Archive | Radja RSS feed for this section

Saya Tidak Merajuk – Inul

20 Jul

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT dan SOFIATUL SHIMA WAN CHIK

KUALA LUMPUR – “Saya tidak serik dan tidak akan merajuk bahkan Malaysia tetap di hati.”

Demikian tegas ratu dangdut goyang gerudi, Inul Daratista (gambar) yang kelmarin begitu kecewa setelah Konsert Inul Daratista Live in JB yang sepatutnya berlangsung di Larkin, Johor Bahru malam tadi dibatalkan.

Malah menurut Inul, apa yang berlaku terhadapnya itu memang sesuatu yang sangat luar biasa dan tidak pernah terjadi sepanjang dia membuat persembahan di Malaysia.

“Di Indonesia, pembatalan sebegini sudah menjadi kebiasaan buat Inul tetapi tidak pernah di sini (Malaysia) kerana saya pernah menjayakan dua konsert, pertama pada 2005 (Stadium Merdeka) dan 2007 (bersama kumpulan Radja).

“Ketika itu, segala peraturan yang telah ditetapkan berjaya saya lunaskan, apa lagi sekarang, kerana saya sudah berstatus Hajah,” beritahu Inul yang kembali ceria apabila konsert di Johor Bahru itu telah bertukar lokasi ke Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Kosmo! semalam melaporkan, Inul begitu kecewa sehingga hampir pengsan dan terpaksa dipapah ketika mahu meninggalkan sesi sidang akhbar di sini, apabila mengetahui konsertnya di Johor Bahru dibatalkan.

Tegas Inul, majlis sidang akhbar penundaan konsert di Johor Bahru bukan gimik untuk menarik lebih ramai penonton.

“Kelmarin, saya benar-benar capek (letih), saya menangis kerana saya penat dengan dugaan dan kontroversi yang tidak kesudahan dan kerana saya sangat sedih segala persiapan rapi telah dibuat.

“Ternyata air mata saya tidak sia-sia kerana masih mendapat tempat di Malaysia, semoga konsert tanggal 27 Julai nanti bakal sukses,” tegas Inul atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah.

Kosmo

Advertisements

Sempena Ulang Tahun

29 Jun

MEMBUMI merupakan interpretasi Radja terhadap pembabitan mereka dalam bidang muzik selama tujuh tahun ini dan diterima baik di kalangan usia dan latar belakang penggemarnya.

Sokongan itu bagi anggotanya, Ian Kasela yang bertindak sebagai vokal, Moldy (gitar), Indra (bes) dan Seno (deram) menjadi kekuatan untuk mereka terus bertahan dalam bidang ini.

Lalu, Membumi dengan perjalanan dan pengalaman Radja memiliki unsur-unsur susunan muzik yang segar dan berpengaruh dengan terus setia bersama jalur alternatif popnya.

Menampilkan hanya sembilan buah lagu iaitu Pelarian Cinta, Bersamamu, Apa Artinya, Seandainya dan Tak Mungkin Meninggalkanmu.

Selain itu turut dimuatkan adalah lagu Salah Mencintaimu yang terus kental dengan unsur muzik yang menjadi ciri khas Radja selain lagu brtemakan remaja berjudul Zodiak.

Single pertamanya, Sama-Sama Suka yang berunsur balada terus bermain dengan lirik yang menceritakan sebuah cinta tiga segi, lirik yang nampaknya menjadi pilihan banyak artis dari seberang.

Menariknya, kali ini Radja turut mempersembahkan sebuah lagu Inggeris berjudul S.O.U.L atau save our love sebagai bukti bahawa Radja diminati dan disenangi semua golongan.

Album: Membumi – Radja

Edaran: EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.

Utusan Malaysia

Artis Malaysia Perlu Anjakan Untuk Hebat

14 Feb

MINGGUAN Malaysia pada 11 Februari lalu mengulas mengenai Rentaq Serantau yang antara lain menyebut bahawa jika tiada artis Indonesia malam itu konsert akan jadi hambar.

Kelmarin ruangan Kak Tim (ruangan hiburan Utusan Malaysia) pula memberi komen bahawa nyanyian Amy dan Ella tidak lebih daripada muzik funfair.

Beberapa fakta akan saya ulas dalam forum ini sebagai warga Malaysia yang pernah belajar di Institusi Pengajian Tinggi Indonesia suatu ketika dulu.

Fakta pertama menyentuh Search dan Ella, kehebatan mereka tiada kurangnya bagi mereka yang mengikuti muzik rock nyanyian Klause Maine Scorpion dan Joan Jett.

Hanya sayang, mereka ini sesuai atau cocok untuk generasi macam saya berusia 35 tahun ke atas memandangkan Search dan Ella adalah dari aliran muzik rock zaman 90-an.

Bayangkanlah Mentari Merah di Ufuk Timur dinyanyikan pada tahun 2007 dan lagu itu menjadi siulan saya semasa berada di tingkatan enam pada tahun 1987 dulu serta seiring dengan God Bless, Achmad Albar atau Ian Antono (Man Kidal Indonesia) dan ‘tante’ Niki Astrea. Mereka inipun sudah kurang naik pentas di Indonesia.

Tidak adil sekiranya Radja dibandingkan dengan uncle Search dan aunty Ella di Malaysia.

Saya rasa jalan yang bagus ialah memberikan ruang kepada Pretty Ugly, Flop Poppy, OAG ruang, barangkali dapat kita lakukan perbandingan yang setara.

Jangan bandingkan Search dengan Radja dan Dewa kerana ini perbandingan yang tidak setara. Sedangkan So7 Sephia pun sudah sepi.

Begitu juga dengan Inul (penyanyi dangdut) yang dianggap mencetuskan suatu revolusi rockdut iaitu singkatan kepada rock dangdut di Indonesia.

Apa yang dilakukan oleh Inul boleh dianggap juga suatu anjakan.

Inul meninggalkan stigma penyanyi dangdut hebat lain seperti Elvy Sukaseh, Bhetaria Sonata dan seangkatan dengannya sama ada dalam nyanyian atau gerakannya (Gerak dangdut Inul tak perlu diulas lanjut).

Perkara ini juga fakta bahawa di Indonesia sendiri sudah berlaku anjakan ini.

Penampilan Inul memukul semua ‘pedangdut’ (saya pinjam Bahasa Indonesia). Wajar saja ia berada di tempatnya sekarang.

Penggiat muzik Malaysia seharusnya sudah sedar akan hal ini.

Anjakan demi anjakan diperlukan dan melakukan inovasi baru.

Seruan kerajaan agar rakyat Malaysia mestilah menjadi rakyat minda kelas pertama, inovatif, kreatif bukan hanya ditujukan kepada kakitangan kerajaan dan swasta tetapi ia termasuklah kepada golongan artis. Sama-samalah kita fikirkan.

– NOORDIN,

Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Powered by Utusan Malaysia