Archive | Kris Dayanti RSS feed for this section

Jarum Emas: Siti Bagai 'Senjata'

11 Jan

Oleh Adam Salleh

Rap
BUKAN mudah menjadi Datuk Siti Nurhaliza. Sejak remaja hingga ke alam rumah tangga, mencecah pula usia 30 tahun pada hari ini, Siti tidak sunyi direjam gosip yang boleh mencabar kewarasan diri.

Apa pun, selama 14 tahun dalam dunia seni, satu hal harus dipuji ialah, sukar mendengar Siti saman wartawan.

Tidak seperti segelintir artis spesies ‘poyo’ dan suam-suam kuku, pantang wartawan buat silap, mahu saja disamannya. Pusing kiri, pusing kanan, akhirnya artis itu bertemu kembali wartawan disamannya.

Dua hari sebelum hari ulang tahun ke-30 Siti, peminat khususnya pembaca Harian Metro sedia maklum mengenai berita Siti sedia berhenti menyanyi jika ia mampu menghentikan tohmahan rumah tangga mereka.

Kenyataan Siti dibuat pada sidang akhbar tergempar di Balai Berita bagi mengulas gosip hebat yang melanda rumah tangganya sejak akhir-akhir ini. Siti kesal dengan fitnah yang ditaburkan.

Reaksi peminat, belum ada maklum balas, cuma sebagai pemerhati, saya tidak setuju Siti berundur kerana tidak tahan dengan tohmahan. Hampir suku abad menjadi penyanyi, Siti sudah lali dan pasti dia faham apa yang terjadi pada dirinya, itulah harga yang perlu dibayar sebagai anak seni.

Bagi saya, pengunduran Siti akan merugikan dunia hiburan kita, terutama bidang nyanyian. Kita maklum, pasaran album kini kian lesu ibarat hidup segan mati tidak mahu. Stesen radio pula banyak dikuasai lagu penyanyi seberang hingga peminat terlupa untuk menyanjung artis tempatan.

Populariti yang ada pada Siti hakikatnya ‘senjata’ paling hebat bagi mewakili artis kita untuk meresahkan penyanyi luar, khususnya dari seberang. Setidak-tidaknya dengan adanya Siti di persada seni, penyanyi seperti Kris Dayanti, Agnes Monica atau Ruth Sahanaya kecut perut juga dibuatnya.

Kalau pun Siti mahu berundur, paling sesuai jika dia sudah dikurniakan cahaya mata. Namun kalau boleh, biar pelapis Siti dihadirkan dulu sebelum tiba Siti mengucap hi, hi, bye, bye dunia seni.

ADAM: Patah sayap terbang jua.

Harian Metro

Hadiah Hari Jadi Mempelai

5 Jan

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap
BIAR terpisah beribu batu, kalau sudah namanya jodoh takkan ke mana. Begitulah perkahwinan penyampai Suria FM, Zafrina Abdul Rahman (Zaff), 27 dan pasangannya, Suffian Harris Mustapa (Opie), 30, diandaikan.

Berkenalan pada 2004, pasangan ini terputus hubungan sebaik Zaff tamat menjalani tempoh praktikal di stesen televisyen popular, ntv7. Sejak itu, mereka tidak pernah bertemu sehingga kembali bertentang mata pada Konsert 3 Diva (yang menampilkan tiga penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan TitI DJ) di Stadium Bukit Jalil pada 25 Mac 2007.

Bercerita lanjut, kisah itu, Zaff berkata, pertemuan itu hanya sekilas dan mereka tidak sempat berbual ketika pertemuan itu. Bagaimanapun, katanya, keesokan harinya, Suffian bertanya dalam My Space, ‘I macam nampak you semalam di 3 Diva’.

“Saya pun katakan perkara yang sama padanya. Perbualan kami kemudian terhenti setakat itu saja. Bagaimanapun, kawan-kawanlah yang bertanggungjawab mempertemukan kami kerana ada yang tahu saya memang minat melihat cara Opie sejak praktikal di ntv7 lagi.

“Cuma waktu itu tidak ada apa-apa perasaan memandangkan saya sudah ada teman lelaki. Jadi apabila mereka (kawan) tahu saya kembali solo (putus cinta), ramailah merancang untuk pertemukan kami.

“Saya bersyukur sebenarnya. Sewaktu memperkenalkan Opie kepada keluarga dan tatkala bapa meluahkan hasratnya untuk melihat saya mendirikan rumah tangga tahun ini, Opie memperlihatkan reaksi positif.

“Tidak pula dia merungut belum bersedia atau memberi pelbagai alasan. Malah saya sangat bersyukur kerana tidak ada sebarang masalah seperti kewangan sepanjang merancang majlis ini,” katanya.

Berkongsi bintang yang sama iaitu Capricorn, Zaff dan Suffian menganggap hari perkahwinan mereka adalah hadiah hari jadi paling bermakna buat mereka.

Zaff dilahirkan 22 Disember 1981 sementara Opie pula 12 Januari 1977 dan mereka bertunang September lalu. Sebelum pasangan pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Al-Ikhwaniah, Taman Cheras Utama, pada 29 Disember, jam 3 petang.

Manakala 1 Januari 2009 dipilih sebagai tarikh untuk melangsungkan majlis persandingan mereka yang diadakan di Dewan Komuniti Taman Tun Dr Ismail, Jalan Anthinappan, Kuala Lumpur.

Mengenai keistimewaan Zaff pada mata Suffian, jejaka tampan itu mengakui sukakan keperibadian isterinya yang baik selain Zaff seorang wanita yang unik kerana tidak pandai memasak.

“Selalunya orang akan cakap soal persamaan tapi saya sukakan Zaff kerana dia tidak pandai memasak. Saya pula jenis lelaki yang tidak kisah sebab itulah saya boleh menerima kekurangannya. Lagipun Zaff jujur mengakui kelemahannya.

“Kriteria lain tentu sekali kerana dia cantik, cukup sifat. Malah seperkara yang membuatkan saya sangat tertarik dia bukan jenis perempuan yang suka bersosial di luar. Sewaktu bekerja di ntv7 dulu bahkan sekarang ini setiap kali cukup waktu pulang kerja dia akan terus pulang ke rumah,” katanya.

Sementara Zaff yang mengendalikan segmen ‘Suria Drive-In’ setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 petang hingga 8 malam, tertarik pada Suffian kerana dia memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

“Opie seorang yang penyabar sementara saya agak baran sikit. Biasanya dia akan tenangkan saya setiap kali naik darah. Orangnya juga lucu malah menepati ciri-ciri lelaki idaman saya iaitu berkulit gelap, kurus dan tinggi.

“Selain itu, saya sukakan lelaki yang aktif dan Opie mempunyai pelbagai aktiviti misalnya terbabit dalam sukan paintball dan bola lisut.

“Satu lagi kriteria yang memang saya cari pada seorang suami ialah lelaki yang tidak merokok dan Alhamdulillah Opie bukan perokok,” katanya.

Mengenai destinasi bulan madu, Zaff dan suami akan ke Pulau Langkawi pada 6 Januari ini kemudian ke United Kingdom pertengahan 2009.

Selain menikmati bulan madu di sana, Zaff juga mengambil kesempatan menemui adiknya yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara itu.

“Rasa tidak lengkap dan sedih sebenarnya apabila adik tidak dapat turut serta pada majlis persandingan hari ini tapi apakan daya, tiket terlalu mahal kerana musim salji sekarang. Justeru saya dan suami merancang untuk menemuinya nanti pertengahan tahun ini,” katanya.

Mata yang terikat dek kejelitaan dan ketampanan pasangan mempelai, juga tidak mampu menolak untuk melihat keanggunan primadona filem Melayu, Erra Fazira yang turut hadir bersama suaminya Engku Emran.

Erra yang kini mengandung tujuh bulan mengakui mengenali Zaff sejak penyampai Suria Fm itu masih bersekolah dan lebih 10 tahun bersahabat. Banyak perkara yang dikongsikan Zaff bersamanya termasuk hubungan cintanya yang lalu.

“Tahniah kepada mempelai. Inilah perkahwinan yang diharapkan Zaff dan Alhamdulillah sekarang impiannya sudah termakbul.

“Sebagai kawan, kami memberi galakan siapa pun pilihan Zaff dan saya lihat Opie seorang lelaki baik dan bersungguh. Diharapkan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.

Sementara itu suami Erra yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin mengharapkan Zaff sentiasa bahagia.

“Zaff seorang pekerja yang berdedikasi tinggi dan komited dengan kerjanya. Opie lelaki bertuah kerana beristerikan Zaff,” katanya.

Majlis itu, turut diserikan lagi dengan kehadiran selebriti terkenal seperti penyanyi Farawahida, pelakon Linda Hashim. Izwan Pilus, Herman Tino dan isteri, Noraini Ibnu serta penyampai Suria FM.

Harian Metro

Kenali Gaya: Potongan Baju Tentukan Imej Badan

14 Dec

Kebaya Malindo mengelak tubuh nampak gempal manakala efek seperti kipas dibuat pada leher jadi titik tumpu baju

Soalan :
SAYA berusia 27 tahun dan bakal melangsungkan perkahwinan awal tahun depan. Ketika majlis persandingan di sebelah pihak saya (perempuan), saya merancang untuk menempah sepasang baju dan sepasang lagi untuk dipakai ketika bersanding di pihak lelaki. Untuk makluman, saya berkulit cerah, tinggi 157 sentimeter (sm) dan memiliki bentuk tubuh pear (ukur lilit pinggang sekitar 30 sm dan pinggul 38 sm). Saya bercadang untuk menggayakan kain renda berwarna keemasan pada majlis saya dan renda warna krim bersama songket coklat ketika majlis di pihak lelaki.

Adakah pilihan warna itu akan menampakkan saya gempal? Harap saudara dapat melakarkan fesyen sesuai untuk saya yang bertudung.

Anonymous, melalui e-mel

Jawapan:
Bagi menghasilkan busana perkahwinan, pemilihan warna bukan satu masalah atau faktor yang membuatkan anda kelihatan gempal.

Sepatutnya anda memilih warna sesuai tona kulit dan tema majlis, serta suasana dan faktor sekeliling majlis itu. Untuk mengelakkan anda kelihatan gempal pastikan anda mendapatkan rekaan baju sesuai potongan badan.


Jovian Mandagie

Potongan sesuatu baju itu akan menentukan imej badan anda pada hari perkahwinan kelak. Sebaik-baiknya buat gaya baju yang banyak menutup kekurangan badan dan lebih menonjolkan bahagian yang dirasakan menjadi aset anda.

Lakaran kali ini dibuat berkonsepkan Malindo, inspirasi daripada pertembungan gaya dari Malaysia dan Indonesia. Potongan kebaya dibuat tidak terlalu pendek tapi menutupi bahagian pinggul yang bersaiz besar.

Supaya kekurangan badan anda terlindung dari pandangan mata, efek seperti kipas dibuat pada leher pula menjadi titik tumpu pada baju.

Padanan kain renda dan songket sudah tentu menaikkan seri baju anda namun pastikan kedua-dua bahan tidak diadun keterlaluan sehingga menimbulkan kekusutan pada mata pengunjung yang hadir.

PROFIL: Jovian Mandagie

Usia : 22 tahun

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Fesyen, Universiti Lim Kok Wing

Pereka muda ini sering menjadi bualan kerana cetusan ilhamnya yang segar berinspirasikan gaya Malindo. Dia juga sering terbabit menghasilkan persalinan untuk selebriti terkenal antaranya Datuk Sharifah Aini, Datuk Siti Nurhaliza, Linda Onn, Misha Omar, Amber Chia, Kris Dayanti dan Rossa.

Sebarang pertanyaan, hubungi Jovian di Jovian Mandagie, 95, Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur atau 03-22844095.

INFO:Jika anda mempunyai kemusykilan mengenai fesyen sesuai dengan diri atau majlis yang hendak dikunjungi, ruangan ini mungkin dapat membantu. Hantarkan masalah anda untuk dijawab pereka fesyen berlainan setiap minggu melalui emel di bminggu@bharian.com.my atau pos ke alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau faks ke 03-22822425.

Berita Harian

Kenali Gaya: Baju Labuh Lepas Punggung Tutup Kelemahan

30 Nov


WARNA gelap bagi bahagian bawah badan sesuai untuk mengelakkan penonjolan bentuk paha dan pinggul.

Material berkilau, lembut tak sesuai jika berbadan gempal

Soalan:Saya gadis remaja bertudung berusia 19 tahun. Saya berbadan gempal tetapi masalahnya ialah kegemukan di pinggang ke kaki (gemuk bawah seperti di paha, pinggul). Apa fesyen sesuai boleh saya gayakan untuk menutup dan menampakkan bahagian bawah badan saya tampak kecil? Ema Hussin.

Jawapan:Bagi mereka yang berbadan agak gempal saya sarankan anda memakai pakaian yang tidak terlalu ketat di bahagian atas. Tujuannya untuk melindungi bentuk tubuh supaya tidak terlalu jelas.

Pemilihan kain pula sebaiknya jenis material yang tidak berkilau dan terlalu lembut kerana ia akan menonjolkan lagi bentuk badan anda.

Pilihan warna lembut atau pastel bahagian atas (baju) sesuai untuk anda kenakan jika ingin keluar beriadah atau ketika menghadiri majlis kasual.

Manakala pilihan warna ceria sebaik-baiknya dipakai untuk ke majlis lebih formal dan padanan untuk kedua-dua pilihan baju berkenaan adalah sebaik-baiknya di dalam warna gelap seperti hitam dan coklat tua.


Jovian Mandagie

Tujuan pemilihan warna gelap untuk bahagian bawah badan adalah untuk mengelakkan bahagian bawah paha dan pinggul kelihatan nyata.

Ada taktik lain yang boleh dilakukan untuk menutup paha dan pinggul anda yang besar, caranya dengan mengenakan pakaian (baju) yang lebih panjang dan labuh menutupi paras pinggul. Cuba dan lihat kelainan gaya, pasti anda tampil lebih bergaya.

PROFIL: Jovian Mandagie

Usia : 22 tahun

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Fesyen, Universiti Lim Kok Wing

Pereka muda ini sering menjadi bualan kerana cetusan ilhamnya yang segar berinspirasikan gaya Malindo. Dia juga sering terbabit menghasilkan persalinan untuk selebriti terkenal antaranya Datuk Sharifah Aini, Datuk Siti Nurhaliza, Linda Onn, Misha Omar, Amber Chia, Kris Dayanti dan Rossa.

Sebarang pertanyaan, hubungi Jovian di Jovian Mandagie, 95, Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur atau 03-22844095.

INFOJika anda mempunyai kemusykilan mengenai fesyen sesuai dengan diri atau majlis yang hendak dikunjungi, ruangan ini mungkin dapat membantu. Hantarkan masalah anda untuk dijawab pereka fesyen berlainan setiap minggu melalui emel di bminggu@bharian.com.my atau pos ke alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau faks ke 03-22822425.

Berita Harian

Dengarnya…: Erwin Gutawa Cari 3 Diva Baru

24 Nov

Oleh Normah Becok

SEKALI sekala Cik Normah hendak juga berubah angin menyampaikan gosip dari seberang. Kebetulan Cik Normah baru saja bertemu dengan bekas kekasih Cik Normah zaman anak dara dulu. Dia ini memang pemuja setia Cik Normah walaupun kini Cik Normah sudah bersuami.

Maaf ya! Kalau nak kongsi gosip boleh tapi kalau nak ajak berkongsi Cik Normah, memang tak sesuai. Berbalik pada cerita teman Cik Normah ini, dia berkata sejak berkerat rotan berpatah arang dengan tiga diva terdahulu iaitu Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ, pengasasnya, Erwin Gutawa sedang mencari muka baru untuk dijadikan 3 Diva Junior. Khabarnya, bekas pengarah muzik teater P Ramlee The Musical ini sudah pun bertemu dengan dua calon sesuai. Mereka adalah penyanyi yang cukup popular di Malaysia, Rossa dan juga Agnes Monica. Dan Erwin juga sedang mengintai-intai siapakah calon ketiga yang paling layak untuk menerima anugerah yang paling glamor itu.

Wah! Ternganga Cik Normah apabila mendapat tahu cerita ini kerana bukan calang-calang penyanyi yang mampu menganggotai kumpulan itu. Kalau suara tak meletup, persembahan tak ‘vazz’ dan wajah tak cantik, jangan harap nak dapat gelaran tu.

Siapalah agaknya yang bertuah untuk jadi calon ketiga itu ya? Buat Pak Erwin, kalau benarlah dia sedang mencari calon ketiga, Cik Normah nak juga mencadangkan diri ini. Iyalah, apa kurangnya Cik Normah dengan yang dua orang itu. Cik Normah boleh nyanyi, showmanship pun hebat dan bukan saja cantik, tapi potongan badan masih bergetah, pendek kata tak banyak beza dengan si Rossa tu.

Lagipun apalah gunanya gelaran Diva yang Cik Normah dapat dari internet dan forum kalau tak mahu menggunakannya? Jadi nampaknya memang lengkaplah pakej untuk Cik Normah menyertai kumpulan itu.

Berita Harian

Ayu's The One

15 Oct

Norayu credits her parents for her success.

Norayu Damit may be a Bajau girl made good but, as DENNIS CHUA finds out, the One In A Million Season 2 winner has not allowed success to go to her head.

REALITY talent show star Norayu (Ayu) Damit may have won RM1 million (before the age of 20 at that!), but the lass is not about to be carried away.

The 19-year-old reigning champion of One In A Million Season 2 (OIAM2) from Putatan in Penampang, Sabah, sees her monetary gain as an investment for the future.

“Some RM200,000 went to me and my family, while the rest was used to produce my albums and for other professional activities. Since winning the competition, I’ve had to work hard but I’m enjoying every bit of it,” she said.

Besides working on her debut album that is likely to be launched at the year’s end, Ayu has been involved in roadshows and carnivals organised by TV3 and 8TV, most notably TV3’s Konsert Jom Heboh.
“My album will be ballad-oriented. There’s also R&B and pop-rock in it. Among the composers and lyricists involved are Ajai, Audi Mok and Aubrey Suwito,” she said.

Ayu’s hit single, Hanya Di Mercu, composed by Aubrey and written by Habsah Hassan, is currently riding high in the local charts.

While the petite Bajau girl is celebrated as a pop icon in her home state, she credits her seniors from reality talent shows and TV talent searches as the “real icons” and trail-blazers.

They include Peter Dicky Lee and Azharina Azhar of Bintang RTM, Nikki Palikat of Malaysian Idol, Adam Mat Saman, Ekin Rahman and Stacy Anam of Akademi Fantasia, and Pija Yasin and Fiq Halim of Mentor.

“Peter has been a wonderful vocal coach and he is still guiding me. Nikki, Adam and Fiq are very caring and always advise me to keep healthy and ‘be myself’,” she said, adding that her favourite singers are Amy Search, Kris Dayanti, Azharina, Jaclyn Victor and Ning Baizura.

The eldest of five siblings, Ayu has been singing since she was 14.

Born and bred in Kampung Ketiau, she studied in Sekolah Menengah Putatan and participated in district-level singing contests before “graduating” to hotels in neighbouring Kota Kinabalu.

Her aunt, Saodah Mutih, is a veteran singer, who performs with the Sabah Customs Department’s musicians.

“I was in Form Two when I first sang on stage. The earliest songs I remember singing were Tiada Lagi and Mayang Sari,” she said.

Ayu performed with various groups in hotel lounges after completing her SPM exams in 2006.

In the same year, she competed in One In A Million Season 1 (OIAM1), but did not make it past the Top 40.

Nevertheless, judges Paul Moss and Syafinaz Selamat were impressed by her vocal prowess and invited her to sing at the show’s finals.

A year later, Ayu took part in the ntv7 talent search show MyStarz LG and made it to the Top 25. This was followed by OIAM2.

Ayu credits her parents Damit Osiri and Jaminah Mutih as her biggest fans and critics.

“They have always been there for me and never failed to give me feedback on my weekly performances,” she said.

Her parents, she said, keep reminding her that she comes from a family of “fighters”.

So it’s not surprising that Ayu’s strong fighting spirit propelled her from an OIAM1 reject to an OIAM2 champion.

Ayu’s victory led to some of her rakan kampung from Kota Kinabalu winning popular reality talent shows this year.

Stacy, who also participated in OIAM2, won Akademi Fantasia 6 while One Nation Emcees won Gang Starz 2.

“It’s been an amazing year for Kota Kinabalu talents, and I’m so happy for Stacy and the One Nation boys. I’d love to collaborate with them soon,” she said.

Ayu aspires to one day write her own songs, host entertainment shows and appear in television series.

“If I were to further my studies, it’ll be in music and the performing arts,” she said, adding that she would also love to master the piano.

Ayu sees reality shows as a healthy development in the music industry.

“Reality talent shows introduce East Malaysian talents to the rest of the country, thus promoting national unity. That’s why I’m all for them,” she said.

Ayu is gradually mastering both Bahasa and the English language.

“I still have a long way to go, but with 8TV’s guidance, I’m slowly picking up these languages,” she said.

New Straits Times

Fragmen: Keterbukaan Kita Biarlah Ada Batasannya

10 Sep

Oleh Zainuri Misfar
zainuri@bharian.com.my

BEBERAPA wartawan dari Indonesia mengemukakan pertanyaan kepada Presiden Karyawan, Freddie Fernandez iaitu kenapa lagu dari mereka menjadi isu besar dalam kemasukan negara luar dan adakah kemasukan lagu Indonesia menjejaskan industri muzik Malaysia.

Mereka mengemukakan pertanyaan ini selepas majlis penyerahan memorandum daripada Karyawan kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor di Putrajaya.

Pertanyaan isu memang ada logiknya. Ia kerana kenapa tidak juga dipertikaikan lagu dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil kerana pasti sebahagian besar daripada lagu yang disiarkan di radio tempatan adalah lagu import.

Memang kita patut mempersoalkan stesen radio aliran Inggeris sejauh mana mereka memberi sokongan terhadap penyanyi tempatan yang merakamkan lagu bahasa Inggeris. Bagi lagu Indonesia pula, ada yang mempersoalkan kenapa kita hendak bising pasal isu ini.

Mereka berpendapat kemasukan lagu Indonesia ke Malaysia sudah berlaku sejak dulu lagi, difahamkan sejak 1960-an atau mungkin 1950-an lagi.

Ada pihak berasakan stesen radio menyiarkan lagu dari Indonesia kerana kualiti lagu tempatan semakin merosot dan tidak sedap didengar. Mereka mendakwa karyawan muzik tempatan takut dengan persaingan. Pendapat itu juga memang kebenarannya.

Karyawan muzik kita daripada penyanyi, pencipta, komposer, penulis lirik, penggubah lagu dan pekerja di studio muzik harus memikirkan secara serius kenapa mutu muzik Malaysia merosot sejak akhir-akhir ini. Tanpa perlu menyalahkan pihak lain, karyawan muzik kita harus berbuat sesuatu supaya industri muzik tanah air kembali bersinar.

Namun begitu, sokongan daripada stesen radio popular sangat diperlukan.

Isunya bukan kita mendesak penyiaran lagu Indonesia atau negara lain dihentikan. Cuma mesti imbangan dan keutamaan antara hak kita dengan orang luar. Pada masa sama, kita tidak mahu stesen radio dan TV macam rakan kita di Indonesia yang tidak buka pintu kepada karya daripada Malaysia.

Bagi kita, tidak salah bagi karyawan muzik dan filem serta penerbit drama tempatan membangkitkan hak mereka.

Sepanjang Ramadan ini, banyak program bagus diterbitkan dan disiarkan oleh semua stesen TV kita. Penonton mempunyai banyak pilihan kerana stesen TV menyediakan beraneka program, daripada masakan kepada drama berangkai hingga program berbentuk majalah serta dokumentari pendek bermaklumat dan berilmu untuk penonton.

Ia bukti karyawan kita dan stesen TV boleh hasilkan produk bermutu yang lebih bagus daripada produk import. Walaupun persaingan merebut penonton sangat sengit, namun semua stesen TV tidak bertolak ansur terhadap mutu penerbitan. Oleh itu, sudah tiba masanya stesen TV kita membataskan penggantungan program luar. Persaingan terlalu sengit di kalangan stesen TV di negara itu kadang-kadang mewajarkan syarikat penerbitan di sana menghasilkan program yang tidak bermutu langsung. Malahan isu atau konflik yang dipaparkan dalam drama yang diimport dari Indonesia juga tidak berbeza dengan cerita dalam drama terbitan penerbitan Malaysia. Malahan sesetengah drama mereka lebih buruk daripada drama kita seperti dialognya yang kasar, konti tidak seragam, solekan yang tebal walaupun hanya cerita bercorak keagamaan, pelakon bertatu dan banyak lagi.

Sekali lagi ditegaskan, ia bukan bermaksud stesen TV perlu hentikan program daripada negara seberang itu. Cuma selain dibataskan, biarlah program yang diimport itu benar-benar bermutu dan lain daripada yang lain.

Kita jangan jadi rakyat negara sana yang tidak tahu apa-apa mengenai personaliti, tokoh seni dan hiburan negara kita. Pengalaman bertemu dan berbual dengan beberapa wartawan Indonesia membuktikan pengetahuan mereka terhadap perkembangan filem, muzik dan kesusasteraan Malaysia memang sangat cetek. Ia mungkin disebabkan pendekatan tertutup yang menjadi amalan mereka sejak sekian lama.

Berbeza dengan rakyat Malaysia. Keterbukaan kita menjadikan kita tahu nama personaliti dan artis popular di sana. Kita juga kenal siapa itu Hamka, Pramoedya Anantatur, Redra, Teguh Karya, Slamet Rahardjo dan ramai lagi.

Kita juga mengenali siapa itu Dlloyds, Diana Nasution sehinggalah kepada penyanyi generasi sekarang seperti Kris Dayanti, Rossa, Bunga Cinta Lestari hinggalah kepada kumpulan Matta dan Letto.

Tapi kalau kita ke Indonesia tanyalah kepada rakyatnya, siapa yang mereka kenal pasal pelakon dan penyanyi dari Malaysia, terutama daripada angkatan sekarang? Mereka sekadar boleh menyebut nama Tan Sri P Ramlee, Datuk Siti Nurhaliza, Sheila Majid, kumpulan Search dan beberapa nama lagi.

Kita bukan hendak memalukan penyanyi atau artis yang datang ke Kuala Lumpur untuk tujuan promosi album atau filem, tetapi realitinya apabila disoal siapa barisan penyanyi atau pelakon Malaysia, pastinya mereka terpinga-pinga dan tergagap-gagap menjawabnya. Mereka tidak tahu sebab sikap media dan stesen penyiaran di sana yang sangat tertutup dengan perkembangan dunia hiburan di Malaysia.

Oleh itu, dalam hal ini, kita sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri. Menerusi sifat keterbukaan kita ini, secara tidak langsung kita juga tahu apa kelebihan dan kekurangan mereka.

Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati. Keterbukaan kita mesti ada batasannya. Dalam apa keadaan sekalipun, keutamaan biarlah diberikan kepada hasil karya anak tempatan. Malahan, kalau sudah terbukti anak tempatan boleh menghasilkan karya lebih bagus, kenapa kita hendak terus bergantung atau mengimport produk luar.

Memang tidak dinafikan kemasukan lagu, filem atau drama dari luar sepatutnya dipandang secara positif. Ada yang berpendapat penyiaran lagu dari Indonesia patut dijadikan satu persaingan yang sihat kepada karyawan muzik tempatan. Pendapat itu betul.

Untuk bersaing secara sihat ini kita kena fahami sehingga ke peringkat akar umbinya. Banyak phak mempersoalkan kenapa kita pertikaikan kemasukan lagu dan drama Indonesia? Betul juga.

Sebenarnya, kita bangkitkan perkara ini sebab selama ini sering diuar-uarkan Malaysia dan Indonesia saudara sebangsa, bahasa dan budaya yang tidak banyak berbeza dan satu agama. Itu betul. Tapi kadang-kadang itu retorik saja. Kita di Malaysia saja yang meraikan kata-kata itu. Sebab itulah kita terbuka dan menerima lagu, drama dan filem mereka. Adakah ini membuktikan bahawa si abang tidak dapat menerima hakikat bahawa si adik sebenarnya lebih bagus dan maju?

Berita Harian