Archive | Gita Gutawa RSS feed for this section

Respirasi Muzik: Turut Tampil Irama Malaysia

14 Apr

Rap
Album: Laskar Pelangi
Artis: Pelbagai

RUNUT bunyi filem popular seberang, Laskar Pelangi diangkat daripada novel karya Andrea Hirata dan diterjemahkan ke layar perak oleh Riri Reza.

Kreatifnya mereka yang terbabit dalam runut bunyi ini apabila setiap lagu diambil daripada babak yang dirasakan menarik dan boleh diangkat menjadi jalan cerita. Dalam erti kata lain, runut bunyi Laskar Pelangi cuba menterjemahkan novel dalam bentuk lagu pula.

Satu perkara yang menjadi perhatian dalam album ini apabila ia turut menampilkan lagu etnik kreatif dan irama Malaysia yang didendangkan Gita Gutawa, Tak Perlu Keliling Dunia ciptaan Erwin Gutawa dan lirik ditulis Mira Lesmana.

Begitu juga lagu Bunga Seroja pernah dipopularkan penyanyi Jamal Abdillah, turut dimuatkan dalam runut bunyi Laskar Pelangi dan didendangkan semula pelakon filem ini, Yamarno dan Mara Karma.

Susunan muziknya kedengaran lebih Melayu apabila menampilkan gendang dan rebana juga disulami gesekan biola dan harmonika.

Begitupun, sesuai dengan suasana runut bunyi ini yang menceritakan kisah kehidupan anak kecil yang berhadapan dengan kepayahan dalam menuntut ilmu, beberapa lagu berentak pantas turut dihasilkan seperti Sahabat didendangkan Gerasi dan Lintang dinyanyikan Netral.

Pastinya kekuatan album ini bergantung penuh kepada lagu Laskar Pelangi yang dicipta dan didendangkan sendiri kumpulan Nidji.

Ia berjaya merangkumkan sepenuhnya falsafah novel dan filem yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung sewaktu ditayangkan di seberang pertengahan tahun lalu.

 

 

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Shila, Ran Luah Cinta

22 Feb

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my

Rap

PELANTUN lagu Memori Tercipta ciptaan Aubrey Suwito ini semakin mendapat perhatian pelbagai pihak sejak bergelar naib juara program realiti One In A Million musim kedua.

Bersandarkan bakat, rupa dan keupayaan memikat golongan remaja melayakkan Shila atau nama sebenarnya Siti Nurshahila Amir Amzah menggalas tanggungjawab sebagai duta baru Wall’s Cornetto yang dulunya menjadi milik Dafi dan Gita Gutawa.

Menariknya, kali ini Shila digandingkan dengan trio remaja Indonesia, Ran yang dianggotai Anindyo Baskoro (Nino), Rayi Putra (Rayi) dan Astono Andoko (Asta).

Pencapaian cemerlang empat anak muda ini dalam arena muzik menepati kempen Tunjukkan Cintamu Wall’s Cornetto yang menggabungkan elemen bakat dan muzik.

Akui anak gadis penyanyi ND Lala ini, tidak pernah terlintas di fikiran akan dilantik sebagai duta jenama aiskrim popular itu. Namun, peluang itu sungguh bermakna kerana bukan saja dapat mengembangkan kariernya sebagai penyanyi, bahkan berpeluang mencipta nama di negara seberang.

“Tawaran ini umpama bulan jatuh ke riba. Bukan semua orang berpeluang berduet dengan artis luar, rugi jika saya tolak lamaran ini.

“Lagu tema kempen ini iaitu Tunjukkan Cintamu diputarkan di radio Indonesia sejak Disember lalu, jadi saya harap ia menjadi permulaan baik buat saya.

“Soal popular atau dapat diterima di negara seberang, saya tidak kisah. Bagi saya, terpilih menjayakan program ini sudah memadai. Setidak-tidaknya ia memberi peluang untuk saya melebarkan sayap di Indonesia,” kata Shila pada majlis pelancaran dan pengumuman duta baru Cornetto di The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Menceritakan pengalaman berkolaborasi dengan Ran, Shila berkata, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain, tidak sukar bagi mereka mencari keserasian.

Sebaik saja mengetahui siapa rakan gandingannya, penuntut Kolej Segi ini menyelidiki latar belakang Ran menerusi Internet. Bagaimanapun, apabila dipertemukan buat pertama kali, terselit perasaan bimbang di hati kerana belum pernah berduet dengan artis luar. Bimbang juga andai tidak dapat menyesuaikan diri.

“Mereka peramah, ceria dan senang didekati. Saya tiada masalah berkomunikasi dengan mereka, bahkan kami saling usik mengusik, terutama membabitkan bahasa pertuturan yang ada kalanya berbeza maknanya. Sehingga kini kami masih berhubung dan selalu juga bertukar-tukar pendapat mengenai muzik,” katanya yang terpaksa menangguhkan pengedaran album memandangkan jadual harian terlalu ketat.

Tambah Shila, dia gembira menjayakan kempen ini kerana turut berpeluang menghasilkan iklan dan muzik video bersama Ran untuk lagu Tunjukkan Cintamu.

Muzik video dan iklan berkenaan yang mempromosi dua perisa aiskrim baru Cornetto iaitu Cornetto Disc Chocolate serta Cornetto Disc Vanilla mula disiarkan di kaca televisyen tempatan dan bakal menyusul di Indonesia tidak lama lagi.

“Banyak pengalaman menarik sepanjang penggambaran iklan dua hari di Bangkok, seterusnya sehari di Jakarta penghujung tahun lalu.

“Rakaman berlangsung dalam suasana ceria, malah saya sangat gembira bekerja dengan produksi dari Indonesia dan Thailand. Mereka sangat profesional dan melakukan kerja dengan cepat,” katanya.

Mengimbas latar Ran, trio remaja popular Indonesia ini ditubuhkan pada 18 November 2006. Nama mereka melonjak naik selepas tampil dengan single Pandangan Pertama diikuti album pertama, Ran For Your Life setahun kemudian.

Mengulas pengalaman bekerja dengan Shila, tiga jejaka ini menjelaskan, mereka selesa dengan sikap bersahaja penyanyi meningkat naik itu. Malah, ramai peminat mereka di Jakarta memuji suara Shila dan menyifatkannya sangat berbakat.

“Sama seperti Shila, ini pengalaman pertama kami dilantik sebagai duta produk. Semestinya kami berbesar hati dengan pelantikan ini, apatah lagi Wall’s jenama besar. Lagipun kami sebati dengan aiskrim ini sejak kanak-kanak lagi. Bagi kami, ini pencapaian membanggakan buat Ran.

“Sebenarnya banyak nama disenaraikan sebagai calon duta, tetapi syukur Wall’s memilih kami. Insya-Allah kami tidak akan mensia-siakan kepercayaan diberi.

“Menerusi pelantikan ini, kami dapat menimba pengalaman bekerja dengan pemuzik luar Indonesia seperti Shila. Ia turut menjadi titik tolak memperkenalkan muzik kami di Malaysia,” kata Rayi.

Sementara itu, Nino melahirkan rasa bangga apabila lagu ciptaan mereka, Tunjukkan Cintamu dipilih menjadi lagu tema kempen ini.

Lagu berkenaan sangat bersesuaian kerana ia membawa mesej kepada pendengar supaya usah malu mengungkapkan cinta kepada orang yang mereka sayangi.

“Menjadi budaya di Indonesia dan Malaysia kurang manis jika wanita melafazkan perasaan sayang kepada pasangan. Bagaimanapun bagi kami, perasaan itu tidak harus dipendam. Sebagai manusia, kita punya hak untuk disayangi dan menyayangi. Tidak salah jika kita meluahkannya,” katanya sambil menjelaskan, Ran berhasrat mengedarkan album di Malaysia.

Harian Metro

Shila Semakin Gigih Bina Nama

10 Feb

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

SHILA senang bekerjasama dengan kumpulan Ran yang juga menjadi duta produk aiskrim Wall’s Cornetto.

Gandingan bersama artis Indonesia dalam kempen Wall’s Cornetto terus popularkan naib juara OIAM 2

REZEKINYA semakin melimpah sejak menyandang gelaran naib juara dalam program realiti One In A Million musim kedua lalu. Malah lagu nyanyiannya, Memori Tercipta ciptaan Aubrey Suwito semakin mendapat tempat di stesen radio tempatan. Biarpun sudah lama menceburi bidang seni namun baru kini populariti anak dara penyanyi ND Lala ini naik mencanak.

Bukan saja namanya semakin meniti di bibir peminat tetapi popularitinya mula mendapat perhatian pelbagai pihak. Berbekalkan bakat, paras rupa serta keupayaan untuk memikat hati golongan remaja membuatkan Siti Nurshahila Amir Hamzah atau lebih akrab disapa Shila dilamar untuk menjadi duta baru Wall’s Cornetto.

Seperti Dafi dan Gita Gutawa, Shila menjadi duta kepada aiskrim popular itu bersama kumpulan trio remaja dari Indonesia, Ran. Dua bakat hebat dari Malaysia dan Indonesia ini dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam arena muzik yang dilihat sesuai bagi kempen Wall’s Cornetto yang menggabungkan antara bakat dan muzik.

Sambil melahirkan kegembiraannya kerana berpeluang menjadi duta kepada jenama ini, Shila berkata dia melihat peluang yang diberikan itu dalam erti kata yang lebih meluas iaitu mengembangkan lagi kerjaya seni nyanyiannya.

“Sebagai artis baru, saya bersyukur kerana ada juga pihak yang sedar akan kewujudan saya dalam industri ini. Lagipun bukan mudah untuk artis baru seperti saya diberi peluang seperti ini iaitu digandingkan pula dengan artis Indonesia. Saya akan cuba gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melebarkan saya ke Indonesia.


Siti Nurshahila Amir Hamzah – Shila

“Memandangkan lagu tema untuk iklan aiskrim ini iaitu Tunjukkan Cintamu juga sudah mula diputarkan di radio Indonesia sejak Disember lalu, jadi saya harap ia menjadi satu permulaan yang baik buat saya. Dan sewaktu menjalani rakaman klip video lagu ini di Jakarta tidak lama dulu, saya turut ditemubual oleh media Indonesia.

“Begitupun, saya tak kisah kalau saya tak popular di sana asalkan mereka dapat menerima lagu nyanyian saya,” ujar Shila yang ditemui pada majlis pelancaran dan pengumuman duta baru Cornetto di The Curve, Mutiara Damansara, petang Khamis lalu.

Klip video serta iklan komersial produk ini yang membabitkan dua artis muda ini mempromosikan dua perisa aiskrim baru Cornetto, Cornetto Disc Chocolate dan Cornetto Disc Vanilla juga akan mula disiarkan di kaca televisyen tempatan dan bakal menyusul di Indonesia tidak lama lagi.

Berkongsi pengalaman berkolaborasi dengan Ran yang dianggotai oleh Nino, Asto dan Rayi ini, Shila berkata walaupun mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini namun mereka mudah mesra.

“Sebaik saja saya mendapat tahu yang saya akan digandingkan dengan kumpulan Ran untuk menjadi duta jenama ini, saya selidik latar belakang dan muzik mereka menerusi internet. Apabila dipertemukan, saya dapati mereka ini memang senang untuk didekati dan ceria.

“Kami juga saling usik mengusik antara satu sama lain terutama membabitkan bahasa pertuturan kami yang ada kalanya sedikit berbeza maknanya. Keserasian itu membuatkan kami saling berhubungan sehingga kini,” ujar gadis berusia 19 tahun ini.

Ditanya mengenai projek album solonya, Shila berkata album yang sudah siap sepenuhnya itu terpaksa ditangguhkan pengedarannya memandangkan jadual hariannya begitu ketat.

“Saya terbabit dengan pelbagai projek besar selepas ini dan kalau album itu diedarkan sekarang mungkin akan menjejaskan program promosi yang akan diatur syarikat rakaman. Jadi mereka terpaksa menangguhkan dulu hasrat untuk mengedarkan album ini. Bukan saja album terpaksa ditangguhkan tetapi saya juga terpaksa menangguh pengajian saya di Kolej Segi sehingga tarikh yang saya sendiri tidak pasti,” cerita Shila yang turut terbabit dalam projek jelajah negara anjuran produk syampu, Clean & Clear

Pilih lelaki berusia

SEBELUM ini memang heboh orang mengatakan yang Shila dikatakan bercinta dengan bekas pengacara program Remaja, Aliff OIAM. Pun begitu, cerita itu bagaikan lenyap begitu saja. Justeru, di saat soalan itu diajukan kepada penyanyi ini, Shila berkata antara dia dan Aliff tidak lebih dari sekadar teman biasa.

“Kami hanya kawan baik. Lagipun saya masih muda dan ingin memberi tumpuan sepenuhnya pada kerjaya saya sebagai penyanyi. Tetapi seandainya saya ingin mempunyai kekasih, saya lebih suka lelaki yang lebih tua dari saya. Bukannya apa, selain matang saya mahu bakal teman lelaki saya nanti lebih dominan.

“Kalau sebaya, rasa nanti macam saya yang kena bimbing dia,” ujar Shila malu-malu.

Berita Harian

Intai Peluang Di Indonesia

7 Feb

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap

BAKAT nyanyian Nurshahila Amir Amzah, 19, atau Shila tidak perlu disangkal lagi. Shila bukan saja diminati disebabkan kelunakan suara dan bakat dalam seninya, malah anak gadis pelakon dan penyanyi terkenal, N D Lala juga mencatat pencapaian membanggakan.

Anugerah Emas sempena Penang Shanghai World Star Quest (PSWSQ) yang diadakan di Pulau Pinang, April tahun lalu selepas muncul naib juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua memberikan laluan Shila dalam kerjaya nyanyian lebih mudah.

Tidak dinafikan Shila semakin mencipta nama dalam dunia seni tanah air dan bakal tampil dengan album sulung tidak lama lagi di bawah syarikat rakaman Monkey Bone. Bakat seni Shila turut mendapat perhatian Unilever Holdings Sdn Bhd untuk melamarnya sebagai duta jenama ais krim popular, Wall’s Cornetto.

Shila turut digandingkan dengan kumpulan dari Indonesia, Ran yang dianggotai Anindyo Baskoro (Nino), Rayi Putra (Rayi) dan Astono Andoko (Asta) untuk menjayakan kempen Tunjukkan Cintamu Wall’s Cornetto.

Katanya, dia berbesar hati untuk sama-sama menjayakan program itu kerana turut berpeluang menjayakan iklan dan muzik video bersama Ran untuk lagu Tunjukkan Cintamu.

“Ini satu pengalaman baru buat saya. Sebelum ini, saya tidak pernah berpeluang berduet dengan mana-mana artis. Kesempatan yang diberikan ini amat saya hargai.

“Banyak pengalaman menarik yang saya lalui sepanjang mengikuti rakaman iklan selama dua hari di Bangkok seterusnya sehari di Jakarta penghujung tahun lalu.

“Saya bertuah kerana dipilih menjayakan kempen seterusnya dilantik sebagai duta jenama ini. Tawaran yang dihulurkan pada tahun lalu sememangnya sukar ditolak. Malah bukan semua artis yang dapat mengadakan kolabrasi bersama artis daripada Indonesia.

“Soal popular atau dapat diterima di negara seberang saya tidak kisah. Bagi saya apabila sudah terpilih menjayakan program ini sudah cukup memadai. Setidak-tidaknya ia memberi peluang kepada saya melebarkan sayap ke negara seberang.

“Pada masa sama saya juga dapat bertindak sebagai duta kecil Malaysia di sana,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen terbaru Wall’s Cornetto, baru-baru ini.

Nama Shila mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi, namun Ran dari Indonesia yang dianggotai Anindyo Baskoro (Nino), Rayi Putra (Rayi) dan Astono Andoko (Asta) kurang dikenali. Namun tiga pemuda berbakat ini mula mencipta nama dalam dunia seni di Indonesia selepas tampil single Pandangan Pertama disusuli album pertama, Ran For You Life pada 2007.

Mengulas pandangannya terhadap Ran, Shila mengakui pada mulanya tertanya-tanya mengenai kumpulan itu hingga menyelidik siapa mereka.

“Mula-mula bertemu dengan kumpulan ini saya agak gugup kerana bimbang dan menganggap mereka mungkin tidak mesra atau pendiam. Sebaliknya antara Rayi, Asta dan terutama Nino agak peramah dan lucu ketika menjalani penggambaran iklan dan muzik video berkenaan.

“Lagu Tunjukkan Cintamu ciptaan Ran ditujukan kepada semua individu. Lagu berkenaan juga membawa mesej kepada pendengar supaya tidak memendam perasaan sayang kepada seseorang sebaliknya meluahkan perasaan cinta,” katanya.

Sementara itu, Nino mengakui amat tertarik untuk menyertai program berkenaan memandangkan sudah sebati dengan jenama ais krim itu sejak kanak-kanak lagi.

Katanya, ia ibarat mimpi menjadi kenyataan bagi mereka. Secara tidak langsung ia dapat mendorong kumpulan berkenaan memperkenalkan muzik mereka di Malaysia.

“Secara tidak langsung kami dapat menimba pengalaman berkerja dengan pemuzik daripada luar Indonesia seperti Shila. Ini menjadi landasan pertama untuk memperkenalkan muzik kami di Malaysia. Ia juga satu pengalaman baru buat kami.

“Soal bayaran bukan perkara utama. Yang penting kami juga selesa dan gembira kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang menjayakan kempen ini,” katanya.

Bagi Rayi pula, muzik Malaysia dan Indonesia tidak begitu jauh berbeza. Malah memaklumkan pembabitan artis Indonesia dalam mewarnai dunia hiburan tempatan juga agak memberangsangkan seterusnya mendorong mereka untuk mengikut jejak langkah itu.

“Kami mungkin memikirkan promosi album seterusnya terbabit dengan konsert di sini jika diberi kesempatan kelak. Sebelum ini kami, pernah berkunjung ke Kuala Lumpur ketika berada dalam senarai Kumpulan Pemuzik Remaja Terbaik sempena Anugerah Planet Muzik tahun lalu,” katanya.

Kempen yang dijalankan Unilever Holdings Sdn Bhd melalui jenama ais krim Wall’s Cornetto ternyata membuahkan hasil. Selepas mempertemukan bintang remaja dua negara, Dafi dan Gita Gutawa, kali ini giliran Shila dan Ran pula untuk memenuhi kempen Tunjukkan Cintamu.

Pengarah Makanan Unilever Malaysia Sdn Bhd, Joseph Tan berkata, kempen berkenaan menghubungkan anak-anak muda menerusi ekspresi persahabatan secara kreatif.

“Kami mahu menonjolkan jenama ini sebagai ikon kepada persahabatan dan cinta. Menerusi pemilihan artis daripada dua negara yang semestinya mempunyai personaliti menarik, muda dan berdaya saing.

“Dengan adanya kempen ini kami berharap dapat menyediakan saluran yang sesuai bagi generasi muda berkongsi ilmu dan memperlihatkan ekspresi diri mereka menerusi muzik,” katanya.

Pada majlis itu turut diperkenalkan dua perisa baru Wall’s Cornetto, Cornetto Disc Chocolate dan Cornetto Disc Vanilla yang dijual di pasaran pada harga RM2.80.

Kempen berkenaan turut dimeriahkan dengan penganjuran peraduan SMS dan Menang yang bermula 15 Februari hingga 30 April dengan menawarkan hadiah menarik. Wall’s Cornetto juga akan memberi 100,000 kon aiskrim percuma sebagai tanda cinta dan persahabatan sempena Hari Valentine pada 14 Februari ini.

Orang ramai turut dijemput memeriahkan promosi pertunjukan bergerak yang dijalankan di beberapa lokasi terpilih antaranya Berjaya Times Square Kuala Lumpur, One Utama Bandar Utama, Gurney Plaza Pulau Pinang, Jusco Queensbay Pulau Pinang, Plaza City Square dan Plaza Angsana Johor Bharu. Maklumat lanjut layari laman web http://www.cornetto.com.my

Harian Metro

Impian Jadi Realiti

19 Jan

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

DIANA yang
menggunakan
khidmat Octave
berharap akan
menyerlah dalam
bidang nyanyian.

Keinginan Diana Danielle menjadi penyanyi bukan lagi cakap kosong

BUKAN lagi cerita kosong, nampaknya hasrat Diana Danielle untuk merealisasikan impiannya sebagai penyanyi bakal menjadi kenyataan.

Biarpun ada pihak yang bagaikan meragui kemampuannya untuk menyanyi, gadis berusia 17 tahun ini begitu teruja dalam debaran.

Malahan sejak dulu lagi, anak kesayangan Norsiah Ramli ini sudah bercita-cita untuk bergelar penyanyi, namun rezeki berlakon datang terlebih dahulu tanpa diduga.

Menurut Diana, tidak sia-sia penantiannya selama ini kerana bagaikan satu hikmah di sebalik kontroversi yang melandanya dengan teman rapatnya, Syamsul Yusof tahun lalu, dia kini bakal mencipta nama di Malaysia dan Indonesia mengikuti jejak penyanyi seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Winnie K, Exist dan ramai lagi yang pernah melebarkan sayap ke tanah seberang.

Semua itu menjadi pasti hasil berkat perbincangan yang dilakukan ibunya dan pegawai publisiti, Bill Bora serta komposer dan penerbit album dari Indonesia, Octav Panggabean sejak Oktober lalu.

Namun sebelum itu, Diana akan menunaikan tanggungjawabnya kepada negara untuk menyertai Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) mulai 11 Mac hingga 10 Jun ini.

Dan, sejak minggu lalu, Diana ditemani ibunya hadir ke Balai Berita untuk memperkenalkan Octav kepada rakan media. Octav ke Malaysia sejak 13 hingga 22 Januari ini untuk menguruskan urusan awal kerjaya nyanyian Diana.

“Akhirnya saya dapat menunaikan impian saya sejak kecil untuk bergelar penyanyi selepas sekian lama menanti detik ini. Kalau ikut perancangan, saya buat lirik untuk lagu ciptaan sendiri di dalam album ini. Keputusan untuk ke Indonesia ini semuanya dipertimbangkan mama dan saya yakin yang terbaik untuk mama, pastinya baik untuk saya.

“Sekalipun akan ke Indonesia untuk menyiapkan album dan meluaskan kerjaya di sana, mama mahu saya boleh membuat yang lebih baik dengan bantuan Octav.

“Masih ada kerja yang perlu diselesaikan terlebih dulu. Selepas menyudahkan penggambaran filem Kecoh Betul sehingga 22 Januari ini dan 10 Februari nanti ke set filem Magika,” katanya.

Mengenai penyertaannya PLKN , Diana menjelaskan dia tidak timbul langsung niatnya untuk mengelakkan diri atau cuba mendapatkan sebarang keistimewaan kerana walaupun sudah dikenali sebagai pelakon, dia tetapi mahu menjalani kehidupan secara dunia normal seperti pelajar lain yang seusia dengannya.

Bagaimanapun hingga saat ini, pelakon itu belum tahu di lokasi PLKN yang bakal disertainya.

“Selain teruja membuat album, saya juga teruja nak masuk PLKN. Peluang ini juga dapat merehatkan saya seketika daripada dunia seni dan kembali menjalani kehidupan biasa seperti remaja lain.

“Saya difahamkan ada juga kawan saya yang akan ke PLKN seperti anak penyanyi, Syed Sobrie. Sepanjang berada di sana, pastinya saya dapat menimba pengalaman dalam pelbagai aspek termasuklah hal membabitkan disiplin serta semangat kekentalan,” katanya riang sambil menyambut positif untuk bertemu media di Indonesia bagi memacu kerjaya barunya di negara itu.

RM200,000 untuk album Diana

SEBANYAK 70 peratus lagu-lagu dalam album Diana Danielle nanti disumbangkan oleh komposer dari Indonesia dengan membabitkan nama besar seperti Pasha dari anggota kumpulan Ungu, Anto, Tompi dan Yocky S Prayogo.

Album pelakon muda itu juga dikatakan turut mendapat kerjasama daripada Tourism Board Malaysia sebagai usaha mempromosikan Malaysia di Indonesia.

Octav Panggabean berkata, dia menerima Diana sebagai penerbit album tanpa mengetahui gadis ini adalah bintang popular di Malaysia.

“Saya melihat dia ada pakej dan potensi yang sesuai untuk menjadi penyanyi. Dia ada suara dan penampilan menawan yang seiring dengan statusnya sebagai selebriti.

“Saya akui di Indonesia, penyanyi wanita boleh di sebut saja beberapa kerat yang popular seperti Rossa, Agnes Monica dan Bunga Citra Lestari. Gita Gutawa juga masih di bawah paras sederhana.

“Dalam hal ini, Diana masih muda dan jauh lagi perjalanan yang boleh diterokainya. Harapnya kemunculan dia nanti bukan hanya sekelip mata tapi mampu bertahan hingga ke usia yang lama sekali gus dia masih mampu berkarya dan menyanyi. Suaranya saya kelaskan sebagai melankolik yang sesuai pada irama melodi pop,” katanya mengenai Diana Danielle.

Secara keseluruhannya pembikinan album Danielle ini membabitkan mencecah RM200,000 dengan tempoh empat bulan untuk disiapkan. Diana akan mula merakamkan suara pada Jun ini dan dijangka muncul dengan single selewat-lewatnya Mei depan.

Menurut Octav, dia sudah ada beberapa lagu yang sesuai untuk diserahkan kepada Diana.

“Dia juga dijangka menyanyikan dua lagu tema untuk sebuah filem kerjasama Indonesia dan Korea berjudul My Soul Escapes. Album sulungnya akan memuatkan 10 buah lagu,” katanya.

Berita Harian

Seumur Hidup Buat Dafi Berpeluh

19 Dec

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

MENIUP lilin kek hari lahirnya yang ke-20 sambil diperhatikan bapanya, Norman dan Zulkifli.

Pelancaran album terbaru pada sambutan hari lahir beri kejutan manis

SEUMUR hidup Dafi, dia tidak pernah diraikan dalam satu keriangan berganda yang pasti akan sentiasa dikenang dalam diari kehidupannya yang mendatang.

Bayangkan bukan saja hari lahirnya yang ke-20 disambut insan tersayang dan peminatnya yang digelar Dafinates pada 14 Disember lalu, jejaka ini juga bertuah kerana album sulungnya berjudul Seumur Hidup dilancarkan sekali gus.

Ia bagaikan hadiah yang paling bermakna di dalam hidup bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kelima ini.

Album ini dilancarkan Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif KRU, Norman Abdul Halim dan turut diserikan dengan kehadiran ayahanda tersayang Dafi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga menggalas tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan. Turut sama hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Ahmad.

Ketika menjejaki kaki ruang amphitheatre Menara Kuala Lumpur, terasa seakan-akan berada dalam kapal terbang. Menaiki pesawat bernombor DFC 1412 (mengambil nama kelab peminat dan tarikh lahir Dafi), penyanyi muda itu yang segak dengan seragam sebagai juruterbang kelihatan sedang sibuk melayan tetamu bersama pembantunya.


AIZAT antara teman seperjuangan yang datang memberi sokongan.

Bertemakan ‘Terbang Tinggi’ ia adalah simbolik kepada hala tuju kerjaya seni Dafi iaitu mahu mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Jika diimbas kembali pada muka depan Hip 11 Disember lalu sewaktu Dafi bergandingan dengan Diana Danielle dan dua artis Indonesia, Kiky Rizky dan Dimas Beck, tajuk utama yang diberikan juga ialah Terbang Tinggi.

“Itulah, apabila Dafi tengok kembali memang tema majlis hari lahir ini sama dengan artikel dalam Hip. Rasa kelakar juga, tapi semua ini satu kebetulan,” katanya.

Sepanjang majlis berlangsung, adrenalin Dafi mengalir laju sehinggakan dia kelihatan bermandi peluh sewaktu membuat persembahan. Akuinya dia memang cepat berpeluh apatah lagi dengan memakai baju tebal tetapi itulah semangat dan kesungguhan dalam dirinya kalau melakukan sesuatu persembahan di pentas.

“Dafi tidak menyangka langsung yang pelancaran album sulung ini menjadi kenyataan. Rupa-rupanya pihak KRU dan kelab peminat berkomplot memberikan kejutan. Sebelum ini macam Dafi pernah cakap, memang ada dengar perancangan serta ura-ura pihak KRU untuk melancarkan album serentak pada tarikh hari lahir Dafi.


ISMAIL SABRI, Muhaini, Dafi dan Norman sewaktu melancarkan album sulung Dafi.

“Tapi sebelum ini Dafi tak pernah berharap soal itu, apatah lagi ‘lakonan’ main tarik tali dan berdolak-dalik pihak KRU cukup menjadi, hingga Dafi sendiri tak yakin album akan dipasarkan pada hari lahir. Namun, sewaktu memberikan ucapan kepada tetamu, tiba-tiba diumumkan mengenai pelancaran album ini,” katanya.

“Macam manapun, Dafi tetap bangga dengan kelab peminat yang betul-betul memastikan rancangan ini menjadi kenyataan. Dengan tema yang unik dan selingan persembahan daripada ahli kelab peminat Dafi hinggalah ke persembahan adik Dafi, Nashriq bersama kumpulannya, Ipswich serta anak saudara semuanya menjadi gabungan yang cukup menjadi.

“Kehadiran ahli keluarga, peminat, kawan, media, pihak KRU termasuk Norman dan Datuk Zulkifli amat menyenangkan hati ini,” sambungnya lagi yang sedang menanti kemunculan filem lakonannya berjudul Sayang You Can Dance pada Mac 2009.

Bercakap mengenai kerjaya nyanyiannya, Dafi berkata, dia sangat berharap kerjaya nyanyiannya dapat dilebarkan sehingga ke Indonesia.

Menurutnya, untuk tujuan itu, dia bersama KRU Studios menjalin kerjasama dengan penggiat seni di Indonesia seperti Gita Gutawa serta komposert Yovi Widianto dan Badai dari kumpulan Krispatih.

Bertuah memiliki Dafi

SEMENTARA itu, Norman dalam teks ucapannya yang disampaikan, dia berbangga dengan kejayaan dan pencapaian anak didik di bawah naungan syarikatnya.

Katanya lagi, dalam usia semuda ini, pencapaian Dafi ketika ini jelas menggambarkan kejayaan yang amat memberangsangkan.

“KRU Studios bertuah memiliki Dafi yang sangat berdisiplin dan komited terhadap kerjaya seninya.

“Dafi juga bertuah memiliki peminat yang setia menyokong hingga ke saat ini. Difahamkan juga majlis ini diuruskan kelab peminatnya sendiri. Biarpun bakat baru bagaikan cendawan yang tumbuh pada waktu pagi, Dafi mampu tegar dan bukan saja dikenali di Malaysia, sebaliknya di Indonesia, Brunei dan Singapura. Saya pasti Dafi tidak pernah diraikan seperti hari ini kerana albumnya juga dilancarkan pada tarikh lahirnya. Semoga Dafi terus sukses dan ‘terbang tinggi’,” kata Norman ringkas.

Info Dafi

Bjarne Wong, pengarah filem Sayang You Can Dance lakonan Dafi turut terbabit dalam reka bentuk dan konsep kreatif album sulung Dafi.

Turut memakai kasut putih pemberian adik bongsunya, Iqbal sewaktu majlis sambutan hari lahirnya.

Dafi Fan Club sudah beroperasi setahun setengah dan aktif menganjurkan pelbagai aktiviti.

Pertama kali menyanyikan lagu Di Antara ciptaan Badai Kerispatih sewaktu majlis hari lahirnya.

Lagu Bila Terasa Rindu dimasukkan di dalam kompilasi album runut bunyi filem Duyung, Dua Hati Menjadi Satu (Love), Lemah (Cicak-Man 2: Planet Hitam) dan Seumur Hidup (Notti, dulunya dikenali sebagai Jin Notti). Dafi turut menyanyikan dua lagu untuk filem Sayang You Can Dance. Satu lagu duet dengan Ebi berjudul Kawan-Kawan dan lagu solo, Baby Harus Bersama. Kedua-dua lagu itu hasil ciptaan komposer Ajai.

Berita Harian

Raihan Ramadan Di Indonesia

9 Sep

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


KEHADIRAN Raihan ke negara jiran, Indonesia, sentiasa disambut dengan tangan terbuka kerana irama yang diperjuangkan mereka.

BIARPUN, tempat penyanyi utama Nazrey Johari digantikan oleh Zulfadhli Mustaza namun, nama Raihan tetap utuh dan terus segar baik di minda peminat tempatan mahupun peminat mereka di luar negara.

Raihan yang masih disokong kuat oleh ahli yang lain seperti Abu Bakar Md. Yatim, Amran Ibrahim, Che Amran Idris menjelaskan peninggalan Nazrey sememangnya mempunyai sedikit kesan terhadap mereka dan peminat tetapi itu bukannya masalah yang besar bagi mereka.

“Saya akui memang ada sedikit kesan, tetapi kami harus terus memberi persembahan yang terbaik setiap kali di pentas. Mungkin kerana itu peminat yang pada mulanya mungkin agak gusar kini boleh menerima kami kembali hanya kerana nama Raihan,” kata Che Amran kepada Kosmo!.

Disaat penyanyi tempatan yang lain sukar mendapat tempat di negara yang mempunyai bilangan umat Islam paling ramai itu, Raihan dengan mudah menembusi tembok negara Indonesia.


GITA GUTAWA

Ini kerana hampir saban tahun, sejak 10 tahun yang lalu mereka acap kali keluar masuk negara berkenaan terutamanya di bulan Ramadan.

“Syukur, Raihan masih diterima dan pada bulan Ramadan ini kami akan ke sana selama dua minggu untuk memenuhi undangan persembahan di seluruh Indonesia sempena bulan Ramadan,” ujarnya yang kala ditemubual sudah berada di negara berkenaan.

Tambahnya lagi, program utama mereka ke sana adalah untuk menjayakan konsert Marhaban Ya Ramadan yang dibarisi nama-nama besar seperti Gigi, Ungu, Gita Gutawa, Sulis, Bimbo dan Steve Thornton.

Konsert yang diiringi orkestra ini diketuai oleh komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa dan akan berlangsung hari ini di Jakarta Konvensyen Centre serta disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen TVRI dan Indo Siar.

Dalam konsert berskala besar itu mereka akan menyanyi enam buah lagu, antaranya, Peristiwa Subuh, Demi Masa, Puji-pujian, Senyum, Thank You Allah dan Allahu.


KUMPULAN Gigi juga antara yang bersama dengan Raihan dalam persembahan di negara mereka.

Raihan juga telah membuat pelancaran album Praises For The Prophet di Hard Rock Cafe Jakarta pada 5 September lalu.

Dan jangka masa dua minggu digunakan sepenuhnya untuk rangka promosi album terbaru itu di stesen-stesen televisyen di sana.

Bukan itu saja, sebaik tamat konsert Marhaban Ya Ramadan mereka akan ke Pekan Baru, Riau bersama dengan kumpulan Ungu untuk sebuah lagi konsert yang akan disiarkan di Indo Siar.

“Kami rasa bertuah kerana jika di Malaysia artis mereka masuk ke negara kita, di sini Raihan pula masuk ke Indonesia dan mereka boleh menerima kami dengan baik.

“Malah, daripada segi penjualan album pun masyarakat di Indonesia antara yang paling besar jumlah pembelinya. Mungkin sebab itu persembahan kami mendapat tempat dengan mudah di sini,” jelas Che Amran lagi.

Ditanya lagi, jika di Indonesia mereka sibuk dengan persembahan pentas bagaimana pula dengan program di negara sendiri?

“Selepas balik dari Indonesia, macam biasalah kami akan sibuk dengan majlis buka puasa. Kalau ada sesiapa yang mahu menjemput Raihan boleh saja. Kalau ada kelapangan kami pasti akan hadiri.

“Biasanya, kami memang tidak sabar untuk pulang semula ke Malaysia kerana kami pun mahu berbuka dengan keluarga dan sahabat di bulan baik ini,” katanya tanpa berselindung.


RAIHAN tampil mengelilingi Indonesia bersama kumpulan Ungu.

Pastinya kehadiran Ramadan akan menggandakan lagi aktiviti seni Raihan. Kesibukan tetap bertali arus sehinggalah selepas raya nanti. Mereka dijangka akan berada di Dubai dan juga Oman dua minggu selepas raya untuk persembahan sempena Festival Islamik di sana.

Sebelum mengakhiri bicara, Che Amran sempat menyatakan kesyukurannya di atas sokongan yang diterima Raihan selama ini daripada peminat tempatan.

“Walaupun kami banyak buat persembahan di luar negara, tetapi hati kami masih lagi di Malaysia, bagi saya tanpa sokongan peminat tempatan, pasti tiada siapa yang akan mengenal Raihan seperti hari ini,” tuturnya.

Kosmo

Impak Yovie & Nuno

4 Sep

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


KUMPULAN Yovie & Nuno yang dianggotai oleh (dari kiri) Dudy, Yovie, Diat dan Dikta.

NAMA Yovie & Nuno mungkin baru dikenali di negara ini menerusi lagu hit mereka, Menjaga Hati yang mendapat perhatian pendengar tempatan.

Tidak ramai yang tahu sejarah kumpulan ini yang sering berganti anggota sebelum mengecapi kejayaan yang diraih mereka seperti hari ini.

Bahkan, ketua kumpulannya, Yovie Widianto juga sebelum ini menganggotai kumpulan Kahitna yang turut dianggotai oleh penyanyi popular, Hedi Yunus dan mereka cukup popular dengan lagu Cantik.

Menjaga Hati yang dipetik daripada album ketiga mereka, The Special One ternyata membuka lembaran baru buat kumpulan ini yang terdiri daripada Yovie yang bermain piano dan keyboard, Dudy dan Dikta selaku vokal serta pemain gitar mereka, Diat.

Sewaktu perbualan telefon bersama media Malaysia baru-baru ini, Yovie memberitahu impak Menjaga Hati yang telah menjadikan mereka sebagai sebuah kumpulan terbesar di Indonesia ketika ini telah banyak merubah hidup mereka.

Karya mereka lebih dihargai malah peminat serta pencinta muzik di Indonesia juga kini mula membuka mata dengan santapan muzik mereka sehingga mereka mampu menyaingi populariti kumpulan Dewa 19 di sana ketika ini.

“Itu bukan bermakna kami ini lebih bagus daripada mereka. Sampai bila-bila pun Dewa 19 akan menjadi sebuah kumpulan yang hebat. Tetapi, apa yang kami mahu buktikan bahawa muzik kami kini lebih popular berbanding mereka di sana dan juga di Malaysia,” jelas Yovie yang juga merupakan komposer popular di Indonesia.

Malah, Yovie juga menjelaskan kumpulannya itu berada dalam tiga kumpulan yang paling popular dan aktif di Indonesia ketika ini bersama Nidji dan Ungu.

Mengulas mengenai kejayaan The Special One sehingga menjadi fenomena baru di Indonesia, Yovie dengan rendah diri memberitahu muzik yang dipersembahkan mereka menerusi album The Special One ternyata memikat hati peminat mereka.

Katanya, beliau tidak menafikan sebelum ini muzik kumpulannya agak berat dan hanya golongan tertentu sahaja yang mampu menikmatinya dan ketika itu mereka mahu melakukan yang terbaik dan mementingkan kualiti muzik.

“Kali ini menerusi The Special One, kami gabungkan muzik komersial dan lari daripada norma muzik kami yang terdahulu dan ternyata ia cukup berjaya.

“Tetapi, ini tidak bermakna album The Special One tidak berlandaskan kualiti hanya kerana kami mahu menembusi pasaran komersial,” ujarnya sambil mengakui kekuatan The Special One juga terletak pada komposisi serta susunan muziknya yang begitu kuat.

Selepas Menjaga Hati, single kedua mereka Dia Milikku kini mula mendapat tempat di corong radio tempatan. Sebelum album The Special One, Yovie & Nuno pernah lahir dengan dua buah album iaitu Semua Bintang (2001) dan Kemenangan Cinta (2004).

Impak populariti Yovie & Nuno juga ternyata membuahkan hasil apabila album mereka itu kini telah mencapai tahap triple platinum dengan penjualan album mereka yang mencecah 500,000 unit.

Bukan itu sahaja, caller ringtone untuk lagu Menjaga Hati juga sudah pun terjual melebihi 2 juta unit di Indonesia sahaja.

Kesungguhan dan kegigihan kumpulan ini ternyata memikat peminat mereka unutk menobatkan mereka sebagai Artis Pilihan Indonesia dengan mengalahkan nama-nama besar lain seperti Andra dan the Backbone, Mulan Jameela dan Nidji dalam Anugerah MTV Asia 2008 yang diadakan di Genting Highlands, baru-baru ini.

“Apa yang kami miliki hari ini bukan sahaja daripada apa yang kami telah lakukan tetapi ia lebih kepada semua pihak yang memainkan peranan penting dalam merencanakan kerjaya seni. Tanpa kerjasama semua pihak, tidak mungkin kami akan berdiri di sini,” kata Yovie dalam nada penuh kesyukuran.

Dalam perkembangan lain, Yovie sempat memberitahu dan memuji kredibiliti serta karya muzik Malaysia yang disifatkannya sebagai luar biasa.

Malah, dia juga sudah menyiapkan sebuah lagu untuk bekas finalis Akademi Fantasia musim kedua, Kaer Azami yang berjudul Atas Nama Cinta yang berentak balada untuk dimuatkan dalam album kedua penyanyi itu kelak sambil menyifatkan penyanyi comel itu mempunyai potensi yang cukup besar untuk diketengahkan di Indonesia.

“Untuk mencipta lagu untuk seseorang penyanyi itu, saya harus mempelajari karakternya dan ini cukup berbeza apabila saya menulis lagu untuk kumpulan saya.

“Setiap penyanyi mempunyai ciri yang berbeza dan saya tidak boleh cipta lagu yang sama untuk setiap penyanyi,” katanya yang juga mencipta lagu popular, Dua Hati Menjadi Satu yang dinyanyikan secara duet oleh Gita Gutawa dan Dafi.

Mengecapi populariti yang kian memuncak saban hari, Yovie sempat meluahkan keinginannya untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur.

Katanya, seandainya tiada halangan, Yovie & Nuno akan hadir ke Malaysia pada November ini untuk sesi mempromosi album mereka dan juga mengadakan persembahan khas buat peminat di sini.

Utusan Malaysia

Sembang Kak Cham: Maaf, Orang Jakarta Tak Kenal Mawi

1 Sep

Ole hHanizam Abdullah
hanizam@bharian.com.my

ORANG Jakarta tak kenal pun siapa Mawi walaupun di tanah tumpah darahnya sendiri, sudah tiga kali dia menggenggam trofi Bintang Paling Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Jenuh juga teman bertanya cewek dan cowok yang teman sempat temui ketika berada di ibu kota Indonesia itu yang keadaan trafiknya begitu menyesakkan dada minggu lalu.

Rata-ratanya geleng kepala sambil bertanya siapakah gerangan penama itu. Teman katalah juga dia seorang penyanyi popular di Malaysia. “Oh… enggak tahu bu nama itu. Kalau Siti Nurhalija (Siti Nurhaliza) tahu bu… Wah, suaranya bagus sekali, orangnya cantik, lebih cantik daripada Krisdayanti bu…”

Selain Siti, nama yang disebut adalah kumpulan Search, Sheila Majid dan juga Sofaz. Iya… kumpulan Sofaz yang pernah menggenggam trofi Kumpulan Paling Popular dalam ABPBH2007. Macam mana boleh dikenali di Indonesia kerana pada awal kemunculan mereka, kumpulan itu memilih untuk melebarkan sayapnya di sana.

Dan oh ya… penyanyi berwajah comel yang lahir daripada bintang realiti Akademi Fantasia, Dafi pun popular di sana. Itupun gara-gara duetnya bersama Gita Gutawa dan iklan aiskrim mereka. Kalau tak ada Gita dan juga iklan Cornetto itu barangkali Dafi pun orang Jakarta tak kenal.

Terbaru, seorang penyanyi Malaysia yang sedang ghairah membina nama di republik itu adalah Winnie K. Terperanjat juga teman kerana artis seperti Winnie boleh popular di Jakarta sedangkan nama itu agak asing di Kuala Lumpur.

Rupa-rupanya, media di sana menggelar anak Malaysia berbangsa Cina itu sebagai Siti Nurhaliza Tionghua. Apa rahsia dan formula Winnie teman tak tahulah tetapi mereka memang menyenanginya. Komposer lagunya orang Indonesia, label rekodnya juga Warner Music Indonesia. Sudah ada kabel betul jadi senanglah nak bergerak. Itu semua rezeki Winnie jugalah lalu dia memang menjadikan Jakarta sebagai rumah keduanya.

Hakikat pahitnya adalah artis kita memang orang Indonesia tak ambil pot langsung berbanding dengan orang kita sendiri yang begitu mengagungkan artis mereka. Baik penyanyi atau pelakon, mereka begitu sukar untuk menembusi pasaran Indonesia. Berapa banyak artis Indonesia yang datang bertandang dan diterima di bumi kita berbanding dengan artis kita yang langsung tak dipedulikan ketika di sana.

Entah benar, entah tidak teman diberitahu ketika Mawi dibawa ke Jakarta untuk memperkenalkan dirinya ada dua, tiga orang wartawan saja yang hadir. Berbeza benar dengan senario di Kuala Lumpur yang wartawannya datang bagaikan rombongan Cik Kiah. Bertuah betul artis Indonesia!

Selain tuah dan rezeki serta karya yang memang bagus, faktor sikap terbuka kita rakyat Malaysia untuk menerima karya orang luar menyumbang kepada populariti mereka. Bukan cerita baru, pengaruh karya Indonesia begitu kuat melekat di hati dan jiwa kita sejak dulu. Sebut saja Broery Marantika, Ebiet G Ade, Ernie Djohan, Titiek Puspa, D’Lloyd dan The Mercy’s, siapa yang tak kenal.

Tetapi ketika itu juga, karya dan lagu orang kita tidak pernah tenggelam dengan kehadiran mereka. Tan Sri P Ramlee, Datin Rafeah Buang, Datuk Ahmad Jais, A Ramlie, Datuk Jeffrydin, Datuk Sharifah Aini sekadar menyebut beberapa nama artis Malaysia, tetap gah kehadiran mereka.

Barangkali juga ketika itu tak banyak pun stesen radio. Yang ada pun cuma radio RTM saja, jadi mereka tak perlu nak berlumba-lumba. Tak macam sekarang, Era sentiasa nak jadi nombor satu, Hot FM nak juga jadi nombor satu, Sinar FM pun berlumba dan tak kurang juga Suria FM. Jadi dalam usaha untuk memenangi hati pendengar itulah mereka mainkan lagu apa yang mereka rasa dapat menangkap dan memikat pendengar.

Begitu juga dengan stesen televisyen yang gemar memaparkan sinetron Indonesia. Entah apa yang seronoknya sinetron mereka itu teman tak tahulah kerana setiap kali berpeluang menontonnya, yang teman nampak adalah wajah yang disolek terlalu ‘over’ dan cerita yang tak sudah-sudah memaparkan kisah dengki khianat yang juga ‘over’.

Tetapi biasalah, sentimen dan persepsi orang kita, barang luar memang elok saja walaupun sinetron yang dipaparkan itu tidak semestinya popular di tempat asalnya. Asal saja made in Indonesia, persepsi dan karyanya mesti bagus walaupun acap kali teman amati, drama karya produksi tempatan lebih banyak yang berkualiti. Belum merdeka lagi rupanya minda kita ni. Oklah, tak kuasa nak cakap benda yang sama. Penat sementelah pula hari ini hari pertama kita berpuasa. Selamat menyambut Ramadan dan semoga ibadat kita diterima-Nya. Jaga diri, jumpa lagi. – hanizam@bharian.com.my

Berita Harian

Tak Baca Playboy Indonesia

13 Jul

ALUNA SAGITA GUTAWA, nama yang diberi kepada seorang gadis yang bakatnya luar biasa dilempiaskan seawal usia tujuh tahun. Kini pada usia 15 tahun, gadis yang dikenali dengan nama komersialnya Gita Gutawa telah menebarkan untaian lagu indah menerusi teknik vokalnya yang versatil – terutama berjalur jazz.

Cukup petah berbicara, Gita teruja dan bersyukur dengan penerimaan masyarakat Malaysia terhadap kehadirannya dalam industri terutama selepas duet bersama Dafi, Menjadi Satu menjadi begitu hit.

“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih dengan penerimaan yang baik ini,” kata anak Erwin Gutawa yang sedang mengumpul material untuk album keduanya.

Erwin Gutawa
ADA pro dan kontranya menjadi anak kepada Erwin Gutawa. Bertuahnya, kami berkongsi kegemaran yang sama iaitu muzik dan dia selalu menjadi rujukan saya dalam hal ini. Yang jeleknya, bila orang fikir saya banyak diberi peluang kerana menjadi anak pakar muzik ini sedangkan ia juga adalah berkat usaha dan bakat saya.

Playboy Indonesia
(KETAWA). Jujurnya saya memang tak pernah ikut campur dan tak ambil pusing tentang kewujudan majalah ini. Saya tak pernah baca, jadi tak boleh nak komen.

Gerakan Islam Ahmadiyah
SAYA tidak mengerti akan hal ini. Lagi pun saya masih anak kecil. Saya tidak mahu mengambil berat masalah negara ya (ketawa). Hanya saya berdoa agar Indonesia terus makmur.

Tetapi dari segi agama, saya mengikut apa yang diajar di sekolah dan diterapkan keluarga. Pokoknya, saya percaya Islam itu hanya satu dan saya berusaha menjadi seorang muslim yang bagus.

Matang
TAHUN ini saya baru berusia 15 tahun dan saya harus lebih bijak berfikir.

Kosmo