Archive | George Clooney RSS feed for this section

Pertaruhan Julia

4 Apr

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap

SELEPAS berehat panjang untuk menjadi ibu dan suri rumah sepenuh masa, kemunculannya dalam Charlie Wilson’s War dua tahun lalu gagal menyerlahkan kembali namanya. Kini, Julia Roberts, 42, mempertaruhkan pula filem terbarunya, Duplicity berganding dengan Clive Owen.

Bagi pemerhati Hollywood, langkah Julia berehat seketika daripada dunia lakonan tidak dapat membantunya untuk kembali menjadi tumpuan. Kehadirannya kini dikatakan di belakang Angelina Jolie, Reese Witherspoon dan Jennifer Aniston sebagai primadona filem.

Apabila ditanya perasaannya kembali menjayakan majlis permaidani merah untuk tayangan perdana filem terbarunya di London baru-baru ini, Julia mengakui, ia detik yang teruk dan menakutkan.

Katanya, keadaan di luar panggung memang menakutkan dirinya, tetapi pada waktu sama dia gembira dengan sambutan diberikan. Malah Julia mengakui gementar dengan pilihan pakaiannya pada hari itu.

“Saya mencuba tiga baju berbeza sebelum datang ke sini,” katanya.

Akui Julia, kembali menjadi tumpuan media dan jurugambar bukanlah sesuatu yang diinginkannya. Katanya, dia juga tidak mengharapkan banyak tawaran berlakon.

“Apa yang saya harapkan ialah tawaran membintangi filem hebat dan peluang menjayakan watak yang tidak selalu datang dalam hidup,” katanya.

Ternyata Duplicity berjaya membawa bintang Pretty Woman ini kembali ke lokasi, tetapi bukan mudah bagi Owen kerana perlu memujuk Julia untuk berganding dengannya.

Kata Owen, dia mengajak Julia keluar makan malam dan memaklumkan kepadanya mengenai satu skrip yang baru saja dibacanya. Ia mempunyai watak yang cukup dinamik dan mengatakan alangkah bagusnya kalau mereka berdua dapat berlakon sama.

“Ketika itu dia mengandung dan saya perlu menunggu selama setahun sebelum dia bersedia membaca skrip dan bersetuju untuk berlakon,” kata Owen.

 

 

Owen dan Julia pernah berganding dalam Closer pada 2004. Untuk Duplicity, mereka turut melakonkan aksi panas. Julia mengakui, babak cium dengan Owen paling membuatkan dirinya tidak selesa ketika di lokasi.

“Ia menjadi sukar apabila anda saling mengenali satu sama lain dengan rapat kerana membuat anda saling berpandangan dan mengatakan ia sesuatu yang sangat tidak selesa.

“Tidak cukup dengan itu, di lokasi juga ada anak saya, Henry yang sentiasa memerhatikan saya dari satu sudut. Memang agak teruk situasinya ketika itu,” katanya.

Apa yang lebih membimbangkan ibu tiga anak, Phinnaeus, Hazel dan Henry ini ialah perasaan malu untuk mendedahkan tubuhnya di depan kamera untuk babak panas itu, tidak lama selepas dia melahirkan anak.

“Sejujurnya saya mengakui agak panik ketika itu. Saya baru saja melahirkan anak dan sepatutnya berada di rumah dengan memakai seluar khas untuk mengembalikan bentuk badan.

“Untuk babak itu memang mencabar kerana kami ketawa sepanjang masa. Agak malang buat pengarah Tony Gilroy berhadapan situasi itu dan terpaksa bersabar dengan kami. Babak panas itu menjadi detik melucukan buat kami berdua,” katanya.

Mengenai pembahagian masa antara kerjaya dan tiga anak hasil perkahwinan dengan Danny Moder, Julia mengakui tidak menghadapi masalah kerana mendapat sokongan yang sangat baik daripada anak dan suami.

“Agak mengejutkan kerana semuanya berjalan dengan mudah. Saya bertuah mempunyai anak yang baik, suami yang hebat dan mereka memberi sokongan penuh terhadap kerjaya saya.

“Saya sangat bahagia apabila menjadi ibu sepenuh masa dan berada jauh daripada kehidupan gemerlapan bintang di Hollywood. Kehadiran anak-anak dan suami tidak akan membuatkan hidup saya bosan.

“Saya dan Danny pernah bercakap apa yang akan kita lakukan dengan masa yang kita ada. Sebabnya sebelum itu saya tidak tahu hinggalah apabila saya melaluinya sendiri, ternyata masa berlalu dengan cepat,” katanya.

Sejak berkahwin dengan jurugambar Daniel Moder dalam majlis rahsia pada 4 Julai 2002, Julia memilih untuk menyepi dari Hollywood untuk mencapai impian menjadi ibu. Ia perkahwinan kedua Julia selepas bercerai dengan Lyle Lovett pada 22 Mac 1995.

Kelahiran kembar Hazel dan Phinnaeus pada 28 November 2004 diikuti Henry Daniel Moder pada 18 Jun 2007, melengkapkan hidup Julia.

Kata Julia, kunci kebahagiaan keluarga dan perkahwinannya ialah perasaan kasih sayang. Katanya, perkara penting yang dilakukan apabila mempunyai anak ialah menyayangi kehadiran satu sama lain.

“Saya menjadi wanita paling bertuah sekarang,” katanya.

Walaupun berjaya mengumpul kekayaan hasil lakonan dan meraih kegemilangan ketika usia 30-an, era Julia dikatakan mula malap sejak lapan tahun lalu bermula 2001 apabila berlakon Ocean’s Eleven.

Malah filem ini tidak boleh disifatkan filem Julia kerana menggandingkan nama besar, George Clooney, Brad Pitt dan Matt Damon. Lakonannya menerusi empat filem selepas itu, Full Frontal, Confessions Of A Dangerous Mind, Closer dan Mona Lisa Smile tidak mampu mengangkat kembali namanya sebagai pelakon yang punya tarikan pecah panggung.

Ini berbeza dengan zaman kegemilangannya selama empat tahun pada 1997 melalui My Best Friend’s Wedding, Conspiracy Theory, Stepmom, Notting Hill, Runaway Bride, Erin Brokovich, The Mexican dan America’s Sweethearts. Filem Erin Brokovich juga memberi Oscar kepada Julia pada 2000.

Pesona bintang kelahiran Georgia, Amerika pada 28 Oktober 1967 itu mula ‘dilihat’ selepas membintangi Pretty Woman bersama Richard Gere pada 1990. Tapi kini sudah hilang dan era kegemilangannya berakhir ketika usianya 33 tahun.

>Profil

Nama sebenar: Julia Fiona Roberts

Tarikh lahir: 28 Oktober 1967

Tempat lahir: Smyrna, Georgia, Amerika

Tinggi: 175 sentimeter

Status: Berkahwin (4 Julai 2002)

Suami: Daniel Moder

Anak: Kembar Hazel dan Phinnaeus, Henry Daniel Moder

Kerjaya: Pelakon:

Filem: Duplicity (2009), Fireflies In The Garden (2008), Charlie Wilson’s War (2007), Ocean’s Twelve (2004), Closer (2004), Mona Lisa Smile (2003), Full Frontal (2002), Confessions Of A Dangerous Mind (2002), Ocean’s Eleven (2001), America’s Sweethearts (2001), The Mexican (2001), Erin Brockovich (2000), Runaway Bride (1999), Notting Hill (1999), Stepmom (1998), Conspiracy Theory (1997), My Best Friend’s Wedding (1997),

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Advertisements

Oscar Julang Maruah India

24 Feb

Oleh MOHD. YUSMAN AWANG
yusman.awang@kosmo.com.my

Keupayaan filem Slumdog Millionaire menggondol lapan Anugerah Oscar berjaya meruntuhkan benteng Hollywood terhadap Bollywood selama ini.

BARANGKALI individu yang paling terkilan saat ini ialah Shah Rukh Khan. Ia berikutan kejayaan filem Slumdog Millionaire meraih majoriti kemenangan dengan menggondol lapan Oscar pada majlis Anugerah Academy ke-81, yang berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles kelmarin.

Aktor terkenal Bollywood itu sepatutnya melakonkan watak Prem Kumar, hos program Who Wants To Be a Millionaire? dalam Slumdog Millionaire tetapi dia nekad menolak tawaran berlakon filem itu kerana merasakan watak itu sebagai negatif.


IMPAK memilih cinta. A.R. Rahman menyapu bersih kategori muzik yang dipertandingkan Oscar.

Begitu juga dengan aktor veteran tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan. Mungkin dia perlu menarik semula kenyataannya yang sebelum ini menyelar pengarah filem itu, Danny Boyle atas dakwaan menggambarkan India sebagai negara yang masih dibelenggu masalah kemiskinan.

Ini kerana mimpi dalam filem yang dikritiknya itu sudah menjadi kenyataan!

“Hidup India! Hidup India!” Itulah antara butir kata-kata yang sempat dilontarkan Anil Kapoor yang merupakan seorang aktor terkenal Bollywood ketika ditemu bual hos terkenal, Ryan Seacrest untuk saluran E! Entertainment pada acara karpet merah majlis Oscar yang penuh gemilang dibanjiri nama-nama tersohor
JIRAN tetangga pelakon cilik Rubina Ali, di perkampungan setinggan di Mumbai, bersorak keriangan ketika A.R.Rahman membuat persembahan lagu Jai Ho di pentas Oscar 2009.

Hollywood daripada Angelina Jolie hingga bintang remaja terkenal masa kini, Miley Cyrus.

Selain pelakon kanak-kanak Slumdog Millionaire terutama Rubina Ali dan Azharuddin Mohammed Ismail yang berjaya menarik perhatian ramai pada acara karpet merah Oscar kali ini, turut merasai bahang glamor bertaraf global itu sudah tentulah Anil.


INI pula reaksi jiran-jiran Azharuddin yang meraikan kemenangan mega Slumdog Millionaire menguasai majlis Anugerah Academy ke-81.

Lebih bermakna lagi apabila Anil berpeluang melaungkan kata-kata penuh patriotik itu yang disaksikan secara langsung di seluruh dunia. Ini bermakna Anil sepertimana apa dan siapa juga yang berkaitan dengan Slumdog Millionaire kini secara rasminya sudah dikenali dunia!

Terima kasih kepada Shah Rukh kerana menolak watak Prem Kumar yang kemudian disambar Anil.

Bilakah lagi muncul peluang buat aktor Bollywood untuk muncul gah seumpama Anil pada Oscar di Hollywood?


BARISAN pelakon kanak-kanak Slumdog Millionaire, (belakang, dari kiri), Ashutosh Lobo Gajiwala, Tanvi Ganesh, Tanay Hermant Chheda (depan, dari kiri), Azharuddin, Rubina dan Ayush Mahesh Khedeya.

Mungkin itu satu-satunya peluang keemasan dan peluang itu berjaya diperoleh Anil yang disebut oleh Ryan Seacrest dengan jolokan ‘George Clooney Bollywood’.

Apa yang penting, kejayaan Slumdog Millionaire pada Oscar kali ini telah merasmikan runtuhnya benteng Hollywood terhadap Bollywood selama ini.

Bollywood yang sebelum ini sukar untuk diterima di Hollywood kini bukan sahaja berpeluang memasuki pintu Hollywood yang sudah terbuka luas, tetapi lebih bermakna apabila diberi masuk dengan penuh penghormatan.

Semuanya gara-gara kemenangan besar Slumdog Millionaire menjadi filem paling banyak menggondol Oscar pada majlis Anugerah Academy kali ini.


TERIMA KASIH Shah Rukh Khan. Anil Kapoor bersama Danny Boyle meraikan kejayaan gemilang Slumdog Millionaire.

Keupayaan Slumdog Millionaire merangkul lapan anugerah daripada 10 pencalonan yang diraihnya termasuk Anugerah Filem Terbaik bukan sekadar menjadi kemenangan buat penerbit filem itu, Fox Searchlight dan juga Boyle yang turut menang Anugerah Pengarah Terbaik.

Ini kerana naskhah filem itu tidak akan lahir tanpa suntikan kreativiti anak-anak kelahiran India yang turut meraih pengiktirafan pada Oscar.

Melakar sejarah India di Hollywood dengan meraih Oscar kali ini ialah pemuzik unggul India, A.R. Rahman yang bukan sahaja menjadi warga India pertama meraih dua Oscar tetapi menyapu bersih kategori muzik yang dipertandingkan dalam Anugerah Academy.

Dia diumumkan sebagai pemenang Anugerah Skor Muzik Terbaik dan Lagu Terbaik.

Dalam sejarah 81 tahun Oscar, hanya dua warga India merangkul anugerah iaitu Bhanu Athaiya yang memenangi Anugerah Kostum Terbaik menerusi filem Gandhi (1982) dan anugerah kehormat yang diberikan kepada penerbit filem legenda India, Satyajit Ray pada 1991.

Rahman, 43, yang pernah diberi jolokan ‘Mozart Madras’ ketika membuat ucapan kemenangannya di pentas Academy ke-81 berkata: “Saya berasa terkejut dan seronok dalam masa yang sama. Kali terakhir saya berasa seperti ini adalah ketika majlis perkahwinan saya.”

Menurutnya lagi, Slumdog Millionaire adalah filem mengenai optimistik dan kuasa harapan. “Dalam seluruh kehidupan saya, saya telah membuat pilihan antara benci dan cinta. Saya telah memilih cinta dan (sebab itu) saya di sini (Oscar 2009),” ucapnya penuh bermakna.

Kemenangan Rahman itu sebenarnya sudah diramalkan sejak awal oleh keluarganya di India. “Keluarga saya begitu gembira kerana mereka dari awal lagi menjangkakan Rahman akan menang lebih daripada satu Oscar.

“Justeru, ia (kemenangan dua Oscar) merupakan kegembiraan berganda. Terima kasih kepada semua yang berdoa untuknya di India,” ujar adik perempuan Rahman, Fatimah Rafiq.

Namun, Rahman bukan satu-satunya rakyat India yang menang Oscar kali ini apabila Resul Pookutty turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Adunan Bunyi Terbaik.

“(Kemenangan) ini sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Kami semua tidak sangka sama sekali.

“Terima kasih Academy, ini bukan sekadar anugerah untuk adunan bunyi filem. Ini adalah suatu sejarah yang diberikan kepada saya,” ujar Resul.

Kosmo

Filem: Masalah Ejen CIA

15 Feb

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

Rap
GABUNGAN beberapa nama besar seperti Brad Pitt, George Clooney, John Malkovich dan Tilda Swinton menjadi penarik untuk filem ini. Namun, Burn After Reading bukan karya aksi, sebaliknya pelakon popular ini diuji dengan watak komedi.

Jelas, Clooney dan Pitt tiada masalah dalam merealisasikan karya daripada sutaradara adik-beradik ini, Ethan dan Joel Coen. Clooney yang menggalas watak Harry Pfarrer – lelaki yang kuat berimaginasi mengenai seks dan pegawai di jabatan Harta Karun – menghiburkan penonton.

Malkovich yang memegang watak Osbourne Cox pula mempunyai daya tarikan tersendiri. Watak ejen CIA yang cuba mengelak pelbagai masalah akhirnya terpaksa akur apabila dipecat dari agensi berkenaan.

Menariknya, setiap pelakon ini berkait rapat antara satu sama lain. Contohnya watak Pfarrer yang mempunyai nafsu seks tinggi akhirnya menjalin hubungan bersama isteri Cox. Kemudian, Pfarrer menjalin cinta dengan Linda Litzke (lakonan Frances McDormand). Dalam masa sama, Linda berkawan pula dengan Chad Feldheimer (Pitt).

Pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling mereka mewujudkan elemen komedi bersahaja. Malah, lakonan mereka menghiburkan penonton.

Menyentuh soal sinematografi, adik-beradik Coen ini berjaya memaparkan sesuatu yang menarik. Malah, setiap penggambaran bersesuaian dengan mood babak yang ditampilkan.

Bagi penonton yang meminati lakonan Clooney dan Pitt, filem ini tidak menghampakan.

Data

FILEM: Burn After Reading

PENGARAH: Ethan Coen dan Joel Coen

PELAKON: Brad Pitt, Frances McDormand, George Clooney, John Malkovich dan Tilda Swinton

GENRE: Komedi / Thriller

TAYANGAN: 19 Februari 2009

Harian Metro

Rahsia Pria Terhebat

31 Jan

Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my

Bahagian Akhir

LELAKI cantik? Bunyinya janggal kerana istilah cantik tidak pernah diungkap bagi menghurai ciri fizikal dan pembawaan seorang lelaki. Sifat semula jadi lelaki yang kasar dan lasak menolak sama sekali istilah cantik mewakili golongan ini.

Namun cantik bagi lelaki bukanlah bererti berhias diri mahupun berdandan seperti wanita. Cantik bagi lelaki menjurus kepada kecenderungan lelaki sekarang menjaga penampilan supaya tampak kemas, trampil dan macho.

Jangan disangkal kenyataan ini. Realiti hidup sudah berubah. Jika dulu, janggal melihat lelaki mengunjungi salun mahupun kaunter perapian diri, namun sekarang semakin ramai lelaki tahu apa gunanya krim pencuci muka atau membuat terapi wajah. Buktinya, lihat saja deretan kaunter penjagaan kecantikan khusus untuk lelaki malah spa dan pusat perawatan tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Biarpun dulu dianggap pelik, gaya hidup masyarakat jauh berubah. Ini memberi ruang bagi si jejaka tampil lebih hebat secara fizikal. Bukan saja produk seperti ubat-ubatan, tonik mahupun gajet menguruskan badan, pelbagai inovasi saban hari dipasarkan bagi menjadikan lelaki lebih trampil.

Keinginan menjadi lebih kacak, bergaya dan trampil menyebabkan lelaki sanggup berhabis-habisan untuk kelihatan hebat di mata wanita. Jika wanita sanggup melangsaikan simpanan bulanan untuk kelihatan cantik, lelaki juga terkena tempias sama!

Mengambil contoh negara China yang dulunya dikatakan agak konservatif, kini turut terkena pengaruh gaya hidup yang membawa kepada kecenderungan lelaki di negara itu mengubah cita rasa mereka.

Produk rambut, fesyen pakaian, kosmetik, salun rambut, jenama kasut hinggalah rawatan klinik pembedahan plastik sekarang semuanya berpusat di China. Populasi penduduk yang tinggi di negara ekonomi baru itu menambah permintaan terhadap pelbagai jenis produk kecantikan dan penjagaan diri lelaki.

Tempias sama turut dirasai di Malaysia yang mahu menikmati perubahan dan gaya hidup moden.

Jika dilihat pada persekitaran atau mungkin adik beradik lelaki sendiri, tentu tidak sukar mengecam kecenderungan mereka menggunakan produk kecantikan dan perapian diri. Pengaruh semasa memberi banyak pilihan untuk lelaki berorientasi cita rasa dan keinginan menjadi lebih baik.

Tipulah jika lelaki tidak menggunakan gel rambut, sabun mandian badan, stik deodoran atau krim mencukur jambang. Semua produk ini dikelaskan sebagai produk kecantikan yang khusus bagi lelaki.

Mungkin sebagai lelaki biasa, produk pilihan mereka agak kompleks dan tiada variasi. Mungkin bagi diri mereka, cukup sekadar menggunakan gel rambut, bercukur dan menyental sabun badan. Keadaan sebaliknya dilihat di kalangan lelaki urban yang dikelaskan dalam kelompok maskulin – mereka mahu lebih itu!

Penggunaan krim selepas bercukur, krim pelembap wajah, pelembap bibir, wangian, stik deodoran hinggalah terapi urutan menjadi antara rutin wajib lelaki maskulin. Ciri sebegitu meletakkan diri mereka lebih menarik dan trampil.

XY – Ikon Lelaki minggu ini meneruskan sesi terakhir paparan kajian gaya hidup lelaki di 12 negara terpilih termasuk Malaysia. Kajian itu membabitkan 10,000 responden dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Sepanyol, Afrika Selatan, Russia, Greece, Perancis, China, Kanada, Brazil dan Australia. Kajian itu antara lain meneliti persepsi lelaki mengenai karektor, penampilan dan cita rasa penjagaan diri mereka.

Meneruskan eksperimentasi kajian, minggu ini dipaparkan pula skop kecantikan bagi seorang lelaki. Fokus kajian meliputi responden tempatan di mana 1,000 lelaki dan wanita dipilih secara rambang untuk ditemuramah.

Organisasi penyelidikan antarabangsa, Synovate yang bertanggungjawab menjalankan kajian sejagat mengenai lelaki antara lain memfokuskan kecenderungan pemilik kromosom XY ini menghargai penampilan diri serta kepentingan kecantikan dalaman.

Kajian yang dikendalikan Synovate Sdn Bhd di Malaysia tidak saja tertumpu pada responden lelaki, sebaliknya pandangan wanita tidak dipinggirkan.

Jika minggu lalu, skop kajian mendedahkan lelaki Malaysia mempunyai selera tinggi seperti jejaka di AS dan Perancis dalam aspek pemilihan gaya dan keyakinan diri, faktor sama juga dikesan dalam aspek ‘selera’ penggunaan produk kecantikan lelaki.

Jangan terperanjat hasil kajian Synovate mendapati jejaka Malaysia paling ramai menggunakan produk pencuci wajah pada kadar 57 peratus berbanding 16 peratus yang direkodkan oleh pemuda Greece. Tinjauan rambang daripada 4.893 responden lelaki di 12 negara itu membuktikan lelaki Malaysia mempunyai selera tinggi dalam aspek penampilan diri.

Bagaimanapun, lelaki Malaysia kurang mempraktikkan penggunaan cologne selepas bercukur. Ini kerana kajian mendapati hanya 35 peratus responden lelaki tempatan menggunakan cologne. Ini berbeza rekod yang dicatatkan di Greece di mana 93 peratus daripada lelaki di negara terbabit menggunakan bahan berkenaan. Ini diikuti lelaki Russia dan Sepanyol, masing-masing sebanyak 89 peratus.

Mari selidik peribadi jejaka Malaysia dan berkongsi rahsia serta cita rasa mereka terhadap penggunaan produk kecantikan dan perapian diri…

Resipi kecantikan jejaka Malaysia

Beli produk kecantikan

Maklum balas daripada 498 responden lelaki tempatan mendapati sebanyak 65 peratus (324 responden) mengakui membeli produk kecantikan lelaki.

Enam belas peratus responden lain mengakui produk kecantikan dibeli kekasih manakala 11 peratus menyatakan ia dibeli ibu atau adik beradik wanita.

Tujuh peratus responden atau 35 lelaki mengakui mereka tidak menggunakan sebarang produk kecantikan. Peratusan kecil iaitu satu peratus atau lima responden pula mendakwa menerima produk kecantikan daripada lelaki lain.

Jenis produk kecantikan pilihan jejaka Malaysia

Daripada 498 responden lelaki tempatan, seramai 274 orang atau 55 peratus daripada mereka menggunakan produk rambut.

Seramai 259 orang mengakui menggunakan deodoran.

Seramai 284 responden mengakui menggunakan produk pencuci wajah. Ini perangkaan tertinggi direkodkan.

Seramai 269 responden lelaki menggunakan ubat gigi dengan kuasa pemutih.

Empat puluh tiga peratus responden lelaki mengakui menggunakan produk berkumur.

Produk kecantikan yang lazim digunakan lelaki di seluruh dunia

Lelaki di Malaysia, China, Russia, Perancis dan Afrika Selatan cenderung menggunakan produk pencuci wajah berbanding jejaka Greece, Brazil dan Kanada.

Jejaka Greece dan Perancis paling sedikit menggunakan produk pelembut rambut. Manakala 59 peratus jejaka Australia dan Brazil cenderung menggunakan produk itu.

Mungkin faktor genetik berbulu lebat menyebabkan banyak negara Eropah dan Afrika menitikberatkan soal bau badan. Ini terbukti apabila lelaki Grece, Russia, Sepanyol, Afrika Selatan dan UK paling banyak menggunakan produk selepas bercukur.

Jejaka Malaysia dan Greece menjadi pengguna tertinggi produk dandanan rambut. Jejaka Malaysia paling ramai menggunakan produk itu pada kadar 55 peratus!

(Kiraan berdasarkan 4,893 responden lelaki di 12 negara)

Produk pilihan jejaka seluruh dunia

(pelembap wajah, pelembap badan, balsam bibir, dan sabun pemutihan)

Jejaka Sepanyol paling ramai menggunakan krim pelembap wajah pada kadar 51 peratus berbanding peratusan kecil yang dicatat jejaka di Malaysia dan Greece (22 peratus).

Krim pelembap badan kurang digemari jejaka Malaysia dan Greece. Hanya 18 peratus digunakan lelaki Malaysia dan 14 peratus jejaka Greece).

Lelaki di Malaysia tidak berminat menggunakan balsam bibir. Mungkin faktor malu dan tidak biasa dilakukan menyebabkan hanya enam peratus jejaka tempatan menggunakan balsam bibir.

Berbeza pula dengan jejaka di Afrika Selatan di mana sebanyak 68 daripada keseluruhan kajian menunjukkan yang jejaka dari negara itu menggunakan balsam bibir.

Sabun pemutih menjadi produk paling digemari jejaka Afrika Selatan. Peliknya, jejaka di China turut memilih sabun pemutih! (Kiraan berdasarkan 4,893 responden lelaki di 12 negara)

Produk pilihan jejaka seluruh dunia

(Ubat gigi pemutih, pencuci mulut, deodoran, krim pelindung matahari)

Malaysia menduduki tangga kesembilan daripada 12 negara dalam pemilihan ubat gigi pemutih.

Lelaki China dan Perancis paling kurang menggunakan produk berkumur iaitu sebanyak 24 peratus dan 26 peratus. Jejaka Malaysia pula mencatat 43 peratus.

Rata-rata responden lelaki dari negara terpilih menggunakan deodoran dalam kehidupan harian kecuali China paling kurang menggunakannya. Ini terbukti apabila hanya 14 peratus responden jejaka China mengakui menggunakan deodoran.

Mungkin disebabkan bukan gaya hidup untuk berjemur menyebabkan lelaki di China dan Malaysia paling kurang menggunakan krim pelindung matahari. Australia dan Sepanyol paling tinggi iaitu masing-masing sebanyak 64 peratus.

(Kiraan berdasarkan 4,893 responden lelaki di 12 negara)

Info

Lelaki Malaysia lebih yakin andai dirinya bercukur bersih.

Di peringkat global, deodoran menjadi produk paling banyak digunakan lelaki selepas ubat gigi pemutih dan krim selepas bercukur.

Namun, percaya atau tidak deodoran paling sedikit digunakan di China diikuti Malaysia!

Sebanyak 50 peratus daripada 9,772 responden dari 12 negara menyatakan lelaki yang menggunakan cologne selepas bercukur lebih seksi berbanding mereka yang tidak menggunakannya.

Hampir lapan daripada 10 lelaki atau (79 peratus) daripada keseluruhan 4,893 jejaka dari 12 negara bersetuju bercukur bersih adalah amalan terbaik. Hakikat itu diakui wanita sendiri!

Fakta ini wajar kerana maklum balas yang diterima menunjukkan ramai wanita memilih lelaki bercukur bersih.

Namun pandangan berbeza diperhatikan di Kanada dan AS di mana lelaki berjambang seperti mana aktor Hollywood, George Clooney dianggap seksi.

Hanya 12 peratus daripada wanita Malaysia suka teman lelaki botak!

Di China pula, bilangan wanita yang suka lelaki botak agak tinggi iaitu sebanyak 28 peratus.

Cantik cara lelaki

MUNGKIN sebelum ini gaya hidup lelaki tidak difahami. Apatah lagi soal rahsia arjuna termasuk
cita rasa dalam bergaya dan memilih produk kecantikan. Namun, kajian yang dikendalikan Synovate Sdn Bhd berjaya merungkai persoalan ini.

Kajian itu memberi maklumat cukup besar berhubung arah tuju dan perubahan gaya hidup jejaka Malaysia. Tidak terkecuali soal penggunaan produk kecantikan serta penerimaannya sebagai gaya hidup.

Tidak semestinya semua produk berasaskan lelaki diterima pengguna tempatan. Sebagai contoh, produk seperti balsam bibir kurang mendapat sambutan di kalangan pengguna lelaki.

Pengarah Urusan Synovate Sdn Bhd, Steve Murphy berkata, kajian itu menjadi penanda aras bagi perkembangan gaya hidup masyarakat setempat. Malaysia katanya, menjadi lokasi sesuai mengendalikan kajian itu kerana perkembangan semasa yang baik.

“Kami mendapat maklum balas baik daripada responden yang sanggup meluangkan masa untuk memberi maklumat mewakili gender mereka,” katanya yang memiliki 16 tahun pengalaman dalam bidang kaji selidik di peringkat antarabangsa.

Selain memfokuskan soalan berkisar karektor dan ketrampilan penjagaan diri seorang lelaki, soal selidik itu bukan saja menjadikan responden lelaki sebagai pemberi maklumat, malah mengumpul reaksi responden wanita mengenai dunia lelaki.

Nyata kaji selidik kendalian Synovate Sdn Bhd itu sedikit sebanyak membuka rahsia dan kecenderungan lelaki berhias. Ini secara tidak langsung membuktikan keterbukaan lelaki untuk tampil lebih menarik di mata wanita!

Berita Harian

Hollywood Actors' Union Director Steps Down

27 Jan

LOS ANGELES – Doug Allen on Monday stepped down as executive director of Hollywood’s biggest actors union after weeks of disagreement over plans to hold a strike, the trade publication Variety reported.

Allen, who was also the chief negotiator of the Screen Actors Guild (SAG), notified his staff late Monday via email, according to Variety.

The union did not immediately confirm his resignation.

SAG has some 120,000 members and has been operating without a contract with the Alliance of Motion Picture and Television Producers (AMPTP) since June 2008.

Fresh attempts to broker a deal foundered in November.

The report comes two weeks after SAG’s board met during a marathon two-day, 30-hour showdown that failed to produce a date for a referendum on a possible strike.

Both the SAG and the AMPTP fear a repeat of the 100-day writer’s strike between November 2007 and February 2008 that resulted in more than two billion dollars in industry losses.

Variety attributed Allen’s resignation to divisions in the SAG over how to deal with AMPTP.

A strike authorization requires 75 percent support.

But some 1,400 so-called “moderate” SAG members, including top actors George Clooney, Susan Sarandon and Sally Field, called on the union’s leadership to sign a compromise with AMPTP, rejecting Allen’s harsh stance.

The moderates said that with the US economy in recession the union would not be able to negotiate social benefits from a position of strength.

The SAG is requesting a salary increase for actors making less than 100,000 dollars per year and a greater share of royalties from sales and showings of work screened on the Internet.

The AMPTP said the actors’ demands were unreasonable and have refused to improve a final offer made in June, similar to other agreements reached with writers, directors and a smaller actors union.

An AMPTP spokesman told AFP he had “no comment” on Allen’s announced resignation.

The SAG moderates said Allen would be replaced by former SAG general counsel David White, who would serve as interim national executive director.

The Guild’s senior adviser John McGuire was appointed as chief negotiator. – AFP/vm

Channel News Asia

George Clooney Checks Back Into 'ER'

23 Jan

LOS ANGELES: Hollywood heart-throb George Clooney is set to don his scrubs and stethoscope one last time on the long-running television medical drama “ER”.

According to reports, the Oscar-winning actor who starred as Dr Doug Ross from 1994 to 2000 before leaving to pursue a blossoming movie career, is set to film his swansong scenes later this week.

And Clooney is not the only returning “ER” original. His former on-screen flame, nurse Carol Hathaway, played by Juliana Margulies is also reportedly coming back for the final shows.

“ER” closes its doors for good after 15 seasons, and is set to air its final season on US television on April 2.

– CNA/jk

Channel News Asia

Hollywood Actors' Union Postpones Strike Vote

24 Dec

LOS ANGELES: Hollywood’s major actors union has decided to postpone a controversial vote among its members over whether to allow its leaders to call a strike after its failure to reach a new contract with major studios, a union leader said on Monday.

The Screen Actors Guild (SAG) said it had temporarily shelved a strike authorisation vote that had been scheduled to run for three weeks from January 2 in order to “address the unfortunate division and restore consensus”.

Voting will now be delayed until after a January 12-13 emergency meeting of SAG’s board.

Balloting will take place after the meeting, providing guild leaders more time to garner support after opposition to the vote increased following a rebellion of New York board members this month.

“While almost 100 high profile members and 2,524 total members have endorsed the strike authorisation vote mandated by the national board, more than 100 high profile actors and 1,373 actors have lent their names to the opposition campaign,” said SAG’s national executive director Doug Allen in a statement cited by Daily Variety.

Tom Hanks and George Clooney joined more than 130 stars in a letter asking for the vote to be called off, arguing that a strike threat is not viable in the worsening economy.

Should 75 per cent of members approve industrial action, the SAG could authorise a strike, which could disrupt the Oscars on February 22.

SAG’s leaders have been holding out for a greater share of royalties from sales and showings of work screened on the Internet.

The guild is seeking union coverage for all Internet-only productions regardless of budget, residual payments for Internet productions replayed in ad-supported platforms online, and continued actor benefits during work stoppages, including those caused by strikes by other unions.

The Alliance of Motion Picture and Television Producers (AMPTP), which represents the major studios, have been negotiating a deal with SAG since before the previous contract expired June 30.

The studios have said a formula for payment in new media formats has already been agreed upon by another actors union, directors, and writers, whose 100-day strike derailed the Golden Globe Awards in January.

The studios have said it was unreasonable for SAG to demand a better deal, especially now that the economy has worsened.

Fresh attempts to broker a deal foundered in November.

– CNA/jk

Channel News Asia