Archive | Julia Roberts RSS feed for this section

Madonna Paling Rajin

28 Apr

TAHUN lalu adalah tahun paling lumayan bagi Madonna. Sejuta albumnya dijual di Amerika Syarikat sahaja dan dia meraih AS$105 juta menerusi konsert di samping menandatangani beberapa perjanjian iklan.

Namun, orang ramai hanya menumpukan kepada satu perkara sahaja – Mercy James.

Kanak-kanak warga Malawi yang berusia tiga tahun mahu dijadikan anak angkat oleh penyanyi berkenaan tetapi ditolak oleh hakim negara itu.

Kes itu adalah contoh paling terbaru mengenai ketaksuban umum terhadap kehidupan peribadi selebriti, khususnya selebriti wanita yang menjadi ibu.

 

 

Anak selebriti mempunyai pengaruh yang kuat kerana mewarisi populariti ibu bapa mereka. Wajah mereka boleh menjadi daya tarikan untuk melariskan majalah. Fesyen mereka menjadi ikutan dan meningkatkan jualan pakaian sementara gambar mengenai kegiatan harian mereka menjadi rebutan.

Madonna dipilih oleh majalah Forbes untuk menduduki tangga teratas golongan ibu paling rajin di kalangan selebriti. Pemilihan ini dikaitkan dengan pendapatannya berjumlah RM394 juta sepanjang 2008. Di samping kejayaannya dalam muzik, dia juga muncul dalam iklan Sunsilk, Louis Vuitton dan Vodaphone.

Dia adalah ibu kepada tiga anak: David Banda, Lourdes dan Rocco.

Tempat kedua ialah Reese Witherspoon, yang memperoleh pendapatan kira-kira RM86 juta pada 2008. Reese muncul dalam filem Four Christmases bersama-sama Vince Vaughn. Filem berkenaan meraih pendapatan RM574 juta di seluruh dunia. Selain itu, pelakon itu juga menjadi jurucakap untuk Avon dan pengerusi kehormat yasan kebajikan syarikat terbabit.

Reese mempunyai dua anak – Ava dan Deacon, hasil perkahwinannya dengan Ryan Phillippe.

Gwyneth Paltrow, ibu kepada Apple dan Moses tangga ketiga dengan pendapatan kira-kira RM72 juta tahun lalu. Gwyneth, aktres yang bertukar menjadi perunding gaya hidup, tinggal bersama kedua-dua anak dan suaminya, Chris Martin. Tahun lalu adalah antara tahun paling lumayan baginya, lebih-lebih lagi kerana memegang watak Pepper Potts dalam filem Iron Man.

Filem dari buku komik itu memperoleh pendapatan RM2.02 bilion di seluruh dunia.

Selain berlakon, Gwyneth juga muncul dalam iklan Est
e Lauder dan Tod’s serta aktif menulis mengenai gaya hidup menerusi lifestyle newsletter goop.com.

Untuk menyediakan senarai itu, Forbes mengkaji selebriti wanita dalam hiburan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak. Pendapatan mereka adalah anggaran yang mereka peroleh sepanjang tahun lalu dan berdasarkan pendapatan filem yang mereka bintangi, jualan album, gaji serta pendapatan menerusi iklan.

Turut berada dalam senarai itu ialah Julia Roberts, ibu tiga anak yang berlakon semula dalam filem Duplicity bersama-sama Clive Owen.

Angelina Jolie yang masih boleh meraih pendapatan RM50 juta walaupun sibuk membesarkan enam anaknya; Kate Winslet, ibu dua anak dan akters termuda menerima enam pencalonan anugerah Academy dan Faith Hill, ibu tiga anak hasil perkahwinannya dengan Tim McGraw, turut berada dalam senarai itu.

Beberapa selebriti juga mengambil kesempatan terhadap anak mereka untuk memperoleh pendapatan tambahan. Antara mereka ialah Jessica Alba yang berada di tangga 13 dengan pendapatan kira-kira RM22 juta, menjual wajah pertama anaknya, Honor Marie Warren kepada majalah OK! pada 2008 dengan harga dipercayai mencecah RM5.4 juta.

Sementara itu, majalah People dan Hello! dilapor membayar sekurang-kurangnya RM40 juta untuk gambar pertama pasangan kembar Vivienne dan Knox Jolie-Pitt.

Harian Metro

Advertisements

Madonna Ibu Paling Kaya

25 Apr


MADONNA sedang cuba dapatkan anak angkat kedua.

Pendapatan RM394 juta mengatasi selebriti Hollywood lain

NEW YORK: Penyanyi Madonna yang dilaporkan meraih pendapatan berjumlah AS$110 juta (RM394 juta) sepanjang tahun lalu mengungguli senarai teratas Forbes sebagai ibu yang paling gigih bekerja di Hollywood, diikuti aktres Reesa Witherspoon dan Gwyneth Paltrow.

Penyanyi pop dan juga ibu kepada tiga anak itu yang baru-baru ini menjadi tumpuan ketika beliau cuba mendapatkan anak angkat kedua dari Malawi dilaporkan meraih sejumlah $105 juta (RM376 juta) bagi konsert jelajah dan jualan albumnya hampir satu juta di Amerika Syarikat.

Madonna juga menandatangani beberapa perjanjian yang menguntungkan tahun lalu, kata Forbes.com.

“Beliau melalui tahun yang menguntungkan pada 2008,” kata Lauren Streib yang membantu mengumpulkan senarai yang disiarkan semalam.

“Beliau mengadakan konsert jelajah paling banyak berbanding kumpulan muzik lain. Semuanya laris di seluruh dunia. Jadi tidak memeranjatkan mengenai komen bagaimana ia tahun yang menguntungkan bagi beliau,” katanya.

Witherspoon yang berpendapatan kira-kira $24 juta tahun (RM86 juta) lalu menduduki tempat kedua diikuti rapat di belakang beliau oleh Paltrow dengan sejumlah $20 juta (RM72 juta).

Selain meraih pendapatan melalui filem dan membesarkan sepasang anak, Ava dan Deacon, Witherspoon yang bercerai dengan aktor Ryan Phillippe juga menjadi jurucakap antarabangsa bagi syarikat kosmetik gergasi Avon.

Peranan Paltrow dalam filem berasaskan komik Iron Man yang meraih AS$580 juta (RM2 bilion) di seluruh dunia selain menjadi duta bagi Estee Lauder serta kasut dan beg tangan Tod’s menjadikan beliau berada di tempat ketiga.

Streib berkata senarai itu adalah berdasarkan anggaran pendapatan ibu Hollywood berkenaan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak serta memperoleh pendapatan hasil jualan album, gaji, filem box-office dan perjanjian berlesen atau menjadi duta barangan.

Katanya, kebanyakan wanita yang tersenarai memiliki perjanjian sebagai duta barangan yang menjadi sumber pendapatan mereka.

“Saya rasa ini adalah sesuatu yang berterusan selama beberapa dekad mulai sekarang. Kita melihat semakin berkurangan model tetapi semakin ramai selebriti menjadi jurucakap barangan. Ia kini menjadi sebahagian besar dalam perniagaan iaitu menjadi seorang selebriti,” katanya.

Ibu kepada tiga anak, Julia Roberts yang kembali ke layar perak dalam Duplicity selepas sekian lama menghilangkan diri, tersenarai di tempat keempat diikuti aktres Sarah Jessica Parker, bintang siri televisyen dan filem Sex And The City yang mempunyai seorang anak lelaki bersama suaminya, Matthew Broderick.

Angelina Jolie yang mempunyai enam anak berpendapatan AS$14 juta (RM50 juta) tahun lalu dan menduduki tempat keenam diikuti model dan juga penyampai televisyen, Heidi Klum yang kini hamil anak keempat. – Reuters

Berita Harian

Popular Selepas Disisih

17 Apr

Susunan Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my

“HAMPIR lima tahun lamanya saya menjaja naskhah cerpen dan novel yang dihasilkan dari satu syarikat penerbitan ke syarikat penerbitan lain tetapi semuanya memberi jawapan mengecewakan.

“Lebih teruk, cerpen yang saya hantar ke pelbagai majalah juga ditolak dengan pelbagai alasan.

“Namun, saya tidak berputus asa untuk terus mencuba dan sehinggalah pada 1993, cerpen saya yang pertama, The Debut of an American Writer akhirnya berjaya mendapat tempat di majalah Esquire. Ia umpama bulan jatuh ke riba dan membuka peluang kepada dunia penulisan yang selama ini saya impikan,” kata penulis terkenal, Elizabeth Gilbert.

Sejak itu, Elizabeth berkata, dia tidak menoleh ke belakang lagi dan terus berkarya. Buku pertamanya (koleksi cerpen) berjudul Pilgrims, mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat (AS) dan menerima pujian daripada beberapa penulis terkenal.

 

 

Menurut Elizabeth, koleksi cerpen berkenaan sebenarnya sudah lama dihasilkan tetapi ia belum pernah diterbitkan.

“Kebanyakan cerpen berkenaan ditulis berdasarkan sesuatu pengalaman dan peristiwa dalam bahasa yang mudah untuk difahami. Jika diteliti, ia sebenarnya mempunyai mesej yang tersendiri untuk diterjemahkan.

“Saya mahu lakukan dan tulis sesuatu untuk dikenang sebelum saya mati. Itu adalah impian saya sejak kecil lagi,” katanya.

Selain buku koleksi berkenaan, Elizabeth menerbitkan novel berjudul Stern Man, The Last American Man dan Eat, Pray, Love yang mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.

Elizabeth dilahirkan di Connecticut, Amerika Syarikat (AS). Anak kepada pasangan jurutera kimia (bapa) dan jururawat (ibu) itu dibesarkan di kawasan ladang pokok Krismas di Litchfied.

Selain Elizabeth, adiknya, Catherine Murdock, juga terbabit dalam bidang penulisan dan pernah menghasilkan novel berjudul Dairy Queen dan The Off Season.

Kehidupan Elizabeth ketika zaman kanak-kanak tidak begitu menggembirakan kerana rumah keluarganya tidak mempunyai televisyen ataupun radio.

Bagi menghilangkan kebosanan, dia dan Catherine menghiburkan diri mereka dengan menulis cerita pendek yang direka sendiri.

Sebaik saja tamat sekolah tinggi, Elizabeth menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti New York dalam bidang sains politik.

Namun, kebanyakan cerita yang ditulis Elizabeth sebenarnya daripada pengalamannya sendiri yang melakukan pelbagai jenis kerja selepas tamat pengajian.

Menurut Elizabeth, dia pernah menjadi seorang tukang masak serta pelayan (ia diceritakan dalam bukunya yang berjudul The Last American Man), penjual majalah dan wartawan.

Menyentuh mengenai buku Eat, Pray, Love yang diterjemahkan kepada 37 bahasa serta terjual hampir tujuh juta naskhah di seluruh dunia, Elizabeth berkata, ia sebenarnya hasil inspirasi daripada pengalaman hidupnya sendiri yang mengembara ke seluruh dunia selepas melalui saat sukar bercerai dengan suaminya.

Selepas bercerai, dia mengembara ke Itali, India dan Bali, Indonesia selama setahun menggunakan wang yang diperoleh daripada wang pendahuluan bukunya.

Kata Elizabeth, buku itu diberi judul Eat, Pray, Love kerana sepanjang setahun mengembara, dia mempelajari ketiga-tiga aspek berkenaan di negara berbeza.

Buku berkenaan amat istimewa pada dirinya kerana ia banyak mencerminkan dirinya yang pernah terumbang-ambing sebelum menemui jalan bahagia.

“Saya percaya, jika seseorang itu serius menceburi dunia penulisan atau sebarang bentuk ekspresi kreatif, ia akan sebati dengan jiwa.

“Penulisan yang baik tidak akan dapat dihasilkan jika penulis tidak bersatu dengan ceritanya sendiri.

“Namun, apa yang penting, seseorang penulis itu mesti ada sifat memaafkan diri sendiri kerana kadangkala karya yang dihasilkan akan mengecewakan,” katanya yang gembira novel berkenaan diadaptasi kepada filem yang dilakonkan aktres terkenal, Julia Roberts terbitan Paramount Pictures.

Selain menulis buku, Elizabeth pernah berkhidmat sebagai wartawan di beberapa majalah seperti SPIN, Allure, Travel and Leasure dan New York Times.

Sejak akhir-akhir ini, populariti Elizabeth dikatakan melonjak dan mendorong Oprah menemu bualnya secara langsung menerusi rancangan bual bicaranya.

Selain itu, wanita ini menerima pengiktirafan antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia oleh Majalah Time, baru-baru ini.

Harian Metro

Julia Roberts Feels For Hollywood's Younger Generation

8 Apr

BERLIN: Hollywood superstar Julia Roberts said on Tuesday she feels the starlets of today have a much harder time than she ever did, with every little detail of their lives splashed over the front pages.

The 41-year-old “Pretty Woman” and “Notting Hill” star told German celebrity magazine Bunte in an interview: “I am often aware of how much harder it is for young women in Hollywood today.”

“I am so relieved and feel so privileged that I am beyond that,” added Roberts, who hit the big time when she starred opposite Richard Gere in “Pretty Woman” at the age of 22.

The mother-of-three, who returned to the screen last month in the espionage caper “Duplicity”, said her priorities had changed enormously since having children. “Every day I have to… put on puppet shows and read endless stories,” she said.

Married to 40-year-old cameraman Danny Moder, Roberts has twins Hazel and Phinnaeus, both four, and Henry, aged one and a half.

She won an Oscar in 2001 for “Erin Brockovich.” In “Duplicity” she plays a spy alongside her “Closer” partner Clive Owen. – AFP/de

Channel News Asia

Anuar Zain Tak Mahu Tamak

6 Apr

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

Biarlah dianggap cerewet asalkan hasilnya memuaskan hati

KETELITIAN dalam mencari yang terbaik untuk setiap hasil karyanya sering disalahertikan hingga ada beranggapan penyanyi kacak, Anuar Zain sebagai seorang yang cerewet dan sukar untuk dipuaskan.

Biar apa juga tafsiran, penyanyi berusia 39 tahun ini tidak gusar meminggirkan tanggapan yang kurang senang dengan ketelitiannya itu.

Melihat perkataan cerewet itu dalam konotasi positif, Anuar berkata, ia berkait dengan keinginan mahu memberikan yang terbaik kepada penggemarnya.

Kata penyanyi lagu Lelaki Ini itu, sebagai pengkarya dia perlu memainkan peranannya supaya khalayak menghargai apa yang dipersembahkan seterusnya mendokong perjalanan kariernya nyanyiannya supaya berpanjangan.

“Saya melihat itu sebagai penghargaan kerana saya mahu cemerlang dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Jadi mengapa perlu orang lain berasa hati kerana saya punya peranan untuk mengangkat karya kita di tahap lebih tinggi.

“Saya mungkin boleh berlebih kurang dengan memberi produk separa matang tetapi akhirnya yang bakal dipersalahkan adalah diri sendiri.

“Disebabkan itu saya kurang faham mengapa dikatakan cerewet sedangkan saya cuma berusaha memberikan yang terbaik kepada penggemar,” tepis Anuar mengenai tanggapan yang sering dilemparkan kepadanya setiap kali menghasilkan album terbaru.

Lelaki berbintang Aquarius ini menyelar sikap sesetengah pengkarya tempatan yang pantas melemparkan tanggapan negatif terhadapnya sedangkan mereka tidak pernah cuba memberikan ciptaan untuk dinilai.

Anuar berkata, sesetengah pencipta lagu gusar menyerahkan karya mereka kepadanya kerana bimbang akan ditolak sedangkan dia tidak pernah meletakkan sebarang standard atau kriteria tertentu dalam sesuatu ciptaan.

“Saya cuma mahukan ciptaan yang baik. Hanya itu. Saya turut memberikan tawaran kepada komposer tempatan, malangnya hingga hari ini belum mendapat apa-apa maklum balas. Tetapi apabila saya bekerjasama dengan komposer Indonesia ada yang melenting dan marah, sebaliknya mereka tidak berbuat apa-apa untuk membantu saya.

“Saya selesa bekerja dengan komposer luar kerana mereka lebih terbuka menerima pandangan dan pantas memberikan apa yang saya mahukan,” katanya yang baru mempunyai dua lagu, satu daripadanya ciptaan komposer tempatan, Kieran Kuek dan Indonesia, Nico Ajibandi untuk album terbarunya.

Pemilik nama penuh, Shahrul Anuar Zain ini berkata, apa yang penting karya yang dihasilkan harus menyentuh hati pendengar dan dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengiktirafan pada majlis anugerah.

“Tidak mengapa jika album saya tidak layak dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik atau Anugerah Juara Lagu kerana apa yang penting, lagu nyanyian saya harus menyentuh hati pendengar,” katanya.

Bersyukur ketelitian dalam penghasilan album solo ketiga memberinya jualan selesa dengan lebih 31,000 salinan, Anuar berkata, dia cuba mencari nuansa baru dalam pembikinan album keempatnya.

Mengharapkan album itu dapat diimbangi antara sentuhan balada dan pantas, namun Anuar berkata, kebanyakan komposer cenderung memberikan ciptaan perlahan kepadanya.

Sesuatu yang pasti kata anak kelahiran Merlimau, Melaka ini, album itu akan memuatkan 10 ciptaan baru yang memberi kepuasan kepada penggemar yang lama mendambakan lagu terbaru daripadanya.

“Tenaga yang dicurahkan tetap sama sekali pun saya cuma merakamkan album mini. Jadi lebih baik saya memberikan album penuh.

“Sejak dulu lagi kita sering dimomokkan dengan idea album tidak boleh jual tetapi saya percaya kepada rezeki. Jika kita memberikan produk yang bagus, Insya-Allah, pendengar akan membeli biarpun mengambil masa untuk dipasarkan,” katanya yang tidak meletakkan sasaran bila album itu akan menemui peminat.

Sentiasa positif dalam merencana karier nyanyiannya, Anuar berkata, kebelakangan ini dia mula memperlahankan kemunculannya di khalayak kerana merancang untuk mengadakan sebuah konsert besar.

“Saya tidak tahu bila akan menjadi kenyataan, namun saya berharap ia dapat dilaksanakan tidak lama lagi. Saya sentiasa positif dalam apa yang dilakukan,” katanya mengenai usaha yang dicetuskan sejak tiga tahun lalu.

Kembali menjayakan Minggu Setiausaha

ANDAI tahun lalu Anuar menolak segala keseronokan menjayakan persembahan eksklusif sempena Minggu Setiausaha, April ini dia bersedia apabila bekerjasama dengan Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara untuk acara itu.

Akuinya, dia agak cerewet dalam persembahan di Kuala Lumpur kerana merancang untuk menjayakan sebuah konsert tidak lama lagi.

Katanya, dia tidak terdesak untuk menerima pelbagai tawaran diajukan kepadanya, sebaliknya cuma memilih untuk mengadakan persembahan di Pusat Konvensyen Sime Darby kerana ingin memberikan kepuasan kepada peminat.

“Kalau menerima tawaran lain pun, saya memilih untuk menjayakan persembahan di luar Kuala Lumpur. Saya tidak mahu disebabkan tamak, saya tidak sempat membuat persiapan rapi dan sudahnya semua yang datang tidak mendapat kepuasan. Itu yang saya cuba elakkan.

“Saya tidak percaya dengan prinsip menerima apa saja ketika masih diterima. Rezeki Tuhan itu di mana-mana. Saya mahu bertahan untuk jangka masa yang lama,” katanya.

Anuar berkata, persembahan pada 9 April itu nanti akan memperdengarkan himpunan lagu dipetik daripada album yang pernah dihasilkannya.

“Selain itu saya juga akan menyanyikan beberapa lagu daripada penyanyi lain. Cuma setiap kali mengadakan persembahan, peminat tetap mahukan saya menyanyi lagu daripada album terdahulu.

“Bentuk dan rangka persembahan sudah direncana namun semuanya bergantung kepada suasana pada hari acara. Saya cuma mahu berkongsi saat manis bersama mereka yang datang pada hari itu,” katanya yang akan diiringi Alwyn Santiago yang bertindak sebagai pengarah muzik.

INFO: Anuar Zain Nama Penuh: Shahrul Anuar Zain Tarikh Lahir: 15 Februari 1970 Asal: Kampung Simpang Merpati, Melaka Makanan Kegemaran: Berubah-ubah mengikut selera Minuman Kegemaran: Teh Tarik Warna kesukaan: Perang, biru, kelabu & merah Penyanyi Kegemaran: Ziana Zain, Dayang, Siti Nurhaliza, Whitney Houston Pelakon Kegemaran: Julia Roberts, Amy Mastura, Ellie Suriati Wanita Pilihan: Seseorang yang menerima dirinya sebagai Shahrul Anuar bukan Anuar Zain Visi Anuar : Mengembangkan karier seni ke peringkat lebih tinggi Pencapaian: Vokal Lelaki Pilihan (Anugerah Era 2005), Penyanyi Lelaki Paling Popular (Anugerah Planet Muzik 2005), Penyanyi Lelaki Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004), Penyanyi Lelaki Paling Popular (Anugerah Planet Muzik 2004), Vokal Lelaki Pilihan (Anugerah Era 2003), Penyanyi Baru Lelaki Terbaik dan Penyanyi Lelaki Terbaik (Anugerah Industri Muzik 1999) Tempahan untuk persembahan makan tengah hari bersama Anuar Zain boleh dibuat dengan menghubungi 03-20893688 atau 3668.

Berita Harian

Pertaruhan Julia

4 Apr

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap

SELEPAS berehat panjang untuk menjadi ibu dan suri rumah sepenuh masa, kemunculannya dalam Charlie Wilson’s War dua tahun lalu gagal menyerlahkan kembali namanya. Kini, Julia Roberts, 42, mempertaruhkan pula filem terbarunya, Duplicity berganding dengan Clive Owen.

Bagi pemerhati Hollywood, langkah Julia berehat seketika daripada dunia lakonan tidak dapat membantunya untuk kembali menjadi tumpuan. Kehadirannya kini dikatakan di belakang Angelina Jolie, Reese Witherspoon dan Jennifer Aniston sebagai primadona filem.

Apabila ditanya perasaannya kembali menjayakan majlis permaidani merah untuk tayangan perdana filem terbarunya di London baru-baru ini, Julia mengakui, ia detik yang teruk dan menakutkan.

Katanya, keadaan di luar panggung memang menakutkan dirinya, tetapi pada waktu sama dia gembira dengan sambutan diberikan. Malah Julia mengakui gementar dengan pilihan pakaiannya pada hari itu.

“Saya mencuba tiga baju berbeza sebelum datang ke sini,” katanya.

Akui Julia, kembali menjadi tumpuan media dan jurugambar bukanlah sesuatu yang diinginkannya. Katanya, dia juga tidak mengharapkan banyak tawaran berlakon.

“Apa yang saya harapkan ialah tawaran membintangi filem hebat dan peluang menjayakan watak yang tidak selalu datang dalam hidup,” katanya.

Ternyata Duplicity berjaya membawa bintang Pretty Woman ini kembali ke lokasi, tetapi bukan mudah bagi Owen kerana perlu memujuk Julia untuk berganding dengannya.

Kata Owen, dia mengajak Julia keluar makan malam dan memaklumkan kepadanya mengenai satu skrip yang baru saja dibacanya. Ia mempunyai watak yang cukup dinamik dan mengatakan alangkah bagusnya kalau mereka berdua dapat berlakon sama.

“Ketika itu dia mengandung dan saya perlu menunggu selama setahun sebelum dia bersedia membaca skrip dan bersetuju untuk berlakon,” kata Owen.

 

 

Owen dan Julia pernah berganding dalam Closer pada 2004. Untuk Duplicity, mereka turut melakonkan aksi panas. Julia mengakui, babak cium dengan Owen paling membuatkan dirinya tidak selesa ketika di lokasi.

“Ia menjadi sukar apabila anda saling mengenali satu sama lain dengan rapat kerana membuat anda saling berpandangan dan mengatakan ia sesuatu yang sangat tidak selesa.

“Tidak cukup dengan itu, di lokasi juga ada anak saya, Henry yang sentiasa memerhatikan saya dari satu sudut. Memang agak teruk situasinya ketika itu,” katanya.

Apa yang lebih membimbangkan ibu tiga anak, Phinnaeus, Hazel dan Henry ini ialah perasaan malu untuk mendedahkan tubuhnya di depan kamera untuk babak panas itu, tidak lama selepas dia melahirkan anak.

“Sejujurnya saya mengakui agak panik ketika itu. Saya baru saja melahirkan anak dan sepatutnya berada di rumah dengan memakai seluar khas untuk mengembalikan bentuk badan.

“Untuk babak itu memang mencabar kerana kami ketawa sepanjang masa. Agak malang buat pengarah Tony Gilroy berhadapan situasi itu dan terpaksa bersabar dengan kami. Babak panas itu menjadi detik melucukan buat kami berdua,” katanya.

Mengenai pembahagian masa antara kerjaya dan tiga anak hasil perkahwinan dengan Danny Moder, Julia mengakui tidak menghadapi masalah kerana mendapat sokongan yang sangat baik daripada anak dan suami.

“Agak mengejutkan kerana semuanya berjalan dengan mudah. Saya bertuah mempunyai anak yang baik, suami yang hebat dan mereka memberi sokongan penuh terhadap kerjaya saya.

“Saya sangat bahagia apabila menjadi ibu sepenuh masa dan berada jauh daripada kehidupan gemerlapan bintang di Hollywood. Kehadiran anak-anak dan suami tidak akan membuatkan hidup saya bosan.

“Saya dan Danny pernah bercakap apa yang akan kita lakukan dengan masa yang kita ada. Sebabnya sebelum itu saya tidak tahu hinggalah apabila saya melaluinya sendiri, ternyata masa berlalu dengan cepat,” katanya.

Sejak berkahwin dengan jurugambar Daniel Moder dalam majlis rahsia pada 4 Julai 2002, Julia memilih untuk menyepi dari Hollywood untuk mencapai impian menjadi ibu. Ia perkahwinan kedua Julia selepas bercerai dengan Lyle Lovett pada 22 Mac 1995.

Kelahiran kembar Hazel dan Phinnaeus pada 28 November 2004 diikuti Henry Daniel Moder pada 18 Jun 2007, melengkapkan hidup Julia.

Kata Julia, kunci kebahagiaan keluarga dan perkahwinannya ialah perasaan kasih sayang. Katanya, perkara penting yang dilakukan apabila mempunyai anak ialah menyayangi kehadiran satu sama lain.

“Saya menjadi wanita paling bertuah sekarang,” katanya.

Walaupun berjaya mengumpul kekayaan hasil lakonan dan meraih kegemilangan ketika usia 30-an, era Julia dikatakan mula malap sejak lapan tahun lalu bermula 2001 apabila berlakon Ocean’s Eleven.

Malah filem ini tidak boleh disifatkan filem Julia kerana menggandingkan nama besar, George Clooney, Brad Pitt dan Matt Damon. Lakonannya menerusi empat filem selepas itu, Full Frontal, Confessions Of A Dangerous Mind, Closer dan Mona Lisa Smile tidak mampu mengangkat kembali namanya sebagai pelakon yang punya tarikan pecah panggung.

Ini berbeza dengan zaman kegemilangannya selama empat tahun pada 1997 melalui My Best Friend’s Wedding, Conspiracy Theory, Stepmom, Notting Hill, Runaway Bride, Erin Brokovich, The Mexican dan America’s Sweethearts. Filem Erin Brokovich juga memberi Oscar kepada Julia pada 2000.

Pesona bintang kelahiran Georgia, Amerika pada 28 Oktober 1967 itu mula ‘dilihat’ selepas membintangi Pretty Woman bersama Richard Gere pada 1990. Tapi kini sudah hilang dan era kegemilangannya berakhir ketika usianya 33 tahun.

>Profil

Nama sebenar: Julia Fiona Roberts

Tarikh lahir: 28 Oktober 1967

Tempat lahir: Smyrna, Georgia, Amerika

Tinggi: 175 sentimeter

Status: Berkahwin (4 Julai 2002)

Suami: Daniel Moder

Anak: Kembar Hazel dan Phinnaeus, Henry Daniel Moder

Kerjaya: Pelakon:

Filem: Duplicity (2009), Fireflies In The Garden (2008), Charlie Wilson’s War (2007), Ocean’s Twelve (2004), Closer (2004), Mona Lisa Smile (2003), Full Frontal (2002), Confessions Of A Dangerous Mind (2002), Ocean’s Eleven (2001), America’s Sweethearts (2001), The Mexican (2001), Erin Brockovich (2000), Runaway Bride (1999), Notting Hill (1999), Stepmom (1998), Conspiracy Theory (1997), My Best Friend’s Wedding (1997),

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Clive Melancong Sambil Berlakon

21 Mar

Susunan JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my

CLIVE OWEN mengakui bahawa filem lakonannya, The International bukannya sebuah projek mega. Namun, ia adalah sebuah karya thriller yang berlandaskan isu semasa iaitu kegawatan ekonomi dunia. Semasa sistem kewangan dunia cuba untuk pulih daripada kemerosotan yang tidak dijangka, urus niaga dalam pasaran mata wang dunia telah dikawal lebih ketat dan rapi.

Berlatar belakangkan dunia perbankan antarabangsa, The International memberi fokus kepada urus niaga gelap sebuah bank di Eropah yang cuba mendapatkan sebanyak mungkin keuntungan bagi menutup segala kerugian. Menyaksikan filem itu mungkin akan membuat penonton tertanya-tanya di mana duit mereka di dalam bank dan apa yang dilakukan oleh pihak bank dengan duit mereka itu.

Itu salah satu sebab yang menyebabkan Clive tertarik dengan filem ini selain daripada keinginan untuk bekerjasama dengan pengarah yang dikagumi, Tom Tykwer. Menyukai hasil kerja Tom termasuk Run, Lola, Run, Heaven, dan Perfume, Clive terus bersetuju tanpa membaca skripnya terdahulu.

“Dulu saya lebih mementingkan skrip tetapi sekarang lebih menjurus kepada pengarahnya. Saya amat bertuah untuk bekerjasama dengan pengarah-pengarah yang saya kagumi. Saya tidak kisah filem itu diterbitkan oleh syarikat kecil atau studio besar. Saya akan terus bersetuju asalkan dengan pengarah bagus,” cerita Clive.

Clive memainkan peranan sebagai Loius Salinger, bekas detektif di Scotland yang kini bekerja dengan Interpol yang perlu mengesan satu urus niaga haram sebuah bank Eropah yang melibatkan penjualan senjata serta kegiatan menerapkan pengaruh dalam negara-negara Dunia Ketiga yang tidak stabil.

“Watak saya adalah seorang lelaki yang tahu sesuatu yang teruk sedang berlaku. Namun, Loius juga sedar bahawa dia bukannya sedang berdepan dengan sebuah bank yang berpengaruh tetapi juga semua hubungan politikal yang terlibat.

“Kuasa mereka besar dan luas dan semakin mendalam Loius mencari jawapan, dia kemudian mula sedar betapa berpengaruhnya mereka yang terlibat dalam dunia politik,” kata Clive mengenai wataknya yang memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental.


PENUH aksi. Clive Owen bergandingan dengan aktres Naomi Watts dalam filem, The International.

Menikmati ‘percutian’ semasa penggambaran The International, Clive berada di pelbagai lokasi berlainan termasuk Jerman, Itali, Amerika Syarikat (AS) dan Turki. “Rasanya Tom telah menggunakan lokasi dengan sebaiknya dan telah menjadi sebahagian daripada jalan cerita.

“Anda akan merasakan diri anda sedang melancong semasa menonton filem ini. Namun, fokus utama filem ini adalah Berlin sebelum kami melawat New York dan Istanbul,” jelas Clive yang mempunyai lima adik-beradik.

Sebelum memulakan penggambaran The International, Clive telah menerima pelbagai material mengenai latar belakang cerita oleh pengarahnya. Katanya, Tom telah melakukan banyak penyelidikan dan menghantar informasi mengenai operasi bank, teori konspirasi dan sebagainya.

“Memang saya ada membaca semuanya tetapi secara jujur, saya tidak suka melakukan penyelidikan untuk watak yang dipegang saya. Asalkan saya tahu apa yang sedang saya lakukan, yakin dan mempercayai skripnya. Saya tidak perlu pergi bekerja dengan Interpol selama enam bulan untuk menyakinkan watak saya sebagai Loius,” ujar Clive mengenai filem yang turut dibintangi Naomi Watts itu.


PERNAH melakonkan watak gay yang mencari cinta, Owen melihat lakonannya sebagai tidak pernah memberikan impak kepada penonton.

Di set penggambaran, Clive kagum dengan skil Tom yang mampu mengawal produksi sebesar ini dan mengembara ke seluruh dunia. “Pengarahan adalah mengenai cita rasa. Ada orang akan menunjukkan props kepada anda dan anda perlu memberitahu sama anda menyukainya. Begitu juga dengan kostum dan benda-benda lain.

“Tom mempunyai cita rasa tinggi dalam semua aspek pembikinan filem. Ditambah dengan barisan krew produksi yang berkaliber, tiada apa yang perlu dirisaukan oleh saya. Dia adalah antara pengarah terhebat yang pernah saya pernah bekerjasama,” tambah Clive, 44.

Pernah terlibat dalam filem seperti The Insider, Children of Men, Closer dan Sin City, Clive yang lahir dan dibesarkan di Coventry, England mula berlakon di zaman persekolahan. Selepas menghabiskan pelajar di Royal Academy of Dramatic Art, Clive dengan pantas telah mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang aktor berbakat di Britain.

Menerima tawaran berlakon dengan Young Vic Theatre Company dan siri di televisyen dalam drama Chancer (1990) sebagai watak utama, Clive mula dilihat layar perak menerusi filem Vroom (1988) bersama David Thewlis.

Filem seterusnya adalah bersama pengarah Stephen Poliakoff, Close My Eyes (1991). Percubaan seterusnya menyaksikan Clive memegang watak Max, seorang lelaki gay yang mencari cinta dengan cara ekstrem dalam Bent (1997).

“Sebenarnya saya tidak pernah melakonkan apa-apa yang memberi impak kepada penonton AS. Saya seronok terlibat dalam filem skala kecil dan teater tetapi penglibatan dalam filem Croupier (1997) telah mengubah nasib saya.

“Itu adalah permulaan yang menyeronokkan bagi saya di AS. Anda tidak boleh membina karier lakonan dalam filem jika hanya berkisar di England kerana industri perfileman di sana amat terhad. Anda perlu memberi kesan di AS dan saya bernasib baik dapat lakukannya dengan filem Croupier,” jelasnya.

Impak karya Croupier telah membuka peluang kepada Clive untuk terlibat dalam filem seperti King Arthur, Beyond Borders, Sin City serta pengalaman berlakon dengan Angelina Jolie. Dia juga menyertai Julia Roberts, Jude Law dan Natalie Portman dalam filem Closer (2004).

“Mendapat watak dalam Closer adalah seperti mendapat hadiah daripada seseorang. Bukan senang untuk mendapat gabungan skrip, pelakon serta pengarah yang hebat dalam sebuah filem,” jelasnya yang sekali lagi bergandingan dengan Julia Roberts menerusi Duplicity.

Clive, bersama isteri, Sarah-Jane Fenton serta dua orang anak perempuannya, Hannah dan Eve kini sedang menetap di London. Aktor ini memberitahu dia menetap di sana sejak menghadiri sekolah drama dan kedua orang anaknya gembira dengan kehidupan di London.


AURA antarabangsa. Di sebalik kesibukan karier lakonannya, Owen tidak lupa tanggungjawab hakikinya sebagai seorang suami dan bapa.

Namun, mengembara ke lokasi penggambaran bermaksud dia akan berjauhan dengan keluarganya. Clive bagaimanapun bijak membahagikan masa dengan lakonan dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua kepada keluarganya.

“Anda perlu membahagikan masa untuk memastikan hidup anda seimbang. Saya mengambil kerjaya saya sebagai sesuatu yang serius tetapi itu hanya semasa bekerja. Apa yang utama adalah kebahagiaan yang diberikan oleh keluarga saya,” ujarnya yang membesar dalam keluarga berpecah-belah.

Kosmo