Archive | Man Toyak RSS feed for this section

Man Toyak Pasangan Adibah

1 Mar

ACARA HI-TEA
Man Toyak pasangan Adibah

PENYANYI Adibah Noor yang dikhabarkan akan bergandingan dengan Yazid Abu Bakar dari Lovehunters untuk acara hi-tea Chantik @ Orchid pada Ahad depan kini bertukar pasangan.

Beliau akan bergandingan dengan roker daripada kumpulan popular Cradle, Man Toyak.

Menurut penganjur dari AA Events and Management, perubahan itu berlaku kerana Yazid sendiri yang membatalkan penyertaannya atas sebab-sebab yang beliau enggan jelaskan.

Man Toyak merupakna pilihan yang paling tepat kerana beliau bukan saja merupakan antara vokalis lelaki terbaik di Singapura, bahkan peminatnya juga semakin ramai.

Jika tidak, masakan kumpulannya, Cradle, mendapat enam pencalonan dalam Anugerah Planet Muzik termasuk satu di peringkat serantau dalam kategori Kumpulan Paling Popular, bersaing dengan band Indonesia seperti Ungu, Dewa 19 dan Estranged dari Malaysia.

Acara yang bertujuan mengetengahkan pentingnya menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan akan dihangatkan dengan celoteh hos acara, Suhaimi Yusof, dan pelakon Masturah Ahmad.

Turut menyemarakkan suasana ialah pemain gitar yang popular daripada kumpulan Lefthanded, Man Kidal.

Acara berlangsung di Orchid Inn Country Club, dari 1 hingga 5 petang pada 9 Mac ini.

Sementara itu, mereka yang ingin menyertai pertandingan menyanyi ‘Tiru gaya Adibah’ boleh membuat pendaftaran mulai sekarang.

Uji bakat akan diadakan pada Rabu ini.

Bayaran pendaftaran penyertaan ialah sebanyak $10 seorang.

Untuk keterangan lanjut, hubungi 8178-4372.

Tiket berharga $48 untuk menyertai hi-tea tersebut boleh didapatkan di Muzika (Joo Chiat Complex), Cash Studio dan Chantique Wellness Spa.

Powered by Cyberita

Advertisements