Archive | Inul Daratista RSS feed for this section

Inul Sudah Ada Nama Anak Sulung

12 Apr


Inul Daratista

Penyanyi dangdut ‘goyang gerudi’ pilih untuk bersalin di hospital Jakarta

JAKARTA: Penyanyi dangdut terkenal Indonesia Inul Daratista sudah membuat tempahan hospital di ibu negara Indonesia itu untuk melahirkan anak pertama beliau yang dijangka pada awal Mei, hasil perkahwinan dengan suaminya, Adam Suseno.

Malah, beliau juga sudah menyediakan dua nama untuk bayi yang akan dilahirkan dan yang pasti kedua-dua nama berasaskan nama Jawa. Namun, Inul enggan memberitahu nama itu.

“Saya merancang untuk lahirkan bayi saya di Jakarta. Semuanya sudah siap dan ini termasuk tempahan hospital bersalin. Mengenai nama anak, biar ia menjadi rahsia dulu,” katanya.

Inul atau nama sebenarnya Ainur Rokhimah, juga enggan memberitahu di hospital mana beliau akan melahirkan anaknya dan memberi alasan untuk memastikan beliau dan keluarganya tidak diganggu pada saat amat bermakna itu.

Inul kini tidak lagi membuat persembahan atau bergelek di pentas dan menolak sebarang undangan untuk mengadakan pertunjukan bagi memastikan dia tidak keletihan.

“Jika ada tawaran, kami hanya akan membuat perbincangan dan menangguhkan persembahan sehingga saya selamat bersalin.

“Pada masa ini tumpuan penuh saya ialah untuk menjaga kesihatan agar bayi dalam kandungan saya tidak menghadapi masalah,” katanya.

Inul yang berkahwin dengan Adam sejak 13 tahun lalu menghabiskan beratus juta rupiah dan menggunakan pelbagai kaedah termasuk persenyawaan di luar rahim untuk hamil.

“Saya tidak kisah anak lelaki atau perempuan, harapan saya dia akan menjadi anak yang baik dan soleh,” katanya.

Sementara itu, sebagai warga negara yang bertanggungjawab, Inul turut menunai kewajipan mengundi dalam pilihan raya umum.

“Masalahnya, terlalu banyak parti bertanding dan kami terpaksa buat pemilihan seperti memilih lauk. Bayangkan, ada 38 parti mencuba nasib kali ini membuat saya dan suami kebingungan parti mana hendak dipilih. Akhirnya saya pangkah begitu saja,” katanya sambil ketawa. – Agensi

Berita Harian

Impikan Anak Mirip Ridho

11 Apr


INUL DARATISTA

INUL DARATISTA tampak sangat bahagia dengan bayi yang ada di dalam kandungannya, buah hatinya bersama suaminya Adam.

Ketika ditemui media di TPS 91 Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Inul tampak penuh semangat menunggu kelahiran kandungannya yang kini mencecah usia lapan bulan.

Dia dijadualkan bakal melahirkan anak sulungnya itu pada akhir Mei nanti secara pembedahan caesarean.

Belum pun melahirkan anak, Inul bagaimanapun sudah menyimpan azam untuk berdiet selepas melahirkan anaknya itu nanti.

“Saya akan berdiet demi kesihatan saya dan anak,” ungkapnya.

Penyanyi dangdut yang memiliki perniagaan karaoke itu juga mengatakan dia akan menjaga anaknya sendiri walaupun ada pengasuh. Ini kerana Inul tidak betah jika tidak melakukan sebarang pekerjaan.

“Walaupun ada pengasuh, saya tetap akan mengawasi bayi saya itu nanti kerana saya tak betah jika tidak berbuat apa-apa,” tegas Inul yang berharap anaknya itu nanti memiliki wajah kacak seperti Ridho, anak raja dangdut Rhoma Irama.

“Ya, biarlah kacak seperti Ridho,” ungkap Inul.

Kosmo

Inul Hamil 5 Bulan

8 Feb


INUl memiliki 38 kelab karaoke di Jakarta dan Bali.

Penyanyi dangdut gembira bakal dapat cahaya mata selepas 13 tahun mencuba

JAKARTA: Penyanyi dangdut terkenal dan pernah mencetuskan kontroversi di Indonesia, Inul Daratista begitu teruja dan tidak sabar untuk menjadi ibu, apabila kini hamil lima bulan, selepas menunggu selama 13 tahun.

Inul yang mengesahkan menggunakan kaedah tabung uji untuk hamil berkata sebelum ini beliau melalui pelbagai rawatan dan tidak putus asa walaupun walaupun terpaksa menunggu terlalu lama.

“Saya memang tidak sabar untuk menjadi ibu. Saya sudah menunggu terlalu lama dan menghabiskan ratusan juta rupiah untuk membiayai perbelanjaan perubatan sehingga ke Singapura. Bagaimanapun, saya bersyukur penantian saya berakhir dengan kegembiraan,” katanya.

Inul juga mengaku beliau amat berhati-hati menjaga kesihatannya bagi memastikan bayi yang dikandungnya selamat.

“Doktor menasihatkan saya supaya sentiasa menjaga pergerakan dan mengurangkan kegiatan, tambahan pula bayi dalam kandungan saya ini ‘mahal’,” katanya.

Inul berkata beliau pernah hamil sekali pada 2007, bagaimanapun mengalami keguguran selepas dua minggu.

“Saya sungguh sedih ketika itu, namun saya tidak putus asa untuk berusaha lagi,” kata Inul atau nama sebenarnya, Ainur Rokhimah.

Beliau juga mengaku selera makannya meningkat dan buat masa ini, Inul tidak begitu mempedulikan bentuk tubuhnya serta berat badan yang kian meningkat.

“Ketika proses tabung uji, saya diberi banyak vitamin dan pil hormon, mungkin itu punca selera saya meningkat. Saya pasti akan berusaha menurunkan berat badan selepas bersalin empat bulan lagi,” katanya.

Mengenai kerjaya seninya, Inul berkata. beliau kini menyertai bidang perniagaan dengan membuka sebuah restoran dan kelab malam di Bali. Beliau sudah memiliki 38 kelab karaoke di Jakarta dan Bali setakat ini.

“Ia sebagai persediaan masa depan apabila saya tidak lagi menyanyi,” katanya. – Agensi

Berita Harian

Our Very Own Little Voice

27 Oct

Yana’s a natural!

Like the young girl in the British film Little Voice, eight-year-old Nurriyana Jamhari is a little dynamo with a big voice, writes DENNIS CHUA.

PETITE Nurriyana Jamhari may be only eight, but she has managed to impress many of her seniors in the music industry as a natural-born entertainer.

The youngest of businesswoman Herlina Jaafar’s six children, the Petaling Jaya-born Nurriyana, or Yana as she is affectionately called by family and fans, has been singing since she was four.

Herlina said: “Yana’s first song was Air Mata Ibu, a popular song by Datuk Siti Nurhaliza. After hearing it, I felt that my daughter was destined to sing.”

Yana’s siblings also enjoy singing but Herlina said her youngest was easily the most passionate about her God-given talent.
“Not only did she pick up singing at a young age, she also imitated the singers’ moves after watching her on television,” Herlina said.

Yana lists Siti Nurhaliza as her idol, besides Indonesian pop princess Agnes Monica and Canadian rock star Avril Lavigne.

Yana’s first major singing project was in 2005 when she came up with a nasyid-oriented album titled Lagu Doa Kanak-Kanak. It was produced by Hamparan Rezeki in aid of the National Cancer Council of Malaysia.

She won her first major singing contest last year. It was ntv7’s talent search programme Aiyoh!

She said: “I sang Agnes’ Tak Ada Logika, one of my favourite numbers.”

In the same year, she participated in Kuala Lumpur City Hall’s Bintang Kecil singing contest as its youngest participant.

“I picked Inul Daratista’s (Indonesian dangdut queen) Goyang Inul. I also did a patriotic number, Baju Hijau,” she said.

Yana subsequently performed with such big names as Adibah Noor, Amy Mastura and Jaclyn Victor.

She said: “I sang a duet with Adibah in the KL Tower and one with Jaclyn in Putrajaya, both this year. They are fantastic singers.

“I also performed with Azwan Ali in a Hari Raya concert. He’s really funny.”

Yana’s other memorable performances include singing aboard a ship on a Tourism Ministry promotion in Pantai Puteri, Malacca, last year, and singing with iconic rockers Jinbara at the Langkawi Stadium in Kuah, Langkawi in 2006.

Her most recent appearances include those at a Rakan Muda concert in Kuala Lumpur, a Karyawan buka puasa in the Putra World Trade Centre, on RTM1 children’s programme Selamat Pagi Sayang and on the channel’s Hari Raya special, Yeh Yeh Hari Raya.

Herlina said: “She also joined TV3’s Jom Heboh carnival in the Bukit Jalil Stadium, appeared in the TV3 programme Melodi and represented Malaysia in the Children’s Arts Festival in Istana Budaya.”

Besides singing, Yana also has a keen interest in acting and modelling.

In 2005, she starred in the musical play Rubiah alongside Singaporean actress Maizurah Hamzah and veteran actor Ahmad Tarmimi Siregar at Istana Budaya, and played the role of Aliya in RTM2’s family-oriented sitcom, Keluarga Adam.

Early this year, she appeared as an extra in the film Sepi, which starred Afdlin Shauki and Vanidah Imran, and participated in the Asian Broadcasting Union Short Drama Festival that was held in Angkasapuri.

Yana said: “I was a Dumex calendar model last year, too, something I share with Vanidah and her family.”

She has also appeared in print and television advertisements for McDonald’s, Digi and Mastercard, among others.

Herlina said Yana’s strength as a singer lies largely in her ability to memorise music and lyrics.

“It comes naturally to her. She does not need to practise much in order to sing on stage,” she said.

Yana would love to compose and write her own songs one day and master a musical instrument like the piano.

Herlina said: “While she enjoys singing, she is also committed to her studies as a student of Sekolah Kebangsaan Tasik Permaisuri in Cheras. I always remind her to do well in school too.”

Yana said: “My goal is to sing with my local and foreign heroes. And to make an impact on the local music scene.”

New Straits Times

NewsFocus: Singing A Different Tune

10 Aug

insidepix1

Malaysia risks losing out on big-name entertainers if officials continue to give in to the whims of minority groups, industry sources tell AUDREY VIJAINDREN

Inul Daratista is yet another big name crossed off as the list of foreign acts skipping our shores grows longer.
Inul Daratista is yet another big name crossed off as the list of foreign acts skipping our shores grows longer.

ELVIS the Pelvis made rock ‘n roll famous because he had the world all shook up. Entertainer Datuk M. Daud Kilau brought it to our dance floor and turned it into a craze.

Yet Indonesian performer Inul Daratista, who gets her audience excited with similar gyrations, had her scheduled concert in Kuala Lumpur cancelled.

The official excuse for scrubbing the concert was because of “security”. But most liberal-minded Malaysians knew that was bull.

It was more due to pressure from the so-called moral guardians of society than pressure from terror groups.

Dangdut queen Inul’s spiralling hip actions became a hot topic last month, when her “drilling” stirred strong emotions among religious bigots and forced City Hall’s hands into cancelling her much anticipated concert.

This came as a shock to organisers IMS Prima, who made sure they adhered to Malaysia’s strict performance guidelines.

“When we got the green light to bring Inul here, we were told that it would be smooth sailing as long as she didn’t have her back to the audience or expose ‘sexy body parts’,” said IMS managing director Nasir Abu Bakar.

“And since she has been performing in Malaysia many times since 2005, we didn’t expect any obstacle.”

But just days before Inul was to take the stage, the organisers were told that the show could not go ahead.

“After signing a contract for RM35,000 with Inul’s management and forking out another RM100,000 for publicity, we were told that it is a ‘no go’.

“Although we got the approval of Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) to bring Inul in as a foreign act, the local council and police didn’t think it would be ‘safe’ for the concert to be held.”

Puspal, a committee under the Unity, Culture, Arts and Heritage Ministry, co-ordinates and approves applications for filming and performance by foreign artistes.

“They said foreign artistes such as Inul were able to perform previously because the scenario in the country was different. But what is the difference? It is an entertainment event, not a political protest,” said Nasir.

“Since she last performed here, Inul hasn’t changed. Our authorities have.

“Are they going to ban Avril Lavigne next? Will Shakira’s hip-shaking be a problem one day? Where do you draw the line?”

Nasir said besides targeting a profit, IMS Prima had hoped the concert would foster better ties between Malaysia and Indonesia.

“Our target audience was Indonesian workers in the country. But we were told too many foreigners in one place could pose a security risk.

“But isn’t every event a risk, even football and cricket matches? That’s why we have police personnel at concerts, to maintain security and order.”

Another burning question on his mind was why the ministry could not overrule the local council.

“Puspal didn’t even give Inul a chance to meet them. Instead they listened to a few people and let the local council and police decide on the matter. So what is the purpose of the ministry?

“In Malaysia, each party does as it pleases. There is no standard rule or logical discussion,” said Nasir.

Religious minority groups, he said, would always find something to protest against.

“I understand there will be political parties that are unhappy with certain events. I don’t blame them. That is their view.

“But if government officials are not firm and keep giving in to protesters, demonstrations will soon be the order of the day.”

Nasir feared that news would get around that Malaysia had too much restrictions and red tape for performers.

“We are going to lose out on watching a lot of good acts. Performers would rather fly to Singapore and Bangkok and even Jakarta because there is less hassle.”

Last November, R&B singer Beyonce Knowles bypassed Malaysia and took her act to Jakarta after being told her costumes and dance routines were “too suggestive”.

The organisers, Pineapple Concerts, said although Malaysia had acceptable performance guidelines, its implementation is inconsistent.

“Some entertainers are allowed to perform while others are denied a permit. The final decision is often based on the opinions of a small group of people.

“Such baseless and drastic actions will surely jeopardise our music and tourism industry,” said Pineapple chairman Razlan Ahmad Razali.

He claimed that decision makers were those who sat behind a desk with neither any musical experience or exposure.

“The team that hands out permits should have at least one member who is well versed with the global music scene.

“We are not inviting ‘stripper type’ performers. Singers like Beyonce are fashion icons. They will not strip down to their underwear.”

Razlan said stage rules and instructions to the artistes should be reasonable.

“We were asked to guarantee that Beyonce would adhere to the dress code and stand still while singing. What type of performance would that be?

“In the end, we can only tell the performers what to do, but we can’t guarantee what they might do.

“If they break the rules, what do the authorities expect of us? Should we switch off the power while they are performing? Run up on stage and put a scarf on them? It is so silly.”

However, not everyone in the industry has issues with the guidelines.

Industry veteran Freddy Fernandez said he had not faced any problem with officials.

“The rules for local and foreign acts are the same. If local artistes perform improperly, they would get into trouble, too,” said Fernandez.

“Artistes who are scantily clad and have ‘suggestive’ movements are asked to clean up their act. But local performers know their limits as they know the local culture.”

Fernandez, who has been in the industry for 30 years, said everyone has to deal with the guidelines.

“At one time, authorities frowned upon rock music. I remember a performer’s long hair being cut on live television.

“Today, ‘being too sexy’ is taboo. Rock music is in, but sexy is out. Next year, that might change. Whatever it is, we just have to deal with it.”

Fernandez, who is president of Persatuan Karyawan, said giving in to demonstrators could lead to more protests.

“In the long run, it gives Malaysia a bad rap. It suggests that we don’t have freedom of expression.

“If officials assert themselves, protesters will back off. Was giving in to them the best option? That is left to be questioned.”

City Hall director of licensing Saringat Adnan explains

What is the code of ethics for performers in Kuala Lumpur?

A: There are eight rules for artistes who want to perform here, viz

> No jumping, screaming and throwing items to audiences or vice versa;

> No dance moves or using words that have sexual connotations, including kissing audiences or any similar act.

> Don’t act or say things that are meant to single out any community or religion, which may affect the political stand and stability of the country;

> Don’t perform without clothes or remove clothes, be it shirts or pants;

> Female performers have to cover up from the chest to below the knees. Male artistes have to cover up from chest to knees. They have to look neat and clean throughout the performance.

> Performance has to be clean and should not have vulgar, dirty or crude stories, lyrics and any language against Malaysian values, law and the Rukun Negara;

> Every show or performance has to adhere to the date and place, as stated in the licence;

> Promoters and licence holders have to give priority to the safety of its audience and general surroundings, at all times.

Why was Inul Daratista not allowed to perform last month?

A: City Hall didn’t approve her application for an entertainment licence due to security reasons.

Would other similar protests force City Hall to cancel future concerts?

A: We will take into account the criteria as stated in the approval of the licence. If there is a valid objection and we believe the performance would bring discomfort to the public, we will disallow the performance.

PUSPAL’s DOS AND DON’TS FOR FOREIGN ARTISTES

> Don’t display improper and indecent behaviour.

> Don’t perform in an obscene manner.

> Don’t do or say things that may touch on religious, racial and cultural sensitivities of the communities in Malaysia.

> Dress appropriately accord
ing to the type of performance and congruent with Malaysian culture.

> Don’t join the audiences at any time; performances confined to the stage of the premises.

> Performances that involve the promotion of tobacco products and alcoholic beverages, either directly or indirectly, are not allowed.

Foreign artistes who braved it

> In August last year, Grammy award winner Gwen Stefani (above) performed in Kuala Lumpur after enduring a storm of protests from various religious groups who called for her concert to be cancelled because of her revealing costumes.

> In April this year, Canadian Celine Dion (below right) took her chances by performing at Merdeka Stadium. She came on stage in a glittering short dress and a pair of knee-length black boots.

> Decked in a midriff-baring glittery top, a pair of silvery pants and a matching trench coat, Whitney Houston (below left) performed in the Live & Loud 07 series at the Bukit Kiara Equesterian Centre last December.

> Mariah Carey, whose fondness for miniskirts is common knowledge, was not spared and had to adopt a more conservative dress when she performed in Kuala Lumpur in 2004.

 

New Straits Times

Konsert Inul Batal Lagi, Penganjur Rugi RM500,000

25 Jul

Teks & Photo Oleh Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 25 JULAI,2008: Penganjur IMS Prima Sdn Bhd bukan saja terus menanggung malu malah terpaksa menampung kerugian berjumlah setengah juta ringgit akibat pembatalan konsert Inul Daratista buat kali kedua di Malaysia.

Konsert tertunda Inul itu sepatutnya berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini, 27 Julai selepas selepas konsert pertama Inul Live In JB di Larkin pada 19 Julai lalu dibatalkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru.

Pengurus Besar IMS, Nasir Abu Bakar, memberitahu murai.com.my petang tadi, mereka mendapat tahu mengenai pembatalan konsert di Bukit Jalil itu, pagi tadi. Katanya, kertas cadangan ini ditolak oleh Jawatankuasa Agensi Permohanan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

“Ya, kami memang malu, sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi. Kami juga malu untuk berhadapan dengan Inul di atas pembatalan kali kedua ini. Namun kami sudah menghubungi Inul di Surabaya untuk memaklumlah pembatalan terbaru dan Inul nampaknya tenang dan akur walaupun sangat kecewa.

“Kesannya pihak kami terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 termasuk kos pengangkutan, logistik dan promosi.

“Saya juga difahamkan oleh pihak DBKL dan polis bahawa konsert ini ditolak atas sebab-seba keselamatan negara dan bukannya kerana personaliti atau corak persembahan Inul,” jelasnya.

Difahamkan, PUSPAL diwakili oleh 20 agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam dan Jabatan Imigresen Malaysia.


Murai

Saya Tidak Merajuk – Inul

20 Jul

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT dan SOFIATUL SHIMA WAN CHIK

KUALA LUMPUR – “Saya tidak serik dan tidak akan merajuk bahkan Malaysia tetap di hati.”

Demikian tegas ratu dangdut goyang gerudi, Inul Daratista (gambar) yang kelmarin begitu kecewa setelah Konsert Inul Daratista Live in JB yang sepatutnya berlangsung di Larkin, Johor Bahru malam tadi dibatalkan.

Malah menurut Inul, apa yang berlaku terhadapnya itu memang sesuatu yang sangat luar biasa dan tidak pernah terjadi sepanjang dia membuat persembahan di Malaysia.

“Di Indonesia, pembatalan sebegini sudah menjadi kebiasaan buat Inul tetapi tidak pernah di sini (Malaysia) kerana saya pernah menjayakan dua konsert, pertama pada 2005 (Stadium Merdeka) dan 2007 (bersama kumpulan Radja).

“Ketika itu, segala peraturan yang telah ditetapkan berjaya saya lunaskan, apa lagi sekarang, kerana saya sudah berstatus Hajah,” beritahu Inul yang kembali ceria apabila konsert di Johor Bahru itu telah bertukar lokasi ke Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Kosmo! semalam melaporkan, Inul begitu kecewa sehingga hampir pengsan dan terpaksa dipapah ketika mahu meninggalkan sesi sidang akhbar di sini, apabila mengetahui konsertnya di Johor Bahru dibatalkan.

Tegas Inul, majlis sidang akhbar penundaan konsert di Johor Bahru bukan gimik untuk menarik lebih ramai penonton.

“Kelmarin, saya benar-benar capek (letih), saya menangis kerana saya penat dengan dugaan dan kontroversi yang tidak kesudahan dan kerana saya sangat sedih segala persiapan rapi telah dibuat.

“Ternyata air mata saya tidak sia-sia kerana masih mendapat tempat di Malaysia, semoga konsert tanggal 27 Julai nanti bakal sukses,” tegas Inul atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah.

Kosmo

Cium Tangan Dalam Kelas

11 Jul




KENANGAN ketika bergelar raja sehari.

PERNAH suatu ketika rumah agamnya di Pondok Indah, Jakarta ini, tiga bulan sunyi tanpa canda. Pernah juga ratu goyang gerudi ini tidak tidur seranjang, dan selama itulah juga Inul sendirian tanpa suami di sisi. Masing-masing membawa misi dan ada hala-tuju yang perlu dipenuhi.

Membaca satu perenggan ini sahaja, mungkin berpotensi kalian semua salah tafsir bahawa bahtera yang sedang dilayari pasangan Inul Daratista dan suaminya yang lebih selesa digelar Pak Adam ini sedang dipukul badai.

Namun, bukan spekulasi yang cuba saya gambarkan menerusi helaian istimewa bernama Intuisi Cinta, edisi kali ini. Peluang menginjak kota Jakarta untuk bertemu ratu goyang gerudi sempena pelancaran album terbaru dan pemberitahuan konsert terbarunya yang bakal singgah di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru (JB), 19 Julai nanti, saya curi sejenak masa emasnya untuk menelaah erti hubungan jiwa dan batinnya bersama Adam Suseno.

Jika ada yang berfirasat pasangan ini kian renggang, jauhkan segera pandangan itu. Mendekati Inul dan Pak Adam walaupun persis seperti mengejar pelangi, saya berpendapat mereka sedang rukun melalui ikatan pernikahan yang diladeni sejak lebih 10 tahun lepas.

“Aku pernah bilang sama Mas Adam, ‘kalau kamu jauh-jauh dari aku, banyak kumbang-kumbang yang datang tetapi cintaku hanya untukmu sayang,” ungkap Inul mesra dalam satu temu bual bersamanya.


KEKAL bahagia walaupun belum dikurnia cahaya mata.

Inul mengatakan, perpisahan sementara itu terjadi kerana dia dan suami sama-sama sibuk menguruskan bisnes bukannya berpunca daripada orang ketiga. Ketika itu, (sekitar awal tahun 2008), Inul dan Adam perlu menguruskan pusat karaoke milik mereka, Inul Vizta, secara serentak yang berada di lokasi berbeza. Pak Adam di Surabaya manakala Inul pula di Jakarta.

Orang kata, sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Tinggalkan demi urusan kerja bukan satu perkara luar biasa asalkan hati masih setia pada yang satu. Di sebalik kedamaian mahligai mereka, Inul dan Adam juga tidak boleh lari daripada gosip liar pihak luar yang sengaja menyalakan api. Ada yang mereka cerita bahawa hubungan mereka sedang berantakan. Itu lapor media di Indonesia, tidak berapa lama dahulu.

“Uh, itu berita yang tidak murni. Bagi saya, soal itu tidak harus dijadikan spekulasi,” tegas Inul membasuh anggapan hitam segelintir pihak terhadap kerukunan hubungannya.


KETIKA mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah pada awal tahun 2008.

Jauh dari tanggapan awal juga, figura yang terkenal dengan lagu Kocok-Kocok dan Goyang Inul ini, penuh keramahan dan tidak menolak untuk berkongsi putik yang sentiasa mekar di kebun jiwanya.

Inul masih ingat, saat berada SMP (sekolah menengah pertengahan), dia tidak mampu menelaah dan memberi fokus kepada ajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas.

“Aku asyik menekap tanganku ke muka, sebenarnya aku mencium tangan sendiri. Semuanya, gara-gara tanganku itu baru dicium Mas Adam ketika pertemuan sehari sebelum kelas,” ujar Inul penuh canda.

Cerita Inul lagi: “Dia cinta pertama aku. Walaupun hubungan kami dihalang orang tua kerana kami berlainan agama tetapi kesungguhan dan kesanggupannya buat aku terharu dan semakin jatuh hati dan kasihan kepadanya. Dia tidak pernah putus-asa.

“Adam juga menyembunyikan hasratnya untuk memeluk agama Islam daripada pengetahuan orang tuanya.”

Berbelas tahun hidup berdua, Inul dan Adam harus tega kerana selama tempoh itu, pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahayamata. Walaupun begitu, persoalan anak bukan satu isu yang boleh mencetus krisis di antara mereka.

“Benar, dalam rumah tangga kami, material bukan lagi satu masalah. Jadi, kami harus saling menghargai hubungan ini kerana berumah tangga itu satu ibadah.

“Semasa awal bernikah dan sampai hari ini dan akan datang, harapan saya, kalau kami bercerai pun, bercerai kerana mati. Soal anak, saya masih belum putus semangat. Sejak beberapa tahun lepas, saya sedang berusaha dengan pelbagai cara termasuklah mengikuti program bayi tabung dengan bantuan doktor dari Surabaya,” jelas Inul yang gemar mengumpul apa jua koleksi peribadinya, termasuklah minyak wangi, telefon bimbit serta rambut palsu untuk mengisi masa lapang.

Kelihatan pendiam dan payah untuk diajak berwawancara, namun bicara tentang kasih ini tetap saya ajukan walaupun terpaksa menunggukan jawapan menerusi e-mel. Saya titipkan bingkisan buat Adam menerusi pembantu peribadinya, dan sampai saat artikel ini perlu dilunaskan, keperluan saya dapat dipenuhi.

“Saya mengenali Inul sejak dia masih anak-anak, bagi saya dia tetap Inul yang dulu, yang jujur, cemburu dan manja. Saya jatuh hati dengan Inul kerana sikap rendah hati dan jujurnya. Dia tidak pernah meminta yang aneh-aneh, yang memerlukan wang yang banyak,” jelas Adam yang kini bertindak sebagai pengurus besar perniagaan karaoke mereka, Inul Vizta yang dimulakan sejak tahun 2005.


KAMAR tidur yang merakamkan kemesraan Inul dan suami.

Mendefinisikan peribadi Inul di matanya, Adam menambah lagi: “Kalau cemburu, Inul jadi lucu. Melihat saya melirik wanita lain sahaja, kadang-kadang sudah bikin dia panas.”

Adam juga seperti Inul. Lelaki berkumis tebal ini juga teringin untuk dirinya bergelar ayah.

“Mungkin kami belum dikasihi Yang Di Atas,” jawapnya ringkas.

Kosmo

Goyang Gerudi Inul Kembali

9 Jul

Oleh JESSABELL SOO

Awal tahun 2007, Inul Daratista pernah menghiburkan peminatnya pada konsert Rentaq Serantau di Stadium Melawati, Shah Alam. Namun, pentas konsert itu dikongsi bersama penyanyi tempatan dan Indonesia yang lain.

Bagi mengubati rindu terhadap peminatnya di Malaysia, penyanyi dangdut sensasi dari seberang ini yang cukup terkenal dengan gelek gerudinya bakal mengadakan konsert solonya di Johor Bahru (JB) pada 19 Julai ini.

Bertempat di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin, konsert Inul Live In JB yang dianjurkan oleh IMS Prima Sdn Bhd ini akan diiringi oleh Audensi Band yang dibawakan khas dari Indonesia.

“Pada 1 Mei 2005 adalah kali pertama kami mempersembahkan Inul di Stadium Merdeka dan sambutannya amat memuaskan. Jadi untuk konsert kali ini, dia juga akan menyampaikan lagu yang hampir sama.

“Tetapi dulu Inul ada menyampaikan lagu Inggeris semasa persembahannya, kali ini hanya akan mendendangkan lagu Indonesia,” kata Pengarah Urusan IMS Prima Sdn. Bhd., Nasir Abubakar pada sidang media mempromosikan konsert ini.

Menyasarkan konsert lebih kepada rakyat Indonesia yang menetap di JB, pihak IMS Prima Sdn Bhd juga menjangkakan ramai penduduk Singapura akan menyertai konsert kali ini.

“Kami memilih JB kerana sudah menjalankan penyelidikan bahawa komuniti rakyat Indonesia di Johor adalah ramai. Kami tahu rakyat Malaysia tidak begitu meminatinya Inul sebab itu sasarannya ialah kepada penonton Indonesia sendiri. Rasanya sekitar 8,000 penonton akan hadir nanti,” kata Nasir mengenai konsert yang akan berlangsung selama dua jam.


NASIR (dua dari kiri) bakal mempersembahkan Inul di Malaysia pada 19 Julai ini.

Memandangkan gelek gerudi popular Inul pernah menimbulkan pelbagai kontroversi, Nasir memberitahu mereka juga telah mengambil pelbagai langkah keselamatan.

“Sebenarnya pihak berkuasa hanya tidak membenarkan Inul menunjukkan bahagian belakang kepada penonton. Jadi gelek gerudi itu dibenarkan. Lagipun semua kontroversi yang berlaku sebelum ini bukannya di Malaysia,” tambah Nasir mengenai konsert yang bakal bermula sekitar pukul 8.45 malam.

Vokalis utama kumpulan Abstrak Hingga Ke Bulan, Faiza diberikan tugas sebagai hos konsert yang turut akan diceriakan oleh kumpulan Candy.

Made In Malaysia 2008

Selain daripada konsert Inul, penduduk Johor juga akan dihiburkan dengan konsert Made In Malaysia pada keesokan harinya (20 Julai) di lokasi yang sama.

Antara artis yang terlibat adalah Kristal, Acab, Plaque Of Happiness, Meet Uncle Hussain, OAG dan ramai lagi.

“Sebab kami menganjurkan konsert ini kerana tidak mahu mempopularkan artis luar semata-mata tetapi dalam masa yang sama juga menyokong penyanyi tempatan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai artis terutamanya dari Indonesia membuat konsert di Malaysia.

“Jadi kami mahu melakukan sesuatu kepada artis Malaysia. Kami mahu membangunkan industri muzik tempatan. Tahun ini kami memulakan di Johor dan mungkin masa akan datang kami melawat tempat lain.

Kepada mereka yang ingin menyaksikan konsert Inul, tiket dijual pada harga RM50. Potongan akan diberikan kepada mereka yang membeli tiket sebelum 10 Julai iaitu pada harga RM35.

Manakala harga tiket konsert Made In Malaysia dijual pada RM10 sebelum 20 Julai dan RM20 pada 20 Julai.

Kosmo

Mas Idayu Terus Berahsia

6 Jul

Oleh NIEZAM ABDULLAH Solekan E’SHAM (012-2869864)

Mas Idayu

DI Indonesia penyanyi dangdut yang pernah melakar kontroversi iaitu Inul Daratista pernah dikecam gara-gara geleknya yang boleh ‘mengancam’ jiwa raga rakyat negara itu.

Ini kerana aksi gelek Inul yang dipanggil goyang gerudi dianggap sebagai keterlaluan dan berunsur lucah.

Malah penyanyi itu pernah diharamkan untuk muncul di pentas persembahan di Bandung tidak lama dulu gara-gara penampilannya yang dianggap berahi.

Di Malaysia, Mas Idayu salah satu contoh penyanyi dangdut yang berani.

Goyangnya walaupun tidak sehebat Inul ‘menggerudi’ mata penonton-penontonnya tetapi kemunculan Mas Idayu tentu akan mendapat perhatian.

Malah dia berjaya membawa trade mark tersendiri dengan teknik memegang ‘microphone’ keatas yang jarang dilakukan artis lain. Itulah kelainan Mas Idayu.

Lama tidak muncul, tiba-tiba tuan punya nama Masidayu Mesnin ini mencipta kisah panas.

Bukan panas aksi geleknya di pentas tetapi kemunculannya dengan Ella dan David Arumugam dalam konsert sempena kejohanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam yang dijadual malam ini mendapat bantahan.

Melihat tindakan itu agak keterlaluan tetapi beliau menerima ujian tersebut dengan pemikiran positif.

Cuma Ayu mengharapkan masyarakat tidak mudah melabelkan artis hanya membawa masalah dan keruntuhan moral.

Sebaliknya golongan itu turut berperanan membantu dalam melakukan kerja-kerja amal serta menyampaikan mesej yang baik kepada golongan belia.

Lama menghilang sesekali muncul penuh dengan kontroversi. Tetapi bukan itu yang dimahukan Ayu sebaliknya sakit hati melihat pandangan sesetengah pihak yang gemar memandang serong terhadap golongan artis.

Dan hari ini kemunculan semula Ayu bukan untuk suka-suka sebaliknya mempunyai matlamat mengubat kerinduan peminat yang sudah lama menantikan albumnya.

Sudah bersedia Ayu boleh dianggap seorang artis yang banyak menyimpan rahsia diri. Beliau tidak mudah untuk menceritakan apa-apa perkara yang dianggap sensitif.

Koreklah macam-macam sekali pun kalau beliau berkata tidak, maka jawapannya tetap tidak.

Selama ini umum sudah mengetahui Ayu sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka. Berita itu sudah lama orang perkatakan tetapi sukar untuk mendengar penjelasan daripada mulut Ayu sendiri.

Susah sangatkah nak beritahu kahwin? Susah sangatkah nak cakap sudah ada anak?

Itulah cakap-cakap orang apabila penyanyi dan pelakon ini bertindak tidak mahu komen mengenai kisah peribadinya.

Tetapi selama mana ia boleh menyimpan rahsia itu? Sehinggalah apabila Ayu dan Aman berpisah, barulah dia dilihat mula bersedia untuk menceritakan status dirinya sendiri.

Selama ini bukan mahu berselindung tetapi wanita berusia 36 tahun ini mempunyai alasannya tersendiri kenapa berita perkahwinannya lebih 10 tahun itu terpaksa disimpan.

“Saya mahu menghormati pihak-pihak tertentu yang tidak membenarkan kami mendedahkan perkahwinan kami. Sebab itulah saya tidak banyak mengulas mengenai status diri saya tak lama dulu,” katanya.

Dan hari ini kata Ayu, tanyalah apa saja mengenai status dirinya dan pasti dia akan mengaku dan sudah bersedia menjawab apa juga perkara yang menjadi tanda tanya peminat-peminatnya.

Kisah-kisah dulu ada sebabnya. Kahwin adalah satu perkara yang dituntut dan berita itu perlulah dikongsi bersama.

Cuma alasan dan sebab-sebab yang perlu dipatuhi membataskan beliau untuk bercerita secara terus terang.

“Kami berkahwin dulu pun buat diam-diam, bila bercerai takkan kita nak hebohkan satu dunia. Kalau orang tanya, saya akan bercakap secara jujurlah,” jelasnya

Tetap berkawan baik Tanpa mahu menyebut bila, Ayu mengaku dia dengan Aman sudah berpisah.

Menganggap sudah tiada jodoh, akui wanita ini hubungannya dengan bekas suami tetap baik apatah lagi mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Dayini yang kini berusia 10 tahun.

Sedih dengan perpisahan yang berlaku, sebagai orang yang sudah membina mahligai bahagia, tentu sahaja mengharapkan agar hubungan itu kekal berpanjangan.

Tetapi apakan daya kerana sudah ditakdirkan jodoh itu tiada, jalan terbaik adalah memutuskan hubungan tanpa ada sebarang permusuhan.

“Walaupun saya dan Aman bukan suami-isteri lagi tetapi saya gembira kerana kami tetap berkawan baik apatah lagi kami berkongsi kasih sayang yang sama iaitu anak,” katanya.

Mengakui selepas sekian lama hidup sebagai suami isteri, ada kalanya terasa sunyi apabila tiada seseorang di sisi.

Sebagai wanita yang pernah menjadikan lelaki bernama suami sebagai tempat bergantung kata Ayu sesekali datang perasaan sedih apabila mengimbas indahnya hidup berumah tangga.

Perpisahan itu mungkin ada hikmahnya tersendiri ujar Ayu, takkan dia mahu menanggung kesedihan itu setiap hari sebaliknya perlu meneruskan hidup seperti biasa.

Ditanya adakah kemungkinan dia dan Aman akan berbaik semula, menurut wanita ini segala-galanya diserahkan kepada Yang Maha Kuasa.

Jika itu yang ditakdirkan, tentu saja Ayu akan menerimanya kerana mereka mempunyai anak yang perlu diberi kasih sayang sepenuhnya.

“Kalau Allah menemukan semula jodoh kami, kita tidak boleh menolaknya. Apa yang penting hubungan kami sebagai kawan itu tetap baik kerana Dayini,” jelas beliau.

Kisah-kisah panas Ayu dikenali seorang yang bercakap lepas. Tetapi itulah dirinya. Dia menjadi dirinya sendiri.

Sudah lama orang bercakap Ayu gemar mengambil seorang lelaki menjadi pengurusnya.

Sejak hampir enam tahun lalu, Uzae merupakan pengurus yang setia dengannya.

Ada yang berkata entah-entah Ayu bercinta dengan pengurusnya sendiri.

Ketawa dan menafikan dakwaan itu, ujar beliau sebagai perempuan, dia lebih suka bekerja dengan lelaki.

Bukan ada tujuan lain sebaliknya lelaki dianggap Ayu seorang yang lebih mudah berurusan berbanding jika dia menggajikan kaum sejenisnya untuk bekerjasama.

“Ambil manager lelaki lebih mudah. Kalau orang perempuan ni, dia tengok kita bersolek nak cantik, dia pun akan buat benda yang sama untuk lebih cantik daripada kita.

“Begitu juga kalau kita ada kerja-kerja di luar, apa akan jadi kalau kereta rosak tengah malam? Kalau pengurus lelaki mesti dia ada kekuatan untuk menjaga keselamatan kita berbanding perempuan,” katanya.

Kekal 1001 Kali terakhir Mas Idayu muncul dengan albumnya pada tahun 2002 dengan lagu Hasrat Perindu. Selepas itu beliau terus senyap tetapi bukan bererti beliau mahu mengundurkan diri dalam dunia seni.

Hari ini Ayu membuktikan bahawa dia masih diminati dan lagu-lagu dangdutnya sebelum ini mempunyai kekuatan untuk kembali mengangkat namanya.

Album kompilasi Kekal 1001 memperlihatkan kesungguhan Ayu untuk terus membuktikan dangdut yang menjadi ‘makanannya’ selama ini masih mempunyai pengaruh.

Mempertaruhkan dua lagu baru iaitu Dengar Dengarkan dan Goda-Godaan, Kekal 1001 yang keseluruhannya menampilkan 16 buah lagi hits beliau selama ini membawa kelainan dari segi vokalnya.

Berbeza dengan suaranya sebelum ini, ujar Ayu kematangannya selama ini tidak merakamkan album cuba diterjemah di dalam album tersebut.

Kenapa Kekal 1001? 1001 adalah gabungan tarikh lahirnya iaitu 10 Januari dan tentu saja Mas Idayu hanya ada satu dalam seribu.

”Saya menganggap setakat ini Mas Idayu hanya ada saya seorang sahaja. Sebab itulah saya memberikan tajuk album ini 1001,” katanya.

Menampilkan muzik yang dianggap lebih moden, album edaran Warner Muzik ini dihasilkan atas bajet menggunakan wang titik peluhnya yang disimpannya selama ini.

Bertuah kerana memiliki studio rakaman sendiri iaitu Suara Production Mas Idayu, kos merakamkan dua single tersebut walaupun tidak menelan belanja yang besar sebaliknya ia berkualiti.

Utusan Malaysia