Archive | Diana Rafar RSS feed for this section

Lisa Surihani Peguam Dan Pelakon

24 Aug

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
Solekan Reiza Amour (012-3208530)
Pakaian I Nee By Melson (012-3819726)

TANPA diduga, gadis yang memiliki raut wajah manja dan cantik ini rupanya begitu petah berbahasa Melayu dan Inggeris ketika membincangkan masa depan dan kerjayanya, membuatkan beliau kelihatan lebih matang daripada usianya.

Sesi fotografi yang diaturkan Sabtu lalu di studio Utusan berjalan lancar dengan kehadiran Lisa Surihani Mohamed, 22 tepat seperti masa yang dijanjikan. Dengan gaya ringkas dan bersahaja, Lisa kelihatan memiliki kecantikan semula jadi tanpa calitan solekan.

Walaupun rekaan busana yang dibawa oleh pereka, Melson tidak bertepatan dengan imej Lisa yang gemar berpakaian sopan dan ringkas, namun pelakon muda ini tetap memakainya agar tidak menghampakan permintaan pereka.

Ternyata personaliti Lisa tampak sederhana dan rendah diri.

Begitulah sikapnya yang sentiasa menghargai orang lain dan membuatkan orang sekelilingnya selesa berbicara dengannya. Tema wanita elegan serta jelita dan ala-ala Inggeris ketika sesi fotografi itu seakan serasi dengan penampilan Lisa.

Kebetulan kulitnya cerah ditambah dengan tata rias wajah yang jelita.

Sekilas pandang, wajahnya sekan-akan iras pelakon Diana Danielle. Namun, Lisa memiliki kejelitaan dan perwatakan yang tersendiri.

Teringat satu artikel yang ditulis oleh seorang rakan penulis pada 13 Ogos tahun lalu, yang menyebut, “Lisa Surihani heroin baru filem Melayu”. Mungkin betul kata rakan penulis kerana selain rupa, Lisa memiliki bakat dan ilmu.

Apatah lagi Lisa berjaya menggondol Anugerah Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM 21) baru-baru ini. Mungkin Lisa akan menjadi heroin baru pilihan pengeluar filem tempatan dan menjadi rebutan suatu hari nanti.

“Saya menganggap itu sebagai rezeki dan satu tekanan yang positif. Saya masih baru dalam bidang ini dan banyak lagi yang perlu saya pelajari,” ujarnya.

Lisa sebenarnya terkejut dan pada pendapatnya, kemenangan ini bukan bermakna dia sudah mampu berdiri setaraf dengan pelakon popular lain. Baginya, kemenangan ini merupakan pembakar semangat untuk dia terus maju dalam bidang ini.

“Saya sedar saya pelakon baru. Saya tidak langsung menjangkakan kemenangan ini. Saya amat berterima kasih kepada keluarga, MIG, pihak media dan Pierre Andre. Tidak lupa kepada pereka baju saya pada malam FFM 21, Nik Erwan ,” katanya.

Lisa, pendatang baru dalam dunia lakonan mengenepikan Julia Ziegler (Kayangan), Mas Muharni (Wayang), Avaa Vanja (Kala Malam Bulan Mengambang) dan Diana Rafar (Susuk).

Walaupun menerima ijazah luar negara, Lisa sebenarnya lebih memuja artis tempatan sebagai idola lakonannya seperti Rosyam Nor, Farid Kamil, Vanidah Imran dan Sharifah Amani .

Sentiasa ditemani ibu, Siti Amira Ahmad, 58, Lisa baru sahaja menamatkan pengajian undang-undang di Universiti Aberystwyth, Wales, United Kingdom.

l Bakal jadi peguam

Ditanya tentang perancangannya selepas ini sama ada memilih bidang lakonan atau peguam, Lisa memberitahu minatnya terhadap kedua-dua bidang ini sangat mendalam.

Sementara menanti keputusan melakukan Certificate of Legal Practice (CLP), dia mahu memanfaatkan masa dengan mengembangkan bakat seni yang ada dalam dirinya.

“Saya memang nak amalkan apa yang saya belajar. Saya merancang untuk mengambil kursus CLP hujung tahun ini. Ikutkan saya memang hendak buat kedua-dua bidang ini serentak,” jelasnya yang yang memang bercita-cita sebagai peguam.

Kini, segala jadual dalam bidang lakonan diatur oleh pihak MIG Production dan terbaru, Lisa sibuk di lokasi pengambaran Samarinda, Obsesi.

Walaupun masih digelar bintang baru dalam dunia perfileman, Lisa sebenarnya telah menceburi bidang ini sejak berusia 11 tahun dan ketika itu dia muncul dalam drama, Double. Dia kemudian melangkah setapak demi setapak dalam bidang hiburan ini sebagai model iklan, pengacaraan dan lakonan.

Jelas waktu itu, Lisa mula bijak mengatur jadual pembelajarannya dan dia sendiri tidak pernah hanyut dalam dunia glamor.

“Itu yang saya belajar untuk bijak memilih masa dan seperti lakonan saya dalam I’m Not Single, pengambaran dilakukan selepas tahun kedua dan ketika itu saya tidak mempunyai masalah membahagi masa antara pelajaran dan lakonan,” katanya yang kali terakhir muncul dalam telemovie, Goodbye Boys.

Selain itu, Lisa juga pernah mengacara program X-Fresh TV, Whoa! dan X-presi bersama Dafi AF5 dan akan muncul dalam sebuah telemovie, Anak Merdeka terbitan MIG yang akan disiar sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-51 nanti.

l cinta bidang lakonan

Berkisar soalan peribadi, Lisa mengakui dia sentiasa diajukan soalan tentang siapa di hatinya kini. Jelas di wajah gadis manis ini, dia kurang bersedia berkongsi rahsia hatinya berbanding perjalanan kariernya sekarang.

“Sekarang ini tumpuan saya hanya cinta terhadap bidang lakonan. Saya masih muda lagi dan buat masa ini saya lebih selesa berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya ingin kerjaya saya lebih menonjol berbanding kisah peribadi dan buat masa kini, saya boleh katakan banyak benda yang perlu saya pelajari,” ungkapnya ringkas.

Serasi berlakon bersama Farid Kamil di lokasi pengambaran I’m Not Single dan hero-heroin ini kelihatan sepadan ketika menghadiri FFM 21 baru-baru ini, Lisa mengakui Farid seorang yang baik.

“Farid seorang yang berbakat. Saya bertuah dapat berlakon bersamanya dan kami bekerjasama dengan baik. Selain itu, bagi memudahkan kami menghayati watak masing-masing, kami saling berbincang,” jelasnya.

Mengakui dalam bidang ini dia perlu bersedia berhadapan dengan pelbagai gosip, Lisa lebih gemar mendiamkan diri.

“Dalam industri ini, kita tidak perlu melatah. Namun biarlah gosip itu terutamanya khabar angin tidak memalukan keluarga dan menjatuhkan maruah saya,” katanya yang gemar membaca, melayari Internet dan menonton wayang.

Utusan Malaysia

Obses Cantik

24 Aug

SERAUT wajah manis dengan mata bundar telah lama menggoda khalayak. Aksinya bukan sekadar di kaca televisyen selaku pelakon, tetapi juga sempat memeriahkan industri seni sebagai seorang penyanyi. Dia, Adiana Abdul Rafar atau Diana Rafar, namanya sudah lama harum.

Bergelumang dengan dunia seni selama belasan tahun juga tidak membuat dia terlepas daripada kontroversi hiburan. Tahun 2006 menyaksikan betapa dia diburu dengan skandal ‘cinta’ paling hangat ketika itu – kononnya menjadi pujaan penyanyi Mawi.

Tetapi pantas skandal itu ditepis baik. Barangkali kerana si empunya diri sudah masak dengan politik dunia hiburan. Kini, usai kontroversi tersebut, Diana, 26, memicu kerjanya lebih kemas.

Seakan mendapat semangat baru, Diana kembali menyemarakkan dunia lakonan apabila muncul sebagai Lisa, seorang wanita materialistik menerusi drama bersiri Exora yang kini sedang hangat ditayangkan di televisyen setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 petang di TV3.

Bersama hangatnya Exora, Diana juga buat julung kalinya memukau khalayak dengan persembahan perdananya dalam filem Susuk.

Menjadi Soraya, seorang jururawat yang obses menjadi cantik, kekasih pelakon Zamarul Hisyam ini mempunyai persepsi sendiri terhadap kecantikan.

Mengaku biar begitu menitikberatkan soal kecantikan, namun tidak pula dia sampai terjebak menggunakan amalan susuk.

“Saya percaya pada kecantikan dalaman dan setiap manusia pasti akan tua. Jadi biar proses ini terjadi secara semula jadi.

“Cuma saya akui, saya dan kakak-kakak yang lain memang mengamalkan makan jamu dan suplemen untuk kekal sihat.”

Seiring obsesnya Diana terhadap kecantikan juga telah membuat dia mengorak langkah membuka sebuah spa bernama D Lugano beberapa bulan lalu.

Spa ini menjadi tanda aras kepada kecintaannya terhadap dunia kecantikan, yang kata Diana juga adalah amat sinonim dengan kaum wanita.

Sementara mengulas tentang hubungan lima tahunnya dengan Zamarul yang diinginkan berakhir dengan ikatan perkahwinan, dia memberitahu cinta mereka tidak mahu menjadi berat atas desakan orang.

Katanya: “Kahwin itu hak saya, jadi saya harap semua pihak mengerti diri saya. Tak perlu tergesa-gesa. Sampai masanya pasti perkara yang baik itu akan

terlaksana.”

Kosmo

Pick Of The Lot

5 Aug

Films with strong social messages like Anak Halal starring Fasha Sandha (left) and Farid Kamil, stand a good chance of winning the best picture award.
Films with strong social messages like Anak Halal starring Fasha Sandha (left) and Farid Kamil, stand a good chance of winning the best picture award.

It’s going to be a tough fight for the Malaysian Film Festival awards as some of the best names in the film industry are being pitched as winners, writes SHARIFAH ARFAH

Best director nominee Mamat Khalid (left) directs best actor nominee Rosyam Nor in Kala Malam Bulan Mengambang which secured eleven nominations.
Best director nominee Mamat Khalid (left) directs best actor nominee Rosyam Nor in Kala Malam Bulan Mengambang which secured eleven nominations.

Erra (right) and Ida Nerina in a scene from horror film Anak. Erra's strong performance secured her a best actress nomination.
Erra (right) and Ida Nerina in a scene from horror film Anak. Erra’s strong performance secured her a best actress nomination.

THE 21st instalment of the Malaysian Film Festival (FFM21) comes closer to its conclusion with Monday’s announcement of the top five in each of the 22 categories (except for Best Film and Best Original Theme Song, which will both be revealed on the awards night).

The festival will be held from tomorrow to Saturday (awards night).

Though the organisers have decided to save the best (Best Film category) for last, this category is the one most closely watched and most speculated on by local movie pundits and fans alike.

This year, 23 feature films have been nominated for Best Film.

Of this, three films – Anak Halal, Kala Malam Bulan Mengambang and Wayang – secured more nominations than any other feature film.

Previously, Osman Ali received critical acclaim for Bukak Api, a film about sex workers in Chow Kit.

Though his first feature film, Puaka Tebing Biru, was panned by critics, Osman stands a good chance of proving his critics wrong about his ability to make it in the commercial movie industry with Anak Halal, getting the most number of nominations at 12, including for Best Director.

Mamat Khalid scores with Kala Malam Bulan Mengambang, a neo-noir parody that tickles the audience.

It has the edge over others in that it’s a groundbreaking genre in local filmmaking.

The black-and-white film is said to be technically demanding, while the strong script boast an entertaining story about mysterious disappearances, conspiracies and ghostly presence.

Dr Hatta Azad Khan’s last film was Mat Som, a story on the life of a struggling reporter based on a comic book by Datuk Lat.

Dr Hatta, after a hiatus from the film industry, has come up with a gem called Wayang. It chronicles the life of a tok dalang (puppet master, played by Eman Manan) who takes a blind boy and a speech-impaired girl under his wing, imparting to them his shadow puppetry skills in the process.

Note the absence of Susuk co-director Naeim Ghalili who co-directed the film with Amir Muhammad and Sepi director Kabir Bhatia as nominees.

It is understood that the festival celebrates local films and film crew. But the presence of foreigners who help enliven our industry may become a more frequent trend in the future.

Sepi marks Kabir’s second foray into the festival (his first directorial effort, Cinta, won Best Film in last year’s festival).

In terms of genre, films that are multiple-nominated have interesting storylines that comment on social norms, for instance, drug addiction (Anak Halal), and the erosion of tradition (Wayang).

Meanwhile, Kala Malam Bulan Mengambang and Dunia Baru the Movie prove that lighthearted flicks don’t necessarily need to rely on one-liners or slapstick-style comedies.

Another interesting field to watch out for is the best actor category, where heavyweights – Eman Manan, Adlin Aman Ramlie and Rosyam Nor – have equal chance of clinching the Best Actor category.

Adlin is also nominated in the Best Supporting Actor category (for his role in 1957: Hati Malaya), where he is taking on Zul Huzaimy, who brilliantly portrayed Eman’s blind apprentice in Wayang.

As for Best Actress category, Erra Fazira’s portrayal of a conflicted and emotionally-battered woman is award-winning material, at least in my opinion.

She played her role with raw conviction, and probably the best in her career so far.

The race is on!

Here are some of the nominees for the 21st Malaysian Film Festival:

Best Director

Hatta Azad Khan
- Wayang
Shuhaimi Baba
- 1957 Hati Malaya
Ahmad Idham
- Congkak
Mamat Khalid
- Kala Malam Bulan Mengambang
Osman Ali
- Anak Halal

Best Actor

Afdlin Shauki
- Sepi
Adlin Aman Ramlie
- Susuk
Rosyam Nor
- Kala Malam Bulan Mengambang
Eman Manan
- Wayang
Farid Kamil
- Anak Halal

Best Actress

Maya Karin
- Anak Halal
Erra Fazira
- Anak
Nur Fazura
- Kayangan
Nasha Aziz
- Otai
Vanidah Imran
- Akhirat

Best Supporting Actor

Zul Huzaimy
- Wayang
Farid Kamil
- Kala Malam Bulan Mengambang
Adlin Aman Ramlie
- 1957 Hati Malaya
Eizlan Yusof
- Impak Maksima
Fauzi Nawawi
- Anak Halal

Best Supporting Actress

Nabila Huda
- Akhirat
Nanu Baharuddin
- 1957 Hati Malaya
Azizah Mahzan
- Anak
Ruminah Sidek
- Pensil
Dynaz Mokhtar
- Kayangan

Best Original Story

Wayang
- Hatta Azad Khan
Kala Malam Bulan Mengambang
- Mamat Khalid
Sepi
- ara and Mira Mustaffa
Anak Halal
- Osman Ali
Pensil – M. Subash

Best Screenplay

Wayang
- Hatta Azad Khan
Kala Malam Bulan Mengambang
- Mamat Khalid
Sepi
- ara and Mira Mustaffa
Anak Halal
- Osman Ali
Cuci – Hans Isaac

Best Cinematography

Evolusi KL Drift
- Raja Mukriz Raja Ahmad Kamarudin
Sepi
- Mohd Nor Kassim
Susuk
- Daven Raghaven
Kayangan
- Raja Mukriz
Anak Halal
- Khalid Zakaria

Best Editing

1957 Hati Malaya
- Nik Haslinda Nik Husain & Kamaruddin Abu
Wayang
- Hafiz Kamaruzaman
Congkak
- Ahmad Mustadha
Kala Malam Bulan Mengambang
- Raja Affandi Raja Jamaludin
Sepi
- Johan Bahar

Best Art Direction

1957 Hati Malaya
- Aida Fitri Buyong/Kamarul Nizam Abd Rahman
Kala Malam Bulan Mengambang
- Nazrul Ashraff
Susuk
- Kek Ting Lam
Johnny Bikin Filem
- Dr Anuar Nor Arai
Anak Halal
- Irwanmazwan Ibrahim

Best Sound

Congkak
- Brian Ng
Kala Malam Bulan Mengambang
- Azman Abu Hassan
Susuk
- ADD Audio
Evolusi KL Drift
- Daud Sulaiman
Anak Halal
- Azman Abu Hassan

Best Original Music Score

Wayang
- Hafiz Askiak
Kala Malam Bulan Mengambang
- Ahmad Badaruddin
Susuk
- Hardesh Singh
Anak Halal
- Nurzaidi Abdul Rahman
1957 Hati Malaya
- Sharon Paul

Most Promising Director

Hans Isaac
- Cuci
M. Subash
- Pensil
Mohd Latif Zami
- Dunia Baru the Movie
Syamsul Yusof
- Evolusi KL Drift
Barney Lee
- Anak

Most Promising Actor

M. Subash
- Pensil
Mohd Kamarulzaman Taib
- 1957 Hati Malaya
Wan Kenari Ibrahim
- Wayang
Zaefrul Nadzarine Nordin
- 1957 Hati Malaya
Syamsul Yusof
- Evolusi KL Drift

Most Promising Actress

Julia Ziegler
- Kayangan
Lisa Surihani
- I’m Not Single
Mas Muharni
- Wayang
Avaa Vanja
- Kala Malam Bulan Mengambang
Diana Rafar
– Susuk

 

New Straits Times

Ezora Tidak Ciplak Telenovela Asing

5 Jun

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Filem amerika Latin diberi perisa tempatan

SALAH faham mengenai format bagi slot telenovela Melayu, Akasia siaran TV3 menyebabkan penonton keliru dan beranggapan drama bersiri 60 episod arahan Ahmad Idham, Ezora menciplak siri telenovela asing.

Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Johari Salleh ketika ditanya mengenai hal itu berkata, kebanyakan drama yang menghiasi slot itu adalah adaptasi daripada siri popular Amerika Latin namun diberi perisa tempatan.

Bermula dengan Manjalara yang diadaptasi daripada drama bersiri popular Venezuela, Mi Gorda Bella, Spa Q dan Ezora juga mengambil langkah yang sama bagi memenuhi keperluan tontonan penonton setia saluran itu.

“Konsep untuk slot ini berpandukan drama bersiri Amerika Latin yang popular dan mendapat sambutan, malah mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan judul yang dipilih.

“Bagaimanapun, tidak semua jalan cerita siri popular itu diadaptasi sebaliknya penerbit diberi kebebasan untuk menyuntik elemen tempatan tanpa menjejaskan perjalanan cerita asal,” katanya.

Johari turut menekankan hanya 40 peratus daripada cerita asal dikekalkan, manakala selebihnya diolah semula untuk disesuaikan dengan budaya dan sensitiviti masyarakat tempatan.

Katanya, perkara itu tidak dapat dielakkan kerana slot yang diperkenalkan hampir setahun lalu masih baru di kalangan penerbit tempatan terutama apabila produksi itu memakan masa yang panjang.

Sebagai stesen yang bertanggungjawab menggembleng tenaga untuk membantu memajukan penerbitan drama dan filem tempatan, TV3 cuba membentuk satu sistem atau format yang mudah difahami dalam menerbitkan telenovela.

“Slot ini perlu berbeza dan lari daripada slot drama seperti Lestari atau Cerekarama. Mungkin bagi slot drama bersiri seperti Lestari yang tidak diterbitkan dalam episod yang panjang, penerbit sudah terbiasa dan memahami kehendak TV3.

“Tetapi apabila membabitkan telenovela, ramai yang masih belum faham bagaimana mahu menghasilkan produksi berkualiti, tidak meleret dan pada masa sama memancing hati penonton.

“Justeru, untuk memudahkan semua itu kami mencari jalan dengan mengadaptasi drama bersiri Amerika Latin popular sebagai panduan kerana percaya kita juga mempunyai penerbit yang berkemampuan untuk menghasilkan produk berkualiti serta menarik apabila menemui formulanya,” katanya.

Dikelaskan di bawah jenama Women@TV3, Akasia katanya tidak hanya menyajikan hiburan kosong sebaliknya menampilkan drama bersiri sarat mesej dan falsafah jika diteliti.

Siri telenovela yang berorientasikan kekeluargaan itu membawa falsafah untuk menguatkan malah membangkitkan keyakinan dalam diri wanita kerana mereka juga mempunyai peranan besar sebagai anggota masyarakat.

Falsafah itu diterapkan dalam siri Manjalara yang menekankan kepada jati diri manakala Spa Q pula memperlihatkan kekuatan wanita untuk membantu teman sejenisnya ketika berdepan masalah.

“Bella pula mengingatkan kita ketika kejayaan dan kekayaan mengulit diri, kita masih punya tanggungjawab yang perlu dilunaskan dan jangan terlalu bermegah hingga mengambil lewa semua yang dimiliki.

“Ezora juga membawa mesej besar iaitu dalam setiap halangan, kita masih mampu menghadapinya. Cuma mesej itu belum menyerlah sepenuhnya kerana drama itu baru beberapa minggu ditayangkan,” katanya.

Johari berkata, slot itu menyediakan lima hingga enam judul untuk dipenuhi sepanjang tahun menyebabkan mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran untuk menyiapkannya.

Bagaimanapun, katanya, dalam hal itu mereka bernasib baik kerana mendapat kerjasama yang padu daripada syarikat produksi terpilih dan sering berbincang untuk mengatasi segala halangan yang mendatang.

“Kami menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada syarikat produksi tanpa menyekat kreativiti mereka dalam berkarya. Namun, setiap aspek tetap diberi tumpuan oleh TV3 kerana tidak mahu sebarang masalah timbul. Asalkan produksi itu tidak lari daripada format siri asal, itu sudah cukup melegakan hati kami,” katanya.

Johari berkata, selepas penghasilan Bella yang dibikin atas idea sendiri tanpa mencedok mana-mana penerbitan luar mereka yakin selepas ini akan lebih banyak produksi tampil dengan produk asli.

Bagaimanapun, katanya, semua itu memakan masa dan mensasarkan tahun depan drama yang menghiasi slot Akasia lebih bercirikan elemen tempatan.

“Ketika ini kita masih di peringkat percubaan. Memang akan ada kekurangan di sana sini, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus memberikan yang terbaik kepada penonton.

“Sekurang-kurangnya menerusi penerbitan slot ini TV3 menyediakan ruang yang besar kepada produksi tempatan untuk aktif menghasilkan karya bermutu dan diterima masyarakat,” katanya.

Ezora membariskan pelakon seperti Beego, Nur Fazura, Dynas, Zed Zaidi, Diana Rafar, Cat Farish dan eroz Khan sebagai pelakon utama.

Powered by Berita Harian

Diana Pinta Pengertian

22 May

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN fadzilah.bahar@utusan.com.my

PERANCANGAN perkahwinan antara Diana dan Zamarul masih belum difikirkan.

KISAH percintaan mereka berdua sudah lama diketahui umum. Malah hubungan percintaan mereka pernah juga dilanda badai namun sama seperti pasangan bercinta yang lain, setiap dugaan itu dihadapi dengan penuh tabah.

Lautan mana yang tidak dilambung ombak, hanya kekuatan dan kesabaran mampu mengekalkan sesebuah hubungan.

Namun orang tua pernah berkata setiap perhubungan itu lebih indah jika dimeterai dengan sebuah ikatan yang sah.

Daripada mengambil masa yang lama bercinta dan akhirnya putus di tengah jalan akan lebih membuatkan hati yang menanggung lebih perit dan sakit.

Tetapi bagi aktres Diana Rafar, meskipun kisah percintaannya bersama pelakon kacak Zamarul Hisyam sudah melebih lima tahun dan ramai pihak sudah mula mempersoalkan ke mana arah tuju hubungan percintaan mereka, tetapi ia sedikit pun tidak memberi kudis di hatinya.

Meskipun ramai yang mula mendesak agar percintaan mereka itu diakhiri dengan ikatan perkahwinan namun bagi Diana mahupun Zamarul, kedua-duanya tidak mahu tergesa-gesa.

“Hubungan kami ini bukan untuk orang lain. Bukan untuk memuaskan hati semua pihak atau takut pada kata-kata orang. Buat apa nak fikir pasal perasaan orang lain, lebih baik kami berdua fikirkan masa depan kami,” jelasnya tenang membuka bicara hubungan percintaannya itu.

Menyambung perbualan pelakon ini mengharapkan pengertian semua pihak agar memahami situasi dirinya.

“Kahwin itu hak saya, jadi saya harap semua pihak supaya mengerti diri saya. Tak perlu tergesa-gesa sampai masanya pasti perkara yang baik itu akan terlaksana,” kata Diana tegas penuh makna.

Diana, 26, pada masa yang sama menyedari ada dakwaan yang tersebar luas buah hatinya mempunyai gadis lain dalam hidupnya.

Bagaimanapun, semua itu dianggap Diana sebagai gosip semata-mata.

“Sudah tentu ada yang menyampaikan berita Zamarul keluar dengan perempuan lain ke telinga saya, tapi bagi saya semua itu hal yang remeh.

“Selagi saya tidak nampak dengan mata saya sendiri jadi saya tak akan percaya. Malah saya tidak berkecil hati pun dengan gosip-gosip itu dan kalau boleh saya tak mahu tahu pun tentang gosip tersebut,” luahnya penuh jujur.

Jarang berjumpa

Lafaz pemilik nama sebenar Adiana Abdul Rafar ini lagi, kepercayaan antara satu sama lain merupakan tunjang utama hubungan dia dengan Zamarul berkekalan sehingga ke hari ini.

“Sebetulnya, kami sudah semakin jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan tugas sendiri.

“Tapi kita ini dah dewasa jadi tak ada masalah untuk berdepan dengan situasi sedemikian. Kita bukan lagi budak-budak,” jawab Diana menggambarkan kematangannya.

Menurutnya juga, setiap kali ada kelapangan masa, mereka akan memanfaatkannya sebaik mungkin.

“Selalunya kalau berjumpa kami akan keluar makan bersama atau Zamarul menghabiskan masa di spa yang saya usahakan.

“Bukanlah satu masalah jika jarang berjumpa kerana kita dah tahu apa yang dilakukan oleh satu sama lain. Kami sibuk dengan kerjaya dan bukannya memisahkan diri atau melupakan antara satu sama lain,” katanya lagi.

Diusik tentang perkahwinan pantas adik kepada Linda Rafar ini memberitahu perkara tersebut masih belum ada dalam perancangan mereka berdua.

Alasan Diana sangat mudah iaitu: “Kami mahu beri tumpuan pada kerjaya dan perniagaan masing-masing.”

D Lugano permata hati Diana

Dalam pada itu, Diana juga galak bercerita tentang spa miliknya yang baru sahaja dibuka lima bulan lalu.

Memberi nama D Lugano, spa tersebut memberikan pelbagai perkhidmatan dan menjual pelbagai produk kecantikan seperti Jamu Dara Semula dan produk kecantikan Cenderawasih.

Memilih lokasi di no. 58, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, Diana mengharapkan spa berkenaan akan mendapat sambutan hebat daripada mereka yang gemar memanjakan diri.

Harapan itu sangat besar buat Diana lantaran spa berkenaan diasaskannya hasil jerit perihnya dalam dunia hiburan.

Terang anak bongsu daripada enam beradik ini lagi, ada sebab mengapa dia memilih untuk mengendalikan perniagaan tersebut secara sendirian.

“Kakak-kakak saya semuanya ada perniagaan sendiri. Jadi tak salah saya usaha sendiri spa ini.

Saya sanggup berehat dari berlakon selama sembilan bulan semata-mata mahu memberi tumpuan pada perniagaan ini.

“Modalnya saya kumpul sedikit demi sedikit dari hasil lakonan saya. Memang pada mulanya saya khuatir juga sama ada akan berjaya atau tak perniagaan ini. Tapi saya mengambil cabaran untuk mengusahakannya juga. Sama ada berjaya atau tak itu lain cerita,” katanya penuh optimis.

Berkonsepkan dalam rumah ada rumah, rekaan dalaman spa tersebut merupakan hasil sentuhan Zamarul sendiri.

Kata Diana: “Dia ada kepakaran dalam mencipta rekaan, jadi tak salah saya meminta dia menolong saya menghasilkan rekaan untuk spa saya ini.”

Powered by Utusan Malaysia

Ezora Guna Format Telenovela Ikut Kehendak TV3

16 May

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

PRODUKSI drama tempatan yang masih belum cukup matang menerbitkan drama bertaraf telenovela menyebabkan pengarah perlu mengikut format yang ditetapkan stesen TV3.

Format itu bukan bertujuan untuk menciplak idea produksi luar, sebaliknya ia memberi panduan kepada pengarah tempatan mengarahkan drama episod yang panjang.

Ahmad Idham, yang bertanggungjawab mengarahkan drama bersiri ala telenovela, Ezora mengisi slot Akasia yang bakal menemui penonton Isnin ini menyokong format yang ditetapkan stesen swasta berkenaan..

Menurutnya, pengarah tempatan masih tidak berkemampuan menerbitkan drama bersiri yang panjang. Kebanyakan drama bersiri tempatan lazimnya hanya mempunyai sekitar 13 dan paling banyak 26 episod saja. Malah, Ahmad Idham sendiri pernah mengarahkan drama sehingga 40 episod namun tidak berjaya untuk membuat penonton melekat di kaca televisyen seperti mana mereka menonton telenovela.

“Produksi kita masih belum matang. Tidak ada salahnya kita mengambil format telenovela kerana pengalaman mereka yang memang terbukti berkesan menarik penonton.

“Produksi kita belum sampai ke tahap mereka. Apabila kita cuba hasilkan episod yang panjang, jalan cerita drama itu cenderung berulang-ulang hingga membosankan penonton.

“Apa salahnya kita mengambil format mereka. Malah TV3 sendiri berjaya membuktikan beberapa drama bersiri dalam slot Akasia yang menggunakan format telenovela seperti Bella dan Manjalara mencatat jumlah penonton yang tinggi. Justeru, format yang sama turut digunakan dalam Ezora,” kata Ahmad Idham yang menafikan Ezora meniru jalan cerita telenovela terkenal Mis Tres Hermanas.

Biarpun mengikut format yang ditetapkan, namun menghasilkan Ezora bukan mudah. Menurut Idham, dia terpaksa mengembangkan plot yang besar kepada beberapa sub plot untuk menjadikan drama yang dibintangi Fazura, Beego, Dynas, Diana Rafar, Zek Zaidi, Fezrul Khan dan Cat Farish itu menjadi lebih menarik.

Cabaran menghasilkan Ezora bermula daripada pemilihan pelakon. Selepas bertemu dengan Fazura yang memegang watak utama sebagai Ezora katanya, barulah dia mencari pelakon yang dirasakan sesuai untuk digandingkan bersama Fazura.

“Sub plot yang kuat dapat menarik penonton. Walaupun mengambil format luar, kita tidak boleh tiru seratus peratus disebabkan budaya kita dan mereka tidak sama. Beberapa watak yang sepatutnya tidak ada dalam format asal, saya terpaksa wujudkan untuk menambahkan lagi perasa Ezora seperti watak Cat Farish.

“Setakat ini kita baru selesai penggambaran untuk 18 episod. Penggambaran dimulakan pada 10 April lalu dan ia berlangsung di sekitar Kuala Lumpur saja. Kami tidak boleh buat di luar kerana kekangan masa. Mengikut perancangan drama ini akan selesai penggambaran pada Julai nanti,” katanya.

Sebagai tarikan kepada penonton tempatan, Idham memilih jalan cerita yang dekat dengan realiti kehidupan sebenar. Ezora mengetengahkan jalan cerita yang mudah untuk tidak membebankan penonton. Ezora mempunyai elemen cinta, komik, hasad dengki serta rahsia yang lama kelamaan akan terbongkar.

Menurut Idham lagi, dia cuba menyuntik elemen Cinderella ke dalam Ezora yang akan membuatkan penonton turut dibuai dengan ledakan cinta.

Beego ketika ditemui berkata, watak Reza tidak begitu berat tetapi dia harus menggunakan intonasi berbeza ketika bertutur dengan Ezora, Leeya dan rakannya. Katanya, penonton akan melihat perbezaan itu sekiranya mereka menonton Ezora nanti.

Beego juga mengakui selesa berlakon di samping Fazura dan Dynas kerana kedua-duanya berpengalaman menyebabkan mereka mudah untuk bekerjasama.

SINOPSIS

DRAMA bersiri yang menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang mengisahkan Ezora (Fazura), yang datang dari keluarga kurang berada, menghadapi masalah ketika membuat persiapan perkahwinan dengan tunangnya Reza (Beego). Keadaan bertambah buruk apabila Reza yang bekerja sebagai buruh kontrak diberhentikan mengakibatkan perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan.

Reza terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan ketika itu dia bertemu dengan Leeya (Dynas) yang berasal dari keluarga kaya. Mereka bertemu di stesen bas. Ketika itu Reza baru tiba dari kampung. Leeya tertarik dengan ketampanan Reza dan mengajaknya bekerja sebagai buruh di banglo Leeya.

Semakin lama, Leeya mula mencintai Reza dan dalam diam dia merancang persiapan perkahwinan dengan Reza. Ezora pula mulai gelisah kerana Reza jarang mengirim berita dan dia kemudian memutuskan untuk bertemu Reza di Kuala Lumpur.

Powered by Berita Harian

"Nilai Saya Bukan RM6,100" – Marsha

13 May

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN fadzilah.bahar@utusan.com.my


BARISAN pelakon Kerana Karina 2 bersama-sama pengarah, AidilFitri Mohd Yunus (empat dari kanan) dan Pengurus Besar Alt Media Sdn. Bhd. M. Zulkifli Abd Jalil (lima dari kanan) pada sidang media Kerana Karina 2 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

YANG seronoknya menjadi wanita cantik ialah ramai lelaki yang akan tergila-gilakan mereka. Namun begitu, pada masa yang sama, perkara itu bukan mudah untuk ditangani lebih-lebih lagi personaliti itu merupakan selebriti terkenal seperti gadis kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Marsha Londoh.

Sementelah dia kerap menerima panggilan telefon daripada pelbagai individu yang sering menggodanya.

Mujur, pendirian Marsha sangat teguh dan bukan semudah itu untuk dia cair dengan sebarang godaan.

“Terbaru ada seorang lelaki mewakili bosnya menelefon saya untuk mengajak keluar minum-minum.

“Katanya, dia sanggup bayar saya RM6,100 untuk keluar bersama bosnya. Tapi saya menolak dengan baik. Saya mahu mereka semua tahu saya bukanlah perempuan murahan yang boleh dibuat sedemikian rupa.

“Saya masih boleh bekerja dengan menggunakan tulang empat kerat saya bagi mencari rezeki yang halal,” tegas Marsha yang sehingga kini tertanya-tanya bagaimana lelaki tidak bertanggungjawab itu boleh mendapatkan nombor telefon bimbitnya.

Apa yang mengguris perasaan Marsha terhadap panggilan ‘biadap’ itu ialah ada saja pihak yang gemar mengambil kesempatan terhadap populariti artis-artis wanita.

“Mujur saya masih ada keluarga dan mereka sering menasihati saya agar menghindari perkara-perkara yang tidak sepatutnya saya lakukan.

“Saya berharap sangat, saya sendiri masih mampu menjaga diri dan mengekalkan prinsip saya ini,” jelas Marsha yang ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Kerana Karina 2 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak dibuang keluarga

Tidak keterlaluan jika dikatakan hubungan kasihnya bersama Kefli AF3, satu masa dahulu bertiup kencang.

Terbaru Marsha dikatakan dibuang keluarga dek kerana cintanya terhadap jejaka Melayu tersebut.

Tersenyum manis sambil menggeleng kepala Marsha turut mengakui, dia ada mendengar cerita-cerita tersebut, namun pantas menafikannya.

“Saya ada dengar cerita saya dibuang keluarga kerana bercinta bersama Kefli. Masalahnya hubungan saya dan keluarga saya baik sahaja.

“Mereka juga ada mendengar cerita tersebut dan menghubungi saya. Apa yang boleh saya katakan supaya bersabar dan menerangkan kepada mereka bahawa mereka juga terpaksa menerima tempias gosip-gosip tersebut memandangkan saya seorang artis. Inilah asam garam kehidupan artis yang sudah semakin lali saya tempuhi,” jelas Marsha yang semakin arif dengan kehidupan dunia hiburan.

Tiada lagi cinta

Ditanya mengenai hubungannya dengan Kefli, Marsha mengakui, hubungan mereka kini semakin renggang.

“Kami sudah jarang berhubung, mungkin juga gosip-gosip tersebut antara penyebab kami renggang. Masing-masing sibuk dengan kerja jadi sekarang saya lebih senang dengan kehidupan solo saya,” luahnya tenang.

Dan selepas ini, apakah mungkin jika dia menemui cinta baru lelaki Melayu, dalam tawa yang besar, penyanyi lagu Untuk Terakhir Kali ini berkata: “Tiada lagi cinta dalam hati saya. Saya kini lebih suka menumpukan perhatian pada kerjaya seni saya. Itu yang lebih penting sebab bagi saya, saya masih baru dan masih banyak benda yang ingin saya pelajari lagi. Sama ada lelaki Melayu atau tidak menjadi pilihan saya kelak biarlah takdir menentukannya.”

Mencuba pelbagai

cabang seni

Masih menanti penghasilan album sulung membuatkan Marsha mengambil inisiatif sendiri bagi memastikan namanya masih lagi diingati khalayak seni. Lantas satu persatu tawaran lakonan diterima olehnya.

Terbaru Marsha bakal muncul dalam drama bersiri online berjudul Kerana Karina 2 yang akan disiarkan di portal hiburan gua.com.my.

Membawakan watak Karina, Marsha akui Kerana Karina 2 lebih mencabar keupayaannya sebagai pelakon.

Namun dia bertuah kerana dapat bergandingan bersama-sama pelakon hebat antaranya Azizan Nin, Norman Hakim, Sazzy Falak dan ramai lagi.

“Watak Karina lebih mencabar dalam musim kedua ini. Tapi saya bersyukur kerana dapat juga menjayakan drama ini sebaik mungkin. Walaupun sepanjang penggambaran saya mengalami demam yang teruk tapi nasib baik tidak menganggu suara saya,” jelasnya sambil menguntum senyuman.

Lebih menarik – Azizan Nin

Sementara itu bagi Azizan Nin pula Kerana Karina 2 ini lebih menarik berbanding musim pertama.

“Plot ceritanya semakin berkembang dan konflik percintaan antara saya dan Karina makin rumit. Pelbagai halangan dihadapi dalam musim baru ini,” katanya.

Membawakan watak Imran, tunang Karina, bukanlah satu watak yang sukar. Malah bergandingan dengan Marsha yang juga merupakan pendatang baru bukanlah satu masalah kepadanya.

“Saya senang berlakon dengan Marsha kerana dia gila-gila. Agak mudah mencari keserasian dan dia juga mahu belajar. Jadi tak wujud masalah ketika di lokasi,” jelasnya yang akan membintangi drama berjudul Subuh dan Maghrib terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Jalan cerita lebih tragis

Sementara itu, bagi pengarahnya, Aidilfitri Mohd Yunus pula, jalan cerita Kerana Karina 2 lebih padat dan tragis.

“Anda semua akan dapat lihat bagaimana plot jalan ceritanya dikembangkan. Pelbagai konflik wujud yang akan membuatkan penonton yang menonton akan ternanti-nanti apa yang akan berlaku seterusnya.

“Malah kesudahannya juga nanti bukan seperti yang disangka. Bukanlah kesudahan yang menggembirakan,” terangnya bersungguh-sungguh.

Selain itu jelas Aidilfitri, kemunculan watak-watak baru juga mewarnai drama bersiri tersebut.

“Banyak watak sampingan kita tampilkan. Jadi ia lebih menarik dan menghiburkan,” katanya lagi.

Selain Marsha dan Azizan Nin, Kerana Karina 2 membariskan para pelakon antaranya Norman Hakim, Diana Rafar, Nabil dan Tunku Tiara.

Powered by Utusan Malaysia

Fazura Buat Kerja Diam-Diam

26 Apr

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

GAUN kembang warna putih gading yang digayakan pelakon manis, Nur Fazura Sharifuddin, 24, memang padan dengan susuk tubuhnya yang langsing.

Walau dengan hanya solekan ringkas, kejelitaannya tetap terserlah. Pastinya gaun digayakan membuatkan hati Fazura berbunga-bunga menjadi pengantin sebenar.

Katanya, gaun rekaan Riezman Ruzaini itu hasil ideanya sendiri diilhamkan daripada gaun pengantin yang digayakan pelakon antarabangsa, Grace Kelly ketika majlis perkahwinannya dengan Putera Monaco.

“Sejak dulu lagi saya memang meminati Grace Kelly baik dari segi lakonan, penampilan sehinggalah konsep majlis perkahwinannya. Mungkin gaun seperti ini akan saya pakai pada majlis perkahwinan nanti.

“Saya juga inginkan majlis perkahwinan yang ringkas tetapi meriah. Paling penting, makanan yang disediakan perlulah banyak dengan pelbagai jenis lauk-pauk.

“Maaf cakaplah, kebanyakan majlis perkahwinan orang Melayu agak kedekut dalam hal ini sebaliknya lebih mengutamakan perkara lain. Tapi kalau majlis saya nanti, saya akan pastikan makanan dihidangkan diberi keutamaan,” katanya ketika ditemui di majlis M’sian Bridal Gown Designers Showcase, baru-baru ini.

Mengenai bila hari bahagianya itu akan berlangsung, Fazura mengatakan buat masa ini dia belum mempunyai calon tetapi sekadar kawan rapat memang ada.

Pelakon yang mula diperkenalkan Datin Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati kemudian Qaisy & Laila ini tidak pernah sepi dikaitkan dengan lelaki. Kini Fazura dikatakan sedang berkawan rapat dengan pemuda dari kalangan kerabat raja.

Ada mengatakan hubungan mereka lebih daripada kawan malah ada tanda-tanda bakal diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Malah Fazura juga pernah memaklumkan dia tidak mempunyai masalah untuk berkahwin muda.

“Kawan rapat itu adalah tetapi teman lelaki serius belum ada. Saya pun bukannya budak-budak lagi untuk tepis atau menafikan soalan begini.

“Untuk mencari pasangan hidup bukan seperti petik buah tepi jalan kerana perkahwinan bagi saya adalah untuk selama-lamanya. Kalau ikutkan, memang teringin berumah tangga lebih-lebih soalan ini sering diajukan kepada saya sejak kawan-kawan seperti Dynas dan Sazzy Falak mengakhiri zaman bujang.

“Justeru, sementara belum bertemu jejaka yang sesuai, eloklah saya fokus kepada kerja dulu. Bekerja puas-puas serta cari duit banyak-banyak kerana tidak mahu apabila sudah berumah tangga kelak, baru menyesal.

“Apabila berkahwin nanti, saya mahukan lebih masa bersama keluarga dan mungkin tidak akan sesibuk sekarang ini,” katanya.

Kata Fazura, dia tetap sibuk memenuhi undangan berlakon tetapi mengakui kebelakangan ini publisiti untuknya tidak begitu banyak.

Bagaimanapun berita mengenainya kini lebih kepada kesnya naik turun mahkamah berhubung ‘isu gaduh’ dengan seorang wanita di kelab malam. Ia belum selesai meskipun sudah empat tahun perkara itu berlaku.

“Kes itu sudah masuk empat tahun. Kalau hendak kata susah, saya sudah lama pun susah sepanjang tempoh itu. Namun bohonglah kalau saya kata tidak tertekan dengan kes itu.

“Selagi ia tidak selesai, selagi itu saya tidak berasa bebas dan lega. Sampai sekarang setiap kali pulang ke rumah, fikiran saya masih dibelenggu kes ini hingga membuatkan saya rasa sedih dan tertekan tetapi tidaklah sampai menjejaskan karier lakonan.

“Sebenarnya saya masih aktif berlakon selain bakal terbabit dalam beberapa projek terbaru cuma mungkin saya bukan jenis individu yang suka kecoh atau cuba mendapatkan perhatian apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

“Sebaliknya saya lebih selesa duduk diam-diam buat kerja kemudian selesai tanggungjawab, pulang ke rumah serta jalani kehidupan seperti orang lain. Barangkali kerana sikap saya itulah yang membuatkan ramai tidak tahu perkembangan terbaru saya.

“Contohnya, baru-baru ini saya baru saja selesai menjayakan penggambaran drama bersiri Bicara Hati arahan Rashid Sibir. Drama mengisahkan cinta empat segi ini menggandingkan saya dengan Aqasha sebagai pasangan kekasih.

“Percintaan kami begitu mengasyikkan tetapi berhadapan tekanan daripada orang sekeliling. Selain saya dan Aqasha drama ini turut dibintangi Beego dan Zizie Ezette,” katanya.

Fazura turut menjadi pelakon utama telefilem Izora arahan Ahmad Idham. Ia mengisahkan kepayahan seorang kakak memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan perlu menyara adiknya (lakonan Diana Rafar) selepas kematian ibu.

“Selain berhadapan dengan kepayahan itu, Izora menuntut janji daripada kekasih yang menghilangkan diri tanpa sebarang khabar selepas berhijrah ke kota.

“Pemergian buah hatinya itu untuk mencari rezeki supaya mereka boleh berkahwin dan membina masa depan bersama,” katanya.

Selain drama, Fazura akan kembali ke set penggambaran filem terbarunya Julai ini yang belum berjudul. Filem itu diarahkan pengarah Gol & Gincu, Bernard Chauly dan skrip ditulis pengacara 3R, Rafidah.

Powered by Harian Metro

Kekecewaan Zamarul Hisham

21 Mar

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan NORMALA ZULKIFLI

APALAH ertinya anugerah atau pengiktirafan bagi seorang pelakon kalau ia sekadar memenuhi profil seni mereka. Andai menyedari anugerah hanya akan membinasakan kerjaya seni, sudah tentu awal-awal lagi Zamarul Hisham akan menolaknya.

Namun, Zamarul seorang yang sangat optimis terhadap jatuh bangun industri hiburan. Dia juga tiada kuasa untuk menolak tuah atau rezeki yang berpihak padanya.

Dijulang sebagai aktor terbaik melalui filem Di Ambang Misteri dalam Festival Filem Malaysia ke-18 pada 2005, Zamarul hakikatnya, sangat kecewa dengan dunia perfileman.

Masakan tidak, selepas memenangi anugerah itu sehingga ke hari ini, dia hanya ditawarkan untuk berlakon dalam satu filem sahaja iaitu Kantoi.

Itupun dalam filem berkenaan, Zamarul diberikan peranan untuk memegang watak sampingan iaitu sebagai Inspektor Polis.

Ekoran daripada itu, Zamarul yang baru sahaja mencecah usia 37 tahun pada 9 Mac lalu tekad membawa diri ke Brunei untuk menjayakan pembikinan drama terbitan Biro Mencegah Rasuah di negara itu.

Selain peluang yang ada di sana serta bayaran yang lumayan, Zamarul pada masa yang sama tidak menafikan sangat merindui untuk berlakon dalam filem di negara ini.

“Saya terlalu kecewa tetapi saya percaya mungkin ada orang beranggapan saya demand dan meletak harga yang tinggi selepas menang anugerah. Walaupun menang anugerah, saya tetap Zamarul macam dulu,” katanya ketika ditemui pada pratonton cerekarama Ihsan di Seri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Satu ketika dahulu, Zamarul pernah berlakon dalam telefilem Kem 505, Rahsia Hati, Di Ambang Misteri, Potret Mistik dan I Know What You Did Last Raya.

Dia juga pernah membintangi beberapa drama antaranya Puncak Aspirasi, Kembara Bermusim, Dinasti Bilut, Rafflesia dan Anak Teruna.

Jelas Zamarul, disebabkan gagal menempatkan diri dalam dunia perfileman, dia membuat keputusan untuk aktif berlakon drama.

Terbaru, jejaka berkulit hitam manis itu membintangi watak utama dalam cerekarama Ihsan.

Tidak ketinggalan, kelibat Zamarul dapat dilihat dalam telemovie Putra Asmara serta Kek Hari Jadi Siti.

“Walaupun tiada rezeki dalam filem, saya bersyukur kerana banyak menerima tawaran berlakon drama,’’ jelasnya.

Mengulas mengenai lakonannya sebagai Nordin dalam cerekarama Ihsan, Zamarul memberitahu, sepanjang 13 tahun menceburi bidang lakonan, ini merupakan kali pertama dia diberikan watak mencabar.

“Saya dimandikan kemudian dikafan serta dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala dalam liang lahad, waktu pengambaran dilakukan pada pukul 7.40 malam. Ketika itu, saya juga diletakkan dalam keranda sambil muka dipenuhi ulat.

“Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Namun, pada masa itu, saya berdoa agar Allah memahami niat saya melakukan kerja itu,’’ kata Zamarul berkali-kali menegaskan dia tidak putus memanjat doa kepada Ilahi memohon keberkatan.

Bercerita mengenai pengalaman menjalani penggambaran drama terbitan Biro Mencegah Rasuah di Brunei baru-baru ini, Zamarul berkata, dia turut mendapat tawaran untuk menjalankan perniagaan di sana.

“Saya tidak boleh beritahu apa jenis perniagaan itu. Tetapi, ia bukanlah berkaitan dengan penerbitan drama atau filem.

“Sungguhpun sudah ada perniagaan, minat saya kepada dunia lakonan sangat menebal. Mungkin saya akan membuka syarikat penerbitan nanti,’’ ikrarnya.

Bila hendak kahwin?

Peluang bertemu dengan Zamarul, persoalan mengenai rancangan perkahwinannya dengan kekasihnya, Diana Rafar tidak dilepaskan.

Sebetulnya, sudah banyak kali Zamarul asyik bercakap untuk melangsungkan perkahwinan namun sehingga kini usaha itu belum menampakkan hasilnya.

Menjawab pertanyaan itu, Zamarul berkata, dia dan Diana akan berkahwin sebaik beberapa cabang perniagaannya diusahakan.

“Cabang perniagaan yang pertama iaitu untuk membuka spa bersama Diana, kedua perniagaan di Brunei dan yang ketiga, satu lagi perniagaan lain.

“Jika semua ini berjaya dicapai, kami akan berkahwin. Tapi jika perniagaan gagal, kami akan tetap meneruskan rancangan berkahwin. Semuanya jika diizinkan Allah,’’ kata Zamarul.

Powered by Utusan Malaysia

Syarat Hafizy Buat Dynas

17 Mar

Oleh FAIZAL SAHARUNI mfaizal@kosmo.com.my


SESUSAI sudah memeterai ikatan perkahwinan, Dynas dan Hafizy kini bergelar pasangan suami dan isteri.

TEMPOH perkenalan dua jiwa ini hanya terjalin sejak dua tahun lalu. Andai ingin dihitung, waktu sesingkat itu bukan mudah untuk menganyam cinta yang bersemi dan mengenali hati budi antara satu sama lain.

Biasanya, si dara dan teruna yang sedang enak dilanda cinta nan indah memerlukan period panjang untuk saling mengerti warna dan corak sebenar diri masing-masing.

Berlainan pula bagi pelakon dan model terkenal, Dynas, 25, yang mengakhiri zaman gadisnya bersama lelaki tinggi lampai, Mohd. Hafizy Hafiz, 36, setelah berkenalan selama 24 bulan.

Memang terlalu pantas dan mengejutkan ramai. Saat Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar sedang mekar di laman seni sebagai penyeri layar kaca dan filem, dia nekad membuat keputusan muktamad tanpa perasaan berbelah-bagi.

Tiada majlis pertunangan seperti yang termaktub dalam adat, Dynas akhirnya selamat diijab kabul dengan Hafizy di kediaman keluarga Dynas di Seksyen 9, Shah Alam pagi Sabtu lalu.

Majlis pernikahan Dynas dengan pelumba kereta terkenal itu dilakukan bapa mempelai perempuan, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad, 54, di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Khairuddin Hayun.

Dynas yang kelihatan anggun mengenakan sepersalinan rona putih rekaan Calvin Thoo dinikahkan pada pukul 11.30 pagi dengan mas kahwin RM1001 dan wang hantaran berjumlah RM15,000 beserta set barangan kemas.

ΐKami mula berkenalan pada tahun 2006 semasa saya masih mengendalikan program Beat TV.

ΐKetika itu saya ditugaskan untuk menemuramah Hafizy untuk sebuah segmen. Dari situlah kami mulai rapat.

ΐLama-kelamaan, timbul keserasian sehinggakan kami mencapai kata sepakat untuk bersama,῔ kata Dynas dalam riak girang sejurus selepas upacara akad nikah itu berlangsung.

Buat keputusan tepat

Masyarakat sering berasa skeptikal terhadap golongan artis yang mendirikan rumahtangga. Bagi mereka, populariti akan menurun setelah individu yang memahat takhta selebriti melangkah kaki ke gerbang perkahwinan.

Istilah publisiti besar-besaran sudah tiada lagi untuk mereka, malah bintang yang bersinar cerah lama-kelamaan akan pudar dek status baru yang dijulang sebagai hak mutlak orang lain.

Sukar mempercayai kata-kata kurang berasas itu, Dynas tetap berdiri teguh dengan pendiriannya untuk berkahwin dalam usia 25 tahun.

ΐSekarang adalah masa terbaik untuk saya mengikat ikatan yang sah dengan Hafizy, malah sudah elok sangat saya berkahwin pada umur ini.

ΐTiada salah kalau jodoh sudah sampai apatah lagi saya percaya pada rezeki yang dikurniakan Allah.

ΐMeskipun nama sedang berada di puncak, saya tetap optimis dengan keputusan yang diambil ini,῔ luah Dynas enggan berselindung dengan hasratnya untuk mendirikan rumahtangga.

Tidak halang berlakon tapi…

Dynas mengakui, dia bertuah kerana hatinya dimiliki insan seperti Hafizy yang cukup memahami kerjayanya sebagai anak seni dan menjadi pujaan manusia lain.

Enggan berhenti mengabdi diri dalam dunia glamor, Dynas berjanji akan terus berlakon apatah lagi karier itu sudah menjadi minat dan sebati dalam hidupnya.

BERSAMA rakan artis, Diana Rafar yang hadir memeriahkan suasana.

ΐSaya akan kerja semula awal April ini. Ia sudah menjadi tanggungjawab saya,῔ katanya spontan.

Hafizy yang asyik berdiam diri seribu bahasa sempat mencelah, dia bersikap tolak-ansur dan tidak menghalang tugas Dynas sebagai pelakon.

ΐDynas boleh teruskan komitmennya sebagai anak seni, cuma saya harap dia tidak mengambil terlalu banyak tawaran lakonan.

ΐDia juga kena balik rumah awal, kalau boleh sebelum pukul 12 malam,῔ syarat Hafizy kepada buah hati kesayangannya itu.

Dynas wanita “cincai”

Walaupun Dynas sering muncul jelita di pentas peragaan dan TV, Hafizy tetap membayangkan Dynas sebagai seorang wanita berbeza dan memiliki banyak kelainan.

ΐDia jenis yang “cincai”. Saya senang bersama dengan Dynas yang tidak kisah untuk makan di mana-mana termasuk kedai mamak.

ΐSikap Dynas yang tidak memilih dan selektif membuatkan saya benar-benar terpikat padanya,῔ ungkap Hafizy lanjut terhadap kelebihan permata hatinya itu.

JELITA dan anggun. Seri pengantin Dynas begitu ketara pada pandangan visual.

Dynas pula memandang Hafizy melalui matanya sebagai lelaki yang penuh sikap rendah diri terhadap orang di sekelilingnya.

ΐDia seorang yang mudah, malah perkara kecil yang berlaku ke atasnya tidak suka diperbesar-besarkan,῔ kata Dynas.

Dynas dan pasangannya menjadikan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai tempat berlangsungnya majlis resepsi mereka dengan gaya Inggeris, 22 Mac ini.

Powered by Kosmo

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.