Archive | Pamela Anderson RSS feed for this section

Kate Winslet Tolak Tawaran Berbogel

28 Feb


AKTRES Britain, Kate Winslet.

Tak cukup seksi untuk majalah ‘Playboy’

WASHINGTON: Aktres yang baru meraih Oscar hasil lakonan cemerlangnya, Kate Winslet, menolak mentah-mentah tawaran pengasas majalah dewasa Playboy, Hugh Hefner, untuk berbogel di muka depan penerbitan itu dengan menegaskan dia tidak cukup seksi Hefner mendedahkan, beliau ingin mendapatkan pelakon yang terkenal menerusi filem Titanic itu untuk menjadi penghias muka depan majalah lucah berkenaan seperti yang pernah dilakukan aktres Marilyn Monroe, Sharon Stone, Pamela Anderson dan Charlize Theron.

Bagaimanapun, bintang yang baru menang anugerah Oscar menerusi filem The Reader, berusia 33 tahun itu menolak tawaran berkenaan.

“Ini bukan satu cadangan yang menarik minatnya,” kata web Contactmusic memetik beliau sebagai berkata.

Apabila laman web TMZ.com memberitahu Winslet mengenai tawaran Hefner, dia menjawab: “Saya tidak tahu apa yang awak cakapkan. Saya tidak percaya langsung.”

Akhbar The Sun pula memetik Hefner sebagai berkata: “Memang kami berminat dengan Kate. Industri penerbitan majalah dewasa ketika ini adalah satu pasaran yang kompetitif, lebih dari sebelumnya, dan penyertaan Kate amat-amat dialu-alukan.”

Kate yang berbogel dalam banyak filemnya sebelum ini termasuk The Reader, baru-baru ini berjanji tidak melakonkan adegan itu lagi kerana bimbang diambil berlakon untuk tujuan itu semata-mata.

Walaupun tidak takut berbogel di depan kamera, pelakon kelahiran Britain itu bimbang lambat laun akan merosakkan reputasinya.

“Saya tidak mahu dikenali sebagai aktres yang cuma tahu menanggalkan pakaian,” katanya. Aksi bogel Kate boleh disaksikan dalam lebih 10 filem termasuk filem yang menaikkan namanya, Titanic . – Agensi

Berita Harian

Advertisements

Ibu 8 Anak Ditawar Berlakon Filem Lucah

27 Feb


LOS ANGELES – Ibu yang melahirkan lapan bayi menerusi pembedahan, Nadya Suleman (gambar) ditawar untuk berlakon dalam satu filem lucah, lapor sebuah akhbar semalam.

Nadya yang terbabit dalam beberapa kontroversi berhubung kehamilannya ditawarkan kontrak AS$1 juta (RM3.67 juta) untuk berlakon dalam satu filem lucah.

Jurucakap Vivid Entertainment, Jackie Martin berkata, tawaran itu termasuk perlindungan insurans untuk keluarganya selama setahun.

Vivid menyatakan tawaran itu dihantar kepada Nadya menerusi pos bagaimanapun dia masih belum memberikan sebarang reaksi balas.

Surat tawaran itu turut menyatakan video lucah itu akan diedarkan menerusi label Vivid-Celeb yang turut mengedarkan filem lakonan Pamela Anderson dan Kim Kardashian.

Nadya, 33, melahirkan anak kembar lapan menerusi pembedahan pada 26 Januari lalu di sebuah hospital di California setelah memperoleh sperma penderma.

Dia yang sudah bercerai sebelum itu mempunyai enam anak.

Bagaimanapun Nadya dilaporkan bakal kehilangan kediamannya setelah gagal membayar tunggakan gadai janji. – Agensi

Kosmo

Pasrah Digelar Artis Seksi

12 Dec

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my

WAJAH pelakon ini, Lana Nordin sekadar sekejap-sekejap singgah di kaca TV dan layar perak, namun publisiti diterima wanita ini bagaikan berlebihan setelah diberi jolokan Pamela Anderson Malaysia.

Barangkali kalau ada sesiapa yang mendapat gelaran ini, pasti akan terasa bangga.

Cuma daripada skop berlainan, panggilan ini seolah menjatuhkan martabat kaum wanita kerana pelakon antarabangsa itu tidak sunyi dihimpit kontroversi memualkan.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin berkata, secara jujurnya dia malas mengambil peduli kata-kata nakal yang dilemparkan masyarakat terhadap diri yang baru mahu melebar sayap dalam dunia lakonan.

“Kalau orang sekeliling yang beri jolokan ini, saya tidak boleh hendak cakap apa-apa. Hendak marah pun tidak boleh sebab saya sudah bergelar artis, jadi saya terima saja anggapan ini tanpa melenting tidak tentu pasal.

“Bukan istilah saya kisah ataupun tidak kisah, sebaliknya saya berpendapat gelaran Pamela Anderson Malaysia ini sekadar cakap-cakap nakal orang luar sana,” katanya telus semasa majlis beramah mesra bersama artis Aquila Emas di Saloma Bistro, Jalan Ampang baru-baru ini.


SELAGI tidak menggangu diri, keluarga dan rakan-rakan terdekat, Lana sekadar membiarkan cakap-cakap tentang dirinya umpama Pamela Anderson Malaysia.

Antara artis Aquila Emas yang hadir adalah Betty Benafe, Zizan Nin, Yasmin Hani, Tony Eusoff, Airis Yasmin, Nazim Othman, Chelsia Ng dan Tania Zara.

Sambung wanita berusia 29 tahun ini, selagi gelaran ini tidak menganggu diri, keluarga serta rakan-rakan terdekat, Lana hanya membiarkan sahaja peminat memberi gelaran kepadanya.

“Saya menerima saja jolokan ini walaupun sewaktu awal diberitahu , saya terus tergelak besar gara-gara mengenang saya yang kononnya mirip selebriti seksi luar itu.

“Paling penting, saya dan orang-orang yang terdekat di hati saya tahu siapa sebenarnya Lana Nordin. Itu sudah memadai kepada saya.

“Lagipun, susah untuk saya menutup mulut orang yang suka buat penilaian sendiri. Perkara ini tidak memberikan kesan buruk kepada saya. Jadi mengapa saya perlu lihat jolokan diberikan ini sebagai negatif?”soal Lana terus tersenyum.


ZIZAN NIN dan Tony Eusoff antara pelakon yang bernaung dengan Aquila Emas.

Ditanya bagaimanakah gelaran ini mula melekat kepada diri, pantas sahaja jawapan si Lana: “Barangkali sebelum ini saya tidak mendapat liputan meluas sangat daripada pihak media cetak dan elektronik.

“Awal kemunculan saya sedikit berisi, namun lama-kelamaan berat badan saya makin susut sekali gus membuatkan badan saya nampak kurus, cuma ada bahagian yang tidak berubah.

“Sedangkan aset yang saya miliki sekarang kelihatannya sama saja dengan perempuan lain, malah tiada beza jika ingin diimbas kembali semasa badan saya besar.

“Saya juga mengakui tidak menjalankan pembesaran di mana-mana bahagian badan. Kalau tidak, sudah tentulah emak dan adik beradik perempuan saya yang lain akan perasan dengan situasi ini.

“Kalau orang ramai terus hendak berbuat bising, saya tidak boleh menjelaskan apa-apa lagi. Adik beradik saya yang lain pun punya ukuran saiz badan sama dengan saya juga.

“Istilah saya buat pembedahan membesarkan payu dara hingga digelar Pamela Anderson Malaysia memang tidak wujud sama sekali,” jelas Lana yang pernah kehilangan kira-kira lima kilogram hingga menjadikan tubuh yang dimiliki kini menjadi susut.


DARI kiri: Lana, Airis Yasmin dan Tania Zara.

Sampuk wanita yang pernah muncul menerusi filem Remp-It dan Main-Main Cinta, meskipun gelaran itu ada waktu disalah anggap sesetengah pihak, namun Lana mengakui bertuah dek diri makin dikenali di laman seni.

“Satu yang saya perasan apabila munculnya cerita macam itu, khalayak mulai sedar kehadiran saya dalam dunia lakonan ini.

“Kalau ada yang pandang serta cakap saya ini dan itu, perkara berkenaan bermaksud orang ramai mula mengenali mana satu Lana Nordin.

“Maknanya saya wujud di hati masyarakat walaupun diberi gelaran Pamela Anderson Malaysia yang dilihat banyakkan keburukan berbanding kebaikan.

“Paling utama, saya tidak pernah sesekali mengacau orang lain, malah tidak juga mencipta isu Pamela Anderson untuk menaikkan populariti saya dalam industri ini.

“Kalau betul-betul saya inginkan glamor yang cepat, sudah tentu sudah lama saya buat perkara ini, cuma saya bukanlah artis gemar mencipta publisiti murahan,” jelas Lana dalam suara cukup tegas.

Ingin tonjol bakat lakonan

Sambung wanita peramah ini lagi, dia merupakan artis yang punya strategi sendiri untuk mengenengah diri dalam karier lakonan, tanpa perlu bergantung harap cerita sensasi.

“Saya enggan berjumpa wartawan kalau tidak ada sebarang drama atau filem yang hendak diuar-uar. Sebaliknya, macam hari ini saya bertemu pihak media dalam upacara berhubung kait dengan lakonan.

“Kalau boleh saya mahu orang kenal saya menerusi hasil kerja dan mutu lakonan, bukan dengan kisah yang tiada kepentingan dalam seni.

“Saya akan berusaha dengan sehabis baik untuk muncul di khalayak bermula tahun 2009 kerana waktu itu filem saya Gentayangan akan menjengah di pawagam.

“Sekarang kalau setakat jadi pelakon sampingan atau watak pembantu dengan mana-mana produksi, saya agak malu untuk bertemu wartawan.

“Biarlah saya mencipta nama dulu dan baiki gaya lakonan, kemudian barulah saya akan mempromosikan diri,” tutur wanita kelahiran Kuching, Sarawak ini sepenuh keyakinan.


TANIA ZARA (kiri) dan Airis Yasmin.

Dipalit gelaran Pamela Anderson Malaysia barangkali menyebabkan keluarga Lana turut menanggung malu kerana bukan calang-calang jolokan yang diberi. Memalukan dek selebriti luar itu sering dilabel pelbagai kisah kurang elok.

Beritahu Lana, keluarga sekadar tertawa besar mengenang cerita kelakar yang dilempar kepada anak perempuan yang ditatang bagai minyak penuh selama ini.

“Famili saya amat memahami dengan gelaran yang diberi. Lagipun saya sudah menerangkan segala-galanya kepada mereka tentang asam-garam dunia seni.

“Saya menerangkan kepada mereka, apabila menjadi artis, kita diibarat duduk di bawah mikroskop. Orang lain nampak sahaja setiap pergerakan kita tidak kira masa serta waktu.

“Ada ketika kita tidak melakukan perbuatan yang tidak elok itu, namun kita tetap dikeji dengan pelbagai tohmahan yang tidak baik.

“Bayangkan, kalau ada artis lain yang buat pembedahan payu dara, tidak menjadi isu langsung. Sedangkan saya yang tidak bersalah ini, dituduh bermacam-macam melakukan ubah suai pada payu dara.

“Alhamdulillah, keluarga mengerti keadaan yang saya hadapi ketika ini apatah lagi setelah menjadi individu dikenali ramai,” sahut Lana sambil menghela nafas lega.

Sekadar hubungan teman biasa

Bukan setakat digelar Pamela Anderson Malaysia, Lana juga dikatakan mempunyai hubungan dengan anak kepada seorang golongan kenamaan terkenal di negara ini. Lelaki berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan seorang artis jelita ternama dan seorang personaliti TV.

Dengan cukup professional, Lana tidak sesekali menyembunyikan perkara itu, namun dia sekadar mengatakan hubungan yang terjalin dengan lelaki itu, hanya teman biasa.

“Saya dan si dia sekadar bersahabat saja. Lagipun kami sudah saling mengenali sejak tujuh hingga lapan tahun lalu. Waktu itu umur saya adalah 21 tahun.

“Kami memang tiada sebarang perhubungan istimewa, sebaliknya sekadar kawan baik saja setelah diperkenal oleh seorang rakan lain.

“Daripada situ, bermulalah detik kami berkawan dan dia menjadi sebahagian daripada rakan baik saya. Kami selalu lepak dan minum-minum saja, tanpa membabitkan soal hati dan kasih-sayang,” terang Lana tanpa berselindung.

Melafaz cinta bersama Aquila Emas

Bagi menempatkan kedudukan di lapangan seni yang sentiasa meranum ini, Lana mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat Aquila Emas (AE), sebuah syarikat menguruskan dan melayar bahtera anak seni tanah air sejak tiga tahun lalu.

Kehadiran Lana dalam organisasi itu, sebagai individu ketiga setelah kemasukan Zizan Nin dan Carrie Lee Sze Kei, nyata memberi impak besar dan perubahan dalam kerjayanya.

Menurut Lana, dia mendapat nasihat daripada Zizan yang beria-ria mahukan dia menyertai AE, bagi memudahkan segala kerjanya sebagai insan seni.

“Saya amat teruja dengan syarikat ini kerana dia bersungguh mengurus dan mempromosikan semua artis jagaannya dengan cukup baik.

“Semua urusan kerja saya bersangkutan dengan AE termasuk berkaitan kontrak dan setiap perjanjian untuk melibatkan diri dalam mana-mana projek terbaru.

“Ada banyak faedah yang saya dan artis lain nikmati dengan melibatkan diri bersama AE. Segala hak dan kebajikan kami dijaga dengan baik sekali, tanpa ada kekurangan,” akui Lana teruja.

Kosmo

Beyonce Ketagih Beli Kasut

2 Dec


BEYONCE mengakui pantang melihat kasut tumit tinggi.

Gila kasut! Itulah yang dapat digambarkan tentang Beyonce Knowles apabila bercerita mengenai benda kegemarannya.

Penyanyi yang popular dengan lagu If I Were A Boy itu mengakui dirinya sanggup menghabiskan sejumlah wang membeli pelbagai jenama kasut setiap kali membeli-belah.

Apalagi bila melihat kasut bertumit tinggi, dia akan terus membelinya. “Saya begitu suka dengan kasut tumit tinggi yang berada di pasaran sekarang. Rasa seperti ketagih dengannya,” ujarnya.

Beyonce yang berkahwin dengan rapper jutawan, Jay-Z, juga mengatakan dirinya begitu teruja jika dipanggil untuk mengadakan sesi fotografi kerana dia pasti akan mendapat hadiah berpasang-pasang kasut.

Tambahnya, “Saya telah melakukan pelbagai jenis sesi fotografi dan biasanya mereka akan memberikan saya beberapa pasang kasut. Sejak kebelakangan ini koleksi kasut tumit tinggi saya begitu banyak.”

Bagaimanapun, penyanyi yang berusia 27 tahun ini bukanlah orang pertama yang pernah mengakui obses dengan kasut.

Pamela Anderson pernah menyatakan dia pernah memakai kasut tinggi ketika tidur. Manakala, Christina Aguilera pula begitu teruja untuk memakai kasut tumit tinggi ketika sedang mengandungkan anak sulungnya, Max.

Kosmo

Jacko Mahukan Saya – Pamela

13 Sep


PAMELA ANDERSON

WANITA yang terkenal sebagai bintang simbol seks, Pamela Anderson menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia pernah menjalin hubungan intim dengan Michael Jackson.

Bekas pelakon Baywatch yang sudah tiga kali gagal di dalam mahligai perkahwinan dan dia beria-ria memberitahu media serta peminat bahawa tujuan bertemu Jacko, sekadar untuk urusan bisnes.

Jacko dikhabarkan meminta pertolongan Pamela untuk muncul dalam klip video terbarunya.


MICHAEL JACKSON

Pamela, yang baru sahaja membintangi filem Thriller awal bulan lalu bercakap kepada US TV bahawa Michael menginginkan dia muncul dalam video muzik terkininya.

“Saya mempunyai kehidupan menarik. Malah ada ketikanya kehidupan saya juga nampak sedikit terkeliru berbanding dengan orang lain.

“Faktor itulah membuatkan saya kelihatan unik, sekali gus Jacko benar-benar mahukan saya muncul dalam klip videonya.”

Pamela yang memiliki dua orang cahayamata hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya, Tommy Lee, dilaporkan sedang menjalin hubungan intim dengan salah seorang keluarga diraja Abu Dhabi.

Kosmo

Lohan Keluar Rumah Tanpa Coli

26 Aug


LINDSAY LOHAN

AKTERS Lindsay Lohan nampaknya mengikuti jejak langkah beberapa selebriti wanita lain seperti Britney Spears dan Pamela Anderson yang tidak memakai pakaian dalam ketika berjalan sekitar Los Angeles.

Pelakon yang pernah membintangi filem Mean Girls beberapa tahun lalu dilaporkan membeli-belah bersendirian di LA tanpa memakai coli.

Menurut sumber The Sun, dia cuma menutupi baju-T yang dipakai dengan vest bagi melindungi daripada dicabul atau menjadi tumpuan umum.

Kata sumber itu lagi, meskipun ada yang perasan dengan tingkah laku kurang manisnya itu, Lohan sekadar berlagak seperti biasa tanpa mempedulikan pandangan sinis umum.

Dalam pada itu, terdapat khabar angin mengatakan pelakon berusia 22 tahun ini mendalami ajaran Judaism semata-mata mahu mengeratkan lagi hubungan dengan kekasih lesbiannya, Samantha Rosson.

Kosmo

Fobia Orang Ternama

7 Aug


SETIAP orang pasti memiliki sikap fobia. Ada yang fobia terhadap haiwan-haiwan seperti lintah atau ular, fobia terhadap makanan, warna, bau dan sebagainya.

Sama seperti manusia lain, golongan artis juga mempunyai ketakutan dan fobia tersendiri. Pada kebiasaan ketakutan ini wujud akibat pengalaman lampau atau terjadi kerana sesuatu yang menggelikan.

Ada di antara ketakutan yang dialami golongan artis merupakan sesuatu yang turut digeruni kita. Namun, ramai juga di antara mereka yang memiliki fobia ganjil seperti aktor berusia 63 tahun, Michael Douglas. Dia fobia terhadap bulu ketiak wanita sehingga kini selepas melihatnya buat kali pertama semasa berusia 16 tahun.

Pengarah, Woody Allen pula dikatakan takut terhadap sinaran matahari, orang ramai dan kanak-kanak.

Aktres seksi, Pamela Anderson pula pernah mendedahkan bahawa dia takut untuk melihat bayangannya sendiri dan tidak menyukai cermin.

Aktres Rachel Bilson pula takut terhadap hantu dan pelakon kacak, Orlando Bloom pula takut khinzir.

Manakala David Boreanaz pula takut dengan air terjun dan ikan kerana sisiknya. Minggu ini, mari kita melihat apa lagi ketakutan yang dirasai oleh golongan artis yang mungkin juga merupakan fobia anda.

Gwen Stefani gerun gemuk

Menjadi kanak-kanak yang gemuk semasa kecil telah membuatkan Gwen Stefani sentiasa berhati-hati dengan isu berat badan.

Penyanyi yang popular dengan lagu No Doubt ini memberitahu dia sentiasa bergelut dengan masalah kegemukan semasa sedang membesar dan telah bekerja keras untuk mengekalkan bentuk badannya.


SI jelita Gwen Stefani fobia dengan berat badan berlebihan.

Gwen yang baru-baru ini mengandungkan anak keduanya menyatakan, “Di sekolah, saya selalu berharap saya adalah gadis yang kurus kering dan boleh makan apa sahaja yang disukai. Tetapi hakikatnya, saya selalu perlu bersenam.

“Barat badan saya sentiasa berubah dan saya sangat gemuk semasa berusia 16 tahun. Saya berasa geram dengan perubahan berat badan dan membuat keputusan menyertai pasukan renang. Saya bernekad untuk tidak menjadi gadis gemuk lagi.

“Semenjak itu, saya berupaya mengawal berat badan tetapi ia amat membosankan. Kini baru saya sedar betapa bodohnya perbuatan saya dulu kerana tiada siapa yang peduli kecuali diri saya sendiri.”

Gwen yang berkahwin dengan Gavin Rossdale juga mendedahkan bahawa masalah berat badan membuatkan dia berasa tidak yakin.

“Saya bukannya jenis orang yang pemalu. Namun, semasa zaman remaja, saya sentiasa berasa tidak yakin. Dan saya masih mengingati perasaan saya yang tidak gembira kerana bentuk badan dan sentiasa berharap supaya tidak gemuk,” katanya kepada majalah OK!.

Keira tidak mahu jadi penyanyi

Lakonan mungkin tidak menjadi satu masalah besar bagi Keira Knightley tetapi aktres ini memberitahu penggambaran untuk filem terbarunya adalah satu pengalaman paling menakutkan dalam hidupnya.


KEIRA KNIGHTLEY

Ini kerana aktres ini perlu menyanyi dalam filem The Edge of Love, di mana dia memainkan watak Vera Philips iaitu kekasih kepada Dylan Thomas.

Kiera mengaku bahawa menyanyi adalah sesuatu yang sukar, “Saya ada menghadiri kelas latihan vokal kerana saya tidak boleh menyanyi. Selepas itu pengarah, John Maybury meminta saya menyanyi secara live di hadapan 100 pelakon tambahan.

“Saya tidak pernah berasa begitu takut sepanjang hidup saya dan saya tidak mahu melakukannya sekali lagi. Saya tidak mahu menjadi penyanyi rock.”

Dalam filem ini yang turut dibintangi oleh Sienna Miller, Cillian Murphy dan Matthew Rhys, Keira menyampaikan lagu Blue Tahitian Moon, Maybe It’s Because I Love You Too Much dan Drifting And Dreaming.

The Edge of Love yang ditulis oleh ibu Keira, Sharman Macdonald berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua.

Katherine Heigl takut hospital

Siapa sangka pelakon yang popular dengan drama Grey’s Anatomy, Katherine Heigl sebenarnya takut dengan hospital sebelum ini.

Aktres ini yang menerima pelbagai pujian menerusi filem terbarunya, 27 Dresses kehilangan adiknya, Jason dalam satu kemalangan kereta pada tahun 1986. Dan dia memberitahu insiden itu telah mengubah kehidupannya sama sekali termasuk pemilihan program televisyen.

“Semasa saya berusia 27 tahun, saya menyertai produksi Grey’s Anatomy. Saya risau saya akan berlakon dengan ganjil kerana saya tidak mampu menyaksikan drama seperti ER. Drama seperti itu dan hospital membuatkan saya berasa cemas,” jelasnya.


KATHERINE HEIGL sering cemas bila berada di hospital.

Namun, Katherine kini sedar penglibatannya dalam drama popular ini dapat membantu mempromosikan aktiviti amal, derma organ.

“Saya sedar ini adalah subjek sensitif. Tiada siapa yang mahu bercerita mengenai apa yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Dan ia adalah sukar bagi manusia untuk berfikir mengenai derma organ ketika berdepan dengan krisis.

“Tetapi kita semua perlu sedar dengan kekurangan organ dan ramai orang yang memerlukan bantuan,” tambahnya lagi.

Gelaran seksi Matt Damon

Aktor Matt Damon pula berasa risau dan takut dia akan kehilangan gelaran lelaki paling seksi. Pelakon The Bourne Ultimatum yang diberikan gelaran itu tahun lalu oleh majalah People memberitahu dia yang menaikkan berat badan sebanyak 13 kilogram untuk filem terbaru arahan Steven Soderbergh, The Informant mungkin tidak lagi layak untuk memegang posisi tersebut.

“Saya rasa saya akan kehilangan gelaran itu,” katanya dengan perasaan sedih.

Pelakon ini yang pernah memenangi anugerah Oscar sebagai penulis bersama filem Good Will Hunting bersama rakan rapatnya, Ben Affleck bagaimanapun memberitahu dia menikmati proses menggemukkan badan untuk watak itu.

“Bukannya saya perlu menjadi sangat gemuk. Cuma saya perlu kelihatan tembam. Apa yang dilakukan adalah cuma berhenti senaman dan makan apa yang dikehendaki.

“Saya banyak mengambil makanan segera seperti burger dan minum bir. Ia amat menyeronokkan,” tambahnya.

Dustin Hoffman tidak mahu bersara

Berusia 70 tahun, Dustin Hoffman berasa takut setiap kerja yang dilakukannya adalah yang terakhir baginya. Pernah memenangi dua anugerah Oscar, aktor ini mengalami perasaan tidak yakin yang kronik mengenai dirinya yang telah lama berkecimpung dalam dunia hiburan.

Dan kini Dustin sentiasa takut bahawa karier lakonannya akan berakhir tidak lama lagi.

“Setiap kali sesebuah projek berakhir, saya mempunyai perasaan seperti saya tidak akan bekerja lagi. Saya telah berlakon selama 50 tahun dan sentiasa bersyukur apabila menerima watak baru. Sehingga hari ini saya berasa lega apabila ditawarkan kerja,” katanya.

Oleh itu, aktor ini telah bersumpah bahawa dia akan bekerja sehingga badannya tidak mengizinkan. Dia yang belum bersedia untuk bersara memberi kredit kepada rupa parasnya kerana mampu bertahan lama dalam industri.

“Saya sukakan rupa paras saya yang menjadi tua dengan natural. Saya akan terus bekerja selagi yang badan saya mampu menanggung,” jelas Dustin yang baru menyumbang suara kepada animasi popular, Kung Fu Panda.

Insomia teruk Matthew Perry

Tidur adalah sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk merehatkan badan tetapi Matthew Perry telah mengalami masalah insomia yang tidak boleh diubati kerana dia takut untuk tidur.

Bekas pelakon drama popular Friends ini mengaku dia cuba pelbagai cara untuk relaks pada waktu malan tetapi belum lagi berjaya mencari jalan penyelesaian kepada masalahnya ketakutan luar biasa itu.

“Saya sudah membeli katil yang selesa, menyalakan lilin untuk mencipta atmosfera relaks dan memasang muzik tenang semasa menggosok gigi. Tetapi semua itu tidak berjaya membuatkan saya tidur.

“Ia amat sukar untuk melelapkan mata. Apabila saya cuba tidur, perasaan takut mula melanda diri saya,” luah Matthew.

Mandy Moore bebas kuman

Penyanyi dan pelakon popular, Mandy Moore pula mempunyai fobia terhadap kuman dan bakteria yang boleh dilihat menerusi mikroskop. Dia akan membawa tisu anti kuman di sisinya untuk melindungi dirinya daripada dijangkiti kuman.

“Saya takut dengan kuman. Oleh itu saya akan membawa tisu anti bakteria semasa saya mengembara. Saya rasa fobia terhadap kuman bukan sesuatu yang ganjil.

“Ini kerana saya perlu berdepan dengan ramai orang dan berjabat tangan. Jadi saya tidak mahu dijangkiti kuman dan jatuh sakit,” katanya.

Mandy bukannya satu-satu artis yang takut dengan kuman. Gwyneth Paltrow juga dilaporkan memastikan rumahnya adalah bebas kuman.

Aktres ini yang mempunyai dua orang anak, Apple, 4, dan Moses, 2, dengan suaminya, Chris Martin begitu paranoid dengan bakteria sehingga dia tidak pernah menggunakan tandas awam. Dia juga membawa berus sendiri untuk memberus tandas hotel sebelum menggunakannya.


MANDY MOORE membawa tisu khas membasmi kuman.

Kosmo