Archive | Uji Rashid RSS feed for this section

Saying 'I Do' On Reality Show

30 Mar

 Datuk Abdul Mutalib Hassan (second from left) handing  the prizes to  Muhammad Hafidz Hakimy  and Siti Khairatul Naziha. On the left is TV9 chief operating officer Bukhari Che Muda.
Datuk Abdul Mutalib Hassan (second from left) handing the prizes to Muhammad Hafidz Hakimy and Siti Khairatul Naziha. On the left is TV9 chief operating officer Bukhari Che Muda.

PUTRAJAYA: It was double joy for Penang couple Muhammad Hafidz Hakimy and Siti Khairatul Naziha. They were married on Friday and then won RM10,000 cash yesterday at their wedding reception on the finale of reality show Cari Menantu 2.

The couple received the most number of votes via SMS by the viewers of the show.

They also won a RM80,000 Suzuki Swift and RM60,000 worth of jewellery, furniture and home equipment.

In second place were Mohd Ridhuanizam Ramli and Wan Norhidayu Wan Mohd from Terengganu. They won RM7,000 cash, RM30,000 in jewellery and RM20,000 in home equipment.

In third place were Mohd Hazlami Mohd Jelani (Alam) and Norhafizah Abd Rahman (Fiza) from Kuala Lumpur who won RM5,000 cash, RM11,000 in jewellery and RM5,000 in home equipment.

Aired live on TV9 from Putrajaya International Convention Centre, (PICC), the finale was the culmination of the second season of Cari Menantu, which aired every Saturday from Jan 12.

Among the performers for the finale yesterday were Misha Omar, golden couple Hail Amir and Uji Rashid, and nasyid group Hijjaz.

Also present were Media Prima Bhd chairman Datuk Abdul Mutalib Hassan and TV9 chief operating officer Bukhari Che Muda.

The show, aimed at guiding couples to long-lasting wedded bliss, was a collaboration between TV9 and the Women, Family and Community Development and the National Population Ministry and Family Development Board (LPPKN).

Couples participating in Cari Menantu were guided through the episodes based on the modules from SmartStart, a book produced by LPPKN. Couples are then put in situations that test their emotional make-up, as well as financial and legal savvy.

Powered by New Straits Times

Personaliti: Ilham Puisi Terus Mengalir

12 Feb

Oleh Rahayu Mohd Salleh
ayu@hmetro.com.my

LEMBUT bicaranya mudah menyentuh rasa. Malah, kelembutan itu juga bagaikan sudah sebati dalam nukilan ratusan puisinya yang mengungkap pelbagai rentetan suka duka kehidupan.

LEMBUT bicaranya mudah menyentuh rasa. Malah, kelembutan itu juga bagaikan sudah sebati dalam nukilan ratusan puisinya yang mengungkap pelbagai rentetan suka duka kehidupan.

Segalanya bermula sejak Siti Zaleha M Hashim masih di bangku sekolah rendah. Minat membacanya cukup meluas malah pada ketika di alam sekolah rendah itu juga, dia sudah menyelami karya seperti Tenggelamnya Kapal Van der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah tulisan sasterawan besar Hamka.

Usaha arwah datuk dan ayah yang cenderung membelikannya bahan bacaan sekali gus menyemai minat gemar membaca itu nyata banyak mencorakkan kehidupannya.

Lebih menarik, beliau juga gemar mencatat bahasa indah yang ditemui dalam bahan bacaannya ketika kecil dulu sekali gus diakui mendekatkan dirinya pada puisi dan mencambahkan kecintaannya pada dunia sastera.

Sejak puisi pertamanya disiarkan di akhbar pada 1975, Siti Zaleha terus menempa nama dalam pelbagai genre penulisan termasuk cerpen, novel, syair, gurindam dan pantun.

Tidak ketinggalan, beliau turut menggarap bakat seninya dalam penulisan lirik untuk beberapa penyanyi terkemuka khususnya di tahun 1970-an dan 80-an seperti Uji Rashid, D J Dave dan Allahyarham Sudirman. Malah, beliau juga penulis wanita pertama menghasilkan skrip untuk slot Panggung RTM suatu ketika dulu.

Apapun, puisi bagai tiada kesudahan buat dirinya. Sejak dulu, rutin hariannya yang diatur secara berdisiplin itu tetap sama. Baginya, masa untuk menghasilkan karya itu harus dicari biarpun diri dilimpahi pelbagai tanggungjawab keluarga dan kerjaya.

“Mengangkat pengalaman atau apa yang dilihat untuk dilahirkan dalam satu penulisan sudah dikira sesuatu yang baik apatah lagi apabila ia dapat menyentuh perasaan orang lain.

“Puisi sangat universal dan boleh ditanggapi daripada pelbagai sudut memandangkan pengalaman hidup yang berbeza. Indahnya puisi kerana ia tidak semestinya difahami pembaca.

“Apapun bagi saya, puisi abstrak tidak semestinya dianggap puisi yang baik. Namun, apabila menghasilkan sesuatu, biarlah baik supaya meningkatkan pemikiran seseorang,” katanya yang memperuntukkan beberapa jam di waktu malam dan hujung minggu untuk berkarya.

Baginya, dalam kesederhanaan bahasa, puisi mampu menyimpul falsafah manakala penulis pula harus berilmu untuk menjadikan karyanya lebih mantap.

Puisinya dulu memang berbeza berbanding kini. Jika dulu puisinya lebih kepada dunia peribadi tetapi kedewasaan usia membuatkannya banyak mengangkat kisah kemanusiaan khususnya penderitaan anak kecil dan golongan pelarian.

Penyair ini juga mengakui tidak gemar bermain dengan kata-kata kasar dalam puisi.

“Rasa gelisah boleh diungkap dengan bahasa lembut tetapi menikam jiwa. Lazimnya, puisi yang menyentuh perasaan pembaca banyak bergantung kepada sentuhan pengalaman penyair selain petikan kata-kata tepat untuk menguatkan lagi keseluruhan karya,” katanya.

Malah, tidak hairan jika melihat kemesraan ibu dan anak-anak yang bagaikan berdialog dalam sebuah drama, penuh dengan kata-kata indah.

“Saya memang biasa begini dengan anak-anak sejak dulu. Jika saya tidak dibiasakan dengan kata-kata kasar sejak kecil, begitu jugalah yang diterapkan kepada anak-anak,” katanya.

Dua anaknya, Mohd Firdaus Ramzan Mohamed Amin yang bertugas sebagai akauntan dan Fareeza (penuntut sarjana jurusan Pengurusan Pengetahuan di Universiti Multimedia) juga gemar membaca cuma tiada seorang pun yang mengikut langkahnya sebagai penulis.

Karya terkini Siti Zaleha berjudul Puisi Tunas Bangsa terbitan K Publishing Sdn Bhd memang agak berbeza.

Menariknya, himpunan pantun, syair, gurindam dan sajak hasil tulisan bersama penulis Khadijah Hashim itu memberi peluang kepada anak-anak di bangku sekolah mengenali jenis sastera sekali gus mencabar kebolehan serta mendekatkan mereka kepada pekerti yang baik.

Profil

Nama Penuh: Siti Zaleha Bee Mohd Hashim

Nama pena: Siti Zaleha M Hashim

Tarikh lahir: 6 November 1953

Tempat lahir: Taiping, Perak (dibesarkan di Melaka dan Kuala Lumpur).

Anugerah:

Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001 genre puisi eceran (Dongeng Yunani Tersangkut di Bima Sakti)

Anugerah Pingat Pekerti Terpilih 2001 (daripada kerajaan negeri Perak)

Karya:

Kumpulan drama televisyen Berteduh di Sebalik Wajahmu (1986),

Novel – Beraraknya Awan Kelabu (1987) dan Biarkan Kupu-Kupu Itu Terbang (1997),

Kumpulan puisi Camar di Cangkir Bumi (1999 dan 2000 ), Kristal di Laut Bulan (2006),

Pantun Kanak-Kanak (Siri 6 -1999), Puisi Tunas Bangsa (2008).

Kerjaya: Pegawai Perancang Bahasa, Bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Powered by Harian Metro

Jangan Pinggir Diri – Malek Redzuan

19 Jan

Oleh Norliza Mohamad Zakaria

WAJAH terbaru Malek Redzuan. Beliau kini muncul menerusi album Hati Ke Hati.

MALEK Redzuan bukanlah satu nama asing dalam bidang nyanyian kerana pastinya peminat muzik era 70-an dan 80-an sangat mengenali penyanyi yang begitu popular dengan lagu Cukup Sampai Di Sini itu.

Setelah hampir 13 tahun tidak menghasilkan album, penyanyi yang bergelar Datuk itu kini tampil mengubat kerinduan para peminatnya dengan rakaman semula lagu popularnya, Cukup Sampai Di Sini menerusi album Hati Ke Hati.

Album yang diterbitkan oleh Mujahid Abd. Wahab bersama Sandy Monteiro yang diedarkan oleh Rumpun Records dan Universal Music Sdn. Bhd., itu telah berada di pasaran sejak 13 Disember tahun lalu.

Selain single Cukup Sampai Di Sini, album yang memuatkan 20 buah lagu malar segar sekitar era 70-an dan 80-an itu turut menampilkan lagu Cintaku Cintamu iaitu lagu nyanyian asal biduanita Datuk Sharifah Aini yang dinyanyikan semula oleh Uji Rashid.

Malek yang ditemui baru-baru ini memberitahu, penerbitan album Hati Ke Hati merupakan inisiatif positif syarikat rakaman untuk memastikan lagu-lagu malar segar terus diingati.

“Gabungan ramai penyanyi dalam sebuah album merupakan suatu usaha yang bagus. Ini memberi peluang kepada artis-artis senior yang sudah lama menghilangkan diri tampil membuat persembahan sepanjang mempromosikan album tersebut.

“Secara tidak langsung peluang ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan sesama artis,” katanya.

Selain Malek, penyanyi-penyanyi lain yang turut terlibat dalam penerbitan Hati Ke Hati ialah Jamilul Hayat dengan lagunya Gelora Cintaku, Datuk D.J. Dave (Kawan Setia), Habibah Yaakob (Madah Ibu), Sanisah Huri (Ku Jangan Di Tinggal-Tinggalkan) dan Dayangku Intan (Semakin Rindu Semakin Sayang).

Biarpun begitu lama tidak muncul dalam mana-mana rancangan televisyen, namun Malek masih aktif memenuhi pelbagai undangan nyanyian anjuran pelbagai syarikat korporat selain undangan daripada kerabat diraja.

Terbaru, Malek diundang ke Hong Kong untuk menjayakan persembahan untuk jabatan-jabatan kerajaan sempena sambutan tahun baru.

Katanya: “Saya gembira kerana masih aktif menyanyi. Secara peribadi, saya tidak nampak mana-mana artis lama dipinggirkan. Sebaliknya, realiti yang berlaku ialah artis-artis lama yang meminggirkan diri mereka sendiri. Bagi saya jika seseorang artis itu berjiwa seni, pastinya dia sentiasa mencari peluang untuk aktif berkarya.”

Seniman berusia 50 tahun itu juga menekankan betapa pentingnya seseorang penyanyi itu memahirkan diri mereka bermain alat muzik.

Kemahiran itu katanya, sangat penting sebagai sandaran untuk seseorang artis itu apabila tiada undangan nyanyian, dia boleh bermain muzik ataupun mencipta lagu.

Sebagai orang lama dalam industri muzik, Malek menyatakan rasa bangganya berhubung perkembangan pesat industri muzik tanah air kontemporari.

Pada masa yang sama, karyawan muzik juga jelas Malek, diberi kebebasan untuk berkarya

“Berkarya dan menyanyi sebetulnya lebih kepada persembahan diri sendiri dan tidak wujud sebarang persaingan langsung antara mana-mana artis. Ini kerana mana-mana artis sekalipun sepatutnya ada identiti sendiri dalam nyanyian.

“Sebab itu kalau kita lihat artis-artis yang bertahan hingga kini semuanya ada identiti tersendiri. Mereka menyanyi dan membuat persembahan dengan cara mereka sendiri.

“Ada separuh artis, saya lihat kadang-kadang malu nak tunjuk bakat yang mereka ada. Jadi nasihat saya, menyanyi jangan ada rasa malu. Bila sudah diberi peluang menyanyi, buat yang terbaik sehingga orang ramai boleh ingat sesuatu yang baik dalam persembahan kita itu,” katanya mengakhiri perbualan.

Powered by Utusan Malaysia

Hail Amir Popular Kerana Rantai Kuku Harimau

24 Oct

OLEH KHADIJAH IBRAHIM

Hail Amir bersama keluarganya. Dari kiri menantunya Zulkifli bersama isteri Chinta Fifi dan anak mereka, Safiah Ibrahim, Hail Amir, Chinta Hailfi, Chinta Shafiyana dan Lutfi Ameer (berdiri di depan).

SELAIN suara merdunya, faktor lain yang membuat peminat tidak dapat melupakan penyanyi tahun 80-an, Hail Amir adalah kerana penampilannya. Jejaka rambut berombak, butang baju yang sentiasa terbuka di bahagian dada menampakkan rantai kuku harimaunya itu pernah menjadi pujaan ramai gadis.

Justeru ketika itu ramai jejaka yang terikut-ikut gaya Hail atau Abdul Hail Amir yang cukup popular dengan lagunya Wajah Kesayangan Hamba, ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan lirik oleh Chuari Selamat itu.

Menurut penyanyi yang berasal dari Jelutong, Pulau Pinang itu, pembabitan awalnya dalam bidang seni suara bermula sejak tahun 60-an ketika dia menyertai kumpulan Bee Jays.

“Bee Jays bermaksud Belia Jelutong. Saya menjadi pemain gitar utama kumpulan itu dan kami sering mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan,” cerita Hail tentang sejarah awal pembabitannya dalam dunia seni.

Bagaimanapun pada tahun 1971, Hail mengorak langkah ke ibu kota untuk memulakan penghidupan baru di mana dia aktif sebagai penari Badan Budaya.

“Selain menari, saya turut menjadi penyanyi untuk kumpulan Badan Budaya. Bersama kumpulan itu saya berpeluang mengadakan persembahan di luar negara.

“Saya mendapat tawaran berlakon daripada Show Brothers setelah seorang wakil syarikat tersebut menonton persembahan saya bersama Badan Budaya.

“Saya diberi kepercayaan memegang watak hero bergandingan dengan Uji Rashid di samping Zulkifli Zain dan Yusof Haslam dalam filem Jiwa Remaja yang diterbitkan pada tahun 1976,” kata Hail menceritakan pendedahan awalnya sebagai pelakon filem.

Hail bernasib baik. Filemnya mendapat sambutan yang begitu mengalakan, sekali gus menjadikan popularitinya melonjak secara mendadak.

Ekoran itu, dia ditawarkan menjadi penyanyi oleh syarikat rakaman EMI. Album pertamanya juga diterbitkan pada tahun 1976. Album itu pun mendapat sambutan yang begitu mengalakan apabila salah satu lagunya iaitu Wajah Kesayangan Hamba muncul sebagai lagu kesukaan ramai.

Bahagia

Selepas itu, Hail muncul dengan filem Cinta dan Lagu. Lain-lain filem lakonan Hail ialah Menanti Hari Esok, Dendang Perantau dan Jaket Biru.

Kini Hail bahagia menjalani kehidupannya sebagai suami kepada Safiah Ibrahim, 50, dan bapa kepada empat orang anak iaitu Chinta Fifi, 25, Chinta Hailfi, 19, Chinta Shafiyana, 17, Lutfi Ameer, 9 serta seorang cucu, Nurjihad Joharin Zulkifli, setahun.

Walau kemunculannya kini tidak sekerap dulu, namun lagu-lagu Hail masih malar segar. Peminat lagu-lagu tahun 80-an tentu masih ingat lagu Antara Matamu dan Mataku, Merpati Dua Sejoli, Kau Datang Lagi Menganggu Fikiran Ku dan Seloka Hari Raya, duet dengan Uji Rashid.

Kesemua lagu-lagu itu pernah muncul sebagai lagu paling popular tahun 80-an.

“Saya bersyukur sangat kerana kebanyakan lagu dendangan saya masih lagi diminati hingga kini. Contohnya, lagu Seloka Hari Raya macam lagu wajib setiap kali menyambut raya. Walaupun ramai yang telah mendendangkan lagu tersebut namun orang tetap nak penyanyi asal,” kata Hail yang ditemui baru-baru ini.

Dia yang serasi dengan Uji Rashid itu sehingga kini masih lagi mengadakan persembahan bersama.

Andai Uji tidak dapat hadir, Hail akan menyanyi bersama anaknya, Chinta Hailfi atau Lutfi Ameer.

“Dulu anak sulung saya ada kumpulan tapi sejak berumah tangga dia tidak aktif menyanyi lagi. Begitu juga dengan Chinta Hailfi, sejak belajar dia jarang ikut saya melainkan Lutfi Ameer saja.

“Saya tidak memberi galakan atau melarang anak-anak untuk mengikut jejak langkah saya. Terpulang kepada mereka,” katanya terus terang.

Meskipun Hail banyak mendapat tawaran berlakon drama ketika ini namun dia lebih selesa meneruskan karier sebagai penyanyi.

Terbaru, Hail telah merakamkan semula lagu-lagu hitsnya menerusi album The Best Of Hail Amir. Album terbitan Life Records itu turut dihasilkan dalam bentuk karaoke.

Biarpun gembira diberi peluang merakamkan semula lagu-lagunya, namun jauh di sudut hatinya, kata Hail, “Saya berharap boleh muncul dengan album yang memuatkan lagu-lagu baru.”

Wajah Kesayangan Hamba

Ingin ku milik kasih

Ayu jelita

Wajah cantik berseri

Sinar cahaya

Sopan santun berbudi

Bergaya sederhana

Halus tutur bahasa

Sungguh mulia

Rambut panjang terurai

Bagai sutera

Hias bunga sekuntum

Tambah jelita

Bibir merah delima

Merdu alun suara

Penambat jiwa nan lara

Rasa bahagia

Pipi pauh dilayang

Alis matanya lentik

Sekali mataku memandang

Hati tertawan

Wajahnya mempersona

Tiada lagi tandingan

Bagai dewi menjelma

Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan

Datang padaku

Lukisan wajah kasih

Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang

Dengan cinta nan mesra

Wajah kesayangan hamba

Kini ku jumpa

Powered by Utusan Malaysia

Rosemaria Masih Menyanyi

18 Jul

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

ANDAI kata anda teringin makan nasi dagang dan tidak tahu cara untuk membuatnya, silalah rujuk lirik lagu Nasi Dagang dendangan Rosemaria Abdul Hamid.

Menerusi lirik lagu tersebut sedikit sebanyak anda akan tahu bahan yang diperlukan dan cara untuk memasak nasi yang sinonim dengan masyarakat Kelantan itu.

Lagu yang bercerita tentang nasi istimewa itu, sebenarnya telah mempopularkan nama penyanyinya, Rosemaria.

Jelas Rosemaria, 52, dia bukan sekadar tahu menyanyi lagu Nasi Dagang malah memasaknya pun boleh kerana ibunya adalah penjual nasi dagang.

Selain lagu Nasi Dagang, nama juara Bintang RTM 1977 itu sentiasa menjadi bualan hangat apabila tiba musim raya. Lagu dendangannya, Di Pagi Aidilfitri adalah antara lagu raya malar segar yang sentiasa menjadi permintaan ramai.

Meskipun lagu-lagu tersebut sering berkumandang di corong radio, namun peminat-peminat seni suara jarang mengetahui perkembangan terkini Rosemaria.

Rosemaria yang ditemui di RTM sewaktu pertandingan akhir Suara Emas Bintang RTM 2007 baru-baru ini berkata, dia tidak pernah melupakan bidang seni.

“Siapa kata saya tidak menyanyi lagi. Sebenarnya saya tidak pernah menolak kalau ada undangan menyanyi. Entahlah mungkin orang ingat bila saya balik ke Kota Bharu, saya sudah tidak menyanyi.

“Sebenarnya menyanyi tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana ia boleh membuatkan kita hilang skill,” kata anak kedua daripada enam beradik itu.

Kehebatan juara Bintang RTM itu tidak boleh dinafikan. Suaranya tetap merdu seperti dulu dan sebab itulah dia sering diundang menyanyi biarpun tanpa memiliki album baru.

Puas

Kali terakhir Rosemaria rakam album adalah pada tahun 1980-an sebelum kembali menetap di negeri Cik Siti Wan Kembang pada tahun 1988. Album terakhirnya popular dengan lagu Nasi Dagang. Sebelum itu Rosemaria telah menghasilkan album Dalam Mengenang Mu yang dirakam selepas menjadi juara dan album Cinta Mu Yang Menyayat Hati.

Sepanjang 10 dekad pembabitannya dalam bidang seni suara, Rosemaria menghasilkan tiga album solo dan empat album campuran bersama penyanyi-penyanyi daripada syarikat EMI seperti Allahyarham Sudirman, Uji Rashid, Hail Amir, Latiff Ibrahim, Gaya Zakry dan Noor Kumalasari.

Rosemaria yang sudah puas menikmati dunia glamor sebagai penyanyi itu berkata, sekarang ini tumpuan utamanya pada kerjaya sebagai ejen insurans.

“Saya percaya kalau kita menyanyi bersungguh-sungguh, pasti orang tidak akan lupa kita. Mereka tahu yang kita benar-benar berbakat,” katanya yang menyertai Bintang RTM tiga tahun berturut-turut.

Kali pertama Rosemaria mencuba nasib pada tahun 1975. Ketika itu dia hanya layak ke separuh akhir dan juara Bintang RTM pada waktu itu ialah Sudirman.

Kegagalan itu tidak mematahkan semangat Rosemaria untuk mencuba lagi pada tahun berikutnya, namun sekali lagi dia gagal kerana juara menjadi milik Norlela Ayob.

Setelah tiga kali mencuba, barulah Rosemaria muncul sebagai juara menerusi lagu Bunga Tanjung dan One The Other Side of Me.

“Orang sekarang beruntung kerana mereka mudah memiliki album nyanyian penyanyi yang mereka gemari. Saya dulu terpaksa salin lirik lagu daripada radio.

“Tiap kali lagu yang saya suka diputarkan di radio, kelam kabut saya menyalinnya. Malah berlatih menyanyi pun berdasarkan lagu di radio saja,” katanya yang menjahit sendiri baju untuk pertandingan tersebut.

Isteri kepada Mohd. Shuhaimi Hussin, 49, dan ibu kepada Khairul Khairi, 24, Ahmad Fais, 22, Sarah Yasmin, 14, Kasturi, 12, Shariman, 7, dan Emily Rose, tiga tahun itu memang pakar dalam bidang jahitan.

Sebab itulah selepas kembali ke Kota Bharu, Rosemaria pernah membuka kedai jahitan sekitar tahun 1990-an.

Selepas itu dia juga pernah menguruskan pusat kecantikan, Rosemaria Beauty Line untuk seketika. Namun kini kedua-dua perniagaan itu telah tiada kerana Rosemaria lebih senang menumpukan perhatian pada perniagaan insurans.

Dia yang pernah menjadi penyanyi latar kepada Anita Sarawak dan mengikut penyanyi tersebut mengadakan persembahan di luar negara berkata sekarang ini kalau ada yang berminat untuk mengambilnya sebagai artis rakaman, dia tidak menolak.

“Memang ada keinginan untuk buat album tapi saya sedarlah dalam keadaan sekarang, orang lebih suka yang muda.

“Pada saya kalau ada yang sudi, saya tidak kisah kerana selama ini pun saya masih menyanyi. Cuma peluang nak rakam album sahaja tidak ada,” katanya terus terang.

Powered by Utusan Malaysia

Kronologi Majlis Resepsi Siti – Datuk K

30 Aug

Tarikh: 28 Ogos 2006
Tempat: Dewan Pameran, Aras Bawah,
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

* Pukul 5 petang, Siti Nurhaliza sepatutnya muncul di balkoni tingkat 3, Sayap Barat KLCC untuk sesi bertemu para peminat.

* Tetapi Siti Nurhaliza muncul pada pukul 5.40 petang. Sebelum itu, sepasukan polis unit pengesan bom telah membuat pemeriksaan di sekitar balkoni tersebut.

* Selesai melambai kepada para peminat selama hampir tujuh minit, Siti yang mengenakan Gaun Dewi Mustika warna putih gading rekaan Khoon Hooi yang dihiasi 8,888 butir mutiara asli berharga RM300,000 menuju ke Ballroom 1 dan 2 KLCC untuk sesi fotografi bersama media massa.

* Pukul 7.45 malam, Siti dan Datuk K sudah bersiap sedia untuk sesi fotografi dengan media. Kali ini Siti dan Datuk K mengenakan pakaian tradisional kontemporari sedondon berwarna putih rekaan Radzuan Radziwill.

* Pukul 8.45 malam, Siti mengenakan gaun putih lace Perancis yang dinamakan Badasila sementara Datuk K mengenakan pakaian ala pahlawan Melayu daripada kain songket untuk sesi fotografi bersama tetamu VIP di Ballroom 1 dan 2.

* Pada 9 malam, pasangan mempelai diarak dengan iringan 22 kanak-kanak perempuan menuju ke Dewan Pameran 1 dan 2, KLCC untuk acara persandingan di atas pelamin yang diberi nama Mahligai Asmara.

* Sultan Pahang, Sultan Ahmad; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara orang kenamaan yang melakukan upacara merenjis serta menepung tawar.

* Sewaktu acara santapan dan makan malam, para tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada Nora, Hetty Koes Endang, Uji Rashid, Nizal Mohamed, Ezlynn, Kris Dayanti, Datuk M. Daud Kilau, Kat (Mentor), Nash (Lefthanded), Joe Flizzow (Too Phat), Damien (V.E.), Ning Baizura, Hijjaz dan Azlina Aziz.

* Untuk acara memotong kek pula, Siti mengenakan gaun putih dan merah jambu ala Cinderella rekaan Michael Ong berharga RM35,000.

* Kata Ong, dia menggunakan 26 meter kain sutera Thai dan lace yang diimport dari London. Seramai 12 orang pembantu digunakan bagi menyiapkan pakaian itu selama sebulan dan ia merupakan hadiah pereka fesyen itu buat Siti.

* Selepas acara itu, satu kejutan dilakukan apabila ibu bapa Siti, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik dijemput ke pentas untuk memotong pulut kuning sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-38.

* Ketika acara kemuncak, Siti mendendangkan sebuah lagu berjudul Cahaya Cinta yang ditujukan khas buat Datuk K.

Powered by Utusan Malaysia

Pak Cik Dan Polis Tunggu Mawi

11 Dec

CAKAP fasal Mawi juara Akademi Fantasia 2005, semua orang tahu, dia sekarang macamlah akhbar mingguan No.1 di Malaysia iaitu Mingguan Malaysia.

Mawi sentiasa panas dan laku dengan undangan menyanyi. Tak putus-putus, jadual padat sentiasa!

Minggu lalu pada 3 Disember semasa hari pertama Karnival UKSB Jom Fiesta! Di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur berlangsung, Mawi bersama-sama artis popular lain seperti Fauziah Latiff, Waheeda, Nash, Jefrydin, Yabang Jinbara, Kumpulan Kristal, Elyana, Azharina, Uji Rashid, Khairil Khamis, Misha Omar dan ramai lagi… telah menghimpunkan 30,000 penonton menonton konsert majalah popular tanah air HAI, URTV dan Mangga malam itu.

Sebelum Mawi sampai, Huzz diberitahu dia kena jayakan beberapa show hari itu di tempat lain. Malam itu, Huzz dan rakan wartawan lain di tepi jalan raya dekat beberapa kilometer dari pentas, melihat ramai jugalah peminat yang bersama-sama kami di tepi jalan menantikan rombongan Mawi. Bukan si kecil 4 tahun saja sebut nama Mawi, pak cik yang berlebai dan berkain pelekat pun tunggu Mawi. Ada pak cik yang tak jemu tanyakan… Mawi datang tak malam itu. Polis trafik dan Rela ramai di situ mengawal kenderaan yang sesak kerana orang berpusu-pusu nak ke tapak karnival. Atas kerjasama abang polis trafik, salah seorang daripada mereka menolong Huzz untuk pergi ke Stadium Bola Sepak Cheras yang dekat dengan kawasan karnival itu untuk menunjukkan jalan pada rombongan Mawi yang tiba. Apa yang mengejutkan, agak lama juga abang polis tu pergi nak tunjukkan jalan. Tertanya-tanya juga Huzz apa dah jadi? Rupa-rupanya kata Aman pengurus Mawi, polis itu meminta Mawi tandatangan autograph dulu, bukan kena saman, tapi abang polis peminat Mawi.

Bila kereta Naza World yang dinaiki Mawi diiring abang polis masuk ke kawasan belakang pentas, terus kereta itu dikerumuni peminat. Mawi tetap tersenyum, melambai, bersalaman dengan peminat.

Dalam khemah pun sama, Mawi tak habis kena serbu kakitangan karnival dan keluarga mereka untuk bergambar.

Apa yang pasti karnival dua hari itu cukup sesak dengan manusia selain acara-acaranya yang meriah! Hari kedua Cik Siti kita pula datang. Pun sama juga penuh peminat menantikannya!

HUZZ: Takziah buat sahabat Huzz, peguam Raja Badrol Hazman kerana isterinya meninggal dunia kerana sakit paru-paru pada minggu lalu. Al- Fatihah.

Powered by Utusan Malaysia