Archive | Russell Crowe RSS feed for this section

Australian Gang Film Returns To Cinemas After Brawls

3 Mar

SYDNEY : A film about Lebanese Australian gangs pulled from cinemas in Sydney after brawls broke out will be screened with extra security guards to prevent further trouble, its distributor said Tuesday.

Australia’s biggest cinema chain, Greater Union, withdrew “The Combination” from theatres in Australia’s largest city because violence flared among patrons at two cinemas, the Australian Film Syndicate (AFS) said.

The movie, set amid race riots that rocked Sydney four years ago, sparked fights last week that left one security guard hospitalised, Greater Union said.

An AFS spokeswomen said Greater Union agreed to resume screenings on Wednesday provided additional security guards were on hand.

Greater Union said the film’s director, George Basha, would also address patrons prior to selected screenings at the group’s Parramatta cinema, in Sydney’s western suburbs.

“Further events that threaten the safety and security of our patrons or our staff will not be accepted and further action may follow,” Greater Union said in a statement.

AFS described the ban as unprecedented when it was announced last weekend, saying all those involved in making the film were “devastated” by the move.

The critically-acclaimed film, which began screening last Thursday, examines tensions between gangs of Lebanese Australian and white youths in Sydney’s western suburbs.

It is set in late 2005, when ugly race riots between white and Lebanese Australians flared at the city’s Cronulla Beach, sparking a series of retaliatory attacks in which churches, shops and cars were trashed.

The movie uses actual news footage from the riots as it follows the fortunes of a Lebanese Australian man, recently released from prison, who is trying to steer his younger brother away from ethnic gang violence.

AFS has compared it to “Romper Stomper”, a 1992 movie about warring gangs of skinheads and Vietnamese migrants in Melbourne that first brought Oscar-winner Russell Crowe to the attention of critics.

The ban is the second controversy to hit “The Combination” after one of its lead actors, Ali Haider, 19, was jailed for seven months late last month over a street brawl.

– AFP

Channel News Asia

Info TV: Filem Hebat Hollywood Di HBO Sepanjang Februari

9 Feb


BEN STILLER beraksi dalam filem komedi The Heartbreak Kid.

CUTI Tahun Baru sudah pun berlalu dan setelah puas bercuti, mungkin inilah masanya untuk anda bersantai di rumah sambil menonton rancangan terbaik kegemaran anda di televisyen. Saluran filem terbaik, HBO, turut menyediakan pelbagai judul hebat untuk hiburan anda sekeluarga sepanjang Februari ini.

Saksikan aksi dua pelakon berbakat tinggi, Denzel Washington dan Russell Crowe, dalam drama jenayah yang mendebarkan, American Gangster. Dua bintang terkenal ini membawa watak yang bertentangan, sebagai Frank (Washington) dan Detektif Richie (Crowe).

Frank seorang yang berkuasa dan dihormati dalam lingkungan sosial yang elit. Dia juga bertanggungjawab ke atas pengedaran najis di jalanan Harlem. Richie pula seorang anggota polis yang biadab dan suka berfoya-foya. Namun, dia satu-satunya anggota polis yang rela dan mampu menangani masalah dadah yang semakin meningkat.

Jadi, usah lupa kemunculan dua pelakon tersohor dalam filem menarik, American Gangster, pada 8 Februari jam 10 pagi.

Seterusnya pada hari yang sama, jam 9 malam, filem komedi The Heartbreak Kid menanti penonton dengan kisah yang pasti membuatkan anda tergelak besar. Pasangan anak-beranak sebenar, pelawak veteran Jerry Stiller dan anaknya Ben Stiller, memainkan peranan ayah dan anak dalam filem kelakar ini.

Eddie (Ben Stiller) yang berusia 40 dan masih bujang, memutuskan dia kini sudah bersedia untuk berumahtangga, setelah dia menghadiri majlis perkahwinan bekas tunang. Dia juga mengambil keputusan untuk berkahwin setelah puas didesak oleh ayahnya, Doc (Jerry Stiller). Sekarang, di cuma perlu mencari jodohnya.

Tidak lama kemudian, Eddie berjumpa seorang gadis bernama Lila. Mereka mula menjalinkan hubungan romantik dan selepas waktu yang singkat, mereka tergesa-gesa berkahwin. Sewaktu perjalanan ke Mexico untuk berbulan madu, Eddie menyedari isterinya berbeza daripada apa yang disangka. Lila berubah menjadi perempuan yang kasar percakapannya serta mempunyai tabiat kurang senonoh. Wanita itu juga mempunyai masa lampau yang buruk.

Eddie kini dalam kemelut. Ketika dia keluar untuk menenangkan fikiran, dia bertemu Miranda (Michelle Monaghan), seorang guru yang bersifat baik dan tenang. Eddie mula jatuh hati kepada Miranda. Adegan lucu mula menjelma apabila Eddie cuba mengatasi masalahnya.

Bagi peminat yang ketinggalan tayangannya, mereka boleh mengikuti siaran ulangan The Heartbreak Kid pada 9 Februari, jam 1 tengah hari, 12 Februari jam 7 malam, 14 Februari jam 11 pagi dan 11 malam.

Filem animasi Bee Movie juga turut disenaraikan HBO untuk hiburan semua. Barry B Benson (suara dipinjamkan oleh Jerry Seinfeld) ialah seekor lebah yang kecewa dengan kerjayanya, iaitu membuat madu. Ketika keluar terbang dari sarang, dia diselamatkan Vanessa (Renee Zellweger), seorang peniaga bunga di New York. Sejak itu, persahabatan yang unik bermula. Apabila Barry mendapat tahu manusia memakan madu, dia memutuskan untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas manusia.

Filem ini akan ke udara buat pertama kali, pada 15 Februari jam 9 malam. Siaran ulangannya boleh diikuti pada 16 Februari jam 1 tengah hari, 19 Februari jam 7 malam, 21 Februari jam 11 pagi dan 11 malam, serta 23 Februari jam 3 petang.

Manakala aktor Tom Hanks pula memberikan lakonan berkesannya dalam menghidupkan watak wakil rakyat Texas yang membantu pejuang kebebasan Afghanistan oleh teman wanita sosialit, dalam filem berasaskan fakta, Charlie Wilson’s War. Barisan pelakon filem ini termasuk Julia Roberts sebagai wanita sosialit tersebut; dan Philip Seymour Hoffman sebagai ejen CIA yang membantu dalam rancangan mereka membekalkan senjata kepada orang Afghanistan untuk mempertahankan diri dari Russia.

Tayangan perdana Charlie Wilson’s War adalah pada hari 22 Februari jam 9 malam, diikuti dengan siaran ulangan pada 23 Februari jam 1 tengah hari, 26 Februari jam 7 malam, 28 Februari jam 11 pagi dan 11 malam.

Berita Harian

Wanita Curang Kerana Hormon

15 Jan


ATRES Tori Spelling berasmara dengan McDermott ketika dia masih bersuami. Adakah dia curang kerana hormon dalam tubuhnya? Gambar kecil Meg.

HOUSTON – Golongan wanita yang curang dengan lelaki lain boleh menyalahkan hormon berhubung tindakan mereka itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut satu kajian, wanita yang mempunyai paras hormon seks estrogen yang tinggi didapati tidak berpuas hati dengan pasangan mereka sekali gus mudah berlaku curang.

Kajian yang dijalankan oleh seorang saintis, Dr. Kristina Durante dari University of Texas di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati wanita seperti itu biasanya mempunyai bentuk fizikal yang menawan.

Dr. Durante berkata, dalam kajiannya dia mendapati wanita jelita lebih cenderung menggunakan kelebihan mereka itu untuk mencari pasangan terbaik.

“Wanita jelita bukan sahaja mempunyai banyak pilihan untuk memilih pasangan tetapi mereka juga mempunyai standard tinggi yang sukar dipenuhi lelaki,” katanya.

Menurutnya, dalam kajian itu, dia mengukur paras oestradiol yang merupakan satu bentuk hormon estrogen terhadap 52 pelajar wanita sebelum melakukan satu soal selidik.

Penemuan itu mungkin menjelaskan kenapa beberapa aktres jelita kerap menjalin hubungan sulit seperti Meg Ryan dan Tori Spelling.

Spelling yang sudah berkahwin pernah tidur dengan aktor Dean McDermott manakala Meg menjalin hubungan dengan pelakon Russell Crowe ketika dia masih menjadi isteri Dennis Quaid. – Agensi

Kosmo

Sienna Miller Tersingkir Kerana Cantik

13 Jan


Sienna Miller

Kejelitaan aktres Britain buat Russell Crowe tampak terlalu tua

LONDON: Ketika kecantikan kerap dijadikan tahap kelayakan utama untuk seseorang wanita mendapat kerja, berlainan pula halnya dengan pelakon seksi kelahiran Britain, Sienna Miller, apabila digugurkan daripada senarai pelakon filem pembuatan semula Robin Hood, Nottingham.

Dia dilaporkan digugurkan kerana tubuh langsing dan kecantikannya membuatkan pasangannya dalam filem itu kelihatan hodoh dan teruk.

Miller sepatutnya memegang watak ‘Maid Marian’ yang bergandingan dengan pelakon handalan yang pernah meraih Oscar, Russell Crowe.

Aktres berusia 26 tahun itu dilaporkan terlalu kurus untuk watak itu dan dibimbangi ia membuatkan Crowe kelihatan hodoh ketika menjayakan beberapa adegan intim.

Crowe, 44, masih belum berjaya menurunkan berat badan yang dicapai untuk menjayakan watak dalam filem Body of Lies, sebagai bekas wartawan yang memburu pengganas.

Bimbang watak Robin yang tua dan hodoh akan menjadi bahan ketawa apabila bersama dengan Maid Marian yang kecil molek, Miller akhirnya digugurkan.

Sumber memberitahu akhbar New York Post: “Keadaan memang kelam kabut. Russell belum hilang berat badan. Oleh itu, adegan asmara antara dia dan Sienna pasti menjadi bahan ketawa. Russell kelihatan amat tua dan gemuk sedangkan Sienna masih muda dan menawan.

“Kini produser sibuk mencari aktres lebih tua dan berisi untuk watak Maid Marian supaya Russell tidak kelihatan seperti seorang datuk. Seorang pelakon berusia lewat 30-an atau awal 40-an dicari.”

Berita itu nyata satu tamparan hebat kepada Miller sejak akhir-akhir ini. November lalu, dia digugurkan dari filem arahan Guy Ritchie, Sherlock Holmes – selepas bekas tunangnya, Jude Law, bersetuju memegang watak Dr Watson. – Agensi

Berita Harian

Filem Blockbuster Slot Mega Movie Di TV3 Bulan Ini

5 Jan

TV3 akan menyediakan pelbagai program menarik sempena sambutan tahun baru. Bermula bulan ini pelbagai program menarik bakal disiarkan terutamanya Slot Mega Movie yang pastinya menjanjikan kepuasan kepada penonton.

Antara filem blockbuster istimewa sepanjang bulan Januari ini akan dibintangi bintang ternama seperti Russell Crowe, Matthew McConaughey, Will Smith, Johnny Depp beraksi dalam Master and Commander, Frailty, I:Robot dan Pirates of Carribean – The Curse of the Black Pearl respectively.

Judul Filem: I Robot Tarikh: 9 Januari 2009 Masa: 10 malam

Selepas dekad 2035, robot adalah objek harian yang diprogramkan untuk hidup bersama manusia. Detektif Del Spooner terpanggil untuk menyiasat kes bunuh diri seorang saintis di sebalik kejadian robot ini iaitu Dr. Alfred Lanning. Spooner mengesyaki kematian itu bukan disebabkan bunuh diri tetapi disebabkan oleh salah satu dari robot itu. Filem ini dibintangi pelakon seperti Will Smith, Bridget Moynahan, Alan Tudyk, James Cromwell, Bruce Greenwood dan Adrian Ricard.

Judul Filem: Pirates of The Caribbean-The Curse Of The Black Pearl Tarikh: 23 Januari 2009 Masa: 10 malam

IKUTI penggambaran Kapten Jack Sparrow, seorang lanun handal bersama-sama dengan dan Will Turner yang juga tukang besi yang pinta di dalam usaha mereka mencari Elizabeth Swann. Elizabeth ialah anak perempuan gabenor dan kekasih Will diculik oleh Kapten Barbossa yang digeruni. Tanpa pengetahuan mereka, Barbossa yang garang dan bijak sebenarnya disumpah. Ia dilakonkan oleh Johnny Depp, Geoffrey Rush, Orlando Bloom, Keira Knightley, Jack Davenport dan Jonathan Pryce.

Judul Filem : Master And Commander – The Far Side Of The World Tarikh: 30 Januari 2009 Masa: 10 malamSEKITAR tahun 1805, Eropah pernah jatuh ke tangan Napoleon dan Royal Navy yang sedang menanti saat kemenangan mereka. Namun di South Amerika konflik yang baru pula muncul. Kapten Jack, Lucky Jack Aubrey lakonan Russel Crowe menerima arahan untuk menenggelamkan dan menawan the French privateer Acheron yang diatur di sebuah kawasan. Filem hebat ini dilakonkan oleh Russell Crowe, Paul Bettany, James D’Arcy, Edward Woodall, Chris Larkin dan Max Pirkis.

Berita Harian

Hugh Mencari Asal Usul

27 Dec

Susunan JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my

PADA tahun 2006, pengarah Baz Luhrmann telah memilih Hugh Jackman untuk menggantikan Russell Crowe sebagai watak utama dalam filem epik romantik, Australia yang turut dibintangi Nicole Kidman. Memainkan watak sebagai penggembala lembu, Drover, filem itu dibikin dengan latar belakang antara tahun 1939 hingga 1942 semasa Perang Dunia Kedua.

Sudah sedekad berlalu semenjak Hugh terlibat dalam filem terbitan negara kelahirannya, Australia. Kali terakhir ialah filem Erskineville Kings (1999). Hugh mula dikenali dunia pada tahun 1998 apabila dia berlakon dalam teater Curly di Royal National Theatre, West End, London.

Dilahirkan dengan nama Hugh Michael Jackman pada 12 Oktober 1968, filem-filem seperti siri X-Men, Kate & Leopold dan The Prestige telah mempopularkan Hugh dan dia bakal dianugerahkan bintang di Walk of Fame Hollywood.

Malah dengan persembahannya dalam Australia, dia diberi gelaran sebagai Lelaki Paling Seksi 2008 oleh majalah People. Berkahwin dengan Deborra-Lee Furness pada April 1996, mereka bertemu di set penggambaran siri TV pertamanya, Correlli.

Disebabkan keguguran sebanyak dua kali, mereka telah mengambil dua anak angkat, Oscar Maximillian (15 Mei, 2000) dan Ava Eliot (10 Julai 2005). Bagi mendalami pengalaman Hugh dalam filem ini dan kehidupannya sebagai ayah, ikuti petikan temu bual di bawah.

Australia adalah salah satu projek yang anda terdesak untuk berlakon. Maksud saya, adakah anda terkejut menerima tawaran ini pada ketika karier anda sedang melonjak?
HUGH: Memang mengejutkan dan mengujakan terutama bekerjasama dengan pengarah Baz Luhrmann. Semasa pertama kali bertemu dengan dia tiga tahun lalu, filem ini masih belum ada judulnya.

Dia cuma memberitahu ceritanya kepada saya. Walaupun belum menerima skrip, saya terus bersetuju. Ketika itu saya belum sibuk lagi. Saya cuma merasakan kejujuran watak itu dan menyukainya.

Namun, ini adalah satu penggambaran yang sukar dan adakah faktor geografi dan fizikal membantu lakonan anda?
Ya, kami sebenarnya telah melakukan banyak persediaan. Saya menghabiskan banyak masa untuk belajar mengenai lembu dan tinggal di lokasi penggambaran selama sebulan sebelum penggambaran. Mereka memulakan penggambaran di England dahulu. Dan kemudian di Strickland House, Sydney.

Saya memilih untuk tinggal di lokasi tetapi kami mempunyai pilihan sama ada untuk tinggal di sana atau tidak. Dan ramai krew yang memilih untuk tinggal di bandar. Saya pula tinggal di karavan (kenderaan yang dilengkapi dengan tempat tinggal) dengan unggun api. Saya ingin memahami watak saya dengan lebih mendalam dan memang keadaan sekeliling banyak membantu saya.

Adakah watak ini menyuntikkan semangat anda sebagai seorang warganegara Australia? Ini kerana sudah lama anda tidak memainkan watak sebagai rakyat Australia dan sibuk dengan industri perfileman Hollywood.
Ada perbezaan semasa bekerja dalam produksi Australia. Krew produksinya mencipta atmosfera berbeza dan kami berada di lokasi yang menakjubkan. Saya kini lebih memahami negara kelahiran saya serta mendalami kehidupan penduduk asli Australia.


SISI kebapaan Hugh Jackman.


KETIKA dia bergurau dengan mengangkat seorang wanita sewaktu rakaman satu rancangan TV.

Malah saya juga memahami asal usul saya dan menghargainya. Masa berlakon di Australia juga amat berharga bagi keluarga saya kerana kami berpeluang untuk menghabiskan masa di sana. Walaupun kami baru membeli rumah di New York, kami akan menggabungkan masa kami di Australia dan New York. Saya tidak mahu keluarga saya melupakan asal usul mereka.

Adakah anda akan terlibat dalam projek Australia yang lain pada masa akan datang jika diberi peluang?
Ya, pastinya. Tetapi subjek skrip dan pengarah juga akan diambil kira. Seperti dalam filem ini, ia amat penting kerana lokasinya adalah Australia. Tetapi bagi mereka di luar sana, ia cuma sebuah filem mengenai Australia. Tapi bagi saya, ia adalah tempat yang indah dan bermakna. Pada masa akan datang, jika saya mempunyai pilihan antara dua filem, sebuah filem Australia dan sebuah filem produksi luar, saya akan memilih produksi Australia.

Adakah anda berasa tertekan kerana ada pihak terutama media menyatakan filem ini adalah penyelamat kepada dunia perfileman Australia dan juga industri pelancongan Australia? Adakah anda berasa ia satu tekanan bagi sebuah filem untuk menanggungnya?
Ya (ketawa). Ada filem yang mendapat momentum tersendiri yang tidak dijangkakan. Saya rasa mereka ada menanti dan menaruh harapan tinggi untuk filem ini menyelamatkan industri perfileman Australia atau mempromosikan pelancongan Australia. Tetapi pada saya itu satu perkara yang tidak realistik.


GAMBAR ialah aksinya bersama Nicole Kidman dalam Australia

Ini satu perkara yang menarik tetapi apa yang merisaukan saya adalah statistik penonton. Rasanya hanya dua hingga empat peratus orang Australia akan menonton filem mengenai Australia. Empat peratus adalah angka yang rendah dan ramai orang suka menggunakan alasan bajet yang menyebabkan pemasaran lembap.

Tetapi filem ini mempunyai bajet secukupnya dan mari kita melihat berapa ramai orang Australia akan menyaksikan filem ini. Apa yang utama ialah saya ingin mengetahui bagaimana orang Australia berpendapat terhadap filem Australia sendiri.

Adakah anda berpendapat industri perfileman dan selebriti ganjil? Dan bagaimana anda membahagikan watak anda sebagai aktor dan ketua keluarga?
Saya mendapati sangat mudah untuk membahagikan kedua-dua peranan ini. Saya memahami mekanisme dan mengetahui apa yang berlaku. Cuma apa yang sukar dipisahkan daripada diri saya adalah bagaimana filem lakonan saya akan diterima ramai. Apabila anda telah berusaha terhadap sesuatu, saya ingin orang lain menghargainya.

Tetapi hakikatnya saya cuma hidup sebagai aktor dan kadangkala benda seperti ini timbul. Dan saya pasti dalam masa setahun dua saya mungkin tidak akan popular lagi. Jadi saya tidak mahu terlalu terikat dengan status ini. Saya mahu menikmati hidup walaupun sebagai artis.

Terdapat perbezaan besar antara watak anda dalam filem ini dan watak Wolverine dalam X-Men. Mengapa mahu kembali memegang watak Wolverine?
Skrip dan pengarahnya adalah faktor utama. Penulis skripnya, David Benioff adalah antara penulis terhebat Hollywood. Selepas bertemu dengan David, dia memberitahu saya satu idea cerdik dan hebat. Dia seorang yang menggilai komik dan mencintai watak dan sejarah komik.

Jadi saya terus bersetuju dengan dia. Saya rasa jalan ceritanya paling menarik perhatian. Walaupun sudah melakonkan X-Men I, II, dan III, rasanya terdapat misteri yang belum diterokai terutama mencari asal usulnya. Saya juga merupakan peminat komik dan merasakan kami perlu mencari asal usul watak ini bagi mendalami perwatakannya. Maka filem ini, X-Men Origins: Wolverine bakal memberitahu anda jawapannya.

Adakah anda akan terus memegang watak Wolverine? Atau anda sudah muak dengannya?
Saya tidak pasti. Saya mempunyai perasaan yang sama selepas X-Men III. Tetapi masih menyukai wataknya. Jika tidak, saya tidak akan menerima tawaran filem ini. Saya tidak akan terlibat dalam filem yang saya tidak yakin. Sekali lagi, jalan cerita dan skripnya amat penting.

Apakah perancangan akan datang terutama karier?
Saya tidak pasti. Kini saya sibuk dengan promosi filem Australia dan produksi naskhah Wolverine. Dan juga sibuk mencari sekolah untuk Ava dan Oscar.

Mereka akan bersekolah di New York dan bukannya Los Angeles?
Ya, di New York dan Australia tahun depan. Saya perlu mencari sekolah di New York kerana ia memudahkan saya bekerja dan berpeluang meluangkan masa bersama. Itu keputusan yang dibuat masa ini.

Kosmo

Redford, Crowe Join Stars Against Actors' Strike

19 Dec

LOS ANGELES: Hollywood icon Robert Redford and Oscar-winner Russell Crowe have joined the growing ranks of stars opposed to a possible strike by the top actors union, it was reported on Thursday.

Redford and Crowe and other stars including Julianne Moore and Hilary Duff have added their names to a petition urging the Screen Actors Guild (SAG) board not to hold a strike ballot, Daily Variety reported.

The petition calls for SAG leaders to quickly accept a deal tabled by the Alliance of Motion Picture and Television Producers (AMPTP), suggesting the union regroup and hammer out a stronger contract in three years’ time.

“As hard as it may be to wait those three years under an imperfect agreement, we believe this is what we must do,” the letter from petition organisers to SAG chiefs said.

“We think that a public statement should be made by SAG recognising that although this is not a deal we want, it is simply not a time when our union wants to have any part in creating more economic hardship while so many people are already suffering.”

On Monday, more than 130 stars including George Clooney, Matt Damon, Morgan Freeman and Tom Hanks called on SAG union not to authorise a walkout.

SAG leaders announced last week they would hold a ballot of the union’s 120,000 members on January 2 to obtain authorisation required to call a strike following failed negotiations with Hollywood studios.

Although union leaders have said they want to avoid a stoppage, they said a vote giving them authorisation to call a strike will give them greater leverage at the bargaining table.

The actors union has been in a stand-off with AMPTP since a previous contract expired in June. Fresh attempts to broker a deal foundered in November.

The actors’ union is holding out for a greater share of royalties from sales and showings of work screened on the Internet.

The AMPTP said the actors’ demands are unreasonable and have refused to improve a final offer made in June, similar to other agreements reached with writers, directors and a smaller actors union.

– AFP/so

Channel News Asia

Bintang Jua Cemburu

4 Sep

Oleh JESSABELL SOO
jessabell@kosmo.com.my


DAVID BECKHAM keresahan bila Victoria semakin intim dengan Damon.

PERASAAN cemburu wujud dalam diri semua manusia. Tidak terkecuali golongan yang berjaya dan popular seperti artis dan bintang terkenal turut dilanda perasaan cemburu.

Ada yang mencemburui kejayaan orang lain dan ada pula yang berpisah kerana perasaan cemburu.

Penyanyi remaja, Jojo atau nama sebenarnya Joanna Levesque sebagai contohnya, telah dipaksa untuk berhenti sekolah oleh rakan sekelasnya kerana populariti yang diraihnya serta perasaan cemburu terhadapnya.

Minggu ini, mari kita melihat beberapa artis yang tebal dengan perasaan cemburu mereka dengan alasan yang berbeza.

David cemburukan DamonSebagai figura yang dicemburui ramai, David Beckham juga mempunyai perasaan cemburu dan sudah tentu terhadap isterinya, Victoria.

Pemain bola sepak kacak itu dilaporkan tidak senang hubungan baik Victoria dengan seorang lelaki bernama Damon Dash.

Bekas anggota Spice Girls itu pernah menjalinkan kerjasama dengan penyanyi hip hop ini pada tahun 2003 bagi melancarkan semula karier solonya.


JESSICA dikatakan cemburu dengan kehamilan adiknya dan Ahsley Simpson.

Damon baru-baru ini mendedahkan David sebenarnya berasa cemburu apabila dia menghabiskan banyak masa bersama Victoria.

Bercakap pada pelancaran jam tangan barunya di London, Damon memberitahu akhbar Daily Mrror, “Saya tidak salahkan David jika dia berasa cemburu. Saya faham dengan perasaan dia kerana saya selalu menghabiskan masa dengan isterinya yang cantik itu.

“Dia (David) pastinya berpendapat sesuatu sedang berlaku di antara kami berdua. Saya juga tahu mereka sering berbicara mengenai perkara ini. Tapi semua orang tahu kami hanyalah kawan biasa.”

Victoria dan David yang mempunyai tiga orang anak, Brooklyn, 9, Romeo, 5, dan Cruz, 3, mula bekerjasama dengan Damon pada masa yang sama suaminya itu menandatangani kontrak dengan pasukan bola Sepanyol, Real Madrid.

Perkahwinan mereka ketika itu dikhabarkan dilanda masalah kerana Victoria menghabiskan lebih banyak masa bekerja dengan Damon di United Kingdom dan Amerika Syarikat , sementara David dituduh mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya, Rebecca Loos.

Mengandung kerana cemburu?Jessica Simpson yang telah bercerai dengan Nick Lachey dilaporkan berasa cemburu dengan adiknya, Ashlee, 23, sudah mengandung. Ashlee sedang mengandungkan anak pertama dengan Pete Wentz dan ini mengakibatkan Jessica berang.

Menurut satu sumber, “Jessica telah mengidamkan untuk memiliki anak sendiri bertahun lamanya dan memberitahu kawannya sudah tidak sabar untuk menjadi ibu.


RYAN SEACREST

“Jessica tidak pernah membayangkan bahawa adiknya yang bersifat kelelakian akan mendapat anak dahulu. Maka tidak hairanlah jika dia cemburu.”

Disebabkan perasaan cemburu itu, Jessica baru-baru ini dilaporkan sudah mengandung. Dia dirakamkan dengan perutnya yang membuncit semasa menyambut hari kelahirannya yang ke-28 di Sherman Oaks, California pada 10 Julai lalu.

Memakai dres berwarna putih dan coklat dan topi koboi, payu dara dan lengannya juga kelihatan lebih besar daripada biasa.

“Dia pastinya kelihatan lebih besar daripada kebiasaan. Dia juga menutup bahagian depan perutnya dengan baju sejuk seperti sedang menyembunyikan sesuatu,” kata satu sumber.


SIENNA dan Rhys berpisah angkara sikap cemburu.

Simon sakit hati dengan RyanHos American Idol, Ryan Seacrest memberitahu bahawa Simon Cowell cemburukan kejayaan kariernya. Ryan percaya bahawa Simon sebenarnya tidak gembira dengan perkembangan kariernya yang dilihat amat cerah.

“Jika terdapat perkara yang positif terutamanya dari segi karier, Simon akan berasa sakit hati. Jika kami berada dalam restoran yang sama, Simon akan bangun dan meninggalkan restoran itu. Dia tidak mahu mendengar apa-apa mengenai saya,” katanya.

Ryan juga mendedahkan bahawa dia tidak mempedulikan jenaka Simon yang menyatakan dia adalah gay.

“Saya tidak kisah dan tidak peduli dengan jenakanya. Saya mengambilnya sebagai sesuatu dorongan. Tidak kira dia mengata saya pendek, gemuk atau terlalu gelap, saya tidak kisah.”

Hos ini juga berminat untuk membina empayar media sendiri seperti Simon. Dia baru-baru ini telah mendapat kontrak sebagai hos dan juga penerbit untuk saluran E! Entertainment, KIIS FM dan American Idol.


JANICE membuat komen pedas mengenai bentuk tubuh Tyra.

Dianggarkan Ryan mengaut keuntungan sebanyak AS$12.5 (RM40 juta) termasuk mengacarakan program American Idol. Ryan, 33, juga mengaku bahawa dia seorang yang gila bekerja dan ini menyebabkan dia selalu gagal dalam hubungan cintanya.

Janice Dickinson model terdesakDisebabkan terlalu cemburu dengan kejayaan Tyra Banks, Janice Dickinson telah menggelarkan Tyra sebagai model gemuk. Janice yang merupakan bekas model berada dalam keadaan terdesak untuk kembali popular dengan menggelar Tyra sebagai ‘wanita gemuk’ di kaca TV.

Perbalahan berlaku bukan sahaja kerana perasaan cemburu tetapi juga kerana Janice disuruh untuk meninggalkan kerusi juri program terbitan Tyra, America’s Next Top Model.

“Anda mahu melihat seseorang yang gemuk? Minta maaf Tyra. Tyra Banks seorang yang gemuk,” ujar Janice semasa menghadiri satu program bual bicara, Access Hollywood.


TYRA BANKS

Komennya telah menaikkan kemarahan peminat Tyra dan mereka mahukan penjelasan daripada Janice.

“Saya bukan mengkritik dia tetapi itu adalah kebenarannya,” tegas Janice.

Sebab Sienna dan Rhys berpisahPerasaan cemburu juga telah memisahkan Sienna Miller dan bekas teman lelakinya, Rhys Ifans kira-kira dua bulan lalu. Perpisahan ini amat pedih bagi Rhys yang dilihat selekeh dan sentiasa mabuk di jalanan.

Dikhabarkan hubungan rapat antara Sienna dan Matthew semasa menjalankan penggambaran filem tahun lalu telah menimbulkan perasaan cemburu Rhys yang menjurus kepada perpisahan mereka.

Namun, rasanya perasaan cemburu Rhys itu bukanlah secara membuta-tuli kerana aktres ini dilihat sudah mula meminati Matthew dan mereka berdua amat rapat semasa menghadiri tayangan perdana filem The Edge of Love.

“Mereka kelihatan amat rapat. Mereka berpelukan dan tidak kisah dengan kamera. Rasanya cinta mereka sudah mula berputik,” kata satu sumber.

Sementara itu, Sienna baru sahaja mendapat watak sebagai Maid Marian dalam filem terbaru Robin Hood. Selain Sienna, Russell Crowe juga bakal membintangi filem ini yang diarahkan oleh Ridley Scott.

Kosmo

See: Volatile Harlem Underworld

23 May

American Gangster
American Gangster

American Gangster
Directed by Ridley Scott
Starring Denzel Washington, Russell Crowe, Chiwetel Ejiofor, Cuba Gooding Jr., Josh Brolin, Lymari Nadal, Ted Levine, Ruby Dee and Armand Assante
(Distributed by Berjaya HVN Sdn Bhd)

Alvin and The Chipmunks
Alvin and The Chipmunks

The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford
The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford

The Good Shepherd
The Good Shepherd

AFRO hairdos, flared trousers, bell-bottoms, disco shirts, fur coats and the list goes on.

Hey, it’s the 70s classic in all its splendour! In retrospect, American Gangster celebrates the period in a classy retro manner that is unmatchable.

Helmed by Tinseltown’s blue-eyed, Ridley Scott (of the award-winning Gladiator fame), the powerful epic boasts a sterling cast comprising Oscar winners Denzel Washington and Russell Crowe (both bagged the Best Actor awards at the Oscar in 2001 and 2000, respectively).

Washington plays Frank Lucas, the self-made drug kingpin who stops at nothing to achieve his ultimate dream; to rule the city.

When an outcast FBI cop, Richie Roberts (played by Crowe) goes out of his way to ruin Lucas’s multi million-dollar empire, it plunges both men into a historical face-off.

Together, they seamlessly relive the street-wise tactics and strict sense of brotherhood in Harlem, the place once notorious for its volatile drug underworld scene.

Inspired by a true story, the film was nominated for Best Achievement in Art Direction and Best Performance by an Actress in a Supporting Role (Ruby Dee) awards in 2007.

The newly-released DVD features an alternate ending of the original film.

The bonus segment which includes insightful commentary by Scott and his brilliant writer, Steven Zaillian also makes the title a gem.

A word of caution: due to its heavy social themes on drugs, gangsterism and money laundering, viewing is strictly for 18 and above. – HS

Rating: ****

Alvin and The Chipmunks
Directed by Tim Hill
Starring and voiced by Jason Lee, David Cross, Cameron Richardson, Justin Long, Matthew Gray Gubler and Jesse McCartney
(Distributed by Movie Magic Sdn Bhd/Speedy Video Distributors)

When the movie opens with the fab three singing Daniel Powter’s You Had A Bad Day, you can’t help but recall your childhood days watching these favourite cartoon characters croon.

And when they sing Debbie Boone’s You Light Up My Life in the rain, the fun in Alvin and The Chipmunks is well-preserved even though the trio have been given a 3D effect thanks to state-of-the-art animation.

Many children are seeing these characters for the first time, but for those in their 20s and 30s, the excitement of seeing Alvin, Simon and Theodore being brought to life (complete with killer dance moves and bushy tails) will leave you giggling like six-year-olds.

This movie is fun and like many children’s films, you can watch it again and again and still laugh at its jokes. Watching it after you had a bad day, will lift your spirits. And that is a reason good enough to get the DVD.

Its special features include the history of the Chipmunks, told by the producer and son of the characters’ creator, Ross Bagdasarian. If you are an adult, you will find this informative, learning about the history of these furry characters.

There is also a section on the visual effects side of the movie which is rather technical, but interesting nonetheless. Also on how the singers collaborate with the digital characters to come up with catchy tunes and performances.

Children will like Get Munked, in which a dancer teaches, step-by-step, how to dance. Time to get into the groove! – SL

Rating: ***

The Assassination of Jesse James by the Coward Robert Ford
Directed by Andrew Dominik
Starring Brad Pitt, Casey Affleck, Sam Shepard, Mary-Louise Parker, Paul Schneider, Jeremy Renner, Zooey Deschanel and Sam Rockwell
(Distributed by Alliance Entertainment (M) Sdn Bhd/ Speedy Video Distributors)

THE most demoralising part of watching this movie is you have to wait more than an hour for the excitement to kick in, and that is about the time Jesse James (Pitt) takes Bob Ford (Affleck) into his fold only to have the young man drive a bullet into his head.

The excitement of seeing Pitt looking rough and tough (reminiscent of his character, Tristan Ludlow in Legends of The Fall) is short-lived in this movie as it fails to grip the audience attention even with its interesting plot.

It is the 1880s America and Jesse and Frank James are the remaining of the James brothers who are outlaws. The others were either dead or in prison. Along comes Robert Ford, a timid and geeky character who will eventually, as the title suggests, kill Jesse James.

The story is told in a slow fashion that even in the first 40 minutes, you may be still wondering where the story is heading. Even with Pitt’s and Affleck’s fine performance, the movie is not gripping enough.

It is towards the last 45 minutes that things get interesting, especially after the murder of Jesse. Ford is under the impression that he would be lauded but all he gets is contempt from the public for betraying Jesse James. – SL

Rating: **

The Good Shepherd
Directed by Robert DeNiro
Staring Matt Damon, Angelina Jolie,
Robert DeNiro, William Hurt,
Michael Gambon and Alec Baldwin
(Distributed by Berjaya HVN Sdn Bhd)

Loosely based on the real-life story of counter-intelligence in the CIA, Edward Wilson’s (played by Matt Damon) character is inspired by the poetry-loving James Jesus Angleton and Richard M Bissell, Jr.

This 2006 movie was touted as a thriller but there is nothing thrilling about it. It is more a harrowing account of one man’s life, his ideals and the secrets which haunt him. It is a dark, laborious account and requires a lot of attention and work on the audience’s part.

From the traumatic witness of his father’s suicide when he was six to the killing of his pregnant son’s bride, Wilson’s personal and professional life is embroiled in deceit, lies and half-truths.

The best, and worst, part of watching this movie is the agony of figuring out what’s going through Matt Damon’s mind. He played Edward Wilson as a silent and cold spy. Mind you, if one has as many secrets as he has, it would be wise to keep one’s mouth shut. Most of the time he sports a pained look, sometimes managing to look perplexed, but seldom did he come across as cruel, which is what his character is. The only time Wilson’s face becomes animated and there’s life behind his eyes is when he’s with his lover, Laura.

All the big names in the cast fail to lift this production. I chose to review this movie because of Robert DeNiro.

The way The Good Shepherd was shot also makes it labourious to watch. The camera lingers way too long on a particular scene which is not necessary.

This movie can be mentally stimulating for those who appreciate a brain massage at the cinema. It’s also worth watching twice to catch all the bits which eluded you at the first outing due to the multitude of details in the movie. – LPL

Rating: **´

 

New Straits Times

Mr. Sweeney Todd

5 Jan

Susunan JESSABELL SOO


Depp sebagai Mr. Sweeney Todd

KOMBINASI pengarah yang suka menentang tradisi, Tim Burton bersama aktor versatil Johnny Depp banyak melahirkan memori yang berbekas di sinema.

Dan kerjasama pasangan ini pastinya berjaya menonjolkan keistimewaan masing-masing.

Terbaru, filem Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street (Sweeney Todd), adaptasi daripada teater muzikal hit Broadway, Sondheim mungkin merupakan titik tertinggi bagi karier kedua-dua figura ini.

Ia memfokus mengenai seorang pemuda yang memiliki gelaran nama Sweeney Todd (lakonan Depp) yang membuka sebuah kedai gunting rambut di London bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Mrs. Lovett .

Ikuti petikan temu bual media antarabangsa bersama kedua-dua Depp dan Burton di London baru-baru ini untuk berkongsi pengalaman menyiapkan filem ini.

Anda merupakan antara beberapa pelakon yang masih mengambil risiko dalam lakonan. Dari mana anda mendapat ‘keberanian’ itu dan apa yang membuat anda tertarik dengan nashkah unik ini?

DEPP: Bagi soalan pertama, ia mungkin gabungan atau saya yang keras kepala dan tidak mahu mengambil tahu mengenai pilihan yang dibuat. Saya tahu ada jalan yang lebih mudah tetapi Sweeney Todd datang sebelum tawaran lain. Apa yang disuruh oleh Tim (Burton) pasti akan saya lakukan.


KEDUA-DUA Johnny Depp dan Tim Burton meraih pencalonan Golden Globe 2008 hasil kerja mereka menerusi Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street.

Mengapa watak ini?

DEPP: Saya sudah mengenali versi sebelum ini. Jadi saya rasa ia adalah satu peluang baik untuk mencari Sweeney baru yang berlainan. Mungkin Sweeney yang lebih kontemporari atau punk rock Sweeney.

Anda mencipta kejutan kerana tiada siapa yang tahu sama ada anda boleh menyanyi. Adakah menyeronokkan untuk membiarkan penonton menunggu dan melihat sendiri?

DEPP: Saya rasa saya lebih takut daripada semua orang kecuali Tim. Dia (Tim) mempercayai saya dan bertuah kerana dia membenarkan saya menyanyi. Sebenarnya saya tidak melalui proses menyanyi.

Saya tidak pernah menyanyi sepanjang hidup. Maka saya perlu mencari jalan untuk menyanyi dan mencuba di studio yang terletak di garaj kawan saya. Secara jujur saya tidak pasti sama ada saya berjaya untuk menyanyi.

Watak anda adalah mangsa atau dia cuma ingin membalas dendam serta bertindak ganas?

DEPP: Rasanya semua elemen itu. Lapisan demi lapisan, dia merupakan mangsa yang berikrar untuk membalas dendam dan kemudian obses dengan impian dendam dan menjadi gila (untuk berdendam).

Terdapat beberapa babak yang menyerupai Edward Scissorhands?

BURTON: Kita bukan kehilangan posisi instrumen tetapi watak ini berlainan dengan apa yang kita lakukan dulu. Saya optimistik kerana watak Sweeney lebih gelap. Untuk menyaksikan Depp melakonkan kedua-dua watak amat menakjubkan kerana ini adalah watak kegemaran saya dan meletakkan Johnny menyanyi bersama adalah satu perkara baru.

DEPP: Dibandingkan dengan Scissorhands? Saya rasa persamaan di antara Scissorhands, Sleep Hollow dan Ichabod Crane adalah wataknya hidup dalam dunia sendiri. Tetapi Edward seorang yang naif. Rasanya anda hanya pernah melihat dia marah sekali sahaja. Manakala Sweeney marah sepanjang masa.

Melihat daripada aspek kekejaman dan muzikal, adakah anda rasa filem ini sukar untuk bernafas untuk kutipan box-office? Pernahkah anda memikirkan perkara ini?

BURTON: Setiap filem mempunyai risikonya. Pertama kali saya menonton filem ini di London adalah semasa saya sedang belajar. Saya tidak tahu mengenai muzikal dulu. Kini pihak studio menerima idea filem ini kerana mereka tahu semua filem berisiko. Namun, adalah bagus untuk melakukan sesuatu yang tidak terjatuh kepada kategori muzikal atau jenayah. Ia mempunyai kategori tersendiri.

Watak anda adalah seorang yang selalu panas baran dalam filem ini?

DEPP: Apa yang kelakar adalah di lokasi penggambaran, kami sentiasa ketawa. Kami bergembira dan ketawa seperti kawan.

Apa yang Tim berikan dan tidak pernah ditawarkan oleh pengarah lain dan apa yang Johnny lakukan untuk anda yang tidak boleh didapati daripada pelakon lain?

BURTON: Dia berani mencuba semua benda. Dia bukan penyanyi tetapi dia akan mencuba dalam produksi muzikal yang paling sukar. Menyanyi adalah pendedahan yang berani terutamanya apabila anda bukan penyanyi. Bagi saya dia memberikan kepuasan artistik kerana mencuba perkara baru serta mencapai lebih daripada yang dijangkakan.

DEPP: Semenjak kami bertemu buat kali pertama di sebuah kafe kecil di Los Angeles, terdapat perhubungan ‘istimewa’ yang dirasai antara Tim. Sejak itu, saya merupakan kawan dan juga pelakon yang memberikan apa yang dikehendaki oleh pengarah. Sebagai pelakon, anda perlu memberikan pilihan kepada pengarah. Saya cuma berharap tidak menghampakan dia. Maka, idea Tim diutamakan.

TRIVIA SWEENEY TODD

* Anne Hathaway hampir meraih watak Johanna tetapi Tim Burton mahukan aktres yang melakonkan watak itu bukan pelakon terkenal, justeru watak itu diberikan kepada Jayne Wisener.

* Sepatutnya pengarah Sam Mendes mengarah filem ini dengan watak Sweeney Todd dilakonkan oleh pemenang Oscar, Russell Crowe.

* Filem ini merupakan kali keenam kolaborasi Johnny Depp dan Tim Burton. Sebelum ini mereka berkoloborasi menerusi filem Edward Scissorhands (1990), Ed Wood (1994), Sleepy Hollow (1999), Charlie and the Chocolate Factory (2005) dan Corpse Bride (2005).

* Annette Bening dan Toni Collette antara yang melobi untuk watak Mrs. Lovett, tetapi akhirnya watak itu diraih oleh Helena Bonham Carter.

* Pada bulan pertama penggambaran filem ini di London, Johnny Depp terpaksa cuti selama 10 hari apabila anaknya , Lily-Rose, dikejarkan ke hospital. Burton meneruskan penggambaran bagi adegan yang tidak membabitkan watak lakonan Depp.

* Meryl Streep, Cyndi Lauper dan Emma Thompson juga turut tersenarai sebagai antara calon bagi watak Mrs. Lovett.

Kosmo