Archive | Sheila Rusly RSS feed for this section

Populariti Siti Belum Dicabar

14 Apr

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff, Zul Husni Abdul Hamid, Farihad Shalla Mahmud & Zaidi Mohamad
bhnews@bharian.com.my

PENYANYI Wanita Popular kekal milik Siti 12 kali berturut-turut.

Kemenangan muka baru dalam ABPBH 2008 menunjukkan perubahan sikap peminat

TIRAI Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 sudah pun dilabuhkan jam 11.30 malam, Ahad lalu, apabila keputusan terakhir Bintang Paling Popular diumumkan pengacara Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira. Begitupun, pastinya peminat masih hangat membicarakan mengenai anugerah edisi ke-22 itu selepas satu nama baru, Ahmad Nabil Ahmad, dinobat pemenang tiga trofi, termasuk kategori utama berkenaan.

Ia umpama mengulangi pencapaian bekas Bintang Paling Popular sebanyak tiga kali (ABPBH 2005 – 2007), Mawi, yang sebaik saja beberapa bulan keluar daripada Akademi Fantasi musim ketiga, dia terus menggenggam tiga trofi (Artis Baru Lelaki Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Bintang Paling Popular) pada ABPBH 2005.

Akhirnya, benteng yang dibina kukuh oleh Raja SMS itu runtuh dengan kelucuan yang dihadirkan peserta Raja Lawak musim kedua ini. Peminat memilih untuk memahkotakan seorang artis komedi, pada kali ini, berbanding penyanyi, penyampai radio, pengacara televisyen mahupun pelakon.

Selepas Mawi melakukannya selama tiga tahun, kini giliran Nabil pula menghuni tempat cukup istimewa itu. Lebih bermakna, dengan gelaran yang baru diterima, Nabil memandu pulang kereta Nissan Sylphy 2.0L bernilai RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, menerima set barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 dan set perabot tajaan Empire Classic Furniture bernilai RM30,000.

Bukan hanya Nabil yang berjaya merubah keputusan anugerah itu, pada acara yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Arena of Stars Genting Highlands, bahkan beberapa nama lain turut mencipta kejayaan tersendiri apabila berdaya menguis turun pemenang sebelum ini.


QUE berkongsi kegembiraan dengan isteri tersayang.

Pelakon Noorkhiriah, umpamanya, menongkah arus untuk muncul pemenang kategori Artis Komedi Wanita Popular, selepas pemenang edisi sebelumnya, Sheila Rusly, gagal disenarai ke peringkat akhir. Begitu juga aktres Maya Karin, yang berbekalkan filem Duyung, merampas semula trofi Pelakon Filem Wanita Popular yang pernah dijulang pada ABPBH 2005 daripada tangan Fasha Sandha.

Que Haidar pula, setelah bertahun mencuba, akhirnya pulang dengan trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, mengetepikan pemenang edisi sebelumnya, Rusdi Ramli. Dalam kategori yang dianggap cukup kuat, Que yang baru saja bergelar suami kepada pereka tari Linda Jasmine, membuktikan usaha kerasnya sekian lama memberikan habuan yang bukan kepalang.

Populariti Lagu Untukmu yang menjuarai beberapa acara pertandingan, benar-benar meletakkan kumpulan Meet Uncle Hussain pada kedudukan teratas dalam kategori Artis Berkumpulan / Duo Popular. Calon terkemuka lain seperti Hujan, Estranged dan M Nasir & Malique juga tidak mampu menahan kemaraan mereka.

Stacy yang menjadi artis pembuka tirai ABPBH 2008 bersama Anita Sarawak, terus menyusun langkah kemas untuk bergelar penghibur terkenal selepas membuka mata peminat pada Anugerah Juara Lagu Ke-23. Dia meneruskan tradisi peserta AF mengungguli kategori Artis Baru Wanita Popular selepas Farah melakukannya pada ABPBH 2005 dan Mila pada ABPBH 2007.


JAMAL Abdillah berbual dengan Datuk A Rahman Hassan.

Kategori lain masih menyaksikan calon yang sama masih diangkat peminat sebagai pemenangnya. Fara Fauzana terus unggul dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular, manakala Faizal Ismail dan Aznil Nawawi menguasai kategori lelakinya.

Dynas dan Rosyam turut mengelakkan trofi yang dimenangi mereka dalam kategori Pelakon TV Wanita / Lelaki Popular, manakala kumpulan Rabbani menjulang trofi Artis Nasyid Popular sebanyak lapan kali berturut-turut, sejak ABPBH 2001.

Namun begitu, siapa yang dapat menafikan kehebatan Datuk Siti Nurhaliza apabila penyanyi itu menaiki pentas menerima trofi Penyanyi Wanita Popular sebanyak 12 kali berturut-turut. Sejak memenanginya kali pertama pada ABPBH 1996, si penyanyi Di Taman Teman ini tidak pernah melepaskan piala berkenaan ke tangan penyanyi lain.

Dengan keputusan yang menampakkan gelombang perubahan pada ABPBH 2008, peminat nyata semakin berani membuat perubahan pada kedudukan senarai populariti artis kesukaan mereka kali ini. Mereka tidak lagi terikut-ikut dengan corak undian sebelum ini, sebaliknya dengan gah pendirian yang jelas untuk menyatakan pilihan masing-masing.

Keputusan itu sendiri juga turut memberikan harapan kepada nama baru untuk sama-sama meraih populariti, apabila benteng kebal yang dibina beberapa calon sudah dibuktikan kemungkinannya untuk tumbang. Sudah semestinya, jika mereka disokong produk yang baik lagi popular, tidak kiralah filem, lagu, rancangan TV ataupun radio, sampul surat yang mengandungi nama pemenang itu satu hari nanti mungkin mencatatkan nama mereka di dalamnya.

Mungkin mesej yang harus juga direnung artis muda daripada ABPBH kali ini, usah jerat diri anda dalam kontroversi yang memualkan kerana cerita yang tidak sedap didengar juga mampu mempengaruhi pengundi.

Berita Harian

Nabil Menyinar, Siti Bertahan

14 Apr

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

BARU setahun jagung dalam industri, tetapi Ahmad Nabil Ahmad, 26, yang dicungkil bakatnya menerusi program Raja Lawak musim kedua mencatat kejayaan besar pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang berlangsung gilang-gemilang di Arena of Stars, Genting Highlands malam kelmarin.

Nabil bukan saja menang Artis Baru Lelaki Popular dan juga Pelakon Komedi Lelaki Popular malah anak muda dari Mambau, Negeri Sembilan ini mengalahkan nama besar dalam industri untuk Bintang Paling Popular sekali gus mengetepikan Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi yang mengunggulinya tiga tahun berturut-turut sejak 2005 dan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Bagi Nabil, anugerah itu cukup bermakna kerana ia pengitirafan paling besar dalam kerjayanya sebagai anak seni. Sepanjang pembabitannya, Nabil membintangi tujuh filem iaitu Sifu dan Tongga, Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Kecoh Betul, Notti, Pisau Cukur, Momok The Movie dan Eee…Hantu.

Selain itu, dia juga menjadi pengacara dalam program Lu Pikirlah Sendiri dan gandingannya dengan Raja Azura dalam Ewah-Ewah.

“Saya sedar kejayaan ini mendadak sekali kerana dalam tempoh setahun saya dapat tiga trofi sekali gus.

Justeru, sama ada saya mampu mempertahankan trofi Bintang Paling Popular ini pada penganjuran akan datang, semuanya saya serahkan 100 peratus kepada peminat.

“Sebagai artis, saya hanya pastikan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa saya lakukan,” katanya.

Katanya, kejayaan itu khusus buat keluarga, teman istimewa, Irma Hasmie dan peminat yang menyokongnya.

“Ia menyuntik semangat kepada saya untuk bekerja lebih keras dalam memantapkan prestasi lakonan dan pengacaraan dari semasa ke semasa.

“Kejayaan itu tidak sekali-kali menjadikan saya lupa diri dengan populariti dikecapinya. Saya masih Nabil yang dulu. Saya juga tidak akan ‘demand’ atau menaikkan harga untuk tawaran mengacara atau berlakon semata-mata sebab sudah menang anugerah.

 

 

“Dalam krisis ekonomi sekarang, sebenarnya, saya masih boleh pertimbangkan dengan bayaran mengacara serendah RM1,000 atau RM2,000 dalam satu persembahan,” katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Nabil yang mengagumi pelawak ‘stand up comedian’ seperti Harith Iskander dan Afdlin Shauki berkata, dia bercita-cita menempa nama sebagai pelawak di peringkat antarabangsa.

“Jika Datuk Siti berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang nyanyian di Royal Albert Hall, London pada 2005, saya juga bercita-cita mengharumkan nama negara sepertinya tetapi sebagai pelawak. Cuba bayangkan, orang asing yang tidak tahu bahasa dan budaya kita mendengar lawak jenaka saya.

“Selain itu, saya juga ingin mengembangkan cabang lakonan sedia dalam misi menjadi pelakon versatil pada masa depan. Malah, saya bercadang mengikuti kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan tahap penguasaan sedia ada,” katanya.

Jika Nabil menyinar dalam tempoh setahun jagung, Siti yang meraikan ulang tahun ke-14 dalam dunia seni April ini, belum mampu digugat sesiapa untuk Penyanyi Wanita Popular.

Dalam majlis yang disiarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam itu, penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang pada 11 Januari 1979 ini mempertahankan gelaran buat kali ke-12 sejak 1996.

Ternyata kontroversi dikaitkan dengan Siti dan status isteri tidak menggugat populariti pasangan kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini sampai sekarang.

Bagi Siti yang anggun dengan busana dari pereka terkenal, Iszal Ismail dan Rizman Ruzaini pada malam itu, dia mampu mempertahankan trofi itu sekian lama kerana kepercayaan peminat.

“Kejayaan ini kerana kerja keras peminat setia yang tidak pernah berbelah bagi menyokong kerjaya seni dari belakang. Sekalipun format pengundian ABPBH sudah berubah tahun ini, nampaknya peminat terutama ahli kelab peminat, CT Zone tetap setia mengundi saban tahun.

“Sebagai penyanyi, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membaiki aspek persembahan dari semasa ke semasa untuk kepuasan diri dan peminat. Pada masa sama, saya pastikan peningkatan dari segi kualiti album yang dihasilkan saban tahun.

“Contohnya, bingkisan album terbaru, Lentera Timur mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sejak menjengah pasaran dan fokus saya untuk mempromosikan album ini dengan lebih giat lagi dengan teknologi terkini sedia ada menerusi syarikat sendiri,” katanya.

Siti juga sebak ketika menerima anugerah pada malam itu mengenangkan arwah bapanya, Tarudin Ismail yang meninggal dunia pada usia 67 tahun pada 15 Februari lalu.

Mengenai kejayaan Nabil yang mengungguli trofi Bintang Paling Popular ABPBH08, Siti berkata, Nabil berhak mendapat anugerah itu kerana kerja kerasnya sejak setahun lalu.

“Nabil banyak berlakon filem dan banyak buat program sejak tahun lalu. Saya juga menonton program lawak yang dikendalikannya dan menyukai lawak jenakanya,” katanya.

Pada malam anugerah itu menyaksikan kejutan bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular kerana menyaksikan kemenangan berpihak pada pelakon Que Haidar apabila menewaskan sifunya dalam bidang lakonan, Rosyam Nor yang mengungguli gelaran itu selama tujuh kali sejak 1997. Mungkin tuah pengantin baru dan bakal bergelar ayah.

Bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, pelakon Norkhiriah berjaya mengambil alih trofi yang dipertahankan pelakon Sheila Rusly sejak 2003, tetapi tahun ini Sheila tidak masuk dalam senarai Top 5 sebaliknya menyaksikan saingan dengan Amyza Adnan, Sheila Mambo, Ruminah Sidek dan Kencaha Dewi.

Bagaimanapun, Norkhiriah yang memikat peminat melalui siri Pepaya, tidak hadir untuk menerima trofi dimenangi begitu juga Dynas yang menang Pelakon TV Wanita Popular untuk dua tahun berturut-turut.

Kategori lain tidak banyak berubah iaitu Mawi mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular buat kali keempat sejak 2005, Rosyam (Pelakon TV Lelaki Popular) sejak 2004, Aznil Nawawi (Pengacara TV Lelaki Popular) buat kali keenam sejak 2003 dan Fara Fauzana (Penyampai Radio Wanita Popular), (Pengacara TV Wanita Popular) dan Rabbani (Penyanyi Nasyid Popular) tujuh kali sejak 2001.

Kategori Pelakon Filem Wanita Popular pula menyaksikan kemenangan berpihak kepada Maya Karin yang pernah memenanginya pada 2005 manakala Faizal Ismail dua kali berturut-turut menang Penyampai Radio Lelaki Popular. Kategori lain, Artis Baru Wanita Popular (Stacy) dan Penyanyi Duo/Berkumpulan Popular (Meet Uncle Hussain).

Penyanyi Jamal Abdilah menerima anugerah khas, Anugerah Sepanjang Hayat kerana kecemerlangannya sebagai penyanyi sejak menjuarai Bintang RTM 1979.

Secara keseluruhannya, majlis dikendalikan dua pengacara popular, Sharifah Shahirah dan Adlin Aman Ramlie dengan tema Sentuhan Tenun itu menghiburkan. Antara yang menarik ialah persembahan Siti dengan lagu dari album Lentera Timur, Di Taman Teman.

Kumpulan Kristal berkolaborasi dengan artis Pop Yeh Yeh, Datuk A Rahman Hassan dengan lagu Tak mengapa, L Ramlie (Ayahku Kahwin Lagi) dan Datuk Jeffrydin (Kenanganku).

Selain itu, persembahan segmen khas untuk Jamal melalui Siti Sarah (Kekasih Awal dan Akhir), Diddy (Azura) dan Ayu OIAM (Perjalananku). Sarah dan Ayu juga berduet dengan Jamal menerusi Sandarkan Pada Kenangan (Sarah) dan Kehebatan Cinta (Ayu). Tidak ketinggalan, persembahan penutup Faizal Tahir dengan lagu Bencinta. Persembahan lain, Diva Anita Sarawak dengan lagu Akhirnya Kini Pasti, Stacy (Gagap), Aizat (Hanya Kau Yang Mampu), Farah Asykin (Hello) dan Hujan (Dugaanku).

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Depan Mata: Berubah Jadi Lebih Baik

13 Apr

Oleh Hartati Hassan Basri

Rap
BAGI mereka yang tidak perasan, hari ini sebenarnya akhbar nombor satu di Malaysia, Harian Metro berubah wajah. Apa yang penting, perubahan menjadi lebih baik bertujuan memberi kepuasan kepada pembaca. Ia juga sesuai dengan usianya mencecah 18 tahun pada 25 Mac lalu.

Sedar tidak sedar, sudah 16 tahun saya bersama Harian Metro. Dulu tempat kami hanyalah di satu sudut kecil di belakang tempat rakan Berita Harian di tingkat empat kemudian berpindah ke tingkat tiga dan sejak Ogos tahun lalu, kembali ke tingkat empat. Harian Metro di sayap kiri manakala Berita Harian sayap kanan.

Sempena ulang tahun yang ke-18 yang diraikan Khamis lalu, ia disambut bersama 300 kakitangan kumpulan akhbar The New Straits Times Press (M) Sdb Bhd (NSTP) dan wakil syarikat korporat. Hadir sama, Pengerusi NSTP, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail, Timbalannya, Mustapa Omar dan Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail.

Tambah meriah apabila detik manis itu turut dikongsi bersama selebriti, artis, produser serta wakil stesen televisyen dan radio. Antaranya, Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima,Seelan Paul, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (karyawan), Freddie Fernandez, Pengarah Urusan Metrowealth Movies Production (MMP), David Teo, Pengurus Besar Astro Awani, Rozina Bakar, Ketua Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan & Komunikasi Korporat TV9, Noor Amy Ismail serta rakan-rakan dari Jabatan Komunikasi Korporat TV3, ntv7, 8TV, TV9, Astro dan Hot FM bersama selebriti mereka.

Tambah meriah apabila mereka bermurah hati membawa buah tangan dan kebetulan ramai pula membawa kek cawan pelbagai corak dan warna. Ada juga membawa pulut kuning bersama rendang. Puncak Niaga pula membawa cenderahati ikan laga seorang seekor bersama air mineral. Panjang lebar pula cerita ulang tahun itu.

Dalam kegawatan ekonomi ini, ramai mengambil langkah berjimat-cermat dan hanya berbelanja untuk barang keperluan harian. Tetapi harapan saya, walaupun harga barang naik, jangan lupa membeli Harian Metro setiap hari.

Mungkin ada berasakan harga RM1.50 mahal tapi apalah sangat berbanding rokok yang dibakar setiap hari. Sedangkan belanja anak ke sekolah kurang-kurang RM2 sehari dan ada lebih lagi. Tapi satu akhbar boleh dikongsi seisi keluarga.

Seperti saya katakan tadi, perubahan dilakukan untuk menjadikan akhbar ini lebih baik. Sememangnya kita perlu memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa bukan saja penampilan, perangai dan juga taraf ekonomi.

Senario hiburan tanah air juga perlukan perubahan. Selepas bertahun-tahun industri muzik kita lesu hingga penyertaan lagu di Anugerah Juara Lagu (AJL) dan juga Anugerah Industri Muzik (AIM) berkurangan manakala lagu yang diputarkan di radio terpaksa bergantung kepada lagu luar.

Akhir-akhir ini sudah menampakkan perubahan dengan kemunculan band indie hingga menguasai AJL menerusi kejayaan Estranged dan Meet Uncle Hussain serta artis solo seperti Faizal Tahir dan Yuna.

 

 

Ketika rancak berbual dengan David Teo, produser popular ini juga menekankan perubahan. Katanya, karya filem perlu berubah menjadi lebih baik dan tidak terikat dengan konsep sama untuk beberapa karya. Kalau tidak nanti penonton bosan kerana sudah boleh mengagak corak persembahan.

“Hasilkan pelbagaikan genre daripada horor, aksi sehingga komedi seperti Ahmad Idham berjaya melalui Remp-It, kemudian seram (Jangan Pandang Belakang) dan juga komedi (Senario The Movie Episod 1),”katanya.

David adalah contoh produser yang dekat dengan media dan tahu menghargai media. Walaupun produksinya sibuk menghasilkan satu demi satu filem dan drama hingga ada berjalan dua tiga judul serentak, apabila ada majlis membabitkan media, David tidak pernah lepaskan peluang untuk hadir.

Khamis lalu juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak umumkan Kabinet baru. Kementerian Penerangan bukan saja dapat menteri baru, Datuk Seri Dr Rais Yatim malah disatukan dengan dua kementerian lain, Komunikasi serta Kesenian dan Kebudayaan.

Diharap ia turut membawa perubahan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang kini mencecah usia 63 tahun supaya lebih dekat di hati masyarakat dan juga media. Tambah-tambah pula mendapat Ketua Pengarah Penyiaran baru, Datuk Ibrahim Yahya dan baru saja memasuki era digital.

Malam tadi berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08). Walaupun akan ada keputusan mengejutkan, saban tahun banyak keputusan sama diumumkan, kalau tidak masakan Datuk Siti Nurhaliza pegang gelaran Penyanyi Wanita Popular sampai 10 kali, Rosyam Nor tujuh kali Pelakon Filem Lelaki Popular, Aznil Nawawi lima kali, Pengacara TV Lelaki Popular, Sheila Rusly lima kali Pelakon Komedi Wanita Popular, Mawi tiga kali Penyanyi Lelaki Popular.

Yang bertukar saban tahun hanyalah Artis Baru Popular kemudian naik gred dan kalau nasib tidak baik terus hilang tiada pencalonan lain tahun berikutnya.

Tahniah kepada semua yang dianggap sebagai penyanyi, pelakon, pengacara TV dan penyampai radio popular semoga tingkatkan usaha dan bekerja keras untuk menjadi lebih baik.

Namun, satu perkara diharapkan tidak berubah iaitu kedudukan akhbar ini diharapkan terus kukuh dan utuh di tangga teratas, seterusnya memberi keuntungan kepada syarikat.

Sebagai ganjaran, kakitangan Harian Metro setiap tahun menerima ganjaran bonus lebih daripada rakan-rakan di akhbar lain dan juga dapat mengikuti rombongan ke luar negara. Bulan depan, destinasi dipilih ialah Ho Chih Min, Vietnam selepas Bandung, Bangkok dan Bali.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Dengarnya… Drama Anak Betong Bersambung

13 Apr

Oleh Normah Becok

SHEILA Rusly (tengah) bersama pelakon drama Anak Betong.

SETIAP apa juga dugaan daripada Tuhan, pasti ada kemanisan di penghujungnya. Itu yang dirasai penerbit dan pelakon, Sheila Rusly apabila produk terbitan syarikatnya kebelakangan ini menjadi mangsa kecaman dan kritikan daripada banyak pihak.

Cik Normah rasa Sheila kena berfikiran terbuka. Dalam perkara macam ini, memang setiap orang ada pendapatnya masing-masing. Cuma, Sheila janganlah mudah tersinggung dengan setiap kritikan itu. Ini pun cara untuk meningkatkan mutu penerbitan drama yang dibuat oleh Sheila sendiri.

Iyerlah, kalau semuanya hendak pujian saja, lama-kelamaan kita pun tak yang mana satu baik, mana satu buruk. Terbaru Cik Normah dapat tahu, Sheila mendapat tawaran untuk menyambung semula drama bersiri, Anak Betong yang mendapat sambutan hangat ketika ditayangkan TV3, sedikit masa lalu.

Drama itu sebelum ini mendapat banyak kritikan. Sehingga hari ini, Sheila masih berdiam diri. Pernah juga Cik Normah menjolok pertanyaan panas tetapi isteri kepada pengarah, Jinggo ini tetap membisu.

Bagi Cik Normah, apabila drama itu dapat kritikan atau teguran, bermakna orang ramai menonton dan memberi perhatian terhadap drama terbitan Sheila sendiri. Itu paling penting. Maklum balas daripada penonton atau orang ramai penting untuk memperbaiki penerbitan karya seterusnya.

Daripada apa yang Cik Normah dengar, drama bersiri terbaru itu akan menggunakan judul Cucu Betong. Bagaimana jalan ceritanya, tak dapat Cik Normah pastikan. Skrip pun masih pada peringkat pembikinan kerana drama itu hanya akan memulakan penggambaran Jun nanti. Cik Normah dapat tahu, musim terbaru program masakan popular kendaliannya, Ketuk-Ketuk Ramadan juga bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Berita Harian

Nabil Mampu Gugat Mawi, Siti?

11 Apr

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap
SIAPAKAH yang bakal mengungguli trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 bagi edisi ke-22 malam esok? Semua persoalan itu bakal terjawab pada malam kemuncak majlis gilang-gemilang ABPBH08 yang akan disiarkan secara langsung dari Arena of Stars, Genting Highlands di TV3, jam 9 malam.

Senarai penuh pencalonan akhir ABPBH08 juga menyaksikan bintang realiti TV dan band indie tempatan antara 28 muka baru yang mendominasi beberapa kategori tertentu daripada seramai 80 penyanyi, pelakon dan personaliti disenaraikan sekali gus bersaing dengan nama popular.

Kategori paling mencuri tumpuan sudah pasti gelaran Bintang Paling Popular yang bakal membawa pulang pelbagai hadiah lumayan termasuk kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Ramai menjangkakan malam kemuncak acara berprestij ini bakal menyaksikan kejutan kerana ada nama baru yang akan menang beberapa kategori utama dari 16 kategori dipertandingkan.

Calon kegemaran yang disebut-sebut memberi saingan sengit kepada Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi dan Datuk Siti Nurhaliza untuk membawa pulang trofi Bintang Paling Popular ialah bintang yang digilap daripada program realiti Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 26 atau nama komersialnya, Nabil Raja Lawak.

Nama dan populariti Nabil meningkat dengan mendadak dalam tempoh setahun berkecimpung sebagai anak seni. Setakat ini tujuh filem dilakonkan iaitu Sifu dan Tongga, Lu Pikirlah Sendiri The Movie, Kecoh Betul, Notti, Pisau Cukur, Momok The Movie dan Eee…hantu.

Selain berlakon filem, Nabil yang hangat bercinta dengan pelakon Irma Hasmie ini juga melebarkan sayapnya sebagai pengacara dan terbaru gandingannya dengan Raja Azura dalam Ewah-Ewah.

Difahamkan, undian awal ABPBH08 membuktikan, Nabil menerima jumlah undian melebihi jumlah undi diterima Mawi bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular. Jika jangkaan itu tepat, gelaran yang dipertahankan Mawi sejak tiga tahun lalu akan beralih kepada Nabil, sekali gus melakar sejarah baru dalam anugerah berpestij ini.

Kejayaan ini sekali gus menjadikan Nabil artis komedi kedua berjaya selepas Saiful Apek bergelar Bintang Paling Popular.

Anak kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini juga berhadapan laluan mudah untuk mengetepikan artis kelahiran AF seperti Nubhan dan Riz. Begitu juga dua lagi calon, Aiman dan Fizo dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular.

 

 

Kemungkinan besar, Nabil juga bakal mengetepikan nama besar seperti AC Mizal, Afdlin Shauki, Saiful Apek dan Zizan Raja Lawak untuk Artis Komedi Popular.

Betapa hebat pun pengaruh besar Nabil dalam industri seni tanah air, dia lebih suka merendah diri dalam segala hal menyedari baru setahun jagung bergelar anak seni. Malah kata Nabil, dia juga tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.

“Saya tidak terfikir pun untuk menjadi finalis pada acara berprestij itu. Sebenarnya, saya cuma jangka untuk tampil menjadi penyampai anugerah, tetapi sebaliknya nama saya dicalonkan dalam dua kategori sekali gus.

“Tapi jika menang nanti, saya tetap bersyukur dan menganggap ia bonus sekali gus menyuntik semangat untuk bekerja lebih keras lagi,” katanya.

Antara artis muda yang menyerlah dan memberi saingan sengit bagi kategori Artis Baru Wanita Popular

ialah bintang yang digilap dari AF, Stacy. Dia juga bersaing dengan empat lagi calon iaitu Ayu (OIAM), Lisa Surihani, Sari Yanti dan Scha.

Namun, dia berhadapan cabaran sengit kategori Penyanyi Wanita Popular kerana berhadapan dengan Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Mila dan Elyana. Bagi Stacy, sekadar dicalonkan dalam senarai Top 5 dalam ABPBH 2008, sudah cukup bermakna buatnya.

“Saya tidak mengharap kemenangan untuk Penyanyi Wanita Popular kerana semua sedia maklum, Siti sukar digugat artis lain.

“Saya juga bersaing dengan ramai bakat baru yang tidak kurang hebatnya untuk Artis Baru Wanita Popular. Kalau menang, ia rezeki tapi kalau kalah, saya akan bekerja lebih keras lagi untuk pencalonan tahun depan,” katanya.

Seorang lagi calon yang tidak boleh dipandang ringan untuk Artis Baru Wanita Popular ialah pelakon yang popular menerusi drama Kaisara, Sari Yanti.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana saingan kategori ini hebat belaka,” katanya.

Kategori penyanyi Duo/Berkumpulan Popular menyaksikan penguasaan band indie tempatan seperti Estranged, Hujan dan Meet Uncle Hussain. Ketiga-tiga band ini mempunyai kekuatan dan pengikut tersendiri.

Kemunculan pelakon kacak kelahiran Singapura, Aaron Aziz untuk Pelakon TV Lelaki Popular juga tidak boleh diperlekehkan. Aaron berhadapan calon berpengalaman Rosyam Nor dan pelakon popular lain, Que Haidar, Aqasha, Ashraf Muslim dan Fahrin Ahmad.

Ashraf yang popular dalam Puaka Ning Rapik dan drama bersiri Yusuff juga tidak boleh dipandang ringan dan mampu menggugat Rosyam yang menggungguli kategori ini sejak 2004. Manakala untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Rosyam mengungguli kategori itu selama tujuh kali sejak 1997.

Sementara itu Siti yang kini mempertaruhkan bingkisan album terbarunya Lantera Timur, dijangka terus mempertahankan trofi Penyanyi Wanita Popular yang sudah sedekad dalam gengamannya.

Apapun kontroversi yang pernah dikaitkan dengan Siti ternyata tidak menggugat populariti isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini sekali gus mengetepikan dengan mudah semua calon lain.

Kategori Pelakon Filem Wanita Popular pula menyaksikan persaingan tiga nama besar dalam industri lakonan, Erra Fazira, Vanidah Imran dan Maya Karin berbanding dua calon baru, Liyana Jasmay dan Sharifah Amani.

Laluan artis kontroversi, Fasha Sandha untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular nampaknya tidak mudah kerana kemunculan artis yang lebih segar dan laris ketika ini seperti Diana Danielle.

Manakala kehadiran Saiful Apek sekali lagi dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dikatakan boleh menggugat peluang Rosyam Nor untuk mengungguli kategori berkenaan ini.

Untuk Artis Komedi Wanita Popular, kehadiran muka baru, Amyza Aznan, Norkhiriah, Ruminah Sidek dan Sheila Mambo sukar menggugat penguasaan Sheila Rusly yang mengunggulinya sejak 2003. Hanya Kenchana Dewi dicalonkan kali kedua.

Rasanya sukar bagi peminat mengundi pemenang baru kerana memikirkan hadiah lumayan menanti mereka sebaliknya lebih selamat memilih pemenang tahun lalu. Saban tahun ABPBH menyaksikan keputusan sama mungkin kerana sikap berhati-hati pembaca.

Aznil Nawawi juga mengungguli kategori Pengacara TV Lelaki Popular sebanyak lima kali. Tahun ini Aznil bersaing dengan senarai tradisi, AC Mizal, Faizal Ismail dan Ally Iskandar. Aznil juga dicalonkan untuk Penyampai Radio Lelaki Popular.

Fara Fauzana pula dijangka berhadapan laluan mudah untuk mengungguli Pengacara TV Wanita Popular dan bakal mengulangi kejayaan tahun lalu untuk Penyampai Radio Wanita Popular yang dirampasnya dari Linda Onn yang mengungguli kategori itu enam tahun berturut-turut sejak 2001.

Kategori Penyanyi/Artis Nasyid Popular pula menyaksikan nama besar dalam industri nasyid, Rabbani, Hijjaz dan Raihan berhadapan saingan muka baru, Akhil Hayy dan Aiman.

SENARAI FINALIS ABPBH08

1. Pengacara TV Lelaki Popular
* AC Mizal
* Ally Iskandar
* Aznil Hj Nawawi
* Faizal Ismail
* Faizal Tahir

2. Pengacara TV Wanita Popular
* Abby Fana
* Cheryl Samad
* Fara Fauzana
* Juliana Evans
* Nurul Alis

3. Pengacara Radio Lelaki Popular
* AG
* Aznil Hj Nawawi
* Faizal Ismail
* Khairil Rashid
* Kieran

4. Penyampai Radio Wanita Popular
* Abby Fana
* Fara Fauzana
* Leya
* Linda Onn
* Nana

5. Artis Komedi Lelaki Popular
* AC Mizal
* Afdlin Shauki
* Nabil
* Zizan
* Saiful Apek

6. Artis Komedi Wanita Popular
* Amyza Aznan
* Kenchana Dewi
* Noorkhiriah
* Ruminah Sidek
* Sheila Mambo

7. Artis Baru Lelaki Popular
* Aiman
* Fizo
* Nabil
* Nubhan
* Riz Artis

8. Baru Wanita Popular
* Ayu OIAM
* Lisa Surihani
* Sari Yanti
* Scha
* Stacy

9. Penyanyi/Artis Nasyid Popular
* Akhil Hayy
* Aiman
* Hijjaz
* Raihan
* Rabbani

10. Penyanyi Berkumpulan/ Duo Popular
* Estranged
* Fabulous Cats
* Hujan
* Meet Uncle Hussain
* M Nasir & Malique

11. Penyanyi Lelaki Popular
* Adam
* Aizat
* Amy Search
* Mawi
* Nubhan

12. Penyanyi Wanita Popular
* Elyana
* Jaclyn Victor
* Mila
* Siti Nurhaliza
* Stacy

13. Pelakon Filem Lelaki Popular
* Farid Kamil
* Que Haidar
* Rosyam Nor
* Rusdi Ramli
* Saiful Apek

14. Pelakon Filem Wanita Popular
* Erra Fazira
* Liyana Jasmay
* Maya Karin
* Sharifah Amani
* Vanidah Imran

15. Pelakon TV Lelaki Popular
* Aaron Aziz
* Aqasha
* Ashraf Muslim
* Fahrin Ahmad
* Rosyam Nor

16. Pelakon TV Wanita Popular
* Abby Abadi
* Diana Danielle
* Dynas
* Fasha Sandha
* Rita Rudaini

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

ABPBH 2008: Antara Percaya Dengan Tidak

3 Apr

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

Bagaikan di awangan apabila diumumkan namanya dalam Top 5 Artis Komedi Wanita Popular

AGAK jauh daripada publisiti namun lonjakan populariti yang diterima selepas menyertai program amal, Sehati Berdansa disusuli satu persatu drama lakonannya menemui penonton di layar kaca membuahkan sesuatu yang bermakna dalam karier seni, Amyza Aznan.

Selama 14 tahun mengabdikan diri dalam dunia lakonan, anak kelahiran Alor Gajah, Melaka tidak pernah mengimpikan pengiktirafan atau gelaran. Apa yang utama bagi Amyza, lakonannya meninggalkan kesan kepada peminat selain pengarah serta penerbit berpuas hati dengan hasil kerja diberikan.

Mengimpikan anugerah, kata Amyza adalah sesuatu yang tidak pernah ada dalam angan-angannya meskipun jauh di sudut hati, dia akur pengiktirafan mampu membawa kariernya ke satu tahap baru.

Dengan merendah diri katanya, sukar untuk dirinya mempercayai kerana selama ini nama yang membolosi Top 5 sememangnya popular dan sering menerima limpahan publisiti sama ada di media cetak atau elektronik.

Disebabkan itu dia berasa terasa dirinya bagaikan berada di awang-awangan tatkala dimaklumkan namanya membolosi Top 5 kategori Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

“Beberapa kali saya bertanya kembali, apakah ia benar atau sekadar gurauan? Saya berada dalam situasi antara percaya dan tidak kerana selama 14 tahun ini kali pertama saya melepasi Top 5.

“Disebabkan itu saya sangat terkejut kerana tidak menyangka peminat memberi penghargaan yang cukup tinggi atas hasil kerja saya selama ini,” katanya teruja namun bersyukur dengan rahmat tidak diduga itu.

Pernah dulu selepas melahirkan cahaya mata, isteri kepada Khairil Izhar Mohd Nazir ini ragu memikirkan ruang untuk dia memperluaskan bakatnya. “Namun semua telahan saya beransur pergi apabila pengarah terus memberikan kepercayaan. Tawaran yang diberikan juga pelbagai, ada berat dan ringan cuma mungkin kebelakangan ini saya lebih menyerlah dalam drama komedi,” katanya yang baru selesai penggambaran telefilem, Donat.

Kongsi Amyza, ketika tawaran lebat mendampinginya dia cuba bersikap tidak kelabu mata. Dia tidak mahu merebut semua peluang di depan mata hanya untuk mempertahankan populariti.

“Saya mengutamakan disiplin. Biarpun sudah lama dalam industri, saya tidak pernah mengambil ringan soal pengurusan masa. Pernah ketika bekerja dalam satu produksi bersama Sheila Rusly, saya terlewat kerana terperangkap dalam kesesakan jalan yang teruk.

“Berkali-kali saya menelefon, malah sempat membuat panggilan video kerana tidak mahu ada yang meragui alasan yang diberikan.

“Saya begitu menjaga soal kerja kerana bidang ini adalah periuk nasi dan punca pendapatan,” kata ibu kepada Andre Mikhail, 3 tahun dan Adrian Adam, setahun.

Kembali berbicara mengenai pencalonannya dalam ABPBH 2008, kerap Amyza berseloroh, dia seperti sudah menjangka siapa yang akan membawa pulang trofi itu.

Bukan meragui kemampuan sendiri, cuma Amyza realistik beberapa finalis lain mempunyai kekuatan serta pengaruh mereka yang sukar untuk dinafikan. “Jujurnya, saya tidak banyak berlakon drama komedi dan kebanyakan watak komedi yang dibawakan hanya peranan kecil. Tetapi mungkin watak kecil itulah peminat nampak.

“Saya sendiri seperti tidak percaya apabila ramai muka baru tersenarai dalam kategori artis komedi kali ini. Ia di luar jangkaan,” katanya.

Bergaya dengan sentuhan Khairi Sufi

SELOROH Amyza lagi, dia berasa janggal dihias cantik dan dipakaikan aksesori mahal kerana selama ini jarang menghadiri acara anugerah glamour.

Namun itu tidak bermakna Amyza kekok apabila diminta beraksi di depan kamera. Gayanya yang bersahaja turut mencuri perhatian pereka muda, Khairi Sufi untuk menata gayanya pada malam kemuncak ABPBH 2008 nanti.

Disebabkan ini pengalaman pertama Amyza memasuki Top 5, Khairi cuba mengilhamkan sesuatu yang bakal membuat dramatis itu menjadi tumpuan lensa.

“Saya memilih fabrik sifon rona coklat untuk melatari rekaan gaun yang mempunyai sentuhan era Greek kerana ia bersesuaian dengan personaliti dan warna rambut Amyza.

“Untuk diselaraskan dengan tema Sentuhan Tenun, saya menekankan penggunaan panel songket di bahagian bawah untuk membangkitkan elemen menarik pada gaun itu,” katanya.

Kali pertama bekerja dengan Amyza, akui Khairi dia selesa kerana pelakon itu memberinya sepenuh kebebasan untuk mengilhamkan rekaan yang bersesuaian.

Pada pertemuan itu, Amyza ternyata begitu menggemari sentuhan Khairi yang memberikan pesona apabila penampilannya dilengkapkan dengan aksesori mutiara Laut Selatan Tahiti tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM290,000.

Info:

Nama Penuh: Amyza Azan

Tarikh Lahir: 18 Julai 1974

Asal: Alor Gajah, Melaka

Profesion: Pelakon, penyanyi dan pengacara

Hobi: Menyanyi, menari dan memasak

Suami: Khairil Izhar Mohd Nazir

Tarikh Perkahwinan: 12 September 2004

Lokasi Pernikahan : Masjid Sultan Hishamudin, Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Negeri Sembilan

Anak: Andre Mikhail, 3 tahun dan Adrian Adam, setahun

Berita Harian

Drama Mabuk Estrogen, Donut Tak Sesuai Ditayang

1 Apr

ANGKATAN Pemuda Pemudi Islam (API) merujuk kepada artikel di internet dan juga akhbar utama tempatan yang melaporkan keberanian produser Sheila Rusly bersama suami, Azman Yahya atau Jinggo menerbitkan dua drama terbaru yang dijangka bakal mengundang kontroversi di negara ini.

Kami mendesak agar penyiaran drama ini dan drama lainnya termasuk filem yang berkaitan disekat pihak berwajib. Menerusi drama Mabuk Estrogen, paparan adegan ‘bercium’ dua pelakon lelaki diketengahkan. Begitu juga drama Donut yang ingin mengangkat kisah homoseksual yang dibawa seorang pelakon lelaki melakonkan watak pondan yang lengkap berpakaian wanita.

Walaupun pihak produser menyatakan mereka hanya ingin memberi pengajaran kepada penonton, apa yang dikhuatiri ialah adegan yang tidak sepatutnya dipaparkan dalam drama ini menunjukkan penampilan mencolok mata seperti berpelukan, melawan ibu bapa atau remaja yang terjebak dengan masalah sosial hingga tiadanya batas pergaulan antara lelaki dan wanita.

Hakikatnya penonton yang tidak berfikiran matang seperti remaja mudah terpengaruh atau terikut-ikut untuk mencontohi perlakuan sebegini. Lihat saja berapa banyak belia kita menjadi ‘hantu rempit’.

API dapati mat rempit ini berbangga jika mereka sering diutarakan dalam drama dan berita. Bilangan mereka juga semakin bertambah dengan penyiaran drama Rempit vs Impak Maksima di televisyen tempatan. Sebenarnya, mesej nasihat boleh disampaikan dengan hanya menggunakan dialog berkesan tanpa perlu melakonkan adegan tidak bermoral.

Akhir-akhir ini, terlalu banyak drama dan filem Melayu sama ada bersifat ‘mainstream’ atau ‘under ground’ yang memaparkan watak pondan, lesbian dan gay. Perbuatan ini seolah-olah mengiktiraf gaya hidup pondan, lesbian dan gay sebagai satu norma masyarakat.

Sebelum ini pun, sudah banyak filem, drama dan teater yang mengangkat kegiatan tidak bermoral ini untuk diperkenalkan kepada masyarakat. Setakat yang diingati, filem gay Melayu pertama Malaysia iaitu Comolut (cium mulut) yang ditayangkan di Festival Filem Underground Malaysia, teater Patung Kertas dan juga teater Vagina Monolog yang mempromosikan budaya pondan dan seks bebas.

Mengapa perkara ini terus dibiarkan menjadi barah dalam masyarakat yang majoritinya adalah Melayu Islam. Golongan berfahaman liberal dan sekular, sangat lantang mempertahankan cara hidup yang tidak bermoral ini atas alasan hak asasi manusia dan kebebasan individu.

Perlu diingatkan, kebebasan yang dijamin pemerintah tidak boleh disalahertikan. Setiap orang bebas melakukan apa saja selagi tidak mengganggu dan merosakkan masyarakat. Perkara tidak bermoral ini, lambat laun akan merosakkan masyarakat seperti berlaku di barat.

Tiadalah erti kemajuan itu, jika nilai akhlak mulia terhapus. Nilai akhlak ini pula seharusnya tidak berubah-ubah dan seharusnya dilihat pada pandangan Allah dan bukan pada pandangan manusia.

NURFITRI AMIR MOHAMAD

Timbalan Pengerusi Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API).

Berita Harian

Depan Mata: Bangganya Jadi Songsang?

30 Mar

Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap
KETIKA kita sibuk berkempen untuk selamatkan bumi melalui 60 Earth Hour Sabtu lalu, hati kecil saya berkata, selamatkanlah industri hiburan tanah air daripada pengaruh songsang.

Saya melihat dunia hiburan kita sudah terlalu terbuka dengan kehadiran manusia dikenali lelaki lembut, pondan, adik-adik, pengkid, homoseksual, lesbian, gay dan sebagainya.

Kini pengarah dan penerbit kita tertarik pula dengan cara hidup golongan ini apabila menjadikan golongan songsang ini sebagai subjek menarik dalam karya mereka. Malah mereka bukan saja dilihat makin berani malah seperti berlumba-lumba mengangkat watak seperti ini.

Mereka berani paparkan kehidupan homoseksual dan lesbian untuk tatapan umum seolah-olah karyawan kita dan stesen TV mahu mendokong kebebasan hak asasi manusia seperti dilaungkan masyarakat Barat.

Kalau di Barat, amalan budaya songsang ini sudah menjadi kebiasaan hingga filem yang mengangkat tema ini mendapat perhatian. Antaranya karya Ang Lee menerusi Brokeback Mountain yang menang Oscar untuk Pengarah Terbaik, Transamerica (Felicity Huffman calon Top 5 Aktres Terbaik) dan terbaru, Milk membawa kejayaan kepada Sean Penn untuk Aktor Terbaik.

Itu masyarakat Barat, kita tidak boleh buat apa, tapi ini karyawan kita yang rata-rata beragama Islam dan tahu hukum hakam agama. Pelakon lelaki kita seolah-olah berbangga apabila ditawarkan jadi pondan hingga sanggup berpakaian wanita lengkap bermekap tebal dan bergincu untuk kelihatan anggun jelita.

Mungkin juga kebanggaan ini disebabkan lakonan begini menjadi perhatian juri melalui kejayaan Rusdi Ramli dalam filem Waris Jari Hantu kemudian Ahmad Tamimi Siregar melalui drama Waris.

Agak sukar untuk saya memilih subjek ini untuk dipaparkan dalam ruangan ini, tetapi saya tertarik dengan kenyataan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut dalam Harian Metro, Jumaat lalu.

Beliau turut bimbang perkara ini makin berleluasa jika dibiarkan. Tegasnya, dalam Islam hukum mengenai perkara itu jelas menyebut setiap lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan sebaliknya kerana hukumnya haram serta dilaknat Allah.

“Setiap perbuatan dan perlakuan yang menyerupai mana-mana sifat bertentangan dengan kejadian asal ciptaan Tuhan tidak boleh dipertonton serta ditunjukkan kepada umum.

 

 

“Matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Apabila ia haram, ia tetap tidak boleh dilakukan walaupun dengan alasan untuk kebaikan.

“Orang ramai terutama yang beragama Islam harus tahu serta mempunyai pegangan agama mengenai perkara ini kerana jika ia dilakukan untuk mengaut keuntungan, pendapatan yang diperoleh itu adalah haram.

“Pengarah, penerbit, pelakon serta penapis filem perlu mempunyai pengetahuan agama berkaitan perkara membabitkan hukum Islam kerana jika ia tidak dibendung akan menyebabkan permasalahan sosial semakin berleluasa,” katanya.

Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan stesen TV selayaknya memantau perkembangan ini supaya tidak membenarkan budaya songsang ini berleluasa. Dulu aksi lembut Imuda melalui watak Sam dalam sitkom 2+1 mencetuskan rasa kurang senang masyarakat hingga program itu diharamkan.

Apabila melihat akhir-akhir ini makin ramai pelakon lelaki kita yang bertubuh sasa sanggup melakukan transformasi menjadi wanita, ia agak menghairankan juga. Tidak cukupkah watak mencabar yang lebih baik untuk dilakonkan?

Tidak tahulah bagaimana perasaan Norman Hakim bergaya seksi dan bersolek untuk menjayakan drama Donut, begitu juga Ady Putra, Zul Huzaimy, Iqram Dinzly dan ramai lagi untuk uji bakat filem Anu Dalam Botol. Apakah mereka bangga melihat gaya mereka begitu?

Pelakon kacak, Ashraf Muslim yang kini popular melalui watak lelaki baik dalam Yusuff, juga pernah jadi wanita untuk teater Patung Kertas arahan Lokman Ghani. Lebih terkilan apabila Datuk Jalaluddin Hassan sekali lagi sedia memakai gaun dan bersolek tebal untuk watak pondan dalam teater Patung Kertas 2.

Kalau dulu beliau tidak keberatan berbuat demikian walaupun terpaksa mengetepikan maruah diri dan keluarga, tetapi untuk kembali sekali lagi melalui sambungannya, bagi saya agak keterlaluan.

Beliau sepatutnya menjadi contoh kepada pelakon lelaki lain bukan saja kerana pelakon senior yang disegani malah kerana latarnya daripada keluarga orang kuat agama.

Pelakon Sheila Rusly yang kini bergelar produser pula akhir-akhir ini cenderung memaparkan kehidupan songsang ini melalui dua drama terbarunya, Mabuk Estrogen dan Donut yang juga arahan suaminya, Azman Yahya (Jinggo).

Satu hakikat yang tidak mampu saya nafikan ialah golongan ini dikurniakan Allah satu kelebihan besar iaitu kreativiti yang cukup tinggi. Kalau jurusolek, sentuhan mereka mengagumkan, kalau pereka fesyen memang hebat dan kalau mengarah filem, mendapat pujian melangit.

Lihat saja karya Yasmin Ahmad melalui Sepet, Gubra, Mukhsin dan Talentime dipuji dan menang anugerah. Namun, ada pihak yang melihat ada agenda halus yang cuba disalurkan dalam karyanya. Sepet misalnya dikatakan merendahkan orang Melayu beragama Islam, Gubra pula paparkan ustaz pegang anjing dan Talentime, India Muslim sanggup membunuh kerana berselisih faham dengan jiran.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Mulut Laser Tak Semestinya Negatif

28 Mar

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

Rap
PROGRAM hiburan yang turut menyelitkan elemen sensasi iaitu Hip TV makin mendapat perhatian penonton sejak mula ditayangkan pada setiap Isnin jam 10.30 malam di TV9 sebulan lalu.

Berbeza dengan penerbitan program hiburan sedia ada, program itu membawa kelainan dengan membincangkan sesuatu topik atau isu hiburan bersama tiga panel yang dijemput.

Biarpun ia hanya program rakaman, tetapi topik atau isu hiburan dibincangkan cukup menarik perhatian penonton yang ingin mengetahui pandangan panel secara mendalam sama ada bersetuju atau tidak dengan tajuk berkenaan. Pada siaran Isnin lalu, program ini membicarakan topik Selebriti Mulut Laser dan mengundang tiga panel iaitu Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh bersama penyampai radio Era FM, Din Beramboi dan wartawan Bintang Popular Berita Minggu, Zubir Mohd Yunus.

Menampilkan Kieran sebagai pengacara latar, program ini turut menyenaraikan carta Top 5 artis tempatan yang dikategori Selebriti Mulut Laser. Menduduki tangga teratas adalah Fauziah Ahmad Daud atau Ogy diikuti Adlin Aman Ramli, Sheila Rusly, Raja Azura dan Roslan Aziz.

Ogy dikatakan paling mulut laser kerana berani bersuara lantang ketika mengacara program TV seperti Melodi di TV3 mahupun mengendalikan majlis anugerah. Adam berpandangan Ogy dikategori laser cili padi yang berani melontarkan kata-kata pedas dan tidak peduli dengan apa dikatakan walaupun menerusi program siaran langsung. Berbanding empat selebriti dalam kategori ini, Ogy pernah mencatat sejarah sendiri apabila berhadapan dengan kes disaman selebriti lain di mahkamah.

“Dia bercakap secara ketelusan hati hingga ada ketika tidak fikir implikasi kepada kata-katanya. Namun, saya percaya selebriti seperti Ogy menjadi laser kerana berdasarkan pengalaman yang ada padanya,” katanya.

Din juga mengakui Ogy bermulut laser tidak kira tempat hingga di set rakaman atau penggambaran, dia berani mengeluarkan kata-kata yang mengguris perasaan orang lain.

Sungguhpun begitu, sikapnya itu menampakkan dia seorang yang ikhlas dan jujur dalam menyatakan pandangan. Zubir turut bersetuju mengatakan Ogy adalah individu berterus terang walaupun dia sebenarnya mempunyai hati yang baik.

Pandangan mengenai Adlin pula, selebriti ini sering menarik perhatian khalayak terutama ketika menjadi juri program realiti popular, Akademi Fantasia (AF). Jika Ogy dikategori laser cili padi, Adam pula menggelar Adlin sebagai laser buta tuli. Kata Adam, Adlin mengkritik mengikut cara dan pandangan sendiri tanpa dipengaruhi orang lain mahupun pandangan peminat di belakangnya.

“Ketika dia memberi komen, peminat sudah bertempik tidak berpuas hati dan ini boleh membuatkan pengkritik terpengaruh dengan ejekan peminat. Sebaliknya, dia bersikap buta tuli ketika memberi kritikan. Walaupun dia dikatakan mulut laser, tetapi atas sebab itu, ia memahat namanya dalam persada hiburan tempatan,” katanya.

 

 

Din tidak menafikan Adlin masih bermulut laser sejak mula berkecimpung dalam bidang hiburan hingga popular sebagai pengkritik AF.

Katanya, Adlin juga seperti Ogy yang bersikap jujur meluahkan pandangan secara tulus. Bagaimanapun, dia masih boleh menerima kritikan orang lain dan berhati baik. Zubir berpendapat apa yang diluahkan Adlin berdasarkan fakta dan bukan cakap kosong.

“Dia mahu pelajar yang dikritik boleh berubah dan memberi persembahan terbaik pada masa akan datang. Namun, tidak semua kritikan dia boleh diterima khalayak secara terbuka. Sebagai manusia, tidak semua sempurna dan walaupun sudah buat terbaik, masih ada pihak yang tidak berpuas hati,” katanya.

Sheila Rusly yang menduduki tangga ketiga dikatakan mulut laser selepas menjadi selebriti bertaraf senior. Adam sebaliknya tidak melihat Sheila dikategori laser 100 peratus kerana dia hanya menampakkan sikap laser ketika berlaku perselisihan faham dengan selebriti lain. Kata Adam, andai Sheila diberi peluang pihak tertentu untuk menjadi juri program realiti, ia mampu menjadi pengukur sejauh mana Sheila bermulut laser.

“Setakat ini, apa yang saya nampak dia lebih mengupas sesuatu isu, tetapi kelantangan ketika bercakap secara spontan membuatkan dia juga dikatakan mulut laser,” katanya.

Bagi Zubir, dia berpandangan sikap seperti Sheila yang terlalu menghayati watak hitam dalam lakonan boleh mempengaruhi sikap dalam kehidupan sebenar. Sheila suka menyatakan perasaan suka atau tidak secara terangan walaupun sikapnya itu tidak disukai segelintir selebriti lain. Din pula mengakui Sheila bermulut laser kerana sikap yang ditunjukkan.

“Dia sebenarnya menghormati orang lain cuma apabila timbul soal senioriti di set penggambaran, dia suka mengarah orang lain. Ketika itu, dia terlupa perasaan orang yang mungkin terguris akibat sikapnya,” katanya.

Mengenai Raja Azura, dia dikatakan mulut laser apabila berhadapan kontroversi dengan artis dan kru belakang tabir. Adam menggelarkan selebriti ini laser secara berhemah atau berpada-pada kerana apa yang dilontarkan berlapik dan disampaikan secara sinis.

“Apabila berlaku kes serang-menyerang antara selebriti, mereka ini secara tidak langsung dilabel bermulut laser. Saya sendiri hormati dia dan Sheila Rusly menyerang secara profesional dengan meluahkan emosi serta pendapat tidak secara realiti iaitu menyerang secara fizikal,” katanya.

Din berpandangan Raja Azura bukan selebriti yang cerewet, tetapi apa yang diucapkan memberikan kesan kepada orang lain. Zubir mengaitkan selebriti ini dengan sikap pengacara yang perlu bermulut laser untuk menarik perhatian penonton. Biarpun dicop sedemikian, selebriti ini tetap mencipta identiti sendiri.

Komposer Roslan Aziz tidak terkecuali dikatakan bermulut laser terutama ketika menjadi juri program realiti Malaysian Idol sebelum ini. Adam berpandangan Roslan menyampaikan laser berisi di samping mencipta personaliti sendiri.

“Mulut laser lelaki seperti Roslan sering berfikir berulang kali sebelum melontarkan pandangan. Dia terlebih dulu berfikir sebelum ‘tembak’. Saya fikir, jika mereka yang dikritik cepat terasa emosi, orang itu tidak akan dapat ilmu untuk belajar,” katanya.

Din berpandangan Roslan mempunyai sikap yang serius dan kelakar. Namun, ada kata-katanya tidak disenangi orang lain apabila dia bertegas. Katanya, mungkin teguran Roslan dilihat kasar kerana ia disampaikan menerusi kata-kata.

Zubir berkata Roslan dilabel sedemikian kerana atas faktor mendidik. Melalui tanggungjawab menerusi program realiti yang dikendalikannya sebelum ini, dia perlu mendidik secara tegas demi kebaikan pelajar yang menerima bimbingannya.

1. PANDANGAN…Adam menyatakan pandangan mengenai topik Selebriti Mulut Laser di Hip TV baru-baru ini.

2. DIN…selebriti bermulut laser menunjukkan sikap yang ikhlas dan jujur.

3. OGY…berani melontarkan perkataan ‘pedas’ dalam program siaran langsung.

4. ADLIN…kritik mengikut pandangan sendiri.

5. SHEILA…dikatakan bermulut laser selepas berselisih faham dengan selebriti lain.

6. RAJA AZURA…dikatakan bercakap secara berlapik, tetapi sinis.

7. ROSLAN…mempunyai sifat yang serius dan kelakar.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Duit Lakon Pondan Haram

27 Mar

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
mohhdazam@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: “Matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Apabila ia haram, ia tetap tidak boleh dilakukan walaupun dengan alasan untuk kebaikan,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, mengenai semakin ramai pengarah serta penerbit filem dan drama berlumba-lumba menghasilkan filem homoseksual berkisar kehidupan pondan dan lesbian.

Noh berkata, dalam Islam, hukum itu jelas menyebut setiap lelaki tidak boleh menyerupai perempuan serta sebaliknya perempuan tidak boleh menyerupai lelaki berikutan hukumnya haram serta dilaknat Allah.

Justeru katanya, setiap perbuatan, perlakuan yang menyerupai mana-mana sifat yang bertentangan dengan kejadian asal ciptaan Tuhan tidak boleh di pertonton serta ditunjukkan kepada umum.

“Jika mereka ingin menyampaikan mesej yang baik, banyak lagi cara boleh dilakukan, bukan dengan melanggar hukum Allah.

 

 

“Dalam Islam sendiri sudah jelas jika perkara itu haram, maka ia tidak boleh dilakukan dan tetap berdosa walaupun dengan alasan untuk kebaikan.

“Ini boleh kita umpamakan dengan watak Robin Hood yang mencuri untuk disedekahkan kepada orang susah sedangkan perbuatan itu memang salah dan berdosa. Jadi segala hasil yang diperoleh adalah haram,” katanya.

Menurutnya, semua pihak harus memainkan peranan mengenai perkara ini kerana jika dibiar berterusan, ia boleh menggalakkan orang ramai khususnya remaja berjiwa lembut terjerumus dalam kancah golongan pondan.

Katanya, pihak penerbit, pengarah, pelakon serta penapis filem perlu mempunyai pengetahuan agama berkaitan perkara membabitkan hukum Islam kerana jika ia tidak dibendung akan menyebabkan permasalahan sosial semakin berleluasa.

“Orang ramai terutama yang beragama Islam harus tahu serta mempunyai pegangan agama mengenai perkara ini kerana jika ia dilakukan untuk mengaut keuntungan, pendapatan yang diperoleh itu adalah haram.

“Semua pihak termasuk ibu bapa harus mencegah perkara ini kerana jika ia tidak dibendung, ia mungkin menggalakkan ramai lagi remaja terjerumus ke kancah itu,” katanya.

Harian Metro, Isnin lalu melaporkan mengenai drama ‘Donut’ karya terbaru produksi milik pelakon, pengarah serta penerbit, Sheila Rusly yang menampilkan kisah homoseksual dengan pelakon utamanya memegang watak pondan lengkap berpakaian wanita.

Drama yang bakal di tayang menerusi slot Astro Ria, menampilkan pelakon Norman Hakim, sebagai Zee menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi watak utama, Shakir lakonan Fizz Fairuz.

Selain itu, drama Mabuk Estrogen yang turut menampilkan Fizz Fairuz dan Roslan Shah juga bakal menimbulkan kontroversi kerana didakwa menampilkan adegan ‘bercium’ antara dua pelakon lelaki utamanya itu.

Harian Metro