Archive | John Abraham RSS feed for this section

Bipasha Belajar Tarian Gelek

10 Apr


Bipasha dalami tarian gelek untuk kepuasan peribadi.

Aktres Bollywood ambil cuti sebulan untuk penuhi impian sejak kecil

MUMBAI: Aktres seksi Bollywood, Bipasha Basu, mengambil cuti selama sebulan daripada industri yang menaikkan namanya untuk memenuhi salah satu impian sejak sekian lama – belajar menari gelek.

“Satu kebetulan peluang bercuti datang apabila jadual memulakan penggambaran filem Lamhaa ditangguhkan selama sebulan kepada 20 April ini. Saya menggunakan sepenuhnya masa terluang ini untuk sesuatu yang saya mahukan sejak sekian lama. Belajar menari gelek.

“Ia bukan untuk menjayakan watak dalam filem. Ia sesuatu yang hendak saya pelajari sejak lama. Saya mahu tenggelam dalam skil tarian ini yang tidak terlalu menekan lutut saya kerana ia tidak begitu baik. Jadi, tarian seperti Salsa bukan pilihan,” katanya.

Beliau juga menegaskan keinginannya mempelajari tarian gelek bukan untuk membuat persembahan peribadi dengan kekasihnya, aktor John Abraham.

“Saya belajar tarian gelek untuk diri sendiri kerana saya cintakan bidang tarian. Sudah tentu saya mahu mempersembahkan tarian gelek di layar perak dan jika kena dengan peranan saya, mengapa tidak,” kata pelakon berkulit hitam manis itu.

Selain memenuhi impian belajar menari gelek, bintang Race itu turut menggunakan masa cuti tidak dijangka selama sebulan itu untuk mengasah kemampuan berenang dan memandu.

“Belajar berenang bukan untuk suka-suka kerana ia adalah bentuk senaman yang baik dan belajar memandu pula untuk membuktikan John salah mengenai pemandu wanita.

“Hari keempat belajar memandu, saya sudah boleh memandu lurus ke kiri dan kanan tetapi belum pandai berundur. Kini, saya kelihatan yakin apabila memandu. Dalam kebanyakan filem, saya ditunjukkan memandu tetapi saya sebenarnya tidak pandai memandu,” katanya.

Bipasha berkata, dia belajar memandu sebagai usaha memperkasakan diri sendiri serta tidak mahu bergantung kepada orang lain membawanya ke mana-mana.

“Saya juga ingin membuktikan kepada John pemandu wanita juga hebat. Selama ini, dia asyik membebel dengan pemandu wanita yang dirasakan tidak boleh memandu dengan baik. Saya beri amaran dia perlu menelan semua kata-katanya pada hari saya belajar memandu,” kata pelakon itu. – Agensi

Berita Harian

John, Malaika No. 1

17 Mar


MALAIKA ARORA-KHAN

BOLLYWOOD dipenuhi aktor dan aktres kacak yang sekali gus memiliki bentuk tubuh yang seksi. Namun, dalam ramai pelakon yang seksi itu, siapakah agaknya yang memiliki punggung paling seksi?

Menerusi satu undian membabitkan 1,000 responden wanita baru-baru ini, bintang Bollywood yang mengepalai gelaran tersebut ialah John Abraham dan Malaika Arora-Khan. John yang muncul memakai seluar mandi berwarna kuning menerusi filem Dostana meraih undian sebanyak 55 peratus mengalahkan saingan terdekatnya, Ranbir Kapoor yang hanya meraih undian 17 peratus untuk berada di tempat kedua. Tempat ketiga disandang Hrithik Roshan dengan 13 peratus undian, sementara tempat kelima hingga keenam masing-masing diraih Saif Ali Khan (7 peratus), Akshay Kumar (6 peratus) dan Salman Khan (2 peratus). Undian paling rendah yang diraih Salman mungkin sebagai isyarat kepada aktor yang sering menanggalkan baju itu supaya dia mengubah strategi dengan lebih kerap muncul dengan menanggalkan seluar pula.

Persaingan di kalangan aktres Bollywood pula lebih sengit, namun menduduki takhta pertama ialah Malaika Arora-Khan yang berjaya mengumpul 25 peratus undian, mengalahkan Shilpa yang meraih 23 peratus undian. Lara Dutta dan Bipasha Basu pula berkongsi kedudukan tempat ketiga dengan masing-masing meraih 19 peratus undian. Katrina Kaif pula di tempat keempat dengan 12.5 peratus, sementara Deepika Padukone di tempat keenam dengan hanya 1.5 peratus undian.

Mengulas ‘kemenangan’nya itu, Malaika yang penuh teruja berkata: “Wow! Apa yang boleh saya cakap. Terima kasih kerana mengundi saya.” Dalam pada itu, ketika ditanya siapakah selebriti yang pada pandangannya memiliki punggung tercantik di dunia, Malaika menegaskan: “Sudah tentulah Jennifer Lopez dan Kylie Minogue!”

John Abraham turut berterima kasih dengan pengundi yang memilihnya. “Terima kasih kepada semua wanita yang mengundi saya. Saya mencintai kamu semua,” ujarnya.

Kosmo

Lisa Ray Komen Slumdog Millionaire

3 Mar


LISA RAY Slumdog Millionaire filem terbaik di dunia.

“SLUMDOG MILLIONAIRE bukanlah filem terbaik di dunia!” Itu komen aktres dan model Lisa Ray mengenai filem yang meraih lapan anugerah Oscar termasuk Anugerah Filem Terbaik pada majlis anugerah Academy ke-81 baru-baru ini, Slumdog Millionaire.

Lisa yang memiliki kerakyatan Kanada dan turut membintangi beberapa filem Bollywood termasuk Water di samping aktor John Abraham menegaskan: “Slumdog Millionaire bukan sebuah filem yang buruk. Secara teknikalnya, ia sebuah filem yang bagus. Tapi saya tidak melihat filem itu sebagai yang terbaik di dunia!”

Lisa yang merupakan duta jam tangan Rado bercakap kepada pemberita ketika meraikan pembukaan kedai jam tangan buatan Switzerland itu di Kochi, India baru-baru ini.

Dalam pada itu dia yang sudah berlakon tujuh buah filem Bollywood tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan karier lakonannya di India.

“Sekiranya ada tawaran yang menarik, saya akan terima,” ujarnya.

Kosmo

Anakanda Sultan Kedah Dahului Senarai Penerima

18 Jan

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
bhnews@bharian.com.my

62 terima darjah, bintang kebesaran ulang tahun keputeraan

ALOR STAR: Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim mendahului senarai 62 penerima darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-81, hari ini.

Tunku Puteri Intan Safinaz yang juga anakanda bongsu Sultan Kedah dianugerahkan darjah Orang Besar Empat membawa gelaran Tunku Panglima Besar.

Koperal Mohd Zamri Md Scoot dari Batalion ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Bukit Pinang, Kepala Batas, di sini menjadi penerima tunggal Bintang Keberanian Kedah (BKK).

Lima penerima anugerah Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) membawa gelaran Datuk Wira ialah Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Nordin Ali dan Panglima Medan Markas Medan Tentera Darat Kem Sungai Besi, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamad Affandi Raja Mohammed Noor.

Tiga lagi, Leftenan Jeneral (B) Datuk Masood Zainal Abidin; Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Dr Nordin Kardi dan Presiden Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Prof Datuk Mohd Shukri Ab Yajid.

Penerima tunggal darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) membawa gelaran Datuk ialah Panglima Markas Empat Divisyen Kem Wardieburn Kuala Lumpur, Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim.

Seramai 38 individu dikurniakan Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang juga membawa gelaran Datuk, iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr Abd Isa Ismail; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar serta Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Bioteknologi, Pembangunan Usahawan dan Sains Inovasi negeri, Amiruddin Hamzah.

Pegawai Daerah Kubang Pasu, Datin Che Barni Mohd Noor; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pinang, Md Rohsidi Osman; Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Azemi Kasim; Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit Cawangan Penyakit Bawaan Rektor Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Azmi Hashim.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengairan dan Saliran, K John Abraham; Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, Abdullah Kassim; Pengarah Audit Persekutuan Jabatan Audit Negara, Mustafa Saman; Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara, Othman Ahmad.

Timbalan Ketua Pengarah II Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (Mida), Wahab Hamid; pensyarah, Tunku Mohani Tunku Mohtar; Dekan Universiti Teknologi Mara (UTM) Kampus Jalan Semarak Kuala Lumpur, Prof Dr Azhari Md Salleh; Brig Jeneral (B) Abd Hamid Md Zain; Brig Jeneral Adnan Abu Bakar; Brig Jeneral Mohd Dalib Basir.

Pengerusi Eksekutif, Abdul Latif Mohd Som; Panglima Wilayah Laut Tiga, Laksamana Pertama Abdul Ghani Othman; Timbalan Pengarah (Perlucut Hakan/ Harta/Tahan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner I Ismail Yatim; Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner I Shatar Abdul Jalil.

Ketua Jabatan Perubatan Respiratori, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr George Kutty Simon; Pengarah Perubatan dan Perunding Physician Kedah Medical Centre, Dr Ismail Yaacob; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Syeikh Fadzil Awang dan Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, Mohd Azhari Ghazali.

Sementara itu, Presiden First Solar Malaysia Sdn Bhd, Heiner J Eichermueller adalah penerima tunggal darjah kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK Kehormat) yang juga membawa gelaran Datuk, manakala Tunku Shazuddin Arif Tunku Sallehuddin dan Syed Nasir Syed Abdullah dikurniakan pingat Setia Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (SMS).

Ahli Dewan Negara, Senator Zamri Yusuf dan Timbalan Speaker DUN Kedah, Abd Ghani Ahmad dikurniakan pingat Setia Mahkota Kedah (SMK).

Sebelas penerima pingat Jaksa Pendamai (JP) ialah Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim; dan Pengarah Urusan Pasaraya Borong Sakan, Che Umar Yatim.

Jurucakap Bahagian Protokol Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, berkata senarai penuh nama penerima bintang kebesaran lain akan diumumkan Rabu ini.

Berita Harian

Bollywood's Boys Bulk Up

17 Dec

MUMBAI – Bollywood’s leading actors are hitting the gym as never before, adding brawn and biceps to their on-screen repertoires and winning a legion of new fans in the process — including other men.

The latest weight-training convert is Aamir Khan, who enlisted the help of physical trainer Satyajit Chourasia two years ago to get in shape for the film “Ghajini”, which is released on December 25.

His daily four-hour regime appears to have paid off.

Giant advertising hoardings show a shaven-headed Khan, who plays a man with memory loss who tattoos himself and takes Polaroid pictures to remember people and places, stripped to the waist, exposing a finely-ripped torso.

The 43-year-old said the film’s director A. Murgadoss told him to bulk up because it was essential for the character.

“I too felt that I will not be able to do justice to my role if I am not in this shape,” he said this week.

Asked whether his new look could help boost box office takings, he said it was creating “a lot of buzz among viewers, which is good for the film.”

Historically, the muscle-bound macho hero has never been in vogue in Bollywood.

Instead, leading men were as likely to be measured by the manly thickness of their chest hair or how they carried a tune or moved in the set-piece song and dance routines.

Eyeing the success of Hollywood’s Sylvester Stallone and Arnold Schwarzenegger in the 1980s, Bollywood’s Salman Khan and Sanjay Dutt began working out, winning accolades and a dedicated fanbase.

But it was not until megastar Shah Rukh Khan got a “six pack” for his 2007 blockbuster “Om Shanti Om” that muscle tone became a must for aspiring Bollywood actors.

Actor John Abraham enlisted the help of Hollywood personal trainer Mike Ryan to prepare for appearing on camera in only a pair of swimming trunks on Miami beach in the film “Dostana”, which was released in October.

“I went on high protein and vigorous training to get that kind of look,” he said.

“It was essential to work out more because I had little time on my hands and had to get that kind of muscular look to complete the film on time.”

His new look has won him a legion of new fans, including in the gay community, he added.

“Earlier some women used to make a pass on me but now even men make passes at me,” said Abraham, who has been nicknamed “The Hunk.”

Satyajit Chourasia is full of praise for actors he has worked with, from Aamir Khan to Saif Ali Khan and Zayed Khan, as well as Hrithik Roshan and Ajay Devgan.

“All the actors are very dedicated. They don’t skip their exercises and maintain themselves which you can see with their looks on the big screen,” he said.

Demand is now so high that Chourasia said he has had to open a second gym in Mumbai, two in his home town of Nagpur, some 900 kilometres (560 miles) east of Mumbai, and two in the Indian capital New Delhi.

But having a perfect physique can have its disadvantages.

British director Danny Boyle has said that casting a Bollywood beefcake as the lead in his hit film “Slumdog Millionaire” would not have worked, even though Indian actors had the talent.

Instead he cast a skinny British Asian actor, Dev Patel. The film is now a hot favourite at next year’s Oscars.

“You know when guys can’t put their arms down cause they have all this muscle mass? They’re 18; they’re only just beyond kids — and their heads are really small,” Boyle told The Huffington Post on November 25.

“They haven’t put any weight on their heads. So you’ve got these tiny little heads and big bodies; that was just wrong for the film.” – CNA/vm

Channel News Asia

Katrina Kaif Paling Seksi

25 Sep

Terima 26 peratus undian

MUMBAI: Pelakon Katrina Kaif (gambar) yang sebelum ini diisytiharkan sebagai wanita paling seksi di Asia menerima satu lagi pengiktirafan, apabila beliau dinobatkan sebagai wanita paling seksi di Bollywood, hasil tinjauan yang dilakukan majalah Filmfare.

Akhbar Times Of India melaporkan, aktor Shah Rukh Khan pula berjaya membuktikan dirinya adalah ‘raja’ industri filem Bollywood apabila dipilih sebagai lelaki paling seksi.

Pelakon Bipasha Basu dan Salman Khan masing-masing menduduki tempat kedua tinjauan itu.

Bipasha dan Mallika terpaksa mengalah dengan Katrina bagi pemilihan wanita paling seksi apabila pelakon berkenaan memperoleh 26 peratus undian, manakala Bipasha hanya mendapat 15 peratus dan Mallika 12 peratus undi.

Bagaimanapun, tinjauan mengenai siapa yang mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk berlakon di Hollywood atau menjadi gadis ‘Bond’, memberi keputusan yang sama sekali berbeza, apabila Mallika Sherawat menduduki tempat teratas manakala nama Katrina tidak tersenarai langsung.

Bagi pelakon lelaki, Hrithik Roshan menjadi pilihan utama yang diyakini mampu mengembangkan kerjaya lakonan hingga ke luar negara terutama Hollywood.

“Jelas sekali peminat mempunyai pandangan mereka sendiri mengenai siapa yang mampu berjaya di di dalam negara dan pelakon mana boleh mengembangkan kerjaya mereka di luar negara,” lapor akhbar itu.

Kira-kira 45 peratus penduduk India berpendapat Shah Rukh adalah ‘Khan’ paling hebat dalam tarikan seksual tanpa mengambil kira sama ada filemnya berjaya mencapai tahap pecah panggung atau menemui kegagalan.

Pelakon Salman Khan mengekori rapat di belakang Shah Rukh dengan memperoleh 33 peratus undian peminat.

Pelakon Akshay Kumar juga termasuk antara pelakon paling diminati dengan 18 peratus undi, manakala John Abraham memperoleh 17 peratus.

“Aamir Khan nampaknya terpaksa bersara daripada menjadi pelakon apabila hanya memperoleh 11 peratus pemilihan, manakala anak saudaranya Imran dan Saif berkongsi pengundian sebanyak empat peratus,” kata akhbar itu lagi. – Agensi

Berita Harian

John Abraham Minat Menyanyi

7 Sep

DI sebalik wajah tampan dan badan sasa yang dimiliki John Abraham ternyata tersimpan banyak bakat lain. Selain bidang lakonan, John juga memiliki suara yang merdu.

John tampil di hadapan peminat di Mumbai baru-baru ini dan menyanyikan sebuah lagu soundtrack daripada filem barunya, Aashayein. Hanya dengan berpakaian kasual dan seluar jeans, John menyanyikan lagu berjudul Ab Hai Ujala. Nampak jelas John selesa dengan penampilannya.

“Saya fikir sekiranya muncul di hadapan peminat, ia memberi satu perasaan yang unik. Sebab itulah, penting bagi Nagesh (penyanyi) dan saya bersama penyanyi lain datang ke sini dan menyanyi di hadapan penonton. Ini pengalaman yang luar biasa,” tambahnya.

Utusan Malaysia