Archive | Fann Wong RSS feed for this section

Fann Wong 'OK' To Stop Filming But Future In-Laws Were Worried

13 Feb

SINGAPORE: MediaCorp actress Fann Wong was given the green-light to stop filming and attend the wake in Malacca of her to-be father-in-law who died on Tuesday of a heart attack.

Clarifying articles regarding Fann which were published in Singapore Press Holding Chinese presses, MediaCorp said the actress immediately informed Artiste Management her intention to attend the wakes on learning about the unfortunate incident.

“Artiste Management then discussed with Production on the possibility of taking Fann out from the set, for her to attend the wakes in Malacca” said Andrew Cheng, Senior Vice President of MediaCorp’s Artiste Management & Production Resource.

In a statement released Friday evening, Cheng said that despite the very tight schedule, it was agreed that Fann would be released on Wednesday 11 February and filming would be delayed till noon on Thursday 12 February.

“When Christopher and Fann’s mom learnt about this, they were concerned that Fann would be tired after her shoot.

“Also, it would be dangerous for her to drive up alone at night and having to rush back the following morning. Consequently, they managed to persuade Fann not to attend the wakes” said Cheng in the statement.

Fann is currently filming “The Ultimatum”, a Channel 8 drama.

She is set to wed in September fellow MediaCorp actor, Christopher Lee who was her co-star in the movie “The Wedding Game” which is currently enjoying a successful run at local theatres.

– CNA/sf

Channel News Asia

Advertisements

Fann Wong Explains Decision Not To Attend Wake Of Fiancee's Father

13 Feb

SINGAPORE : Actress Fann Wong has come forward to clarify her decision not to attend the wake of her fiancee’s father.

The MediaCorp artiste explained that despite a tight schedule, the production team had agreed to push back filming for a day, so she could attend the wake in Malacca.

But her fiance – actor Christopher Lee – and her mother persuaded her not to go, as they were concerned about her safety.

They felt it would be dangerous for her to drive up alone at night, and to rush back to work early the next morning.

Fann said: “Of course I am very, very upset I cannot make it to Chris’ father’s wake. But I am sure I will go back to Malacca to pay him my respects when I finish all my work. And I am very grateful to all those people… who (have) help(ed) me through this period.” – CNA/ms

Channel News Asia

The Wedding Game: Script Made In Heaven

29 Jan

SINGAPORE: Many who caught the latest Raintree Pictures movie “The Wedding Game” got a glimpse of what real life celebrity couple Fann Wong and Christopher Lee’s upcoming wedding might look like, when they wed later in the year.

For those who haven’t yet caught on to the movie, it’s all about a ‘star couple’ who get married, and the sparks fly

Channel News Asia

The Wedding Game: Script Made In Heaven

29 Jan

SINGAPORE: Many who caught the latest Raintree Pictures movie “The Wedding Game” got a glimpse of what real life celebrity couple Fann Wong and Christopher Lee’s upcoming wedding might look like, when they wed later in the year.

For those who haven’t yet caught on to the movie, it’s all about a ‘star couple’ who get married, and the sparks fly

Channel News Asia

Bakal Bersatu Buat Selamanya

27 Jan

Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my

BERKENALAN lebih sedekad menerusi drama The Brave New World, Fann Wong dan Christopher Lee (Chris) memulakan hubungan sebagai pasangan kekasih kira-kira tujuh tahun lalu. Lebih sebagai rakan rapat sebelum bercinta, hubungan antara Fann dan Chris sememangnya sudah diketahui umum selepas mereka membuat pengakuan kepada media pada pertengahan 2005.

Maka, apabila pasangan artis Singapura itu membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga, ramai yang turut berasa gembira. Tidak menyembunyikan berita gembira itu seperti pasangan artis lain, Fann dan Chris juga berkongsi kegembiraan tersebut bersama media tempatan.

Hadir untuk mempromosikan filem terbaru mereka, The Wedding Game baru-baru ini, Chris dengan senyuman lebar mengumumkan kepada media bahawa dia dan Fann akan berkahwin pada September tahun ini. Masih belum menentukan tarikh perkahwinannya, Chris telah melamar Fann pada sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu.

Lamaran itu mengambil tempat di rumah Fann. Ketika itu lampu rumahnya telah dipadamkan dan Fann menyangka ada orang ingin menyambut hari jadi. Namun, apa yang tidak disangkanya ia adalah perancangan Chris untuk melamarnya.

“Sebelum melamar, Chris ada berbincang dengan keluarga saya. Semasa berada di rumah saya, dia dan rakan-rakannya berkelakuan aneh tetapi tidak disangka mereka sedang berbincang mengenai lamaran itu, kata Fann dalam perasaan malu.

Sebenarnya Chris telah merancang untuk melamar Fann sejak hujung tahun 2006. Namun, disebabkan jadual ketat Fann, Chris terpaksa menangguhnya sehingga awal tahun 2008.


CHRIS dan Fann bersama barisan pelakon filem The Wedding Game.

“Hampir setiap hari saya melihat jadual kerjanya. Dari Krismas, Tahun Baru Cina, Hari Kekasih dan hari jadinya, saya ingin melamar. Kemudian saya hanya berpeluang pada Tahun Baru Cina lalu,” kata Chris sambil memandang ke arah Fann.

Walaupun sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin, pasangan itu yang berkongsi usia sama iaitu 37 tahun tidak tergesa-gesa untuk menjadi ibu bapa. Bagi mereka, isu anak tidak boleh didesak. Lagipun buat masa ini Fann sendiri masih tidak pasti sama ada dia akan berhenti atau terus aktif dalam dunia hiburan.

“Bagi saya pula, saya akan berlakon lagi jika ada skrip yang bagus. Saya tidak kisah walaupun kami tidak berlakon sama. Kalau berlakon sama pun saya tidak kisah. Apa yang penting ialah ceritanya,” jelas Chris.

Berkongsi minat yang sama iaitu suka makan, Chris memberitahu, aktiviti makan telah membantu mengukuhkan serta mengekalkan hubungan mereka. Katanya, masa makan bersama ialah masa terbaik untuk mereka berbual dan berkongsi cerita terbaru masing-masing.

“Memang kami suka makan tetapi saya tidak pernah makan masakan Fann. Sudah lama dia berjanji untuk membuatkan saya kek dan biskut tetapi sampai sekarang saya masih tunggu.

“Fann pula suka makan makanan Melaka seperti cendol, nasi lemak dan asam pedas. Dia juga sedang tunggu saya membawanya menjamu nasi lemak paling sedap di Melaka,” kata Chris sambil ketawa.

Tidak berani membawa Fann pulang ke kampungnya di Melaka, Chris memberitahu, setiap kali dia pulang ke kampung, sanak saudara, jiran dan rakan-rakannya akan bertanya mengenai Fann. Mereka amat meminati Fann dan ingin berjumpa dengannya.

“Semakin ramai orang bertanya mengenai Fann. Saya sengaja tidak mahu membawanya pulang. Pening saya dibuatnya. Tahun Baru Cina ini juga saya tidak akan bawa dia ke Melaka kerana Fann amat sibuk dengan kerjanya,” kata Chris yang fasih berbahasa Malaysia.

Pertama kali berganding

Tidak kira di dalam atau luar layar perak, Fann dan Chris merupakan pasangan kekasih ideal. Mungkin disebabkan hubungan itu, pengarah filem The Wedding Game, Ekachai Uekrongtham telah memilih mereka dan menulis cerita berdasarkan perwatakan mereka.

Memegang watak sebagai pasangan selebriti yang berpura-pura bercinta untuk mendapatkan keuntungan, Chris menjayakan watak Jack, aktor yang mahu memulihkan imejnya apabila ditangkap bersama seorang aktres di dalam bilik menukar baju.

Fann pula memegang watak Vikki, seorang aktres yang terpaksa ‘berkahwin’ dengan Jack untuk mendapatkan kontrak iklan bagi membantu kilang ayahnya. Terpaksa bersama, mereka merupakan musuh apabila tidak berada di tempat awam.

Bagaimana pasangan kekasih dalam kehidupan realiti itu menguruskan perasaan marah mereka?


DISEBABKAN jadual lakonan Fann yang sibuk, Chris terpaksa menangguhkan lamaran untuk mengahwini Fann selama dua tahun.

“Kita tidak perlu berlatih. Dalam kehidupan realiti kami pun ada bergaduh. Namun, selalunya Fann yang menang kerana saya tidak sanggup marahkan dia. Saya amat sayangkan dia,” jelas Chris yang berganding sekali lagi dengan Fann selepas lima tahun tidak berlakon bersama.

Tidak mahu terlibat dalam produksi sama sebelum ini kerana berasa kekok, Fann berharap penonton dapat bergelak ketawa semasa menonton filem khas Tahun Baru Cina itu. Namun, dia berasa ‘gembira’ apabila pengarah menyuruh mereka saling membenci dalam filem The Wedding Game.

“Pada mulanya pengarah takut kami tidak boleh marah sesama kami. Namun, kami berjaya kerana berpeluang untuk melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan dalam kehidupan realiti. Contohnya, saya berpeluang untuk menumbuk Chris dan ia berterusan sehingga kini,” kata Fann sambil tersenyum.

Kelihatan mesra sepanjang sidang akhbar, pelakon yang turut terlibat dalam filem itu, Charles Chen pula mendedahkan bahawa Chris seorang yang amat mementingkan bakal isterinya itu.

Dalam satu babak yang memerlukan Fann berpakaian seksi, Chris telah menunggu di lokasi untuk ‘mengawasi’ Fann. Adakah sifat itu yang membuatkan Fann lebih menyukainya?

“Tidak,” jawab Fann sambil tersenyum. Tetapi menerusi perwatakan Fann, wartawan yang hadir dapat merasakan bahawa Fann sebenarnya terharu dengan apa yang dilakukan oleh Chris di lokasi penggambaran.

The Wedding Game yang menelan bajet RM5.4 juta sudah ditayangkan di pawagam bermula 25 Januari lalu. Merupakan produksi gabungan Thailand, Singapura dan Malaysia, filem itu turut dijayakan oleh pelakon Taiwan, Charles, aktres Hong Kong, Alice Lau dan pelakon Malaysia, Saiful Apek, Lai Ming dan Daniel Tan.

Kosmo

Kisah Cinta Pura-Pura Dalam Wedding Game

23 Jan

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

THE WEDDING GAME menyatukan pasangan Christopher Lee dan Fann Wong.

Filem komedi romantik menampilkan sindiran perkahwinan sesama artis untuk mengekalkan populariti

APAKAH anda percaya artis kesukaan anda berpura-pura bercinta dengan artis lain hanya untuk mendapat publisiti?

Mungkin agak pelik bunyinya, tetapi usah terkejut andainya kes sedemikian pernah berlaku, bukan hanya di negara ini, malah dalam dunia seni antarabangsa.

Kononnya, dengan disokong kisah cinta menarik antara dua artis yang sama popular dan sama menarik, ia dapat membantu menaikkan lagi nama mereka. Paling tidak, mungkin itulah percaturan oleh pihak pengurusannya.

Sebahagian artis pula didakwa menggunakan artis lain sebagai pasangan kekasih ataupun isteri bagi mengekalkan imej bersih, atau bagi menidakkan segala tohmahan terhadapnya.

Kelihatan seperti jauh daripada kebenaran, bagaimanapun ia tidak mustahil berlaku dalam dunia yang penuh dengan permainan serta lakonan ini. Demi gemerlapan yang berpanjangan, ramai yang sanggup berpura-pura.


BABAK kelakar membabitkan Saiful Apek dan Christopher Lee.

Begitulah juga dengan filem The Wedding Game arahan Ekachai Uekrongtham, yang bakal menemui penonton mulai 25 Januari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina. Antara lain, filem ini mengangkat tema cinta pura-pura di kalangan selebriti yang sengaja direka bagi menaikkan nama mereka.

Filem terbabit membariskan artis terkenal Singapura, Fann Wong dan pasangannya, Christopher Lee. Tidak ketinggalan membintangi filem komedi romantik ini ialah beberapa pelakon Malaysia seperti Daniel Tan, Lai Ming serta pelawak popular negara kita, Saiful Apek. Manakala Syanie pula muncul dalam beberapa adegan, sebagai isteri Apek.

Filem itu diterbitkan secara kerjasama oleh beberapa syarikat termasuk MediaCorp Raintree Pictures, Scorpio East Pictures, Speedy Productions (Singapura) dan syarikat pengedaran terkemuka Malaysia, Double Vision.

Di sini, filem berkenaan diedarkan RAM Entertainment.

Double Vision begitu berharap, gelak ketawa penonton yang pernah menyaksikan filem mereka sebelum ini, Ah Long Pte Ltd, dapat diteruskan dengan kehadiran filem terbabit. Apatah lagi ia muncul gandingan pertama antara pasangan kekasih, Fann dan Christopher, di filem setelah beraksi bersama dalam siri kesukaan ramai kira-kira sedekad yang lalu menerusi Return of the Condor Heroes.

Ditayangkan secara harian mulai 25 Januari, namun begitu peminat sudah pun dapat menonton filem berkenaan menerusi tayangan awal pada 23 dan 24 Januari.

Penonton juga dapat menonton proses pembikinan filem berkenaan menerusi program di sebalik tabir yang disiarkan menerusi Astro AEC dan 8TV pada 23 dan 27 Januari. Pada jam 10.30 pagi, 23 Januari pula, peminat dapat berbual dengan pelakonnya menerusi radio MyFM.

Pengarah dan pelakon filem terbabit turut terbabit dalam beberapa siri promosi The Wedding Game di ibu kota bermula 22 Januari. Di samping menghadiri majlis tayangan gala pada 22 Januari yang berlangsung di GSC Pavilion, Fann, Christopher, pelakon Hong Kong, Alice Lau serta pelakon Taiwan, Charles Chen juga menemui wakil media pada sidang akhbar filem berkenaan pada sebelah siang.

The Wedding Game bermula dengan lamaran Jack (Christopher) terhadap Vikki (Fann) pada sebuah acara anugerah yang disiarkan secara langsung.

Vikki menerima lamaran berkenaan dan kisah cinta mereka menjadi perhatian peminat setelah mendapat liputan meluas. Apa yang peminat tidak ketahui, kisah cinta itu hanyalah rekaan dan dirancang secara teliti oleh pengurus mereka, May dan Tom. Kononnya, kisah cinta mereka mampu membantu perjalanan karier masing-masing.

Pada hakikatnya, kedua-dua saling tidak menyukai sejak awal perkenalan. Begitupun mereka meneruskan lakonan terbabit. Jack dan Vikki juga tidak kerugian apa-apa kerana sudah pun menandatangani kontrak pra-perkahwinan bagi melindungi diri dan aset. Meskipun begitu, satu kejadian menyebabkan peminat mula meragui kasih sayang antara dua selebriti ini.

Berita Harian

Love In A Time Of Firecrackers: The Royals

21 Jan

SINGAPORE: The most talked-about romance in the history of Caldecott Hill is not a violently passionate one. It is a quiet, dignified one.

In their new film “The Wedding Game” – their first together – Fann Wong and Christopher Lee play a celebrity couple who stage a wedding as an elaborate publicity stunt. Not a true story, of course.

In real life, things are quite the opposite. For an engaged couple planning a wedding, Fann and Chris appear very restrained. They don’t indulge in PDA or even the littlest bit of hand-holding, nor do they gaze into each other’s eyes, besotted. But when they share one or two private jokes, finish each other’s sentences, and clown around during the photo shoot, you see that chemical spark between the two that translates so well onto the big screen.

Because they are so charming, you nearly forget they are seasoned professionals in the media game. While eager to share themselves with fans, they are also carefully guarded about their personal lives. Who can blame them? A true romance is a precious thing, to be selfishly hidden and enjoyed in solace.

Channel News Asia