Archive | Gurmit Singh RSS feed for this section

PCK Versi Malaysia Di Ntv7

6 Apr

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap
SITKOM Phua Chu Kang (PCK) meraih populariti tersendiri sejak lebih sedekad lalu. PCK yang mula bertapak di negara jiran, Singapura menampilkan telatah lucu dan ceria teraju utama, Gurmit Singh bersama keluarga dan rakannya dengan gaya tersendiri.

Pasti ramai mengingati telatah lelaki berambut kerinting memakai kemeja santai dan but kuning yang kerap menarik perhatian apabila membawakan watak kontraktor syarikat miliknya PCK Pte Ltd yang mendakwa menyediakan perkhidmatan terbaik di daerahnya.

Malah populariti yang dirai daripada sitkom berkenaan mendorong stesen televisyen rangkaian Media Prima Berhad, ntv7 menjalankan kerjasama bersama Media Corp Singapura untuk menerbitkan program versi Malaysia, PCK Sdn Bhd. Sitkom 13 episod arahan Loh Aik Khoon dan Ian Syemour kini rancak disiarkan setiap Rabu jam 8.30 malam di ntv7 sejak 25 Mac lalu.

Selepas direhatkan hampir dua tahun, peminat siri sitkom berkenaan menyaksikan kembali gelagat spontan pelakon utamanya, Gurmit dan Irene di samping penampilan pelakon popular daripada Malaysia seperti Harith Iskander, Adibah Noor dan Nell Ng.

Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor, berkata dia tidak menunggu tempoh panjang untuk menyatakan persetujuan menjadi sebahagian daripada barisan pelakon sitkom itu.

“Selepas ditawarkan untuk membintangi sitkom popular itu saya tanpa berfikir panjang menyatakan persetujuan. Apatah lagi rakan seangkatan, Harith Iskander turut terbabit dalam menjayakan siri itu. Saya memang meminati dan mengikuti sitkom ini sudah sekian lama.

“Malah saya juga sentiasa mengintai peluang untuk menjayakan watak bersama pelakon seperti Gurmit dan Irene. Memang seronok dapat menjadi sebahagian daripada mereka yang terbabit dalam siri yang popular ini,” katanya.

Bagi Irene Ang pula melalui penggambaran itu dia mengakui mudah menyesuaikan diri dan melalui pengalaman menarik yang turut dikongsi bersama pasukan baru dalam siri kali ini.

“Kami cepat serasi. Saya bertuah kerana dapat bekerja dengan Harith dan Adibah. Mereka bukan saja berpengalaman malah mudah bekerjasama dalam menjayakan siri ini. Sebelum ini, saya gementar apabila dimaklumkan pihak penerbitan untuk berlakon dengan kelompok baru. Begitupun, perasaan takut itu dapat diatasi.

“Mungkin kerana keserasian itu membuatkan tempoh penggambaran berlangsung dengan cukup pantas,” kata Irene yang membawa watak Rosie isteri PCK.

 

 

Pelakon dan pengacara versatil, Gurmit Singh pula memaklumkan populariti bukan faktor utama baginya untuk menjayakan watak berkenaan sebaliknya minat dalam memperkembangkan bakat menjadikan dia lebih seronok bersama kru penerbitan siri itu.

“Saya harus melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan sebagai pemegang watak utama dalam siri ini dengan sebaik mungkin. Justeru jika ia mendapat sambutan yang baik dan diterima ramai sudah pasti ia satu kejayaan besar buat seluruh produksi yang terbabit.

“Populariti bagaikan satu bonus kepada usaha gigih yang dilakukan. Kalau peminat suka ia sudah memadai. Saya pula tidak pernah meletakkan diri popular atau bermegah dengan pencapaian siri ini. Begitupun saya bangga dengan sambutan yang diberikan penonton. Malah sehingga ke hari ini ke mana saja saya pergi masih ramai yang bertanya mengenai PCK,” katanya.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Advertisements

PCK Versi Malaysia Di Ntv7 Setiap Rabu

1 Apr

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

USAHA sama yang termeterai antara syarikat Media Corp dengan ntv7 memberi peluang kepada dua pelakon utama sitkom popular Phua Chu Kang (PCK), Gurmit Singh dan Irene Ang mengubat kerinduan mereka kepada siri popular itu.

Selepas sedekad menghiburkan penonton dengan jenaka bersahaja mereka, akhirnya PCK ditamatkan dua tahun lalu ketika sitkom berkenaan berada dalam musim kelapan.

Walaupun sedekad membawakan watak yang sama, Gurmit mahupun Irene masing-masing tidak pernah bosan dengan watak mereka. Apatah lagi watak itu membawakan fenomena tersendiri. Setiap kali menyarungkan pakaian wajib untuk karakter mereka, sama ada ketika penggambaran atau di undang mengadakan persembahan pentas, kedua-duanya begitu mudah menyerap aura dan tenaga watak popular itu.

Namun ketagihan untuk membawakan watak PCK dan Rosie tentu sekali membuak-buak selepas hampir dua tahun tidak membawanya. Justeru, apabila Media Corp mengikat perjanjian dengan ntv7 untuk menerbitkan PCK Sdn Bhd, dua pelakon ini tidak mampu menolaknya sekalipun barisan pelakon kali ini berbeza dengan PCK Pte Ltd.

Sekali pun bergandingan dengan pasukan baru berasal dari Malaysia seperti Harith Iskander, Adibah Noor, Nell Ng dan ramai lagi, Gurmit mahupun Irene begitu pantas menyesuaikan diri.

Wanita berusia 40 tahun yang memiliki syarikat pengurusan acara itu ketika ditemui di majlis pelancaran sitkom popular itu berkata, dia begitu mudah menyesuaikan diri bersama pelakon dari Malaysia.

“Pengalaman ini cukup menakjubkan kerana keserasian antara kami wujud dengan begitu pantas, saya juga berasa cukup beruntung dapat bekerja dengan Harith dan Adibah kerana saya tidak menyangka wujudnya keserasian antara kami.

“Memang pada mulanya terbit juga perasaan bimbang untuk bertemu dengan ke semua mereka tetapi semua itu dapat diatasi. Mungkin kerana keserasian antara kami penggambaran berlangsung dengan cukup pantas,” katanya.

Wanita yang cukup peramah dan tidak kering idea untuk berlawak sekalipun sedang ditemubual, sempat berkongsi pengalaman selama 10 tahun membintangi PCK.

Irene mengakui pada mulanya dia sukar menyesuaikan diri dengan watak Rosie kerana penampilan lebih tua dari usianya sebenar selain memerlukannya bersanggul tinggi serta solekan tebal membuatkan dia tidak selesa pada awalnya.

Bagaimanapun dia makin selesa membawa watak Rosie, isteri PCK yang terkenal dengan slanga Singlish sehingga kononnya menjadi punca kenapa sitkom itu ditamatkan kerana penggunaan bahasa yang tidak betul.

“Saya tidak pernah jemu membawakan watak Rosie. Saya berasakan Rosie seperti sebahagian daripada hidup saya,” katanya.

Bagai barisan baru PCK, penyanyi dan pelakon Adibah Noor pula, dia pantas menyatakan persetujuan untuk membintangi sitkom popular itu apabila ditawarkan sahabatnya Harith Iskander tanpa perlu berfikir panjang. Alasannya, pertama kerana minatnya kepada sitkom popular itu dan kedua kerana peluang berlakon di samping Gurmit Singh dan Irene Ang.

“Saya tidak menghadapi masalah. Gurmit dan Irene ternyata seorang yang peramah,” katanya. Menurut Adibah, cabaran paling besar dihadapi sepanjang membawakan watak Fatimah, seorang perempuan tua penyibuk yang menyamar sebagai pencuci rumah kerana ingin tahu apa yang dilakukan pasangan suami isteri itu ialah terpaksa menahan ketawa.

Siri komedi yang mendapat sentuhan dua pengarah Loh Aik Khoon dan Ian Syemour menemui penonton sejak 25 Mac lalu. Sitkom sebanyak 13 episod itu muncul setiap Rabu jam 8.30 malam di ntv7.

Berita Harian

Terima Kasih Malaysia-PCK

27 Mar

Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my


PHUA CHU KANG kembali dengan idea yang lebih segar.

RAMBUT kerinting, tahi lalat besar di pipi kanan, kuku panjang di jari kelingking kanan serta kasut but kuning telah menemani Phua Chu Kang menjalankan tugas menghiburkan penonton Singapura dan Malaysia selama 10 tahun.

Kontraktor popular dari Singapura itu yang dijayakan oleh Gurmit Singh bagaimanapun telah menamatkan sitkom Phua Chu Kang Pte Ltd pada 11 Februari 2007.

Ramai yang sedih terutama peminat Malaysia. Tiada lagi gelagat Phua Chu Kang dan isterinya, Rosie (Irene Ang), adiknya, Anthony Phua Chu Beng (Pierre Png) serta adik iparnya, Margaret Phua (Tan Kheng Hua) menghiburkan mereka.

Namun, Gurmit telah membuat keputusan untuk meneruskan legasi dan membuka sebuah syarikat baru di Malaysia. Diberi nama Phua Chu Kang Sdn. Bhd., siri komedi itu akan menemui audiens pada setiap Rabu bermula 25 Mac lalu.

Dalam versi terbarunya, Phua Chu Kang yang lebih dikenali sebagai PCK telah meninggalkan Singapura dan membina kehidupan di Malaysia. Dia kemudian bekerjasama dengan Izzy (Harith Iskander) untuk membuka syarikat pembinaan.

Kalau di Singapura, PCK perlu berdepan dengan masalah keluarganya, versi di Malaysia pula melihatkan dia bergaduh mengenai perbezaan budaya kedua-dua negara.

Bagi Gurmit dan Irene ini adalah babak baru dan mereka berasa bangga untuk memulakannya di Malaysia. Sungguhpun begitu, mereka masih lagi bercerita sedikit sebanyak syarikat di Singapura itu.

“Siaran di Singapura memang sudah tamat. Tapi di Malaysia kami memulakan cerita dengan berpindah dari Singapura untuk membina hidup baru di Malaysia bersama Rosie. Adik saya, Chu Beng pula menjaga dan mengurus pejabat saya di Singapura. Anak kami, Romeo dan Crystal pula dijaga oleh Ah Ma dan Margaret,” kata Gurmit.

Memulakan tayangan PCK Pte Ltd 10 tahun lalu, siri komedi ini pernah memenangi 18 anugerah. Tidak mendapat sokongan penaja pada mulanya, Gurmit memberitahu syarikatnya juga tidak yakin sitkom ini mampu bertahan begitu lama.

Namun, mengapa mereka memilih untuk menamatkan PCK Pte Ltd selepas lapan musim yang berjaya?

“Banyak sitkom di TV tamat selepas bermusim-musim ditayangkan dan tidak lagi mendapat sambutan.

“Jadi kami mahu menamatkan PCK Pte Ltd semasa di ambang kejayaan. Kami mahu audiens mengingati kami semasa berjaya. Ramai orang terutama krew menangis pada episod akhir yang kami rakamkan khas selama satu jam,” ujar Gurmit.


BARISAN pelakon PCK Pte Ltd (dari kiri) Carliff, Nell, Irene, Gurmit, Adibah dan Harith.

Walaupun telah membuat keputusan untuk menamatkan PCK Pte Ltd, Gurmit bersetuju untuk menjayakan watak PCK sekali lagi kerana merasakan PCK telah menyentuh jiwa ramai audiens di Malaysia. Jadi sebagai tanda terima kasih, Gurmit bersetuju dengan produksi kali ini.

“Saya tahu saya mempunyai ramai peminat di Malaysia. Maka, selepas beberapa bulan menamatkan PCK Pte Ltd, saya berpendapat bahawa dapat menyambung PCK dan tidak lama kemudian, saya mendapat tawaran bekerjasama dengan produksi Malaysia.

“Saya yakin dengan pasaran Malaysia kerana setiap kali saya datang untuk menjayakan persembahan korporat, semua orang naik ‘gila’ melihat saya. Daripada 10 orang, sembilan orang di Malaysia akan memanggil saya PCK.

“Bukan senang bagi seorang India memainkan watak Cina dengan jayanya, jadi rancangan terbaru ini sebagai tanda terima kasih saya kepada mereka yang selama ini menyokong PCK” kata Gurmit yang berketurunan India, Cina dan Jepun.

Berasa cemas apabila menerima tawaran ini, Irene pula tidak sangka dia boleh berbaik dengan pelakon Malaysia walaupun pada hari pertama bertemu. Keserasian mereka telah memudahkan serta mempercepatkan proses rakaman.

Memberitahu memegang watak Rosie seperti sedang melalui cuti sekolah, Irene pada mulanya tidak dapat menerima penampilan yang dibuat ke atas dirinya. Memiliki rambut pendek, Irene merupakan pemain pedang dan mewakili negaranya untuk sukan SEA.

“Apabila transformasi dilakukan, saya sendiri terkejut melihat diri saya di cermin. Semua pelakon lain tidak berhenti ketawa. Disebabkan itulah saya mengambil keputusan untuk menerima dan menjadikan fesyen itu lebih menonjol,” katanya yang ditampilkan dengan pakaian dan aksesori berwarna-warni.

Selepas lapan musim, Gurmit mengaku dia ada kalanya penat untuk melakonkan wataknya kerana PCK seorang yang aktif.

Namun, dia tidak pernah berasa jemu dengan PCK kerana wataknya itu membolehkan dia mencuba pelbagai benda baru.

Disebabkan terlalu mencintai watak PCK, Gurmit telah membeli semua aksesori asal yang dipakainya selama 10 tahun apabila rakaman di Singapura tamat. Barangan itu kini digunakan semula untuk PCK Sdn. Bhd.

“Selama 10 tahun ini, saya hanya bertukar empat rambut palsu. But (kasut kuning) yang dilihat hari ini adalah yang asal sejak 10 tahun lalu. Malah selepas tamat rakaman di Singapura, saya membeli but, rambut palsu, seluar, baju dan tahi lalat sebagai kenangan diri,” jelasnya yang berkemungkinan besar akan dilihat dalam filem PCK.

Siri komedi pertama Adibah

Adibah Noor yang menjayakan watak ibu kepada Izzy, Fatimah menerima tawaran watak itu atas pelawaan Harith. Disebabkan terlalu meminati PCK Ptd Lte, Adibah terus bersetuju semasa dipelawa. Dia yang tidak pernah bertemu dengan Gurmit dan Irene menyukai sikap tidak formal kedua-dua aktor dari Singapura itu.

“Walaupun berjumpa pada hari pertama, kami berbual seperti sudah lama mengenali sesama kita. Dengan dua pengarah dan dua pelakon dari Singapura, kami dapat bekerja bagai sebuah keluarga,” beritahu Adibah.

Fatimah adalah seorang wanita yang muncul secara tiba-tiba dalam syarikat PCK. Berlagak sebagai pencuci rumah, Fatimah mempunyai motif lain. Dia yang suka mengumpat dan penuh dengan perasaan ingin tahu prejudis terhadap orang Singapura. Namun, Fatimah sebenarnya menggalas tanggungjawab lain dalam PCK.

Menyukai lawak bersahaja, cerita yang ringan dan hiburan yang dipaparkan dalam PCK, cabaran terbesar yang dihadapi Adibah adalah daya tahan untuk ketawa. Oleh kerana dia seorang yang senang ketawa, pengarah ada kalanya terpaksa menghentikan rakaman untuk seketika.

“Rasanya mungkin pengarah ada berfikir bahawa saya bukan seorang pelakon profesional. Namun, saya tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat Gurmit sehingga rakaman perlu dihentikan sehingga saya habis ketawa. Gurmit bukan sahaja kelakar tetapi seorang yang bijak.

“Maka, menerusi gandingan kali ini, saya juga gunakannya untuk belajar daripada Gurmit dan Irene,” ujar Adibah yang memegang watak sebagai wanita berusia 60 tahun.


GANDINGAN pelakon Malaysia dan Singapura memberi nafas baru kepada siri komedi yang diminati ramai ini.

Daripada 26 episod yang akan dibahagikan kepada dua musim, Adibah akan muncul dalam 18 episod kesemuanya. Memberitahu kebanyakan masa rakaman dijalankan di rumah yang terletak di Bandar Botanic, Klang, permintaan yang dikehendaki pengarah adalah sama kualiti dengan produksi filem.

Cuma apa yang tidak disangka adalah pelakonnya tidak mengikut skrip yang diberikan. “Pada mulanya, saya ada juga menghafal skrip. Kemudian saya mendapati bahawa mereka tidak mengikut skrip. Namun, dialognya perlu mengikut jalan cerita.

“Konsep tidak mengikut skrip ini juga memberikan kebebasan untuk saya mengembangkan watak tetapi saya perlu bertindak pantas supaya serasi dengan pelakon lain terutama Gurmit dan Irene.”

Phua Chu Kang Sdn. Bhd. turut dibintangi Nell Ng, Carliff Carleel dan Fadzlie Rahim.

Kosmo

Tahun Baru Cina Di Ponderosa Golf

5 Feb


GURMIT SINGH (tengah) bersama tetamu menggaul yee sang pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Penderosa Golf & Country Resort, Johor Bahru kelmarin.

MERIAH. Ponderosa Golf & Country Resort, Johor Bahru mempunyai cara tersendiri untuk meraikan pelanggan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Bukan sahaja menampilkan sajian makanan Cina yang enak seperti yee sang, malah majlis tersebut berlangsung dalam suasana santai dan dihadiri 100 pelanggan kelab golf eksklusif itu kelmarin.

Pengurus Besarnya, Gurmit Singh berkata, majlis makan tengah hari itu merupakan acara tahunan untuk menghargai kesetiaan pelanggan yang terus menjadikan lokasi tersebut sebagai pilihan utama mereka.

“Saya percaya majlis ini mampu menjadi satu pengalaman manis untuk dikenang dan berharap pelanggan berpuas hati dengan sajian yang disediakan.

“Malah cara ini ia turut dapat memberi kesempatan kepada pihak hotel untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan pelanggan,” katanya.

Kosmo

Don't Forget Your Lyrics

19 Nov

SINGAPORE : Half a million dollars – that’s how much a forgotten lyric might cost you if you are a contestant on new Channel 5 game show, “Don’t Forget the Lyrics”.

Hosted by local celebrity, Gurmit Singh, contestants are required to sing out – karaoke style – the words to fill in the blanks in the song. And if you can keep singing it right for 10 songs, you’ll walk away with S$500,000!

Easy peasy you say? Well, not quite.

“These people who come along thinking they know the song and when the music stops, the lyrics go away, they get stumped!” Gurmit said.

“My theory is this, when people see blanks, dashes, their minds go blank as well.”

Each game consists of three tiers which are divided into nine levels. The difficulty of the challenge increases with each tier and the tiers dictate how many blank lyrics contestants have to remember and sing within a stipulated time.

Contestants have to get every exact lyric correct to pass the stage, and like “Who Wants to Be a Millionaire”, they can get help if they wish to.

Each contestant is entitled to three lifelines also known as “backups” that they can use when they are stuck at any point of the competition. But each backup can only be used once.

“Backup Singer” allows the contestant to bring a friend or family member on stage to help sing the missing lyrics.

If contestants opt for “Two Words”, they can choose any two words they have filled in to check if they are right.

The last, “3 Lines”, allows contestants to pick the correct answer from three multiple choice options.

“Every time you answer correctly, you keep going up (the different levels), higher and higher. But every time you lock in the words and they are wrong, any single word, any single punctuation is wrong, you go to either zero or S$10,000 threshold level,” Gurmit explained.

The game show also features celebrity contestants like MediaCorp actresses Fiona Xie and Jade Seah, characters from Channel 5 sitcoms such as Phua Chu Kang (Gurmit Singh), Sergeant Dollah (Suhaimi Yusof), Adrianna Wow and Barbarella Chanel (both played by Michelle Chong) and even “Singapore Idol” winners Taufik Batisah and Hady Mirza, as well as runner-up Jonathan Leong.

But the one to look out for is actress Andrea Fonseka who is “really good”. “She knows many songs, she’s like a walking encyclopedia,” said Gurmit.

“Don’t Forget the Lyrics” premiered last year in the United States, and Singapore is the 30th country in the world to showcase the popular game show. It premieres Thursday, 27 November, at 8pm on MediaCorp’s Channel 5.

– CNA/km

Channel News Asia

Two New Free-To-Air Channels Launch In Singapore

21 Oct

SINGAPORE: Sunday was a beautiful day for TV junkies in Singapore.

That’s because it saw the launch of not one but two brand new MediaCorp channels: Okto and Vasantham.

At the Launch Extravaganza held at the MediaCorp TV Theatre on Sunday, the new Vasantham was unveiled in a show that celebrated the history and evolution of Indian broadcasting in Singapore together with more than 100 local artistes and award-winning Kollywood playback singers Krish and Neha Bhasin.

Vasantham is Singapore’s first full-fledged free-to-air Indian channel.

Viewers can now enjoy nine hours of programming daily instead of the previous two-and-a-half hours’ worth.

What’s more, the number of locally produced and acquired programmes has also doubled. There will be food programmes, infotainment series, daily long-form drama serials, four live programmes a week and five movies a week.

Okto is the bigger, better, newly improved Kids and Arts Central rolled into one dynamic channel.

Its new features include interactive programmes catered to all demographics, such as oktoLIVE! at 8.30pm every Tuesday. This is a youth magazine programme produced, scripted and run by the students of Singapore Polytechnic, and gives viewers their say on live television.

For the first time, kids’ programmes will be on prime time (7pm to 9pm). Kids can also look forward to watching the “oktoriginals” (locally-produced programmes) My Classmate, Dad (starring Mark Lee) and Cosmo & George (starring Gurmit Singh and Andrea De Cruz).

Connoisseurs of art here will appreciate that FilmArt is now shown on Saturdays as well as Sundays, at 10pm.

Oktoriginal film art productions include Pulau Hantu, which stars Adrian Pang and Hong Kong father-and-son team Richard and Carl Ng, and Squirks, a magazine programme hosted by Hossan Leong.

There’s more jolly good news: On Mondays at 11pm, okto has a “Retro Belt” featuring favourites such as Mind Your Language and ‘Allo ‘Allo.

“It’s an exciting moment for many of us”, said Lim Suat Jien, Managing Director of TV12, of the launch of the two new channels. “Our viewers can look forward to more choices and variety.”

She added: “These channels will strengthen our connections with the Indian, kids and arts communities.”

For more information about tuning into okto, visit

Channel News Asia

The Singapore Brand Of Humour

8 Sep

SINGAPORE: If sitcoms are a reflection of our society, how would we define the Singapore brand of humour?

In “Parental Guidance” star Adrian Pang’s unminced words: “Crass, infantile, and reliant on the lamest forms of colloquial linguistic exaggerations. I love it!”

Alaric Tay, who stars in “The Noose”, which is returning for a second season on Tuesday, agreed. “Singapore humour revolves around our language. We like to laugh at the way we sound – whether it’s dialects or minority groups. And there’s slapstick, of course.”

Jade Seah, who plays a nerdy teacher in new sitcom “First Class”, likes the way that our sitcoms generally address “our idiosyncrasies”.

She added: “You can say, ‘Yeah, I’m like that, and it’s quite funny, what.'”

Indeed. But is this what Singaporeans really want on their TV sets? Are we satisfied with seeing repeated parodies of our shallowest attributes?

One of the creative minds who worked on our first and most successful sitcoms – “Under One Roof” and “PCK Pte Ltd” – had a few suggestions as to why our local sitcoms haven’t progressed terribly far since Gurmit Singh hung up his yellow rubber booties.

This person declined to be named because of continuing working relations with MediaCorp, and shall hereafter be referred to as “The Truth Fairy”.

The Truth Fairy offered some constructive criticism. Perhaps we’re over-relying on stereotypical characters, hammy performances, and “a tendency to stick to family sitcoms, which are safe and middle ground”.

Oh, dear. That’s not funny.

Channel News Asia