Archive | Rima Melati Adams RSS feed for this section

Hari Ibu Pertapis Menyentuh Hati

31 May

OlehAdam Mohd Yusop

SAMBUTAN Hari Ibu yang dianjurkan buat pertama kali oleh Pertapis pada Sabtu lalu mempunyai sentuhan istimewanya yang tersendiri apabila warga penghuni rumah-rumah kebajikan persatuan tersebut diraikan dalam suasana cukup meriah tetapi menyentuh hati.

Penghuni remaja diberi kesempatan melahirkan penghargaan kepada ibu mereka, sementara penghuni warga tua, dapat berkongsi kasih sayang anak-anak biarpun kebanyakannya bukan anak kandung mereka sendiri.

Majlis yang diserikan dengan kehadiran Tetamu Terhormat, Anggota Parlimen Kawasanundi Kumpulan (GRC) Aljunied, Cik Cynthia Phua, para isteri anggota Exco Pertapis, para undangan dari masjid kejiranan serta badan-badan amal dan pihak penaja telah dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Justeru penulis, sebagai kaum adam, merasa cukup bertuah dapat berada di samping kaum ibu.

Aturcara yang dipenuhi dengan persembahan hiburan seperti zapin, nyanyian, deklamasi sajak, bicara keterampilan, pertunjukan fesyen dari finalis Singapore Miss Universe, persembahan LAB Bridal Couture, berpantun, sketsa keluarga, permainan kumpulan dan upacara memotong pulut kuning telah diacarakan oleh selebriti tempatan, Rima Melati Adams dan Fizah Nizam.

Para finalis Miss Singapore Universe hadir. Mereka begitu terharu apabila dilihat sebagai kakak-kakak bagi para penghuni remaja Pertapis.

Powered by Cyberita

Advertisements