Archive | David Beckham RSS feed for this section

Capello Tidak Rela Lampard Pergi

26 Jul

LONDON – Jurulatih England, Fabio Capello berharap pemain tengah Chelsea, Frank Lampard (gambar) menolak tawaran menyertai kelab gergasi Itali, Inter Milan.

Sebelum ini, jurulatih Inter, Jose Mourinho tidak dapat menyembunyikan keinginannya untuk membawa pemain antarabangsa England itu ke Itali.

Namun, Chelsea tetap dengan pendirian mereka untuk menolak semua tawaran bagi mendapatkan bintang mereka itu.

Capello berkata, jika Lampard kekal bersama Chelsea, ia akan memberi kebaikan bagi skuad kebangsaan England

“Sebagai jurulatih England, saya bersetuju jika Lampard kekal di England,” kata Capello.

Sementara itu, Capello mengakui, dia kekurangan pemain berbakat yang beraksi dalam saingan Liga Perdana England.

“Saya lebih teruk berbanding (jurulatih Itali) Marcello Lippi. Saya mempunyai pemain Wales, Scotland, Ireland,” katanya.

“Dalam saingan Liga Perdana England, hanya 35 peratus pemain adalah rakyat England tetapi di Itali, 72 peratus pemain merupakan rakyat Itali.”

Capello turut mengulangi bahawa tugas membimbing pasukan England adalah yang terakhir dalam karier bola sepaknya.

“Saya akan melengkapkan kontrak bersama England tetapi karier saya akan berakhir bersama pengalaman di England. Begitupun saya berhasrat untuk menamatkan karier dengan melakukan impak pada Piala Dunia 2010,” katanya.

Bekas jurulatih AC Milan, Real Madrid, AS Roma dan Juventus itu juga menegaskan pemain tengah, David Beckham masih lagi mempunyai masa depan yang cerah bersama pasukan England. – Agensi

Kosmo

Hinze Antara Terseksi

26 Jul

SYDNEY – Dua model, Kristy Hinze (gambar), Lara Bingle dan aktres terkenal Australia, Melissa George dan Jodi Gordon termasuk dalam senarai 100 orang paling seksi di dunia oleh majalah Who Weekly, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua lagi aktres popular, Charlize Theron dan Megan Gale serta pemain bola sepak terkenal, David Beckham juga termasuk dalam senarai itu.

Seorang pengacara Australia, Jason Dundas yang merupakan tokoh Bujang Cleo turut disenaraikan.

Bingle mengecapi populariti selepas membintangi iklan kontroversi bertajuk Where the bloody hell are ya? bertujuan mempromosi industri pelancongan di Australia.

Beberapa bintang Hollywood yang tersenarai termasuk bekas pelakon siri komedi Friends, Jennifer Aniston dan hero filem Pirates of the Carribean, Johnny Depp.

Editor majalah Who, Nicky Briger berkata, kejutan berlaku apabila selebriti yang tidak disangka turut tersenarai termasuk pelawak Australia Merrick Watts dan Tim Ross yang lebih dikenali sebagai Merrick dan Rosso.

Hinze pula mendedahkan beliau berasa paling seksi apabila mengenakan gaun yang menawan dipadankan dengan sepasang kasut tumit tinggi.

“Saya juga berpendapat sifat kelakar juga seksi. Lelaki biasanya berubah menjadi lebih seksi apabila mereka semakin berumur dan lebih mendalami diri mereka,” katanya. – Agensi

Kosmo

Kelahiran Jenama Artis

17 Jul

PERUBAHAN stail dan fesyen di pasaran berlaku selalunya disebabkan pengaruh golongan selebriti. Apa yang dipakai pastinya menjadi ikutan ramai terutama bagi peminat mereka.

Maka ramai pereka fesyen, jenama dan produk mengambil langkah menggunakan artis sebagai titik jualan mereka. Menyedari keuntungan yang boleh diperoleh daripada industri fesyen, ramai golongan artis kini mengambil peluang untuk melahirkan jenama sendiri.

Dan daripada semua artis yang pernah melahirkan jenama seperti Mariah Carey, Gwen Stefani, Kimora Lee Simmons, Britney Spears, Sarah Jessica Parker dan Paris Hilton, semuanya mengaut keuntungan besar.

Oleh itu, semakin ramai artis yang mengikuti jejak mereka dengan menghasilkan pelbagai produk dengan menggunakan nama popular masing-masing. Berikut adalah beberapa artis yang sedang bergiat dalam dunia fesyen.

Pakaian dalam Jessica Simpson

Jessica Simpson sudahpun melancarkan jenama beg tangan, kaca mata hitam, kasut dan pakaian renang. Dan terbaru dia melancarkan pakaian dalam dan berharap ia juga akan diterima baik seperti jenamayang lain.

“Saya sendiri sukakan pakaian dalam untuk acara berbeza. Pakaian dalam adalah hebat kerana ia boleh mengubah seseorang wanita kepada mood seksi atau kewanitaan,” kata Jessica.

Simpson yang sedang bercinta dengan Tony Romo juga berjanji untuk menawarkan koleksi pakaian dalam yang membantu membentuk tubuh badan wanita.

Pakaian dalam Simpson merangkumi baju dalam, seluar dalam serta pakaian malam dan bakal dijual di pusat membeli belah Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Rangkaian pakaian senaman Jennifer

Meminati senaman, Jennifer Lopez sudah bersedia untuk mereka rangkaian pakaian senaman miliknya. Penyanyi ini yang baru sahaja melahirkan anak kembar, Max dan Emme pada Februari lalu ingin menghasilkan seleksi pakaian yang tidak terlalu mahal dan selesa kepada kaum wanita ketika mereka bersenam.

Lopez kini sudah mempunyai jenama fesyen tersendiri iaitu J.Lo. Sweetface dan JustSweet. “Dalam koleksi jenamanya sudah pun memiliki pakaian kasual. Tetapi dia inginkan sesuatu yang eksklusif untuk senaman seperti seluar yoga, seluar menari dan seluar panjang. Dia mahu pembelinya kelihatan menarik di gim serta di jalanan. Bukan itu sahaja, dia mahu pakaiannya dijual dengan harga berpatutan,” kata seorang rakan rapat.

Dan selepas melahirkan anak kembarnya pada 22 Februari lalu, J.Lo telah membelanjakan sebanyak AS$50,000 (RM163,000) untuk membina gim di rumahnya bagi membantu dia menurunkan berat badan.

Dia telah berusaha sejak dua bulan lalu untuk mendapatkan semula bentuk badan selepas berat badannya meningkat sebanyak 50 paun (22.6 kilogram).

Kate lancar minyak wangi baru

Selepas minyak wangi pertamanya dengan kerjasama Coty Beauty menerima sambutan memberangsangkan, Kate Moss bercadang untuk mengeluarkan minyak wangi baru di bawah jenamanya. Model terkemuka itu telah menyuarakan hasrat untuk mengembangkan jenama minyak wanginya dengan mengeluarkan koleksi terbaru.

“Dengan minyak wangi yang pertama, saya ingin sesuatu yang menggambarkan keperibadian saya tidak kira sisi putih atau hitam diri saya. Itu merupakan wangian pertama dan saya mahu mengembangkan perniagaan ini,” kata Moss.


KATE MOSS muncul dengan jenama wangian sendiri.

Selain daripada itu, Moss juga mempunyai kontrak kerjasama dengan syarikat pakaian Top Shop yang dilaporkan membayar dia £3 juta (RM19.2 juta) untuk mereka rangkaian pakaian untuk jenama tersebut.

Rangkaian pakaian itu mendapat pelbagai kritikan tetapi popular di kalangan orang awam.

Produk kosmetik Avril Lavigne

Biarpun masih muda, Avril Lavigne bijak membuat duit dan terbaru dia bercadang untuk melancarkan koleksi kosmetik termasuk minyak wangi, syampu dan sabun mandi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Girlfriend telah menghantar borang permohonan Disember lalu sebagai langkah pertama dalam mendaftarkan jenama kosmetiknya.

“Minyak wangi, losyen sebelum dan selepas bercukur, minyak mandi, sabun mandi, gel mandi, syampu mandi, tisu yang mengandungi losyen kosmetik, susu mandian, losyen badan dan tangan, krim badan serta bedak adalah kosmetik yang ingin saya jual,” kata Lavigne.

Jika berjaya, Lavigne merupakan antara artis terbaru melancarkan jenama kosmetik selepas Britney Spears, Paris Hilton, Hilary Duff, Jennifer Lopez, Gwen Stefani dan Kate Moss.

AVRIL LAVIGNE bijak mencatur masa depan dengan melancarkan koleksi kosmetik sendiri.

Minyak wangi Lopez, Glow dan Live Luxe berjaya mengaut keuntungan sebanyak AS$77 juta (RM251 juta) pada tahun 2006.

Manakala minyak wangi Victoria Beckham, Intimately Beckham adalah antara minyak wangi popular sebagai hadiah Krismas tahun lalu.

Baju rekaan Rod Stewart

Penyanyi veteran Rod Stewart juga melancarkan jenama pakaiannya sendiri. Rangkaian pakaian termasuk baju-T, pakaian sukan dan seluar dalam yang mempunyai rekaan hati dengan ayat Isn’t it Romantic? di bahagian depan.

Kebanyakan rekaannya yang boleh diperoleh daripada laman web rasminya memaparkan lirik daripada lagunya termasuk You’re In My Heart.

Stewart yang merupakan suami kepada model Penny Lancaster, terkenal dengan stail fesyennya yang unik dan pernah membuat persembahan dengan pelbagai kostum berwarna-warni dan ganjil.

“Saya rasa koleksi pakaian Rod pastinya bakal menarik perhatian ramai,” kata ketua sekolah tekstil dan fesyen, Glasgow, Scotland, Jimmy Stephen-Cran.

Ayah kepada tujuh orang anak bukan orang pertama dalam keluarganya menceburi bidang rekaan pakaian. Anak perempuannya, Kimberly turut mempunyai jenama sendiri, Pinky Star Fish.

P. Diddy mahu David untuk fesyen

Oleh kerana terlalu mengagumi stail David Beckham, P. Diddy ingin berkolaborasi dengan pemain bola sepak itu untuk melahirkan rangkaian fesyen baru.

Penyanyi rap ini dan Beckham telah menjadi rakan rapat selepas dia P.Diddy dilihat berparti di rumah Beckham di London tahun lalu.

DAVID BECKHAM

P. Diddy yang sudah memiliki jenama sendiri bernama Sean John mahu menukar hubungan persahabatan mereka kepada kerjasama perniagaan dan melancarkan projek fesyen bersama.

“Dia lelaki yang berstail. Saya berharap dapat bekerjasama untuk menjayakan koleksi baju bersama Beckham. Rasanya kami berdua akan menjadi rakan kongsi yang hebat. Dia pernah bekerjasama dengan Snoop Dogg untuk menghasilkan koleksi kasut.

“Tetapi saya mahu berganding dengan dia dalam industri fesyen. Saya sudahpun mempunyai rangkaian minyak wangi dan pakaian. Dan saya berharap supaya dapat bekerjasama dengannya dalam projek akan datang,” kata P. Diddy.

House of Dereon milik Beyonce

Berbekalkan imej seksi dan stail terkini, pakaian rekaan Beyonce Knowles pastinya menjadi rebutan ramai. Bekas anggota kumpulan Destiny’s Child ini telah menandatangani kontrak bersama pembekal, Tarrant Apparel Group untuk mengedarkan pakaiannya yang direkanya bersama ibunya, Tina Knowles.

BEYONCE KNOWLES

Koleksi pakaian itu yang diberikan nama House of Dereon sebagai penghormatan kepada neneknya, Agnes Dereon menyasarkan kepada wanita berusia antara 18 hingga 28 tahun.

“Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk melancarkan jenama ini. Saya mempunyai cita rasa yang luas. Ibu saya pula mempunyai idea yang hebat yang diminati ramai. Saya menyukai pakaian daripada generasi nenek dan ibu saya serta barangan kontemporari,” kata Beyonce kepada Associated Press.

Selain daripada pakaian, penyanyi ini yang baru mendirikan rumah tangga bersama Jay-Z juga melancarkan kasut, minyak wangi, barang kemas dan aksesori lain.

Pakaian mengandung Nicole Richie

Selepas melahirkan anak perempuan, Harlow Winter Kate Madden pada 11 Januari lalu, Nicole Richie telah mengumumkan bahawa dia akan melancarkan rangkaian pakaian untuk ibu mengandung serta koleksi barang kemas.

NICOLE RICHIE mahu membantu wanita mengandung supaya kekal cantik dan bergaya melalui koleksinya.

Richie yang menyatakan hasratnya itu semasa menghadiri pembukaan kedai baru Balenciaga di Los Angeles dua bulan lalu. Dia juga memberi kredit kepada pereka Balenciaga, Nicolas Ghesquiere kerana membantunya kelihatan menarik sepanjang dia mengandung.

Maka, impiannya sekarang adalah untuk membantu setiap wanita untuk kelihatan menarik semasa mereka mengandung.

“Saya memakai begitu banyak pakaian Balenciaga semasa saya mengandung dan telah memberikan inspirasi kepada saya. Fokus utama koleksi pakaian saya adalah untuk menjadikan setiap wanita berasa selesa dan cantik pada jangkamasa emosi itu.

“Saya mahu setiap wanita menonjolkan diri dan bukannya kelihatan penat,” kata Nicole kepada wwd.

Kosmo

Football: Beckham Highlights MLS All-Star Lineup

11 Jul

NEW YORK – David Beckham, who is Major League Soccer’s marquee player, will play in the MLS All-Star game to be held later this month against West Ham United in Toronto.

Former England skipper Beckham is expecting a close match with West Ham, the English Premier League club nearest to his childhood home in east London.

“I’ve played against a few of the players before in the Premiership. It’s going to be a tough game,” Beckham said.

“They’re preparing for the season, so they’ll be working hard to get their fitness and it will be an interesting game.”

Joining Beckham on the MLS team is Mexico’s Cuauhtemoc Blanco following voting by fans, coaches and the American media.

Between them Beckham, of the Los Angeles Galaxy, and Blanco, of the Chicago Fire, have a combined 197 international caps and five World Cup appearances.

Also in the selection, which will be boosted next week with an additional five selections by All-Star team coach Steve Nicol and two picks from MLS Commissioner Don Garber, is Beckham’s Galaxy teammate and MLS leading scorer this season Landon Donovan.

Donovan will be appearing in his seventh straight All-Star selection at the age of 26. – AFP/vm

Channel News Asia

Golf: Woods Will Become World's First Billionaire Athlete By 2010

10 Jul

NEW YORK – Tiger Woods is on pace to pass one billion US dollars in career earnings by 2010, becoming the world’s first billionaire to accumulate his fortune by playing sports, says Forbes Magazine.

The 14-time major championship winner earned 115 million US dollars in 2007 alone, said the American magazine which annually ranks the world’s richest people with its Forbes’ Celebrity 100 list.

English footballer David Beckham was the No. 2 sportsman on the list with earnings of 65 million US dollars.”It will be an unprecedented occurrence,” the magazine said.

“There are plenty of billionaires who have excelled at sports like Switzerland’s richest man and champion sailor Ernesto Bertarelli. But there are no billionaires who accumulated their fortune by playing sports.”

The magazine goes on to say in its Wednesday edition that while tycoons like Bill Gates accumulated his wealth by holding a stake in a company with soaring profits, Woods is unique because his massive fortune was earned through pay cheques.

Woods is a sports marketers’ dream, having earned more than 750 million US dollars in endorsement deals to date in his career.

At 32, Woods has won 50 tournaments faster than any player and is closing in on Jack Nicklaus’ record of 18 major championship wins.

The nine-time PGA player-of-the-year is extremely popular and likeable.

When he is playing in a tournament, television ratings increase by at least one third and often more –like his recent stunning victory at the US Open in San Diego.

He has lucrative endorsement and sponsorship deals with companies like Nike, Buick and Gillette which help make up nine-tenths of his totals earnings and will land him 90 million US dollars in 2008, says Forbes.

Nike Golf registered over 600 million US dollars in sales in 2007.

The American shoe giant didn’t even have a golf line of shoes and clothing before it signed Woods to a contract in 1996.

Gatorade is also launching a new line of sports drinks, called Gatorade Tiger.

Woods is expected to miss the remainder of the golf season, while he recovers from knee surgery.

He captured the 2008 US Open in a playoff despite playing with a torn ligament in his left knee. – AFP/vm

Channel News Asia

Beckham Syak Victoria Curang

8 Jul


VICTORIA dan Dash sering menghabiskan masa berdua-duaan di studio. Gambar kanan, Beckham.

DALAM pada heboh sebelum ini berita mendakwa David Beckham berlaku curang terhadap isterinya, Victoria, perkara yang sebaliknya pula berlaku.

Pemain bola sepak bertaraf selebriti Hollywood itu sebenarnya dikatakan bimbang isterinya pula yang curang.

Ini kerana Victoria pernah menghabiskan banyak masa bersama penerbit album R&B, Damon Dash.

Hal yang berlaku pada tahun 2002 itu didedahkan sendiri oleh Dash baru-baru ini. Dash sebenarnya diupah untuk menerbitkan album solo kedua Victoria yang muncul solo selepas Spice Girls berpecah.

Kedua-dua Victoria dan Dash sering menghabiskan masa berdua-duaan di studio bagi menjayakan rakaman album tersebut.

Dash menegaskan dia perasan Beckham dihimpit perasaan cemburu melihat kemesraan dirinya bersama Victoria, malah pernah mengesyaki mereka berdua membuat hubungan sulit.

Beritahu Dash kepada Contactmusic, “Saya tidak salahkah David kalau dia cemburu. Saya faham. Ini kerana saya menghabiskan banyak masa bersama isterinya yang jelita itu. Saya fikir dia mengesyaki saya dan Victoria membuat hubungan sulit.”

“Saya tahu David dan Victoria ada membincangkan mengenai perkara itu. Tetapi semua orang tahu saya dan Victoria hanya kawan.”

Kosmo

Kediaman Kemas Terapi Minda

6 Jul

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my


KEMAS dan tersusun membuatkan ruang sempit tampak selesa.

Dankerina banyak membeli aksesori hiasan rumah ketika melancong

JIWANYA begitu mencintai ketenangan. Justeru, Dankerina memilih warna ungu sebagai asas melatari segenap ruang tamu kediaman jenis apartmen tiga biliknya yang terletak di Taman Sri Ukay, Kuala Lumpur.

Kediaman yang dibeli tujuh tahun lalu dan mula didiami sejak lima tahun dulu menyerlahkan ciri feminin dan romantis sesuai untuk melepaskan lelah selepas seharian penat mencari rezeki.

Dankerina berkata, kediaman yang kemas dan tersusun rapi menjadi terapi terbaik untuk menenangkan fikiran. Dia mengambil pendekatan paling mudah dan garapan kediaman seperti resort sebagai inspirasi untuk menghias.

“Idea menghias biasanya datang daripada pelbagai sumber. Pembacaan juga kadang-kadang mencetuskan ilham untuk saya menghias. Malah, peluang berjoging di kawasan rumah orang kaya juga saya gunakan untuk ‘mencuri’ idea sebelum diterap di rumah sendiri,” katanya seraya menunjukkan pintu utama rumahnya yang unik.

Mereka yang mendiami apartmen mungkin tidak berani mempertaruhkan privasi dengan meletakkan pintu bercermin sebagai pintu utama tapi tidak bagi Dankerina. Sesekali katanya, ada juga anak jiran mengintai ke dalam rumahnya tapi ia langsung tidak menjejaskan waktunya untuk beristirehat.


KAIN batik Indonesia dipotong tiga, kemudian dibingkai, cantik untuk perhiasan.

Danker juga tidak lokek melabur semata-mata untuk melihat kediamannya bertukar wajah. Selain perabot dapur pasang siap kekal, dia juga memperuntukkan sejumlah wang untuk mengubah balkoni rumahnya.

“Pintu gelungsur dipecahkan dan saya biarkan balkoni terbuka luas tanpa pintu. Ruang sempit yang ada juga saya hiaskan dengan kolam ikan yang dibina sendiri. Para sebagai pengganti cucur atap pun ada, cadangnya hendak tanam pohon anggur tapi sehingga kini benihnya tidak terbeli.

“Pancur dari kolam yang dibina menderu bersama angin begitu nyaman pada pendengaran. Tapi sayangnya, ikan yang dibela tidak hidup lama, tinggal seekor saja lagi,” katanya tertawa kecil.

Satu lagi kegemaran Danker adalah menghias dinding dengan bingkai besar. Seperti katanya, menghias kediaman dengan aksesori kecil menyebabkan kediaman sempit bertambah sesak.


TEMPAYAN besar bersama lampu siling, unik dan tersendiri.

“Ada rakan yang tidak percaya apabila saya beritahu, bingkai tiga keping itu asalnya sehelai kain batik yang dibeli ketika melancong ke Indonesia. Tapi disebabkan warnanya sepadan tema kediaman, saya gunting dan bingkaikan sebelum dipamer di ruang tamu,” katanya.

Danker juga mengakui aksesori hiasan rumahnya banyak dibeli ketika melancong ke Bangkok dan Indonesia. Misalnya bunga orkid ungu dan merah jambu yang banyak menghias pasu besar di segenap ruang rumah.

“Semuanya saya beli dan gubah sendiri. Sehingga ada yang dijual kepada kawan kerana masing-masing suka dan ingin jadikan sebagai hiasan rumah,” katanya yang meletakkan pasu besar secara padanan sepasang kerana baginya konsep padanan melengkapkan dekorasi.

Cita rasa Danker terhadap seni hiasan dalaman juga amat tinggi, buktinya seluruh ruang tamu dan bilik utama rumahnya dihias dengan perabot kayu jati dari kedai perabot kesukaannya iaitu Jatimas.

Walaupun ruang terhad, namun kebijaksanaannya menyusun atur perabot membuatkan ruang tetap kelihatan teratur. Satu katil siang bertiang tinggi, katil siang tanpa tiang, meja ketapang, rak televisyen dan set meja makan berkerusi enam terletak elok di ruang utama menanti kedatangan tetamu.

“‘Day bed’ dihias dengan bantal empuk yang bersarung cantik bermotif orkid dan ikan emas sememangnya dibeli khas supaya selaras dengan tema ungu. Langsir juga saya beli warna sepadan dan ditempah jahit di Nilai,” katanya yang memang sukakan warna ungu.

Uniknya, meja makan yang asalnya berkerusi empat digabung dengan kerusi kopi berpenyandar rendah dan diletakkan membelakangkan kawasan beristirehat.

“Hasilnya, ruang tampak luas dan tersendiri. Jika ada majalah yang datang ambil gambar pun, ia nampak cantik. Bagi menampakkan ruang sempit tambah luas, saya gantung cermin besar di ruang tamu,” katanya.

Menjengah ke bilik tidur utama, perasaan ingin membuai mimpi menggamit diri. Katil kayu bertiang tinggi dihias cadar dan langsir serba putih membuatkan ruang tampak romantis. Ruang dinding tidak dibiar kosong tapi dihias bingkai gambar pemain bola sepak ternama, David Beckham.

“Cadar dan comforter bukannya yang berjenama. Semuanya yang terpakai dan dibeli dari peniaga cadar terpakai di Bazaria Setapak. Oleh kerana selalu ke sana, peniaga di sana sudah kenal saya dan turut menyimpan cadar putih yang masih elok untuk saya,” katanya.

Info

  • Lampu terendak di kamar beradu Dankerina ditempah khas di Trust Lighting kerana dia memang sukakan rekaan kemas yang dihasilkan jenama itu. lampu terendak itu akan disuai padan dengan barangan perhiasan rumah yang lain.
  • Pemilihan pintu kayu dengan sisipan panel kaca sebagai pintu utama menyerlahkan isi dalam rumah.
  • Bilik tidur yang tidak digunakan diubahsuai sebagai bilik persalinan lengkap dengan meja solek dan kabinet pakaian pakai siap bagi menyimpan koleksi pakaian Dankerina. Kos pemasangan kabinet dan pintu utama rumah didapati secara pakej bernilai sekitar RM350.
  • Rumah Dankerina selalu dijadikan set penggambaran untuk drama dan klip video.
  • Dankerina memperuntukkan sekitar RM2,000 untuk memecahkan pintu gelungsur di balkoni dan menghias taman kecilnya itu. Kini balkoni rumahnya tiada sebarang halangan dan turut dihias dengan taman kecil yang dimuatkan air pancur bersama kolam ikan. Dankerina memasang sendiri jubin bercorak pada dinding balkoni malah pagar balkoni juga diruntuhkan dan beliau sendiri membina tembok simen.
  • Dankerina memasang kabinet dapur pasang siap dengan kos RM1,000 kerana dia tidak mahu ruang sempit itu terpinggir. Malah, dapurnya juga lengkap dengan ketuhar, hud dan dapur masak.
  • Bilik tidur utama yang nyaman dengan garapan warna putih tidak memerlukan kos tinggi. Cadar dan gebar (comforter) dibeli dengan harga RM30 hingga RM75 dan keadaannya juga masih elok. Ada juga set cadar dan gebar terpakai yang dibelinya dari jenama terkenal seperti Elle.

    Berita Harian