Archive | Kumpulan Feminin RSS feed for this section

Nurul Syuhada Rai Birthday Siapa?

11 May

AMBOI… siapa lelaki yang tengah hambus lilin sebelah pengacara Majalah Tiga tu? Adakah ini kekasih Nurul Syuhada seperti yang orang perkatakan selama ini?

Wah bukan main lagi mesranya mereka dalam beberapa keping gambar yang sampai ke tangan Joyah. Tapi janganlah terkejut cik abang yang tengah tiup lilin tu ialah Edd Razhe, Pembantu Peribadi kepada Pengerusi AirAsia.

Sebelum menyertai AirAsia, Edd merupakan pengurus kumpulan Feminin. Yang meriahnya sambutan hari jadi Edd pada 1 Mei lalu diadakan di sebuah restoran mewah menghadap lautan Pasific di Gold Coast, Australia.

Kebetulan pula Edd bersama rombongan Majalah Tiga membuat rakaman di negara Kanggaro itu. Istimewanya kali ini selain kawan-kawan rapat, Nurul Syuhada turut bersama memotong kek hari jadi untuk Edd.

Joyah dapat tahu, Nurul memberi hadiah istimewa iaitu minyak wangi di dalam sebuah kotak besar kepada Edd yang masih merahsiakan umurnya itu.

Selain minyak wangi itu, Nurul pun khabarnya ada membeli sebotol lagi minyak wangi. Untuk orang tersayang khabarnya. Siapakah orang itu?

Powered by Utusan Malaysia

Advertisements

Azman Fail Permohonan Hak Penjagaan Anak

16 Sep

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak perempuannya yang berusia 9 tahun.

Azman, 32, yang hadir di mahkamah kira-kira pukul 9 pagi bersama tunangnya, bekas ahli kumpulan Feminin, Asfarina Muhamad ataupun yang lebih dikenali dengan panggilan As memfailkan permohonan tersebut semalam.

Dia yang hadir hari ini untuk mendengar permohonan itu kelihatan bersahaja dan sesekali tersenyum serta menyapa wartawan yang sedang menunggu di luar mahkamah.

Kira-kira pukul 10 pagi, Azman dan peguam syarie Hazirah Othman yang mewakilinya dilihat masuk ke dalam kamar Hakim Syarie Mohd. Nasir Abdul Majid kira-kira 45 minit.

Mahkamah kemudiannya menetapkan pada 20 September ini untuk mendengar permohonan tersebut.

Difahamkan, anak perempuannya itu kini berada di bawah jagaan bekas isterinya, penyanyi dan pelakon Haleeda.

Azman dan Haleeda telah mendirikan rumah tangga pada 28 Januari 1985 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Amira Amani Azman, 9.

Pada 9 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini membenarkan permohonan Azman untuk bercerai talak satu dengan Haleeda.

Hakim Syarie Mohamad Fauzi Ismail memutuskan demikian setelah berpuas hati dengan lafaz cerai yang diucapkan oleh Azman terhadap Haleeda atau nama sebenarnya Halida Mazlin Badarudin dan meneliti dokumen-dokumen yang disertakan oleh pemain bola Selangor itu.

Mohamad Fauzi juga merekodkan persetujuan yang dicapai antara pasangan tersebut iaitu Azman bersetuju membayar nafkah edah kepada Haleeda sebanyak RM1,800 dan nafkah anak mereka, Amira sebanyak RM200 sebulan.

Azman melafazkan cerai talak satu kepada Haleeda, 31, di dalam mahkamah.

Powered by Utusan Malaysia