Archive | Paula Abdul RSS feed for this section

'Tuah' Paula Di Balik Kesibukan

10 Feb

PAULA Abdul, salah seorang pengadil American Idol, menyatakan hidupnya tidak hanya berkisar pada rancangan realiti itu, sebaliknya beliau sibuk juga dengan beberapa aktiviti lain.

Beliau kini sibuk mengendalikan pertandingan Rah! Paula Abdul’s Cheerleading Bowl yang disiarkan di MTV sejak awal bulan lalu, selain merancang membuat lebih banyak rakaman album.

Bisnes penjualan barang perhiasan, ‘Forever Your Girl’, dan beg tangannya yang dilancarkan bulan lalu juga mendapat sambutan hangat.

Sementara itu, beliau terus mendapat sorotan glamor kerana penampilannya sebagai pengadil yang kecoh dalam American Idol.

Beliau mengakui antara wanita paling bertuah di dunia kerana dapat terus menyertai rancangan yang dijangka tercatat sebagai ‘rancangan terhebat di dunia’.

Semangatnya tetap tinggi, lapor laman latimes.com, walaupun baru mengalami episod dijejaki peminat kemaruknya, Paula Goodspeed, yang telah membunuh diri, dan kini digandingi pengadil baru, Kara DioGuardi, dalam American Idol.

Terdahulu, semasa berganding hanya dengan Simon Cowell dan Randy Jackson, Paula Abdul berkata beliau selalu disalah erti.

‘Simon seronok membuat saya selalu kelihatan semacam seorang perempuan gila,’ kata Paula, sambil tersenyum.

Cyberita

Advertisements

Former "Idol" Contestant Found Dead Outside Paula Abdul's Home

13 Nov

LOS ANGELES : A fan of Paula Abdul whose failed audition for “American Idol” aired on Season Five of the show, was found dead in a car near the home of the pop star and judge whom she admired, authorities said on Wednesday.

Described by her parents as “an extreme fan”, 30-year-old Paula Godspeed’s death is still being investigated as a “possible suicide”.

Abdul was not at home when the woman’s body was found, but released a statement saying that she was “deeply shocked and saddened”.

“My heart and prayers go out to her family.”

Her spokesperson said Abdul and her staff have been aware of the woman for several years.

When she appeared on “American Idol” in 2005, Goodspeed talked about her fondness for Abdul after her rendition of Tina Turner’s hit song “Proud Mary”.

Goodspeed told the show’s host Ryan Seacrest how she had created life-sized paintings of the singer and that her “first drawing was of Paula Abdul”.

“American Idol” has emerged as a phenomenon since it debuted on US network Fox in 2002 as a spin-off from British television hit “Pop Idol”.

– CNA/jk

Channel News Asia

Kontroversi American Idol 7

5 Mar


DAVID HERNANDEZ

NAMANYA baru sahaja dikenali sebagai salah seorang finalis program realiti televisyen yang sedang hangat ketika ini, American Idol musim ketujuh.

Malah, kehadirannya begitu memeriahkan program yang masih dihoskan oleh Ryan Seacrest dan menampilkan tiga juri tersohor, Paula Abdul, Simon Cowell dan Randy Jackson.

Ini kerana dia memiliki vokal yang mantap sehingga Cowell yang terkenal dengan kritikan pedasnya sering memuji persembahannya.

Namun, kontroversi tercetus apabila peserta yang dimaksudkan, David Hernandez dilaporkan pernah bekerja sebagai penari bogel.

Peserta berusia 24 tahun dari Glendale, Arizona itu menurut laporan The Associated merupakan penari bogel di Dick’s Cabaret, yang kebanyakan pengunjungnya adalah daripada kalangan lelaki.

Kenyataan media tersebut dibuat oleh pengurus kelab tersebut, Gordy Bryan, kelmarin.

“Dia memiliki rupa dan jenis (lelaki) yang disukai ramai (di kelab Dick’s Cabaret). Jadi dia meraih wang yang lumayan di sini,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Bryan lagi, Hernandez bekerja di kelab tersebut selama tiga tahun sehingga 30 September, 2007.

“Sejak 30 September tahun lepas, dia tidak lagi memperbaharui kontrak, jadi dia tidak lagi menari di sini,” tegasnya.

Bryan mendakwa dia menyedari Hernandez memiliki vokal yang bagus, tetapi Hernandez tidak pernah menyanyi di kelab tersebut.

Dia yakin, Hernandez membuat keputusan berhenti kerja di Dick’s Club untuk menyertai American Idol 7.

Ketika hadir pada uji bakat program tersebut, Hernandez tidak memberikan butir-butir mengenai dirinya yang berpengalaman sebagai penari bogel.

Spekulasi mengenai Hernandez itu mula tercetus pada minggu lepas apabila foto-fotonya yang ketika itu bekerja sebagai pelayan di kelab malam gay, Burn disiarkan menerusi VoteForTheWorst.com, laman web yang menggalakkan undian dibuat bagi menyokong peserta American Idol yang ‘jahat dan benar-benar memiliki bakat penghibur’.

“Ia (isu David Hernandez) seperti api yang marak terbakar,” kata penaung VoteForTheWorst.com, Dave Della Terza.

“Sebaik sahaja foto David itu disiarkan, kami menerima antara 10 hingga 20 surat pada setiap hari yang mengatakan, ‘betul, David Hernandez adalah seorang penari bogel di Phoenix’.”

Hernandez yang hadir pada uji bakat American Idol 7 di San Diego pada 30 Julai, 2007, meraih pujian daripada ketiga-tiga juri Paula Abdul, Randy Jackson dan Simon Cowell menerusi persembahannya dalam program tersebut pada minggu lepas.

Hernandez mengalunkan lagu popular The Temptations, Papa Was a Rolling Stone dengan vokal yang begitu memukau.

Tidak jelas sama ada kontroversi itu bakal menyebabkan Hernandez tidak layak menyertai American Idol 7.

Ini kerana finalis American Idol musim pertama (2003), Frenchie Davis dibuang dari program tersebut selepas dia dilaporkan pernah muncul dalam laman web porno. Ini berbeza dengan peserta American Idol musim keenam tahun lepas, Antonella Barba yang dibenarkan terus berada dalam program tersebut biarpun foto-foto erotiknya tersebar di internet.

Kosmo

Siapa Juara American Idol?

24 May

OLEH: KHADIJAH IBRAHIM

ANTARA Blake Colin Lewis, 26, dan Jordin Brianna Sparks, 18, siapakah yang bakal bergelar juara program TV realiti American Idol musim keenam itu?

Anda pasti sudah menonton persembahan mereka menerusi Astro saluran Star World, semalam.

Pada pukul 8 malam ini, menerusi saluran yang sama kita akan mengetahui siapakah yang bakal bergelar juara.

Kata Lewis, dia tidak sangka boleh melangkah sampai ke peringkat akhir. Untuk pertandingan tersebut, Lewis lebih senang menganggap ia sebagai satu persembahan.

“Kalau saya asyik menganggap ia satu pertandingan, pasti saya rasa tertekan. Sebab itulah setiap minggu apabila mengadakan persembahan, saya hanya memikirkan untuk memperbaiki kelemahan diri dan bergembira,” kata pemuda yang berasal dari Bothell, Washington itu.

Berpegang pada prinsip tersebutlah, Lewis yang sudah cukup gembira kerana dipilih sebagai Top 10, tidak sangka akan bersaing dengan Sparks untuk peringkat akhir.

“Sparks adalah seorang peserta yang mengagumkan. Dia masih muda, mempunyai personaliti yang fantastik dan pakej yang dikehendaki oleh sesebuah label rekod. Saya suka dengan gayanya,” luah Lewis.

Sementara Sparks yang merupakan peserta termuda untuk musim ini masih lagi menganggap peluangnya ke peringkat akhir ibarat mimpi.

“Saya tidak pernah menduga akan sampai ke peringkat akhir jika berdasarkan usia saya dengan peserta lain. Namun yakin kepada kebolehan diri dan berani mencuba adalah suatu pengalaman yang indah pernah berlaku dalam hidup saya dan sebab itulah saya boleh menjadi peserta peringkat akhir American Idol,” katanya yang telah menjalani uji bakat American Idol di Seattle.

Seperti biasa pengkritik tetap American Idol ialah Randy Jacksons, Paula Abdul dan Simon Cowell. Sementara hos program tersebut ialah Ryan Seachrest.

Utusan Malaysia

Glamor Karpet Merah Emmy

26 Sep

SEMEMANGNYA menyeronokkan menonton bintang Hollywood melangkah ke pentas untuk merangkul anugerah kemenangan mereka pada majlis seperti Anugerah Emmy.

Namun menonton mereka melenggang-lenggok di karpet merah dalam busana anggun yang serba menawan dan mewah juga lebih menyeronokkan.

Apatah lagi pada ketika itu juga bintang Hollywood tersebut terutamanya yang wanita mengambil kesempatan untuk bergaya habis.

Hakikatnya bergaya di karpet merah bagi majlis anugerah seperti itu adalah satu kemestian.

Mereka perlu bergaya dengan sempurna dan menawan sekurang-kurangnya pada pandangan mata mereka, atau mereka akan dihentam teruk oleh pengkritik fesyen.

Karpet merah untuk majlis tersebut tidak pernah mempersembahkan apa-apa tema.

Tetapi kebanyakan celebrity memilih gaya yang cukup selamat dan sempurna iaitu busana anggun terutamanya gaun petang daripada pelbagai nuansa.

Laporan fesyen dari majlis Anugerah Emmy 2004 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini menjelaskan bahawa ia dipenuhi dengan busana anggun yang glamor dan sensasi.

Gaya klasik dan retro jelas meraih perhatian pereka fesyen ternama untuk menggayakan celebrity terbabit. Itu termasuk potongan rambut dan aksesori.

Antara aktres yang meraih perhatian di karpet merah pada majlis yang berlangsung Isnin lepas adalah aktres siri komedi televisyen terbaik, Sarah Jessica Parker.

Pelakon Sex and the City yang cukup menyerlah di Emmy sejak empat tahun berturut-turut itu mengenakan gaun petang berenda hitam daripada Chanel Couture.

Chanel juga pilihan pelakon Friends, Jennifer Aniston yang mengenakan gaun bergaya puteri Greek bersulam keemasan.

Gaya korset atau bustier juga kelihatannya popular di karpet merah tersebut. Seorang lagi pelakon Sex and the City, Kristin Davis memilih gaun berkorset dengan sulaman manik jenama Prada untuk ke karpet merah.

Putih pilihan pelakon Alias, Jennifer Garner.

Jennifer teman wanita baru Ben Affleck itu memilih untuk mengenakan gaun renda Oscar de la Renta yang mendedahkan belakangnya.

Bukan sesuatu yang keterlaluan untuk bintang Hollywood itu mempopularkan apa saja gaya di karpet merah, termasuk gaya baju tidur.

Apa pun dengan potongan badan yang menarik seperti itu sesiapa saja mampu kelihatan hebat.

Kita memperkatakan tentang Sharon Stone yang turut merangkul anugerah Aktres Jemputan Terbaik dari drama The Practice.

Gaun sutera berwarna ungu muda daripada Elsie Katz yang menyolok mata itu tidak ubah seperti gaun tidur.

Gaun ringkas itu dipadankan dengan cincin dan anting-anting berlian daripada Kwiat.

Anne Heche turut membawa gaya yang sama apabila dia memilih gaun satin Giorgio Armani.

Gaun sutera sifon berwarna merah rekaan Pamela Roland juga menjadikan Kim Cattrall kelihatan menawan.

Turut menghiasi tubuh pelakon Sex and the City itu adalah cincin berlian Lorraine Schwartz.

Hitam sentiasa meraih perhatian di karpet merah dan warna itu juga pilihan Portia de Rossi.

Portia memilih gaun labuh Givenchy yang dipadankan dengan rantai tangan bertatah berlian H. Stern.

Celebrity televisyen Barbara Walters turut memilih gaun hitam ilham Donna Karan.

Sesuatu yang ketara, warna hijau juga popular di karpet merah tersebut.

Pereka Vera Wang menggayakan aktres Mariska Hargitay gaun hijau muda.

Hijau juga pilihan Lorraine Bracco daripada rekaan Douglas Hannant dan Allison Janney yang mengenakan gaun sifon berleher gantung.

Selain itu gaun berpotongan vintaj pilihan aktres CSI, Jorja Fox dan Drea de Matteo.

Jorja memakai gaun merah jambu daripada Christian Dior yang dipadankan dengan rantai labuh mutiara untuk melengkapkan gaya 30-an itu.

Bercerita tentang aksesori, anting-anting gantung kelihatannya meraih perhatian kerana ia digayakan oleh banyak aktres di karpet merah itu termasuk Jennifer, Edie Falco, Jennifer Garner dan Barbara Walters.

Aksesori mewah termasuk anting-anting berlian bertatah 276 batu permata daripada Chopard turut digayakan oleh Lorraine.

Tidak ketinggalan adalah tiara berlian yang digayakan oleh celebrity Paula Abdul bersama gaun hitam.

Kebanyakan celebrity lelaki pula memilih cara tradisional iaitu menggayakan sut hitam kecuali Dennis Haysbert mengenakan sut biru navy.

Utusan Malaysia