Archive | Jessica Biel RSS feed for this section

Katrina Kaif Miliki Punggung Idaman

15 Apr

MUMBAI: Pelakon jelita Bollywood, Katrina Kaif, mendapat satu lagi pengiktirafan apabila diundi memilik punggung paling seksi, meninggalkan nama besar Hollywood seperti Jennifer Lopez, Jessica Biel, Beyonce Knowles selain selebriti Bollywood sendiri termasuk Malaika Arora dan Yana Gupta.

Malah, pelakon yang tidak kisah menjayakan adegan sensasi, Mallika Sherawat, jelas tidak mampu menyaingi Katrina.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Britain itu terpaksa mengaku kalah kepada aktres Priyanka Chopra yang dipilih memiliki bibir paling memberahikan.

Katrina juga muncul selebriti kegemaran pengundi yang mahu dilihat menjadi duta minuman ringan. Bagaimanapun, dia berdepan saingan sengit daripada pelakon Deepika Padukone, Asin dan Genelia D’Souza, yang mewakili minuman berkarbonat berbeza. – Agensi

Berita Harian

Advertisements

Timberlake Kahwin Musim Panas

10 Mar


JUSTIN TIMBERLAKE


JESSICA BIEL

LOS ANGELES – Penyanyi pop Justin Timberlake akan menamatkan zaman bujang pada musim panas ini dengan teman wanitanya, aktres Jessica Biel, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa rakan rapat pasangan itu berkata, penyanyi berumur 27 tahun itu merancang untuk membawa Jessica berkahwin di Itali sekali gus mengikuti jejak langkah pasangan popular Hollywood, Tom Cruise dan Katie Holmes.

“Kedua-duanya sukakan idea mengadakan majlis perkahwinan mereka di Itali pada musim panas ini,” kata satu sumber.

Desas-desus mengenai perkara itu bertiup kencang apabila Timberlake dilihat mengunjungi rangkaian kedai barangan kemas di New York untuk mencari cincin perkahwinan mereka.

“Timberlake banyak meluangkan masa untuk mencari cincin sesuai. Dia meminta pekerja kedai emas supaya membawa keluar banyak cincin-cincin itu supaya dapat memilihnya,” kata seorang saksi. – Agensi

Kosmo

Gaya Di Karpet Merah

24 Feb

Rap
KEMUNCAK Anugerah Academy ke-81 yang berlangsung di Kodak Theatre, Los Angeles semalam, bukan saja mendebarkan untuk mengetahui siapa dinobatkan menerima anugerah paling prestij di Hollywood malah menjadi medan bintang popular bergaya hebat dengan pakaian tajaan pereka terkenal.

Mereka yang dicalonkan untuk Aktres dan Aktor Terbaik memilih gaya klasik Hollywood tetapi ramai juga berani bermain dengan warna garang seperti merah dan hijau.

Angelina Jolie yang dicalonkan Aktres Terbaik melalui filem Changeling dan pasangannya, Brad Pitt Aktor Terbaik untuk The Curious Case Of Benjamin Buttons, menjadi tumpuan dengan gaya klasik dan retro. Angelina memilih gaun mendedahkan bahu daripada Elie Saab dilengkapi aksesori subang hijau manakala Pitt dengan bow hitam.

Sean Penn, Aktor Terbaik melalui Milk, segak dengan rekaan Giorgio Armani sepadan dengan isteri, Robin Wright Penn. Turut memilih hitam, Vanessa Hudgens dengan gaun Marchesa, Kate Winslet gaun gelap dan modan rekaan Stefano Pilati (Atelier Yves Saint Laurent) dan Beyonce bersulam emas menampakkan bentuk badannya.

Gaya Kate mendapat pujian pakar fesyen, Mary Alice Stephenson yang menyifatkan penampilannya sempurna tetapi tidak menyukai penampilan Angelina. Katanya, dia berharap Angelina melangkah permaidani merah dengan penampilan mengejutkan berbeza daripada kebiasaannya dengan hitam.

Antara yang memilih warna ceria dan lembut ialah Anne Hathaway dengan gaun Armani Prive warna champagne, Rachel Wood putih gading rekaan Saab, Jessica Biel gaun satin putih Prada, Sarah Jessica Parker hijau muda Dior Couture manakala model Heidi Klum memilih merah.

Penelope Cruz pula memilih gaun putih gaya 50-an rekaan Balmain, Miley Cyrus juga memilih gaun putih dihiasi manik rekaan Zuhair Murad, Marisa Tomei gaun Versace, Freida Pinto gaun biru John Galliano, manakala Queen Latifah, biru tua rekaan Georges Chakra.

Harian Metro

Kulit Kate Winslet Paling Cantik

30 Jan


Kate Winslet

Pakar bedah Amerika akui pelanggan ingin wajah semula jadi aktres Britain

LOS ANGELES: Aktres kelahiran Britain, Kate Winslet, bukan hanya dianugerahkan bakat lakonan cemerlang tetapi juga memiliki kulit paling diinginkan kebanyakan wanita, menurut pakar bedah kosmetik terkemuka Beverly Hills.

Wajah semula jadi aktres itu lebih popular di kalangan wanita berbanding penampilan berwarna keemasan seperti dibakar matahari yang dimiliki kebanyakan bintang Hollywood ketika ini.

Kulit Winslet disenaraikan sebagai yang terbaik bersama-sama seorang lagi aktres kelahiran Australia, Cate Blanchett.

Winslet, 33, yang disebut-sebut bakal meraih Oscar hasil lakonan mantapnya, mengaku beliau berasa ‘gemuk dan tidak gembira’ berada di sisi aktres Hollywood lain tetapi masih kukuh berada dalam senarai tahunan ‘penampilan paling seksi.’

Dihimpunkan oleh dua pakar bedah kosmetik, ia memaparkan bahagian tubuh wanita paling ingin ditiru wanita apabila melakukan pembedahan.

Pakar bedah berkenaan, Richard Fleming, yang mengumpulkan senarai itu, berkata bintang Hollywood masih menjadi menjadi rujukan pesakit yang ingin kelihatan seperti selebriti pujaan mereka.

Bekas pelakon drama komedi Friends, Jennifer Aniston, memiliki tubuh ideal paling diidamkan wanita dengan tubuh seorang lagi pelakon seksi, Jessica Biel, turut menjadi kegemaran.

Bibir milik pelakon Angelina Jolie masih mendahului senarai bibir paling ingin ditiru wanita diikuti bibir pelakon Rosario Dawson dan Anne Hathaway. – Agensi’

Berita Harian

Eva Mendes Teratas Senarai Impian Lelaki

24 Jan


Eva Mendes (kiri) dan Megan Fox

Aktres kelahiran Cuba pilihan lelaki, Megan Fox tempat kedua diikuti model Marisa Miller

LONDON: Bintang filem The Spirit yang seksi, Eva Mendes mengejutkan hampir semua pihak selepas beliau mengungguli tangga teratas senarai ‘wanita paling diimpikan’ berdasarkan kajian pendapat majalah online, AskMen.

Aktres kelahiran Cuba berusia 34 tahun itu menduduki tempat pertama dalam undian yang meminta lelaki menamakan wanita ideal yang memiliki ciri kelakar, pintar dan berkarektor selain mempunyai tarikan seks.

Mendes yang berada di tempat keempat dalam senarai tahun lalu yang dikumpulkan halaman web AskMen.com gembira dengan kedudukan terkini dengan berkata:

“Inilah ciri paling menarik lelaki iaitu memberikan penghargaan hingga membolehkan saya berada di tempat teratas. Terima kasih semua.”

Eva mengatasi aktres Transformers, Megan Fox yang menduduki tempat kedua manakala model Victoria Secret, Marisa Miller dan model glamor Britain, Keeley Hazell masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Fox dinamakan sebagai ‘wanita paling seksi di dunia’ tahun lalu oleh majalah FHM tetapi hanya mampu berada di tempat kedua dalam undian membabitkan lebih 10 juta pembaca majalah AskMen.com.

“Ia menakutkan tersenarai sekali lagi dalam AskMen.com! Ia tahun yang menarik dan mengetahui saya mempunyai peminat yang mencukupi untuk mengundi dan menyokong saya amat menakjubkan,” kata Marisa Miller dalam satu kenyataan.

Pendatang baru yang tersenarai tahun ini termasuk Isla Fisher yang berada di tempat ke 31, penyanyi I Kissed A Girl, Katy Perry di tempat ke 38, dan isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Carla Bruni, di tempat ke-76.

Aktres Scarlett Johansson yang berada di tempat ketujuh berkata: “Ia satu penghargaan kepada saya terpilih di kalangan 10 juta pembaca AskMen sebagai seorang daripada wanita impian.”

Pengacara Project Runway, Heidi Klum; pemenang Oscar, Halle Berry, Kate Beckinsale, Jessica Biel; bintang Confession of a Shopaholic, Isla Fisher; Charlize Theron; superstar Bollywood, Aishwarya Rai dan calon Oscar 2009, Penelope Cruz dan Angelina Jolie, turut tersenarai.

Bagaimanapun, penyanyi Britney Spears tidak tersenarai dalam kedudukan ke-50 teratas yang turut membariskan penyanyi Christina Aguilera, Carrie Underwood dan Beyonce. Britney berada di tangga ke-90.

Begitu juga dengan Madonna yang tidak tersenarai dalam kedudukan ke-50 teratas malah juga tidak berada dalam senarai 99. – Agensi

Berita Harian

Mengelak Jumpa Jessica

3 Dec


CAMERON DIAZ

ENTAH mengapa, aktres Cameron Diaz cuba mengelakkan diri daripada bertemu Jessica Biel ketika kedua-dua bintang terkenal ini menghadiri majlis CNN Heroes: An All-Star Tribute baru-baru ini.

Mungkinkah kerana Jessica kini menjadi teman wanita baru kepada Justin Timberlake? Semua orang tahu sebelum ini Cameron dan Justin pernah berkasih.

Cameron dilaporkan bergegas keluar melalui pintu belakang lokasi majlis yang berlangsung di Kodak Theatre itu untuk mengelak dari bersua muka dengan Jessica.

Satu sumber memberitahu Contactmusic, Cameron mungkin mengelakkan diri untuk bertemu Jessica agar mereka tidak bercakaran. Pada majlis itu, Jessica ditemani bapanya, Jonathan untuk menjadi penyampai anugerah majlis itu.

Cameron pula telah menyampaikan anugerah kepada Marie Da Silva, yang menerima sumbangan untuk membangunkan sekolah kelolaannya di Malawi.

Antara selebriti lain yang turut menyerikan majlis tersebut termasuklah Christina Aguilera, Salma Hayek, Forrest Whitaker, Meg Ryan, Terrence Howard, Lucy Liu dan Kate Beckinsale.

Kosmo

Menyesal Berbogel Di Majalah

1 Nov


JESSICA BIEL

BINTANG jelita Hollywood, Jessica Biel menyesal kerana pernah muncul dalam majalah U.S.Men dengan aksi menggoda dan seksi kira-kira lapan tahun lalu.

Pelakon The Texas Chainsaw Massacre berusia 26 tahun itu memberitahu, dia telah dipujuk untuk memberi aksi berkenaan yang disiarkan pada tahun 2000.

Bagaimanapun, pelakon itu mengakui dia terpaksa melakukannya kerana telah menyatakan persetujuan awal.

“Gambar itu menunjukkan seolah-olah saya seorang bintang yang seksi.

“Tindakan saya pada masa itu memang keterlaluan. Saya masih ingat saya menghubungi bapa dan memberitahunya kehidupan saya akan punah gara-gara gambar berkenaan,” akuinya, mengenang kesilapan masa lampaunya.

Kosmo