Archive | Matt Damon RSS feed for this section

Pertaruhan Julia

4 Apr

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap

SELEPAS berehat panjang untuk menjadi ibu dan suri rumah sepenuh masa, kemunculannya dalam Charlie Wilson’s War dua tahun lalu gagal menyerlahkan kembali namanya. Kini, Julia Roberts, 42, mempertaruhkan pula filem terbarunya, Duplicity berganding dengan Clive Owen.

Bagi pemerhati Hollywood, langkah Julia berehat seketika daripada dunia lakonan tidak dapat membantunya untuk kembali menjadi tumpuan. Kehadirannya kini dikatakan di belakang Angelina Jolie, Reese Witherspoon dan Jennifer Aniston sebagai primadona filem.

Apabila ditanya perasaannya kembali menjayakan majlis permaidani merah untuk tayangan perdana filem terbarunya di London baru-baru ini, Julia mengakui, ia detik yang teruk dan menakutkan.

Katanya, keadaan di luar panggung memang menakutkan dirinya, tetapi pada waktu sama dia gembira dengan sambutan diberikan. Malah Julia mengakui gementar dengan pilihan pakaiannya pada hari itu.

“Saya mencuba tiga baju berbeza sebelum datang ke sini,” katanya.

Akui Julia, kembali menjadi tumpuan media dan jurugambar bukanlah sesuatu yang diinginkannya. Katanya, dia juga tidak mengharapkan banyak tawaran berlakon.

“Apa yang saya harapkan ialah tawaran membintangi filem hebat dan peluang menjayakan watak yang tidak selalu datang dalam hidup,” katanya.

Ternyata Duplicity berjaya membawa bintang Pretty Woman ini kembali ke lokasi, tetapi bukan mudah bagi Owen kerana perlu memujuk Julia untuk berganding dengannya.

Kata Owen, dia mengajak Julia keluar makan malam dan memaklumkan kepadanya mengenai satu skrip yang baru saja dibacanya. Ia mempunyai watak yang cukup dinamik dan mengatakan alangkah bagusnya kalau mereka berdua dapat berlakon sama.

“Ketika itu dia mengandung dan saya perlu menunggu selama setahun sebelum dia bersedia membaca skrip dan bersetuju untuk berlakon,” kata Owen.

 

 

Owen dan Julia pernah berganding dalam Closer pada 2004. Untuk Duplicity, mereka turut melakonkan aksi panas. Julia mengakui, babak cium dengan Owen paling membuatkan dirinya tidak selesa ketika di lokasi.

“Ia menjadi sukar apabila anda saling mengenali satu sama lain dengan rapat kerana membuat anda saling berpandangan dan mengatakan ia sesuatu yang sangat tidak selesa.

“Tidak cukup dengan itu, di lokasi juga ada anak saya, Henry yang sentiasa memerhatikan saya dari satu sudut. Memang agak teruk situasinya ketika itu,” katanya.

Apa yang lebih membimbangkan ibu tiga anak, Phinnaeus, Hazel dan Henry ini ialah perasaan malu untuk mendedahkan tubuhnya di depan kamera untuk babak panas itu, tidak lama selepas dia melahirkan anak.

“Sejujurnya saya mengakui agak panik ketika itu. Saya baru saja melahirkan anak dan sepatutnya berada di rumah dengan memakai seluar khas untuk mengembalikan bentuk badan.

“Untuk babak itu memang mencabar kerana kami ketawa sepanjang masa. Agak malang buat pengarah Tony Gilroy berhadapan situasi itu dan terpaksa bersabar dengan kami. Babak panas itu menjadi detik melucukan buat kami berdua,” katanya.

Mengenai pembahagian masa antara kerjaya dan tiga anak hasil perkahwinan dengan Danny Moder, Julia mengakui tidak menghadapi masalah kerana mendapat sokongan yang sangat baik daripada anak dan suami.

“Agak mengejutkan kerana semuanya berjalan dengan mudah. Saya bertuah mempunyai anak yang baik, suami yang hebat dan mereka memberi sokongan penuh terhadap kerjaya saya.

“Saya sangat bahagia apabila menjadi ibu sepenuh masa dan berada jauh daripada kehidupan gemerlapan bintang di Hollywood. Kehadiran anak-anak dan suami tidak akan membuatkan hidup saya bosan.

“Saya dan Danny pernah bercakap apa yang akan kita lakukan dengan masa yang kita ada. Sebabnya sebelum itu saya tidak tahu hinggalah apabila saya melaluinya sendiri, ternyata masa berlalu dengan cepat,” katanya.

Sejak berkahwin dengan jurugambar Daniel Moder dalam majlis rahsia pada 4 Julai 2002, Julia memilih untuk menyepi dari Hollywood untuk mencapai impian menjadi ibu. Ia perkahwinan kedua Julia selepas bercerai dengan Lyle Lovett pada 22 Mac 1995.

Kelahiran kembar Hazel dan Phinnaeus pada 28 November 2004 diikuti Henry Daniel Moder pada 18 Jun 2007, melengkapkan hidup Julia.

Kata Julia, kunci kebahagiaan keluarga dan perkahwinannya ialah perasaan kasih sayang. Katanya, perkara penting yang dilakukan apabila mempunyai anak ialah menyayangi kehadiran satu sama lain.

“Saya menjadi wanita paling bertuah sekarang,” katanya.

Walaupun berjaya mengumpul kekayaan hasil lakonan dan meraih kegemilangan ketika usia 30-an, era Julia dikatakan mula malap sejak lapan tahun lalu bermula 2001 apabila berlakon Ocean’s Eleven.

Malah filem ini tidak boleh disifatkan filem Julia kerana menggandingkan nama besar, George Clooney, Brad Pitt dan Matt Damon. Lakonannya menerusi empat filem selepas itu, Full Frontal, Confessions Of A Dangerous Mind, Closer dan Mona Lisa Smile tidak mampu mengangkat kembali namanya sebagai pelakon yang punya tarikan pecah panggung.

Ini berbeza dengan zaman kegemilangannya selama empat tahun pada 1997 melalui My Best Friend’s Wedding, Conspiracy Theory, Stepmom, Notting Hill, Runaway Bride, Erin Brokovich, The Mexican dan America’s Sweethearts. Filem Erin Brokovich juga memberi Oscar kepada Julia pada 2000.

Pesona bintang kelahiran Georgia, Amerika pada 28 Oktober 1967 itu mula ‘dilihat’ selepas membintangi Pretty Woman bersama Richard Gere pada 1990. Tapi kini sudah hilang dan era kegemilangannya berakhir ketika usianya 33 tahun.

>Profil

Nama sebenar: Julia Fiona Roberts

Tarikh lahir: 28 Oktober 1967

Tempat lahir: Smyrna, Georgia, Amerika

Tinggi: 175 sentimeter

Status: Berkahwin (4 Julai 2002)

Suami: Daniel Moder

Anak: Kembar Hazel dan Phinnaeus, Henry Daniel Moder

Kerjaya: Pelakon:

Filem: Duplicity (2009), Fireflies In The Garden (2008), Charlie Wilson’s War (2007), Ocean’s Twelve (2004), Closer (2004), Mona Lisa Smile (2003), Full Frontal (2002), Confessions Of A Dangerous Mind (2002), Ocean’s Eleven (2001), America’s Sweethearts (2001), The Mexican (2001), Erin Brockovich (2000), Runaway Bride (1999), Notting Hill (1999), Stepmom (1998), Conspiracy Theory (1997), My Best Friend’s Wedding (1997),

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Advertisements

Eastwood And Freeman Get On-Set Doctor

3 Mar

NEW YORK : Producers of Clint Eastwood’s new movie “The Human Factor” have hired a private doctor to look after the director and the film’s veteran star Morgan Freeman on the set of their latest movie.

A doctor has been flown out to the African set to monitor Freeman who plays Nelson Mandela alongside Matt Damon in the upcoming drama. Movie bosses also want to make sure 78-year-old Eastwood is looked after during filming.

Producers are especially concerned about the health of Freeman due to his serious car accident last August that left him with a broken arm and shoulder and a paralysed hand. The passenger travelling with Freeman when his car left the road in Mississippi last August recently revealed that she is suing the actor for negligence following the crash.

“There’s a huge budget for the film at stake,” a source told the New York Daily News newspaper. “These guys are getting up there in age. Sure, they had physicals before leaving; everyone has to. But the private doctor was just an agreed upon decision on all sides of the table.”

Eastwood recently acknowledged he is getting old, but said his passion for films keeps him young at heart.

“I like taking it easy, I like golf and I like Budweiser. All that stuff is fine, but the main thing is I still like working, I think working keeps you young, I think it keeps your mind active. It’s like exercising your body – exercising your brain. Both of them are synonymous.”

– CNA/ap

Channel News Asia

Redford, Crowe Join Stars Against Actors' Strike

19 Dec

LOS ANGELES: Hollywood icon Robert Redford and Oscar-winner Russell Crowe have joined the growing ranks of stars opposed to a possible strike by the top actors union, it was reported on Thursday.

Redford and Crowe and other stars including Julianne Moore and Hilary Duff have added their names to a petition urging the Screen Actors Guild (SAG) board not to hold a strike ballot, Daily Variety reported.

The petition calls for SAG leaders to quickly accept a deal tabled by the Alliance of Motion Picture and Television Producers (AMPTP), suggesting the union regroup and hammer out a stronger contract in three years’ time.

“As hard as it may be to wait those three years under an imperfect agreement, we believe this is what we must do,” the letter from petition organisers to SAG chiefs said.

“We think that a public statement should be made by SAG recognising that although this is not a deal we want, it is simply not a time when our union wants to have any part in creating more economic hardship while so many people are already suffering.”

On Monday, more than 130 stars including George Clooney, Matt Damon, Morgan Freeman and Tom Hanks called on SAG union not to authorise a walkout.

SAG leaders announced last week they would hold a ballot of the union’s 120,000 members on January 2 to obtain authorisation required to call a strike following failed negotiations with Hollywood studios.

Although union leaders have said they want to avoid a stoppage, they said a vote giving them authorisation to call a strike will give them greater leverage at the bargaining table.

The actors union has been in a stand-off with AMPTP since a previous contract expired in June. Fresh attempts to broker a deal foundered in November.

The actors’ union is holding out for a greater share of royalties from sales and showings of work screened on the Internet.

The AMPTP said the actors’ demands are unreasonable and have refused to improve a final offer made in June, similar to other agreements reached with writers, directors and a smaller actors union.

– AFP/so

Channel News Asia

Suamiku Paling Seksi?

17 Dec


HUGH JACKMAN (kiri) dan BRAD PITT.

HUGH JACKMAN sudah pun disenaraikan sebagai lelaki paling seksi dunia. Bagaimanapun isterinya pula berpendapat bahawa Brad Pitt lebih layak diberi gelaran itu.

Hugh yang menduduki tangga tertinggi senarai tahunan majalah People sebagai lelaki paling seksi 2008 mengaku isterinya, Deborra-Lee Furness terkejut apabila dia diberikan gelaran itu. Malah wanita berkenaan juga bagaikan turut mempertikaikan kenapa suaminya mendapat gelaran berkenaan.

“Selepas terkejut dengan berita ini, dia terus bertanya kepada saya apakah proses dan bagaimana saya dipilih. Dia juga bertanya siapa yang mengundi. Adakah pembaca atau editor?

“Dan saya memberitahu dia mungkin editor yang memilih berdasarkan pelbagai faktor. Mungkin mereka juga melihat perkembangan karier saya. Debs berkata lagi, ‘Jadi ini bermaksud sesiapa sahaja boleh mendapat gelaran ini?

“Dan saya pula menjawab, ‘Ya’. Kemudian dia bertanya, ‘Dan Brad Pitt tidak mendapat gelaran itu?”

Brad pernah dinamakan sebagai lelaki paling seksi sebanyak dua kali. Mereka yang pernah dipilih sebelum ini termasuk George Clooney dan Matt Damon.

Kosmo

Jackman Romantik

11 Dec

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hnmetro.com.my

Rap
MEMILIKI tubuh tegap dan ketinggian 1.89 meter, aksi aktor Hugh Jackman, 40, dan Nicole Kidman, 41, membuatkan penonton ternganga apabila menonton filem epik arahan Baz Luhrman, Australia yang mula ditayangkan di Australia sejak 26 November lalu.

Deborra mengakui bertuah kerana lelaki yang dikahwininya sejak 12 tahun itu mempunyai bentuk badan mempesonakan hingga dipilih Lelaki Paling Seksi oleh majalah People selepas dimenangi aktor George Clooney pada tahun lalu.

Sebelum ini, Jackman berada dalam senarai 50 Most Beautiful People in the World untuk lima tahun berturut-turut 2000-2004.

Katanya, suaminya bukan saja pelakon yang hebat, malah boleh menyanyi, menari dan bermain senjata.

“Dia seorang yang romantik terutama apabila menyanyikan lagu balada di rumah dan membuat lempeng untuk anak-anak (Oscar, 8, dan Ava, 3),” katanya.

Jackman bertemu Deborra ketika sama-sama membintangi siri televisyen Australia, Correlli pada 1995 dan mereka berkahwin pada 11 April 1996.

Mereka tidak dikurniakan anak, tetapi Deborra mengalami keguguran dua kali.

Mereka menganggap ia sebagai saat paling sukar dalam hidup mereka.

Bagaimanapun, semua itu tidak pernah membuatkan rumah tangga mereka goyah sebaliknya mengambil dua anak angkat, Oscar Maximillian pada Mei 2000 kemudian Ava Eliot pada Julai 2005.

Mengenai pemilihannya sebagai Lelaki Paling Seksi oleh majalan People baru-baru ini, Jackman mengakui terharu dengan gelaran diberikan.

Sebelum ini, aktor terkenal yang pernah dipilih untuk anugerah itu ialah George Clooney, Brad Pitt, Matt Damon dan Matthew McConaughey.

Katanya, dia juga menerima banyak panggilan telefon daripada kawan-kawan dan keluarga mengucapkan tahniah. Bagaimanapun, katanya, panggilan yang paling tidak dissangka-sangka datangnya daripada aktor George Clooney yang menang gelaran itu sebelumnya.

Katanya, Clooney menghubunginya kira-kira jam dua pagi dan ketika itu dia sudah masuk tidur, tetapi belum lena.

“Bagaimanapun ucapan yang diterima dari George bukanlah kata-kata manis sebaliknya mengatakan dia tahu apa yang saya lakukan untuk merebut gelaran itu daripadanya.

“Katanya, saya memulakan kempen besar-besaran untuk merampas gelaran itu daripadanya. Tapi bagi saya semua itu tidak perlu,” katanya.

Ahli keluarga dan teman rapat turut menghubungi pelakon X-Man ini sebaik saja mendapat tahu berita itu. Katanya, ketika di lapangan terbang, dia dan ayahnya tiba-tiba berhenti apabila melihat wajahnya terpampang di majalah dengan gelaran Sexiest Man Alive.

“Semua orang di situ bercakap mengenainya dan ayah saya mengakui rasa tidak selesa. Katanya, dia benar-benar tidak boleh berbual dengan saya mengenai penampilan seksi kerana ia agak pelik,” katanya.

Harian Metro

Tak Suka Nama Moden

20 Oct

Susunan Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Rap
HAMPIR empat tahun membina rumah tangga dengan aktres jelita, Jennifer Garner, kehidupan aktor Ben Affleck nyata amat bahagia. Hinggakan, memori kehangatan kisah cinta bersama pelakon dan penyanyi Jennifer Lopez atau J Lo suatu ketika dulu berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Kini, masing-masing gembira dengan kehidupan dikecapi. Justeru, jika J Lo memiliki anak kembar bersama suami, penyanyi dan komposer Marc Anthony. Affleck kini berdebar menunggu kelahiran anak kedua.

Ketika ini, Jennifer, 36, sarat mengandung lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan depan. Bagaimanapun, anak sulung mereka, Violet Affleck sudah berusia dua tahun. Oleh itu, semestinya Affleck dan Jennifer cukup bersedia menambah ahli keluarga.

Bagaimanapun, dalam laporan Majalah Star baru-baru ini memaklumkan, suami isteri popular itu bercadang memberi nama yang mudah dan berunsurkan tradisi kepada bayi mereka. Ia berikutan, Affleck dikatakan tidak menyukai nama terlalu moden.

Kata sumber rapat pasangan ini ketika temubual wartawan, seperti nama anak sulung mereka, Violet, ia mudah disebut. Malah, nama itu dilihat tidak menunjukkan terlalu jelas kanak-kanak terbabit anak kepada dua selebriti Hollywood terkenal.

“Affleck sebenarnya tidak gemar dengan cara segelintir selebriti Hollywood yang terlalu berpegang teguh dengan kemodenan. Oleh itu, dia lebih senang memilih nama yang mudah dan difikirkan mempunyai ‘maksud’ mendalam dan hebat.

“Katanya bayi saya tidak akan diberi nama terlalu moden seperti yang sering menjadi pilihan selebriti Hollywood sekarang. Saya suka nama biasa tetapi cukup bermakna. Jadi, sekiranya anak kedua saya ini lelaki akan diberi nama Benjamin saja.

“Bukan kerana Benjamin itu nama saya juga tetapi dia (Benjamin) adalah ‘hero’ yang melakar nama dalam sejarah dunia. Siapa yang tidak mengenali ataupun tahu mengenai sumbangan Benjamin Franklin mencipta konduktor kilat,” kata Affleck.

Selain perihal bayinya yang akan lahir, siapa sangka Affleck juga memiliki bakat besar dalam penulisan dan pengarahan. Jika semuanya berjalan lancar, bapa berusia 35 tahun itu terbabit dengan projek filem terbarunya, The Town.

Dalam filem itu, Affleck akan memegang watak utama sebagai perompak bank. Malah, walaupun karektor dibawa adalah negatif tetapi jalan ceritanya tetap hebat. Bayangkan, di sebalik kejahatannya itu si perompak masih memiliki sifat romantis.

Sebagai lelaki normal tentunya berkeinginan mahu dicintai dan menyayangi. Justeru, Affleck tidak boleh lari daripada jatuh cinta apabila dia akan memadu kasih bersama pengurus bank wanita di bank yang dirompak. Pastinya, ia filem yang menarik ditonton.

Apapun, istimewanya filem The Town ini lagi apabila skripnya dihasilkan daripada adaptasi novel, The Prince Of Thieve yang ditulis Chuck Hogan. Namun, Affleck cukup mengawal perjalanan skrip filemnya itu demi memastikan kepuasan penonton.

Menerusi laporan Daily Variety pula, di samping sibuk dengan projek filem baru itu, Affleck kini turut menerajui proses akhir filem Gone Baby Gone. Sehubungan itu, Affleck masih aktif di pentas perfileman Hollywood walaupun ceritanya jarang dipaparkan.

Affleck atau nama sebenarnya, Benjamin Geza Affleck di lahirkan di Berkeley, California pada 1972, pernah memenangi anugerah Oscar pada 1998 menerusi kategori Skrip/Lakon Layar Terbaik menerusi filem Good Will Hunting yang ditulis bersama kawan baiknya, Matt Damon.

Harian Metro

Fobia Orang Ternama

7 Aug


SETIAP orang pasti memiliki sikap fobia. Ada yang fobia terhadap haiwan-haiwan seperti lintah atau ular, fobia terhadap makanan, warna, bau dan sebagainya.

Sama seperti manusia lain, golongan artis juga mempunyai ketakutan dan fobia tersendiri. Pada kebiasaan ketakutan ini wujud akibat pengalaman lampau atau terjadi kerana sesuatu yang menggelikan.

Ada di antara ketakutan yang dialami golongan artis merupakan sesuatu yang turut digeruni kita. Namun, ramai juga di antara mereka yang memiliki fobia ganjil seperti aktor berusia 63 tahun, Michael Douglas. Dia fobia terhadap bulu ketiak wanita sehingga kini selepas melihatnya buat kali pertama semasa berusia 16 tahun.

Pengarah, Woody Allen pula dikatakan takut terhadap sinaran matahari, orang ramai dan kanak-kanak.

Aktres seksi, Pamela Anderson pula pernah mendedahkan bahawa dia takut untuk melihat bayangannya sendiri dan tidak menyukai cermin.

Aktres Rachel Bilson pula takut terhadap hantu dan pelakon kacak, Orlando Bloom pula takut khinzir.

Manakala David Boreanaz pula takut dengan air terjun dan ikan kerana sisiknya. Minggu ini, mari kita melihat apa lagi ketakutan yang dirasai oleh golongan artis yang mungkin juga merupakan fobia anda.

Gwen Stefani gerun gemuk

Menjadi kanak-kanak yang gemuk semasa kecil telah membuatkan Gwen Stefani sentiasa berhati-hati dengan isu berat badan.

Penyanyi yang popular dengan lagu No Doubt ini memberitahu dia sentiasa bergelut dengan masalah kegemukan semasa sedang membesar dan telah bekerja keras untuk mengekalkan bentuk badannya.


SI jelita Gwen Stefani fobia dengan berat badan berlebihan.

Gwen yang baru-baru ini mengandungkan anak keduanya menyatakan, “Di sekolah, saya selalu berharap saya adalah gadis yang kurus kering dan boleh makan apa sahaja yang disukai. Tetapi hakikatnya, saya selalu perlu bersenam.

“Barat badan saya sentiasa berubah dan saya sangat gemuk semasa berusia 16 tahun. Saya berasa geram dengan perubahan berat badan dan membuat keputusan menyertai pasukan renang. Saya bernekad untuk tidak menjadi gadis gemuk lagi.

“Semenjak itu, saya berupaya mengawal berat badan tetapi ia amat membosankan. Kini baru saya sedar betapa bodohnya perbuatan saya dulu kerana tiada siapa yang peduli kecuali diri saya sendiri.”

Gwen yang berkahwin dengan Gavin Rossdale juga mendedahkan bahawa masalah berat badan membuatkan dia berasa tidak yakin.

“Saya bukannya jenis orang yang pemalu. Namun, semasa zaman remaja, saya sentiasa berasa tidak yakin. Dan saya masih mengingati perasaan saya yang tidak gembira kerana bentuk badan dan sentiasa berharap supaya tidak gemuk,” katanya kepada majalah OK!.

Keira tidak mahu jadi penyanyi

Lakonan mungkin tidak menjadi satu masalah besar bagi Keira Knightley tetapi aktres ini memberitahu penggambaran untuk filem terbarunya adalah satu pengalaman paling menakutkan dalam hidupnya.


KEIRA KNIGHTLEY

Ini kerana aktres ini perlu menyanyi dalam filem The Edge of Love, di mana dia memainkan watak Vera Philips iaitu kekasih kepada Dylan Thomas.

Kiera mengaku bahawa menyanyi adalah sesuatu yang sukar, “Saya ada menghadiri kelas latihan vokal kerana saya tidak boleh menyanyi. Selepas itu pengarah, John Maybury meminta saya menyanyi secara live di hadapan 100 pelakon tambahan.

“Saya tidak pernah berasa begitu takut sepanjang hidup saya dan saya tidak mahu melakukannya sekali lagi. Saya tidak mahu menjadi penyanyi rock.”

Dalam filem ini yang turut dibintangi oleh Sienna Miller, Cillian Murphy dan Matthew Rhys, Keira menyampaikan lagu Blue Tahitian Moon, Maybe It’s Because I Love You Too Much dan Drifting And Dreaming.

The Edge of Love yang ditulis oleh ibu Keira, Sharman Macdonald berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua.

Katherine Heigl takut hospital

Siapa sangka pelakon yang popular dengan drama Grey’s Anatomy, Katherine Heigl sebenarnya takut dengan hospital sebelum ini.

Aktres ini yang menerima pelbagai pujian menerusi filem terbarunya, 27 Dresses kehilangan adiknya, Jason dalam satu kemalangan kereta pada tahun 1986. Dan dia memberitahu insiden itu telah mengubah kehidupannya sama sekali termasuk pemilihan program televisyen.

“Semasa saya berusia 27 tahun, saya menyertai produksi Grey’s Anatomy. Saya risau saya akan berlakon dengan ganjil kerana saya tidak mampu menyaksikan drama seperti ER. Drama seperti itu dan hospital membuatkan saya berasa cemas,” jelasnya.


KATHERINE HEIGL sering cemas bila berada di hospital.

Namun, Katherine kini sedar penglibatannya dalam drama popular ini dapat membantu mempromosikan aktiviti amal, derma organ.

“Saya sedar ini adalah subjek sensitif. Tiada siapa yang mahu bercerita mengenai apa yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Dan ia adalah sukar bagi manusia untuk berfikir mengenai derma organ ketika berdepan dengan krisis.

“Tetapi kita semua perlu sedar dengan kekurangan organ dan ramai orang yang memerlukan bantuan,” tambahnya lagi.

Gelaran seksi Matt Damon

Aktor Matt Damon pula berasa risau dan takut dia akan kehilangan gelaran lelaki paling seksi. Pelakon The Bourne Ultimatum yang diberikan gelaran itu tahun lalu oleh majalah People memberitahu dia yang menaikkan berat badan sebanyak 13 kilogram untuk filem terbaru arahan Steven Soderbergh, The Informant mungkin tidak lagi layak untuk memegang posisi tersebut.

“Saya rasa saya akan kehilangan gelaran itu,” katanya dengan perasaan sedih.

Pelakon ini yang pernah memenangi anugerah Oscar sebagai penulis bersama filem Good Will Hunting bersama rakan rapatnya, Ben Affleck bagaimanapun memberitahu dia menikmati proses menggemukkan badan untuk watak itu.

“Bukannya saya perlu menjadi sangat gemuk. Cuma saya perlu kelihatan tembam. Apa yang dilakukan adalah cuma berhenti senaman dan makan apa yang dikehendaki.

“Saya banyak mengambil makanan segera seperti burger dan minum bir. Ia amat menyeronokkan,” tambahnya.

Dustin Hoffman tidak mahu bersara

Berusia 70 tahun, Dustin Hoffman berasa takut setiap kerja yang dilakukannya adalah yang terakhir baginya. Pernah memenangi dua anugerah Oscar, aktor ini mengalami perasaan tidak yakin yang kronik mengenai dirinya yang telah lama berkecimpung dalam dunia hiburan.

Dan kini Dustin sentiasa takut bahawa karier lakonannya akan berakhir tidak lama lagi.

“Setiap kali sesebuah projek berakhir, saya mempunyai perasaan seperti saya tidak akan bekerja lagi. Saya telah berlakon selama 50 tahun dan sentiasa bersyukur apabila menerima watak baru. Sehingga hari ini saya berasa lega apabila ditawarkan kerja,” katanya.

Oleh itu, aktor ini telah bersumpah bahawa dia akan bekerja sehingga badannya tidak mengizinkan. Dia yang belum bersedia untuk bersara memberi kredit kepada rupa parasnya kerana mampu bertahan lama dalam industri.

“Saya sukakan rupa paras saya yang menjadi tua dengan natural. Saya akan terus bekerja selagi yang badan saya mampu menanggung,” jelas Dustin yang baru menyumbang suara kepada animasi popular, Kung Fu Panda.

Insomia teruk Matthew Perry

Tidur adalah sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk merehatkan badan tetapi Matthew Perry telah mengalami masalah insomia yang tidak boleh diubati kerana dia takut untuk tidur.

Bekas pelakon drama popular Friends ini mengaku dia cuba pelbagai cara untuk relaks pada waktu malan tetapi belum lagi berjaya mencari jalan penyelesaian kepada masalahnya ketakutan luar biasa itu.

“Saya sudah membeli katil yang selesa, menyalakan lilin untuk mencipta atmosfera relaks dan memasang muzik tenang semasa menggosok gigi. Tetapi semua itu tidak berjaya membuatkan saya tidur.

“Ia amat sukar untuk melelapkan mata. Apabila saya cuba tidur, perasaan takut mula melanda diri saya,” luah Matthew.

Mandy Moore bebas kuman

Penyanyi dan pelakon popular, Mandy Moore pula mempunyai fobia terhadap kuman dan bakteria yang boleh dilihat menerusi mikroskop. Dia akan membawa tisu anti kuman di sisinya untuk melindungi dirinya daripada dijangkiti kuman.

“Saya takut dengan kuman. Oleh itu saya akan membawa tisu anti bakteria semasa saya mengembara. Saya rasa fobia terhadap kuman bukan sesuatu yang ganjil.

“Ini kerana saya perlu berdepan dengan ramai orang dan berjabat tangan. Jadi saya tidak mahu dijangkiti kuman dan jatuh sakit,” katanya.

Mandy bukannya satu-satu artis yang takut dengan kuman. Gwyneth Paltrow juga dilaporkan memastikan rumahnya adalah bebas kuman.

Aktres ini yang mempunyai dua orang anak, Apple, 4, dan Moses, 2, dengan suaminya, Chris Martin begitu paranoid dengan bakteria sehingga dia tidak pernah menggunakan tandas awam. Dia juga membawa berus sendiri untuk memberus tandas hotel sebelum menggunakannya.


MANDY MOORE membawa tisu khas membasmi kuman.

Kosmo