Archive | Money RSS feed for this section

Abby Abadi Sudah Bebas

9 Nov

Oleh: NIEZAM ABDULLAH

ABBY ABADI.

Sudah bertahun-tahun Abby Abadi tidak berpeluang untuk menjadi penghias muka depan Pancaindera. Kalau ada pun seingat saya ketika zaman kegemilangannya bersama kumpulan Elite dulu dan ketika muncul dalam Gerak Khas The Movie. Itu saja.

Bukannya kami lupa ataupun mungkin orang dah kahwin tak boleh jadi penghias muka depan tetapi sejak berlakon dalam drama bersiri Gerak Khas, jadualnya sangat padat.

Bagaimanapun minggu lalu saya sekadar menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya. “Bila lapang? Nak buat fotografi untuk Pancaindera. Boleh ke?” Begitulah kiriman SMS saya dan Abby sexy clothes membalas, “Bila-bila masa pun boleh.”

Terfikir juga sekarang ini pelakon yang popular sebagai Cif Inspektor Aleza dalam drama bersiri terbitan Skop Production itu tidak begitu sibuk. Maklumlah dia sudah meninggalkan Skop Production. Jadualnya tidak sepadat sebelum ini. Kalau dulu, bukan saja nak aturkan fotografi. SMS yang dihantar pagi, dibalas malam keesokan harinya.

Pertemuan kami di studio Utusan. Sambil mengenakan rambut palsu hasil dandanan juru mekap popular Deq Sha, Abby berkata wajahnya nampak lebih muda. Dengan anggun pakaian tajaan Calvin Thoo dan Glitzz, raut wajah Abby kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum.

“Saya dah ada banyak masa untuk keluarga dan anak-anak sekarang ini,” katanya sambil membetulkan solekan di bilik mekap. Ketika berbual dengannya, saya bertanya kenapa tinggalkan Gerak Khas? Ada masalahkah dengan Datuk Yusof Haslam?

Mengambil masa agak lama sambil meneguk milo ‘o’ ais, pelakon berusia 28 tahun ini menarik nafas panjang.

“Saya sebenarnya mahu menjaga hati banyak pihak,” kata Abby yang menyambut hari lahirnya semalam memulakan cerita mengenai apa sebenarnya berlaku.

*Sayangkan Cif Inspektor Aleza

Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tindakan Abby atau pemilik nama sebenar Arbaeyah Abdul Manan ini mengucapkan selamat tinggal kepada Gerak Khas menimbulkan banyak persoalan. Ada yang berkata ia berkaitan isu hubungan. Ya… hubungan beliau dengan produser Yusof Haslam yang dikatakan kian panas sejak kebelakangan ini.

Malah Yusof sendiri ketika memberi komen mengenai tindakan Abby itu menganggap ia perkara biasa. Kata Yusof, pelakon dalam produksinya datang dan pergi. Ia juga pernah terjadi dengan AC Mizal yang cukup sinonim sebagai Inspektor Mazlan tak lama dulu.

Bagaimanapun ramai yang berkata, kehilangan Cif Inspektor Aleza turut menyebabkan Gerak Khas hilang serinya.

Watak itu sangat kuat. Masih ingatkah lagi peristiwa tahun lalu? Seorang remaja yang mengalami masalah lembam, Mohd. Amir Mohd. Mokhtar, 24, sanggup menunggang motosikal sejauh 500 kilometer dari Pokok Sena, Kedah ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menemui Cif Inspektor Aleza.

Abby membina watak itu selama sembilan tahun dan jangkamasa ini bukanlah satu yang singkat. Dari wataknya berpangkat Inspektor, dia dinaikkan sebagai Cif Inspektor. Tidak dinafikan Gerak Khas juga telah meletakkan nama Abby sebaris dengan pelakon popular lain.

Bagi wanita beranak dua ini, dia mempunyai alasannya sendiri untuk membuat keputusan yang agak memeranjatkan itu. Tidak mahu menyalahkan sesiapa dan menganggap amat berat untuk menceritakan kisah sebenar. Kata Abby, apa yang berlaku ialah “masalah dalaman keluarga.”

Tanpa mahu bercerita secara terperinci, Abby memberitahu hendak atau tidak, dia terpaksa membuat keputusan meninggalkan produksi itu.

“Saya memang sayangkan Gerak Khas. Malah saya berterima kasih kepada Datuk (Yusof Haslam) kerana telah mengasah bakat saya menjadi pelakon yang baik.

“Terus terang saya katakan sukar untuk saya membuat keputusan itu tetapi saya terpaksa walaupun memikirkan kerjaya saya sebagai pelakon berkembang kerana Gerak Khas,” kata Abby.

Memuji Yusof, akui Abby secara jujurnya dia amat bertuah kerana dapat berlakon dan menjadi anak didik kepada produser dan pengarah itu. Tetapi kalau hanya ada didikan tanpa kerja keras Abby sendiri, tentulah watak pegawai polis itu tidak dapat ditonjolkan dengan baik.

“Saya seorang yang memberi komitmen sepenuhnya kalau bekerja. Watak itu berjaya menepati kehendak orang ramai disebabkan kerja keras saya dan kerjasama yang baik dari produksi Gerak Khas sendiri,” jelasnya.

* Tidak kenang budi?

Tindakannya mengangkat kaki untuk berlakon dalam drama itu ada sesetengah pihak menganggap sebagai tidak mengenang budi. Maklumlah Yusof Haslam yang menaikkan dia, tiba-tiba Abby membuat keputusan yang mengejutkan untuk meninggalkan siri drama itu.

Ini membuatkan ramai yang beranggapan begitu. Tetapi dalam masa yang sama ada juga yang berbisik, mungkin sikap ‘baran’ pengarah tersebut sukar untuk disenangi pelakon.

Pada Abby, soal tidak tahan dengan panas baran Yusof itu tidak timbul. Kalau tidak tahan katanya, sejak awal-awal lagi dia meninggalkan Gerak Khas tetapi keputusan dibuat selepas sembilan tahun dia bersama mereka di dalam produksi itu.

Malah selama berlakon bawah pengarah itu, Abby tidak melihat Yusof sebagai seorang yang panas baran kepadanya. Cuma Abby tidak menafikan, pertambahan pelakon di dalam drama itu kadang-kala menyebabkan tumpuan pengarah itu terhadapnya agak kurang.

Tidak menyalahkan sesiapa atau bukan hendak perhatian yang lebih tetapi perkara itu mungkin menyebabkan hubungan mereka sedikit renggang. Bagaimanapun menurut Abby, dia tidak bermusuh dengan sesiapa dan sehingga hari ini hubungannya dengan produser itu masih lagi baik termasuklah dengan isterinya Datin Fatimah.

“Keputusan yang saya buat ini ibarat dekat bau busuk, kalau jauh tercari-cari wanginya. Saya tidak bermusuh dengan sesiapa cuma rezeki saya mungkin sudah tiada dengan Gerak Khas,” ujarnya.

* Rezeki semakin melimpah

Meninggalkan diri dalam drama itu tidak menggugat kedudukan Abby sebagai pelakon. Malah akuinya, banyak tawaran yang diperoleh selepas tamat tempoh mengasah bakatnya di produksi itu.

Terang Abby, dia mendapat banyak tawaran berlakon termasuklah tawaran untuknya menjadi heroin.

“Sebelum ini ramai yang menganggap kalau saya berlakon Gerak Khas, tak boleh berlakon dalam produksi lain kerana jadual yang ketat. Jadi ramai penerbit dan pengarah yang tak berani nak tawarkan saya berlakon dengan produksi mereka. Alhamdulillah, rezeki saya masih lagi dalam bidang ini dan banyak tawaran datang termasuklah untuk watak utama,” katanya yang bersyukur dengan limpahan rezeki itu.

*Mahu anak lagi

Lima tahun usia perkahwinan Abby dengan pelakon Norman Hakim, 31, mereka mengakui bahagia walaupun suatu ketika dahulu kehidupan rumah tangga mereka diuji. Bersama sepasang anak yang kian membesar iaitu Mohd. Danish Hakim,4, dan Marisa Dania Hakim,2, Abby mengakui dia gembira dengan keluarganya sekarang.

Malah tahun 2008 yang bakal menjelang tidak sampai sebulan lagi kata Abby sudah membuatkan dia merancang untuk menimang seorang lagi cahaya mata.

“Saya memang suka budak-budak. Kalau boleh tahun depan saya hendak mengandung lagi. Saya mahu sekurang-kurangnya empat orang anak dalam keluarga kami,” terangnya.

Menganggap anak-anak sebagai sumber rezeki, kata Abby kehidupan berkeluarga akan lebih bermakna dengan adanya anak. Mereka diibaratkan sebagai jambatan yang dapat mengikat kemesraan hubungan antara suami dan isteri.

“Apabila penat, kita boleh melihat dan bermain dengan anak-anak kita. Ia boleh menyebabkan segala tekanan kerja akan hilang,” jelas Abby yang hairan bagaimana sesetengah pasangan tidak mahukan zuriat selepas berkahwin.

* Aktif dengan bisnes

Menyedari usia semakin lanjut, rezeki sebagai seorang pelakon akan terhenti juga suatu hari nanti. Oleh kerana itu Abby dan suaminya Norman sudah mempersiapkan diri untuk aktif dalam bidang perniagaan menerusi syarikat MDH Trading & Services yang ditubuhkan empat tahun lalu.

Merancang untuk membuka sebuah restoran iaitu D’Suasana Cafe di Ukay Perdana, Ampang, kata Abby syarikatnya itu juga akan bekerjasama dengan sebuah badan kewangan bagi membantu meningkatkan integriti orang kurang upaya (OKU).

“Sebagai permulaan pada 15 Disember ini, syarikat saya akan menganjurkan satu acara di Pulau Pinang melibatkan OKU dengan aktiviti kemasyarakatan bersama artis. Insya-Allah lebih kurang 10 artis yang akan menyertai karnival amal itu yang juga akan diadakan di Johor Bahru pada 29 Disember nanti. Selain itu, sexy clothes saya dengan Norman juga merancang pelbagai jenis perniagaan dan tidak mustahil kami juga akan menerbitkan drama sendiri suatu hari nanti,” terangnya.

Powered by Utusan Malaysia