Archive | Owen Wilson RSS feed for this section

Hudson, Wilson Intim Semula

16 Feb

LOS ANGELES: Pasangan Hollywood yang sering berpacaran dan putus – Kate Hudson dan Owen Wilson – dilaporkan menyambung kembali ikatan kasih.

“Mereka kembali bersama,” kata sumber memberitahu majalah People mengenai pasangan itu yang menghabiskan sepanjang Ahad bersama di rumah Wilson di Malibu. Turut berada di sana ialah anak lelaki Hudson, Ryder, lima tahun.

Hudson, 29, dan Wilson, 40, baru-baru ini dikatakan bersama semula Februari tahun lalu apabila kelihatan selesa bersama di Anugerah Akademi tahun lalu. Kedua-duanya terus bersama beberapa bulan selepas itu, malah menyambut hari lahir Hudson di Miami sebelum berpisah semula pada Mei 2008.

“Ia jelas perpisahan yang teruk,” kata seorang rakan Wilson memberitahu People ketika itu. “Owen berkata ia adalah sesuatu yang sukar diterima. Beliau tidak mahu mengingatinya dan mahu melupakan apa yang berlaku.”

Kedua-duanya mula keluar bersama pada September 2006 selepas berlakon bersama dalam filem You, Me and Dupree. Mereka kemudian berpisah pada Jun 2007, namun masih berkawan. – Agensi

Berita Harian

Isla Bangga Jadi Ibu

7 Feb

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap

MEMPUNYAI anak perempuan berusia 15 bulan pasti membuatkan kehidupan seharian aktres manis, Isla Fisher, sangat sibuk. Ketika menjaga kerenah anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian daripadanya dan pada waktu sama sibuk memenuhi tuntutan kerja sama ada penggambaran filem dan juga promosi.

Apatah lagi Isla yang mula menjadi tumpuan melalui filem Wedding Crashers bersama Owen Wilson pada 2005, mempertaruhkan lakonan terbaru menerusi filem Confessions Of A Shopaholic yang akan menjengah pawagam pada 12 Februari ini.

Seperti wanita lain yang berhadapan masalah bentuk badan selepas melahirkan, Isla yang menyambut ulang tahun ke-33 pada 3 Februari lalu turut tidak terkecuali hingga berat badannya naik 30 kilogram ketika mengandung. Katanya, dia sangat gembira dengan bentuk badannya sekarang berbanding sebelum ini.

“Saya sebenarnya berasakan diri lebih seksi selepas melahirkan Olive. Walaupun segalanya kelihatan berbeza dan berubah. Lebih penting, saya bangga kerana menjadi wanita sebenar sekarang. Saya kini bergelar ibu dan saya sukakan kehidupan baru sebagai ibu. Kehidupan saya kini sangat bahagia,” katanya.

Isla yang mengikat pertunangan dengan aktor Sacha Baron Cohen pada 2007, baru-baru ini mendedahkan dia juga ingin menurunkan berat badannya yang agak berisi sejak mengandung. Bagaimanapun, katanya, berat badannya turun kerana genetiknya baik bukannya mengikuti latihan keras dengan jurulatih khas.

Katanya, produser Confessions Of A Shopaholic, Jerry Bruckheimer menyediakan jurulatih kecergasan untuk membantunya menurunkan berat badan.

“Kata Jerry, saya bertuah kerana mempunyai genetik yang baik. Sebabnya saya mempunyai satu sikap yang tidak baik dalam soal latihan kecergasan. Saya agak malas hingga terus berhenti apabila terasa sakit atau bosan dengan rutin latihan.

“Malah saya juga suka minum teh dan makan sepotong kek. Sebenarnya perkara itu tidak seharusnya anda lakukan di Hollywood. Tapi saya bangga kerana berjaya kuruskan badan ketika menjayakan Confessions Of A Shopaholic,” katanya.

Dalam Confessions Of A Shopaholic, Isla (sebutannya Eye-Lah) memegang watak Rebecca Bloomwood, berkelulusan tinggi tetapi mempunyai masalah serius kerana gila membeli-belah. Kemudia dia menjadi penulis kolum untuk satu majalah kewangan di Manhattan sebagai penasihat kewangan.

Filem arahan PJ Hogan (pengarah My Best Friend’s Wedding) ini adaptasi daripada novel popular Sophie Kinsella. Ia turut dibintangi Leslie Bibb, Joan Cusack, Kristin Scott Thomas, John Lithgow dan John Goodman.

Apa yang menarik, watak Rebecca jauh berbeza dengan sikap sebenar Isla kerana realitinya Isla tidak suka membeli-belah.

“Memang saya tidak suka membeli-belah dan hanya keluar sekali sekala. Semua ini disebabkan pembantu kedai yang cuba meyakinkan saya membuat pilihan.

“Saya rasa sangat teruk apabila berada dalam keadaan tertekan. Apabila pembantu kedai cuba meyakinkan saya bahawa ia sesuai untuk saya, selalunya saya kecewa dengan hasilnya kerana membuat pilihan yang salah.

“Tapi saya mampu menjiwai watak itu walaupun antara kami berdua sangat berbeza. Bagi saya Rebecca adalah seseorang yang mahu melihat kehidupan di dunia ini sangat indah. Dia mempunyai minat mendalam pada fesyen hingga sanggup membeli pakaian rekaan pereka terkenal menggunakan kad kreditnya sampai melebihi had.

“Dia mendapat kerja sebagai penulis kolum dalam majalah untuk memberi nasihat kepada pembaca mengenai masalah kewangan dihadapi. Bagi Rebecca, ia satu impian menjadi kenyataan tetapi apakah dia mampu

menjadi penasihat kewangan yang baik?

“Waktu sama Rebecca bertemu seseorang yang dicintai. Apakah dia mampu menjalani kehidupan bahagia bersama lelaki dicintai dengan sikap taksubnya membeli-belah?” katanya.

Kata Isla, Confessions Of A Shopaholic memaparkan kisah percintaan, dunia fesyen dan keseronokan hidup. Persoalannya kini, apakah filem ini mampu mencatat kutipan pecah panggung berdasarkan kisah percintaan dan kegilaan membeli-belah sedangkan realitinya masyarakat kini dilanda krisis ekonomi.

“Saya harap penonton gembira apabila menonton filem ini dan menganggap ia sebagai sumber untuk mendapatkan keseronokan walaupun hakikat sebenar kita dalam situasi yang agak buruk,” katanya.

Mengenai babak romantik dalam filem, wanita kelahiran Muscat, Oman ini mendedahkan dia sebenarnya tidak dapat menahan ketawa setiap kali perlu bercium dengan lelaki. Malah perkara sama berlaku apabila dicium tunangnya sendiri.

Katanya, bercium sering membuat dirinya ketawa mengekek sama ada untuk babak dalam filem ataupun dalam kehidupan peribadinya.

“Saya tidak matang kerana masih mengekek setiap kali perlu mencium seseorang. Memang saya tidak boleh menahan ketawa,” katanya.

Kerjaya lakonan Isla paling menyerlah pada 2007 dan 2008 apabila membintangi The Lookout, Wedding Daze, Hot Rod, Definitely, Maybe dan juga meminjamkan suaranya untuk filem animasi Dr. Seuss’ Horton Hears a Who.

Dalam kehidupan peribadi, Isla melangsungkan pertunangan dengan Cohen pada 2007 diikuti kelahiran anak perempuannya, Olive Cohen pada 17 Oktober tahun sama.

Suara Isla juga dipilih untuk memegang watak utama dalam filem animasi pengembaraan terbitan Paramount Pictures, Rango, bersama Johnny Depp dan Abigail Breslin. Filem arahan Gore Verbinski ini dikatakan bakal menjadi tumpuan apabila dijadualkan untuk tayangan pada 2011.

>Profil

Nama sebenar: Isla Lang Fisher

Tarikh lahir: 3 Februari 1976

Tempat lahir: Muscat, Oman

Adik beradaik: Tiga orang (Daniel Fisher, Edwards Fisher)

Bapa: Brian Fisher (Scotland)

Tinggi: 160 sentimeter

Tunang: Sacha Baron Cohen.

Anak: Olive Cohen

Pendidikan: Sekolah lakonan dari Ecole Jacques Lecoq, Paris

Filem: Confessions of a Shopaholic (2009), Dr. Seuss’ Horton Hears a Who! (2008), Definitely, Maybe (2008), Wedding Daze (2007), Hot Rod (2007), The Lookout (2007), Wedding Crashers (2005), Scooby Doo” (2002),

Harian Metro

Penceraian Dorong Kate Hudson Tonton Filem Lucah

3 Feb

LOS ANGELES: Pelakon Kate Hudson (gambar) mengaku menonton filem lucah untuk menghilangkan kecewa berikutan perceraian.

Kate yang membintangi filem How to Lose a Guy in 10 Days dan menjadi ibu tunggal selepas bercerai dengan anggota kumpulan rock, Black Crowes, Chris Robinson pada 2007, berkata kesedihan akibat perpisahan itu mendorongnya menonton filem lucah.

Ketika ditanya wartawan jenis filem yang ditontonnya, dia berkata… “Ya saya menonton filem ‘hardcore.’

Kate, 29, juga kelihatan selesa berbincang mengenai seks dan baru-baru ini mengaku hidup bersendirian amat mencabar bagi dirinya. Dia turut mengakui sukar untuk setia kepada hanya seorang lelaki.

Kate yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun, Ryder, ketika masih bergelar isteri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa monogami tidak sesuai baginya dan yakin ramai berpendirian sama.

Kate berkahwin dengan Robinson pada 2000 tetapi bercerai pada 2007 selepas khabar angin dia menjalin hubungan dengan pelakon, Owen Wilson ketika penggambaran filem You, Me and Dupree. – Agensi

Berita Harian

Pasangan Komedi Paling Kelakar

23 Dec

PASANGAN Zack dan Miri (Seth Rogen dan Elizabeth Banks) membuat anda terhilai ketawa dalam filem Zack And Miri Make A Porno di pawagam baru-baru ini.

Namun mereka tidak layak bertakhta di senarai 10 pasangan komedi paling hebat kami minggu ini.

1. Jackie Chan & Chris Tucker

Jenaka mereka mudah, malahan komedi mereka lebih mudah lagi. Namun gabungan ‘Michael Jackson’ – Jackie dan Chris – ini berkesan dalam filem Rush Hour.

2. Ben Stiller & Owen Wilson

Filem Royal Tenenbaums pastinya antara filem komedi terbaik yang pernah dijayakan duo ini.

3. Bill Cosby & Sidney Poitier

Bill dan Sydney adalah ukuran rasmi untuk mutu komedi ‘pasangan’ dan kebanyakan komedi dalam senarai ini ‘mencuri’ idea daripada filem Uptown Saturday Night, Let’s Do It Again dan A Piece Of The Action.

4. Gene Wilder & Richard Pryor

Pembaca lebih matang mungkin mengingati filem Stir Crazy dan Silver Streak sebagai antara komedi terbaik dalam sejarah.

5. Adam Sandler & Kevin James

Siapa yang ketawa terbahak-bahak semasa menonton I Now Pronouce You Chuck & Larry, angkat tangan!

6. Jim Carrey & Jeff Daniels

Filem ini melontarkan Jim Carrey dari pentas emas The Saturday Night Live Show ke pentas platinum Hollywood.

7. John Cho & Kal Penn

Pengembaraan lucu mereka bermula apabila mereka mencari burger dalam komedi Harrold & Kumar Go To White Castle. Nantikan filem Harrold & Kumar Escape From Guantanamo Bay.

8. Will Smith & Martin Lawrence

Filem mereka bercorak aksi namun bakat komedi duo ini tidak dapat dibendung dalam siri Bad Boys.

9. Mike Epps & Ice Cube

Duo ini mendapat tempat dalam senarai ini kerana mereka mengejutkan penonton dengan komedi spontan yang dinamik.

10. Laurel & Hardy

Sejarah mereka bermula dari saat terciptanya televisyen. Komedi mereka malar segar dan melanjuti usia dan era ia diterbitkan.

Cyberita

Penceraian Terbaik Kate Hudson

6 Sep


CHRIS ROBINSON

MENURUT Kate Hudson, penceraian dengan Chris Robinson merupakan perkara terbaik yang pernah terjadi kepadanya.

Aktres terkenal ini yang mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 4 tahun dengan Black Crowes telah memperbaiki hubungan mereka sejak perpisahan secara rasmi pada Oktober 2007.

“Lihat, Chris dan saya masih lagi tinggal bersama. Kami masih lagi baik. Maksud saya bukan semua perkara yang terjadi adalah sempurna tetapi saya tidak boleh melihat penceraian kami sebagai satu kesilapan. Apa pun ia adalah perkara terbaik yang pernah terjadi kepada kami berdua,”kata Kate kepada majalah Amerika Cosmopolitan.

Pelakon yang berusia 29 tahun baru-baru ini mengatakan dia tidak pernah menyesal untuk menggunakan tahun dia sepatutnya berparti digunakan untuk membesarkan anak.

“Bila saya pandang ke belakang saya akan berkata alangkah baiknya jika saya dapat pergi ke konsert itu daripada mendengar anak saya menyanyi. Tetapi hakikatnya saya lebih rela untuk melihat wajah comel anak saya sedang tidur,” katanya.

Walaupun menghadapi kegagalan dalam percintaan termasuklah dengan Lance Armstrong, Owen Wilson dan Dax Shepard, Kate mengaku yang dia masih berharap untuk bertemu dengan teman hidupnya suatu hari nanti.

Katanya: “Setiap perempuan mahukan pengakhiran seperti dalam cerita dongeng. Dan saya percaya ia tidak mustahil untuk terjadi kepada saya.”

Kosmo

Caldecott Royalty Does The Fann-Cy Talk

6 Feb

SINGAPORE: Oh yes, Fann Wong is definitely in the mood for love. “I want that rose! It’s beautiful!” she gushed with excitement.

Then, she added coyly: “Valentine’s Day is coming … ”

Take a hint, Chris. And get your cheque book out.

The rose that has captured the heart of the Princess of MediaCorp is no ordinary flower – it’s really a painting titled Life Like Flower No 1 by renown Chinese artist Feng Zhen Jie, and it costs a whopping S$400,000.

“I’d like to receive that on Valentine’s Day. If not, then never mind,” said the actress, mock sniffing, before breaking into faux evil laughter.

It was 9.45 on a Monday morning when Fann met TODAY for this interview, and she was early. She had, in fact, been up since 5am to prep for her interview on Channel News-Asia’s Prime Time Morning, and it was to be a busy, busy day ahead – more promotional work for her latest movie, Jack Neo’s Ah Long Pte Ltd, followed by rehearsals for MediaCorp TV Channel 8’s Chinese New Year countdown show.

Yet, the actress, who just turned 37 two weekends ago, looked fresh as dew, and not a year older than 30. She looked a million bucks – even with minimal make-up – in a flirty white bareback Loewe dress under a matching white leather jacket.

Clearly in high spirits, Fann was uncharacteristically – for a superstar – candid and open, yakking and joking away without reservation.

“As long as the questions are not too personal, I’m okay with it,” she said, flashing her charming megawatt smile.

We took the opportunity to venture into personal waters and asked her why she seems much more open about her relationship with her actor beau Christopher Lee these days, and she teased: “I’ll kiss him back this year (at the Star Awards)!”

We pushed our luck a little further and asked her what her boyfriend thought of her “fanny-baring” scene in Ah Long Pte Ltd (for which she didn’t think it was “necessary to use my body”, so what you’ll be seeing is her butt double).

She volunteered impishly: “I wanted to pull his leg and tell him that it is going to be my butt just to test his reaction … and to see if he’d recognise that it’s not really my butt.”

My oh my. This is not the kind of talk we were expecting from the notoriously private Caldecott royalty who has starred in Hollywood movies alongside international celebrities like Jackie Chan, Owen Wilson and Maggie Q. But who’s complaining?

Behind that glamorous facade, Fann proved to be a goodie-bag full of surprises. We even found out that she sneaks into local cinemas to watch the occasional movie.

“I do! I just go. I don’t care,” she said.

You just celebrated your 37th birthday two weekends ago. Are you feeling the pressure of growing old in an industry that’s constantly thirsty for youthful beauty?

Is it my 37th? I’ve lost count! Age hasn’t bothered me since I turned 21, when I was really happy. I enjoy being where I am now.

I mean, you don’t want be in your 20s forever. I’d be very afraid if I had to keep doing the same things I did in my 20s. You grow older, you get to know yourself better and you become more confident. And I think it’s wonderful to have young people coming onboard the entertainment scene. New blood is a good boost for a small industry like ours.

So you don’t feel threatened by the so-called “Seven Princesses” of MediaCorp (Fiona Xie, Felicia Chin, Joanne Peh, Jeanette Aw, Rui En, Jesseca Liu and Dawn Yeoh) nipping at your Christian Louboutins?

I look at it very positively. You need a new face to represent every era. Yeah, I think every one of (the princesses) stands a very good chance.

I’m just very lucky as I happened to be in right place at the right time, meeting the right people. So, just three words of advice: ‘Hard work’ and ‘luck’.

Do you see yourself “stepping down” and retiring soon?

Being the free spirit I am, I think I’ll quit as and when there are no more fun and challenging roles left for me to play. Or, when I feel that there is something else that needs me to focus on, I’ll move on. It could happen tomorrow. Much as I love what I do, you never know ῅ passion can go out in a split second giving way to another.

Like family and motherhood, perhaps?

Maybe! I don’t know! Of course I’d like to have children. Ideally, if I can afford it, I would like to have enough children to form a football team!

But at the moment, time just doesn’t allow it. So, I’ll let nature take its course. I think I have ample time before I should start worrying.

As someone who can probably have anything you want, what is one thing you can’t have right now?

That’s not true! I can’t have that beautiful painting by Feng Zhen Jie (Life Like Flower No 1). It costs S$400,000! There’s nothing else I want.

Okay, seriously, I believe in being contented with what you have and being grateful … But I still want that art piece! I am going to steal it! –

Channel News Asia