Archive | Haliza Misbun RSS feed for this section

'Saya Masih Di Takuk Lama'

25 Apr

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Rap

JARANG nampak kelibat Janet Khoo, 36, bukan bererti dia tidak aktif berlakon lagi tetapi dia tidak mahu menjual cerita murahan demi meraih publisiti daripada wartawan.

Dia juga menafikan tidak mahu melakonkan watak wanita muslimah kerana baginya watak itulah yang memberi tuah kepadanya sehingga menang Anugerah Pelakon Komedi Wanita Terbaik pada Asian Television Awards ke-11 (2007) di Singapura.

Janet menang kerana keberkesanan lakonannya dalam drama bersiri Mat Dom Teksi arahan Roslan Hussain. Drama itu turut mengungguli kategori Drama Komedi Terbaik, Anugerah Skrin ke-8.

Sebulan lalu, dia baru selesai penggambaran drama 26 episod, Seharum Kenanga, terbitan Bright Networks dan sekarang sibuk di lokasi projek khas Astro drama 50 episod, Kecuali Cintamu.

“Saya aktif berlakon dan tiada masalah pegang watak wanita solehah jika ada tawaran. Dalam Seharum Kenanga, saya jadi wanita solehah bernama Dania dan bertudung. Watak Dania memberi semangat kepada saya. Di luar lokasi pun, saya ‘pegang’ ketabahan dan kekuatan yang ada pada Dania untuk menempuh cabaran hidup.

“Pada mulanya, Dania adalah pelakon popular, kemudian berkahwin tetapi nasibnya berubah selepas menjadi mangsa ragut dan mengalami kecacatan sehingga tidak dapat berjalan. Duka Dania bertambah apabila suami menduakannya.

“Tiada salahnya jika saya terus pegang watak wanita solehah. Begitu pun, saya tidaklah mahu terikat pada satu watak saja dan perlu mempelbagaikan perwatakan supaya penonton tidak jemu. Saya hairan kenapa orang cakap saya tidak mahu pegang watak wanita muslimah lagi.

“Selepas Seharum Kenanga, saya berlakon dalam telefilem arahan Along Kamaludin bersama Haliza Misbun. Mungkin orang kurang perasan kehadiran saya dalam industri kerana kurang cerita saya keluar dalam akhbar.

“Biasanya saya bertemu wartawan pada majlis hiburan. Ketika itu, baru ada wartawan menemu bual kerana saya memang jenis tidak tahu menghubungi wartawan semata-mata untuk bercerita perkara remeh seperti kucing hilang dan sebagainya.

“Saya tidak berkecil hati jika tidak mendapat perhatian wartawan asalkan membuat kerja dengan baik, rezeki saya dalam bidang seni tetap ada. Paling utama orang dalam industri tahu saya masih ada di sini,” katanya.

 

 

Kepada mereka yang ingin melihat sisi lain lakonan Janet, saksikan persembahannya dalam Kecuali Cintamu sebagai Vivian Thang yang berpura-pura baik dengan Ruby Sujak (Haleeda).

Watak Vivian sangat komplikated di mana di belakang Ruby, dia menjalin hubungan sulit dengan suami Ruby iaitu Effendy Sulaiman (Aman Shah).

Bercerita mengenai anugerah yang diterima, jelas Janet, selama 15 tahun itulah penghargaan tertinggi pernah diterimanya.

“Dalam tempoh yang agak panjang itu, saya gembira dengan pengalaman bekerja dan dapat membawakan watak berbeza. Pengalaman bekerja sebagai artis sangat menarik yang tidak mungkin dapat dilalui orang biasa. Saya dapat menjiwai watak menjadi orang lain dan dapat memperbaiki diri sendiri untuk menjadi manusia lebih baik.

“Saya tidak mengejar glamor dan kalau bercakap dari segi bayaran, ia tidak setimpal dengan pengalaman yang ada. Anugerah yang dapat pun tidak banyak membantu kerjaya saya. Jika ada produser rasa berbaloi mengambil saya berlakon, bayaran tinggilah sikit. Saya juga tidak mendapat motivasi daripada penggiat seni tanah air.

“Masih ingat lagi ketika mula melangkah dalam bidang ini melambung angan-angan ingin pegang watak itu dan ini. Bermacam watak idaman tergambar di ruang mata tetapi apabila sudah berada dalam bidang ini, tak ke mana pun. Masih berada di takuk sama. Saya yakin pelakon baru yang hendak bertapak sekarang pun bercakap mengenai watak impian mereka. Tetapi apabila dah lama dalam dunia lakonan, mereka akan tahu hakikat sebenar.

“Sekarang saya rasa niat mereka yang ingin menyertai dunia lakonan pun sudah berubah. Mereka mengejar glamor, ingin menaikkan status diri dan mencari kemewahan. Saya memang teringin hendak pegang anugerah dalam negara tetapi motivasi saya ke arah itu tidak membara seperti dulu lagi.

“Watak yang diberikan sama saja. Ada produser dan pengarah yang mementingkan rupa paras, bukannya bakat pelakon. Mereka lebih senang menjaga periuk nasi sendiri daripada membantu memartabatkan bakat artis tempatan. Akhirnya lahirlah artis yang sekadar mencari populariti dan kemudian menggunakan kelebihan yang ada memikat lelaki kaya. Mereka yang sebenarnya berbakat diketepikan begitu saja.

“Jadi berbalik kepada drama Kecuali Cintamu, saya gembira dapat terbabit dalam produksi itu kerana ia sebahagian daripada projek khas Astro mencari bakat baru menerusi program realiti Anak Wayang. Saya harap mereka yang berjaya nanti dapat bekerja dengan seikhlas hati,” katanya.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Jelajah Kasih Beri Kesedaran Kepada Penonton

2 Apr

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

DENGAN matlamat menyedarkan masyarakat terhadap bahaya yang mampu diakibatkan oleh penyakit HIV/Aids serta kesan yang ditinggalkan ke atas anak-anak serta keluarga, Eurofine (M) Sdn Bhd menerbitkan program berjudul Jelajah Kasih yang mula disiarkan sejak Jumaat bermula 27 Mac lalu, di TV1, jam 11 pagi.

Anak-anak yang bakal menjadi pemimpin pada masa depan seharusnya didedahkan dengan gaya hidup positif, serta didikan yang baik. Begitupun, kesilapan ibu bapa pada masa lalu menyebabkan anak-anak menanggung kesan buruknya.

Begitu juga dengan ibu bapa yang positif HIV/Aids. Sering kali mereka meninggalkan anak-anak yang turut dihinggapi penyakit itu. Biarpun peratusannya tidak begitu besar, namun jumlahnya semakin meningkat. Pada 1991 kesnya hanyalah 0.2 peratus, tetapi pada 2006 jumlah itu meningkat kepada 1.4 peratus.

Masyarakat Malaysia pula masih cetek pemahamannya terhadap penyakit terbabit. Pesakit HIV/Aids sering dipandang hina. Lalu, terfikir seketika, bagaimana pula nasib anak-anak mereka yang dihinggapi penyakit ini? Adakah mereka juga menjadi mangsa sikap masyarakat yang kurang mendalam pengetahuannya terhadap penyakit berkenaan?

Atas kesedaran itu Eurofine yang diterajui Pengarah Urusannya, Ida Rahayu Md Noor, menjalin kerjasama bersama Yang Dipertua Persatuan kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (Pernim), Norlina Alawi dan Evolusi Bebas Sdn Bhd serta Prestige Platinum Vacation, menerbitkan program berbentuk majalah 13 episod bagi memberikan paparan sebenar apa yang dilalui anak-anak tidak berdosa ini.

Program berkenaan diarahkan oleh Haliza Misbun. Mereka memulakan penjelajahan pada 5 Disember lalu dan mengakhiri rakamannya pada hujung Januari 2009. Antara negeri yang dikunjungi rombongan Jelajah Kasih ini ialah Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Masyarakat perlu memberi peluang kepada penghidap HIV/Aids dan keluarga mereka, terutama anak-anak mangsa yang tidak berdosa ini, untuk menjalani kehidupan yang positif dan dipenuhi dengan kasih sayang, walaupun sesetengah daripada mereka mempunyai hayat yang lebih pendek serta hanya bergantung kepada ubat-ubatan untuk mengawal penularan HIV kepada Aids,” kata Ida pada majlis pelancaran program itu di Ampang baru-baru ini.

Haliza pula berkata, dia menerima tawaran mengarah serta mengacarakan program berkenaan kerana ia memberikan cabaran baru kepadanya dalam kerjaya seni.

Menurutnya, menerusi program 30 minit itu, mereka merakam kejadian sebenar bagaimana anak-anak penghidap Aids bertemu semula dengan keluarga mereka.

Berita Harian

Dedah Derita Anak HIV

25 Mar

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap
SINDROM Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) adalah gejala pelbagai penyakit kronik yang menimpa manusia disebabkan sejenis virus yang dipanggil HIV.
Paling menyayat hati apabila penyakit maut berkenaan turut menimpa individu yang tidak bersalah dan tidak mengetahui apa-apa seperti kanak-kanak.

Ibarat pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, sukar sebenarnya menyelami isi hati pesakit yang diselubungi keresahan selepas mengetahui penyakit dialami.

Lebih sukar, bagaimana menempuh hari mendatang serta penerimaan anggota keluarga dan masyarakat sekeliling.

Justeru, produksi Eurofine Sdn Bhd mengilhamkan

program dokumentari, Jelajah Kasih sebagai iktibar semua pihak.

Program 13 episod ini merakamkan perjalanan pesakit HIV/Aids di Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim) atau lebih dikenali Pusat Perlindungan Pernim.

Ia bakal disiarkan di TV1 setiap Isnin jam 11 pagi bermula 27 April ini.

Pengarah Urusan Eurofine, Ida Rahayu Md Noor berkata, penerbitan program berkenaan diharap dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai gejala penyakit disamping mewujudkan kesedaran kepada generasi muda yang kerap terbabit dengan gejala negatif sehingga mendorong kepada penyakit itu.

“Program ini adalah satu kempen bagi mewujudkan kesedaran kepada masyarakat. Secara tidak langsung menepis stigma dan tanggapan negatif yang dilemparkan terhadap penghidap HIV/Aids dan anggota keluarga mereka.

“Menerusi program ini juga, kita memberi peluang kepada kanak-kanak di Pernim untuk bertemu dan menyambung semula perhubungan silaturahim dengan keluarga mereka yang terpisah disebabkan keadaan dan pelbagai faktor lain,” katanya ketika majlis pelancaran program berkenaan, baru-baru ini.

 

 

Di samping program majalah itu, Eurofine yang ditubuhkan sejak 1991 turut aktif menerbitkan beberapa program seperti telefilem Demi Kasih, Airmata Buaya, Genggam Tak Iris dan Kasih Zahra.

Siri dokumentari pula antaranya Minda dan The Other Sides of Food manakala drama bersiri seperti Bara Yang Kugenggam, Lara Noktah Pilu yang dijadualkan siarannya April ini.

Jelajah Kasih menampilkan pelakon terkenal, Haliza Misbun sebagai pengarah dan perantara memaparkan kisah hampir 30 kanak-kanak yang mengidap HIV/Aids.

Setiap episod memaparkan kisah sedih kanak-kanak terbabit. Kru penerbitan menjelajah hampir seluruh negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Bagi Haliza peluang membabitkan diri dalam program realiti bercorak kebajikan seperti itu sememangnya dinantikan.

Malah, secara tidak langsung ia mengajarnya menjadi lebih matang menjalani kehidupan pada masa akan datang.

“Memang saya sentiasa mengintai peluang untuk terbabit dalam program seperti ini. Ia berbeza daripada lakonan mahupun dokumentari yang pernah dirakamkan sebelum ini.

“Saya sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru. Selepas mendapat tawaran daripada Eurofine, tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju mengarahkan program berbentuk sebegini,” katanya.

Sementara itu, pengasas Pusat Perlindungan Pernim, Nurlina Alawi menyambut baik usaha dilakukan Eurofine dan RTM dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik itu.

Katanya, sejak menubuhkan pusat berkenaan pelbagai iktibar diperoleh membabitkan kanak-kanak itu.

“Kami amat terharu dengan usaha dilakukan penerbitan dalam membela nasib anak-anak ini yang tidak bersalah. “Sejajar dengan penubuhan pusat pemulihan ini iaitu memberi perlindungan dan sebagai keluarga besar kepada anak yatim, anak yang kematian ibu bapa disebabkan HIV/Aids serta anak terbiar dan gadis teraniaya.

“Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dalam membantu memikul tanggungjawab menguruskan segala keperluan anak di Pernim,” katanya.

Menurut rekod, Pernim yang beroperasi di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur mempunyai lebih 60 penghuni.

Mereka yang ingin membantu dan mendapat maklumat lanjut layari laman web http://www.pernim.com atau hubungi 03-42950775.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

BORAK LOKASI: 'Saya Tak Buat Cerita Merepek'

12 Mar

Rap
SELEPAS drama bersiri 40 episod, Dinasti Bilut, Kejar adalah drama kedua arahan pengarah berkaliber di layar perak, Bade Azmi.

Kata Bade, dia terima tawaran buat cerita Kejar kerana skripnya bagus.

“Sebenarnya, saya teringin bekerja dengan ramai orang dalam industri seni, tapi filem tetap pilihan pertama saya.

Sudah dua tahun saya tidak buat filem dan secara kebetulan, projek filem saya, Wasiat ditangguhkan buat sementara waktu.

“Sejak dulu, saya memang tidak buat cerita merepek kerana setiap karya saya mesti meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat.

“Justeru, apabila ditawarkan buat cerita Kejar yang mengisahkan perebutan harta pusaka ini, saya terus tertarik kerana ia drama yang serius dan ramai orang kita tidak tahu kepentingan wasiat ini,” katanya.

Kata Bade, Kejar adalah drama genre ‘thriller’ kerana membabitkan banyak kes pembunuhan.

“Tapi, saya pastikan tidak terlalu banyak babak pembunuhan kerana di sini, kita tidak boleh sewenang-wenangnya memaparkan babak seperti itu.

“Sebab itu, saya kawal supaya tidak paparkan banyak babak pembunuhan supaya cerita ini boleh diterima masyarakat,” katanya.

Ditanya mengenai pemilihan Betty menggantikan pelakon Haliza Misbun sebagai watak utama, Sofia dalam Kejar,

 

 

Bade berkata, ia diputuskan penerbit sendiri selepas Haliza menghilangkan diri begitu saja.

“Sebenarnya, saya hanya mencadangkan nama Haliza kepada penerbit berdasarkan reputasinya yang bagus ketika bekerja dengan saya sebelum ini.

“Haliza juga sempat menyiapkan beberapa episod cerita ini sebelum dia menghilangkan dirinya.

Sepanjang pengetahuan saya, dia tidak ada masalah dengan produksi dan kru drama ini. Sebagai pengarah, saya juga tidak mahu masuk campur hal peribadi pelakon yang bekerja dengan saya.

“Apabila dia tidak muncul di lokasi seperti dijadualkan, saya terus beritahu penerbit dan dia terus menggantikan watak Sofia dengan Betty.

“Apapun, Haliza sudah membuat kenyataan kenapa dia menarik diri daripada Kejar, baru-baru ini. Alasannya, dia sibuk dan boleh menarik diri kerana belum menandatangani sebarang kontrak.

Kata Bade lagi, penarikan diri Haliza tidak menjejaskan fokusnya bersama pelakon lain dan kru untuk meneruska penggambaran drama itu.

“Saya sedar risiko yang terpaksa diambil kerana terpaksa membuat penggambaran babak yang sama sekali lagi dengan Betty yang mengambil alih tempat Haliza.

“Bagaimanapun, perkara remeh seperti itu tidak mengganggu tumpuan untuk berkarya. Maklumlah, saya sudah lebih 30 tahun terbabit dalam bidang ini dan masak dengan asam garam dunia seni,” katanya.

Mengenai komitmen pelakon lain dalam cerita itu, kata Bade, semua pelakon memberikan komitmen terbaik mereka setakat ini.

“Pemilihan Betty sebagai watak utama kerana lakonannya sudah terbukti sebelum ini. Ini juga kali kedua saya bekerja dengan Ezany. Bagi saya dia seorang yang ringkas tapi serius ketika bekerja,” katanya.

Harian Metro

'Background' People To The Fore

18 Nov

Azizi ‘Chunk’ Adnan (centre) and Asrulhisyam Ahmad (second from right) with ushers decked out in Antoofighter costumes.

There was less glam, but giving credit to the production crew of films and telemovies was what made Anugerah Oskar Malaysia an award ceremony to remember. HIZREEN KAMAL gives you this year’s winners.

Raja Azura (right) and Adi Putra.

Shuhaimi Baba.
DESPITE it being a less glamorous affair compared with other award ceremonies, the camaraderie among film and television practitioners at the Anugerah Oskar Malaysia last Saturday was apparent.

Into its seventh consecutive year, the Oskar Night is organised by the Film Workers’ Association of Malaysia (PPFM) to give due recognition to the people behind the scenes whose roles are just as important to the success of a film or telemovie as the leading actors and director.

This year, 58 awards were given out, arguably the largest number to date for the local cinema and television.

Reigning supreme in the film category was Pesona Pictures’ 1957: Hati Malaya, which bagged the most major awards including for Film Artistic Director (Aida Fitri Buyong and Kamarul Nizam Abdul Rahman), Choice Film Melody (Sharon Paul), Film Cinematography (Mohd Filus Ghazali) and Choice Jury Film Actor (Kamarulzaman Taib).
Director Shuhaimi Baba was once again honoured with the Choice Jury Film Director award for the third consecutive year for 1957: Hati Malaya (her supernatural film Waris Jari Hantu took home nine awards at last year’s Oskar.)

1957: Hati Malaya tells the story of the country’s Merdeka heroes like Datuk Onn Ja’afar, and Tunku Abdul Rahman in their quest to gain the nation’s independence. The film also took home four awards at the 21st Malaysian Film Festival (FFM21) in August this year.

Elated by her win, Shuhaimi attributed her triumph to her production crew who had worked hard to ensure the success of the film.

“I am honoured by the recognition. But more important to me is seeing my team enjoying the night and celebrating their win together. Oskar Night is the only awards event where the production crew can join the artistes and directors,” said Shuhaimi, who has just wrapped up the filming of TV series Kasanova XXL, to be aired over TV3.

Also pleased with his win is Kamarulzaman, who described his portrayal as the country’s first Prime Minister in 1957: Hati Malaya as the toughest role he had ever played.

“I didn’t expect to win especially when Rosyam Nor was also nominated. I’m grateful to Shuhaimi for casting me in this role,” said the recipient of FFM21’s Most Promising Actor award.

Romantic drama Sepi, the movie about three individuals coping with the loss of love and loneliness, beat 13 other films to win the Choice Jury Film award. Produced by Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), the film also bagged the Film Scriptwriter award (Mira Mustaffa/Ara) and Film Key Grip award (Dzulkafli Mohd Yusoh).

Mira and Ara were also honoured for the same category at FFM21 and the Anugerah Skrin 2008 (ASK 2008), respectively.

GBSB garnered six technical awards.

Soon-to-be-released Antoofighter bagged three trophies – Film Visual Effects (Asrul Hisyam Ahmad), 3D Animator (Asrul Hisyam Ahmad) and Film Costume (Azizi “Chunk” Adnan).

Jointly produced by GBSB and Imagebox Sdn Bhd, the win is bound to create a positive buzz in the local cinema scene.

“This recognition is a pleasant surprise. It never crossed our minds that any of our entries would win anything. We are here to support the event. So, yes, we were shocked when our names were announced,” said its director and Imagebox managing director, Azizi.

GBSB’s Ahmad Puad Onah said Antoofighter has what it takes to be a winner.

“The timing could not have been better as we are in the midst of promoting Antoofighter,” he said.

Rashid Sibir, known for his heart-wrenching telemovies, won the Choice Jury Telemovie Director award for the third consecutive year.

“The storyline may be simple but it’s important that everyone can relate to it. Winning awards is a bonus but what’s more valuable is that my work is appreciated by viewers,” said Rashid, on his winning formula.

Rashid is planning to direct romantic comedy, Bidadari, a movie about three effeminate men and the problems they face.

“I promise that the film will not only make the audience laugh but also have them cry buckets,” he added.

The country’s celluloid leading man and telemovies regular, Rosyam Nor, took home the Choice Jury Telemovie Actor award for Lahad.

Produced by his production house Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Lahad is based on the life of Iraq’s former president, Saddam Hussein.

“I am grateful that my work has been recognised. To me the Oskar award is the most prestigious award as the entries were judged by a jury comprising industry experts,” he said.

Malaysia’s first film noir Kala Malam Bulan Mengambang, directed by Mamat Khalid, bagged the Best Film at FFM21 and scored big at the ASK2008.

However, in this event, it secured only the Film Set Designer and Film Continuity awards, besides the Special Jury award for its effort in making a film with a difference.

The Winners

Choice Jury Film: Sepi

Choice Jury Film Director: Shuhaimi Baba (1957: Hati Malaya)

Choice Jury Film Actor: Kamarulzaman Taib

(1957: Hati Malaya)

Choice Jury Film Actress: Vanida Imran (Akhirat)

Tearjerker Role: Fauziah Nawi (Mencari Syurga)

Film Costume: Antoofighter

Male Villain Character: Adi Putra (Akhirat)

Female Villain Character: Raja Azura (Takbir Suci 2)

Choice Jury Telemovie Actor: Rosyam Nor (Lahad)

Choice Jury Telemovie Actress: Haliza Misbun (Schizoid)

Film Artistic Director: Aida Fitri Buyong/Kamarul Nizam Abdul Rahman (1957: Hati Malaya)

Film Cinematography: Mohd Filus Ghazali (1957: Hati Malaya)

Choice Jury Telemovie Director: Rashid Sibir

Choice Jury Telemovie: Lahad (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)

Film Scriptwriter: Mira Mustaffa/Ara (Sepi)

Telemovie Scriptwriter: Nazli Jaafar (Sesuci Al-Fitri)

Film Production Manager: Azlan Sani/Isma Riza (Evolusi KL Drift)

Film Audio: Brian Ng (Congkak)

Film Set Designer: Nazrul Ashraff Mahzan (Kala Malam Bulan Mengambang)

Film Visual Effects: Asrul Hisyam Ahmad (Antoofighter)

Telemovie Videography: Malek Marwi (Lillah)

Telemovie Visual Effects: Harlina Abdul Ghani (Residen)

Choice Film Melody: Sharon Paul (1957: Hati Malaya)

Telemovie Artistic Director: Mohd Firdaus Mohd Sahar (Sumur Kasih)

Film Editor: Shashidanam Rajoo (Vikrant)

Telemovie Editor: Izyan Liyana Mohd Ghazali (Tuhan Pun Tahu)

Film Producer: Metrowealth Sdn Bhd

TV Programme Series: Gerak Khas (Datuk Yusof Haslam of Skop Production Sdn Bhd)

Oskar Achievement Award: Norshah Tamby

Special Jury Award: Producing a Difference: Kala Malam Bulan Mengambang

Special Jury Award: Bringing People Closer to the Handicapped: Pensil

New Straits Times

'Hati' The Big Winner

16 Nov

Shuhaimi Baba (centre) posing with (from left) Kamarulzaman Taib, Aida Fitri Buyong, Kamarul Nizam Abd Rahman and Mohd Filus Ghazali after winning the Jury Choice Film Director award for ‘1957: Hati Malaya’.

KUALA LUMPUR: Pesona Pictures’ 1957: Hati Malaya reigned supreme at the 7th annual Anugerah Oskar Malaysia last night.

Adi Putra and Raja Azura with their awards for Male/Female Villain Character.

The film bagged most of the main awards, although it lost the Jury Choice Film award to Grand Brilliance Sdn Bhd’s romantic drama Sepi.

However, Hati Malaya’s director, Shuhaimi Baba, was once again honoured with the Jury Choice Film Director award — her third consecutive win.

Earlier this year, Hati Malaya had won four awards at the 21st Malaysian Film Festival.

This time, the film also took home trophies for Film Artistic Director (Aida Fitri Buyong and Kamarul Nizam Abd Rahman), Jury Choice Film Melody (Sharon Paul), Film Cinematography (Mohd Filus Ghazali) and Jury Choice Film Actor (Kamarulzaman Taib).
Shuhaimi’s supernatural film Waris Jari Hantu had taken home nine awards at last year’s ceremony.

Malaysia’s first film noir production, Kala Malam Bulan Mengambang, which emerged tops at the Malaysian Film Festival and scored big at the Anugerah Skrin 2008 last week, failed to shine this time around, securing only the Film Set Designer and Film Continuity awards.

Directed by Mamat Khalid, the film did receive a Special Jury award for the attempt of the producer and director at making “a film with a difference”.

M. Subash’s Pensil also received a Special Jury award for its attempt at “highlighting the issue of the handicapped”.

The Jury Choice Film Actress award went to Vanida Imran for her role in Akhirat, while Fauziah Nawi proved that she could move her viewers to tears when she was announced recipient of the Tear-Jerker Role award for her performance in the telemovie Mencari Syurga.

For the Male Villain Character award, Adi Putra, who shone in Akhirat, beat two other hopefuls, Mansher Singh (Vikrant) and Adlin Aman Ramlie (Susuk), while Raja Azura went home with the Female Villain Character award for her role in the telemovie Takbir Suci 2.

Meanwhile, Sepi, a drama about three individuals in the city learning about the meaning of love, loss and loneliness, bagged the Film Scriptwriter award (Mira Mustaffa and Ara) and Film Key Grip award (Dzulkafli Md Yusoh).

Fresh from his win at the Akademi Seni Kebangsaan, Rashid Sibir took home the Jury Choice Telemovie Director award.

Rosyam Nor bagged the Jury Choice Telemovie Actor award for Lahad, while Jury Choice Telemovie Actress award went to Haliza Misbun for Schizoid.

The Film Producer award was presented to Metrowealth Sdn Bhd, while Zeel Production (M) Sdn Bhd was honoured with the Telemovie Producer award.

The Telemovie Scriptwriter award went to Nazli Jaafar for Sesuci Al-Fitri.

It was interesting to note that comedy horror Antoo-fighter (produced by ImageBox Sdn Bhd and GBSB), which will only open at cinemas next week, clinched three awards — Film Visual Effects (Asrul Hisyam Ahmad), 3D Animator (Asrul Hisyam Ahmad) and Film Costume (Azizi “Chunk” Adnan).

The Tokoh Oskar 2008 award, which is similar to a lifetime achievement award, was presented to Norshah Tamby.

New Straits Times

DIRAIKAN…

28 Sep


FAZLI Zainal bersama Haliza Misbun bermesra bersama anak-anak yatim Tunas Harapan, Kuala Selangor pada Majlis Berbuka Puasa Mingguan Malaysia di Ibu Pejabat Kumpulan Utusan, semalam.

Seramai 30 orang anak yatim Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Aminah, Kuala Selangor diraikan pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan Mingguan Malaysia di Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, semalam.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama syarikat Abad Ikram Sdn. Bhd., itu turut diserikan dengan persembahan dua artis tempatan, Fazli Zainal dan Haliza Misbun.

Anak-anak yatim itu turut menerima sumbangan duit raya sumbangan syarikat tersebut.

Turut hadir Pemangku Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Aziz Ishak, Pengarah Urusan Abad Ikram Sdn. Bhd., Sripudin Alim, Pengarang Mingguan Malaysia, Hassan Mohd. Noor dan Penolong Pengarang, Ku Seman Ku Hussein.

Utusan Malaysia