden Globes during his career with a further 12 nominations.

The last winners of the DeMille award was Warren Beatty while previous recipients have included Al Pacino, Robert Redford, Clint Eastwood, Paul Newman and Alfred Hitchcock.

– AFP/il

Channel News Asia

'slumdog Millionaire' Gets Pre-Oscars Award

5 Dec

NEW YORK: Director Danny Boyle’s ‘Slumdog Millionaire’ was named best film of 2008 by the National Board of Review on Thursday in the first major award of the Oscar season.

Following the likes of indie films like ‘Juno’ and ‘Little Miss Sunshine’, the board’s picks are usually considered as an indicator to the Academy Awards in February.

Having scooped up ‘Best British Independent Film’, ‘Best Director’ and actor Dev Patel as ‘Most Promising Newcomer of the Year’ at the British Independent Film Awards on 30 November, the film grossed over US$3.7 million in the United States alone.

The strengths of ‘Slumdog Millionaire’ lie in its vivid cinematography, upbeat soundtrack and large cast of local talent.

“Slumdog Millionaire, with brilliant direction by Danny Boyle and incredible performances, shares a passionate story about one man’s courage and determination for the woman he loves,” said Annie Schulhof, the board’s president.

Based on the bestselling novel ‘Q&A’ by Vikas Swarup, the film tells the tale of a poor boy in India who gets a shot at winning millions on television game show “Who Wants To Be A Millionaire” as he tried to reunite with his lost love.

‘Slumdog Millionaire’ also walked away with ‘Breakthrough Performance by an actor’ (Dav Patel) and shared the same honour with ‘The Curious Case of Benjamin Button’ for ‘Best Adapted Screenplay’.

Clint Eastwood won best actor for his role as a racist Korean War veteran “Gran Torino”, which he also directed. The film won the prize for best original screenplay.

Anne Hathaway picked up best actress for her role as a rehab patient in “Rachel Getting Married”, while David Fincher was named best director for “The Curious Case of Benjamin Button”.

Supporting actor awards were won by Josh Brolin in gays rights drama “Milk” and Penelope Cruz in Woody Allen’s comedy “Vicky Cristina Barcelona.”

SLUMDOG MILLIONAIRE will be distributed by Golden Village Pictures in Singapore and is slated to open on 5 February 2009.

-CNA/jk

Channel News Asia

Angelina Jolie Vs Jennifer Aniston – Dua Wanita, Satu Cinta

27 Nov


“SELAMAT tinggal Jen, aku kini sedang bahagia dengan Angel,” mungkin ini yang dikatakan oleh Brad Pitt kepada jandanya, Jennifer Aniston.

ANGELINA JOLIE pernah memberitahu bahawa dia mudah jatuh cinta dengan aktor yang digandingkan bersamanya dalam filem.

Buktinya, Angelina berkahwin dengan Jonny Lee Miller pada tahun 1996 ketika bertemu dalam filem Hackers (1995). Mereka kemudian bercerai pada tahun 1999.

Aktres seksi ini kemudiannya berkahwin dengan aktor Billy Bob Thornton yang ditemuinya pada set penggambaran filem Pushing Tin (1999). Pasangan ini berkahwin pada 5 Mei 2000 dan bercerai pada 27 Mei 2003.

Selain dua suami ini, Angelina juga pernah mengejutkan dunia pada tahun 2003 apabila memberitahu dia adalah biseksual dan pernah jatuh cinta dengan aktres Jenny Shimizu. Mereka berdua bertemu ketika berkerjasama dalam filem Foxfire (1996).

Maka, apabila dia dikaitkan dengan Brad Pitt ketika mereka berdua berlakon dalam filem Mr. & Mrs. Smith (2005), ramai yang tidak terkejut. Dia ketika itu dilemparkan kritikan pedas sebagai orang ketiga yang menyebabkan rumah tangga Brad dan Jennifer Aniston musnah.

Dia bagaimanapun berkali-kali menafikan menjadi punca penceraian Brad. Dalam satu temu bual pada tahun 2005, dia menjelaskan, “Bukan senang untuk intim dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin. Semasa ayah saya menipu ibu saya, ia bukan sesuatu yang boleh dimaafkan.

“Saya tidak dapat bayangkan diri saya melakukan sebegini. Saya tidak akan tertarik dengan lelaki yang menipu isterinya.”

Apabila Angelina dan Brad tidak memberi komen secara umum mengenai status hubungan mereka, spekulasi terus menular sepanjang tahun 2005.

Rakaman intim pertama pasangan ini diterbitkan pada April 2005, sebulan selepas Jennifer memfailkan penceraian. Gambar itu menunjukkan Brad, Angelina dan anak angkatnya, Maddox sedang bermain pantai di Kenya.

Mereka kemudian sering kali dilihat bersama dan dilabelkan sebagai pasangan oleh media hiburan seluruh dunia. Hanya pada 11 Januari 2006, Angelina mengesahkan kepada majalah People bahawa dia sedang mengandungkan anak Brad. Ini sekali gus mengesahkan hubungan mereka secara umum buat kali pertama.

Dilabelkan sebagai aktres paling berpengaruh dunia oleh Guinness World Records edisi 2009, Angelina akhirnya membuat pengakuan pada Oktober lalu bahawa dia adalah punca kepada penceraian Brad dan Jennifer.

Angelina, 33, mengaku bahawa dia dan Brad, 44, telah jatuh cinta semasa berganding dalam filem Mr. and Mrs. Smith ketika aktor ini masih suami kepada Jennifer, 39.

Apa yang memeranjatkan ramai adalah Angelina sebelum ini menegaskan bahawa mereka jatuh cinta selepas perpisahan Brad dengan Jennifer.

Tidak pasti secara sengaja atau tidak, Angelina membuat pengakuan tersebut semasa memberitahu dia gembira ketika anak-anaknya melihat ibu bapa mereka dalam filem Mr. and Mrs. Smith apabila ditemu bual oleh sebuah akhbar.

“Tidak ramai yang akan berpeluang menyaksikan filem yang memaparkan bagaimana ibu bapa mereka jatuh cinta,” katanya.


SETELAH perkahwinan mereka gagal, Jennifer masih mencari cinta sejati daripada seorang lelaki.

Pengakuan berani dia itu telah dibalas dengan kenyataan daripada Jennifer. Seolah-olah masih berdendam, Jennifer telah mengeluarkan kata-kata pedas terhadap Angelina ketika ditemu bual oleh majalah Vogue.

“Apa yang dilakukan oleh Angelina itu tidak ‘indah’,” kata Jennifer.

Komen itu adalah yang pertama dibuat Jennifer mengenai hubungan Angelina dan Brad selepas Angelina membuat pengakuan itu. Kritikan berani Jennifer telah membuktikan Jennifer sudah berani dan melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya.

“Saya tidak lagi menanggung perasaan kesal terhadap Brad dan Angelina. Wartawan Vogue itu bertanya soalan kepada saya dan saya hanya menjawab secara jujur.”

Pada Februari lalu, Jennifer dilaporkan sangat kecewa dan berang apabila mengetahui Angelina mengandung lagi hasil hubungan dengan Brad.

Jennifer yang bercerai dengan Pitt pada Oktober 2005 selepas lima tahun berkahwin dikatakan sedih dengan berita Angelina dilaporkan hamil anak kembar.

“Jennifer mungkin kelihatan seperti tidak mempunyai sebarang reaksi dengan berita itu tetapi sebenarnya sangat sedih. Dia amat terperanjat melihat kehidupan Brad yang berkembang dan memiliki anak berbanding dirinya yang bujang.

“Dia seolah-olah terkilan kerana tidak berjaya melahirkan anak buat Brad. Jennifer asyik terfikir apa yang akan terjadi jika dia melahirkan anak untuk Brad. Mungkin perkahwinan mereka dapat diselamatkan,” kata satu sumber kepada majalah Star.

Mungkin ramai yang sudah menerima hubungan pasangan Angelina dan Brad tetapi tidak kurang yang sedang memerhati dan menanti bila mereka akan berpisah. Dan kontroversi mula merebak terutamanya selepas Angelina melahirkan anak kembarnya, Knox Léon dan Vivienne Marcheline pada 12 Julai 2008.

Sejak itu Angelina jarang muncul di khalayak umum dan Brad pula sentiasa keseorangan apabila menghadiri acara karpet merah. Ini yang membuat orang ramai beranggapan hubungan mereka telah berakhir dan Angelina didakwa sedang gila meroyan.

“Saya mencintai Pitt dan hidup saya tidak lengkap tanpanya,” kata Angelina ketika mempromosikan filem terbarunya, The Chageling arahan Clint Eastwood baru-baru ini.

Kenyataan itu membuktikan bahawa hubungan antara Angelina dan Brad masih berada dalam keadaan baik. Malah berita terbaru, Angelina juga mahu meninggalkan dunia lakonan untuk meluangkan masa bersama keluarganya.

“Saya tidak bercadang untuk berlakon untuk jangkamasa yang panjang. Selepas ini mungkin hanya sebuah filem setahun. Kemudian sebuah filem setiap tiga tahun dan sebuah filem setiap enam tahun. Kemudian saya akan menghilang dan menunggu untuk menjadi nenek suatu hari nanti. Itu adalah perancangan saya.”

Angelina dan Brad kini mempunyai tiga orang anak angkat, Maddox, 7, Pax, 5 dan Zahara, 3 dan tiga orang anak kandung, Shiloh, 2, serta kembar Knox dan Vivienne, empat bulan. Dan Angelina memberitahu bahawa dia menyimpan hasrat untuk mengambil anak angkat baru selepas keenam-enam orang anak mereka selesa bersama.

Kosmo

Clint Eastwood Hangs Up His Acting Hat

24 Nov

LOS ANGELES : Hollywood legend Clint Eastwood is retiring from acting after a career that has spanned over 50 years. But fans will still be able to enjoy his work as he has no plans to stop directing.

Eastwood’s last film “Gran Torino” in which he stars and directs, has already been tipped as worthy of an Oscar. It is set to hit Singapore next year.

“That will probably do it for me as far as acting is concerned,” said the 78-year-old.

“You always want to quit while you are ahead,” he said. “You don’t want to be like a fighter who stays too long in the ring until you’re not performing at your best.”

However a friend of Eastwood said he would never rule out an acting comeback for the veteran star.

“If something comes along that attracts his attention or demands his involvement and he is still able to consider acting in a picture then who knows? Gran Torino was such a movie,” the friend said.

Eastwood worked as a petrol pump attendant, a bar-room piano player and a lumberjack before becoming an actor in the 1950s. His 1959 western TV series “Rawhide” turned him into a household name and is best known for his role in the 1971 classic “Dirty Harry” in which he played hard-edged police inspector Harry Callahan.

Eastwood extended his career to directing and has even earned himself two Academy Awards for this work in “Unforgiven” and “Million Dollar Baby”.

In the year ahead, he will direct “The Human Factor”, a movie about the 1955 Rugby World Cup hosted by South Africa, with actor Morgan Freeman starring as Nelson Mandela.

– CNA/km

Channel News Asia