Archive | Sofia Jane RSS feed for this section

SK Convent (1) Bukit Nanas Juara Tarian

25 Apr

PERSAINGAN sengit dalam Pertandingan Tarian Wall’s Moo di kalangan sekolah rendah akhirnya sampai ke kemuncaknya.

Daripada 15 pasukan finalis, dua pasukan dari SK Bukit Nanas dan SK Taman Megah membawa pulang hadiah kemenangan masing-masing.

Pasukan A dari SK Convent (1) Bukit Nanas muncul juara Pertandingan Tarian Moo dengan persembahan tarian yang rancak dan kreatif.

Mereka menerima hadiah peralatan sukan bernilai RM5,000. Pasukan itu turut mendapat peluang membintangi video muzik tulen di televisyen.

 

 

Naib juara pertandingan, pasukan dari SK Taman Megah menerima peralatan sukan bernilai RM2,500 dan ketiga dimenangi Pasukan B dari SK Convent (1) Bukit Nanas, yang menerima peralatan sukan bernilai RM1,500.

Setiap pasukan yang bertanding menerima hamper Wall’s Moo dan sijil penyertaan.

Izabel Merican, 8, daripada Pasukan A yang menjuarai pertandingan ini, berkata guru besar sekolah dan ibu bapanya banyak memberi galakan. Pasukannya hanya ada masa empat hari untuk berlatih selepas mendapat tahu tersenarai ke pusingan akhir.

Pasukan A dari SK Convent (1) Bukit Nanas mendapat tunjuk ajar daripada bekas pelajarnya, Emy Farah selaku pereka tari dan jurulatih, Eriko Akebayashi.

Pengurus Kanan Jenama, Wall’s Ice Cream, Unilever (Malaysia) Holdings Shd Bhd, Ashlee Ng, berkata, ini adalah tahun pertama pihaknya menganjurkan pertandingan itu.

Wall’s Moo menggalakkan aktiviti sihat dan menyeronokkan sambil memastikan kanak-kanak mendapat khasiat pemakanan mencukupi.

Pertandingan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk aktif sejak kecil dan menikmati snek aiskrim yang berkhasiat selepas berlatih.

“Kami teruja dengan jumlah penyertaan yang diterima. Ini membuktikan murid meminati aktiviti yang mengamalkan kecergasan seperti tarian,” katanya.

Pertandingan akhir yang menarik dan mendebarkan itu bermula dengan persembahan bertenaga Wall’s Moo Kids dan wakil daripada 15 pasukan finalis.

Menerusi persembahan peserta yang menghiburkan, tiga hakim, Penolong Pengurus Jenama Aiskrim Wall’s, Adele Chee; pelakon terkenal dan juga duta jenama Moo, Sofia Jane; dan pemenang anugerah koreografi, Aaron Khor, sukar memilih pemenang.

Sofia Jane berkata, dia mencari pasukan yang melakukan persembahan terbaik, kreatif, bakat dan seronok mempersembahkan tarian masing-masing.

Harian Metro

Bagi Tiara, Tiada Yang Mustahil

15 Mar

DIPERSEMBAHKAN Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai pengetua musim ketujuh Akademi Fantasia (AF). Pengumuman tersebut telah membuahkan pelbagai persepsi – banyak yang mengomel tentang kredibiliti wanita itu yang cukup sinonim dengan karakter Gusti Putri Retno Ajeng Dumillah dalam teater Puteri Gunung Ledang.

Apakah kelayakan Tiara sehingga diangkat menjadi pengetua AF7 atau panggilannya kini Principal? Dia dikatakan bukan seorang penyanyi yang baik. Juga bukan seorang pelakon berprofil tinggi. Jauh sekali bijak bermain alat muzik atau begitu sejiwa dengan dunia muzik. Maka, pemilihan Tiara dilihat serba canggung, kononnya.

Tapi wanita yang hatinya penuh semangat yang mengalahkan api itu sedikit pun tidak berasa berkudis dengan persepsi-persepsi nista tersebut. Saat bersetuju untuk mengisi kekosongan kerusi panas AF7, dia sudah menetapkan satu matlamat. Matlamat itu mesti dicapai.

“Ya, saya mungkin bukan seorang penyanyi yang bagus. Atau penari dan pelakon yang hebat. Tapi saya tahu saya ialah pemimpin yang mempunyai kredibiliti. Sebab itulah saya berada dalam posisi Principal ini,” jelas Tiara penuh semangat saat ditemui di kediamannya di Sentul, Kuala Lumpur pada petang Jumaat lalu.

Dia memberi contoh terdekat: “Jose Mourinho dan Alex Ferguson ialah pengurus pasukan bola sepak terkenal. Mereka bukan pemain bola yang hebat tetapi dapat mengurus kelab bola sepak dengan baik.”

Bahang seminggu menjadi pengetua AF7 juga mula dirasai melalui kritikan dalam blog dan forum pencinta AF. Dia akur dengan sikap masyarakat di sebuah negara demokratik yang bebas bersuara.

Cuma dia kesal kerana sebilangan orang yang bersuara itu tidak mengenali atau menggali tentang siapa dirinya yang sebenar. Tiara yang sudah lama makan garam dalam industri seni sudah lama merasa pahit dan manis daripada pelbagai sudut.

“Orang yang bercakap itu tidak pernah berada di tempat yang saya duduk. Makanya mereka hanya boleh berkata tanpa merasai pengalaman yang sama,” ujarnya.


MENURUT Tiara, dalam AF7 para pelajar akan diberi meja sendiri dan diwajibkan memakai kasut.

Murah senyuman, mudah mesra dan sentiasa ghairah terhadap apa yang dilakukannya dalam hidup, isteri kepada Datuk Seri Effendi Norwawi dan ibu kepada dua permata iaitu Hani Karmila dan Erdani itu lancar berhujah.

Menurut Tiara, selaku pengetua, tanggungjawabnya harus sentiasa memberi motivasi dan meningkatkan keyakinan para pelajar AF7 untuk mencapai matlamat bergelar juara.

Tiada apa yang mustahil bagi wanita kecil berjiwa besar itu. Baginya, segala bermula daripada mimpi dan itulah medium yang akan menimbulkan satu perkara magis yang bakal terjadi dalam kehidupan.

Memberikan contoh idola yang pernah mewujudkan rekod terhebat dunia dalam pelbagai bidang seperti Usain Bolt yang menentang rekodnya sendiri sebagai lelaki terpantas di dunia dan Cristiano Ronaldo yang hebat di lapangan bola sepak, semua cita-cita bagi Tiara mampu terlaksana dengan misi dan visi yang tinggi.

“Kita mahu menjadi yang terbaik. Tidak mahu nama kita disenaraikan dalam ‘dan lain-lain’,” ujarnya sambil tersenyum manis.

Transformasi besar

Selama 20 tahun mencari pengalaman dan bergelumang dengan kesenian yang membina dan membentuk imej, tidak salah jika kepakaran itu disalurkan untuk sebuah platform terbesar pencarian bakat di Malaysia.

Malah proses membina hero bukan baru dalam dunia Tiara. Sudah banyak nama berjaya menjadi bintang di bawah bimbingan dan tangannya. Sofia Jane, Maria Farida, Linda Jasmine, Aida Razwill, Nasha Aziz malah Azhar Sulaiman ialah bekas ‘pelajar-pelajar’ Tiara yang kini membina nama yang bukan calang-calang.

Lantas memilih Tiara sebagai pengetua sudah menunjukkan aras awal transformasi besar dalam formasi AF kali ini. Alang-alang berubah biar berbeza segalanya.

Itu jua yang bakal ditonjolkan Tiara. Perancangan dan matlamat merupakan langkah awal yang paling utama dititikberatkannya.

Perkara utama yang ditanam dalam minda anak-anak didiknya adalah mentaliti positif, yakin dan berani bermimpi. Tanpa prinsip itu mereka hanya akan berasa selesa kerana sudah berjaya berada dalam program realiti popular tersebut.

“Mereka harus yakin dan ada mentaliti yang positif bahawa hanya akan ada satu pemenang daripada 14 peserta yang ada sekarang. Jadi untuk mencapai matlamat itu, mereka harus berani bermimpi,” jelas Tiara lagi.

Berdasarkan pengalamannya, Tiara seakan-akan telah ternampak sosok seorang yang bakal bergelar bintang dalam AF7. Tiara seakan-akan sudah dapat mengimbas personaliti orang itu.

“Geram juga saya melihat pelajar AF. Sudah ada dalam kepala saya tentang corak imej baru mereka. Cuma saya biarkan mereka dulu untuk minggu pertama.

“Biar penonton melihat dan kenal diri mereka yang sebenar,” ujarnya yang mengakui sudah melihat 12 daripada 14 peserta yang mempunyai potensi untuk digilap jika mereka konsisten dan fokus dalam mencapai matlamat.

Ditanya apa yang sudah diubah Tiara dalam tempoh seminggu menjadi ‘pemandu’ AF7, kata Tiara dalam ketawa, dia merubah tertib mereka secara profesional.

Jika selama enam musim sebelum ini para peserta tidak memakai kasut di dalam akademi dan belajar dengan duduk bersila di atas lantai, di bawah tampuk pimpinannya, dia mengubah imej itu.

Kasut harus dipakai dan setiap pelajar mempunyai meja ketika menimba ilmu.

“Saya mahu semuanya berjalan secara profesional. AF7 ialah sebuah akademi, bukannya rumah. Maka mereka harus faham bahawa dalam akademi, disiplin dan profesionalisme itu penting,” katanya yang turut mementingkan persembahan pentas untuk mereka muncul di hadapan khalayak.

Direstu suami

PENTAS yang dilalui Tiara dilihat begitu indah. Semua yang dihajatkan menjadi realiti. Itu semua, kata Tiara, berkat mimpi luar biasa yang dipasang setiap kali dia mahu mencapai sesuatu.


TIARA bersama Affendi.

Di sebalik kerja kuat, restu suami menjadikan Tiara hari ini masih berdiri megah dan enak melayari perjalanan seninya.

“Saya amat mementingkan restu daripada suami. Jika dia tidak merestui apa yang saya lakukan sekarang, tak mungkin saya akan berjaya,” luahnya penuh bahagia.

Malah menjadi isteri kepada orang ternama dan hidup mewah juga bukan satu pasport buatnya untuk hidup goyang kaki. Bukan itu prinsip hidup wanita penuh energi ini.

Tiara mengakui, jika sehari tidak membuat pekerjaan, dia akan berasa gelisah.

Katanya: “Memang ada kawan-kawan yang cakap mengapa saya perlu berkerja lagi sedangkan kemewahan sudah mengulit kehidupan saya? Tapi saya ialah orang yang tidak akan berhenti melakukan sesuatu kerana saya suka untuk terus berkembang.”

Kosmo

Nasir Lupa Judul Drama

5 Mar

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my

Rap

MUNGKIN tidak banyak publisiti membabitkan pelakon Nasir Bilal Khan sama ada di akhbar mahupun majalah. Namun, Nasir, 46, tetap menjadi pilihan pengarah dan penerbit tempatan untuk beraksi dalam drama mereka dari dulu sampai sekarang.

Malah, sudah ratusan drama termasuk beberapa filem dilakonkan sepanjang pembabitannya lebih 25 tahun dalam bidang lakonan.

Nasir popular menerusi filem Perempuan, Isteri dan… bersama Sofia Jane, mengakui sudah lupa judul drama yang dilakonkan sebelum ini kerana banyak sangat.

“Antara drama terbaru, bersama pelakon Vanidah Imran arahan pengarah Rashid Sibir untuk TV3. Itupun saya sudah lupa judulnya,” katanya.

Dalam pertemuan dengannya di lokasi penggambaran drama bersiri Kejar arahan Bade Azmi di Seri Kembangan baru-baru ini, Nasir sudi berkongsi rahsianya mampu bertahan sebagai anak seni sampai sekarang.

“Sebenarnya, berlakon adalah satu tanggungjawab kepada masyarakat kerana bagi saya, drama adalah santapan rohani kepada masyarakat. Ia sudah menjadi tanggungjawab saya untuk mendidik masyarakat menerusi lakonan.

“Ada orang berlakon untuk suka-suka sebaliknya saya berlakon dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Apa yang penting, hasil kerja saya itu diterima dengan baik oleh masyarakat.

“Saya berlakon kerana minat dan berlakon juga profesion yang sangat menarik kerana saya berpeluang menjadi pelbagai karakter yang orang biasa tidak dapat lakukan.

“Watak ditawarkan pada saya juga pelik-pelik kerana pengarah fikir hanya saya boleh bawa watak sedemikian,” katanya.

Antara drama yang paling meninggalkan kesan pada dirinya ialah Pinggiran arahan Ismail Yaakob dan Cinta Si Penggali Kubur bergandingan dengan pelakon Sheila Rusly.

“Dalam Pinggiran, saya berganding dengan Ida Nerina. Saya bawa watak orang buta dan Ida pula bawa watak gadis pekak. Banyak mesej mendalam tersirat dalam drama ini yang boleh memberi pengajaran berguna kepada masyarakat.

“Selain itu, watak sebagai penggali kubur dalam Cinta Si Penggali Kubur antara satu lagi karakter menarik yang meninggalkan kesan dalam diri saya,” katanya.

Bersandarkan pengalaman yang ada, Nasir berkata, dia juga bertuah kerana mendapat semua watak yang didamkan sebagai pelakon.

Katanya, dia dan pengarah saling memahami kemahuan masin-masing.

“Setakat ini, watak yang ditawarkan juga menepati kehendak saya. Selagi tidak dapat skrip yang bagus, saya tidak akan terbabit dalam sesebuah projek drama, filem mahupun teater.

“Terus terang, saya jarang jumpa skrip yang bagus ketika ini dan kalau jumpa yang bagus pun, keadaan pula tidak mengizinkan saya merealisasikan projek itu,” katanya.

Sekalipun banyak berlakon drama, Nasir yang seangkatan dengan Sidi Oraza dan Shaharudin Thamby berkata, beraksi di pentas teater lebih memberi kepuasan padanya sebagai anak seni.

“Penggambaran drama perlu disiapkan dalam waktu yang cepat kerana mengejar waktu siaran di televisyen. Idea memang menarik tapi ia tidak dapat direalisasikan seperti dikehendaki pelakon. Malah, saya banyak buat drama kerana ingin menolong kawan-kawan.

“Skrip teater pula lebih menepati kehendak saya dan saya lebih puas berkarya. Sebab itu, saya berasa lebih puas beraksi di pentas teater berbanding drama. Malah, saya pernah terfikir ingin bersara kerana berasa perjuangan saya sebagai anak seni seolah-olah tidak dihargai,” katanya.

Mengenai rumah tangganya, selepas bercerai dengan pelakon Azizah Mahzan, Nasir berkahwin buat kali kedua dengan Umi Kalsom Majid.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga anak yang semakin membesar, Mohd Naqib Nasirudin, 14; Mohd Akhalil Aizudin, 12 dan Nur Alia Maisara, 10 tahun.

Bagaimanapun, tambah Nasir, tiga anaknya itu lebih cenderung memilih bidang keagamaan berbanding lakonan.

“Saya juga menghantar mereka ke sekolah agama (pondok) dan impian saya untuk melihat mereka menjadi ulama bila dewasa nanti,” katanya.

Harian Metro

Wall'S Maniskan Alam Sekolah Si Cilik

21 Jan

BAGI kebanyakan kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan, awal tahun adakalanya memberi pengalaman yang benar-benar membimbangkan.

Persekitaran berbeza, rakan sekelas yang baru dan harus pula mematuhi pelbagai peraturan.

Untuk membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan gaya hidup baru mereka, Wall’s melancarkan kempen Do The Moo-vement untuk mengikis kebimbangan si kecil.

“Kempen Do The Moo-vement menggalakkan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Kami ingin menggalakkan kanak-kanak mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif sejak mereka kecil lagi,” kata Pengarah Sumber Manusia dan Perhubungan Korporat, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Nik Mustapha Nik Mohamed pada majlis pelancaran kempen terbabit, baru-baru ini.

Acara kemuncak kempen Do The Moo-vement itu adalah pertandingan tarian Moo yang menggalakkan kanak-kanak mencipta tarian mereka sendiri untuk merebut gelaran juara tarian Moo.

“Kami ingin menjadikan alam persekolahan sebagai suatu pengalaman yang lebih aktif dan meninggalkan kenangan manis bagi kanak-kanak.

“Ini boleh dilakukan menerusi pembabitan mereka dalam aktiviti tarian yang menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup aktif, menjalin persahabatan dan meningkatkan keyakinan diri supaya mereka dapat membesar dengan sempurna sekali gus menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai misi hidup mereka,” katanya.

Untuk memeriahkan kempen berkenaan, Wall’s memperkenalkan Moo Active, tambahan terbaru dalam keluarga aiskrim Wall’s yang diperkaya dengan kalsium dan dadih.

Sebagai aiskrim berasaskan susu, Moo Active ditambah bakteria baik dikenali sebagai BB-12 yang membantu penghadaman.

Sistem penghadaman yang sihat penting untuk kanak-kanak membesar dengan aktif, riang dan bahagia.

“Semua orang sukakan aiskrim. Tambahan khasiat pemakanan dan kandungan kalsium yang bersamaan segelas susu menjadikan Moo Active aiskrim yang ideal dan lazat untuk dinikmati selepas sekolah,” katanya.

Pada majlis pelancaran itu, Wall’s Moo turut memperkenalkan duta barunya, pelakon Sofia Jane.

Sebagai ibu yang sentiasa sibuk menguruskan tiga cahaya matanya, Sofia Jane berkata, dia memahami tekanan yang dilalui dalam usaha membesarkan anak-anak yang sudah memasuki alam persekolahan.

“Sebagai ibu, tentunya kami ingin memastikan anak kecil kami mendapat khasiat pemakanan yang mencukupi untuk membantu mereka mendapat tenaga yang diperlukan bagi memberi tumpuan selama berjam-jam di sekolah,” katanya.

Majlis pelancaran berkenaan disempurnakan Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan, Wasitah Mohd Yusof.

Pertandingan tarian Moo dibuka kepada murid tahun satu hingga tahun tiga. Mereka akan diberi buku kecil pemakanan Moo dan cakera padat tutorial tarian Moo lengkap dengan muzik karaoke untuk nyanyian bersama dan gerak tari Do The Moo-vement Chorus. Ia adalah gerak tari asas yang meliputi gerak tari mudah dan rancak.

Peserta hanya perlu memperlihatkan kreativiti mereka menerusi gerak tari bersesuaian dengan tema hidup sihat dan kemudian mencipta tarian mereka sendiri.

Setiap pasukan terdiri daripada empat hingga enam murid yang harus menyusun gerak tari selama dua minit mengikut rentak dan tema muzik asal, Do The Moo-vement.

Untuk menyertai pertandingan tarian ini, pelajar dikehendaki mendaftar menerusi sekolah masing-masing. Borang penyertaan boleh dimuat turun daripada laman web atau diperoleh daripada guru Pendidikan Jasmani sekolah.

Pusingan akhir dijadualkan pada April ini di mana pasukan yang dipilih menerusi uji bakat pada Mac akan mempersembahkan tarian Moo versi mereka sendiri.

Pemenang bertuah akan berpeluang untuk membintangi video muzik mereka sendiri untuk lagu tema Do The Moo-vement yang akan disiarkan di televisyen.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan tarian Moo hubungi talian 03-80628375 atau layari laman web http://www.walls.com.my/moo .

Harian Metro

Juvanex Nyah Toksin Tujuh Hari

21 Oct

PROGRAM detoks tujuh hari Juvanex diformulasi khas untuk menyingkir toksin berlebihan dalam badan di samping memelihara sistem penghadaman dan hati.

Juvanex mengurangkan beban toksik anda dan memberikan kesegaran dan kecergasan hanya dalam masa tujuh hari.

Juvanex diformulasi khas dengan “total-cleanze”, suatu ramuan eksklusif semula jadi yang terdiri daripada serat makanan, probiotik dan herba semulajadi.

Ramai menganggap kelesuan, pening kepala dan kembung sebahagian rutin hidup kita, tanpa menyedari ia menandakan pengumpulan toksin dalam badan.

Pendedahan berterusan kepada toksin dalam alam persekitaran sama ada makanan, udara atau ketegangan dalam kehidupan seharian menjejaskan kita.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan? Juvanex memperkenalkan cara untuk menyahkan toksin daripada badan dalam tujuh hari dan memulihkan badan kita kepada keseimbangan semula jadi.

Ia dirumus dengan antioksidan, nutrien dan vitamin untuk melindungi dan menyuburkan badan, dan boleh didapati dalam perasa limau segar.

Juvanex adalah penyelesaian yang sempurna untuk masyarakat bandar yang sentiasa mengejar masa kerana dalam tujuh hari ia berkesan untuk perkara-perkara berikut:

– Menyahkan toksin yang terkumpul

– Menambah tenaga dan kecerdasan

– Membaiki perjalanan usus, penghadaman dan pengeluaran toksin

– Mencerahkan warna kulit dan menambah seri

– Meningkatkan kesejahteraan dan menjelaskan fikiran

– Mengurangkan risiko masalah kesihatan dan penyakit seperti kanser, masalah reproduktif, penyakit jantung dan asma.

– Membantu mengurangkan berat badan jika mematuhi menu makanan dalam panduan nyahtoksin

Anda hanya perlu mengambil produk ini dua kali sehari selama tujuh hari dengan mencampurkan dua sudip Juvanex dengan 400 mililiter (ml) air atau jus buah-buahan segar.

Juvanex dijamin selamat kerana ia diluluskan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan.

Ia juga disahkan halal oleh Gabungan Persatuan Islam New Zealand (FIANZ) dan diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Juvanex adalah produk yang berasal dari New Zealand dan berharga RM160 (Semenanjung Malaysia) dan RM168 (Sabah & Sarawak) bagi botol 280g. Juvanex boleh didapati di semua kedai farmasi utama di seluruh negara.

Sementara itu, dalam sesi “Rahsia Kebersihan Dalaman” bersama beberapa selebriti tempatan di Villa Manja Spa, Kuala Lumpur, baru-baru ini, mereka menceritakan pengalaman rawatan nyah toksin dalam tujuh hari.

Lima personaliti itu ialah guru kecergasan Akademi Fantasia, Kevin Zahri, pelakon terkenal Sofia Jane, pengacara TV Ben Ibrahim, pelakon dan pengacara Maznah Zulkifli dan bintang Akademi Fantasia ke-4, Farhan.

Maznah mengakui, produk itu membersih badan dan masalah sembelit yang dialaminya berkurangan.

“Badan saya lebih bertenaga dan segar. Produk ini amat baik untuk wanita yang aktif,” katanya.

Bagi Ben, beliau selalu menyelidik sesuatu yang baru sebelum mencuba.

“Pada mulanya saya rasa kurang selesa sedikit tetapi itu menunjukkan produk ini berkesan dan bertindak balas,” katanya.

Sementara itu, pelakon terkenal Vanidah Imran mengakui selepas selesai menggunakan program Juvanex, beliau lebih segar, sihat dan wajah tampak berseri.

Harian Metro

Detox Made Easy

6 Jul

Detoxing is easy with the Juvanex 7-Day Programme.
Detoxing is easy with the Juvanex 7-Day Programme.

MEENA SREENIVASAN finds out about an easy, effective and fuss-free detox programme.

The best part of this detox is that you don't have to starve or change your diet, says Ng.
The best part of this detox is that you don’t have to starve or change your diet, says Ng.

BEYONCE Knowles was quoted as saying: “I lived on water, cayenne pepper and maple syrup for 14 days. It was tough. Everyone was eating and I was dying!” But in two weeks she reportedly lost 9kg. On the other hand, Jennifer Aniston quit smoking as part of an extreme detox programme and is apparently cleansing her system of toxins. And with pop star-turned-gardener Kim Wilde praising the process of detox dieting, who can resist the goodness of detox ? With beauteous celebrities like these extolling the benefits of a detox, you may be tempted to give it a go. Losing weight, beating cellulite for good, banishing bloating forever and glowing skin are just some of the benefits of a detox. Intestines are somewhat like the pipe under the kitchen sink. The wall is dirty and you will not be bothered to clean it unless there’s a leakage or clogging. While most of us religiously follow the cleansing, toning and moisturising ritual to look good on the outside, we tend to neglect the inside. We think that taking vitamins and supplements is enough. But to get better absorption of nutrients it is wise to go through a regular detox. We are exposed to toxins everywhere, every day. Although the concentration is small, it is the accumulation of toxins over time and the combined effects that cause health problems. Internal toxins are produced from the metabolic process due to stress and an unbalanced diet. So when your liver is overloaded with toxins, its ability to detoxify is of course reduced. Particles of undigested food then build up on your colon walls. People have been known to carry two to 5kg of old, dried up faeces in the colon! How do we get rid of these toxins from our system? There are many choices. Even eating fruit or drinking lemon juice and honey first thing in the morning has a detoxifying effect. There are as many alternatives to suit your lifestyle and personal preferences as there are various detox formulas available in the market. You don’t have to do a Beyonce Knowles or a Jennifer Aniston with the Juvanex 7-Day Programme. It is an easy, effective and fuss-free detox specially formulated with Total Cleanze to eliminate toxins as well as support healthy digestive and liver functions. Total Cleanze comprises soluble and insoluble fibre, probiotics and prebiotics and cleansing herbs such as milk thistle, dandelion and grapeseed. It is also formulated with antioxidants, nutrients and vitamins to protect and nourish the body during detox. Juvanex product manager Gracia Ng says that many who have been on this detox have also reported weight loss besides the other benefits of increased energy and vitality, better sleep, and improved digestion and skin tone and radiance after a week. “The best part of this detox is that you don’t have to starve or change your diet. But try to stick to a lighter diet for the seven days. Mix two scoops with 400ml of water or fresh fruit juice. Take twice daily for seven days. It is good to go through the Juvanex 7-Day Programme twice to three times a year.” Juvanex can be used more frequently during times of digestive stress such as post-antibiotic therapy or overindulgence, or after periods of high stress. Juvanex recently organised “The Secret to an Internal Spring Clean” session graced by five personalities who gave their feedback after having tried Juvanex. They included Akademi Fantasia Cikgu Fitness Kevin Zahri, actress Sofia Jane, TV host Ben Ibrahim, actress and athlete Maznah Zulkifli and pop singer Farhan. “I found that it relieved constipation and my body felt rejuvenated,” said Maznah. Model Bernie Chan tried the Juvanex detox programme as well. Chan said: “I have done colon hydrotherapy but that requires seven days and it’s a drastic detox programme. On the first two days the diet is only fruits and veggies, no caffeine and lots of water. The third to the seventh day is a liquid diet only. Only juices and no solid food. And I had to go to the centre for colon therapy. “Juvanex is really easy. I drink it in the morning and evening, eat my normal meals but I make an effort to eat healthier food. “The first day I took it at night instead of before dinner and I couldn’t sleep that night! The second day, I felt a little discomfort, a headache and a bit light headed. But that’s a sign the detox is starting to work. “I normally drink three litres of water a day so I made sure I was well hydrated and tried not to snack. By the end of the week, I felt healthier. “Although I lost weight and I had glowing skin after the seven-day colon hydrotherapy, it’s quite a hard detox programme to follow. I find I have to take a week off work. In comparison, Juvanex is easy, effective and great for people on the go.” Juvanex is priced at RM160 for a 280g bottle and is available at leading pharmacies nationwide. For details, visit ww.myjuvanex.com

Flush it!

Water Fasting

Water fasting demands the most calories for intense cleansing. Fasting on Lemon Juice and Honey This is easier than water fasting. Honey and lemon supply nutrients that assist in detoxification. Honey reduces the rate of cleansing to a more comfortable level.

Juice Fasting

This method supplies an abundance of nutrients, including enzymes and calories to reduce the cleansing intensity.

Raw Food Diet

Similar cleansing reactions experienced on a juice fast will also be experienced on a raw food or fruit diet, but the process is slower. Raw nuts, fish or baked chicken are a good source of protein.

Exercise

During exercise, the lymphatic system is being flushed and cells are being flooded with health-giving oxygen. Walking, aerobics, sports, stretching and light exercise can assist detoxification.

Colonic Irrigation and Enemas

An enema or colonic irrigation flushes the colon with water and provides an avenue for toxic bile to leave the body. The use of enemas should be limited to fasting time. Misuse of enemas can affect the normal bacterial flora of the intestine and cause a dependency on the enema for regular elimination. A colon flush can also greatly assist recovery from food poisoning, stomach flues and diarrhoea.

 

New Straits Times

Juwita Bukan Zaleha

26 May

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN fadzilah.bahar@utusan.com.my

FASHA Sandha bersama Adi Putra dalam satu babak drama Kehangatan Lantana. Fasha disolek hodoh bagi menjiwai watak Juwita.

KERAP diberikan watak gadis malang atau yang sering menjadi penganiayaan, semua itu bagaikan ‘makanan harian’ buat aktres muda Fasha Sandha.

Sebagai pelakon, matlamatnya ialah mempelbagaikan wataknya.

Dia mahu menjadi aktres yang versatil dan enggan sama sekali dilabel sebagai pelakon stereotaip.

Di luar kesedarannya, Fasha semakin menggapai impiannya.

Terbaru, lakonannya dalam telefilem Kehangatan Lantana yang akan ditayangkan menerusi slot Cerekarama pada 31 Mei ini pukul 10 malam di TV3.

Dalam telefilem arahan Feroz Khan ini, Fasha memegang watak sebagai Juwita, karakter berkenaan disimpulkan Fasha sebagai paling mencabar yang pernah ditanganinya.

Paling utama, Fasha mengharapkan, lakonannya dalam telefilem berkenaan akan membuka laluan baru buat dia melakar nama sebagai pelakon serba boleh.

“Watak ini paling mencabar yang pernah saya pegang. Memang susah tapi sekurang-kurangnya setelah selesai penggambaran melihatkan hasilnya saya berpuas hati.

“Sudah lama saya idamkan watak sebegini dan akhirnya impian saya tercapai,” kata aktres berusia 24 tahun itu lagi.

Bagaimanapun, harapan Fasha, para penonton tidak akan sama sekali menyamakan wataknya sebagai Juwita dalam Kehangatan Lantana dengan watak Zaleha lakonan aktres Sofea Jane dalam filem Perempuan Isteri dan ….

“Cara Juwita menundukkan suaminya ada persamaan dengan Zaleha tapi yang lain-lain semuanya berbeza.

“Isu yang dikupas dalam drama ini juga jelas terdapat perbezaan. Saya harap semua orang akan menonton drama berkenaan tanpa sebarang prejudis selain memperoleh mesej yang terkandung di dalamnya,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu pengalaman ketika di lokasi penggambaran Kehangatan Lantana juga tidak mungkin dilupakan oleh duta produk Garnier dan Maybelline ini.

Masakan tidak wajahnya yang cantik bertukar menjadi hodoh dek kerana dia terpaksa berdepan dengan penyakit kulit yang bukan sahaja mencacatkan wajahnya malahan membuatkan wajahnya bernanah dan busuk.

“Jurusolek mengambil masa empat jam untuk menghasilkan kesan wajah saya itu.

“Sudahlah penat, panas pula sepanjang solekan. Tapi bila memikirkan itu semua untuk kebaikan kerjaya saya, saya harungi juga,” luah pelakon kelahiran Johor Bharu ini lagi.

Sementara itu, sutradara Kehangatan Lantana, Feroz Khan memberitahu, telefilem tersebut mengupas kisah mengenai kejahatan yang dilakukan oleh seseorang akan dibalas juga dengan kejahatan.

Dan apa pula maksud Lantana yang menjadi pilihan pengarah itu?

“Lantana merupakan salah satu nama bunga tahi ayam. Kita lihatnya cantik di luar tapi jika dipegang bunga itu berbau dan tidak seindah rupanya. Samalah keadaannya dengan jalan cerita drama ini,” katanya membuka bicara mengenai Kehangatan Lantana.

Telefilem ini menyaksikan Fasha membawa watak Juwita dan digandingkan dengan aktor Adi Putra sebagai Hakim, Fathil Dani dan ramai lagi.

Bercerita lanjut mengenai drama yang skripnya ditulis oleh KA Raziah ini, Feroz berkata, Kehangatan Lantana mengisahkan seorang wanita yang taksub dengan kecantikan serta menggunakan ilmu hitam semata-mata mahu menundukkan si suami melalui amalan nasi kangkang.

Melihatkan jalan ceritanya tidak dinafikan hampir serupa dengan filem Perempuan, Isteri dan …. lakonan Sofia Jane, namun Feroz menafikan perkara tersebut.

“Amalan karut yang ditonjolkan mungkin sama iaitu nasi kangkang untuk menundukkan suami, tapi jalan cerita dan perwatakan lain.

“Mungkin ada sedikit persamaan tapi kita lebih menonjolkan elemen-elemen pembalasan kepada si isteri yang curang terhadap suaminya,” jelas pengarah muda ini lagi.

Sebagai memberi impak kepada penonton, Feroz menterjemahkan mesej kejahatan dalam drama ini menerusi solekan oleh jurusolek Vanitha pada wajah Fasha.

Wajah Fasha dalam Kehangatan Lantana ditampilkan dengan pelbagai kesan luka dan kudis buta hasil pembalasan atas perbuatan jahatnya terhadap suaminya.

Feroz mengharapkan, penonton akan berkongsi penderitaan yang ditanggung oleh Fasha dalam drama itu kerana selama ini dia lazimnya ditampilkan dalam karakter gadis jelita.

“Keperitan dan kesakitan yang ditanggung oleh Fasha kerana mengalami penyakit kulit yang menyebabkan wajah dan dirinya bernanah dan busuk berjaya dihayati dengan baik oleh Fasha. Bukannya senang nak melakonkan watak dengan wajah yang sedemikian,” ujarnya.

Feroz turut mengakui, watak Juwita antara watak berat yang menguji kewibawaan aktres jelita tersebut.

“Saya puji Fasha kerana berjaya membawakan watak Juwita sebab bukannya mudah nak menjadi Juwita. “Perlu banyak kesabaran untuk menjadi seorang yang berdepan dengan penyakit yang akhirnya membawa maut. Malah kolaborasi kesemua pelakon membuatkan drama ini terhasil dengan baik,” katanya lagi.

Powered by Utusan Malaysia

Filem Pertama Ogy Dalam 14 Tahun

15 May

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Rap

FILEM Apa Kata Hati arahan Saw Teong Hin bukan saja membawa cabaran berbeza bagi pelakon Farid Kamil, malah kenangan manis buat Fauziah Ahmad Daud atau Ogy apabila kembali berlakon selepas 14 tahun.

Bahkan, filem diterbitkan Tayangan Unggul Sdn Bhd dan akan ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini menampilkan 17 watak cameo.

Antaranya Sofia Jane, Rosyam Nor, Umie Aida, Erma Fatima, Vanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, Mamat Khalid, Shaharuddin Thamby, Radhi Khalid, Nasir Jani dan Murali Abdullah kerana ia adalan cita-cita Teong Hin untuk bekerja dengan mereka semua.

Biarpun penampilan mereka hanya seketika, Teong Hin amat menghargai kesudian mereka memenuhi impiannya itu.

Ogy berkata, dia begitu teruja menerima tawaran Teong Hin kerana mengkagumi hasil kerja Teong menerusi Puteri Gunung Ledang.

“Atas sebab itu saya setuju apabila Teong Hin mahu saya muncul dalam filemnya. Tetapi, saya banyak berbincang dengannya kerana saya tidak mahu watak saya sebagai ibu Elly terlalu kaku.

“Saya suka bekerja dengan Teong Hin kerana dia tidak takut untuk memarahi pelakon yang bernama Fauziah Ahmad Daud. Pengarah seperti inilah yang saya mahu. Saya juga memang suka berlakon dengan Harun Salim Bachik yang menjadi suami saya dalam filem ini.

“Kami memang serasi baik di luar mahupun dalam filem. Perkara paling kelakar apabila berada di lokasi filem ini, pelakon muda ‘seram’ dengan saya. Saya pun tak tahu kenapa mereka takut dengan saya.

“Jadi untuk mengurangkan rasa seram itu saya mengambil langkah mendekati mereka dan melayani mereka seperti adik sendiri.

“Pada tahap sekarang, saya tidak kisah pegang watak ibu. Saya pernah melalui zaman kegemilangan dan saya terima hakikat di mana kedudukan kini. Dalam apa jua keadaan, anak seni sukar melepaskan dirinya daripada dunia seni.

“Paling penting, kita selesa dengan mereka yang berada di sekeliling kita ketika bekerja. Saya suka berkongsi ilmu lakonan dengan pelakon muda dan mereka juga meng hormati saya sebagai kakak,” katanya.

Tambah Ogy, dia menyukai setiap babak lakonannya kerana ia bukan adegan kosong dan setiap satunya bersebab.

Selain Ogy, filem ini dijayakan Raja Farah, Awal Ashaari, Dynas dan Awie.

Apa Kata Hati mengisahkan Elly (Raja Farah) memiliki keistimewaan boleh mendengar kata hati lelaki yang di temuinya secara tidak sengaja apabila bertemu bomoh. Keadaan itu membuatkan Elly tidak selesa kerana mendapati semua lelaki mempunyai kata hati yang lebih tertumpu kepada nafsu.

Elly dicintai Aidil (Farid Kamil), tetapi dia memerlukan ruang untuk melamar gadis ayu itu. Sebagai lelaki profesional, Aidil tidak suka berkongsi masalah dengan sesiapa namun dia memiliki jiwa romantik.

Sebagai promosi Apa Kata Cinta, Tayangan Unggul menjalin kerjasama dengan pusat karaoke Red Box.

Hadir sama pada majlis itu, Teong Hin; Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul, Gayathri Su-Lin Pillai serta pelakon filem itu, Ogy dan Awal yang juga jurucakap kad Dot Red, Red Box serta penyanyi lagu tema filem itu, Jaclyn Victor.

Gayathri berkata, usahasama itu untuk mempromosikan lagu yang terdapat dalam album runut filem berkenaan.

“Kebetulan Awal adalah jurucakap Red Box jadi kesempatan itu kita gunakan dengan sebaiknya untuk mempromosikan filem ini. Bermula 8 Mei lalu, lagu tema filem, Dambaran Cinta boleh didapati di semua cawangan pusat karaoke itu, Red Box, Red Box Tia dan Green Box.

“Publisiti secara meluas akan dibuat di setiap bilik yang terdapat di setiap cawangan pusat karaoke itu dengan me nayangkan trailer selain mempamerkan poster dan bahan promosi lain yang turut diletakkan dalam laman web dan screensaver.

“Khusus untuk rakan atau ahli Dot Red pula, mereka berpeluang untuk menukar dua tiket menonton filem itu dengan hanya 100 mata ganjaran Dot Red,” katanya.

Powered by Harian Metro

Bual Fesyen: Kreativiti Richie Zahirkan Gaya Glamor Peragawati

16 Apr

Oleh Halina Mohd Noor


GIGIH: Kreativiti menjadikan Richie unik dan tampil dengan kelas tersendiri.

Pengalaman daripada pembelajaran, pemerhatian digunakan sepenuhnya apabila pulang ke tanah air

DIKALANGAN mereka yang terbabit dalam dunia fesyen tanah air, nama Richie Rachman bukanlah asing, khususnya mereka yang boleh dikatakan senior dalam industri ini. Mungkin Richie tidak terbabit secara langsung dengan rekaan fesyen tetapi beliau banyak menghasilkan nama besar dalam bidang ini seperti Aleeza Kassim, Nasha Aziz, Sofia Jane, Erra Fazira, Umi Aida, Irene Santiago dan ramai lagi. Bermula sebagai gadis biasa, bakat mereka diasah Richie melalui majalah remaja popular ketika itu sehingga menyerlah dalam pelbagai bidang sama ada peragaan, lakonan mahupun nyanyian.

Tidak setakat itu saja, Richie juga banyak mengetengahkan pereka fesyen tempatan dan juru mekap yang kini mencipta nama dalam bidang masing-masing. Pendek kata, berilah apa saja kepada Richie, pasti hasil yang dikemukakan tidak mengecewakan. Walaupun kini bergelar Pengarang Kumpulan-Kreatif dan Pengarang majalah Arena Bola Sepak, ia sekalipun tidak menghalang beliau daripada menggunakan kreativitinya. Malah bakatnya itu digunakan sepenuhnya bagi menampilkan keunikan pada majalah berkenaan. Lebih menarik, Richie yang pernah tampil dengan novel Skandal dan Ratu, kini mencurahkan bakat penulisan kreatifnya dengan menghasilkan novel terbarunya, Noda.

Selain bergelar pengacara radio Wanita, Richie juga sering diundang memberikan ceramah mengenai ketrampilan diri kepada pelbagai persatuan wanita dan pelajar pusat pengajian tinggi. Mengenali lebih dekat insan kreatif ini, ikuti temu bual Citra bersamanya.

Citra: Bagi mereka yang mengikuti perkembangan majalah fesyen sekitar pertengahan 80 an dan 90 an, nama Richie Rachman pasti cukup dikenali sebagai pengarah gaya yang begitu kreatif. Ramai tertanya-tanya, siapakah Richie sebenarnya dan apakah anda mempunyai latar belakang dalam bidang seni khususnya fesyen?

Sebelum menyertai bidang penulisan, saya belajar di Institut of Art di Paris sekitar 1980 an. Bagaimanapun, oleh kerana kejutan budaya di sana, saya tidak dapat menyempurnakan kursus itu. Visa untuk belajar selama setahun itu lebih banyak saya gunakan untuk melawat ke pelbagai butik dan muzium fesyen sekitar Eropah. Semuanya kerana minat yang begitu mendalam dalam bidang ini. Hasil pengalaman daripada pembelajaran mahupun pemerhatian itu, saya gunakan sepenuhnya apabila pulang ke tanah air dan bekerja di majalah untuk golongan muda terbitan Kumpulan Karangkraf sebagai pengarang. Di samping bertindak sebagai pengarang, saya juga menyelaraskan ruangan fesyen termasuk sudut fotografi serta teks.


BERJAYA: Ramai nama besar dilahirkan menerusi pertandingan Dewi Remaja yang dikelolakan Richie.

Citra: Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, anda adalah antara individu yang memperkenalkan penata gaya di negara ini yang ketika itu belum ada pihak yang memandang fungsinya secara serius. Bagaimana anda melihat kepentingan seorang penata gaya dan kesan yang dihasilkannya?

Saya tidak pasti mengenai perkara itu (perintis penata gaya). Bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang baru di kota fesyen ketika itu. Kebanyakan majalah fesyen terkenal pasti ada penata gaya yang menentukan gambar yang ingin dihasilkan. Misalnya, kesan pencahayaan dalam fotografi ke atas baju yang digayakan. Seorang penata gaya juga menentukan konsep baju, lokasi, mood dan latar belakang yang ingin diterapkan dalam gambar termasuk dandanan rambut serta mekap. Kemudian, barulah ditentukan apakah pakaian yang sesuai dengan semua itu. Saya lebih gemarkan kesan gambar lebih dramatik dalam menampilkan gaya fesyen. Misalnya berlatar belakangkan air terjun berbanding di studio yang agak kaku. Air terjun yang jatuh ke muka model menghasilkan kesan yang tidak dapat diceritakan dengan perkataan atau baju bermotif bunga mungkin lebih menarik perhatian jika peragawatinya memegang sesuatu di tangan seperti tembikai besar yang merah menyala.

Seorang penata gaya melihat semua ini dari sudut lensa jurugambar dan emosi pembaca ke atas pakaian yang ingin diserlahkan. Kita tidak boleh mengharapkan semua hasil terbaik ini kepada jurugambar semata-mata. Mungkin mereka mahir dalam teknik foto tetapi tidak dalam beberapa hal membabitkan fesyen. Apabila segala-galanya terancang, gambar yang dihasilkan lebih unik serta mampu menceritakan segala-galanya.

Citra: Apakah sesi fotografi yang paling anda tidak dapat lupakan sepanjang kerjaya anda?

Setakat ini saya pernah diundang ke Singapura dan Jakarta untuk sesi penggambaran fesyen di sana yang ditaja oleh syarikat penerbangan tempatan. Bagaimanapun yang paling menarik dan tidak dapat dilupakan adalah sesi penggambaran di dalam kapal mewah bersama model, Shelly Ann Clark. Kapal berkenaan belayar dari Kuantan ke Kuching. Ia menarik sekali kerana merakamkan keindahan alam dan pakaian santai berkonsep percutian. Salah satu gaya yang menarik ialah Shelly terpaksa memanjat tiang layar untuk memberikan mood percutian.

Citra: Sejauh mana anda melihat kepentingan peranan penata gaya di negara ini terutama majalah tempatan?

Tidak semua majalah tempatan menggunakan sepenuhnya penata gaya. Apa yang berlaku hari ini, kebanyakannya sekadar melepaskan batuk di tangga dalam menghasilkan ruangan fesyen mereka. Mungkin ada beberapa halangan seperti masa dan wang atau kurangnya kesedaran mengenainya. Hasilnya, fesyen yang dipaparkan lebih banyak berlatar belakangkan studio yang pastinya kelihatan kaku. Tidak dinafikan ada majalah tempatan yang menghasilkan gambar fesyen yang menarik dan dramatik.

Citra: Anda seorang yang mempunyai cita rasa tersendiri terhadap bidang fesyen mahupun segala yang berkaitan dengannya. Mengapa tidak menggunakan kreativiti yang anda untuk menghasilkan rekaan sendiri?

Sebaik kembali ke Malaysia, saya memang menyimpan cita-cita itu. Sasaran ketika itu, ingin bergelar penulis fesyen dan kecantikan yang unggul serta mengeluarkan koleksi sendiri. Bagaimanapun, hakikatnya, ingin bergelar pereka fesyen mesti ada modal. Jika tidak, sukar untuk menghasilkan pakaian berkualiti. Modal menjadi penghalang, apatah lagi ketika itu saya masih baru membina kerjaya. Walaupun tidak bergelar pereka fesyen, sebagai pengarang, saya banyak berkawan dengan pereka terkenal seperti Bill Keith, Datuk Bernard Chandran dan Albert King. Bergaul dengan mereka membolehkan saya mendapat maklumat terkini mengenai aliran fesyen seperti potongan terbaru, warna dan sebagainya. Disamping itu, saya juga banyak membaca untuk menambahkan pengetahuan. Bagaimanapun, hari ini saya berpuas hati walaupun mungkin tidak sepenuhnya kerana mampu berkarya melalui cara tersendiri.

Citra: Bagaimana anda melihat perkembangan fesyen hari ini? Apakah rekaan yang anda gemari?

Dulu kalau dikatakan glamour mesti berbentuk kembang meleret tetapi hari ini, lebih kepada ringkas sama ada dari segi potongan mahupun butiran hiasan yang menampilkan kesan mewah. Secara peribadi, saya lebih gemarkan rekaan penuh dramatik yang dihasilkan Dior dan Vivienne Westwood yang potongannya unik dan banyak menggunakan ropol. Saya juga memilih Escada untuk potongan mewah dan moden.

Saya juga turut mengagumi pereka tempatan seperti Datuk Bernard Chandran yang menghasilkan rekaan mewah manakala Bil Keith untuk gaya ringkas tetapi menarik sekali. Rekaan Izal dan Amin Jauhary juga tidak kurang menarik perhatian.

Citra: Anda banyak melahirkan bakat besar dalam pelbagai bidang sama ada lakonan, peragaan dan nyanyian juga. Secara peribadi, siapakah yang boleh anda banggakan dan apakah kriteria penting untuk bergelar peragawati?

Mereka semua adalah kebanggaan saya seperti Aleeza Kassim, Sofia Jane, Nasha, Irene Santiago, Umi Aida, Kuza dan ramai lagi. Sememangnya cita-cita saya untuk melahirkan model tanah air yang berjaya. Daripada gadis biasa, mereka bergelar ‘somebody’. Bagi saya, Aleeza Kassim paling berjaya dan berpotensi tinggi sebagai model. Susuk tubuhnya yang langsing memang sesuai untuk menggayakan apa juga jenis potongan. Dia juga memiliki bahasa tubuh yang bijak apabila berdepan kamera. Seorang model bagaikan penyangkut baju, selain tinggi, cantik dan ramping, mereka perlu bijak bergaya depan kamera. Aleeza juga kini mempunyai akademi model tersendiri. Nasha Aziz juga tidak kurang hebatnya. Bermula daripada model, dia kini bergelar pelakon berjaya. Tidak dinafikan hari ini, Tengku Azura menjadi model yang paling digemari hari ini. Seorang model perlu tinggi dan kurus iaitu perlu ada pinggang selain bijak memberikan mood tersendiri dan sesuai dengan konsep baju digayakan. Mereka perlu berusaha ke arah itu untuk berjaya.

Citra: Apa pandangan anda mengenai kemasukan model asing ke negara ini. Adakah ia baik untuk industri ini?

Terus terang saya katakan, amat kasihan dengan gadis tempatan terutama gadis Melayu kerana peluang mereka seolah-olah terus tertutup dengan kehadiran model berdarah ‘mat salleh’ hari ini. Bukannya kita hendak menutup rezeki mereka tetapi sebaiknya ia dikawal agar tidak menghalang peluang gadis tempatan dalam industri ini. Kerajaan perlu melihatnya secara lebih serius kerana ia langsung tidak mencerminkan imej negara. Saya sedar usaha ini pernah dilakukan tetapi ia sekadar hangat-hangat tahi ayam dan tidak begitu menjadi.

Mungkin ketinggian menjadi halangan bagi gadis tempatan tetapi ini boleh diatasi dengan mencari lebih ramai bakat di luar sana. Dalam perkara ini, kita boleh mencontohi Aleeza Kassim yang menubuhkan akademi modelnya sendiri. Lebih banyak akademi sebegini perlu diwujudkan jika mahukan lebih ramai gadis tempatan menyertai bidang ini.

Citra: Dikalangan selebriti lelaki, pada pandangan anda, siapakah yang bijak bergaya? Apakah pilihan anda sendiri?

Saya boleh bahagikan kepada kategori usia iaitu 40 an, 30 an dan 20 an. Lelaki 40 an yang bijak bergaya adalah Hattan. Gayanya santai tetapi menampilkan gaya macho dan seksi. Pemilihan fabrik linen aadlah yang terbaik untuknya dan digayakan dengan jeans serta jaket. Ia membuatkan penyanyi ini kelihatan ‘smart’ dan lasak. Manakala Anuar Zain mewakili mereka yang berusia 30 an. Dia adalah ikon bagi gaya rasmi kerana kelihatan begitu segak apabila menggayakan sut. Jeans juga membuatkan Anuar kelihatan santai dan kemas. Setakat ini belum ada personaliti berusia 20 an yang boleh dicontohi. Bagi golongan muda kini, gaya Gothic menjadi pilihan tetapi tidak ada yang menonjol.

Secara peribadi, saya lebih gemar tampil santai dan lasak seperti jeans bersama baju t. Gaya rasmi, saya lebih gemarkan pakaian daripada linen dengan menggayakan koleksi Malique Fusion atau William Liu. Di konti radio pula saya lebih senang bergaya muda bagi menghayati muzik dalam semua genre.

Powered by Berita Harian

Fasha Sudi Jadi Isteri

31 Mar

Oleh HARYATI KARIM haryati.karim@kosmo.com.my

MENYAMBUT usia 24 tahun, pelakon Fasha Sanda secara berterus terang menyatakan kesediaan bergelar isteri orang.

Kata pelakon jelita ini, sudah sampai masanya untuk dia bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak yang comel.

Malah dalam benaknya juga Fasha merasakan mampu untuk memikul segala tanggungjawab itu jika jodohnya sudah sampai di depan mata.

ΐIya, saya sudah bersedia untuk itu,῔ demikian yang ditegaskan oleh pelakon jelita yang baru saja menyambut ulang tahun ke-24, Jumaat lalu.

Seperti banyak wanita lain di luar sana, usia yang semakin menginjak mengingatkan Fasha betapa ruginya melalui episod kehidupan sebagai wanita yang belum mempunyai keluarga sendiri.

ΐBiasalah usia begini kita akan ingat soal tanggungjawab dan perkahwinan. Memang saya sudah bersedia untuk bergelar isteri orang, cuma calonnya saja yang belum jumpa lagi,῔ kata Fasha sambil ketawa besar.

Meskipun calon untuk mendampingi dirinya belum ketemu, bukan sesuatu yang salah untuk Fasha bercakap soal perkahwinan.

Malah dia mempunyai impian dan cita-cita tersendiri bila berbicara tentang hal yang satu itu.

Soal itu di kongsi Fasha kepada Kosmo! dan sejujurnya kata pelakon ini, dia selalu mempunyai angan-angan untuk menjadi ibu muda yang berjaya dalam hidup dan karier.

ΐSaya ambil contoh seperti Sofia Jane. Dia ibu muda yang cantik, berjaya dalam karier dan keluarganya juga bahagia.

ΐItulah juga yang jadi idaman saya, Insya-Allah,῔ katanya yang merancang untuk menamatkan zaman solo sebelum usia 30 tahun.

Majlis hari jadi yang ditaja

Bagai berada dalam filem Bollywood, itulah yang dapat diperkatakan apabila hadir ke majlis ulang tahun Fasha Sandha tanggal 28 Mac lalu.

MAJLIS sambutan ulang tahun ke-24, Fasha bersedia menemui cinta baru.

Tema hijau putih menguasai Grand Ballroom, Hotel Concorde Kuala Lumpur dan Fasha kelihatan ayu dalam persalinan persis puteri dari India.

Katanya inginkan kelainan dalam majlis ulang tahunnya kali ini, tema ala-ala Bollywood menjadi pilihan dia dan tetamu yang hadir.

Majlis yang di rancang sejak sebulan yang lalu telah diuruskan oleh pihak pengurusannya dan keluarga Fasha sendiri. Ia nampaknya membuahkan hasil apabila majlis tersebut berlangsung dengan begitu meriah sekali.

Sambutan ulang tahun ini diadakan bukan sahaja untuk menyambut hari lahirnya tetapi juga untuk mengumpulkan kaum keluarga yang jarang berjumpa terutamanya dari Perlis serta peminat yang tidak berhenti menyokong perjalanan kariernya.

ΐKesibukan membataskan waktu saya untuk bersama dengan keluarga. Jadi dengan cara ini kami semua dapat berkumpul bersama, malah peminat dan rakan artis juga berkumpul bersama. Saya ingin berkongsi kegembiraan bersama semua orang,῔ ujarnya.

Belum sempat bertanyakan soalan, Fasha bagaikan mengerti lalu memberitahu majlis ini bukanlah atas ihsan ataupun tajaan pihak-pihak tertentu.

Semuanya diuruskan serta dibiayai sendiri keluarga dan pihak pengurusan Fasha buat dirinya.


IBUNYA, Hatijah (enam dari kiri) dan ahli keluarga lain sentiasa memahami dan menjadi pengkritik setia Fasha.

Dalam majlis itu, seluruh keluarganya termasuk Fasha serta rakan-rakan artis turut mempersembahkan tarian sambil diiringi lagu daripada filem Bollywood.

Lucu juga melihat gelagat mereka di atas pentas.

Acara ini juga secara tidak langsung menolak desas desus kurang elok mengenai Fasha dan ahli keluarganya.

Orang cemburukan anak saya – ibu

Menariknya, sambutan ulang tahun ke-24 tahun ini juga menjadi medan yang amat jelas menunjukkan keakraban keluarga pelakon popular ini, tidak seperti gosip yang pernah dikhabar sedikit masa dulu di mana Fasha sudah besar kepala dan tidak mendengar kata keluarganya lagi.

ΐSebagai ibu saya lebih memahami anak saya daripada orang lain. Memanglah ada kalanya gosip yang tidak benar itu akan membuatkan saya dan dia sedih tetapi kami sekeluarga lebih tahu kebenarannya. Jadi kami tidak kisah apa yang orang nak perkatakan tentang anak saya.

ΐMungkin sebab dia popular, ramai orang yang cemburukan Fasha, sebab itu timbul cerita-cerita yang kurang enak. Mereka seperti mahu menjatuhkan anak saya,῔ jelas ibu Fasha, Hatijah Teh Mah.

Ibunya yang berusia 45 tahun ini turut menggambarkan anak gadis kesayangannya ini seorang yang amat mementingkan keluarga.

Tentunya sebagai ibu yang mengandung dan melahirkan si jelita ini, Hatijah merasakan segala jerih perihnya selama ini berbayar sudah dengan kejayaan Fasha dalam bidang seni.

ΐDia seorang yang bertanggungjawab dan dia juga anak yang baik, sentiasa utamakan keluarga. Apa-apa hal dia akan dahulukan keluarga. Keluar cerita kurang elok tentang dia pun, kami akan diberitahu dulu. Itu sudah cukup untuk kami menyokongnya,῔ kata Hatijah lagi.

Ditanya apakah hadiah yang diberikan kepada Fasha, ibunya menjawab: ΐSaya tidaklah beli hadiah yang mahal tetapi ia sungguh istimewa untuknya. Apa yang penting kasih sayang kami anak-beranak,῔ jelasnya.

Elak gosip dan kontroversi?

Usia 24 tahun, barangkali Fasha akan tampil lebih matang.

Bukan saja daripada segi usia, tetapi dalam segala tindak dan fikirnya juga. Apakah Fasha punya azam baru untuk menggelakkan diri daripada sebarang kontroversi?

Bagaikan badi yang tidak habis-habis melekat, Fasha banyak diduga dengan kes-kes yang negatif sepanjang tahun 2007 dan awal 2008 ini.

Seiring dengan populariti yang makin memuncak, demikian juga ujian yang terpaksa di terima olehnya. Sementelah dirinya boleh digolongkan dalam kategori artis yang tidak pernah suram dengan kontroversi, Fasha enggan mengulas tentang hal berkenaan.

ΐMaaf, saya tak mahu ulas mengenai isu-isu kontroversi yang kurang membina lagi. Biarlah semua itu berlalu, lagipun saya sudah berusia 24 tahun, saya lebih matang dan gembira dengan hidup sekarang.

ΐSaya tidak pernah kesal akan gosip yang melanda saya. Saya sedar selagi duduk dalam bidang seni, selagi itulah gosip akan terus ada. Jadi saya hanya bersedia dan cuba bertahan selagi termampu,῔ ujarnya dengan penuh nekad.

KAWAN-KAWAN artis turut meraikan hari penting Fasha Sanda.

Fasha juga sempat bercerita mengenai azam peribadinya seiring dengan penambahan usianya itu. Sudah tentu yang diinginkan kejayaan lebih besar dan sukses yang berpanjangan buat dirinya dan keluarga.

ΐKalau boleh saya mahu lebih berjaya dalam karier, dan ingin menjadi lebih baik dalam apa jua yang saya lakukan.῔ katanya.

Powered by Kosmo