Archive | Mariah Carey RSS feed for this section

Kris Terharu

23 Apr

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap

MULA dikenali menerusi lagu Menghitung Hari, diam tak diam penyanyi Indonesia, Kris Dayanti sudah memahatkan namanya di persada seni suara tempatan sejak sedekad lalu.

Ketika kunjungan pertamanya di negara ini, wanita berusia 34 tahun yang mesra disapa Kris, KD atau Yanti ini sedang berbadan dua mengandungkan anak sulungnya, Titania Aurelie Nurhermansyah, 11. Sejak itu acap kali Kris bertandang ke Malaysia menjalankan promosi album dan memenuhi undangan persembahan.

Selasa lalu, Pusat Persidangan dan Pameran Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur sekali lagi menjadi saksi betapa utuhnya jenama KD di jiwa peminat sehinggakan terus mendapat kepercayaan Hotel Quality bagi menjayakan Sambutan Istimewa Minggu Setiausaha buat kali kelima.

“Sebentar tadi ketika di pentas, saya jadi terharu. Bagai tidak percaya sudah 10 tahun saya membina nama di sini (Malaysia). Sebagai penyanyi luar dari seberang, harus saya akui sokongan yang diberikan masyarakat Malaysia dengan harapan tinggi yang diberikan mereka memacu serta memudahkan percaturan karier saya di sini.

“Meskipun kemunculan ramai bintang muda menawarkan sesuatu yang baru dan menyeronokkan, saya bersyukur sekali kerana masih mampu bertahan selain karakter muzik masih diterima.

“Tanpa disedari sejak 1998, sudah lebih 10 tahun saya mencipta nama di sini. Kenalan artis, jurusolek dan teman media di sini sudah dianggap sebagai sahabat. Meskipun menetap dan berada jauh di Jakarta, kita tidak pernah lupa kirim SMS untuk bertanya khabar,” katanya.

Muncul di pentas sekitar jam 2.05 petang dengan gaun kembang hitam, boleh dikatakan kebanyakan rangkaian lagu disampaikan Kris adalah lagu konti daripada persembahan tahun lalu. Bezanya, gubahan muzik diberi nafas baru oleh Andi Rianto dan disempurnakan Jenny Chin selaku pengarah muzik untuk persembahan petang itu.

Antara lagu disampaikan dalam persembahan satu jam 15 minit itu ialah Rembulan, Menghitung Hari, Di Persimpangan Dilema (lagu Nora yang dirakam kembali), Joget, Cinta, Cobalah Untuk Setia, I’m Sorry Goodbye serta medley Pilihlah Aku dan Mahadaya Cinta.

Selain sibuk membuat persiapan untuk menjayakan konsert dinamakan Krisdayanti Live At Esplanade di Esplanade Concert Hall, Singapura pada 9 Mei ini, Kris juga akan bergabung dengan Datuk Siti Nurhaliza menghasilkan album duet.

Sebelum ini Kris dan Siti disebut-sebut membintangi filem Tiga Dara terbitan aktres Christine Hakim yang turut menampilkan Dian Sastrowardoyo sebagai pelakon utama. Bagaimanapun, disebabkan beberapa kesulitan ia senyap begitu saja.

 

 

“Mahu berlakon sama tidak bisa kerana beberapa kesulitan. Makanya, kita bikin saja album duet. Kebetulan semuanya menjadi lebih mudah sekarang kerana masing-masing tidak lagi terikat dengan syarikat rakaman. Album ini harus dijalankan tahun ini dan kami merancang merakamkannya sekitar Oktober.

“Terdapat empat lagu baru, dua daripada komposer Malaysia manakala dua lagu Indonesia. Dua adalah lagu lama yang dinyanyikan semula,” katanya.

Pada temu bual sama, bakat kelahiran Malang, Jawa Timur, yang lahir daripada program Asia Bagus itu turut menjelaskan kepada media statusnya dengan syarikat rakaman Warner Music.

“10 tahun bersama ‘major label’, tempoh terlalu lama. Saya sedar bernaung di bawah syarikat rakaman lebih selamat dan untung kerana mampu menyediakan promosi lebih besar. Namun, pesan suami, sudah sampai masanya untuk saya belajar dan berdiri di atas kaki sendiri serta mengambil tahu selok-belok industri.

“Apatah lagi zaman sekarang pendengar tidak lagi berminat membeli cakera padat (CD) sebaliknya lebih suka muat turun nada dering. Suka atau tidak, kita harus terima kenyataan atau hakikat kerana inilah masalah sedang dihadapi semua artis.

“Justeru, dalam keadaan begini, setiap artis perlu persiapan. Lalu saya bersama suami putuskan untuk menubuhkan sebuah produksi dan label KD Records yang bukan saja bertujuan menghasilkan album, tetapi menerbitkan program hiburan, drama TV dan filem,” katanya.

Dua puluh tahun melayari dunia seni, jelas sekali kedudukan adik kepada penyanyi Yuni Shara ini sukar digugat popularitinya meskipun dengan kemunculan ramai artis baru berbakat besar mutakhir ini.

Barangkali, apa yang diperoleh adalah berkat kesabaran dan usaha kerasnya selama ini. Namun, sejarah membuktikan semakin menginjak usia seseorang artis itu, bakti dan perjuangan mereka turut dilupakan. Apakah Kris bersedia menghadapi keadaan itu?

“Jelas sekali sebagai manusia, saya harus sedar tidak selamanya muda tambahan pula dunia artis akan silih berganti dengan wajah baru. Suami saya sering bilang kalau tidak mampu, otak dan wajah tidak lagi ‘cun’ bersara saja daripada menyanyi.

“Namun, sebaliknya selagi diberi peluang saya mahu terus berjuang. Tidak apa-apa kalau tidak depan mungkin belakang, kanan dan kiri, selagi ada ruang untuk berbakti pada dunia seni saya akan terus lakukan meskipun di belakang tabir kerana seni sudah sebati dengan saya,” katanya.

Menjadi diva nombor satu Indonesia seperti Kris Dayanti, bermakna hidup yang dilaluinya amat sukar dan penuh tekanan lebih-lebih lagi apabila kehidupan peribadinya menjadi tatapan umum.

Beberapa kali rumah tangganya sengaja diduga apabila Kris dituduh menjalin hubungan sulit dengan aktor Dicky Wahyudi, kemudian pemuzik Tohpati dan Ari Sigit.

Semua gosip liar itu disangkal Kris malah dia memaklumkan hubungannya dengan Anang baik-baik belaka. Pada 11 Ogos 2006, Kris dan Anang yang mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 1996 menyambut ulang tahun pernikahan mereka yang ke-10.

Sebagai hadiah ulang tahun pernikahan mereka, pasangan yang dikurniakan dua cahaya mata, Titania Aurelie Nurhermansyah, 11, dan Azriel Akbar Hermansyah, 9, melancarkan album duet berjudul Aku Milikmu.

Penghujung tahun lalu, Kris dan Anang sekali lagi melancarkan album duet mereka sekali gus menyaksikan perkahwinan mereka bertahan selama 12 tahun.

“Alhamdulillah, rumah tangga kami aman sampai sekarang. Pergaduhan kecil yang berlaku dalam rumah tangga itu adalah perkara biasa yang sebenarnya mengeratkan lagi hubungan suami isteri jika kita mahu belajar untuk mengerti perasaan dan apa yang diinginkan pasangan.

“Saya juga bertuah, selain mempunyai suami penyayang, anak juga memahami tugas ibu bapanya. Saya harap suami akan terus mencintai saya dan dapat menjadi ibu yang baik serta memberi lebih perhatian kepada anak yang makin membesar,” katanya.

>Profil

Nama: Krisdayanti

Panggilan: Kris, Yanti dan KD.

Tarikh lahir: 24 Mac 1975

Bintang: Aries

Umur: 34 tahun

Asal: Batu, Malang, Jawa Timur, Indonesia.

Suami: Anang Hermansyah

Anak: Titania Aurelie Nurhermansyah, 11 dan Azriel Akbar Hermansyah, 9.

Pendidikan: Perhubungan Awam

Hobi: Melancong dan membeli belah

Penyanyi pujaan: Whitney Houston, Mariah Carey dan Madonna

Pereka fesyen kegemaran: Sally Koeswanto, Gucci

Antara Album: Cahaya, Jatuh Cinta Lagi, Cobalah Untuk Setia dan Aku Milikmu.

Antara Drama: Abad 21 dan Doaku Harapanku 1 dan 2.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Advertisements

Nick Cannon Denies Engagement Ring Lawsuit

31 Mar

LOS ANGELES : Nick Cannon has vehemently denied reports that he is embroiled in a legal battle over the engagement ring he bought his wife, Mariah Carey.

Reports have suggested that the star was close to financial ruin and was facing a lawsuit from the jewellery store where he bought the diamond band in 2008.

According to reports, the jewellery store was suing Cannon for failing to pay for the US$500,000 ring in full.

However the rapper insists that the rumours are baseless and has hit back at reports by blogging on his official internet blog.

“It was this craziness about me being broke and being sued by my jeweller! Ridiculous! I just got like three new major multi-million dollar deals in the last two months. And I ain’t even finish yet… But now I’m broke, okay!”

“Where do these people get this stuff? First off, I wish my wife’s ring did only cost US$500,000, that would have been a deal!”

“Do your research and you will see how much I really paid for it. When my wife and I first got married people were lying and saying the ring was used or that I re-gifted it! So after we cleared that up, almost a year later they come with some more ring drama,” wrote Cannon.

The rumours have clearly upset the star, and he has said that he has no qualms about confronting anyone who continues to spread these baseless accusations on the net.

In a video posted on YouTube.com he said, “I take respect real seriously and when you cross what I feel like you’re offending my personal space, I wanna give you the full opportunity to say whatever you need to say to my face directly.”

This issue is an especially sensitive one to Cannon who has said he would do whatever it takes to make his wife happy and would never skimp when it comes to buying presents for her.

“I would spend every last dime that I have ever made on my wife, she deserves to be showered with extraordinary gifts and as long as I live I will spend all my money on her and never touch a dime of hers.”

– CNA/ap

Channel News Asia

Ashley Isham-Designed Coca-Cola Light Bottles Available From April

28 Mar

SINGAPORE: Roberto Cavalli, Manolo Blahnik, Nathalie Rykiel and Matthew Williamson have all done it. And now, Singapore’s fashion guru Ashley Isham has done it, that is, making the iconic Coke bottle come alive.

He has worked with Coca-Cola Singapore to put his design, titled “Jewel In Your Hand” on over 100,000 commemorative bottles and one million cans of Coca-Cola light for the Audi Fashion Festival 2009, to be held in Singapore from May 6 to 10.

He said: “I was speechless when Coca-Cola light approached me as I realised I would be the first Singaporean to have this rare honour.

“It’s a novel canvas to work on, and creatively challenging as I was outside my comfort zone with this piece. But it was so much fun and I loved the opportunity to reinterpret an iconic image.”

Ashley is based in London and his dresses are worn by many celebrities globally, including Angelina Jolie, Zara Philips, Kylie Minogue, Dido and Mariah Carey.

According to Ashley, the design for the Coke bottle was inspired by his recent Autumn/Winter ’09 collection that was unveiled at this year’s London Fashion Week.

“I had designed a Blade Runner inspired jewel-encrusted corset dress as a futuristic showpiece and thought that it would be a great idea to mould this couture look for Coca-Cola light,” he explained.

Ashley joins the ranks of other artists and designers who have been approached to lend their midas touch to the Coke bottle.

The best known of the Coke artists was Andy Warhol, who exhibited his “100 Coke Bottles” at his first pop art show in New York in 1962.

Collectors and fans will be able to purchase the Ashley Isham-designed Coca-Cola light when they go on sale island wide from April.

– CNA/yb

Channel News Asia

Jarum Emas: Kita Tak Peduli

22 Mar

Oleh ADAM SALLEH
adam@hmetro.com.my

Rap
BUKAN sekali dua, tetapi berkali-kali Rasulullah SAW dihina. Apabila tiga akhbar di Denmark menyiarkan karikatur Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya ala bom, disokong 17 akhbar lain sebagai tanda pertahankan kebebasan bersuara ala Barat, masyarakat Islam di seluruh dunia melenting.

Tidak cukup di Denmark, di Belanda pula, Ahli Majlis Perundangannya, Geert Wilders menghina Islam melalui filem Fitna, di mana paderi radikal menyebut surah al-Quran dengan disisipkan imej serangan 11 September 2001 di WTC, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda, Theo Van Gogh, di Amsterdam Street pada akhir tahun itu.

Di negara kita, yang termampu ialah protes, kempen boikot produk negara itu dan menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara berkenaan, kerana kita juga bengang junjungan besar nabi kita dicerca.

Itu kata di mulut, kata di hati tiada siapa tahu. Seikhlas mana kita pada Rasulullah, acap kali terjadi umpama mencurah air di daun keladi. Sebabnya, kasih itu tidak melekat di sanubari.

Sebagaimana kita maklum 9 Mac lalu, bersamaan 12 Rabiulawal 1430, masyarakat Islam di seluruh dunia meraikan Maulidur Rasul. Saban tahun, majlis yang sejak kanak-kanak lidah saya menyebutnya ‘maulud nabi’ itu begitu retorik, berarak ramai-ramai pada sebelah pagi, tengah hari selesai.

Kalau tidak pun, malamnya ada ceramah dan jamuan. Menyedari betapa singkatnya rasa kasih kita pada Rasulullah berbanding kasih sayang baginda terhadap umatnya hingga ke akhir zaman menyuntik kesedaran pada Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia mementaskan Sirah Junjungan-Tahajud Cinta. (gambar)

Bagai mohon keberkatan, teater muzikal ini bermula pada 9 Mac iaitu hari Maulidur Rasul dan berakhir hari ini (22 Mac) di Panggung Sari, Istana Budaya. Digarap oleh Erma Fatimah, Sirah Junjungan-Tahajud Cinta membariskan ramai pelakon hebat seperti Ahmad Yatim, Vanidah Imran, Mazlan Tahir, Rosdeen Suboh, Rebecca Nur Islam, Aman Graseka, Jesse Lim dan Ustaz Dinie Jurie.

Empat penghibur ternama, Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan Mawi menjadi undangan khas bagi menambah lagi variasi teater muzikal ini. Malang pula, sekalipun ada nama besar, tetapi masih tidak mampu merangsang umat Islam di ibu kota untuk menonton teater itu.

Ketika hadir pada hari persembahan membabitkan Siti, saya diberitahu pada hari itu penontonnya ramai sekalipun masih ada kerusi kosong berbanding minggu pertama pementasan bermula.

Apa yang tidak kena? Hal ini turut memeningkan kepala pengarahnya. Harga tiket RM30, RM50, RM80 dan RM100 dan RM150 tidak berapa mahal berbanding konsert Mariah Carey, namun inilah bahana jika menonton teater berkonsepkan Islamik tidak ditafsir sebagai ibadah, sebaliknya dinilai hiburan.

 

 

Dek kerana miskin penonton dan bagi mengelak kerusi Panggung Sari sepi, Erma menghubungi saya minta berurusan dengan pihak atasan Harian Metro (HM) bagaimana mahu menarik ramai penonton.

Sukar menidakkan, ketika berlangsungnya Konsert Alam Muzik M.Nasir, di mana HM dan Berita Harian menjadi media rasmi, produksi Sirah Junjungan pula berlatih di IB, Erma tertarik bagaimana strategi publisiti di akhbar kami membuatkan konsert M Nasir mendapat sambutan di luar dugaan.

Penyudahnya, atas persetujuan HM, untuk satu hari pementasan tiada tiket dikenakan, sebaliknya sesiapa yang membawa HM ke IB pada hari itu membolehkannya menonton Sirah Junjungan secara percuma.

Ratusan pementasan di IB, seingat saya ini julung kali pihak penerbit terpaksa menawarkan masuk percuma untuk menonton teaternya. Agak mengecewakan jika teater merepek meraban tidak menjadi isu, tetapi ini pementasan sempena Maulidur Rasul bagi mengenangkan perjuangan Rasulullah SAW.

Saya difahamkan, tiket lembap untuk hari pementasan Mawi berbanding Amy Search pada malam terakhir (22 Mac), itupun cuma tiket RM30, RM50 dan RM80 yang jalan, tiket RM100 dan RM150 lesu.

Setiap kita menanti kebangkitan Islam. Bagaimana mahu bangkit dalam keadaan Islam ditekan, usah khuatir kerana ‘grand design’ ada pada Allah dan Erma antara penyumbangnya.

Harus diingat, musuh Islam pula tidak jemu-jemu mencalarkan maruah Islam, menghina Rasulullah dan yang terbaru, bagaimana kalimah Allah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak oleh makhluk berupa ‘syaitan’ bermain gitar dalam permainan komputer, Guitar Hero III-Legends Of Rock.

Permainan ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video-game yang berpangkalan di Amerika Syarikat, dan dipunyai oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West.

Natijahnya, untuk apa kita melenting, kita menyampah apabila Agnes Monica mengalunkan lagu Allah Peduli, walhal tanpa kita sedari kita sendiri tidak peduli untuk mengikhlaskan kasih terhadap kekasih-Nya, Muhammad Rasulullah SAW. Syabas buat Erma dan tenaga produksi Sirah Junjungan.

ADAM: Wahdah Pemangkin Khaira Ummah.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Mariah Carey Dituduh Buta Matematik

31 Dec

LOS ANGELES – Gara-gara menggunakan formula E=MC2 sebagai tajuk album, penyanyi irama soul popular, Mariah Carey dituduh sebagai buta matematik, lapor sebuah akhbar semalam.

Penggunaan formula yang dicipta oleh saintis tersohor, Albert Einstein oleh penyanyi berusia 38 tahun itu membangkitkan kemarahan tokoh-tokoh matematik di seluruh dunia.

Ia berikutan Mariah yang menafsirkan E=MC2 sebagai ‘pembebasan (wanita) bersamaan Mariah Carey darab dua’. – Agensi

Kosmo

Info TV: Astro Perkenalkan Dua Saluran Percuma Untuk Pelangga

29 Dec

PENONTON saluran berbayar Astro bakal berpeluang untuk menonton pelbagai program hebat menerusi dua saluran percuma Astro Fiesta di Saluran 808 dan Saluran 809, yang akan mula siarannya secara percuma dari 27 Disember lalu hingga 18 Januari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Rohana Rozhan berkata, sebagai mengingati sokongan padu yang diberi oleh pelanggan dan penonton kepada Astro, pihaknya akan menyajikan kandungan tempatan dan antarabangsa yang terbaik melalui dua saluran percuma di bawah Astro Fiesta.

“Inisiatif kami untuk membawakan dua saluran percuma kepada penonton ini adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala sokongan mereka kepada Astro selama ini.

“Astro Fiesta di Saluran 808 membariskan pelbagai program yang hebat, antaranya termasuklah persembahan konsert antarabangsa yang menampilkan penyanyi unggul terkemuka Mariah Carey, kumpulan lagenda Eagles dan Bon Jovi, barisan drama dan filem seperti drama Melayu popular Layang-Layang, komedi Cina, The Pretty Women yang dibintangi oleh Cecilia Yip dan Ray Lui serta filem klasik Hindi Bobby yang dibintangi Rishi Kapoor.

“Pemilihan program hebat ini adalah tepat dan amat sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga pada musim perayaan ini,” katanya.

Menurut Rohana, peminat program cereka sains dan paranormal pula pastinya akan teruja dengan kehadiran saluran Astro Fiesta yang kedua melalui Saluran 809.

“Saluran 809 pula akan membawakan barisan program daripada AXN Beyond, yang akan ke udara di kaca televisyen Malaysia untuk kali yang pertama menerusi Astro. “Saluran yang sememangnya akan menjanjikan kepuasan ini akan membawa anda meneroka ke dunia mistik yang pasti akan menguji minda dan imaginasi anda menerusi barisan program eksklusif dan hit yang terkenal dan juga saluran AXN dan Animax termasuklah genre program cereka sains, fantasi, seram, suspen dan paranormal.

Astro Fiesta Saluran 809 pasti akan membuat penonton Astro sentiasa melekat di kaca televisyen mereka dengan siri yang pernah memenangi beberapa anugerah termasuklah Lost Season 4 dan Supernatural Musim 3. Program popular yang lain di AXN Beyond termasuklah siri yang berasaskan komik popular Painkiller Jane dan The Middleman, dan siri Stephen King, Nightmares and Dreamscapes yang memaparkan hasil penulisan Stephen King yang terkemuka dan menggerunkan hingga ke hari ini,” katanya.

Berita Harian

2 Saluran Percuma Astro

25 Dec

Rap
PELANGGAN Astro berpeluang menonton pelbagai program hebat menerusi dua saluran percuma iaitu Astro Fiesta di saluran 808 dan 809 yang mula bersiaran secara percuma 27 Disember hingga 18 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Rohana Rozhan berkata sebagai mengingati sokongan padu yang diberi oleh pelanggan dan penonton pihaknya membawakan kandungan tempatan dan antarabangsa yang terbaik melalui dua saluran percuma di bawah Astro Fiesta.

“Inisiatif kami untuk membawakan dua saluran percuma kepada penonton ini adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala sokongan mereka kepada Astro selama ini.

“Astro Fiesta membariskan pelbagai program hebat termasuk persembahan konsert antarabangsa yang menampilkan penyanyi berbakat dan popular. Antaranya Mariah Carey menerusi konsert konsert Mariah Carey: Adventure Of Mimi.

“Tidak terkecuali persembahan kumpulan legenda, Eagles dan Bon Jovi yang ternyata mempunyai peminatnya yang tersendiri.

“Pemilihan program hebat ini adalah tepat dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga pada musim perayaan ini,” katanya.

Selain himpunan drama dan filem menarik seperti Layang-Layang, The Pretty Women (komedi Mandarin) yang dibintangi oleh Cecilia Yip dan Ray Lui serta filem klasik Hindi Bobby yang dibintangi Rishi Kapoor.

Bagi peminat program cereka sains dan paranormal pula pastinya teruja dengan kehadiran saluran Astro Fiesta menerusi Saluran 809.

Saluran yang menyiarkan barisan program daripada AXN Beyond. Saluran yang menjanjikan kepuasan ini membawa anda meneroka ke dunia mistik yang pasti akan menguji minda dan imaginasi menerusi barisan program eksklusif dan hit.

Ini termasuk program terkenal seperti yang disiarkan menerusi saluran AXN dan Animax yang termasuk genre program cereka sains, fantasi, seram, suspen dan paranormal. Astro Fiesta pasti membuat penonton tidak berganjak daripada televisyen menerusi tayangan siri yang memenangi beberapa anugerah termasuklah Lost musim keempat dan Supernatural musim ketiga.

Program popular seperti di AXN Beyond termasuk siri yang berasaskan komik popular, Painkiller Jane dan The Middleman, dan siri Stephen King, Nightmares and Dreamscapes yang memaparkan hasil penulisan Stephen King yang terkemuka dan menggerunkan hingga ke hari ini.

Harian Metro