Archive | Johnny Depp RSS feed for this section

Keira Knightley Kempen Hak Wanita

2 Apr

LONDON: Pelakon kelahiran Britain yang semakin laris di Hollywood, Keira Knightley, menggunakan pengaruhnya sebagai bintang filem dalam kempen baru menentang keganasan domestik untuk meningkatkan kesedaran bagi badan kebajikan Women’s Aid.

Dalam iklan dua minit bertajuk Cut itu menunjukkan Knightley tiba di rumah selepas beberapa hari menjalani penggambaran dan disambut dengan ganas oleh pasangannya yang kaki dera dengan memukulnya.

“Saya mahu mengambil bahagian dalam iklan ini bagi pihak Women’s Aid kerana walaupun keganasan domestik wujud dalam masyarakat, kita jarang mendengarnya.

“Kita mungkin tidak fikir kita kenal orang yang pernah mengalami keganasan rumah tangga tetapi itu tidak bermakna ia tidak berlaku.

“Keganasan rumah tangga membabitkan seorang wanita bagi setiap empat wanita dan membunuh dua nyawa setiap minggu.

“Tanpa perkhidmatan yang disediakan Women’s Aid, lebih ramai lagi wanita berisiko dibunuh tetapi tanpa sumbangan juga, badan kebajikan ini mungkin tidak wujud lagi tahun depan.

“Tolong sumbangkan ΰ2 (RM10.50) sebulan kepada Women’s Aid untuk membantu selamatkan nyawa,” katanya.

Women’s Aid menyatakan, dua wanita maut setiap minggu disebabkan keganasan pasangan atau bekas pasangan masing-masing.

Knightley semakin laris selepas membintangi beberapa filem ‘Pirates of the Caribbean’ bersama aktor Johnny Depp. – Agensi

Berita Harian

Advertisements

Bloom Jadi Mangsa

4 Mar

Rap
TIDAK dinafikan penampilan aktor kacak dari Britain, Orlando Bloom sebagai Will Turner turut membantu kejayaan filem Pirates Of The Carribean hingga diminati peminat di seluruh dunia.

Namun, Bloom nampaknya terpaksa akur apabila wataknya dalam sekuel keempat filem itu dimatikan bagi mengu rangkan kos filem berkenaan. Menurut satu laporan akhbar Britain, watak Bloom dianggap tidak penting berbanding pelakon utamanya, Keira Knightley dan Johnny Depp.

Seorang jurucakap Disney memberitahu akhbar Britain, The Daily Star Sunday, Pirates of The Caribbean sudah mencipta kejayaan besar dan mengubah nasib semua pelakon dan kru terbabit dalam filem itu.

“Kejayaan itu kerana penampilan aktor Johnny Depp se bagai Captain Jack Sparrow dan aktres jelita Keira Knightley yang membawa watak Elizabeth Swann. Namun, penerbit dan pengarah cuba mengurangkan kos filem itu dan menjadi mangsanya ialah Bloom,” katanya.

Selepas meninggalkan filem Pirates Of The Carribean, Bloom kini beralih kepada projek filem barunya, filem bebas mengenai kehidupan di bandar Sarajevo, Bosnia.

>Profil
NAMA SEBENAR: Orlando Jonathan Blanchard Bloom
TARIKH LAHIR: 13 Januari 1977
TEMPAT LAHIR: Canterbury, Kent, England
STATUS: Bujang
PROFESION: Pelakon
FILEM: The Lord of The Rings, Troy, Kingdom of Heaven, Pirates of the Caribbean

Harian Metro

Pinto Mengejutkan Bollywood

14 Feb

Susunan Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com

Kemunculannya dalam filem Slumdog Millionaire membuka mata banyak pihak daripada penerbit, pengarah dan pelakon ternama di Mumbai

SETAHUN yang lalu, mungkin namanya begitu asing pada dunia perfileman antarabangsa.

Siapalah yang mengenali wanita bernama Freida Pinto, kecuali bagi peminat yang peka pada dunia peragaan. Maklum saja, ketika itu namanya sungguh kecil jika hendak dibandingkan dengan Aishwarya Rai, Kareena Kapoor, Rani Mukherjee atau Preity Zinta.

Namun hari ini, rata-rata pemerhati filem memperkatakan mengenai kemunculan si cantik dari Mumbai, India itu. Sejak beberapa bulan lalu, wajahnya sering kali terpampang di dada akhbar dan majalah, ketika melintasi pelbagai majlis anugerah.

Penampilannya yang pertama dalam filem hangat menjadi topik perbualan masa kini, Slumdog Millionaire, bukan hanya menjadikan dirinya aktres paling hebat diperkatakan di Bollywood, malah dia tentunya antara insan paling gembira apabila anugerah demi anugerah diterima filem berkenaan sejak tahun lalu.

Sehingga artikel ini ditulis, sudah 18 trofi Filem Terbaik sudah pun menjadi milik Slumdog Millionaire, termasuk pada Anugerah Akademi Filem British (Bafta) 2009 yang baru saja berlangsung 8 Februari lalu.


GAYA menarik pelakon wanita kelahiran Mumbai ini ketika menghadiri Anugerah Gaya Elle 2009.

Pada 23 Februari nanti, tentunya dunia tertunggu-tunggu, apakah filem drama ini sekali lagi dinobat Filem Terbaik pada Anugerah Academy.

Pinto sendiri yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita pada anugerah Bafta ke-62 terkena tempias kehebatan filem berkenaan.

Malahan pada Isnin lalu, dia dipilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Gaya Elle 2009 di London.

Apabila nama mula dikenali, tentulah gandingannya dalam filem berikutnya pun pasti terdiri daripada pelakon ternama juga. Freida turut mempunyai senarai impiannya sendiri apabila berbicara mengenai pelakon lelaki yang ingin didampingi dalam filem.

Pada majlis Elle berkenaan, Pinto mendedahkan betapa dia mengimpikan untuk berlakon di samping bintang terkenal Leonardo DiCaprio dan Johnny Depp.

Katanya juga, peluang beraksi di sisi aktor hebat Jack Nicholson pula tidak mungkin dilepaskan begitu saja seandainya rezeki seperti itu tiba ke riba suatu hari nanti.

“Jack Nicholson ialah seorang pelakon yang sentiasa saya idamkan untuk berlakon bersama. Dia seorang aktor yang mempunyai karakter cukup menarik,” ujar artis berusia 24 tahun ini.

Pinto juga tidak mahu mendabik dada walaupun filem arahan Danny Boyle (yang kini sudah mengumpul 19 trofi termasuk Pengarah Terbaik) yang dibintanginya itu dikatakan pencabar terkuat untuk merebut Oscar nanti.

Pada anugerah itu, antara lain filem Slumdog Millionaire akan bersaing dengan dua filem lakonan Pelakon Wanita Terbaik Bafta 2009, Kate Winslet, iaitu The Reader dan Revolutionary Road bagi kategori Filem Terbaik.

Katanya, Winslet ialah pelakon yang dipuja olehnya kerana bakat besar milik aktres terbabit.

“Pastinya saya akan dapat belajar banyak benda apabila dapat berlakon di sampingnya. Dia bintang yang begitu hebat. Kita sendiri pun sudah banyak bergelak ketawa dan berduka tatkala mengikuti menonton lakonannya selama ini.

“Jadi, peluang beraksi di sampingnya tentulah satu peluang yang cukup memberi makna,” katanya.

Menurut Pinto, dia banyak menerima tawaran berlakon selepas kejayaan filem terbabit, namun dia masih lagi terkejut dengan sambutan luar biasa yang diberikan penonton di tanah air sendiri.

Katanya, semua orang bagaikan gila terhadap filem itu kerana ia mendapat pungutan yang cukup tinggi di seluruh dunia, pencapaian yang jarang sekali berlaku di India.

Info:

SLUMDOG MILLIONAIRE menyaksikan Pinto berlakon sebagai gadis yatim berusia 18 tahun, Latika, yang menemui dua saudara lelaki baru, Jamal dan Salim. Bersama-sama, mereka memulakan perjalanan hidup yang penuh suka dan duka. Malangnya, langkah hidupnya tersasar ke arah onak penuh bahaya dan matlamatnya kini adalah untuk menyatukan dirinya dengan seseorang paling dicintai.

Pinto dipanggil oleh pengarah lakonan yang juga pengarah bersama Slumdog Millionaire, Loveleen Tandon, untuk hadir uji bakat filem berkenaan. Proses itu diikuti oleh sesi uji bakat berbulan-bulan bersama pengarah Danny Boyle. Hanya selepas proses yang dianggapnya menyeronokkan tetapi memeritkan itu, dia akhirnya ditawarkan watak Latika.

SEJAK zaman persekolahan, Pinto aktif membabitkan diri dalam semua kegiatan drama. Dia juga menjadi peragawati selama dua tahun lebih bersama ejen model Elite Model Management India. Selepas mendapat peranan dalam filem terbabit, dia belajar hampir kesemua perkara yang dimahukan daripada pengarah filem itu sendiri. Selepas penggambaran dilakukan, dia tertarik untuk menyertai sekolah lakonan untuk mendapatkan pengalaman. Lalu, dia menghadiri bengkel lakonan dikendalikan guru lakon, Barry John.

MENGINGATI rakaman pertama membabitkannya, Pinto berkata, ia dilakukan pada November 2007 dan kerana terlalu risau, dia tidak dapat melelapkan mata pada malam sebelum penggambaran bermula.

SEPANJANG pembabitannya dalam filem itu, Pinto mula menyedari, industri perfileman adalah untuk mereka yang tidak putus asa berjuang serta mereka yang kuat semangat. paling utama, katanya, seseorang itu mesti percaya pada diri sendiri. Walaupun beratus orang lain menolaknya, dia tidak putus asa dan akhirnya, seorang daripada pengarah terbaik dunia mempercayai bakat dimilikinya.

DI Bollywood, pelakon yang disukainya ialah Tabu. Dia turut menggemari karya Konkona Sen Sharma. Madhuri Dixit pula baginya lambang kepelbagaian bakat, manakala Smita Patil dan Shabana Azmi pula pelakon yang menakjubkan. Dia juga mengagumi Aamir Khan. Pelakon barat yang paling dihormatinya pula ialah Meryl Streep.

Info Freida Pinto:

Tarikh Lahir: 18 Oktober 1984

Bintang: Libra

Asal: Mumbai, India

Filem: Slumdog Millionaire

Program TV: Full Circle

Iklan: India Today, Wrigleys Chewing Gum, Skoda, Hutch, Airtel, De Beers

Berita Harian

Will Smith 'Paling Berkuasa'

12 Feb

LOS ANGELES: Aktor Will Smith mendahului senarai bintang Hollywood paling berkuasa, menurut majalah Forbes, diikuti pelakon kacak, Johnny Depp dan Leonardo DiCaprio.

Data itu bukan sekadar berdasarkan kejayaan filem tetapi juga kemampuan bintang menarik jaminan kewangan dan pengagihan panggung wayang bagi satu projek, dan sama ada kehadiran mereka ‘mendorong kejayaan filem.’

“Will Smith adalah satu-satunya aktor yang memperoleh markah penuh 10 di kalangan pengundi industri dalam tinjauan Kewangan Bintang,” menurut majalah itu.

Filem lakonan bintang Men In Black itu mencatat kutipan AS$5.2 bilion (RM18.72 bilion) di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, lapan daripada filemnya berada di tempat pertama senarai filem pecah panggung.

“Beliau membuktikan lagi dan lagi, bahawa dalam dunia ini, tidak kira bentuknya, peminat mahu melihat Will Smith. Beliau pelakon serba boleh dan ia terbukti banyak kali,” kata pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Hyde Park Entertainment, Ashok Amritraj.

Depp menyusul di tempat kedua, banyak dibantu oleh lakonannya dalam trilogi Pirates of the Caribbean.

Di tempat keempat ialah aktres Angelina Jolie, satu tangga di depan pasangannya, Brad Pitt.

“Jolie mempunyai kemampuan berlakon dan pendedahan – kunci utama. Sebahagian rakan aktres lain dalam senarai ini mempunyai lebih banyak filem pecah panggung, tetapi buat masa ini, industri jelas mengiktiraf sejauh mana beliau bermakna kepada satu projek,” menurut majalah itu. – Agensi

Berita Harian

Isla Bangga Jadi Ibu

7 Feb

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap

MEMPUNYAI anak perempuan berusia 15 bulan pasti membuatkan kehidupan seharian aktres manis, Isla Fisher, sangat sibuk. Ketika menjaga kerenah anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian daripadanya dan pada waktu sama sibuk memenuhi tuntutan kerja sama ada penggambaran filem dan juga promosi.

Apatah lagi Isla yang mula menjadi tumpuan melalui filem Wedding Crashers bersama Owen Wilson pada 2005, mempertaruhkan lakonan terbaru menerusi filem Confessions Of A Shopaholic yang akan menjengah pawagam pada 12 Februari ini.

Seperti wanita lain yang berhadapan masalah bentuk badan selepas melahirkan, Isla yang menyambut ulang tahun ke-33 pada 3 Februari lalu turut tidak terkecuali hingga berat badannya naik 30 kilogram ketika mengandung. Katanya, dia sangat gembira dengan bentuk badannya sekarang berbanding sebelum ini.

“Saya sebenarnya berasakan diri lebih seksi selepas melahirkan Olive. Walaupun segalanya kelihatan berbeza dan berubah. Lebih penting, saya bangga kerana menjadi wanita sebenar sekarang. Saya kini bergelar ibu dan saya sukakan kehidupan baru sebagai ibu. Kehidupan saya kini sangat bahagia,” katanya.

Isla yang mengikat pertunangan dengan aktor Sacha Baron Cohen pada 2007, baru-baru ini mendedahkan dia juga ingin menurunkan berat badannya yang agak berisi sejak mengandung. Bagaimanapun, katanya, berat badannya turun kerana genetiknya baik bukannya mengikuti latihan keras dengan jurulatih khas.

Katanya, produser Confessions Of A Shopaholic, Jerry Bruckheimer menyediakan jurulatih kecergasan untuk membantunya menurunkan berat badan.

“Kata Jerry, saya bertuah kerana mempunyai genetik yang baik. Sebabnya saya mempunyai satu sikap yang tidak baik dalam soal latihan kecergasan. Saya agak malas hingga terus berhenti apabila terasa sakit atau bosan dengan rutin latihan.

“Malah saya juga suka minum teh dan makan sepotong kek. Sebenarnya perkara itu tidak seharusnya anda lakukan di Hollywood. Tapi saya bangga kerana berjaya kuruskan badan ketika menjayakan Confessions Of A Shopaholic,” katanya.

Dalam Confessions Of A Shopaholic, Isla (sebutannya Eye-Lah) memegang watak Rebecca Bloomwood, berkelulusan tinggi tetapi mempunyai masalah serius kerana gila membeli-belah. Kemudia dia menjadi penulis kolum untuk satu majalah kewangan di Manhattan sebagai penasihat kewangan.

Filem arahan PJ Hogan (pengarah My Best Friend’s Wedding) ini adaptasi daripada novel popular Sophie Kinsella. Ia turut dibintangi Leslie Bibb, Joan Cusack, Kristin Scott Thomas, John Lithgow dan John Goodman.

Apa yang menarik, watak Rebecca jauh berbeza dengan sikap sebenar Isla kerana realitinya Isla tidak suka membeli-belah.

“Memang saya tidak suka membeli-belah dan hanya keluar sekali sekala. Semua ini disebabkan pembantu kedai yang cuba meyakinkan saya membuat pilihan.

“Saya rasa sangat teruk apabila berada dalam keadaan tertekan. Apabila pembantu kedai cuba meyakinkan saya bahawa ia sesuai untuk saya, selalunya saya kecewa dengan hasilnya kerana membuat pilihan yang salah.

“Tapi saya mampu menjiwai watak itu walaupun antara kami berdua sangat berbeza. Bagi saya Rebecca adalah seseorang yang mahu melihat kehidupan di dunia ini sangat indah. Dia mempunyai minat mendalam pada fesyen hingga sanggup membeli pakaian rekaan pereka terkenal menggunakan kad kreditnya sampai melebihi had.

“Dia mendapat kerja sebagai penulis kolum dalam majalah untuk memberi nasihat kepada pembaca mengenai masalah kewangan dihadapi. Bagi Rebecca, ia satu impian menjadi kenyataan tetapi apakah dia mampu

menjadi penasihat kewangan yang baik?

“Waktu sama Rebecca bertemu seseorang yang dicintai. Apakah dia mampu menjalani kehidupan bahagia bersama lelaki dicintai dengan sikap taksubnya membeli-belah?” katanya.

Kata Isla, Confessions Of A Shopaholic memaparkan kisah percintaan, dunia fesyen dan keseronokan hidup. Persoalannya kini, apakah filem ini mampu mencatat kutipan pecah panggung berdasarkan kisah percintaan dan kegilaan membeli-belah sedangkan realitinya masyarakat kini dilanda krisis ekonomi.

“Saya harap penonton gembira apabila menonton filem ini dan menganggap ia sebagai sumber untuk mendapatkan keseronokan walaupun hakikat sebenar kita dalam situasi yang agak buruk,” katanya.

Mengenai babak romantik dalam filem, wanita kelahiran Muscat, Oman ini mendedahkan dia sebenarnya tidak dapat menahan ketawa setiap kali perlu bercium dengan lelaki. Malah perkara sama berlaku apabila dicium tunangnya sendiri.

Katanya, bercium sering membuat dirinya ketawa mengekek sama ada untuk babak dalam filem ataupun dalam kehidupan peribadinya.

“Saya tidak matang kerana masih mengekek setiap kali perlu mencium seseorang. Memang saya tidak boleh menahan ketawa,” katanya.

Kerjaya lakonan Isla paling menyerlah pada 2007 dan 2008 apabila membintangi The Lookout, Wedding Daze, Hot Rod, Definitely, Maybe dan juga meminjamkan suaranya untuk filem animasi Dr. Seuss’ Horton Hears a Who.

Dalam kehidupan peribadi, Isla melangsungkan pertunangan dengan Cohen pada 2007 diikuti kelahiran anak perempuannya, Olive Cohen pada 17 Oktober tahun sama.

Suara Isla juga dipilih untuk memegang watak utama dalam filem animasi pengembaraan terbitan Paramount Pictures, Rango, bersama Johnny Depp dan Abigail Breslin. Filem arahan Gore Verbinski ini dikatakan bakal menjadi tumpuan apabila dijadualkan untuk tayangan pada 2011.

>Profil

Nama sebenar: Isla Lang Fisher

Tarikh lahir: 3 Februari 1976

Tempat lahir: Muscat, Oman

Adik beradaik: Tiga orang (Daniel Fisher, Edwards Fisher)

Bapa: Brian Fisher (Scotland)

Tinggi: 160 sentimeter

Tunang: Sacha Baron Cohen.

Anak: Olive Cohen

Pendidikan: Sekolah lakonan dari Ecole Jacques Lecoq, Paris

Filem: Confessions of a Shopaholic (2009), Dr. Seuss’ Horton Hears a Who! (2008), Definitely, Maybe (2008), Wedding Daze (2007), Hot Rod (2007), The Lookout (2007), Wedding Crashers (2005), Scooby Doo” (2002),

Harian Metro

Kata XX: Pesona Pak Lawak

31 Jan

Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my

Diana Danielle

Lima jejaka kaya sense of humour pilihan pelakon, Diana Danielle

1. Johnny Depp.

Watak Captain Jack Sparrow yang dilakonkannya dalam filem Pirates of The Carribean paling berkesan. Depp tidak perlu bercakap banyak, bahasa badannya saja membuatkan kita ketawa. Sifat kelakar pelakon kacak ini memang unik!

2. Nabil Raja Lawak.

Sebelum berlakon bersama Nabil, saya memang penonton setia program Lu Pikirlah Sendiri. Jenaka spontan Nabil menggelikan hati sesiapa saja. Bagi saya, lawak Nabil boleh dikatakan bijak. Ketika menjalani sesi penggambaran filem komedi Kecoh Betul bersama Nabil, saya tak kering gusi melayan lawaknya sepanjang hari!

3. Saiful Apek.

Tengok muka saja boleh membuatkan kita tergelak! Apek sering menampilkan jenaka spontan dan berbeza. Tidak hairanlah jika beliau digelar pelawak nombor 1!

4. Vince Vaughn.

Vaughn tidak kacak tapi karakter lucunya mudah membuatkan orang tertarik. Saya suka lakonannya dalam filem Wedding Crasher dan The Breakup. Lawak Vaughn nampak macho!

5. Jackie Chan.

Aksi kung fu Chan boleh jadi kelakar apatah lagi jika beliau bertutur dalam bahasa Inggeris. Chan sering menampakkan dirinya seolah-olah bodoh tapi sebenarnya pandai. Gaya lakonan komedi Chan memberi warna dalam industri perfileman antarabangsa.

Berita Harian

Emma Enggan Dikaitkan Dengan Julia Roberts

16 Jan


Emma Roberts

Anak saudara pelakon terkenal Hollywood nekad berdikari

NEW YORK: Setiap kali membicarakan mengenai aktres remaja Hollywood, Emma Roberts, tidak sah tanpa mengaitkan dia dengan pelakon wanita ternama, Julia Roberts, kerana Emma adalah anak saudara kepada bintang jelita itu.

“Saya sudah biasa dengannya. Memang agak mengecewakan tetapi mereka adalah keluarga saya, jadi, saya sudah biasa dengan kaitan itu,” kata anak kepada abang Julia, Eric, berusia 17 tahun itu.

Namun, apa yang lebih membanggakan ialah Roberts semakin mencipta nama tanpa bersandar kepada populariti ibu saudara dan bapanya.

Sejak mula berlakon pada usia sembilan tahun dalam filem Blow yang turut dibintangi Johnny Depp, Roberts sudah pun membintangi siri Nickelodeon, Unfabulous dan baru mengeluarkan album pertamanya, ‘Unfabulous and More.’

Kini, peranan utama semakin memburu aktres remaja itu. Beliau membintangi filem Nancy Drew pada 2007 dan Wild Child pada tahun lalu. Jumaat ini, filem terbarunya, Hotel for Dogs, mula menemui penonton.

Dalam filem itu, Roberts, seorang anak yatim membuka sebuah hotel untuk anjing bersama-sama dengan adik lelakinya lakonan Jake T Austin. Ia filem kanak-kanak mengenai remaja dan anjing mencari tempat penginapan.

Ia turut dibintangi beberapa pelakon berbakat lain termasuk Don Cheadle dan Lisa Kudrow.

“Saya mahu berlakon watak dewasa tetapi saya tidak mahu berkata tidak akan berlakon filem kanak-kanak lagi kerana ramai lagi pelakon yang bagus,” katanya.

Pelakon remaja yang dipilih oleh majalah Vanity Fair di kalangan ‘Gelombang Baru Hollywood’ tahun lalu – bersekolah di rumah sepanjang hidupnya dan kini memohon memasuki kolej untuk mengambil mata pelajaran sastera.

Katanya, ketika dia tidak mampu menolak ‘projek hebat’ jika ditawarkan, Roberts menegaskan mahu memberi tumpuan kepada pelajaran di kolej. – AP

Berita Harian