Archive | Nicole Kidman RSS feed for this section

Nicole Kidman Diramal Tidak Boleh Hamil Lagi

17 Dec

Bintang Hollywood didakwa langgar pantang larang

SYDNEY: Bintang Hollywood kelahiran Australia, Nicole Kidman diramalkan tidak akan mempunyai anak lagi selepas melanggar pantang larang terhadap wanita kerana bermain ‘didgeridoo’ iaitu sejenis alat muzik masyarakat asli Australia.

Kidman melahirkan anak pertamanya Julai lalu ketika berusia 41 tahun meniup alat muzik tradisional itu ketika mempromosikan filem terbarunya dalam satu rancangan televisyen Jerman.

“Orang melihat Nicole meniup alat itu dan merasakan tidak apa,” kata seorang pemimpin budaya masyarakat Asli Australia, Richard Green kepada Sydney Morning Herald.

“Ia bertentangan dengan budaya kami. Saya beri jaminan bahawa beliau tidak akan mempunyai anak lagi. Ia bukan untuk dimainkan oleh wanita kerana ia akan membuatkan mereka mandul.”

Kidman mengalami komplikasi kehamilan dan keguguran ketika perkahwinan beliau dengan Tom Cruise melahirkan seorang anak perempuan, Sunday Rose selepas berkahwin dengan penyanyi country, Keith Urban pada 2006.

Aktres itu meniup didgeridoo pada rancangan “Wetten, Dass…?’ hujung minggu lalu ketika mempromosikan filem Baz Luhrmann, Australia bersama pasangannya dalam filem itu, Hugh Jackman.

Seorang pegawai budaya Majlis Orang Asli Tempatan Sydney, Alan Madden berkata Kidman dan Luhrmann sepatutnya lebih tahu selepas membintangi filem itu yang menjalani penggambaran di Australia. – AFP

Berita Harian

Kagum Lihat Patung 'Hidup'

11 Dec

Oleh Roslan Ibrahim
lann@nstp.com.my

MAHUKAH anda bergambar bersama selebriti terkemuka dunia seperti Nicole Kidman, Leonardo DiCaprio, Kate Moss, Kylie Minogue, Jenniger Lopez, Madonna, Angelina Jolie, Tom Cruise, George Clooney, Cameron Diaz dan Michael Jackson?

Atau bergambar bersama aktor James Bond, Daniel Crais yang meletup dalam filem terbarunya, Quantum of Solace?

Begitu juga bersama pemimpin dunia seperti Tony Blair, Nelson Mandela, Ronald Regan, Margaret Thatcher, Vladimir Putin atau jaguh sukan dunia seperti Muhammad Ali, Tiger Woods atau Pele.

Tidak ketinggalan wajah selebriti Bollywood seperti Salman Khan, Amitabh Bachan, Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai.

Inilah peluang seumur hidup atau hanya sekadar angan-angan kerana hakikatnya terlalu sukar untuk berbuat demikian.

Namun, fantasi itu mungkin menjadi realiti jika anda berkunjung ke Madame Tussauds di Marylebone Street, London.

Walaupun hanya patung, ada pasti terpegun melihat dengan mata sendiri wajah dan tubuh selebriti terkenal dunia itu.

Ketika berkunjung ke United Kingdom untuk membuat liputan Pusat Pengajian Melayu Universiti Limkokwing, London, saya berpeluang mengunjungi muzium itu.

Saya pernah mendengar mengenai muzium itu dan peluang mengunjunginya seperti bulan jatuh ke riba.

“Alamak, macam betul-betul hidup…,” bisik hati saya macam tidak percaya melihat selebriti seperti Angelina Jolie, Brad Pitt, Nicole Kidman dan Jennifer Lopez di hadapan mata.

Rakan saya, Pengarang Pendidikan Berita Harian, Zainor Said juga seperti tergamam melihat patung ‘hidup’ di Madame Tussauds itu.

Saya langsung tidak menghiraukan keadaan suhu yang mencecah empat darjah selsius kerana terlalu teruja melihat dan bergambar dengan selebriti terkemuka dunia itu walaupun kami hampir tiga jam di muzium itu.

Melihat aksi Muhammad Ali, saya teringat era kegemilangan legenda tinju dunia itu yang memang becok dan sering menimbulkan kontroversi.

Begitu juga aksi The Rock, ikon gusti dunia dengan gaya bersahaja.

Saya diberitahu bahawa saiz The Rock dan lain-lain selebiriti adalah ukuran sebenar yang diambil ketika membuat patung mereka.

Melihat aksi seksi Madonna atau Angelina Jolie bersama suaminya Brad Pitts dan Julia Roberts mengimbau kembali lakonan mereka dalam filem.

Puas di muzium Madame Tussauds, kami dibawa ke kelab bola sepak Chelsea, antara kelab terkemuka dunia yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun bukan pasukan pilihan saya dalam EPL, peluang mengunjungi kelab itu memberi saya pengalaman baru merasai suasana kehangatan bola sepak Inggeris.

Yang lucunya, ketika pemandu pelancong kelab berkenaan meminta kami mengangkat tangan jika penyokong Chelsea, saya, Zainor dan rakan dari Universiti Limkokwing, J terpaksa berbuat demikian atau anda akan disorak.

Kami melawat dan diberi penerangan mengenai tempat yang digunakan pemain Chelsea seperti Ballack, Lampard da Deco di bilik persalinan sebelum beraksi di padang.

Setiap pemain mempunyai laci tempat menyimpan barangan peribadi termasuk rantai leher dan cincin selain tempat untuk mengurut.

Memang beruntung pemain berkenaan kerana selain mendapat imbuhan lumayan, mereka dilayan seperti raja dengan pelbagai keistimewaan.

Peluang berjalan di dalam terowong ke padang utama seperti aksi sebenar perlawanan apabila pemain berjalan keluar dan menerima tepukan gemuruh peminat.

Bola sepak di England adalah suatu pelaburan dan industri menguntungkan, justeru tidak hairan pemain menerima imbuhan lumayan selain kecanggihan stadium dan kelab bola sepak di negara itu.

Seminggu di London, saya turut mengunjungi beberapa tempat tumpuan pelancong, antaranya London On Eye, menaiki cruise di Sungai Thames, pusat perniagaan terkemuka Harrods, Tower Bridge dan Tower of London.

Dalam suasana sejuk yang mencengkam tulang, London seolah-olah muram menyambut Krismas berikutan kemelutan ekonomi dan kejatuhan mata wang paun sterling.

>Info

BAGAIMANA KE SANA

Hanya dua minit berjalan kaki dari stesen kereta api bawah tanah (tube) Baker Street. Stesen ini menggunakan laluan Bakerloo, Circle, Jubilee, Metropolitan dan Hammersmith & City. Ini membolehkan anda datang dengan mudah dari mana-mana destina di tengah London.

Jika menggunakan kereta api, jarak dari stesen Marylebone hanya 10 minit berjalan kaki ke Madame Tussauds.

Jika mahu menggunakan perkhidmatan bas dua tingkat, pastikan bas-bas berkenaan iaitu 13, 18, 27, 30, 74, 82, 113, 139 dan 274.

Jika menggunakan kenderaan sendiri, anda boleh mengambil laluan Marylebone. Laluan itu menyambung ke Jalan Euston dan Kings Cross.

Harian Metro

Keith Urban Tolak Jadi Pelakon

26 Nov


KEITH URBAN sentiasa kagum dengan semangat isterinya sebagai pelakon.

Gara-gara melihat isterinya yang bekerja keras di lokasi penggambaran, pemuzik country Keith Urban menolak untuk menjadi seorang pelakon.

Keith merasa apa yang dilakukan Nicole Kidman sudah cukup untuk membuatnya enggan mengikuti jejak isterinya yang baru muncul dengan filem terbaru berjudul Australia.

Sebelum ini, Keith pernah dilaporkan mendapat tawaran untuk watak dalam sebuah filem yang kini telah meraih anugerah Oscar. Namun, penyanyi tersebut menegaskan bahawa dia tidak memiliki perancangan sama sekali untuk menukarkan kerjaya nyanyiannya kepada bidang lakonan.

“Saya boleh memberitahu anda, datang ke lokasi penggambaran dan melihat Nicole, membuatkan saya sangat kagum dan menghargai apa yang telah dia dan rakan pelakonnya lakukan.

“Tetapi semua itu bukan untuk saya. Lebih baik saya tinggal saja di studio rakaman,” katanya yang telah dikurniakan seorang anak perempuan bersama Nicole.

Kosmo

Hugh Jackman Crowned 'sexiest Man Alive'

20 Nov

LOS ANGELES: Australian actor, Hugh Jackman, joins the ranks of Hollywood hunks such as Brad Pitt and George Clooney, as he claims the crown as People magazine’s “Sexiest Man Alive”.

Standing tall at 1.88 metres, Jackman swept aside a slew of rivals including Javier Bardem, David Beckham and Daniel Craig.

“Hugh Jackman is the real package – humble, romantic, drop-dead gorgeous and a star of the moment,” said Elizabeth Sporkin, executive director at People magazine.

“He is so much more than his movies – that’s sexy,” Sporkin added.

Jackman, 40, is perhaps any woman’s ideal husband. He sings romantic ballads to his wife, bakes pancakes for his children and sweats it out in the gym whenever he is not busy, People reported.

Nicole Kidman, Jackman’s co-star in upcoming movie “Australia”, was quoted as saying Jackman left people stammering: “Oh…My…God.”

“Women’s jaws drop when Hugh walks into a room,” she added.

Best known for his role as “Wolverine” in the “X-Men” series, Jackman has also won a Tony Award, Broadway’s highest honour, for his role in “The Boy of Oz”.

For those of you who are dying to catch Jackman in action, his latest movie “Australia” opens in cinemas in Singapore on 25 December.

– CNA/km

Channel News Asia

Pameran Jam Tangan Mewah

16 Oct

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my

DISEMBER ini, kilauan perhiasan mewah dan kunjungan golongan ternama di rantau ini bakal menerangi Bukit Bintang, Kuala Lumpur sempena penganjuran pameran jam tangan dan barangan kemas terbesar Asia, ‘A Journey Through Time’.

Pameran berlangsung antara 4 dan 14 Disember ini akan mempamerkan lebih 100 jenama jam dan barangan kemas, sambil diselang-selikan dengan pelbagai acara menarik termasuk forum dan pembukaan kedai pertama di pusat beli belah itu.

Pengarah Urusan YTL Corp Bhd, Tan Sri Rancis Yeoh, berkata pameran tahun kedua itu bagi menarik pelancong menerusi penganjuran acara bertaraf antarabangsa.

“Kami berharap dapat menarik golongan kaya dan ternama di rantau ini untuk meriahkan pameran ini sekali gus menyumbang kepada peningkatan pelancong asing ke negara ini,” katanya.

Majlis pelancaran ‘A Journey Through Time’ disempurnakan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman. Hadir sama, presiden merangkap Penerbit Forbes Asia, William Adamopoulos.

Tahun lalu, 20.97 juta pelancong asing mengunjungi Malaysia, melepasi sasaran awal iaitu 20.1 juta yang ditetapkan kerajaan.

Perbelanjaan pelancong luar ini mencecah RM46.1 bilion, juga melebihi sasaran RM44.5 bilion.

Pameran ini bakal menyaksikan pelancaran produk terbaru oleh jenama terkemuka.

Ini termasuk pembukaan butik dunia pertama Bedat & Co di Starhill Gallery. Manakala Mouawad, jenama pilihan selebriti Barat bakal membawakan ‘Fantasy Bra’ bernilai AS$4.5 juta, dompet berbentuk hati yang pernah digunakan Nicole Kidman dalam vodeo muzik ‘Something Stupid’ dan replika ‘The Star of Stanley Ho’.

>Info

> Starhill Gallery juga bakal mementaskan set “The Swiss Museum of Horological Art”. Muzium ini memaparkan sejarah pembuatan jam Swiss sepanjang lebih empat abad, pencapaian yang merubah wajah industri dan teknologi terkini diguna pakai untuk masa hadapan.

Set ini dibina hasil kerjasama pengusaha jam di Starhill Gallery, pihak berkuasa muzium di Switzerland, Jean-Francois Meyer dan ahli Academie des Horloges Creaateurs Independants (ACHI), Switzerland.

ACHI adalah akademi terkemuka menempatkan pembuat jam bebas dan pereka yang mengguna pakai teknologi termoden. Gabungan kepakaran mereka yang terbaik dalam bidang ini bakal menyaksikan pameran sekurang-kurangnya 75 jam dengan teknologi dan rekaan terkini.

> Selain itu, Starhill Gallery turut mengadakan “The Hour Glass Museum of Contemporary Horological Art, muzium jam pertama bagi mempromosikan penghasilan jam sepanjang lebih tiga dekad. Acara lain termasuk Forbes Asia Luxury Forum anjuran Forbes, yang bakal disertai oleh mereka yang bergiat dalam industri jam tangan global.

Harian Metro

Kidman Pleads For Space As She Shows New Daughter Home Town

7 Aug

SYDNEY: Hollywood star Nicole Kidman Thursday asked the paparazzi to back off while she and her country crooner husband Keith Urban show off their new baby in her home town.

Kidman and Urban, both Australians who are now based in the United States, called a Sydney radio station with the plea after flying in with daughter Sunday Rose on their first trip home since her birth on July 7.

“Keith and I are both appealing to the press and stuff just to give us a little space so we can walk around Sydney and show the baby our town,” Kidman told the Kyle and Jackie O breakfast radio show on 2Day FM.

“She’s tiny. She’s like a doll, she’s like a little, little thing. Just (don’t photograph) right in her face or in our faces because it’s scary for her.”

Kidman has complained in the past of fearing for her life as paparazzi in cars pursued her through Sydney.

No photographs of Sunday Rose have been released and Urban confirmed that the couple had no intention of selling any.

Hollywood uber-couple Brad Pitt and Angelina Jolie, in contrast, are reported to have been paid several million dollars for the first photos of their newborn twins and are expected to donate the money to charity.

Kidman said her daughter had a hint of her own strawberry blonde hair along with a resemblance to Urban.

“She looks like Keith. I think she does,” Kidman told the radio station. “She’s got a little bit of hair, it’s a bit of a reddish tint.”

Urban also pleaded for photographers to give the family some space.

“I get the interest there is,” he said. “But at the same time it’s our little girl.

“Sometimes when people come right up in your face and you think: ‘Good God, would you do that to anybody else’s child?’ That’s all.”

Kidman, whose mother and sister flew to the US for the birth, said she was now looking forward to introducing her little “doll” to the rest of her family.

– AFP/yb

Channel News Asia

Sindrom Artis Jual Foto Anak

24 Jul

JESSICA ALBA menjual gambar anaknya dengan nilai RM4.9 juta.

SINDROM baru ini mula melanda Hollywood apabila artis-artis bersaing untuk melahirkan anak tahun ini. Rentetan itu, mereka ditawarkan harga yang tinggi untuk menjual gambar-gambar anak mereka secara eksklusif kepada pihak media.

Ada yang kemaruk ‘menjual’ gambar-gambar anak tetapi ada juga yang menolak. Malah trend ‘menjual’ gambar ini juga telah menimbulkan perasaan marah Christina Aguilera kerana gambar anak sulungnya, Max Liron Bratman hanya dijual pada harga AS$1.5 juta (RM4.9 juta).

Aguilera terpukul kerana harga yang diraihnya jauh lebih rendah berbanding harga gambar anak kembar Jennifer Lopez yang berjaya dijual pada harga AS$6 juta (RM23 juta).

Namun, mengatasi Aguilera dan Lopez ialah foto anak kembar Angelina Jolie, Knox Leon dan Vivienne Marcheline yang dikhabarkan menerima tawaran sebanyak £10 juta (RM64.6 juta).

SHILOH diperdagangkan oleh ibubapa mereka dengan nilai RM13.3 juta.

Selain Christina Aguilera dan Jennifer Lopez, Nicole Richie juga telah menjual gambar anaknya, Harlow Winter Kate yang dilahirkan pada 11 Januari lalu dengan harga AS$1 juta (RM3.24 juta).

Minggu ini mari kita lihat senarai harga yang ditawarkan buat anak-anak selebriti Hollywood, dan yang pasti harga gambar anak kembar Angelina Jolie dan Brad Pitt akan berada di tangga teratas buat satu jangka masa panjang.

Shiloh, Pax, Knox dan VivienneKelahiran bayi sulung pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt, Shiloh Nouvel ini sudah lama dinanti-nantikan. Semenjak Angelina dilaporkan mengandung, banyak pihak cuba mendapatkan hak untuk menyiarkan gambar anaknya yang dilahirkan pada 2006 di Swakopmund, Namibia.

Majalah People telah menawarkan sebanyak AS$4.1 juta (RM 13.3 juta) untuk mendapatkan hak tersebut dan majalah Hello! pula sebanyak AS$3.5 juta (RM11.3 juta).

Tawaran tersebut mencatat sejarah tersendiri kerana gambar Shiloh merupakan paling mahal ketika itu. Namun, rekod itu kini diatasi oleh dua adik kembarnya, Knox Leon dan Vivienne Marcheline yang dilahirkan pada 12 Julai lalu di Nice, Perancis.

Dikhabarkan Angelina sedang berbincang dengan beberapa majalah terkemuka untuk menjual gambar eksklusif pertama anak kembarnya dengan anggaran harga £10 juta (RM64.6 juta).

Walaupun ada majalah yang menawarkan £5.5 juta (RM35.5 juta) untuk sesi fotografi khas, jurucakap pasangan ini, Max Clifford berpendapat harganya boleh meningkat lagi.

MATTHEW McCONAUGHEY dan Camila Alves beri hak eksklusif kepada majalah OK!.

“Saya rasa gambar-gambar tersebut boleh mencecah £10 juta (RM64.6 juta). Ini akan menjadi tawaran paling mahal setakat ini.”

Menurut laporan, nama kedua-dua bayi kembar itu merupakan inspirasi daripada nama keluarga Angelina dan Brad.

Knox dinamakan atas nama datuk Brad, Hal Knox Hillhouse dan juga berkongsi huruf akhir yang sama dengan dua orang anak angkatnya, Maddox Chivan, 6, dan Pax Thien, 4.

Manakala nama tengah Vivienne adalah penghormatan kepada nama ibu Angelina, Marcheline Bertrand yang meninggal tahun lalu. Pasangan ini juga mempunyai seorang lagi anak angkat perempuan, Zahara Marley Jolie-Pitt.

Selain daripada gambar anak kandungnya yang menjadi rebutan, gambar anak angkat terbaru Angelina dan Brad, Pax juga pernah menjadi perhatian ramai.

Dilaporkan Angelina menerima lebih AS$2 juta (RM6.5 juta) daripada penjualan foto anak angkatnya ini daripada majalah People.

Namun, gambar Angelina bermesra dengan anak angkat barunya dari sebuah rumah kebajikan di Vietnam kemudian muncul di muka depan majalah Hello.

Sunday Rose Walaupun ramai di antara pasangan selebriti memilih untuk menjual gambar anak mereka, pasangan Nicole Kidman dan Keith Urban pula telah menolak tawaran bernilai jutaan ringgit untuk menjalankan penggambaran khas bersama anak perempuan mereka.

Pemenang Oscar ini bersama suaminya yang dikurniakan anak pertama, Sunday Rose pada 7 Julai lalu ditawarkan oleh pelbagai majalah tetapi mereka telah menolak kesemuanya.

Menurut satu sumber, “Nicole dan Keith berpendapat adalah tidak munasabah untuk menyiarkan foto anak mereka secara eksklusif. Mereka masih berfikir bagaimana untuk mengendalikan perkara ini termasuk bila mereka hendak menerbitkan gambar anak mereka itu.”

Namun, pasangan ini dikatakan sedang dalam perancangan untuk menerbitkan gambar ini secara percuma.

KEITH dan Nicole memilih untuk tidak menjual gambar anak sulung mereka, Sunday Rose kepada mana-mana media.

“Mereka sedar ramai orang awam terutamanya peminat ingin melihat wajah anak mereka dan berterima kasih atas keprihatinan mereka. Namun,

Nicole dan Keith sedang menikmati masa bersama anak sulung mereka,” tambah sumber tersebut.

Honor MarieIbu jelita, Jessica Alba juga mengambil langkah sama seperti selebriti lain dengan menjual gambar anak perempuannya, Honor Marie dengan harga AS$1.5 juta (RM4.9 juta).

Aktres Fantastic Four ini yang melahirkan anak sulungnya dengan suami, Cash Warren pada 7 Jun lalu telah menjual gambar anaknya kepada majalah OK!.

“Pada mulanya Jessica tidak bercadang untuk menjual gambar anaknya tetapi mengalah apabila menerima pelbagai tawaran.

“Dia kemudian membuat keputusan untuk menjual dengan harga AS$1.5 juta (RM4.9 juta) untuk menjadi sesi fotografi khas Honor dan juga sesi penggambaran lain hujung tahun ini,” kata satu sumber.

Levi AlvesAktor Matthew McConaughey dan kekasihnya Camila Alves telah menyambut kedatangan anak pertama mereka, Levi Alves McConaughey pada 7 Julai lalu.

Pasangan ini juga tidak ketinggalan menandatangani perjanjian dengan majalah OK! seperti pasangan Hollywood yang lain.

Perjanjian bernilai AS$3 juta (RM9.8 juta) itu termasuk gambar eksklusif anak mereka yang dilahirkan di Los Angeles serta gambar bayi mereka menyambut Krismas pertama bersama keluarganya.

“Bukan itu sahaja, perjanjian itu juga merangkumi hak cipta gambar perkahwinan Matthew dan Camila jika mereka berdua membuat keputusan untuk berkahwin,” kata satu sumber.

Emme dan Maximilian Selepas menerima pelbagai tawaran, hak eksklusif untuk menyiarkan anak kembar Jennifer Lopez dan Marc Anthony diraih oleh majalah People dengan harga AS$6 juta (RM19.3 juta).

Anak kembar mereka yang dilahirkan pada 22 Februari lalu di Long Island, New York diberikan nama Emme Marbiel Muniz dan Maximilian (Max) David Muniz.

JENNIFER LOPEZ memilih majalah People untuk ‘menjual’ wajah anak kembarnya.

Selain menyiarkan gambar-gambar mereka sebanyak 12 muka surat, Jennifer dan Marc turut berkongsi pengalaman genting semasa melahirkan anak dan juga saat-saat bahagia selepas menyambut kedatangan dua cahaya baru dalam hidup mereka.

“Pada masa itu, jumlah AS$6 juta (RM23 juta) adalah tawaran paling tinggi. Namun, bayaran ini akan dibayar bersama oleh majalah OK! dan akan dicetak untuk edisi antarabangsa,” kata jurucakap majalah OK!.

Tidak berhenti begitu sahaja, Jennifer juga ‘menjual’ anaknya kepada stesen televisyen, TLC untuk sebuah program realiti yang turut disertainya.

Penyanyi dan aktres ini akan menjadi penerbit, pengasas dan pelakon dalam siri yang memberi fokus kepada karier seni, perniagaan fesyen serta mengenai bayi kembarnya.

“Saya tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan mengenai perjalanan hidup saya bersama peminat saya,” kata Jennifer.

Bagaimanapun, tarikh tayangan program ini belum diketahui.

Kosmo

Oscar-Winning Director Sydney Pollack Dies At 73

27 May

LOS ANGELES: Sydney Pollack, the Academy Award-winning director of “Out of Africa” and “Tootsie” and occasional producer and actor, died of cancer Monday, his agent said. He was 73.

“Mr. Pollack died of cancer this afternoon at his home in Pacific Palisades in Los Angeles, surrounded by family. He had been diagnosed with cancer nine months ago,” Leslee Dart told AFP.

Pollack balanced box office success with critical acclaim over a half-century career, working with stars such as Robert Redford, Paul Newman, Sydney Poitier, Meryl Streep, Dustin Hoffman, Barbra Streisand, Tom Cruise and Nicole Kidman.

He tackled a variety of social issues on the silver screen and earned a worldwide reputation for an acute romantic and political sensibility that led to some of the most respected films of the late 1960s through the 1980s.

Pollack was twice nominated for an Oscar for best director, with “They Shoot Horses Don’t They?” (1969) a harrowing Depression-era drama starring Jane Fonda, and “Tootsie” (1982), starring Dustin Hoffman as an out-of-work actor who makes his way by pretending to be woman.

He finally won the coveted Academy Award with the period drama “Out of Africa” (1985) starring Streep and Redford, which many considered to be his greatest work.

Born July 1, 1934 in Lafayette, Indiana, the son of a pharmacist, Pollack first had ambitions to be a dentist. But he moved to New York at age 17 and learned acting under legendary coach Sanford Meisner.

He spent several years teaching, interspersed with two years in the US army, and directed a number of television series before heading to Los Angeles where he helped create a slew of films, many of which have gone on to become classics.

They were not all successes. “Havana” (1990), another venture with Redford, was a commercial failure, but Pollack soon returned with the box office smash “The Firm,” an adaptation of John Grisham’s thriller starring Cruise.

More recently, Pollack was an executive producer on Anthony Minghella’s Oscar-nominated “Cold Mountain” (2003) and won acclaim for his production of and acting alongside George Clooney in “Michael Clayton” (2007), which was nominated for seven Oscars.

“Sydney made the world a little better, movies a little better and even dinner a little better,” Clooney, who also starred in this year’s Pollack-produced “Leathernecks,” said in a statement quoted by Variety.

“A tip of the hat to a class act. He’ll be missed terribly.”

Pollack’s role in “Michael Clayton” was a return to his first trade, and he also played memorable parts Woody Allen’s in “Husbands and Wives” (1992), and Robert Altman’s “The Player” (1992).

Last summer, Pollack pulled out of directing a film about the disputed 2000 US presidential election for cable channel HBO, after coming down with an undisclosed illness.

He was married with three children. – AFP/ac

Channel News Asia

Nama Unik Anak Hollywood

10 Apr


GWYNETH dan anak kesayangannya, Apple.

Nama seseorang individu dikatakan akan mempengaruhi hidupnya dan membentuk perwatakan seseorang berdasarkan nama yang diberikan. Namun, nama kini lebih diangkat sebagai sesuatu yang glamor terutamanya dalam dunia hiburan Hollywood.

Mengeksperimen nama anak dengan meletak nama pelik daripada nama tempat, makanan, bunga, filem, majalah, dan terbalikkan nama lebih ketara akhir-akhir ini.

Fenomena meletakkan nama pelik ini mengundang perhatian ramai terutamanya pihak media yang memburu nama anak selepas seseorang artis itu melahirkan anak. Ramai pihak juga yang menyibuk mencari maksud di sebalik nama unik mereka ini.

Penyanyi lagu Dirty, Christina Aguilera dan suaminya Jordan Bratman menyambut kehadiran buah hati mereka pada 12 Januari 2008. Bayi lelaki itu diberi nama Max Liron Bratman. Manakala bintang Muriel’s Wedding, Toni Collete melahirkan anak perempuannya bersama Dave Galafassi. Bayi itu bernama Sage Florence Galafassi.

Pereka busana terkenal, Stella McCartney juga baru selamat ini melahirkan anak ketiganya dengan suaminya Alasdhair Willis pada 9 Januari lalu. Bayi lelaki ini bernama Beckett Robert Lee. Mereka sudah mempunyai seorang anak lelaki, Miller Alasdhair James dan anak perempuan, Bailey Linda Olwyn.

Milla Jovovich yang selamat melahirkan anak perempuannya, Ever Gabo Anderson pada 3 November lalu menggunakan nama ibu bapanya, Galina dan Bogie untuk mendapatkan nama Gabo. Aktres seksi, Salma Hayek pula memilih nama Valentina Paloma Pinault untuk puteri sulungnya yang dilahirkan pada 21 September lalu bersama pasangannya, Francois-Henri Pinault.


SHILOH comel sungguh dalam pangkuan Angelina.

Bekas anggota Spice Girls, Emma Bunton pula menamakan anak lelakinya, Beau. Dia dan pasangannya, Jade Jones menerima keluarga baru mereka pada 10 Ogos 2007. Manakala Geri Halliwell yang melahirkan anak pertamanya pada 14 Mei 2006, memberikan nama anaknya, Bluebell Madonna.

Aktres Julia Roberts menamakan anak ketiganya, Henry Daniel Moder yang dilahirkan pada 18 Jun 2007. Dia bersama pasangannya, Danny Moder sudah mempunyai anak kembar, Phinnaeus dan Hazel.

Pasangan Heidi Klum dan Seal juga memberikan nama unik kepada dua anak lelaki mereka, Henry Gunther Ademola Dashtu Samuel, dan Johan Riley Fyodor Taiwo Samuel. Heidi juga mempunyai seorang anak perempuan, Leni hasil hubungannya dengan Flavio Briatore.

Pada 12 Januari lalu, Nicole Richie selamat melahirkan anak perempuannya bersama teman lelakinya, Joel Madden. Bayi itu diberi nama Harlow Winter Kate Madden. Dan pasangan Gwyneth Paltrow dan Chris Martin memiliki dua anak, Apple dan Moses.

Itu adalah antara senarai nama pelik yang diberikan oleh selebriti Hollywood. Mahu ketahui beberapa lagi kisah menarik di sebalik pemberian nama anak artis, ikuti petikan di bawah ini.


WAJAH Katie dan Suri yang seiras. Eh! Mana Tom?

Angelina Jolie berang Itulah padahnya meletakkan nama pelik kepada anak sehingga orang ramai tersalah sebut. Bila tersalah sebut, ibunya pula berang.

Dan insiden ini berlaku kepada aktres seksi, Angelina Jolie apabila tukang masak popular, Jamie Oliver tersalah sebut nama anak perempuannya, Shiloh Pitt.

Menurut sebuah tabloid, chef selebriti ini melakukan kesilapan ketika berbual menerusi telefon dengan Angelina mengenai filem terbarunya, Beowulf.

Jamie yang mengendalikan program memasak The Naked Chef dikatakan tersalah menyebut Shiloh dengan panggilan, Piloh S***.

“Jamie memang mempunyai masalah sebutan dan itu semua hanya kerana masalah sebutan Jamie yang tidak jelas. Namun, sebutan itu kedengaran seperti menghina anak Angelina,” kata satu sumber.

Jamie kemudian mengirimkan puding sebagai tanda meminta maaf. Ibu bapa Brad Pitt juga pernah memberi pandangan kepada pasangan ini kerana khuatir mereka akan memberikan nama terlalu pelik kepada anak angkat ketiga mereka dari Vietnam, Pax Thien Jolie-Pitt.


MILLA saat mengandungkan Ever Gabo.

Charlotte bertukar DaisyDi kalangan masyarakat Cina, menukar nama adalah satu perkara yang biasa terutamanya apabila anak kecil itu sentiasa sakit dan ditimpa pelbagai insiden malang. Maka dipercayai dengan menukar nama, ia akan mengubah nasib seseorang.

Aktres Meg Ryan juga dilaporkan telah menukar nama anak angkatnya pada tahun 2006. Meg, 44, mengambil anak angkat dari keturunan Cina pada Januari 2006 dan menamakan dia Charlotte.

Namun, Meg kemudian mengubah fikirannya kerana merasakan nama itu kurang bersesuaian.

“Saya ingat dia sesuai dengan nama Charlotte tetapi rupa-rupanya tidak sesuai. Nama yang lebih sesuai untuknya ialah Daisy,” katanya kepada hos program bual bicara Oprah Winfrey.

Meg sudah mempunyai seorang anak lelaki, Jack Henry, 16, hasil perkahwinannya dengan bekas suaminya, aktor Dennis Quaid. Dia mengambil anak angkatnya itu selepas melawat China selama lapan hari.


PASANGAN bahagia Seal dan Heidi bersama anak-anak mereka.

Inspirasi karakter Walt Disney Kita semua mungkin pernah terfikir untuk menukar nama berdasarkan karakter kartun kegemaran semasa kecil. Apabila hasrat ini tidak tercapai, ramai yang memilih untuk menamakan anak mereka berdasarkan nama-nama tersebut.

Halle Berry juga menggunakan inspirasi yang sama apabila menamakan anak perempuannya, Nahla Ariela Aubry. Nahla jika diterjemah dalam bahasa Arab bermaksud madu lebah. Manakala Ariela pula bermaksud singa.

Bagaimanapun, nama itu boleh dikaitkan dengan dua filem Walt Disney, The Lion King dan The Little Mermaid.

Dalam The Lion King, salah seekor singa bernama Nala dan Ariel pula adalah watak utama dalam The Little Mermaid.

“Halle merupakan peminat setia animasi Walt Disney. Dia mengambil nama watak kegemarannya dan menambahkan huruf yang disukai,” kata satu sumber.

Aktres berusia 41 ini yang melahirkan anak pertamanya dengan Gabriel Aubry di Los Angeles 16 Mac lalu memberitahu dia dan Gabriel sebenarnya menghadapi kesukaran untuk bersetuju atas pilihan nama anak mereka itu.

“Pemilihan nama adalah sukar sebelum kami bertemu dengan dia (Nahla). Jadi kami hanya membuat keputusan mengenai nama sebelum meninggalkan hospital,” ujar Halle.


MEG RYAN bersama Daisy.

Nama Suri dipertikaikanApabila memikirkan nama-nama pelik, ramai yang akan tertanya-tanya dengan maksud kepada nama yang diberikan. Dan semasa Tom Cruise dan Katie Holmes menyambut kedatangan anak pertama mereka, Suri, pelbagai spekulasi timbul.

Suri, dalam bahasa Yahudi kuno bermaksud ‘puteri’ sementara dalam bahasa Parsi ialah ‘mawar merah’. Namun, menurut pengamal bahasa Yahudi, nama Suri adalah satu perkataan asing.

Sejak nama itu diberikan, pengacara radio dan televisten Israel berdebat mengenai kewujudan perkataan itu.

“Tiada orang di sini yang pernah mendengar perkataan itu,” kata seorang pengacara Radio Tentera Israel mengenai perbincangan nama itu.

Suri yang dilahirkan di Los Angeles merupakan anak pertama bagi Holmes. Cruise mempunyai dua anak angkat, Isabella dan Connor hasil daripada perkahwinannya dengan aktres Nicole Kidman.

Kosmo

Bintang-Bintang Hollywood Hamil

16 Feb

Susunan JESSABELL SOO


JULIA ROBERT bersama anak-anak dan pasangannya.

AKSESORI adalah teman rapat kepada kaum wanita. Tidak kira rantai, subang, gelang, tas tangan mahupun kasut, semuanya menjadi pelengkap hidup wanita.

Mungkin sudah bosan dengan aksesori yang boleh dibeli sesuka hati, golongan selebriti Hollywood kini berlumba melahirkan anak untuk dijadikan sebagai ‘aksesori’ terbaru mereka.

Tidak pasti sengaja atau aliran terkini, dua tahun kebelakangan ini, ramai bayi-bayi Hollywood dilahirkan. Bermula dengan Julia Roberts yang melahirkan anak kembarnya, Hazel dan Phinneaus, 3, serta Henry, 7 bulan dengan suaminya, Danny Moder, aliran kemudian diikuti oleh Angelina Jolie dan Katie Holmes.

Angelina berbaju kebaya?

FOTO Angelina Jolie ini dirakam di Santa Barbara, California baru-baru ini.

Walaupun masih belum berkahwin, Angelina Jolie, 32, melahirkan anak bersama Brad Pitt, Shiloh Nouvel, 19 bulan. Terbaru, dia juga dilaporkan sedang mengandung anak kembar bersama teman lelakinya itu. Namun, pasangan Brangelina itu enggan membuat sebarang komen mengenai perkara tersebut. Ketika mengunjungi Santa Barbara Film Festival di Arlington Theatre di Santa Barbara, California pada 3 Februari lepas, Angelina yang hadir bersama Pitt dilihat menyarung kostum yang seakan-akan kebaya longgar dan ia segera menimbulkan spekulasi mengenai dirinya yang hamil lagi.

Namun pada majlis tersebut, ejen publisiti Angelina telah mengeluarkan arahan kepada para wakil media yang hadir supaya tidak melontarkan sebarang soalan mengenai kehamilan kepada Angelina dan Pitt.

Pelakon filem A Mighty Heart ini sudah mempunyai tiga anak angkat, Maddox, 6, Pax, 4 dan Zahara, 3.

Selain Angelina, Katie Holmes, 29 yang kini merupakan isteri kepada Tom Cruise, 45 turut melahirkan anak sulungnya, Suri sebelum berkahwin. Kini dia dikatakan sedang mengandung apabila dia membeli baju dengan tulisan ‘big sister’ kepada Suri.

Aktres siri hit di TV Alias, Jennifer Garner turut melahirkan anak pertamanya, Violet Anne Affleck pada tahun 2005 dengan suaminya, Ben Affleck.

Penyanyi bermasalah, Britney Spears, 26 juga melahirkan anak pada usia muda dengan bekas suaminya, Kevin Federline. Namun, dia kini telah hilang hak penjagaan kedua-dua anaknya, Sean Preston, 2, dan Jayden James, 16 bulan.

Namun Britney kalah kepada adiknya, Jamie Lynn, 16, yang menjadi selebriti Hollywood termuda hamil anak sulung pada tahun ini.

Pasangan suami isteri Gwen Stefani dan Gavin Rossdale juga sedang menanti kehadiran anak kedua selepas Gwen mendapat pengesahan kehamilannya di hospital Cedars Sinai. Anak sulung Gwen, Kingston kini berusia 20 bulan.

HALLE BERRY

Nicole Richie dan Christina Aguilera masing-masing telah melahirkan bayi bulan lalu di hospital sama. Anak Nicole bersama teman lelakinya, Joel Madden, Harlow Winter Kate Madden dilahirkan pada 11 Januari lalu.

Manakala anak Christina Aguilera, 27 dengan suaminya, Jordan Bratman menyambut kehadiran Max Liron Bratman pada 12 Januari lalu.

Aktres, Tori Spelling yang melahirkan anak pertama, Liam bersama suaminya, Dean McDermott tahun lalu juga sedang mengandung.

Bekas isteri Tom Cruise, Nicole Kidman, 40 turut menyertai senarai bakal ibu selepas dilapor mengandungkan anak pertamanya dengan suami, Keith Urban.

Tahun sibuk buat paparazzi

Seorang lagi aktres yang mengandung pada usia lanjut adalah Halle Berry, 41 bersama teman lelakinya yang merupakan seorang model, Gabriel Aubry, 32.

JESSICA ALBA juga tersenarai dalam barisan wanita terkenal yang sedang hamil ketika ini.

Aktres seksi, Jessica Alba, 26 juga sedang mengandungkan anak sulungnya bersama, Cash Warren, 28.

Sementara itu, Jennifer Lopez, 38 yang sedang mengandungkan anak pertama dengan suaminya, Marc Anthony dilaporkan giat mencari ibu bapa angkat untuk anaknya.

Berlandaskan senarai ibu-ibu selebriti Hollywood yang hamil pastinya tahun ini meriah dengan berita kelahiran bayi-bayi. Nampaknya tahun ini merupakan tahun yang paling sibuk buat paparazzi dalam berusaha mendapatkan foto anak-anak selebriti popular Hollywood ini.

Gambar bayi comel manakah agaknya yang bakal menjadi penghias muka depan tabloid dan majalah dengan harga yang paling mahal? Ini semua menjadi sasaran dan matlamat paparazzi.

Kosmo