Archive | Janet Jackson RSS feed for this section

Bila Wardrobe Artis Malfungsi

21 Apr

Walaupun kehebatan seorang penyanyi terletak pada vokal dan gaya persembahannya, namun kostum dan imej yang tepat akan membuat artis lebih gah.


SALAH siapa apabila pakaian Janet terlondeh?


Siapakah harus dipersalahkan apabila pakaian penyanyi dan pelakon terkenal Janet Jackson terlondeh di atas pentas Super Bowl 38 kala penyanyi genit kulit hitam itu berduet dengan Justin Timberlake?

Aksi yang menonjolkan keseluruhan payu dara kanan Janet itu menimbul banyak kontroversi hingga Janet dikecam.

Itu satu kisah Hollywood yang membabitkan pakaian selebriti yang sepatutnya membantu persembahan tetapi sebaliknya bertukar huru-hara. Peristiwa pakaian terlondeh atau terlalu mendedah adalah perkara biasa di Hollywood, malah, ramai yang pernah mengalaminya; Beyonce Knowles dan Britney Spears juga tidak terkecuali.

Menyebut hal pakaian ‘gagal fungsi’ atau wardrobe malfunction, di Malaysia peristiwa sedemikian pernah berlaku di mana pakaian penyanyi terlondeh di atas pentas kala beraksi. Tetapi ia terjadi kerana pakaian tersebut gagal berfungsi dan dek aksi lasak penghibur tersebut.

Perihal kegagalan pakaian untuk berfungsi di atas pentas, kebelakangan ini sering diperkatakan dan menjadi topik hangat masyarakat juga bahan kritik akhbar tempatan ialah pakaian peserta TV realiti, Akademi Fantasia (AF6) .

Paling ketara pada musim ini ialah ketika minggu ketiga dan keempat. Ada yang memuji dan ada juga yang memberi kritikan negatif.

Apabila pengkritik persembahan turut membuat komen terhadap penampilan pakaian pelajar, ada pihak berasa tidak senang kerana pada pandangan mereka pengkritik yang dijemput sepatutnya menumpukan kritikan mereka khusus pada persembahan; vokal dan pergerakan pentas seperti mana juga yang sering diingatkan oleh Ryan Seacrest kepada tiga panel juri American Idol.

Tetapi apabila penampilan pelajar dari segi pakaian yang digayakan mula mendapat kritikan bertubi-tubi setiap minggu, rasanya mungkin hal itu harus diberi perhatian dan dipertimbangkan oleh pihak terbabit kerana tentu ada suatu yang mengganggu pemandangan.

Mungkin kita boleh buka topik ini secara lebih am dan universal; mengapa Madonna, Gwen Steffani, Kylie Minogue dan Beyonce Knowles mampu memahat imej mereka di ingatan kita?


MADONNA diingati bukan sahaja kerana vokal tetapi juga gaya dan imejnya.

Begitu juga mendiang Elvis Presley, walaupun telah lama pergi, imejnya bertahan dan masih menjadi tiruan peminat fanatiknya pada era ini.

Sekiranya diperhatikan, persamaan yang ada pada bintang-bintang yang disebutkan tadi dan juga pada kebanyakan bintang Hollywood, mereka bukan sahaja mempunyai vokal, gaya persembahan yang tersendiri tetapi mempunyai imej yang dibentuk melalui pakaian mereka di pentas persembahan.

Kesinambungan gaya yang mereka cipta itu berterusan hingga ke konsep kulit album juga klip video. Dan semua ini terhasil dengan adanya penataan gaya star wardrobe projection yang dibuat dengan begitu teliti atau mungkin juga dengan kajian terperinci.

Persoalannya, apakah yang membuatkan mata terpaku kala menonton sesuatu persembahan hiburan? Selain kemantapan lontaran vokal dan kepintaran penghibur itu beraksi menguasai pentasnya, penampilannya dari hujung rambut ke kakilah yang menjadi perhatian.

Seperti membelek sebuah buku di rak pamer yang mana kulit buku itu memainkan peranan untuk menarik orang membaca sinopsis dan kemudian membelinya.

Penampilan atau pakaian seseorang penghibur bolehlah diumpamakan seperti kulit buku tadi, sinopsisnya pula bolehlah disamakan dengan aksinya dan isi kandungan buku itu pula bolehlah diumpamakan vokal penghibur tersebut. Setiap satu saling melengkapi persembahannya dan bersatu.

Menurut pereka terkenal negara, yang pernah diberikan peranan sebagai pereka jemputan khas untuk mengendalikan wardrobe pelajar AF4, Rizalman Ibrahim, jika mahu membuat penilaian tentang kejayaan atau kelemahan (function and malfunction) imej dan konsep pakaian seseorang bintang, ia bertitik tolak daripada kefahaman keseluruhan konsep persembahan dan mereka yang terbabit.

“Dari sudut AF pula, pada saya semua yang terlibat perlu faham akan konsep dan genre lagu yang bakal didendangkan oleh para pelajar. Dan pelajar itu sendiri perlulah diberi kefahaman dan penjelasan mengapa mereka diberikan pakaian serta penampilan sedemikian.


NITA cantik dengan rekaan Bill Keith.

“Mereka juga harus faham betul-betul mengapa mereka mesti menggayakannya. Jika perlu, tayangan video persembahan contoh yang membolehkan pelajar memahami konsep pakaian dan kostum dalam sesebuah persembahan serta bagaimana membawa pakaian itu ke satu peringkat yang boleh mencetuskan persembahan yang tidak boleh dilupakan.”

Namun begitu, masa yang diberikan kepada pereka atau team pengurus wardrobe amat terhad memandangkan pereka hanya mempunyai tiga setengah hari untuk menguruskan konsep, menyediakan styling board dan mencari pakaian.

Pelajar hanya mendapat lagu mereka pada hari Isnin, ini bererti konsep dan segala perancangan akan bermula pada petang Isnin dan Selasa mengikut genre lagu yang didendangkan setiap pelajar dan ini bererti hanya tinggal dua hari saja untuk mencari pakaian sebelum full dress rehearsal.

Peranan pengurus Wardrobe

Sudah tentu masa tidak mencukupi… you need miracle to accomplish that. Perlu juga diingatkan bukan seorang tetapi ramai pelajar. Tapi demi tanggungjawab dan tugas ia mesti dilaksanakan. Dan itulah cabarannya yang sebenar.

Kegagalan satu dua pakaian pada konsert setiap minggu mungkin sesuatu yang boleh kita maafkan tetapi apabila setiap kali pelajar muncul dan ada saja yang tidak kena dan mendapat komen serta kutukan penonton, apa lagi pengkritik yang dijemput, perkara itu harus dipandang serius.

Rizalman berpendapat bahawa pereka harus benar-benar faham konsep persembahan bagi memastikan artis berasa selesa dan mampu bergerak semahunya, terutama jika genre muzik yang didendangkan menuntut artis itu bergerak sebebasnya dan pantas.


ELLA adalah contoh terbaik adakalanya artis perlu lari daripada kebiasaan gaya.

Jika kepentingan itu tidak mendapat tumpuan sewajarnya, maka berlakulah hal-hal yang boleh merosakkan keseluruhan persembahan seperti artis tidak boleh menari dengan natural kerana pakaiannya terlalu ketat dan sebagainya. Lebih teruk jika pakaian rosak kala membuat persembahan.

“Dari sudut AF saya cadangkan semua persiapan itu dibuat lebih awal…” ujar Rizalman, “Mungkin usul itu harus diberikan perhatian oleh pihak terbabit jika mereka ingin menyelesaikan masalah wardrobe malfunction yang berlaku setiap musim. Ini bukan pertama kali AF diadakan dan masalah yang sama timbul setiap tahun.”

“Seperkara lagi pereka juga perlu tahu batas-batas di mana mereka mahu mengaplikasikan elemen fesyen dan kostum ke dalam sesuatu pakaian yang diciptanya. Dalam konteks ini mereka perlu berhati-hati dengan aliran dan period sesuatu genre muzik. Sebagai contoh, kita ambil Elyana, dia menyanyi lagu-lagu rancak dan ada yang berentak rock tetapi pakaiannya agak trendy dan berciri feminin. Ella satu lagi contoh yang menarik untuk menjelaskan betapa adakalanya kita perlu lari daripada kebiasaan. Kalau kita perhatikan pakaiannya, selalu feminin dengan fabrik mewah yang lembut. Dalam kata lain untuk mempamerkan elemen rock pada pakaian artis tidak semestinya ganas, denim atau kulit,” jelas Rizalman.

Sementara itu bagi pereka tersohor Bill Keith pula, faktor waktu tidak harus timbul dalam mana-mana penataan gaya artis. Segalanya terletak pada kreativiti dan kepintaran seseorang pengurus wardrobe atau pereka yang dipertanggungjawabkan.

Apabila diberikan tugas, ia adalah tanggungjawab pengurus pakaian dan pereka untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Yang pasti, mesti tetapkan terlebih dahulu apa yang diperlukan sebelum keluar untuk mengambil pakaian daripada penaja.

“I think we are trying so hard,” katanya mengeluh dan ketawa sinis, “Kita terlalu ghairah nak cipta imej artis dalam diri seseorang muka baru, pelajar AF khususnya hingga kita lupa berapa umur mereka dan bagaimana personaliti mereka. Dalam show business anda perlu sentiasa muda! Jika pelajar itu berusia 40, adalah tugas kita untuk membuat dia nampak sekurang-kurangnya lima tahun lebih mudah. Or is it our way that we cannot look any younger than our age? Mestikah rambut diset dan disiput?”


DRS Lufya yang paling banyak mendapat kritikan negatif.

Apa pun katanya, kita harus belajar untuk memberikan gaya yang lebih rileks. Dalam konteks AF walaupun ada perubahan dan peningkatan, tetapi beberapa perkara masih kekal, seperti dandanan rambut pelajar misalnya, perlukah diset? Dan jika seseorang itu punya rambut panjang dan cantik, mengapa tidak biarkan saja agar nampak lebih rileks dan real.

Kosmo

Sensual Che'Nelle

19 Jan

Oleh HARYATI KARIM

Che’Nelle tidak lupa Malaysia


Che’Nelle mahu muziknya berkembang dengan lebih cantik dan diterima ramai.

WAJAHNYA persis gadis yang memiliki darah campuran. Hitam manis warna kulitnya menjadikan dia kelihatan unik dan berbeza sekali. Malah album debutnya yang berjudul Things Happen For A Reason senang sekali meraih perhatian peminat muzik antarabangsa walaupun penyanyi yang menggunakan nama Che’Nelle sebagai nama komersial ini masih terlalu baru.

Selepas single sulungnya I Fell In Love With The DJ berkumandang di corong-corong radio, dia pantas sekali mengatur langkah.

Tuahnya nampak menjadi apabila bernaung di bawah label gergasi, Virgin Records yang banyak melahirkan nama-nama besar antaranya Janet Jackson, Lenny Kravitz dan Ben Harper.

Bercerita mengenai penglibatan Che’ Nelle dalam bidang seni suara, sebenarnya sangat menarik.

Penyanyi genit ini dikesan bakatnya oleh Charles Dixon seorang pemuzik veteran Amerika yang secara kebetulan melayari ruang mencari rakan popular, My Space.

CHE’NELLE bertuah dinaungi Virgin Records.

Charles bukan sekadar membaca biodata malah turut mendengar karya muzik hasil garapan Che’Nelle, lalu tertarik dan membawa karya tersebut ke Virgin Records.

Tidak lama selepas itu, Che’Nelle di terbangkan ke Los Angeles (L.A), seterusnya menandatangani kontrak enam buah album bersama Virgin Records.

Bunyinya seperti terlalu mudah dan cepat, bukan? Realitinya tidak semudah yang disangkakan.

Pelajar Akademi Seni Persembahan Australia Barat ini mengakui dia sememangnya memasang impian untuk bergelar penyanyi dan merasa amat bertuah kerana kini impiannya itu telah termakbul.

Baru-baru ini, dia hadir ke Malaysia kerana terlibat dalam konsert ulang tahun 8TV ke empat.

Pastinya peluang bertemunya di belakang pentas walaupun hanya 15 minit tidak mungkin dilepaskan begitu sahaja.

Ramai tidak mengetahui penyanyi antarabangsa pemilik nama Cheryline Lim ini merupakan anak Malaysia.

Ini kerana wanita ini dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah tetapi menghabiskan usia remajanya di luar negara.

“Saya lahir di Malaysia dan sempat membesar seketika di sini. Semasa berumur 10 tahun keluarga saya telah berpindah ke Perth, Australia,” jelas Che’ Nelle berkongsi cerita mengenai dirinya.

Lama di luar negara bagaimanapun tidak bermakna dia telah lupa kepada negara kelahiran sendiri.

Dia dan keluarga akan balik ke kampung dua tahun sekali untuk melawat saudara mara di sini.

Malah dalam keselesaan berbahasa Inggeris, sesekali dia masih lagi berbicara dalam bahasa Melayu dengan gaya orang Sabah.

Bagi Che’ Nelle, peluang untuk mengadakan persembahan di negara kelahiran sendiri adalah lebih bermakna, apatah lagi ini merupakan persembahan secara besar-besaran yang pertama buatnya di Malaysia.

“Seronok sangat berada di sini dan berkenalan dengan beberapa penyanyi tempatan. Mungkin selepas ini saya akan berkunjung dengan lebih kerap lagi,” jelasnya yang turut memasang impian untuk melahirkan album dalam bahasa Melayu untuk pasaran tempatan suatu masa nanti.

CHE’NELLE seronok berada di Malaysia.

Ia pastinya tidak akan dilakukan dalam masa terdekat ini, kerana untuk mengadakan satu konsert solo Che’ Nelle sedar dia mengambil kira pelbagai perkara dan mungkin mengambil sedikit masa.

“Itu akan berlaku jika kerjaya saya sudah benar-benar kukuh. Saya tahu ini hanyalah impian sahaja, tidak tahu sama ada ia akan terlaksana atau pun tidak. Dan jika ia menjadi kenyataan saya ingin sekali berduet dengan penyanyi ternama Malaysia,” katanya, mengharap.

Memperjuagkan muzik rytmchic dalam albumnya, ia menggabungkan pelbagai elemen muzik, seperti reggae, hip hop, pop, dan r&b.

Tidak sesekali membuat sekatan ke atas muzik yang dihasilkan, Che’Nelle mahu muziknya berkembang dengan lebih cantik dan diterima ramai.

“Apa yang terdapat dalam album, sebenarnya lahir sepenuhnya daripada lubuk hati saya,” jelasnya lagi yang mencipta 10 buah lagu untuk album sulungnya itu.

Sebelum beredar untuk melakukan persediaan akhir konsert 8TV pada malam itu dia sempat sekali lagi mengatakan: “Saya sayangkan negara saya dan jangan risau, saya pasti kembali lagi.”

Kosmo

Costume Designer Virginia Chu Set To Make Fine Birds Of Swan Lake Dancers

19 Dec

They say clothes maketh the man. In Virginia Chu’s case, she knows it can also maketh – or breaketh – a show.

The veteran Hong Kong costume designer has seen her fair share of wardrobe malfunctions: From a woman’s dress catching on a guy’s jacket, to a skirt coming undone, and even a Janet Jackson moment.

But after 17 years of dressing up everyone from touring Broadway shows such as Cats to Hong Kong Disneyland’s Mickey Mouse and co, the 36-year-old is prepared for just about any scenario. This time around, she’s in charge of a flock of “swans”.

For Singapore Dance Theatre’s production of the ballet classic, Swan Lake, which opens tomorrow at the Esplanade Theatre, Chu created about 90 hand-crafted costumes and numerous headpieces, wigs and jewellery.

But don’t expect fluffy feathers – the dancers won’t look like birds, Chu promised. Instead, “every girl will sparkle when they go onstage” – thanks to the use of lots of Swarovski crystals.

A hands-on designer who’s “a bit crazy”, Chu said that when she designs costumes, she does everything herself, right down to dyeing the fabrics.

After a decade-long stint at the Hong Kong Ballet, she landed one of her biggest gigs in 2004, working as the senior costumer for the launch of Disneyland the following year.

“We did the whole park and it was non-stop crazy!” she said.

So, how different is it dressing up a guy in a mouse suit compared to ballerinas in tutus?

Before she could dress Mickey up in a red beanie with matching Chinese silk shirt and Minnie in a red cheongsam, Chu said they had to get approval from the main office “before we could change even a button”.

But in terms of creativity, ballet productions are more difficult and involves a bit of … maths?

“Dancers move a lot so you’ll need to calculate the movement. The ‘swans’ may do 20 pirouettes, so you can’t make the skirt too big or too long,” she said.

When Chu was a student, her dream, she said, was to do Broadway shows. Now that she has done practically all the Broadway and ballet productions that have passed through the region – this could possibly include an Asian tour of Cinderella next year – her next goal is to set up a haute couture fashion label.

But what we’d really like to know from this costume expert is: Does she secretly wear her own designs when no one’s watching?

“Never! I like to make people look good, but I’m always wearing jeans and T-shirts. I’m the messy one,” she said with a laugh.

WHAT: SWAN LAKE

WHEN: DEC 20-23, 8PM

WHERE: ESPLANADE THEATRE

TICKETS: $38 to $88 from SISTIC –

Channel News Asia

EMI Mulling Sale, Demerger Of Its Recorded Music Division

19 Feb

LONDON : EMI Group, the world’s third-biggest music company, may sell or demerge its recorded music division as part of a radical overhaul of the firm to reverse falling profits, a newspaper reported.

The weekly newspaper The Observer quoted unnamed sources close to the company as saying the board was giving “serious consideration” to the plan for EMI Music after issuing its second profit warning in little over a month last Wednesday.

EMI currently plans to save 110 million pounds (163 million euros, 144 million dollars) per year.

Shares in EMI Group slumped more than 11 percent as a result of the second profits warning — their lowest level since November 2005.

Explaining its new forecast, EMI said it expected revenue at its recorded music business — EMI Music — to show a decline of about 15 percent in the year to March 31 compared with the previous 12-month period.

EMI blamed the situation on an “unprecedented” decline in US sales of compact discs.

The company, which has The Beatles, Coldplay and Janet Jackson in its catalogue, warned on January 12 that full-year revenues at EMI Music could decline year on year by approximately six to 10 percent.

Its first profit warning led to a management shake-up, including the appointment of a new chief executive of EMI Music, Eric Nicoli.

– AFP

Channel News Asia

Music World's Great Night

28 Feb


Music world’s great night

THE BIGGEST names in music will grace the stage at the recording industry’s most prestigious event — the 44th Annual Grammy Awards — which will be telecast by Star World on Thursday at 9 p.m. (it will be aired earlier at 6.30 a.m. and at 5.30 p.m.).

The stars are set to shine when the National Academy of Recording Arts and Sciences announces the benchmark in music. The nominees include such luminaries as U2 (with eight nominations, including Album of the Year, Song of the Year, and Record of the Year), India.Arie (seven nominations), Alicia Keys (six nominations), Nelly Furtado, Train, and Lucinda Williams (each with four nominations). Other artistes with nominations include Janet Jackson, Jay-Z, Aerosmith, Trisha Yearwood, Sade, Elton John, Backstreet Boys, *NSYNC, Aaliyah, and well, several others.

An impressive line-up of artistes is guaranteed to heat up the stage with performances scheduled by Alicia Keys, Alejandro Sanz with Destiny’s Child, U2, *NSYNC with Nelly, Train, the Dave Mathews Band, Alan Jackson, and a special tribute to the O Brother, Where Art Thou? soundtrack with Emmylou and Alison Krauss.

There’s more to come. A wide range of artistes from the music and TV world have been invited as presenters at the awards, including Gloria Estefan, Janet Jackson, Britney Spears, Gwen Stefani, the Dixie Chicks, Kid Rock, Kevin James (The King of Queens), Ray Romano (Everybody Loves Raymond), and Diana Krall. Critically acclaimed and immensely popular, actor-comedian Jon Stewart will host the Grammy Awards for the second consecutive year.

We hear that the odds favour Alicia Keys for the top slot. She’s the “It Girl” of music. Her debut album, Songs In A Minor, has already reached triple-platinum status and spawned blockbuster Number One hits. This year she has six nominations for the Grammy. At the 2002 American Musical Awards, Keys was honoured with six nominations. In the 2001 Billboard Music Awards, she garnered seven nominations and walked away with the Female New Artist of The Year Award.

In 1998, Keys signed with Arista Records to continue the process of writing, producing, and recording the debut that she was working on since the age of 14.

In late 1999, Keys decided to join Clive Davis, the high-profile recording executive responsible for the success of Janis Joplin, Bruce Springsteen, and Santana, and his new record label, J Records.

Keys saw this as an opportunity to grow, and Davis, being the legendary record mogul that he is, has been relentlessly hyping the piano-playing prodigy ever since. Alicia Keys was born of Italian and African-American parentage, and raised in Manhattan. Her mother encouraged her to take up piano lessons from the age of five, and the piano eventually became one of her true passions in life. Alicia’s stock will skyrocket when the remake of A Star Is Born becomes reality.

By K. Satyamurty


Hindu On Net