Archive | Rahimah Rahim RSS feed for this section

A 'Rolling Good Time' With Rahimah Rahim

24 Jul

SINGAPORE : She maybe one of the most well-respected veteran singers in Singapore’s music industry, but Rahimah Rahim shows no signs of being a diva at all.

In fact, she humbly calls herself a “normal Singaporean” and “a girl next door”.

Despite having her start in show business from acting in a Malay movie at the tender age of six, Rahimah says that her singer-musician father was the one who inspired and sparked her interest in singing.

She’s never looked back ever since and released her 12th Malay album in 2006.

“I watched (my father) sing and I thought, ‘Oh that’s very nice’ because I can express my feelings through song,” recalled Rahimah, who says she has absolutely no regrets whatsoever.

Despite taking a ‘pause’ from singing some 20 years ago due to “family matters”, it is evident that Rahim has not loss her immense passion for singing.

While she may no longer be performing on stage as much as she used to in her heyday, Rahim says that she nonetheless enjoys singing as a “pastime and hobby”.

Hence, July 26 will be one special and rare night when Rahimah takes to the stage at Zouk, performing alongside many of her old counterparts, including popular 1970s and 1980s vocal group Stardust.

These local singing heroes will all be performing as part of this year’s Singapore Heritage Fest.

They will also be joined by up and coming local youth band UnXpected.

Of the younger budding talents who are making their foray into the Singapore music industry, Rahimah has nothing but praise.

“The youngsters nowadays are exposed to so many different genres of music,” said Rahimah, “I think they’re great and I enjoy watching them.”

However, she laments that it is probably more difficult to make it as a musician in Singapore now as compared to during her time.

Having been seen collaborating with the finalists of local reality show “Singapore Idol” a few years back, it is obvious that Rahimah is more than willing to share her wealth of experience with the younger ones.

“Being with them is just to (pass down) all my past experiences to them,” said Rahimah.

Come Saturday night, Rahimah will be showing the younger ones exactly how it’s done as she performs several of her past well-known hits.

“We’ll have a rolling good time!” exclaimed an excited Rahimah.

Catch Rahimah Rahim and other local singing legends at Zouk, July 26, from 7pm.

Tickets are available from SISTIC.

– CNA/os

Channel News Asia

Advertisements

Info TV: TV9 Mula Misi Cari Penyanyi Nasyid Berbakat

2 May

Oleh Rozdan Mazalan

PROGRAM realiti Akademi Nasyid yang diperkenalkan TV9 dilihat mampu melahirkan satu kelompok penggiat irama nasyid global atau universal. Secara tidak langsung melalui program ini, irama nasyid tanah air akan berkembang dan mampu bersaing seperti mana irama pop, balada, R&B, rock, jazz dan hip hop.

Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda berkata, program yang memaparkan kelainan daripada program realiti sedia ada bersesuaian dengan imej TV9 sebagai stesen televisyen yang menjurus kepada program berunsur Islam serta menerapkan nilai murni kepada penonton.

“Selama ini, banyak stesen mencari bakat hiburan bagi penyanyi yang boleh membawa lagu berbentuk pop rock, balada, etnik kreatif dan hip hop. Kami berusaha ingin memberi ruang yang lebih luas kepada genre nasyid di mana nasyid juga adalah sesuatu yang universal.

“Akademi Nasyid akan menampakkan bahawa sesebuah nasyid itu bukan terbelenggu dengan muzik lama dan sempit, tetapi Akademi Nasyid akan memaparkan kepelbagaiannya dari kontemporari ke puisi acapella dan sebagainya.

“Apa yang penting dan diutamakan juga ialah mesej melalui lirik yang baik, kreatif, segar, menginsafkan dan memberi peringatan serta pengajaran,” katanya pada sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Bukhari, pihaknya yakin rancangan realiti Akademi Nasyid ini pasti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton kerana rancangan itu dapat melahirkan ramai lagi bakat baru dalam muzik nasyid kontemporari yang berunsurkan ketuhanan dan kemanusiaan, sekali gus dengan adanya rancangan itu ia dapat mempopularkan lagi muzik nasyid di negara ini.

Penerbit Eksekutifnya Fadzliniza Zakaria berkata, pihaknya kini membuka penyertaan kepada penggemar irama ini untuk tampil menunjukkan bakat mereka pada sesi uji bakat yang bakal diadakan di enam lokasi.

“Saya percaya ramai anak-anak muda yang berbakat sama ada perseorangan atau kumpulan di luar sana menanti peluang ini dan saya menyeru mereka tampil untuk menunjukkan bakat mereka dalam Akademi Nasyid.

“Kita membuka penyertaan kepada semua yang berminat sama ada secara solo mahupun berkumpulan yang tidak melebihi lima orang setiap kumpulan dan menepati syarat penyertaan seperti berikut, warga negara Malaysia yang berumur 18 sehingga tidak melebihi 35 tahun.

“Penyertaan secara berkumpulan mestilah kumpulan jantina yang sama. Kumpulan lelaki atau kumpulan perempuan dan peserta mestilah bertaraf amatur serta tidak pernah menandatangani kontrak rakaman album dengan mana-mana syarikat rakaman.

“Bagi kemudahan peserta kita juga menyediakan tujuh lagu yang boleh dipilih oleh peserta semasa sesi uji bakat seperti Intifada (Rabbani), Permata (Kopratasa), Al-Iktiraf (Raihan), Permaidani (Aris Ariwatan), Doa (Rahimah Rahim), Sesungguhnya (Raihan) dan Berita Kepada Kawan (Akil Hayy),” katanya.

Peserta akan melalui tiga peringkat uji bakat sebelum layak menyertai Akademi Nasyid yang bakal disiarkan stesen ini bermula 1 Jun dan berakhir 30 Ogos sebanyak 11 episod.

“Pada masa yang sama, pihak kita juga akan mengadakan roadshow sehari sebelum sesi uji bakat yang diadakan di setiap lokasi kita tujui,” katanya.

INFO: Roadshow

  • 2 Mei 2008 – (Pasar Payang/Mydin/IPTA), Kuala Terengganu

  • 10 Mei 2008 – (Plaza Angsana/Batu Pahat), Johor.

  • 17 Mei 2008 – (Kompleks PKNS, UiTM, UKM, UIA), Shah Alam.

  • 24 Mei 2008 – Kuantan, Pahang.

  • 30 Mei 2008 – Alor Setar/Batu Kawan

  • 7 Jun 2008 – Muar/Alor Gajah, Melaka.

    Sesi Uji Bakat

  • 3 Mei 2008 – Primula Beach Resort, Kuala Terengganu

  • 11 Mei 2008 – Selesa Hotel, Johor Bharu

  • 18 Mei 2008 – Sri Pentas, Bandar Utama

  • 25 Mei 2008 – Vistana Hotel, Kuantan

  • 31 Mei 2008 – Club Cinta Sayang, Sg.Petani, Kedah.

  • 8 Jun 2008 – Mahkota Hotel, Melaka.

    Powered by Berita Harian

  • Terhibur Menyusur Jalan Kenangan

    14 Apr

    OlehHisham Hasim

    PARA peminat bekas penyanyi Rusty Blade Yanzten terpegun dengan kemerduan suaranya apabila beliau ‘membawa’ mereka ke jalan kenangan dengan lagu-lagu hits zaman 80-an.

    Bagi golongan lebih dewasa pula, sesetengahnya terus bangun menghayunkan badan mengikut irama lagu Siti Haida dendangan Jeffrydin.

    Demikian gamatnya suasana di Kebun Bunga Singapura petang semalam dek konsert anjuran Majlis Penyelaras Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).

    Konsert Gemersik Irama itu adalah sempena ulang tahun ke-20 Mesra, yang menampilkan acara utama iaitu persembahan Orkestra Melayu Singapura (OMS) pimpinan Mohd Jais Minsawi.

    Melahirkan gembiranya dengan kehadiran sekitar 3,000 pengunjung, Pengerusi Mesra, Encik Mustaffa Abu Bakar, berkata:

    ‘Lihatlah pengunjung yang datang dari pelbagai kaum di sini, termasuk juga para pelancong. Mereka datang bersama-sama dengan keluarga untuk bersantai dan berkelah di sini.

    ‘Ini sekali gus dapat mengukuhkan tali kekeluargaan dan hubungan antara kaum.’

    Konsert itu antara lain turut dijayakan juara Anugerah, Khairul Anuar, penyanyi mapan, Rahimah Rahim, kumpulan-kumpulan tarian Melayu Persatuan Rakyat (PA), kumpulan silat dan dikir barat.

    Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Yaacob Ibrahim, dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapura, Encik Zainudin Nordin, turut hadir.

    Dr Yaacob yang juga penasihat Mesra, berkata bahawa konsert tersebut juga dapat menonjolkan peranan OMS sebagai salah satu nadi penggerak kebudayaan Melayu dan memberi peluang kepada pelbagai MAEC untuk bergabung dan menghasilkan sesuatu persembahan yang gah lagi menarik.

    Powered by Cyberita

    Berkelah Sambil Dengar Lagu Di Kebun Bunga

    11 Apr

    MENIKMATI konsert dalam suasana berkelah beramai-ramai di Kebun Bunga Singapura, Ahad ini.

    Inilah peluang yang boleh anda rasakan sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa.

    Gemersik Irama adalah konsert Orkestra Melayu Singapura (OMS) yang akan menghidangkan lagu-lagu daripada era 1960-an hingga 1980-an.

    Ia akan dijayakan juara Anugerah, Khairul Anuar; finalis Anugerah, Nurun Nuwwarah, dan penyanyi bersuara merdu, Rudy Djoharnean. Penari-penari kumpulan tarian Melayu Persatuan Rakyat (PA) turut tampil membuat persembahan.

    Bagi mereka yang meminati suara lunak Rahimah Rahim dan Jefridin, jangan ketinggalan ke Kebun Bunga.

    Konsert percuma anjuran bersama Majlis Penyelaras Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapura itu akan diadakan mulai 2 petang.

    Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga penasihat Mesra serta Mayor CDC Central Singapura, Encik Zainudin Nordin, turut hadir.

    Powered by Cyberita

    ROB Dan Koffin Kanser Dua Kumpulan, Sama Anggota

    2 Oct

    JARANG berlaku dalam mana-mana industri muzik, terdapat dua buah kumpulan dianggotai oleh anggota-anggota yang sama. Tetapi itulah realiti yang berlaku dalam dunia muzik kita apabila Republic Of Brickfields (ROB) dan Koffin Kanser dianggotai oleh anggota-anggota yang sama.

    Aru sebagai ketua kumpulan itu berkata, pada mulanya ramai peminat yang keliru apabila mereka muncul dengan dua nama yang berbeza.

    Namun, selepas melihat persembahan ROB dan Koffin Kanser barulah para peminat dapat membezakan kelainan dua kumpulannya itu.

    “Para peminat hanya dapat membezakan yang mana satu ROB dan Koffin Kanser selepas mereka menyaksikan persembahan kami.

    “ROB merupakan sebuah kumpulan yang memperjuangkan irama reggae sedangkan Koffin Kanser lebih ke arah nu metal.

    “Konsep muzik itulah yang membezakan antara dua kumpulan kami itu,” kata Aru ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan promosi album kompilasi Bila Tiba Hari Raya anjuran syarikat rakaman EMI di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Bila Tiba Hari Raya merupakan album kompilasi yang mengandungi 21 buah lagu-lagu Hari Raya malar segar yang antaranya dinyanyikan oleh Datuk Ahmad Jais, Sanisah Huri, Datuk Sharifah Aini, Fazidah Joned dan Rahimah Rahim.

    ROB merupakan artis naungan EMI yang muncul dengan album sulung berjudul Ganjaran kira-kira enam bulan yang lalu.

    Menurut Aru, bukan setakat para peminat tetapi penganjur pertunjukkan pentas juga adakalanya keliru dengan dua kumpulannya itu.

    Ini kerana sewaktu di pentas, dua kumpulan itu boleh saling bertukar-tukar konsep pada lagu-lagu yang mereka sampaikan.

    “Malah, kami juga pernah meminta kepada pihak penganjur supaya ROB dan Koffin Kanser diberi peluang muncul pada satu persembahan.

    “Dalam erti kata yang lain, kami bermain dalam dua set persembahan. Tetapi permintaan kami itu sering ditolak oleh penganjur pertunjukkan pentas.

    “Sebabnya mereka tidak mahu membayar dua kali ganda bayaran disebabkan kami bermain atas nama dua kumpulan,” ujarnya.

    Selain Aru, ROB dan Koffin Kanser turut dianggotai oleh Joe (gitaris), Zack (percussion) dan Udin (percussion).

    Dalam pada itu, dua kumpulan itu adakalanya menggunakan khidmat pemuzik undangan yang terdiri daripada G-Joe (gitaris), Bakri (dram), Edy (keyboardis), Radit (bassis) dan Justin (percussion).

    Turut sama pada majlis berbuka puasa itu ialah artis-artis EMI dan edaran syarikat itu seperti Ella, Camelia, Fiq (Mentor), Ruffedge, Sohaimi Mior Hassan, Herman Tino, V.E., Reborn, Junio Hustle dan OAG serta Pengurus Besar EMI, Julius Ng serta Pengurus Pemasarannya, Yoveindra Arumugam.

    ROB sempat menghiburkan para tetamu dengan menyampaikan sebuah lagu berjudul Orang Planet, Sohaimi Mior Hassan (Ramadan) dan Ella (Sekilas Cinta).

    Powered by Utusan Malaysia

    Anita Raya

    23 Oct

    Anita Raya bakal disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri kedua pukul 11.30 pagi sarat dengan gelak ketawa.

    Program bual bicara ini membawa tema ‘Tanpa Yang Lama, Tiada Yang Baru’.

    Dalam rancangan Anita Raya selama sejam ini Anita berjaya mengumpulkan sekumpulan artis-artis veteran untuk tatapan peminat semua.

    Anita Raya membawa penonton mengimbau kenangan bersama artis-artis veteran dan artis-artis baru.

    Menurut Anita, rancangan ini memang dinanti-nantikan kerana beliau ingin menemukan artis lama dan baru agar dapat merapatkan hubungan silaturahim antara mereka.

    Antara artis yang memeriahkan Anita Raya ialah Aziz Sattar, Datuk Mustapa Maarof, Yahya Sulung, Ogy Ahmad Daud, Chef Ismail, Que Haidar, Rubiah Suparman, Rahimah Rahim, Erra Fazira, Ning Baizura, Pretty Ugly dan ramai lagi.

    Powered by Utusan Malaysia

    Malam Jasamu Dikenang Meriah Dengan 58 Artis

    31 May

    Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

    PERSEMBAHAN Mawi mendapat perhatian penonton pada majlis Jasamu Dikenang.

    MALAM amal Jasamu Dikenang membawa pengertian yang besar dan bermakna sebagai tanda mengingati seniman dan seniwati tanah air yang telah meninggal dunia.

    Nama-nama seperti P. Ramlee, Saloma, Aziz Jaafar, Normadiah, Ahmad Daud, Saadiah, Rosiah Chik, Rafeah Buang dan Sudirman terus dikenang atas jasa tak ternilai yang mereka tinggalkan dalam dunia seni.

    Baru-baru ini, Dewan Perdana Felda Jalan Semarak, Kuala Lumpur menjadi tempat berhimpun artis lama dan baru menjayakan satu persembahan amal.

    Malam Jasamu Dikenang anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) adalah manifestasi penghargaan mereka dengan menyumbangkan suara dan tenaga bagi mengingati insan seni yang telah tiada.

    Konsert atas tujuan amal itu berjaya mengumpul dana RM100,000 pada malam bersejarah itu.

    Dana itu diperlukan untuk menampung skim pencen artis veteran yang diperkenalkan sejak tahun 2002.

    Sehingga kini 13 artis telah menerima skim pencen itu sepanjang hayat mereka.

    Pujian wajar diberikan kepada Karyawan kerana tidak pernah gagal menyalurkan pencen bernilai RM500 sebulan kepada penerima terpilih.

    Keupayaan Karyawan ini berbeza dengan persatuan artis lain yang ingin mengikut jejak Karyawan tetapi akhirnya hanya dapat bertahan memberi sumbangan mereka untuk tempoh sebulan dua sahaja.

    Pada malam itu, Karyawan menambah lagi bilangan penerima kepada tiga orang artis veteran iaitu Latifah Omar, Param dan Raja Hamidah.

    Namun apa yang dikagumi ialah Karyawan mendapat sokongan daripada begitu ramai artis pada malam itu iaitu seramai 58 orang.

    Memasuki tahun keempat penganjuran, Karyawan terus menjadi rebutan para artis membuat persembahan. Ini mungkin menjadi satu sejarah bagi persatuan artis di Malaysia.

    Apabila diminta pendapatnya, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berkata:

    “Sebagai persatuan, Karyawan tidak boleh mengecewakan artis-artis yang ingin mengambil bahagian.

    “Artis-artis sendiri secara sukarela menjayakan persembahan malam ini dan tidak mendapat sebarang bayaran.”

    Freddie turut ditanya tentang rahsia Karyawan yang sentiasa menjadi pilihan artis untuk memberi sokongan.

    “Mana ada rahsia. Karyawan melakukan tanggungjawab yang diberikan. Tujuan kita adalah menjaga kepentingan ahli-ahlinya,” katanya.

    Freddie dalam ucapannya pula meluahkan kebimbangan tentang industri muzik hari ini yang tenat. Katanya, tidak mustahil industri muzik Malaysia termasuk filem Melayu akan pupus satu hari nanti.

    “Kemunculan kuasa asing dalam industri akan berlaku jika masalah dalam industri kita tidak dibendung segera,” ujarnya.

    Gejala CD cetak rompak merupakan keluh resah Freddie yang patut diberi perhatian. Katanya, gejala itu menyebabkan artis terus menjadi miskin dan berdepan dengan tekanan hidup.

    Orang lama tetap menyengat

    Kemunculan Siti Nurhaliza menyanyikan dua lagu popular era 70-an, Joget Pahang dan Bunga Melur, merubah suasana persembahan malam yang kurang hangat pada awalnya.

    “Siti menyanyi lagu Joget Pahang bukan kerana Siti orang Pahang. Tetapi kerana lagu ini merupakan penghargaan Siti kepada Tan Sri P. Ramlee,” kata Siti sambil tersenyum manis.

    Acara persembahan yang diselang seli dengan nyanyian dan sketsa semakin rancak walaupun jam menunjukkan pukul 11 malam.

    Kemudian muncul Nash, Aishah, Rahimah Rahim, Liza Aziz dan Nora. Senang cerita, persembahan orang lama ini lebih menyengat dan memberi impak kepada penonton melalui alunan vokal yang masih hebat dan sempurna.

    Khalayak dibawa mengimbau nostalgia bersama lagu-lagu seperti Bisikan Hati, Nilai Cinta, Inai Di Jari dan beberapa lagi lagu yang membuatkan seluruh dewan bergema dengan jeritan nakal suara penonton.

    Itulah keistimewaan penyanyi berpengalaman yang perlu dijadikan contoh artis angkatan baru.

    Seperti dijangka kehadiran juara Akademi Fantasia 3, Mawi, paling mendapat sambutan. Walaupun sudah melewati pukul 12 malam, penonton masih teruja menyaksikan persembahan Mawi.

    Malam itu juga istimewa kerana persembahan artis-artis yang mempunyai hubungan persaudaraan. Rahimah Rahim merupakan anak saudara kepada seniwati Saadiah dan Liza Aziz adalah anak kepada seniwati Normadiah.

    Seperti yang diumumkan oleh pengacara majlis iaitu Raja Azura, Radhi Khalid ialah anak saudara kepada Allahyarham Datuk Ahmad Daud manakala Raja Azura pula cucu saudara kepada pelakon Raja Hamidah.

    Powered by Utusan Malaysia