Archive | Jodie Foster RSS feed for this section

Jejak Warisan Pulau Mutiara

12 Mar

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

Menjejak sejarah Pulau Pinang yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia tidak lengkap jika tidak singgah di Fort Cornwallis, kota pertahanan dan pusat pentadbiran yang binaan asalnya dikatakan menggunakan batang nibung

KEPINGAN papan yang menjadi pelantar pejalan kaki sudah agak lusuh, tetapi untuk penghuni perkampungan air berdekatan pusat bandar Georgetown, Pulau Pinang, ia menyimpan sejarah panjang menjangkau hampir 150 tahun.

Rumah pertama dibina pada 1860-an oleh pemuda dari wilayah Fujian, China yang merantau untuk berkerja sebagai kuli di Pulau Pinang yang ketika itu berkembang maju sebagai pelabuhan selepas dibuka Kapten Francis Light pada 1786.

Sejak itu, ia berkembang kepada beberapa perkampungan air menempatkan sebilangan puak hidup harmoni dalam koloni masing-masing iaitu jeti Chew (paling besar), jeti Lee, Tan dan Yeoh.

 

 

Kini, penempatan di kawasan dikenali sebagai Weld Quay menjadi antara tarikan sejajar dengan pengiktirafan Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan Sedunia (Unesco), pada 7 Julai tahun lalu.

Jejak warisan di Pulau Mutiara ini bagaimanapun, tidak akan lengkap jika tidak singgah di Fort Cornwallis, kota pertahanan dan pusat pentadbiran yang binaan asalnya dikatakan menggunakan batang nibung pada 1786.

Tiga tahun kemudian, ia dibina semula bagi memenuhi keperluan sebagai pusat pentadbiran dan pangkalan tentera sejajar dengan perkembangan kuasa empayar British di rantau ini.

Sejarahnya, seperti yang dapat dihayati di galeri pameran, berkait rapat dengan usaha pemodenan pulau ini. Selain menempatkan gereja kecil, ia juga menempatkan rumah api – uniknya, di tengah pusat bandar dan masih berkhidmat sebagai panduan arah kepada kapal dagang.

Catatan penting yang tidak boleh dipinggirkan mengenai kota di Jalan Tun Syed Sheh Barakabah ini adalah kisah menarik mengenai meriam bernama Seri Rambai, yang dikatakan bermula sejak 1603.

Asalnya, Belanda menghadiahkan meriam ini kepada Sultan Johor, tetapi ia dibawa ke Acheh, Indonesia dan kemudian diletakkan di Kuala Selangor. Pada 1871, ia dirampas oleh British dan diletakkan di lokasi sedia ada iaitu satu sudut kota itu.

Menghala ke pusat bandar, pengunjung dibawa menghayati keindahan bangunan warisan kolonial dengan seni bina Anglo-India dengan pengaruh reka bentuk Cina. Perluasan kuasa Inggeris dan perkembangan pulau ini juga menarik kedatangan pedagang dari serata dunia.

Pelbagai nama jalan utama membuktikan penempatan awal masyarakat pelbagai bangsa. Orang Eropah ditempatkan di Lebuh Light, keturunan Serani (Lebuh Bishop), pedagang Cina (Lebuh China), pedagang India (Lebuh Chulia) dan pedagang Aceh (Lebuh Aceh).

Pendatang dari wilayah India Selatan dikatakan membina deretan rumah kedai sepanjang Jalan Chulia (dulu dikenali sebagai Malabar Street), King Street and Queen Street, kawasan yang kini tersohor dengan jolokan Little India.

Pulau ini juga menjadi transit untuk pedagang yang ingin belayar ke India dan Timur Tengah. Masjid Kapitan Keling umpamanya, menjadi tempat berhimpun jemaah haji dari Tanah Melayu, Thailand dan Sumatera sebelum berangkat ke Mekah dengan kapal laut.

Lebuh Armenian dan Lebuh Acheh pula menyimpan sejarah dan gaya hidup glamor golongan atasan suatu ketika dulu. Hartawan terkemuka, Syed Alatas yang menemui kekayaan dengan perdagangan antara Pulau Pinang dan Acheh pernah mendiami banglo dua tingkat di Lebuh Acheh.

Jalan sama turut menempatkan Masjid Melayu Lebuh Acheh, manakala Lebuh Armenian pula mendapat namanya daripada warga Armenia berketurunan Yahudi, Sarkies, yang bertanggungjawab membuka hotel The Eastern & Oriental yang amat popular sekitar 1920-an.

Pertembungan Timur dan Barat dapat disaksikan dengan jelas jika anda singgah ke Muzium Peranakan Pulau Pinang di Jalan Gereja. Menariknya, pemilik rumah agam ini adalah Kapitan Chung Keng Kwee, ketua puak Hai San, yang terbabit dalam Perang Larut antara 1860-an dan 1884.

Walaupun bukan berasal daripada keturunan Baba hartawan yang meraih kekayaan hasil perlombongan bijih timah di Perak ini membina rumah yang sarat dengan jiwa Peranakan ini pada abad ke-19.

Pengunjung dapat menyaksikan pakaian, perabot dan pinggan mangkuk yang digunakan bagi menggambarkan kedudukan ahli keluarga masyarakat atasan ketika itu. Malah, rumah itu turut menempatkan koleksi kebaya dan kuil untuk acara keagamaan keluarga besar ini.

Kongsi Khoo berusia lebih 100 tahun di Lebuh Cannon pula membawa pengunjung mengembara ke Dinasti Ching dengan reka bentuk bangunannya seperti perkampungan Cina pada abad ke-19. Kuil dalam kongsi ini pernah diabadikan dalam satu babak filem Hollywood, lakonan Jodie Foster pada 1999.

Menariknya, kompleks kediaman yang dilengkapi pentas opera, rumah kedai, pejabat pentadbiran ini juga mempunyai pertalian dengan tokoh perniagaan terkemuka negara termasuk Tan Sri Francis Yeoh dan aktres antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh.

INFO

>Tapak Warisan Dunia meliputi bangunan bersejarah di Lebuh Acheh, Masjid Melayu Lebuh Acheh,

Masjid Jalan Mesjid Kapitan Keling, Goddess of Mercy Temple, Kuil Mariamman Temple, Kongsi Khoo, Gereja St George dan Assumption Church.

>Selain itu, St Xavier’s Institution, Convent Light Street, Little India, muzium dan mahkamah, bangunan komersil sepanjang Beach Street, Fort Cornwallis, Esplanade, City Hall dan perkampungan air di Weld Quay.

>Jejak warisan Pulau Pinang mengambil masa antara dua dan tiga jam. Selain menghayati bangunan warisan, pengunjung boleh mencuri masa untuk mengunjungi kedai di sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling sehingga ke Lebuh Pasar.

>Selain hidangan nasi kandar, pastikan anda singgah untuk menikmati rojak pasembor dan laksa di medan selera berhampiran dengan Esplanade atau gerai penjaja di Gurney Drive.

* Kunjungan wartawan dari ibu kota ke Pulau Pinang diaturkan oleh Tourism Malaysia sempena dengan Zoom Travel Fair 2009.

RUJUKAN PERCUTIAN
Tourism Malaysia
Tel : 03-2615 8188
Faks: 03-2693 5884 / 2693 0207
Talian Pelancongan: 1-300-88-5050
Emel: enquiries@tourism.gov.my
http://www.tourism.gov.my

Harian Metro

Harith Hits The Road

16 Nov

Harith will be in Kuching, Penang and KL during his roadshow.

Funnyman Harith Iskander is on a nationwide roadshow from Nov 21 to Dec 12. Harith is a hit with Malaysians and expatriates alike.

He has boosted his following in recent years as the host of ntv7’s Thursday Night Live, a light-hearted talk show along the lines of David Letterman’s The Tonight Show.

He is also a regular member of the Actorlympics show, in which some of the nation’s best comedians do improvised comedy known as “theatre sports”.

Harith has also performed at stand-up comic acts around the world

Last year, he was featured in Singapore’s Comedy In The Park concerts, sponsored by the Singapore government.
He is also an award-winning film director and scriptwriter. He collaborated with fellow actor and director Afdlin Shauki in the highly rated television comedy series Ah-Ha which was screened on TV3 and 8TV.

His acting credentials include films such as Yasmin Ahmad’s Gubra and Sepet and Afdlin Shauki’s Baik Punya Cilok and Buli Balik.

In 1997, he won Best New Director at the Malaysian Film Festival for his feature film debut Hanya Kawan starring Malaysia’s rock queen Ella and Hans Isaac.

As with all his other productions, Harith also wrote and acted in the film.

Harith’s international claim to fame was Fox Studios’ film Anna And The King which starred Jodie Foster and Chow Yun-fat. He played the King of Siam’s (Chow) bodyguard.

The roadshow, Harith Iskander Nationwide Live Comedy Tour will visit the Crowne Plaza Riverside Hotel in Kuching on Friday; the Eastern and Oriental Hotel in George Town, Penang on Nov 28; and the Kuala Lumpur Convention Centre in Jalan Ampang, Kuala Lumpur on Dec 12.

Showtime is at 8.30pm. Tickets are priced RM143, RM123, RM93 and RM63 (Kuching), RM143, RM123 and RM63 (George Town) and RM203, RM143, RM103, RM93 and RM63 (Kuala Lumpur).

Call 082-417-399 and 082-410-944 (Kuching), 04-646-1746 and 019-465-4465 (George Town) and 03-7711-5000 (KL).

New Straits Times

Tolak 'Datuk Shah Rukh Khan'

16 Oct

Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my


LAYAKKAH Shah Rukh bergelar Datuk hanya kerana dia pernah berlakon di Malaysia dan benarkah pengaruh Shah Rukh Khan menerusi filem lakonannya yang menjalani penggambaran di Malaysia berjaya mempromosi pelancongan negara ini?

SOALAN relevan atau tidak penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) oleh Kerajaan Negeri Melaka mula menjadi pertanyaan ramai apabila berita ini diumumkan media Sabtu lalu.

Peminatnya mungkin tersentuh dan berasa gembira dengan pengiktirafan ini yang dilihat sesuatu yang membanggakan.

Tetapi rata-rata rakyat Malaysia memandangnya sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Alasan yang diberikan untuk merelevenkan penganugerah itu juga kurang menyakinkan dan bersifat keterlaluan dalam menyanjung orang luar.

SRK dikatakan telah menyalurkan sumbangan selepas mempromosi Melaka melalui filem lakonannya, One 2 Ka 4 (2001) yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia.

Ini menyebabkan dia diberi hak untuk memiliki pingat penganugerahan berkenaan.

Tetapi selama ini adakah hanya SRK pernah menjalankan penggambaran di Malaysia? Kalau itulah alasannya dan jika diikutkan giliran, pelakon Hollywood, Sean Connery dan Catherine Zeta Jones patut diberikan penganugerahan terlebih dahulu, jika alasan pernah menjalani penggambaran di sini dijadikan kayu ukur.


BERSUARA. Ahmad Idham menyifatkan anugerah Datuk yang diberikan kepada Shah Rukh Khan sebagai memalukan.

Ini kerana mereka adalah pelakon pertama yang mempromosikan Menara Berkembar PETRONAS dalam filem Entrapment yang dibikin tahun 1999 sebaik sahaja menara ini dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1999.

Ataupun filem yang diterbitkan pada tahun 1999 dan pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar, Anna and the King (pembikinan semula The King and I).

Karya ini dibintangi oleh Jodie Foster dan Chow Yun-Fat (dengan pelakon tempatan Deanna Yusof, Melissa Campbell dan Patrick Teoh) dirakamkan hampir sepenuhnya di Ipoh, Perak.

Rasanya pelakon filem ini juga perlu diberikan penghormatan sedemikian kerana produksi ini telah menelan bajet AS$120 juta (RM420 juta).

Mungkin kedua-dua filem itu sudah dilupakan kerana faktor masa. Tetapi penggambaran filem aktor yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada majlis berprestij Golden Horse Award 2005/6 di Taiwan baru berlangsung dua tahun lalu.


MUSTAFA MAAROF

Aaron Kwok membintangi filem After This Our Exile yang dirakamkan sepenuhnya di Ipoh, Perak dengan menggunakan loghat Perak dan karya ini sendiri memberikan dia anugerah tertinggi dalam majlis yang dilabelkan sebagai Oscar Cina.

Jika itu semua tidak mencukupi, pengarah terkemuka yang pernah memenangi anugerah Oscar untuk filem Brokeback Mountain (2005) juga pernah menggunakan video arkib berlatarbelakangkan Perak dalam filem Lust, Caution (2007) yang dibintangi pelakon tersohor Hong Kong, Tony Leung dan aktres China, Tang Wei.

Filemnya ini juga ditayangkan di seluruh dunia. Bagaimana dengan filem lain yang pernah menggunakan Malaysia sebagai lokasinya? Bukankah juga membantu mempromosikan Malaysia?

Itu yang menjadi tanda tanya ramai dan turut menimbulkan rasa kecewa dan bantahan terutamanya penggiat seni tempatan.

“Persoalannya kenapa dia diberi anugerah ini. Adakah kerana dia berjasa kepada negara? Sebagai seniman, kita juga berusaha untuk mempromosikan Malaysia dan pernah membikin filem di Melaka. Tetapi mengapa kita tidak mendapat anugerah?

“Rasanya ramai lagi artis tempatan yang lebih layak untuk menerima penganugerahan seperti M.Nasir, Azean Irdawaty dan ramai lagi yang telah berjuang dalam industri.


ARASH MOHAMAD

“Mengapa mereka dipinggirkan?,” kata Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Datuk Mustapha Maarof ketika ditemui di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), baru-baru ini.

Pada perjumpaan di Finas yang dihadiri hampir 20 karyawan, mereka bukannya mahu menimbulkan kekacauan tetapi berkumpul secara aman dan menyuarakan perasaan tidak puas hati.

“Orang luar yang datang sekali dua sahaja terus diberi gelaran Datuk. Kalau selepas dia mendapat gelaran itu dan menetap di Malaysia, bolehlah diterima akal lagi. Tetapi dia (SRK) akan membawanya pulang ke negaranya.

“Adakah dia akan menyanjung penghormatan ini di negaranya? Jadi penilaian secara terperinci itu perlu dilakukan sama ada SRK cukup layak untuk menerimanya,” tambah Mustapha.

Mahukan keadilan, ramai yang berpendapat nilai sebenarnya gelaran Datuk telah tergugat dengan perkembangan terbaru ini.

Kepada mereka, bukannya SRK sendiri yang memilih lokasi penggambaran sebaliknya ia ditetapkan oleh penerbit dan penaja sesebuah filem yang bakal dibikin.
ISU anugerah Datuk yang diberikan terhadap Shah Rukh Khan memberi tamparan yang hebat terhadap penggiat seni tempatan.

Jadi bagaimana dia dikatakan begitu bertanggungjawab dalam mempromosikan Malaysia?

“Jika mengambil faktor pelancongan, bukannya aktor yang bertanggungjawab memilih lokasi penggambaran. Pelakon hanya berlakon di mana lokasi yang ditetapkan.

“Jadi kalau nak diberikan anugerah, baik diberikan kepada mereka yang bertanggungjawab memilih lokasi. Berita ini satu tamparan hebat dan memalukan. Banyak lagi cara yang boleh dibuat untuk mempromosi industri pelancongan selain daripada filem,” kata pelakon dan pengarah muda, Ahmad Idham.

Bukannya bermaksud mahu campur tangan hak kerajaan, tetapi sebagai rakyat Malaysia dan penggiat seni, mereka mempunyai hak bersuara.

Dan luahan ini turut disampaikan dalam bentuk memorandum kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan Malaysia (KSU), Selasa lalu.

“Kami tidak yakin dengan gelaran Datuk ini sahaja akan menjana peningkatan pelancong India ke Malaysia. Kita selalu berkempen untuk menghargai produk tempatan tetapi memberikan pula gelaran Datuk kepada orang luar. Kita sendiri yang mempromosikan artis luar,” tambah Mustapha.

Menyifatkan bantahan ini bukannya disebabkan perasaan cemburu, aktor, Arash Mohamad memberitahu alasan yang dikeluarkan itu membuatkan anak seni berkecil hati.

“Selepas ini semua orang boleh dapat gelaran Datuk. Penganugerahan SRK tidak relevan langsung. Apa yang kita lihat penganugerahan ini berbaur peribadi.

“Dan kalau diikutkan relevan, Jackie Chan lebih sesuai kerana dia memiliki perniagaan di Malaysia dan kerap mengunjungi Malaysia atas urusan kerja dan peribadi. Secara tidak langsung Jackie Chan lebih banyak mempromosi Malaysia,” jelas Arash.

Sabtu lalu, Shah Rukh Khan, 42, termasuk dalam senarai 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat ke besaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Kosmo

Sean Duets With Liza

13 Aug

Sean performs at Carcosa Seri Negara today and tomorrow at 6.30pm.
Sean performs at Carcosa Seri Negara today and tomorrow at 6.30pm.

AWARD-winning actor and singer Sean Ghazi performs at The Marquee in Carcosa Seri Negara, off Jalan Mahameru, Kuala Lumpur today and tomorrow at 6.30pm.

He performs hits from his groundbreaking debut album Semalam as well as traditional Malay pop tunes and Broadway favourites, and also offers fans a peek into what is in store in his next album.

Sean’s performance will feature a special guest appearance by award-winning songstress Liza Hanim. Sean and Liza collaborated in P. Ramlee – The Musical staged at Istana Budaya last year, and they portrayed Tan Sri P. Ramlee and Puan Sri Saloma respectively.

Liza returned for the musical’s second season early this year and reprised her role as Saloma. Sean and Liza are currently working on a duet album.

A four-piece jazz band will back Sean’s and Liza’s performances.

“There’ll be about 15 songs, a blend of old and new timeless tunes,” Sean said. “As for the upcoming duet album, this show is a preview of what’s in store.”

Besides P. Ramlee – The Musical, Sean performed at the Toyota Classics musical showcase in Shah Alam City Council last year with the Cadaques Orchestra from Spain and Spanish tenor Salvador Carbo.

Sean trained as an actor, singer and dancer in London in the 1990s and is one of the first Malaysians to be featured on both the international stage and screen.

Sean’s most memorable Hollywood role was that of Balat (or Luntha) in the 1999 movie Anna And The King. He starred alongside mega stars Jodie Foster, Chow Yun-fat and fellow Malaysian Afdlin Shauki, among others.

He has also appeared on stage in London’s West End and in Europe, in productions such as Miss Saigon and The King And I (with Jason Scott Lee of Dragon – The Bruce Lee Story fame and Elaine Page).

Since returning to Malaysia in 2001, Sean appeared in Jit Murad’s play Spilt Gravy On Rice, among other productions. He has also sung in No Black Tie and Istana Budaya.

In 2006, Ghazi’s debut album Semalam which featured jazzed-up versions of classical Malay songs won him Best New Artiste at the Anugerah Industri Muzik.

Tickets for the show are priced at RM349+++ (dinner and show) and RM169 (show only). The dress code is vintage glam. Call 03-2295-0888.

 

New Straits Times

Jodie Foster Putus Cinta

20 May


JODIE FOSTER

PEMENANG Oscar, Jodie Foster yang pada Disember lalu mengakui dirinya seorang lesbian, telah menamatkan hubungan cinta dengan teman lesbiannya, iaitu seorang penerbit filem, Cydney Bernard.

Beritahu sumber terdekat kepada Contactmusic: “Perpisahan Jodie dan Cydney adalah perkara yang paling mengejutkan.”

Jodie yang mempunyai dua orang anak, Charles dan Kit dikatakan sudah 14 tahun menjalin hubungan dengan Cydney Bernard. Mereka bertemu di lokasi penggambaran filem Sommersby pada 1993.

Di Hollywood, pasangan ini hidup bersama dan sering berdua-duaan, cuma baru tahun lepas Jodie mengumumkan secara terbuka bahawa Cydney adalah teman lesbiannya. Cydney juga pernah menemani Jodie ketika melahirkan kedua-duanya anaknya yang dikatakan dilahirkan menerusi teknologi pendermaan sperma.

Kosmo

'Marvel'Ous "Iron Man" Enjoys US$100m Opener

5 May

LOS ANGELES – Marvel comics adaptation “Iron Man” strong-armed the box office and blasted into elite territory by becoming one of only 10 films ever to gross US$100 million in its opening weekend, industry data showed Sunday.

The estimated US$104.25m debut marked the eighth most successful opening ever, according to preliminary figures from Exhibitor Relations, and set the stage for a potentially dominant franchise which mimics “Spider-man”, whose third movie in the series holds the all-time richest debut.

It marked a spectacular opener for the film version of the comicbook super-hero and burnished the screen credentials of once-troubled Oscar nominee Robert Downey Jr, who as eccentric billionaire Tony Stark invents a powerful armored suit that helps him save the world.

Trailing a distant second, with a debut estimated weekend take of US$15.5 million, was romantic comedy “Made of Honor,” which stars Patrick Dempsey and Michelle Monaghan as platonic friends who inch towards love as they plan Monaghan’s marriage to another man.

Slipping to third place was last week’s box office topper “Baby Mama,” a surrogate motherhood comedy starring former Saturday Night Live comedians Tina Fey and Amy Poehler, which netted US$10.3 million

In fourth place with US$ million was “Forgetting Sarah Marshall,” billed as “the world’s first romantic disaster comedy,” starring British comedian Russell Brand.

“Harold and Kumar Escape Guantanamo” took fifth spot with US$6 million. The sequel to 2004 “Harry and Kumar go to White Castle” sees stoner buddies landing in the notorious Guantanamo jail after being mistaken for terrorists on a plane.

“The Forbidden Kingdom,” the first movie pairing of martial arts legends Jackie Chan and Jet Li, dropped from third to sixth spot on its second weekend, with US$4.2 million.

“Nim’s Island,” a youth-oriented tropical adventure with Jodie Foster and Abigail Breslin, took seventh place with an estimated US$2.8 million.

“Prom Night,” a remake of a 1980 horror film, carved out US$2.5 million to take eighth spot, three weekends after it topped the charts.

In ninth place was gambling drama “21,” another former box-office topper which won US$2.1 million.

Rounding out the top 10 was “88 minutes,” starring Al Pacino as a college professor and part-time FBI psychiatrist hunting down a killer.

– AFP /ls

Channel News Asia

A Big-Budget Kiddie Project

30 Apr

A plucky but willful Abigail Breslin, a cute array of animal friends who exude human behaviour, Jodie Foster attempting to flex her dusty old comic muscles and the yummy but useless Gerard Butler as a lost-at-sea Dad – all wrapped up in a Swiss Family Robinson package complete with a Home Alone greeting card – make Nim’s Island a perfectly innocuous kiddy adventure that is part well-intentioned fantasy story, part yawn-fest.

This safari tour for tweens is boringly safe and formulaic, save for the occasional laugh-out-loud moment and splendidly lush island/playground. Because of (or sometimes in spite of) the alternating hit-and-miss performance of Breslin (as the mostly delightful Nim) and an over-acting Foster (as the slapstick-campy Alexandra Rover), you wonder if the film’s message mantra about the need to be the hero of one’s own life story, successfully filters through to a mildly-engaged audience.

While the film will most certainly tickle the funny bones of those below nine and might even appeal to some pre-teens, this big budget kiddie project strangely lacks the whimsical charm it shows only glimpses of throughout the film, and never quite rises to its potential of being enchanting.

Sadly, the only one mystifying component you come away with is wonderment of how a remote island – which is almost impossible to find in the South Pacific – can have such constant high-speed Internet connection that lasts through tornados and other natural disasters. –

Channel News Asia

Deanna Yusoff Masih Bersinar

9 Apr

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

DEANNA Yusoff masih senang bersendirian.

Deanna Yusoff mula menarik perhatian penulis sejak kali pertama melihat aksi lakonannya sebagai Mastura dalam filem sulungnya, Selubung pada tahun 1992.

Apatah lagi, menerusi filem itu, Deanna dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-10 dengan menewaskan primadona hebat ketika itu, Fauziah Datuk Ahmad Daud yang cukup cemerlang dalam filem Bintang Malam.

Kebetulan juga, Selubung yang merupakan arahan pertama pengarah kreatif, Shuhaimi Baba itu menjadi antara filem tempatan kegemaran ramai.

Sejak itu, Deanna Yusoff menjadi pelakon kegemaran ramai. Dengan bakat lakonannya yang tersendiri tanpa mengikut acuan mana-mana pelakon, Deanna terus mencipta namanya melalui dua filemnya, Abang ‘92 (1993) dan Ringgit Kasorrga (1995).

Meskipun merupakan anak saudara kepada seniwati handalan, Azean Irdawaty, Deanna berjaya membawa dirinya ke persada seni tanah air dengan gaya tersendiri dan langkah yang cukup elegan.

Mungkin kerana statusnya yang begitu, ramai yang beranggapan, Deanna si pelakon dan model jelita ini seorang artis yang sukar didekati dan begitu eksklusif.

Sebenarnya tanggapan itu tidak betul. Pelakon kelahiran London, United Kingdom ini bersifat peramah dan merendah diri.

Tiga jam bersamanya menjalani sesi penggambaran ini, Deanna ternyata begitu profesional. Pengalaman sebagai model telah menjadikannya ‘mesra kamera’, sekali gus membuat jurugambar berasa senang bekerja dengannya.

Santai selepas sesi fotografi itu, Deanna senang berbicara tentang Selubung.

“Selubung memberi banyak kenangan manis buat saya. Ramai yang memberitahu saya, Selubung merupakan filem kegemaran mereka,” katanya menyingkap sejarah 15 tahun lalu.

Bagi Deanna, faktor menyebabkan Selubung menjadi salah sebuah filem klasik digemari disebabkan jalan cerita dan pendekatan yang berbeza diambil oleh Shuhaimi Baba ketika itu.

“Namun, ramai yang tidak tahu terlalu banyak halangan dan dugaan yang ditempuh oleh produksi filem berkenaan dalam merealisasikan Selubung. Walau apa pun, saya berbangga kerana nama saya terpahat dalam sebuah filem hebat yang pernah dihasilkan,” ujarnya tersenyum lebar.

Chermin menguji kredibiliti

Selepas 12 tahun tidak tampil di layar besar, Deanna kini muncul semula mewarnai filem tempatan melalui filem Chermin arahan pengarah muda berbakat besar, Zarina Abdullah. Filem ini menemui penonton tempatan pada 22 Mac lalu.

Sudah tentu ramai tertanya-tanya kenapa setelah sekian lama menyepi, tiba-tiba Deanna muncul semula. Tentu ada sebab yang membuatnya tertarik untuk kembali berada di lokasi penggambaran filem Melayu.

“Jujurnya, jalan cerita dan watak yang ditampilkan dalam Chermin membuatkan hati saya terbuka untuk menerima tawaran pengarah dan penerbitnya. Inilah kali pertama saya membawa watak antagonis. Watak Mastura dalam filem Chermin ini amat berbeza dengan watak-watak yang saya bawakan sebelum ini. Chermin banyak menguji keupayaan saya sebagai pelakon.

“Selepas Ringgit Kasorrga, bukan saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon filem tetapi watak yang diberikan adalah stereotaip. Saya cukup bosan dan saya mahu mencuba watak yang berbeza pula.

“Kerana itu, apabila berlakon dalam filem Chermin, ia memberikan saya seribu kepuasan. Saya harus mengucapkan terima kasih kepada penerbitnya, Starry Eye Productions Sdn. Bhd., kerana memberikan peluang itu kepada saya,” kata Deanna yang pernah berlakon dalam dua filem Perancis iaitu Un homme en colere (1999) dan Passeurs d’enfants (2001). Deanna juga pernah bergandingan dengan Jodie Foster dan Chow Yun-Fatt dalam filem Anna And The King pada tahun 1999.

Tidak mungkin bersama Shuhaimi Baba lagi

Pernah timbul desas-desus kononnya Deanna merajuk dan terkilan dengan Shuhaimi Baba.

Tapi jelas Deanna: “Saya tidak pernah merajuk atau berkecil hati dengan dia. Kalau jumpa di mana-mana majlis, saya pasti akan menegurnya dan kami akan bertanya khabar. Saya sentiasa sedar dan tidak akan lupa bahawa dia yang menaikkan nama saya.”

Mungkin penonton tempatan dapat menyaksikan semula gandingan mantap Deanna dan Shuhaimi di layar perak?

“Tidak dan perkara itu tidak mungkin akan berlaku kerana zaman saya bersama Shuhaimi Baba sudah lama berlalu. Caranya sudah tidak kena lagi dengan cara saya.

“Saya mahu mencari satu perubahan demi memantapkan karier saya. Walau apa pun, saya tetap menghormati caranya sebagai salah seorang pengarah yang cukup berbakat,” kata Deanna yang mengimpikan berlakon di bawah arahan pengarah tersohor, Yasmin Ahmad pula.

Tidak pernah kahwin

Berada pada usia 30-an, Deanna Yusoff tidak terlepas dari pertanyaan tentang cinta dan perkahwinan. Ramai yang bertanyakan tentang status sebenar wanita ini kerana sebelum ini ramai yang mendakwa dia telah pun bernikah dengan seorang peguam. Namun, khabarnya kebahagiaan itu tidak kekal lama.

“Ingin saya tegaskan, saya masih solo dan dakwaan mengatakan saya berstatus janda adalah tidak benar. Saya tidak pernah berkahwin seperti yang diperkatakan. Saya ada beberapa teman rapat yang cukup membahagiakan saya.

“Saya rasa soal cinta dan perkahwinan adalah sangat peribadi dan ia akan datang apabila sampai waktunya. Perkara ini tidak boleh dipaksa dan saya tidak akan berkahwin hanya kerana masyarakat mahukan saya berbuat demikian.

“Sudah pasti saya mahukan sebuah keluarga bersama suami dan anak-anak. Saya tidak rasa saya terlalu memilih tapi lelaki takut untuk berdampingan dengan saya kerana tidak boleh untuk mengikut cara saya. Ini kerana saya sudah biasa hidup berdikari dan tidak sentiasa mengharapkan bantuan,” tegasnya.

Album baru?

Ramai yang sedia maklum, Deanna Yusoff juga pernah merakamkan dua album sebelum ini iaitu Divide and Continue (1995) dan Fix (1999). Tidakkah Deanna mahu terus merakamkan album?

“Sudah tentu saya mahu tetapi jika diberi peluang, saya mahu merakamkan album jazz kerana saya sedar kemampuan diri saya. Vokal saya bukan vokal yang komersial. Tetapi, bila berkata tentang album, kita perlu fikirkan juga tentang keuntungan. Tidak boleh terlalu turutkan kata hati. Biarlah masa yang akan menentukan bila saya akan merakamkan album semula.

“Dalam hal ini, saya memuji kawan baik saya, Sean Ghazi yang begitu berani melaburkan sejumlah wang untuk merealisasikan album sulungnya di bawah syarikatnya sendiri,” katanya yang juga menerima undangan nyanyian di beberapa hotel sekitar ibu negara.

Rahsia kecantikan dan Botox

Sebagai seorang selebriti, sudah pasti Deanna Yusoff menitikberatkan soal kecantikan. Apakah rahsianya mengekalkan kejelitaannya?

“Yang saya pentingkan adalah kecantikan di dalam diri itu sendiri dan harus sentiasa gembira. Kerana jika kita mempunyai masalah di dalam diri, ia akan jelas kelihatan pada wajah kita.

“Itu apa yang saya amalkan. Sentiasa berfikiran positif dan senyum selalu. Kalau ada masalah, selesaikan dengan cara yang baik. Saya juga mengamalkan cara pemakanan sihat di samping tidur dan senaman yang cukup,” katanya yang juga merupakan jurucakap produk kecantikan, SKII.

Bagaimana dengan suntikan Botox dan Vitamin C untuk mengekalkan kejelitaan?

Jelas Deanna: “Sudah pasti saya akan mengamalkannya tetapi hanya semata-mata untuk pekerjaan saya sahaja. Itu pun jika keadaan memerlukan saya berbuat demikian. Jika sekadar untuk mengekalkan kecantikan, saya tidak akan menggunakannya.”

Powered by Utusan Malaysia

Sean Ghazi Angkat Martabat Lagu Melayu Klasik

2 Jan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Sean Ghazi melihat hasil video klip Ku Impikan Bintang. – Gambar Azrafe Zaky.

KALI pertama mula mengenali nama dan pemilik wajah kacak ini ialah apabila menyaksikan lakonannya bersama Deanna Yusof dalam drama bersiri Idaman musim pertama yang pernah ditayangkan di Astro Ria pada 1998.

Hati mula bertanya siapakah Sean Ghazi (disebut sebagai SHON) yang memegang watak sebagai Khalid dalam drama berkenaan kerana sebelum ini dia tidak pernah menghiasi layar kaca mahupun layar perak tempatan. Tiba-tiba sahaja namanya menjadi sebutan kerana kehebatan dan populariti drama Idaman.

Tidak lama kemudian, dia muncul lagi menerusi drama bersiri, Kuala Selangor yang juga ditayangkan di Astro Ria bersama Zahim Al-Bakri dan Shazleen Shahbi.

Selepas itu tiba-tiba namanya kedengaran disenaraikan berlakon dalam filem Hollywood, Anna and The King. Filem yang dibintangi oleh pemenang Oscar, Jodie Foster dan Chow Yun Fatt itu menjalani penggambaran di Malaysia sekitar awal tahun 1999. Malah, filem itu turut dibintangi oleh pelakon-pelakon tempatan lain antaranya Deanna Yusof, Datuk Syed Alwi, Afdlin Shauki dan Harith Iskandar.

Watak Khun Phra Balat yang dipegang Sean dalam filem itu bagaikan membawa tuah kepadanya apabila dia berjaya mengulangi watak berkenaan di pentas teater muzikal The King and I pada 2000. Teater yang dipentaskan hampir setahun di West End, London itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Setakat itu, khalayak hanya mengenali Sean sebagai pelakon berbakat tanpa mengetahui bahawa dia juga berkebolehan menyanyi dengan baik.

Penglibatannya dalam dua teater muzikal popular iaitu Miss Saigon (dipentaskan di London pada 1992 hingga 1994 sementara di Jerman pada 1994 hingga 1996) dan Rent (dipentaskan di Jerman dan London pada 1999) membuktikan bakatnya bukan hanya sebagai penyanyi tetapi juga sebagai penari.

Mungkin juga anak muda ini memiliki bakat penghibur serba boleh yang belum menyinar.

Setelah mencipta nama di pentas teater antarabangsa, Sean mula mengatur satu misi iaitu merakamkan album! Bukan sebarangan genre muzik yang mahu dirakamkannya.

Di kala artis baru lain menjadikan pop, rock dan pop etnik sebagai pertaruhan sebagai salam perkenalan dalam bidang muzik, Sean pula membuka satu dimensi baru dalam bidang seni suara tempatan apabila dia mahu menjadikan genre muzik yang menjadi santapan generasi terdahulu sebagai konsep albumnya.

Muzik seperti swing jazz, big band dan smooth jazz menjadi pertaruhan Sean untuk album pertamanya, Semalam yang mula dipasarkan November lalu.

Terdahulu, Sean telah pun memperkenalkan konsep muziknya kepada khalayak apabila dia membuat persembahan istimewa dengan mendendangkan lagu Jeritan Batinku dengan cara tersendiri pada Anugerah Era, September lalu. Persembahan itu juga sedikit sebanyak telah membuka mata banyak pihak bahawa dia hadir ke dunia seni tempatan bukanlah untuk syok sendiri atau kata orang, berangan!

Lima tahun buat persiapan

Kalau kita lihat sekarang, untuk penyanyi baru yang pertama kali melahirkan album, agak sukar untuk menjual album mereka. Sedangkan artis yang sedia ada pun, untuk melepasi angka jualan album 10,000 unit pun agak sukar. Mengapa Sean begitu berani mempertaruhkan muzik baru bagi pendengar tempatan di saat industri muzik kini mengalami zaman suram?

Berpeluang menghabiskan masa bersama selebriti 37 tahun ini dan menyelami isi hatinya, ternyata Sean begitu optimistik dalam bidang baru yang diceburinya.

Memulakan bicaranya, dia memberitahu tujuan utama kelahiran album Semalam adalah kerana dia mahu mengangkat kembali karya-karya Melayu klasik yang disifatkannya sebagai karya unggul dan tidak akan ditelan zaman.

“Generasi hari ini mungkin terlupa bahawa muzik yang saya bawakan ini telah menjadi hiburan kepada generasi terdahulu. Jadi, saya rasa tidak salah untuk saya membawakan muzik seperti ini. Seseorang harus menghidupkan semula muzik jazz dan big band seperti yang saya bawakan ini agar ia terus segar,” jelas Sean.

Namun tidak mudah bagi Sean menghasilkan Semalam. Lebih setahun mengabdikan diri dalam dunia teater muzikal yang memerlukannya menyanyi dan berlakon dalam pelbagai jenis dan lenggok bahasa, namun itu tidak menjadi laluan mudah untuk Sean menjadi penyanyi rakaman.

Lima tahun dia membuat persiapan untuk lahirkan Semalam.

“Saya perlu tahu keupayaan diri dan muzik yang sesuai dengan vokal saya. Semua itu penting dan untuk mengetahui semua itu, saya memerlukan waktu yang panjang.

“Selain itu, apabila sudah lama menjadi pelakon teater muzikal, ia sudah sebati dalam jiwa dan terus-terang saya katakan, saya perlu ‘mengosongkan’ minda saya untuk mencari identiti saya sendiri agar saya tidak terikut-ikut dengan watak yang telah saya bawakan. Itu antara cabaran yang saya perlu tempuhi untuk melahirkan album pertama ini,” ujar anak kelahiran Petaling Jaya ini.

Bukan itu sahaja, kata Sean juga, memandangkan dia lama menetap dan membuat persembahan di luar negara, lenggok dan sebutan bahasa Melayu juga perlu dijaganya agar cara nyanyiannya tidak terlalu menampakkan pelat Inggerisnya.

Penantian Sean ternyata berbaloi. Dia berjaya mengalunkan kesemua lagunya dalam bahasa Melayu dengan baik sekali. Malah nyanyiannya sungguh mengasyikkan dan membuai jiwa!

22 pemuzik terpilih

Hampir keseluruhan pemuzik dan tenaga kerja yang terlibat dalam pembikinan album Semalam terdiri daripada orang luar. Salah seorang penerbitnya, Guy Noble, pernah terlibat dalam pembikinan album artis terkenal, Harry Connick Jr.

Persoalannya, mengapakah Sean tidak menggunakan bakat anak tempatan sedangkan ada di kalangan pemuzik kita merupakan antara yang terbaik di Asia?

“Bukan saya tidak mahu menggunakan bakat pemuzik tempatan tetapi apabila lagu-lagu lama kita dimainkan dan dilagukan oleh pemuzik asing, seolah-olah ia seperti magis dan ada aura yang luar biasa menghidupkan lagu-lagu tersebut.

“Bayangkan, ketika mereka mendengar lagu Getaran Jiwa dengan susunan muzik yang baru, mereka tertarik dan bertanya kepada saya, siapakah empunya lagu istimewa itu. Dengan cara itu, setidak-tidaknya, kita dapat memperkenalkan muzik dan lagu kita kepada orang luar agar mereka tahu bahawa muzik kita juga ada keindahan yang tersendiri,” jelas Sean bersungguh.

Untuk keseluruhan album Semalam, Sean Ghazi telah menggunakan khidmat 22 orang pemuzik handalan terpilih dari Australia dan Amerika Syarikat. Kesemua lagu telah dirakamkan secara live.

“Ada di antara pemuzik itu pernah terlibat dalam pembikinan album Harry Connick Jr. dan Michael Buble,” jelas Sean.

Menurut Sean, rakaman muzik album Semalam telah dibuat di The Electric Avenue Studio, Sydney, Australia manakala rakaman vokal pula dilakukan di Baby Boss Studio, Kuala Lumpur.

Bercerita tentang pengalaman itu, Sean menjelaskan adalah sesuatu yang cukup istimewa dan membanggakan apabila melihat lagu Melayu klasik dialunkan dengan cukup indah dan mengasyikkan sekali.

“Apabila kesemua lagu dimainkan secara live, ia menimbulkan satu semangat dan ia membantu saya untuk menghayati kesemua lagu dengan baik. Bagi saya, album ini bagaikan sebuah cerita yang mengandungi pelbagai kisah yang menarik untuk dikhabarkan. Saya bangga dengan penghasilan album ini,” jelasnya tersenyum.

Kos pembikinan lebih RM100,000

Menggunakan khidmat pemuzik luar dan merakamkan lagu di luar negara, sudah pasti kos penerbitan Semalam boleh dikira sebagai mahal.

“Ya, saya akui kos penerbitan album ini memang mahal. Lebih RM100,000. Tetapi saya tidak kisah mengeluarkan wang saya sendiri untuk merealisasikan impian saya melalui album yang diterbitkan oleh syarikat saya sendiri, Baby Grand Productions tetapi diedarkan oleh Universal Music.

“Malah, saya melibatkan diri 100 peratus dalam penghasilan Semalam bermula dengan penyelidikan terhadap lagu-lagu, pemilihan lagu, penghasilan kulit album sehinggalah ke penerbitan video klip,” kata Sean.

Bercerita tentang penerbitan album Semalam, pada peringkat permulaan, Sean menjelaskan, dia dan rakan kongsinya, Deborah Michael telah memilih 30 buah lagu untuk diserahkan kepada penyusun muzik, Vivian Chua untuk membuat susunan muzik yang baru dan segar. Setelah berbincang dan membuat pemilihan dengan teliti, akhirnya 12 buah lagu dipilih untuk dimuatkan dalam Semalam.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan adalah Sabar Menanti, Ku Impikan Bintang, Dengar Ini Cerita (menampilkan bintang undangan, Adibah Noor dan Ida Nerina), Hujan Di Tengahari, I Have Dreamed (lagu dari teater muzikal The King and I) dan lagu yang menjadi kegemaran Sean sejak kecil, Getaran Jiwa. Malah, Sean juga telah merakamkan sebuah lagu yang merupakan lagu kegemaran ibunya iaitu Somewhere My Love yang dipetik dari sebuah filem klasik, Doctor Zhivago. Hanya sebuah lagu baru sahaja yang dimuatkan iaitu Semalam hasil ciptaan sepenuhnya oleh Sean sendiri dan Izlyn Ramli.

Setelah sebulan album Semalam berada di pasaran, Sean memberitahu maklum balas yang diterimanya cukup hebat dan rata-rata yang sudah memiliki albumnya menyatakan ia sebuah produk yang bagus dan mampu untuk dipasarkan ke luar negara.

“Saya terharu dan terkejut juga kerana mereka menerima album ini dengan baik meskipun genre yang saya bawa boleh dikirakan sebagai baru kerana belum ada artis baru yang membawakannya. Tidak kurang juga ada yang memberikan senarai lagu untuk saya muatkan dalam album akan datang.

“Yang paling mengejutkan ialah, generasi muda sendiri yang memuji dan menyukai album ini. Bagi saya, itu satu petanda yang positif dan nampaknya, matlamat saya untuk menghidupkan kembali muzik Melayu klasik tercapai,” ujar anak sulung daripada tiga beradik ini.

Ingin duet dengan Ella

Menurut sumber dari Universal Music, album Semalam sudah mencapai tahap jualan sebanyak 5,000 unit dan permintaan untuk album itu juga kini semakin meningkat.

Penerimaan yang positif oleh peminat terhadap Semalam membuatkan Sean begitu bersemangat dan tidak menoleh ke belakang lagi untuk menghasilkan album keduanya tahun hadapan.

“Untuk album kedua nanti, saya akan terus kekalkan identiti saya ini. Mungkin ada perubahan yang akan saya lakukan seperti berduet dengan artis-artis wanita. Saya teringin untuk berduet dengan Ratu Rock negara, Ella yang saya percaya akan menghasilkan satu gabungan yang unik seperti yang dilakukan oleh Michael Buble dan Nelly Furtado menerusi lagu Quando, Quando, Quando,” katanya yang juga mahu berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza, Adibah Noor dan Farhan AF4.

Terhasil album Semalam, sedikit sebanyak telah membuka mata sesetengah pihak bahawa kita mampu melahirkan album yang berkualiti sekiranya berani mencuba sesuatu yang baru. Jika kita sendiri tidak mencuba dan masih dengan alasan, peminat sukar menerima sesuatu yang baru, maka, tidak kemanalah industri muzik kita. Di kala orang lain sudah jauh ke hadapan, kita masih di belakang dan ditakuk lama!

Profil
* Nama penuh: Sean William Ghazi

* Status: Bujang

* Tarikh lahir: 4 April 1969

* Tempat lahir: Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

* Adik beradik: Anak sulung daripada tiga beradik

* Bangsa Ibu: Serani dari Singapura

* Bangsa Ayah: Melayu Johor

* Pendidikan: Darjah 1 hingga 6 – Methodist Primary School, Petaling Jaya.

Tingkatan 1 hingga 2 – Garden School, Kuala Lumpur Kemudian, ke United World College, Singapura hingga berumur 18 tahun.

Seterusnya, melanjutkan pelajaran ke Emerson College, Boston, Amerika Syarikat dalam pengkhususan seni persembahan selama setahun dan kemudian bersambung pula di Laine Theatre Arts di London dalam bidang yang sama selama tiga tahun.

* Pertama kali beraksi dalam iklan Vicks VapoRub ketika berusia lima tahun.

Powered by Utusan Malaysia