Archive | Maiya Rahman RSS feed for this section

Artis Bergaya Glamor

10 May

OlehHanni Tiara

ACARA penuh glamor Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-15 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada minggu lalu, diraikan dengan gaya yang cukup gah oleh artis-artis yang datang, termasuk dari Singapura.

Ada yang jelas begitu tinggi cita rasa berfesyen, tetapi ada juga yang serba tak kena gaya!Warna emas menjadi pilihan beberapa artis popular Malaysia, antaranya juara Akademi Fantasia, Mila (kanan), dengan gaun berkolar Mandarin, penyanyi Liza Hanim (kiri), dengan gaun tanpa lengan dan penyanyi Nora dengan gaun rekaan Michael Ong, tetapi membuat beliau kelihatan bulat.

Penyanyi dan pelakon Betty Banafe pula, tiba berpasangan dengan penyanyi Sean Ghazi (bawah, kiri). Apakah ada apa-apa di antara mereka berdua?

Tidak ramai artis Singapura yang datang, tetapi kehadiran mereka tetap menarik perhatian.

Aliff Aziz yang kerumuni peminat, tampak terlalu dewasa dengan sut coklat dan berkaca mata gelap. Hai, mana hilangnya imej remaja dan comel Aliff!

Maiya Rahman yang ditemani Roslan Mohd, tampak simple dengan gaun manik sequeen berwarna warna gangsa.

Powered by Cyberita

Persembahan Budaya Dan Warisan M'Sia

10 May

SEBUAH acara kebudayaan gilang-gemilang sedang berlangsung di sini anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (Mucah), dengan sokongan Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian (Mica).

Acara Titian Budaya Malaysia-Singapura itu mencerminkan hubungan rapat antara dua negara ini, dan memberi rakyat Singapura peluang menikmati kebudayaan dan seni warisan Malaysia.

Kemuncak acara itu adalah persembahan Malam Kebudayaan yang diadakan semalam dan dihadiri tetamu terhormat, iaitu Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Lee Boon Yang, dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Haji Mohd Shafie Haji Apdal.

Persembahan gah itu menampilkan artis Malaysia dan Singapura, seperti Malaysian Idol, Jaclyn Victor; pengacara Mahadzir Lokman; dan penyanyi tempatan Suria, Surianny Sulaiman dan Maiya Rahman.

Selain itu, sembilan filem Melayu terbitan Malaysia, termasuk filem-filem terbaru, ditayang di bawah program Titian Budaya selama tiga hari mulai semalam.

Satu pameran kesenian visual, The One Kilometre World, iaitu lukisan pena di atas kanvas terpanjang di dunia oleh Encik S. Amin Shahab, pula diadakan di Muzium Negara hingga esok.

Powered by Cyberita

Pesta Budaya Dan Seni Usaha Bersama S'Pura Dan M'Sia Dilancar

9 May

BUDAYA dan seni Melayu akan dihidupkan melalui sebuah ekstravaganza budaya yang telah diusahakan bersama oleh Singapura dan Malaysia. Ia dilancarkan semalam.

Berlangsung selama empat hari, acara Titian Budaya Malaysia-Singapura itu antara lain memaparkan pertunjukan fesyen batik, persembahan orkestra Melayu tradisional di Esplanade, pameran seni visual dan tayangan filem Malaysia.

Aktiviti-aktiviti itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Perpaduan Nasional, Budaya, Seni dan Warisan Malaysia (Mucah), dengan sokongan Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian Singapura (Mica).

Delegasi Malaysia dipimpin oleh Menteri Mucah, Datuk Haiji Mohd Shafie Haji Apdal, and Setiausaha Agungnya, Dr Muzahet Masruri.

Acara kemuncak merupakan Gala Malam Budaya hari ini, yang memaparkan artis-artis Malaysia dan Singapura, antaranya pemenang Malaysian Idol, Jacyln Victor dan Maiya Rahman.

Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Lee Boon Yang, dan Datuk Haiji Mohd Shafie merupakan tetamu terhormat acara itu.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan budaya yang sama itu secara percuma di Esplanade pada 8 malam esok.

Mereka juga boleh melihat pameran seni visual ‘The One Kilometre World’, iaitu lukisan pena di kanvas yang terpanjang di dunia oleh Encik S. Amin Shahab, di Glass Atrium, Muzium Negara Singapura, yang berlangsung hingga Ahad ini.

Di samping itu, orang ramai juga boleh menyaksikan filem-filem yang ditayangkan sempena Minggu Filem Malaysia seperti Evolusi KL Drift, Congkak, Duyung dan Cuci di pawagam Golden Village Marina di Marina Square.

Tayangan berlangsung mulai hari ini hingga Ahad.

Powered by Cyberita

Titian Budaya Kukuhkan Malaysia-Singapura

8 May

Oleh AZMAN ISMAIL

HUBUNGAN erat Malaysia-Singapura bukan hanya dalam aspek sejarah, ekonomi, politik dan biletral lainnya tetapi juga bidang kesenian serta kebudayaan. Ia lahir daripada semangat muhibah dan kebersamaan semangat ASEAN.

Keakraban dalam bidang itu tidak dapat dipisahkan daripada persamaan akar budaya yang membentuk masyarakat majmuk di kedua-dua negara ini – sesuatu yang sukar ditemukan di negara serantau lain.

Keanekaragaman budaya, seni warisan tersebut hanya dapat ditemukan di Malaysia dan Singapura yang mempunyai etnik Melayu, Cina dan India sebagai kumpulan majoriti.

Atas dasar untuk mewujudkan hubungan erat dalam semua bidang melalui kerjasama seni, kedua-dua negara akan mengadakan Program Titian Budaya Malaysia-Singapura pada 8 hingga 11 Mei ini.

Dengan misi turut mewujudkan hubungan yang lebih erat, Titian Budaya Malaysia-Singapura bertujuan untuk mengukuhkan persahabatan serantau melalui program ‘pertemuan’ kebudayaan.

Ia berprinsip untuk tidak membezakan faktor geopolitik, keturunan mahupun latar belakang kedua-dua negara tetapi diwujudkan atas nama persahabatan dan nilai-nilai estetika seni.

Penganjuran program itu juga merupakan saranan memupuk persahabatan dua negara dan mempromosi sektor pelancongan Malaysia-Singapura kepada masyarakat setempat serta antarabangsa.

Di sisi lain ia bertujuan memulihara warisan tradisional etnik dalam bidang muzik, tarian, seni pentas, busana, kraf dan tekstil tradisional di kedua-dua negara.

Ia juga bertujuan mengeratkan hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia dan Singapura melalui pertukaran kebudayaan, kesenian dan warisan kedua-dua negara selain memberi peluang kepada rakyat kedua-dua negara untuk saling mengenali dan menghayati kebudayaan, kesenian dan warisan mereka dengan lebih dekat.

Memperluaskan

Selain itu, program tersebut dapat menyediakan ruang dan peluang kepada penggiat seni kedua-dua negara memperluaskan kegiatan kebudayaan, kesenian dan warisan mereka.

Sempena program tersebut, kedua-dua negara akan mengadakan pertunjukan seni budaya masing-masing dengan menampilkan persembahan tarian, muzik, nyanyian, tarian dan pertunjukan busana berasaskan batik dan songket.

Malaysia akan menampilkan pertunjukan gamelan sebagai pembuka majlis yang akan berlangsung di Esplanade Theatre, Singapura dengan diikuti oleh persembahan tarian Melayu, Cina dan India oleh penari-penari Istana Budaya.

Ia akan diikuti oleh nyanyian lagu tradisional Zapin Bunga Hutan oleh Haziq dengan iringan tarian pelbagai kaum di Malaysia. Beliau juga akan mendendangkan lagu Di Ambang Sore yang dipopularkan oleh Datuk Ahmad Jais.

Tarian tradisional yang bakal dipersembahkan juga ialah tarian Bidayuh dan Igal-Igal (Sarawak), Joget Pahang (Pahang) tarian etnik oleh penari-penari Singapura dan Malaysia.

Selain Haziq, dua penyanyi popular, Camelia dan Jaclyn Victor masing-masing akan mendendangkan Terlanjur Sayang, Greatest Love of All dan Gemilang manakala penyanyi tuan rumah, Maiya Rahman akan menyampaikan lagu Benar Setia serta Nongkrong.

Lebih 130 orang delegasi Malaysia akan menjayakan Program Titian Budaya Malaysia-Singapura 2008 yang melibatkan pegawai, tenaga kreatif, teknikal, penari, model serta penyanyi.

Sementara itu, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal akan menjadi tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Powered by Utusan Malaysia

Maiya Makin Hangat Di Kl

5 Apr

WALAUPUN lagu duetnya dengan Izwan Pilus belum disiapkan, bakat naib juara Anugerah 2007, Maiya Rahman (gambar, bawah) sudah pun diintai stesen negara jiran.

Maiya mendapat undangan menyanyi secara ‘live’ dalam konsert sempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada malam ini.

Rancangan yang berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur itu akan ke udara mulai 9 malam di RTM1.

Beliau akan membawakan lagu popularnya, Nongkrong, secara solo dan berduet dengan Izwan, selain menyanyi secara berkumpulan dengan Misha Omar dan Yuni Shara dari Indonesia.

Penyanyi lain yang dijangka menyerikan acara malam ini ialah diva Datuk Siti Nurhaliza, Elyana, Adibah Noor dan Sofaz.

‘Selama Maiya di Kuala Lumpur, beliau juga dijadualkan muncul dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Rakan kerja kami, pihak EZS Music, juga mengatur beberapa sesi wawancara dengan stesen radio di KL,’ kata Penolong Naib Presiden Perhubungan Korporat dan Ketua Unit Pengurusan Artis Mediacorp TV12, Azlan Noor Salim.

Dengan bakatnya yang agak menyerlah dalam bidang lakonan, menerusi percubaan pertamanya dalam siri drama Zero Downpayment yang disiarkan pada setiap Rabu, mungkinkah peluang untuk Maiya dalam bidang drama akan terbuka di Malaysia nanti?

Apa pun, tunggu perkembangan Maiya selepas Anugerah Planet Muzik di KL pada 20 April ini. Beliau dicalonkan dalam kategori Artis Baru Singapura Paling Popular.

Kalau diberi peluang dan pendedahan, tidak mustahil jika Maiya boleh mencipta kejayaan seperti Aliff Aziz di Malaysia, dan siapa tahu, juga dalam bidang lakonan.

Powered by Cyberita

Impian Aliff Terlaksana

13 Mar

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL (shazryn.faizal@utusan.com.my)

ALIFF AZIZ (kiri) menerima plak penghargaan sempena lagu Sayang-Sayang menjuarai carta-carta radio popular daripada Pengarah Urusan Sony BMG Music Entertainment, Adrian Lim.

MEMANG sudah menjadi impian anak muda ini untuk menjadi seorang penyanyi sejak kecil lagi. Lantas, pelbagai pertandingan yang disertainya bagi menunjukkan kepada khalayak bahawa dia ada bakat tersendiri.

Mungkin sudah tertulis bahawa kemenangan mutlak menjadi miliknya saat menjuarai salah satu pertandingan realiti televisyen paling popular di Singapura, Anugerah tahun lalu menewaskan saingan terdekatnya, Maiya Rahman.

“Saya sendiri tidak pernah menyangka akan mengecapi kejayaan sebegini. Sudah pasti, semuanya tidak datang bergolek dan saya perlu bekerja lebih keras lagi dalam memastikan karier saya akan terus bertahan dan diterima oleh peminat saya yang tidak pernah henti menyokong saya,” kata Md Aliff Aziz atau Aliff Aziz yang ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya, Aliff di Planet Hollywood, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya siapakah empunya vokal serak-serak basah menerusi lagu paling popular ketika ini iaitu Sayang-Sayang.

Mendengarkan suaranya itu pasti ramai yang menyangka Aliff seorang penyanyi dewasa namun, siapa sangka, anak sulung dari dua beradik ini baru sahaja menginjak usia 17 tahun pada 16 Februari lalu.

Bercerita tentang album sulungnya yang sudah berada di pasaran sejak bulan Disember lalu, Aliff melahirkan rasa kepuasannya tatkala apa yang diidamkannya selama ini termakbul.

“Sudah lama saya kepingin untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan komposer Malaysia terutama sekali lagu ciptaan Azlan Abu Hassan yang memang saya kagum dari dulu lagi.

“Lagu-lagu ciptaan Azlan memang bersesuaian dengan diri saya dan apabila peluang ini datang, saya memastikan saya akan memberikan yang terbaik memandangkan untuk merakamkan album ini menuntut pengorbanan yang besar,” jelasnya jujur.

Tambahnya, dia menghabiskan masa lebih seminggu dalam menyiapkan album sulungnya itu serta perlu berulang-alik dari Singapura ke Malaysia.

Dalam masa itu, dia perlu menghafal lagu dan lirik dalam memastikan dia dapat memberikan kepuasan maksimum kepada penerbit dan komposer.

Rancak bercerita tentang albumnya itu, Aliff turut memberitahu, dia terkejut dengan penerimaan peminat di Singapura dan Malaysia terhadap albumnya.

“Saya diberitahu dalam tempoh dua minggu album itu dipasarkan di Singapura, jualannya sudah mencecah 3,000 unit dan itu sudah cukup menggembirakan saya.

“Di Singapura, single pertama saya adalah Ku Sendiri ciptaan Azlan Abu Hassan tetapi di Malaysia, lagu Sayang-Sayang yang telah menjulang nama saya.

“Apa yang saya harapkan adalah sokongan yang beterusan dari semua pihak terutama peminat serta penyokong saya,” kata bekas pelajar Zhenghua Secondary School, Singapura ini lagi.

Ketika ditanya mengapakah album sulungnya itu tidak mendapat sentuhan dari komposer Singapura, dengan penuh hemat, dia memberitahu: “Itu di luar bidang kuasa saya untuk memberikan jawapannya. Saya tidak kisah menyanyikan lagu dari sesiapa kerana saya suka menyanyi dan ini adalah pekerjaan saya.”

Daripada respons yang diterima, ada yang berpendapat album Aliff hanya sesuai untuk pendengaran budak-budak sekolah dan remaja sahaja.

Apa pula reaksi Aliff berhubung hal itu?

“Saya tidak ada hak untuk mengatakan album saya hanya untuk sasaran golongan tertentu sahaja. Apa yang boleh saya katakan, saya telah memberikan yang terbaik untuk album ini dan secara peribadi, saya percaya album ini mampu diterima oleh semua golongan,” ujar abang kepada pasangan kembar, Nur Aisyah dan Nur Ain ini lagi.

Dalam majlis itu juga, kehadiran lebih daripada 20 orang peminatnya yang menganggotai kelab peminatnya, Aliff Angels turut memeriahkan suasana dan mengambil kesempatan meraikan hari jadinya.

Bukan itu sahaja, Aliff juga berjaya mencipta kejayaan buat dirinya apabila dia berjaya tercalon untuk enam kategori dalam Anugerah Planet Singapura (APM) yang bakal di adakan pada 20 April depan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) iaitu Album Terbaik Singapura (Aliff), Artis Terbaik Singapura, Artis Singapura Paling Popular, Artis Baru Lelaki Terbaik, Lagu Terbaik Singapura (Ku Sendiri) dan Lagu Singapura Paling Popular (Sayang-Sayang).

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Aliff bolehlah melayari laman webnya, http://www.aliff-aziz.com

Powered by Utusan Malaysia

Singapore, Brunei To Hold Annual Joint Concert On Friday

5 Dec

SINGAPORE : The annual joint concert between MediaCorp TV12’s Suria channel & Radio Televisyen Brunei (RTB) will be held this Friday.

This year’s show is called “Rapsodi 2007 – Remix”.

It is one of five annual co-productions under a Memorandum of Understanding in the field of broadcasting which was signed by both sides.

The concert will be attended by the Information, Communications and the Arts Minister, Dr Lee Boon Yang, and Brunei’s Energy Minister, Yahya Abu Bakar.

This is the 16th year the concert has been organised. It showcases talents from both Singapore and Brunei.

MediaCorp TV12 said the concert also promotes good relations between the two countries.

This year’s concert will be jointly hosted by local comedian Suhaimi Yusof and Bruneian host Siti Fauziyah.

The line-up from Singapore includes performances from Anugerah 2007’s top two winners, Aliff Aziz and Maiya Rahman. The show will also feature Singapore Idol 2 winner Hady Mirza and local band Cradle.

“Rapsodi 2007 – Remix” will be telecast ‘live’ on 7 December at 8.30pm from the MediaCorp TV Theatre on Suria channel and RTB2. – CNA/ms

Powered by Channel News Asia