Archive | Saleem RSS feed for this section

Deejay Klasik Nasional Beraya Di Hulu Langat

2 Oct

Dalam keheningan malam yang disulami bunyi cengkerik, tiba-tiba penduduk kampung di Hulu Langat, Selangor dikejutkan dengan irama merdu lagu-lagu hari raya seperti Lambaian Aidil Fitri, Beraya Di Desa dan Suasana Di Hari Raya.

Nun di celah-celah kawasan hutan Nur Lembah Pangsun, warga kerja stesen radio Klasik Nasional sibuk beraya. Yang lelaki siap berpakaian baju melayu lengkap dengan songkok dan samping, manakala wanita berbaju kebaya atau kurung yang lengkap dengan selendang.

Adegan itu merupakan rakaman program Rentak Syawal iaitu antara program yang bakal muncul dalam siaran Klasik Nasional pada hari raya pertama, kedua dan ketiga pukul 12.05 tengah hari. Program itu diterbitkan bersama oleh deejay Ewan dan Rosli Derani.

Ia melibatkan persembahan artis-artis undangan termasuk Hail Amir, Asiah Tuah, Saleem, Siti Nordiana, Sharifah Zarina bersama deejay-deejay Klasik Nasional iaitu Nurul, Sofiah, Risham, Hani, Liza Yeo, Anis, Yusmawati, Zohdi, Zetti, Yom dan Yati. Selain lagu-lagu raya, program tersebut turut disulami dengan lagu-lagu lama seperti Joget Jauh Pandangan, Jangan Main Mata, Percayalah dan Kekasih Pujaan.

Sesuai dengan format siaran Klasik Nasional, Sharifah Zarina membuat pendekatan baru menyanyikan lagu Langit Ketujuh dalam irama keroncong manakala Saleem mendendangkan lagu popularnya Suci Dalam Debu versi keroncong. Rancangan itu diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Selamat Hari Raya dendangan asal Puan Sri Saloma dan Datuk Ahmad Jais.

Powered by Utusan Malaysia

Pengkritik AF Jangan Keterlaluan – Rais

21 Jun

KUALA TERENGGANU 20 Jun – Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menasihatkan pengkritik program realiti televisyen termasuk Akademi Fantasia (AF) supaya menjaga budi bahasa dan mengelak daripada mengaibkan pihak lain.

Beliau berpendapat tidak sepatutnya sebuah program tempatan mempunyai pengisian yang mencemar budaya timur dengan mengaibkan orang lain secara terbuka di televisyen.

‘‘Kementerian saya akan menyiasat (dakwaan berlaku) perkara itu dan tidak menolak akan mengambil tindakan sekiranya benar,” katanya.

Beliau diminta mengulas kelantangan pengkritik tetap AF4, Adlin Aman Ramli memberi amaran kepada seorang pelajar akademi berasal dari Terengganu, Faizal agar jangan menghisap ganja.

Walaupun aktivis teater itu tidak merujuk kepada mana-mana individu tetapi memandangkan ia dibuat sebaik sahaja Faizal berduet dengan penyanyi bersuara emas, Saleem, bekas vokalis kumpulan Iklim itu yang tersinggung dengan kenyataan tersebut berhasrat menyaman Adlin.

Powered by Utusan Malaysia