Archive | Ferhad RSS feed for this section

Rayuan 28 April

25 Apr

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 28 April ini untuk mendengar rayuan suri rumah Yim Pek Ha yang dikenakan hukuman penjara 18 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan tiga mencederakan pembantu rumahnya dari Indonesia, Nirmala Bonat, lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz memutuskan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Farhan Read memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar kes berkenaan.

Ferhad berkata, pihaknya turut akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang menggugurkan tuduhan keempat yang dikenakan terhadap suri rumah itu.

 

 

Harian Metro

Advertisements

Penyertaan Album AIM16 Makin Merosot

30 Mar

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hemtro.com.my

Rap
JUMLAH album yang dipertandingkan untuk Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-16 (AIM16) semakin merosot apabila tahun ini hanya 50 penyertaan diterima.

Walaupun sebelum itu penyertaan dikatakan menggalakkan namun perkara itu hanya berlaku selepas beberapa kategori baru diwujudkan. AIM 16 dijadualkan berlangsung pada 2 Mei, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 8.30 malam.

Penganjur pertandingan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) menerima hampir 700 penyertaan membabitkan kategori baru iaitu Lagu Terbaik dalam setiap genre.

Perkembangan itu benar-benar membimbangkan beberapa pertubuhan yang menjaga kepentingan industri muzik tempatan antaranya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) mahupun Akademi sendiri.

Sewaktu sidang akhbar mengumumkan calon lima terbaik AIM16, berlangsung di Concord Hotel baru-baru ini, Pengerusi PAIMM, Datuk Aziz Bakar menjelaskan, walaupun banyak penyertaan diterima tetapi mutu kebanyakan lagu dihantar berada di tahap rendah. Tambahan pula piawaian ditetapkan Akademi sudah semakin meningkat kerana ia sudah 15 kali diadakan.

“Perkembangan ini amat menakutkan, dan beberapa pertubuhan dan persatuan bimbang sekiranya perkara ini berlanjutan kita sudah tidak akan ada lagi industri dalam bidang muzik.

“Waktu sama kami faham sebagai penggiat kebanyakan syarikat rakaman, pencipta lagu, penulis lirik, pemuzik, jurutera muzik mahupun penyanyi sendiri tidak berani hendak melabur dalam jumlah besar apabila menghasilkan album.

“Sekarang ini proses untuk menghasilkan sebuah album termasuk promosi dan pemasaran memerlukan modal mencecah RM150,000, tetapi pulangan yang diterima hanyalah sekitar RM40,000 hingga RM60,000.

“Penggiat bertuah kerana sekarang mereka masih boleh bergantung kepada pasaran dalam bentuk digital iaitu muat turun muzik ke telefon bimbit memandangkan jualan dalam bentuk fizikal iaitu cakera padat dan album sangat perlahan dan tidak membantu.

“Bagi memastikan kerugian ditanggung tidak besar, kebanyakan penggiat menggunakan kos sangat rendah untuk menghasilkan lagu dan ia secara tidak langsung mempengaruhi mutu album dihasilkan. Sekiranya perkara ini berterusan akhirnya industri muzik tempatan akan mati,” katanya.

 

 

Bagi menangani perkara itu, Aziz secara peribadi berasakan sudah tiba masanya pihak kerajaan membantu industri dengan menyediakan dana khas bagi membantu para penggiat dalam berkarya.

“Seperti juga dalam bidang lain iaitu perdagangan, keusahawanan dan pertanian industri muzik juga perlu modal rangsangan untuk menggerakkannya, oleh itu saya amat mengharapkan apa yang saya ketengahkan ini akan mendapat perhatian.

“Permohonan membabitkan dana ini akan dilaksanakan bersama semua persatuan yang bernaung dibawah industri muzik. Mekanisma belum ditetapkan tetapi andai ia diberikan, dana ini boleh disalurkan kepada Majlis Muzik Malaysia (MMM) sebagai badan induk.

“Dana ini boleh digunakan para penggiat yang mahu menghasilkan album dan kita mungkin tidak memberikan sepenuhnya sebaliknya ia bergantung kepada keperluan penggiat itu sendiri.

“Modal untuk menghasilkan album mungkin harus dikeluarkan sendiri oleh penyanyi ataupun penerbit dan dana pula digunakan untuk memasarkan atau mempromosikan karya dihasilkan,” katanya.

Di majlis pengumuman calon lima terbaik AIM16, kumpulan Estranged yang sebelum ini mengungguli Anugerah Juara Lagu tahun lalu menerusi single mereka Itu Kamu mendominasi pencalonan dalam lapan kategori.

Kumpulan ini menerima pencalonan daripada album Inggeris dihasilkan Remain Unknown. Membanggakan apabila dua lagu Melayu dimuatkan dalam album itu turut dicalonkan dalam Lagu Rock Terbaik.

Datuk Siti Nurhaliza pula yang mempertandingkan album berkonsepkan etnik kreatif dan tradisional Lentera Timur menerima tujuh pencalonan, dan lagu pop dendangannya menjadi runut bunyi drama Spa-Q 2 Pada Cintanya turut dicalonkan dalam kategori Susunan Muzik terbaik.

Timbul kekeliruan dalam kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik apabila lagu dendangan kumpulan Pop Shuvit, Marabahaya dipertandingkan sekali lagi atas alasan dialih bahasa. Begitu juga dengan Vokal Terbaik Lelaki/Wanita apabila ada yang dicalonkan lebih daripada satu lagu.

Menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul Ketua Jawatankuasa Penganjuran AIM16, Jennifer Thomson berkata Marabahaya selain dialih bahasa, rakamannya juga baru terutama membabitkan susunan muziknya.

“Perkara ini sudah saya jelaskan kepada juri sewaktu penilaian dilakukan. Keputusan sama ada ia layak atau tidak mereka sendiri yang harus memutuskannya.

“Walaupun ada yang menolak Marabahaya dipertandingkan tetapi waktu sama masih ada juri memberikan markah kepada lagu itu. Secara tidak langsung apabila diaudit ia memiliki markah tinggi dan dicalonkan.

“Mengenai ada artis mendominasi kategori vokal apabila ia mempertandingkan single, kami akui perkara ini. Ini kali pertama ia dilakukan dan perlaksanaannya sudah tentu akan ada kelemahan. Kami akan memperbaikinya pada tahun akan datang.

“Pihak Akademi sendiri sudah nampak perkara seperti ini akan berlaku apabila single dipertandingkan dalam vokal. Kami sudah nyatakan kepada wakil syarikat rakaman sendiri agar menghantar satu lagu untuk kategori itu tetapi ada antaranya berkeras mahu menghantar sepuluh lagu terdapat dalam album dihasilkan artis mereka,” katanya.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan AIM16.

Artis Baru Terbaik
1) Hujan
2) Joe Flizzow
3) Malique
4) Meet Uncle Hussain
5) Suki

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Lelaki)
1) Aizat – Lagu Kita
2) Bob AF2 – Cinta Terhalang
3) Reshmonu – Doa Untuk Dia
4) Reshmonu – Sayu
5) Ritan (Deja Voodoo Spells) – Rock ‘N’ Roll

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Perempuan)
1) Ayu – Hanya Di Mercu2) Dina – Sejauh Ini
3) Shila – Memori Tercipta
4) Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita
5) Siti Nurhaliza – Di Taman Teman

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album
1) AJAI dan Marsha – Sayang
2) ALL One – Bilal bin Rabah
3) Pop Shuvit – Marabahaya
4) Rabbani – Bila Nur Melimpah Di Hati
5) Raihan – Assubhu Bada

Kulit Album Terbaik
1) Hawa – Nikki
2) President – Joe Flizzow
3) Transit – Altered Frequency
4) Satu – Ferhad
5) Remain Unknown – Estranged

Rakaman Album Terbaik
1) Remain Unknown – Estranged
2) Finally/Akhirnya – Suki
3) Satu – Ferhad
4) Adam 3 – Adam
5) Harapan – Reshmonu

VIDEO MUZIK TERBAIK
1) Hanya Di Mercu – Ayu
2) Sampai Syurga – Faizal Tahir
3) Mati Hidup Kembali – Butterfingers
4) 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
5) Oh Anok Anok – Reshmonu

Album Pop Etnik Terbaik
1) Khazanah Pujangga – Syura
2) Lentera Timur – Siti Nurhaliza
3) Selagi Ada Rindu – Shafie Ahmad
4) Zapin Suri – Haziq

Lagu Pop Etnik Terbaik
1) Di Kayangan Kita – Siti Nurhaliza
2) Di Taman Teman – Siti Nurhaliza
3) Dirgahayu – Ramlah Ram
4) Nafas Cahaya – Misha Omar
5) Zapin Suri – Haziq

Album Nasyid Terbaik
1) Allah Habeebi – Mawi
2) Istimewa Tiada Dua – Nice
3) Nasyid Nostalgia Memori The Zikir – Nazrey Johani
4) Nostalgia Nadamurni – Rabbani
5) Setia – Wildan

Lagu Nasyid Terbaik
1) Allah Habeebi – Mawi
2) Bila Nur Melimpah Di Hati – Rabbani
3) Kemuliaan Al-Quran – In Team
4) Serulah Namanya – Mawi
5) Teman Hakiki – Mawi

Album Rock Terbaik
1) Bongkar – Kristal
2) Hujan – Hujan
3) Keamanan – Nrocinu
4) Kembali – Butterfingers
5) Modern Minimals Glamour – The Times

Lagu Rock Terbaik
1) 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
2) Aurora – Estranged
3) Bila Aku Sudah Tiada – Hujan
4) Dugaannya – Hujan
5) Yang Pernah – Estranged

Album Pop Terbaik
1) Alyah – Alyah
2) Arus Qudus – Yassin
3) Harapan – Reshmonu
4) Misha Omar – Misha Omar
5) Percubaan Pertama – Aizat

Lagu Pop Terbaik
1) Cinta Adam dan Hawa – Misha Omar
2) Dingin – Ziana Zain
3) Ketentuan – Ramlah Ram
4) Lagu Kita – Aizat
5) Sampai Di Sini – Misha Omar

Lagu Hip Hop Terbaik
1) Bergerak – Joe Flizzow
2) Isabella – Joe Flizzow
3) Mengapa Harus Bercinta – Jow Flizzow
4) Mentera Beradu – Malique feat. M.Nasir
5) Ok – Malique feat. Cat Farish

Album Inggeris Terbaik
1) Dark Sun Big Rain – Karen Nunis Blackstone
2) President – Joe Flizzow
3) Remain Unknown – Estranged
4) Take Five With Juwita Suwito at Avanti – Juwita Suwito
5) Tapestry Of Life – Shal Sagan

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1) All Around My World – Joe Flizzow
2) Dances Of The Spirit – Estranged
3) In No Time – Estranged
4) KL Streets – Malique Feat. Lah
5) Marabahaya – Pop Shuvit

SUSUNAN MUZIK DALAM LAGU
1) Pada Cintanya – Siti Nurhaliza
2) Tiada Maaf – Daniel Lee
3) Aurora – Estranged
4) Di Taman Teman – Siti Nurhaliza
5) Bukan Mimpi – Farhan.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Dendang Secara Medley

21 Mar

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Rap
PERSEMBAHAN konsert minggu pertama peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) minggu lalu mendapat kritikan negatif kerana kurang memberangsangkan.

Bagi menarik kembali kepercayaan penonton terhadap rancangan yang disiarkan di Astro Ria itu, pihak produksi cuba memberikan kelainan dengan peserta kehendaki mendendangkan dua lagu secara medley di konsert kedua yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, 9 malam ini.

Pelajar lelaki yang mendapat pujian kerana mempersembahkan Lagu Kita nyanyian asal Aizat dengan baik minggu lalu Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz) diberikan cabaran mendendangkan Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) dan Toyol (Allahyarham Sudirman Arshad).

Sementara peserta lelaki lain seperti Mohd Yazid Ibrahim (Yazid) menyanyikan lagu Lelaki ini (Anuar Zain) dan Fikirlah (Aizat), Khairil Azam Pilus (Aril), Benar-Benar (Adam) dan Robot (Adam) dan Mohd Qhauhd Abdul Rashid (Qhaud) menyanyikan lagu asal Spider, Bila Nak Saksi juga Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein).

Dua lagi peserta lelaki, Mohd Rashidi Mohamad Isa (Sidi) menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) dan Kukoo (Ferhad), Ahmad Sobri Hasmuni, Akan Tiba (Aliff) dan Ada Untukmu (Nubhan) juga Afiq Hakim Ahmad (Akim) menyanyikan Satu (Dewa 19) dan Buronan Cinta (The Lima).

Pelajar wanita turut diberikan lagu yang bakal mencabar kemampuan vokal dan ada antara mereka menyanyikan lagu dipopularkan penyanyi lelaki seperti Siti Aishah Bujang (Aishah) dengan Faizal Tahir (Coba) dan Gila oleh Mila sementara Zuzafrini Zulkifli (Rini) akan menyanyikan lagu Kiblatku oleh Hazami dan Aku Sindarela dipopularkan Amylea.

Peserta wanita lain seperti Rubisa Tiasin (Rubisa) menyanyikan Dingin (Ziana Zain) dan Gagap (Stacy), Claudia Fay Geres (Claudia) bakal menyanyikan lagu kedua-duanya dendangan asal Datuk Siti Nurhaliza, Ku Mahu dan Wanita.

Peserta yang pernah menghasilkan album Nas Adila Mohd Dan menyanyikan lagu Merawat Cinta Luka (Liza Hanim) dan Asyik (Amelina), Nurfazelah Mohd Tahil (Zizi), Sembilu (Ella) dan Wonder Women (Mulan Jameela) juga Ismaliza Ismail mendendangkan lagu Jat Da Da Da (Dia Fadilla) dan Hello (Farah Asyikin).

Selepas ditiadakan minggu lalu, untuk konsert minggu kedua penonton setia akan dapat menyaksikan persembahan Menuju Puncak.

Bagi memberikan sedikit kelainan ia akan diadakan pada permulaan konsert.

 

 

Minggu ini juga pastinya penyingkiran pertama akan dilakukan dan Edrie Hashim, Datuk Khatijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramlie bertindak selaku pengkritik tetap.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Setengah Juta Tonton Kelab Pop

16 Mar

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap
SEJAK disiarkan, program game show, Kelab Pop berjaya menarik perhatian ramai.

Selain mencatat jumlah penonton yang meningkat, program yang dikendalikan Reza Mohamed turut mencuri perhatian setiap selebriti tempatan untuk mengambil bahagian.

Program yang diadakan dengan tujuan hiburan bermaklumat itu hanya disertai golongan selebriti dan dijalankan secara berkumpulan.

Musim kedua program disiarkan setiap Rabu jam 9 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104) bermula 20 Mei ini.

Bagi mengekalkan reputasi program berkenaan beberapa pembaharuan dilakukan seperti perubahan set dan beberapa jenis permainan baru.

Antara yang menjadi tarikan ialah lagak seorang gadis Inggeris yang menyanyi lagu Melayu dengan cara tersendiri mengikut apa yang didengar daripada alat pendengar.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul berkata pihaknya menerima maklum balas positif daripada selebriti yang ingin mengambil bahagian dalam program berkenaan begitupun kesibukan memenuhi aktiviti seni sedikit sebanyak menghalang pembabitan mereka.

“Sebenarnya kami buka penyertaan ini kepada semua selebriti. Bukan hanya pelakon dan penyanyi, malah kami turut mempelawa jurumekap artis dan pihak media juga turut terbabit dalam program ini.

“Program ini sekadar hiburan untuk peserta dan penonton yang menyaksikannya.

“Walaupun program ini diilhamkan mengikut format dari Jerman, Pop Club namun kami sudah melakukan beberapa perubahan selain mementingkan pengisian hiburan dan kandungan yang sesuai dengan penonton tempatan,” katanya.

 

 

Program berkenaan adalah antara himpunan program game show menarik yang diterbitkan Astro bermula Bolos, seterusnya Jangan Lupa Lirik.

Musim pertama siaran program berkenaan mencatat lebih 513,000 jumlah penonton setiap kali disiarkan.

Jumlah berkenaan tersenarai antara tertinggi bagi program game show.

Menurut Khairul, pihaknya tidak bercadang untuk menawarkan hadiah wang tunai atau trofi khas sebagai ganjaran kepada pemenang untuk musim baru ini.

“Kami masih mengekalkan hadiah trofi kepada pemenang. Setiap peserta hanya perlu melalui satu episod permainan. Tanpa perlu menyertai peringkat saringan atau membabitkan peringkat akhir.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan akan mengadakan program berkenaan di pusat beli-belah jika sambutan mendapat sambutan lebih memberangsangkan,” katanya.

rogram game show hiburan diketuai Penerbitnya, Sazilatul Ahamad menampilkan pelbagai segmen antaranya soal & jawapan, pop berantai, CD Rosak, runut bunyi, budak baru belajar, goreng kaw kaw, versi versus, sekalijehit!, biar betul dan suara buluh kasap yang dijalankan secara kumpulan yang membabitkan tiga individu.

Selain itu, permainan baru membabitkan buskers, tiru macam saya dan Mr Saxophone. Artis yang terbabit dalam program musim ini antaranya Accapan, Mr Os, Ebby Yus, Louisa Chong, Kenchana Devi, Nora Danish, Sherry Ibrahim, Nana, Nila Kurnia, Fara Fauzana, Intan Ladyana, Ezlynn, Ilyaka, Ifa Raziah, Roslan Shah, Lana Nordin, Fazura, Nabila, Liyana Jasmay, Raja Farah, Fauziah Gous, Nubhan, Aizat dan Ayu (One In A Million).

Turut serta Ahmad Karsan, Amyza Adnan, Yasmin Hani, Azwan Ali, Ropi Cecupak, Enot, Ferhad, LnJ RL, Talam RL, Sasha, Andy Flop Poppy, Lan Meet Uncle Hussein, Zahida Rafik, Zizie Izette, Abby Abadi, Linda Onn, Amy Mastura, Norish Karman, Sazzy Falak, Farouk Hussein, Mawi, Ekin, Khai, Rosma, Fazli Zainal dan Anita Baharom.

Harian Metro

Kemampuan PLS Disegani

22 Feb

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my

PADA peringkat permulaan, cuma satu lot rumah kedai dua tingkat disewa. Tingkat bawah dijadikan tempat menjalankan kerja kimpalan, di bahagian atas dijadikan pejabat manakala sebahagian ruang sebagai gudang.

Daripada satu lot rumah kedai, perniagaan berkembang hingga ruang operasi diperluaskan di lima lot rumah kedai. Pekerja juga ditambah daripada 15 orang kepada 50 orang.

Selepas lima tahun, sebidang tanah seluas 0.32 hektar di Kawasan Perindustrian Bukit Rahman Putra (BRP), Sungai Buloh dibeli dan didirikan kilang.

Itu adalah perkembangan membanggakan syarikat pembuat peralatan permainan kanak-kanak Bumiputera, Pro-Landscape Structure (PLS) Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan dibangunkan Faris Abd Halim, 42, yang bertindak sebagai pengarah urusan dan rakan kongsinya, Faisal Isa, 36, sebagai pengarah eksekutif.

Kedua-duanya mengambil keputusan mengusahakan perniagaan yang asing bagi usahawan Bumiputera itu selepas menimba pengalaman dalam bidang berkenaan selama beberapa tahun.

Faris memiliki ijazah dalam Pengurusan Perniagaan dari Institut Teknologi Sydney, Australia, kembali ke tanah air selepas 10 tahun menetap di negara terbabit kerana melanjutkan pengajian dan menimba pengalaman kerja.

Sekembalinya ke Malaysia pada 1994, beliau bekerja di sebuah syarikat penyedia peralatan kanak-kanak selama setahun.

“Keadaan ekonomi waktu itu masih bagus dan kita masih boleh memilih kerja. Saya bekerja selama setahun di syarikat penyedia peralatan permainan kanak-kanak terbabit.

“Waktu itu tiada orang Melayu terbabit dalam bidang itu. Jangan kata pemilik syarikat, jurujual pun tidak ada. Semuanya dikuasai bukan Bumiputera,” katanya.

Beliau kemudian bekerja dengan sebuah lagi syarikat yang terbabit dalam bidang itu selama lima tahun. Bermula sebagai jurujual selama dua tahun, beliau kemudian dinaikkan pangkat menjadi pengurus besar selama setahun dan dua tahun selepas itu menjadi antara pengarah syarikat yang menguruskan hal ehwal pemasaran di seluruh negara.

Hasil pengalamannya serta pengalaman Faisal yang memegang jawatan terakhir sebagai pengarah di syarikat itu, mereka mengambil keputusan berhenti untuk sama-sama membangunkan syarikat sendiri, Pro-Landscape Structure (PLS) Sdn Bhd.

Berbekalkan simpanan RM300,000, Faris dan Faisal memulakan perniagaan. PLS mendapat projek daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pemaju perumahan. Antara projek besar diperoleh PLS ialah daripada Majlis Perbandaran Seberang Prai bernilai RM1.5 juta pada 2001.

Sejak mendapat kepercayaan mengendalikan projek besar, pelanggan semakin yakin dengan prestasi PLS. Syarikat semakin berkembang dan mereka kemudian berpindah ke kilang sendiri pada April 2008. Jumlah pekerja juga bertambah menjadi 70 orang.

PLS memasang alat permainan kanak-kanak di seluruh PBT di Malaysia serta pemaju perumahan, termasuk di Sabah dan Sarawak. Lebih membanggakan, syarikat itu mendapat piawaian ISO 9001:2000 dan Sirim MS 966.

PLS yakin mendapat satu lagi pengiktirafan produk yang mampu menaikkan prestasinya sebagai syarikat penyediaan peralatan permainan kanak-kanak disegani.

Pengiktirafan antarabangsa berkenaan iaitu TUV EN 1176 dijangka diperoleh penghujung bulan ini membolehkan PLS menembusi pasaran antarabangsa. Ini akan menjadikan PLS syarikat Bumiputera pertama mendapat tiga pengiktirafan.

“Kami yakin tiket Bumiputera membantu menaikkan perniagaan kami tetapi apapun, kami perlukan kekuatan lain iaitu memenuhi piawaian ditetapkan.

“Dengan pengiktirafan yang diterima, tiada siapa boleh pertikai kekuatan kami dalam bidang ini,” katanya.

Menurutnya, pemaju yang ingin mendapatkan sijil layak menduduki (CFO) wajib menyediakan peralatan permainan kanak-kanak di sebahagian daripada lanskap taman dan alat permainan itu mesti mempunyai rekaan menarik dan memenuhi selera kanak-kanak seperti berwarna ceria.

“Keselamatan adalah keutamaan iaitu tidak boleh ada bahagian peralatan permainan kanak-kanak yang tajam atau membahayakan kanak-kanak. Disebabkan itu, ia perlu bersandarkan piawaian yang ada,” katanya.

Nilai tambah PLS sebagai syarikat penyedia peralatan permainan kanak-kanak ialah produk mereka diinsuranskan sebanyak RM1 juta serta jaminan sehingga lima tahun.

Jika berlaku kemalangan terhadap pengguna disebabkan kegagalan reka bentuk atau kesan daripada bahan yang digunakan bagi pembuatan produk, pengguna boleh menyaman syarikat.

“PBT pula tidak perlu pening kepala jika kejadian seumpama itu berlaku kerana syarikat memberi jaminan akan bertanggungjawab jika berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

PLS yang juga pembekal peralatan senam riang untuk dewasa, gelanggang serba guna seperti badminton, futsal dan bola jaring serta menyedia perabot taman, kini antara tiga syarikat penyedia peralatan permainan kanak-kanak terulung di Malaysia yang mampu bersaing dengan syarikat bukan Bumiputera.

Tahun lalu PLS mula memasarkan peralatan ini secara agresif ke luar negara. Peralatan dipanggil Sistem Permainan Si Comel itu mula mengintai pasaran luar pada 2006 apabila mendapat tempahan daripada Iraq dan Mauritius diikuti Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Iran, Vietnam dan Bangladesh pada 2007.

PLS berharap jualan untuk luar negara dapat ditingkatkan bagi mengurangkan tekanan akibat tempias kelembapan ekonomi tahun ini.

PLS adalah vendor kepada Sime Darby, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Uda Holding dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) manakala pelanggan utamanya ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Johor Bahru Tengah (MBJBT), Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

PROFIL

NAMA: Faris Abdul Halim

UMUR: 44 tahun

ASAL: Alor Star, Kedah

JAWATAN: Pengarah Urusan Pro-Landscape Structure Sdn Bhd

ISTERI: Yus Zamzida Yahaya

ANAK: Nabiilah (19); Numan (17); Ammar (16); Ashraf (14); Haris (13) dan Ferhad (2)

Harian Metro

Lancar Album Di Malaysia

19 Nov

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

Rap
PELUANG artis Indonesia memasuki pasaran tempatan dianggap tuah. Setiap kali kunjungan artis negara seberang itu ke negara ini, mereka diberi peluang melancarkan album dan membuat persembahan.

Malah penerimaan media di sini juga positif dan terbuka dalam menyokong perkembangan muzik global.

Namun, situasi berbeza diterima artis tempatan apabila melakukan perkara sama ke sana. Akui Pengarah Urusan, Metadome Sdn Bhd, Ferhad Ahmad, sukar artis tempatan meraih sambutan di sana jika tidak mempunyai perancangan rapi termasuk aspek promosi.

Katanya, mengambil contoh kumpulan 6ixth Sense yang bernaung di bawah syarikat rakamannya, kumpulan itu yang pernah ke sana pada tahun lalu gagal dalam menempatkan diri di kalangan peminat muzik negara itu. Berbeza senario di tempat sendiri, kumpulan ini diminati ramai hingga lagu Tak Bisa Memilihmu dan Tanpa popular dimainkan di radio.

“Kurang promosi menjadi faktor kumpulan ini gagal di sana. Namun, tidak bermakna usaha kami untuk membawa artis tempatan ke sana dihentikan.

“Sebaliknya kami sudah mempunyai rakan di sana yang dapat bekerjasama dan membantu dalam menjalankan promosi. Saya sendiri sangat yakin dengan kehadiran artis tempatan yang dibawa ke sana selepas ini mampu menembusi pasaran negara itu,” katanya.

Menjalinkan kerjasama antara dua negara, Ferhad turut memperkenalkan penyanyi baru dari Indonesia iaitu Afgan yang berkesempatan hadir ke Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mengadakan majlis pelancaran album pertama berjudul Confession No 1. Menjadi artis seberang pertama yang bernaung di bawah syarikat itu, Ferhad positif dengan usaha yang dilakukan dapat mengetengahkan bakat baru selain mewujudkan peluang artis kedua negara mempromosi album di luar negara.

Afgan atau nama penuh Afgan Syah Reza, 18, mula meraih perhatian peminat tempatan kebelakangan ini selepas single Terima Kasih Cinta dan Aku Bersujud Padamu sering diputarkan di radio.

Selepas melancarkan album debutnya di pasaran negara sendiri pada Januari lalu di bawah label Wanna B, kini Afgan bersedia mempertaruhkan nasib di sini.

Di samping tarikan vokal dan muzik berentak soul, pop, r&b dan jazz ditampilkan dalam album ini, Afgan juga mempunyai nama unik yang menyerlah personaliti diri. Katanya, nama asalnya yang diambil dari Afghanistan tetapi ditukar kepada Afgan ketika usia mencecah tiga bulan. Afgan bimbang namanya itu menyukarkan dirinya berkunjung ke luar negara khusus Amerika Syarikat.

Dalam album berkenaan memuatkan 13 lagu, Afgan yang menjadikan penyanyi antarabangsa John Legend dan Stevie Wonder sebagai sumber inspirasi termasuk meminati Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor turut mempertaruhkan lagu Klise, Entah, Yangku Tahu Cinta Itu Indah, Hanya Ada Satu, Bertapa Aku Cinta Padamu, Sadis, Shanty Lussy, I.L.U, Hilang Rasa dan Biru.

“Salah satu lagu dalam album ini iaitu My Confession dicipta saya sendiri berdasarkan pengalaman cinta lalu. Pengalaman dua kali putus cinta memberikan saya ilham untuk berkarya.

“Mulanya saya tidak menjangkakan sambutan yang hebat daripada peminat di sini tetapi sebaik ke sini, saya terkejut dengan sambutan yang diberikan. Saya yakin, saya dapat sesuaikan diri dengan penerimaan peminat di sini. Sejak bergelar artis, saya belum mempunyai peminat fanatik.

“Terus terang saya katakan saya tidak berniat untuk memasuki bidang nyanyian ini. Namun sebaik menjadi penyanyi, saya tidak mahu berputus asa membina karier nyanyian,” katanya.

Harian Metro

Suami Seumur Hidup BCL

18 Nov

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


SERING dilanda gosip hasil laporan media Indonesia, kontroversi terbaru dihadapi pasangan ini berhubung dengan sorotan program, Melodi terhadap majlis resepsi pengantin lelaki.

SEUMUR hidup menjadi suami Bunga Cinta Lestari (BCL)! Itulah ikrar Ashraf Sinclair yang menjelaskan mengenai pernikahannya bersama bintang tersohor Indonesia itu merupakan suatu tanggungjawab yang besar buat dirinya sebagai seorang suami.

“Inilah teman yang saya pilih untuk hidup sehingga ke akhir hayat, walaupun masih gemuruh tetapi ia merupakan tanggungjawab yang akan dipikul untuk seumur hidup dan saya gembira saya lakukannya sekarang,” luah Ashraf sambil menghadiahkan senyuman paling manis buat Bunga.

Memang mudah untuk membuat ikrar sebagaimana yang dilontarkan dari mulut pelakon kacak yang cukup dikenali menerusi filem dan siri Gol & Gincu itu.

Namun, untuk menjaga kerukunan rumah tangga supaya kekal lama, dan kalau boleh selagi hayat dikandung badan merupakan suatu cabaran berat yang perlu digalas setiap pasangan yang berkahwin, tidak terkecuali Ashraf dan Bunga.

Sementelah, perkahwinan pasangan artis popular ada yang berakhir dengan perceraian.

Ditebak persoalan itu, Ashraf dalam tenang menitipkan bicaranya, bahawa keikhlasan hatinya menerima Bunga sebagai isteri dijadikan kekuatan untuk terus bertahan kerana dia sendiri mengakui kehidupan sebagai selebriti sememangnya banyak dugaannya.

Dan ia terbukti apabila majlis resepsi Ashraf di The Saujana, Subang, Jumaat lalu tidak semena-mena dilanda sedikit salah faham antara pasangan pengantin dan krew program Melodi. (Ikuti laporan mengenainya pada muka surat 40)

Mempercayai keutuhan hubungan mereka berdasarkan kepasa saling memahami dan percaya antara satu sama lain, tutur Ashraf, “Itu saja kekuatan kami untuk terus bersama. Walaupun di masa akan datang mungkin keluar cerita (gosip) yang lagi hebat, kami hanya percaya akan kami berdua saja bukannya percakapan orang lain.”

Gosip dan kontroversi negatif merupakan makanan pasangan ini sejurus mereka melangsungkan perkahwinan 8 November lepas, lebih-lebih lagi menerusi liputan agresif media di Indonesia yang disifatkan Ashraf mirip paparazi di Hollywood. Namun, Ashraf mengakui kepentingan media dalam menjana populariti mereka berdua sebagai artis.

“Di Indonesia, memang medianya agak agresif berbanding Malaysia, tetapi saya mengakui kerana itu juga yang meningkatkan populariti kami. Jadi ia sebenarnya saling membantu. Walaupun apa yang terjadi kelak, kami akan sentiasa jujur, ikhlas dan terus percaya antara diri masing-masing,” ujarnya lagi.

Justeru, dalam melengkapi kebahagiaan mahligai rumah tangga yang telah dibina, pastinya setiap pasangan suami isteri menginginkan zuriat. Meskipun baru sahaja bergelar suami isteri, Ashraf, 29, dan Bunga, 25, tidak janggal untuk membicarakan mengenai bakal zuriat mereka.

Menurut Ashraf yang menyifatkan kehadiran Bunga sebagai pelengkap hidupnya, dia merancang untuk mempunyai tiga orang cahayamata, namun sudah tentu ia bergantung kepada rezeki yang diberikan Tuhan.

“Tiga (orang) itu kira okeylah, kalau lebih pun tidak apa, terpulang kepada rezeki. Kami hanya merancang sahaja.”

Bunga bakal bersara?

Menyentuh mengenai perancangan hidup mereka selepas ini, kedua-dua Ashraf dan Bunga lantas tersenyum manis sebelum Bunga bersuara mengatakan yang dia akan berada di Kuala Lumpur buat seketika untuk mengenali dengan lebih dekat ahli keluarga Ashraf.

“Itu perancangannya, selepas itu kami akan ke Indonesia untuk berkenalan dengan keluarga saya pula dan selepas itu barulah kami akan pergi berbulan madu,” jelas Bunga.


BUNGA sanggup melakukan apa sahaja demi untuk bersama Ashraf dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.

Manakala tentang kerjaya masing-masing pula, kedua-dua mereka akan menumpukan perhatian terhadap perkara itu selepas pulang dari berbulan madu, sementelah Ashraf pula akan membina karier di Indonesia setelah mengikat kontrak lakonan selama dua tahun dengan pihak penerbitan di sana untuk 200 episod drama.

“Saya akan berkerja (berlakon) selama lebih kurang dua tahun di sana kerana saya sudah mengikat kontrak, tetapi ini bukan bermakna saya terus berada di Indonesia, kerana kami merancang sebulan sekali akan pulang ke Malaysia.

“Lagi pun kerjaya saya bermula di sini, keluarga saya juga di sini, oleh itu saya akan sentiasa ingat Malaysia walaupun mempunyai pekerjaan di sana (Indonesia),” akui Ashraf.

Tambah Ashraf, perniagaannya yang bertapak di Malaysia juga antara penyebab dia harus selalu berada di tanah airnya.

“Walaupun saya mendapat tawaran berlakon di sana, tetapi perniagaan saya di Malaysia akan berjalan seperti biasa, dan saya sendiri akan sentiasa memantaunya,” ujar Ashraf yang kadang-kala butir bicaranya terselit slanga Indonesia.

Dalam pada itu, Bunga tidak menolak untuk meninggalkan kerjaya seninya untuk mengikut suaminya.

“Tentang hal ini, kami berdua sudah banyak berbincang, dan rasanya ia bukan satu hal yang besar kerana kami sama-sama memahami keperluan masing-masing.

“Dan sebagai seorang isteri, saya harus mengikut ke mana saja suami saya pergi, walaupun terpaksa meninggalkan kerjaya. Tetapi sekarang ini kami sama-sama bina kerjaya di Malaysia juga di Indonesia,” tutur Bunga lagi.

Walaupun lahir daripada dua budaya yang berbeza, namun mereka berdua saling kagum dan terpesona dengan adat dan nilai bahasa yang berbeza.

“Meskipun kami telah berkahwin, tetapi sebenarnya kami masih lagi cuba memahami budaya dan bahasa masing-masing.

“Saya sendiri masih cuba untuk mempelajari bahasa Indonesia, kerana untuk memudahkan lagi komunikasi antara kami. Masih ada sesetengah tutur katanya yang kadang-kala saya sendiri masih tidak fahami,” ujar Ashraf.

Ringkas tetapi mewah

Selepas upacara akad nikah dan majlis resepsi keluarga bunga berlangsung penuh meriah di Jakarta, Indonesia, kini giliran pihak Ashraf pula mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur.


MAJLIS yang mengikut adat tradisi British ini berlangsung dalam suasana romantis.

Berkesempatan menghadiri majlis resepsi pada di The Saujana, Subang, Jumaat lalu yang bertemakan Inggeris, menyaksikan pasangan pengantin kelihatan cukup secocok apabila kedua-duanya mengenakan busana mengikut konsep Inggeris.

Majlis yang dimulakan dengan pasangan mempelai masuk ke dewan besar sambil diiringi dua pemuzik iringan kelihatan cukup gah, apabila kehadiran mereka disambut dengan penuh rasa hormat oleh semua tetamu yang hadir.

Jika kebiasaannya acara memotong kek merupakan acara yang terakhir dalam kebanyakan majlis perkahwinan, berlainan pula dengan majlis resepsi pasangan ini yang mendahulukan acara memotong kek. Seperti kata dua pengacara majlis, Sazzy Falak dan Kit, ia merupakan adat majlis perkahwinan British.

Bukan itu sahaja, dua pengacara yang merupakan sahabat karib kepada Ashraf ini turut melakonkan semula aksi pasangan ini ketika sedang hangat bercinta, dan ia mengundang tawa ceria semua tetamu termasuklah pasangan pengantin yang dirai.

Selain itu, majlis tersebut juga dimeriahkan dengan persembahan beberapa orang artis seperti Ferhad, Syed Azmir, Ilyka serta tidak ketinggalan persembahan pasangan pengantin yang boleh disifatkan cukup romantis apabila mereka mendendangkan lagu berjudul Aku Dan Dirimu.

Sungguhpun, Ashraf bukan seorang penyanyi, tetapi dia mampu melontarkan lagu tersebut dengan cukup baik, sambil dibantu isterinya itu yang sememangnya mempunyai vokal yang cukup lunak.

Kata Ashraf, dia tidak berlatih untuk memberikan persembahan malam itu, tetapi ia sekadar untuk menghiburkan tetamu serta menyerikan lagi majlis resepsi mereka itu.


MENGIDAMKAN sekurang-kurangnya tiga orang anak.

Selain itu, dua adik Ashraf iaitu Aishah dan Adam, mengambil peluang di majlis tersebut untuk memberi ucapan khas buat abang sulung mereka.

Suasana yang riuh-rendah, bertukar sedikit emosi, tatkala bait ucapan memberi petanda bahawa kini Ashraf bukan saja milik keluarga mereka tetapi juga milik keluarga Bunga.

“Bagi saya hadiah perkahwinan yang terbesar buat saya ialah apabila abang menghadiahkan saya seorang kakak yang saya tidak pernah ada sebelum ini,” ucap Aishah cukup terharu.

Selain majlis yang dihadiri beberapa artis Malaysia termasuk aktor Jehan Miskin, pasangan suami isteri M. Nasir dan Marlia Musa dan ramai lagi ini, sebuah lagi majlis resepsi pengantin lelaki khusus untuk anggota keluarga terdekat berlangsung pada hari Sabtu lalu bertempat di di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Petaling Jaya.

Kosmo