Archive | Will Smith RSS feed for this section

Will Smith 'Paling Berkuasa'

12 Feb

LOS ANGELES: Aktor Will Smith mendahului senarai bintang Hollywood paling berkuasa, menurut majalah Forbes, diikuti pelakon kacak, Johnny Depp dan Leonardo DiCaprio.

Data itu bukan sekadar berdasarkan kejayaan filem tetapi juga kemampuan bintang menarik jaminan kewangan dan pengagihan panggung wayang bagi satu projek, dan sama ada kehadiran mereka ‘mendorong kejayaan filem.’

“Will Smith adalah satu-satunya aktor yang memperoleh markah penuh 10 di kalangan pengundi industri dalam tinjauan Kewangan Bintang,” menurut majalah itu.

Filem lakonan bintang Men In Black itu mencatat kutipan AS$5.2 bilion (RM18.72 bilion) di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, lapan daripada filemnya berada di tempat pertama senarai filem pecah panggung.

“Beliau membuktikan lagi dan lagi, bahawa dalam dunia ini, tidak kira bentuknya, peminat mahu melihat Will Smith. Beliau pelakon serba boleh dan ia terbukti banyak kali,” kata pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Hyde Park Entertainment, Ashok Amritraj.

Depp menyusul di tempat kedua, banyak dibantu oleh lakonannya dalam trilogi Pirates of the Caribbean.

Di tempat keempat ialah aktres Angelina Jolie, satu tangga di depan pasangannya, Brad Pitt.

“Jolie mempunyai kemampuan berlakon dan pendedahan – kunci utama. Sebahagian rakan aktres lain dalam senarai ini mempunyai lebih banyak filem pecah panggung, tetapi buat masa ini, industri jelas mengiktiraf sejauh mana beliau bermakna kepada satu projek,” menurut majalah itu. – Agensi

Berita Harian

Jackie Chan Lining Up For 'Karate Kid' Remake

15 Jan

LOS ANGELES: Kung Fu movie legend Jackie Chan is being lined up for a role in a remake of the hit 1984 film “The Karate Kid,” entertainment industry press reported on Wednesday.

Daily Variety reported that Hong Kong star Chan, 54, was in final negotiations for the part of the elderly guru who teaches karate to a young boy, played by Jaden Smith, the son of Hollywood icon Will Smith.

The original “Karate Kid” starred Ralph Macchio as a youngster who learns to defend himself from bullies by learning martial arts from an eccentric mentor, played by the late American-Japanese actor Pat Morita.

Morita, who earned a best supporting actor Oscar nomination for his performance Mr Miyagi, died in 2005 aged 73.

The film spawned two sequels starring Macchio and Morita, as well as a fourth instalment in 1994 “The Next Karate Kid,” starring future best actress Oscar-winner Hilary Swank. – AFP/de

Channel News Asia

Filem Blockbuster Slot Mega Movie Di TV3 Bulan Ini

5 Jan

TV3 akan menyediakan pelbagai program menarik sempena sambutan tahun baru. Bermula bulan ini pelbagai program menarik bakal disiarkan terutamanya Slot Mega Movie yang pastinya menjanjikan kepuasan kepada penonton.

Antara filem blockbuster istimewa sepanjang bulan Januari ini akan dibintangi bintang ternama seperti Russell Crowe, Matthew McConaughey, Will Smith, Johnny Depp beraksi dalam Master and Commander, Frailty, I:Robot dan Pirates of Carribean – The Curse of the Black Pearl respectively.

Judul Filem: I Robot Tarikh: 9 Januari 2009 Masa: 10 malam

Selepas dekad 2035, robot adalah objek harian yang diprogramkan untuk hidup bersama manusia. Detektif Del Spooner terpanggil untuk menyiasat kes bunuh diri seorang saintis di sebalik kejadian robot ini iaitu Dr. Alfred Lanning. Spooner mengesyaki kematian itu bukan disebabkan bunuh diri tetapi disebabkan oleh salah satu dari robot itu. Filem ini dibintangi pelakon seperti Will Smith, Bridget Moynahan, Alan Tudyk, James Cromwell, Bruce Greenwood dan Adrian Ricard.

Judul Filem: Pirates of The Caribbean-The Curse Of The Black Pearl Tarikh: 23 Januari 2009 Masa: 10 malam

IKUTI penggambaran Kapten Jack Sparrow, seorang lanun handal bersama-sama dengan dan Will Turner yang juga tukang besi yang pinta di dalam usaha mereka mencari Elizabeth Swann. Elizabeth ialah anak perempuan gabenor dan kekasih Will diculik oleh Kapten Barbossa yang digeruni. Tanpa pengetahuan mereka, Barbossa yang garang dan bijak sebenarnya disumpah. Ia dilakonkan oleh Johnny Depp, Geoffrey Rush, Orlando Bloom, Keira Knightley, Jack Davenport dan Jonathan Pryce.

Judul Filem : Master And Commander – The Far Side Of The World Tarikh: 30 Januari 2009 Masa: 10 malamSEKITAR tahun 1805, Eropah pernah jatuh ke tangan Napoleon dan Royal Navy yang sedang menanti saat kemenangan mereka. Namun di South Amerika konflik yang baru pula muncul. Kapten Jack, Lucky Jack Aubrey lakonan Russel Crowe menerima arahan untuk menenggelamkan dan menawan the French privateer Acheron yang diatur di sebuah kawasan. Filem hebat ini dilakonkan oleh Russell Crowe, Paul Bettany, James D’Arcy, Edward Woodall, Chris Larkin dan Max Pirkis.

Berita Harian

Pasangan Komedi Paling Kelakar

23 Dec

PASANGAN Zack dan Miri (Seth Rogen dan Elizabeth Banks) membuat anda terhilai ketawa dalam filem Zack And Miri Make A Porno di pawagam baru-baru ini.

Namun mereka tidak layak bertakhta di senarai 10 pasangan komedi paling hebat kami minggu ini.

1. Jackie Chan & Chris Tucker

Jenaka mereka mudah, malahan komedi mereka lebih mudah lagi. Namun gabungan ‘Michael Jackson’ – Jackie dan Chris – ini berkesan dalam filem Rush Hour.

2. Ben Stiller & Owen Wilson

Filem Royal Tenenbaums pastinya antara filem komedi terbaik yang pernah dijayakan duo ini.

3. Bill Cosby & Sidney Poitier

Bill dan Sydney adalah ukuran rasmi untuk mutu komedi ‘pasangan’ dan kebanyakan komedi dalam senarai ini ‘mencuri’ idea daripada filem Uptown Saturday Night, Let’s Do It Again dan A Piece Of The Action.

4. Gene Wilder & Richard Pryor

Pembaca lebih matang mungkin mengingati filem Stir Crazy dan Silver Streak sebagai antara komedi terbaik dalam sejarah.

5. Adam Sandler & Kevin James

Siapa yang ketawa terbahak-bahak semasa menonton I Now Pronouce You Chuck & Larry, angkat tangan!

6. Jim Carrey & Jeff Daniels

Filem ini melontarkan Jim Carrey dari pentas emas The Saturday Night Live Show ke pentas platinum Hollywood.

7. John Cho & Kal Penn

Pengembaraan lucu mereka bermula apabila mereka mencari burger dalam komedi Harrold & Kumar Go To White Castle. Nantikan filem Harrold & Kumar Escape From Guantanamo Bay.

8. Will Smith & Martin Lawrence

Filem mereka bercorak aksi namun bakat komedi duo ini tidak dapat dibendung dalam siri Bad Boys.

9. Mike Epps & Ice Cube

Duo ini mendapat tempat dalam senarai ini kerana mereka mengejutkan penonton dengan komedi spontan yang dinamik.

10. Laurel & Hardy

Sejarah mereka bermula dari saat terciptanya televisyen. Komedi mereka malar segar dan melanjuti usia dan era ia diterbitkan.

Cyberita

India Jadi Tumpuan Hollywood

25 Oct


GAMBAR ini menunjukkan watak-watak dalam filem animasi Roadside Romeo terbitan Yash Raj Films dengan Walt Disney Pictures.

MUMBAI – Sebuah filem animasi berbahasa Hindi yang dikeluarkan oleh Walt Disney memberi petunjuk bahawa Hollywood semakin serius memasuki pasaran di India.

Syarikat Disney itu kini menjalin kerjasama dengan Yash Raj Films dalam pembikinan filem animasi berbahasa Hindi, Roadside Romeo yang tayangannya bermula semalam.

Ia merupakan kerjasama pertama Disney untuk menghasilkan sebuah filem India.

Disney turut membeli satu rangkaian televisyen kanak-kanak yang berbahasa Hindi dan kini menumpukan perhatian terhadap pasaran filem di luar Hollywood.

Straetgi itu adalah sama seprti dilakukan oleh syarikat Sony Pictures, Warner Brothers, Twentieth Century Fox, NBC dan Viacom.

“Bagi studio-studio Hollywood, melebarkan pasaran di peringkat global bukan hanya bermakna mempromosikan produk di pasaran itu,” kata seorang penganalisis hiburan di PricewaterhouseCoopers (PWC), Smita Jha.

Menurut laporan PWC, pertumbuhan industri media dan hiburan dalam pasaran yang sedang berkembang seperti di China, India dan Rusia diramalkan bakal meningkat dua kali ganda.

Studio-studio Hollywood yang pada mulanya hanya mengalihkan suara filem-filem terbitannya ke dalam bahasa tempatan di India atau membiayai penerbitan kini mula mengorak langkah setapak lagi.

Baru-baru ini Sony Pictures Entertainment menerbitkan filem berbahasa Hindi yang pertama, Saawariya.

Filem Chandni Chowk to China terbitan Warner Bros dijangka ditayangkan pada awal tahun depan manakala Studio Fox Star kini menandatangani kontrak dengan penerbit-penerbit Bollywood.

“Kami mahu melangkah lebih jauh berbanding hanya menandatangani cek dan mengukuhkan jiwa India dengan amalan serta proses Hollywood,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Studio Fox Star, Vijay Singh.

Baru-baru ini, bilionair Amerika Syarikat (AS), George Soros melabur sebanyak AS$100 juta (RM358 juta) untuk memperoleh tiga peratus pegangan dalam Reliance Entertainment di India.

Disney, NBC, Time Warner, Viacom dan Sony Pictures mempunyai komitmen dengan rakan kerjasama tempatan melibatkan kos lebih AS$1.5 bilion (RM5.37 bilion).

Pada awal tahun ini, Reliance Entertainment menandatangani perjanjian dengan lapan syarikat penerbitan Hollywood bagi menerbitkan dan membiayai bersama pembikinan filem.

Syarikat itu juga mendapat liputan antarabangsa apabila menandatangani perjanjian bernilai AS$1.5 bilion (RM5.37 bilion) bersama seorang pengarah filem terkenal, Steven Spielberg untuk memiliki sebuah studio baru.

Syarikat-syarikat India turut mengambil langkah berani.

Syarikat UTV Motion Pictures mempunyai perjanjian kerjasama dengan Disney, Fox Searchlight dan Overbrook Entertainment milik aktor terkenal, Will Smith.

“Itu merupakan satu petunjuk bahawa Hollywood kini mengundang syarikat-syarikat India untuk berkongsi risiko (perniagaan filem),” kata Pengarah Eksekutif Firma Media Partners Asia di Hong Kong, Vivek Couto.

“Mereka dan kita mengetahui bahawa pada akhirnya, sama ada berlaku kemelesetan atau tidak, penduduk di India akan dapat menonton filem,” tambahnya. – Reuters

Kosmo

Pas Perlu Kaji Hubungan Dengan Anwar

23 Aug

BUTTERWORTH, 22 Ogos – Badan Perhubungan UMNO Kedah hari ini menggesa Pemuda PAS mengkaji hubungan baik mereka dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan akrab dengan badan bukan kerajaan (NGO) luar negara.

Setiausaha Kerja badan perhubungan itu Datuk Ariffin Man dalam satu kenyataan akhbar berkata, hubungan akrab Anwar dengan NGO itu, yang tidak dinamakannya, mempunyai agenda yang merugikan ummah dan Islam.

“Sebagai rakan seagama, kami ingin meminta Pemuda PAS mengkaji kemungkinan Anwar diperalatkan oleh pihak terbabit bagi kepentingan dan agenda sempit mereka”, kata beliau.

Katanya, UMNO Kedah khuatir dengan dakwaan Anwar bahawa beliau menjalin hubungan baik dengan pihak-pihak berkenaan bagi kepentingan Islam akhirnya akan menjerat dirinya sendiri dan lebih buruk lagi ia adalah atas dasar untuk beliau meraih cita-citanya menjadi perdana menteri Malaysia.

“Kita telah lihat bagaimana bekas presiden Indonesia Abdur Rahman Wahid tiba-tiba muncul di Malaysia untuk memberi sokongan moral kepada Anwar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan mungkin rakyat Malaysia tidak mengenali siapakah Abdur Rahman tetapi rakyat Indonesia mengenalinya sebagai liberalis yang menggesa Indonesia mengiktiraf kewujudan Israel”, kata beliau.

Ariffin berkata Gus Dur baru-baru ini menerima anugerah Medal of Valour iaitu medal keberanian dari Shimon Wiesenthal Center, sebuah badan pro zionisme dan upacara penganugerahan itu dihadiri oleh tokoh Zionis Amerika dan Israel termasuk pelakon pro Zionis Will Smith, di Amerika Syarikat.

“Lihatlah betapa akhbar Zionis menamakan Anwar sebagi perdana menteri Malaysia akan datang dan sahabat baik beliau Al Gore menyokong beliau dalam blognya dengan tuduhan kononnya kerajaan telah dua kali menggunakan taktik untuk merosakkan imej Anwar”, kata beliau.

Katanya, Pemuda PAS harus sedar bahawa negara-negara Islam lain telah hancur dengan menggunakan taktik memporak-porandakkan pemimpin boneka dan apabila pemimpin boneka itu tidak berguna lagi mereka akan menghabiskan nyawa pemimpin itu dengan kejam seperti yang berlaku terhadap Saddam Hussein.

Utusan Malaysia

Newest Batman Film Wallops More Records

28 Jul

LOS ANGELES – Batman sequel “The Dark Knight” smashed another record Sunday, breaking the mark for the highest take at North American box offices on a film’s second weekend, after its unprecedented 158.4 million debut last weekend, Hollywood figures showed.

According to estimates by theater sales tracker Exhibitor Relations, “The Dark Knight” added another 75.6 million dollars to its take on the Friday-Sunday period in US and Canadian theaters, upping its two-week total to an unparalleled 314.2 million dollars.

Director Christopher Nolan’s follow-up to 2005’s “Batman Begins,” with Christian Bale in the lead and the late Heath Ledger the villainous Joker, topped the previous second-weekend record of “Shrek 2”, after having a week earlier beaten the debut weekend mark of “Spider-Man 3”.

The film is helped by the buzz over Ledger’s performance, who died of an accidental drug overdose in New York in January, with many industry experts speculating that he may win a rare posthumous Oscar.

Far back in second place was “Step Brothers,” a Will Farrell-starring comedy of two middle-aged men still living at home when their respective widowed parents meet and get married.

On its opening weekend “Step Brothers,” directed by Adam McKay, sold an even 30 million dollars in tickets on the weekend, Exhibitor Relations said.

Third was the ABBA musical “Mamma Mia” with a take of 17.9 million in its second weekend, followed in fourth by “The X-Files: I Want to Believe,” which took in 10.2 million on its opening weekend.

In fifth place was “Journey to the Center of the Earth 3D,” which earned 9.4 million in its third week.

Rounding out the top ten were the Will Smith action flick “Hancock,” earning 8.2 million to take its four-week total to 206.4 million; the acclaimed animation “Wall-E,” 6.4 million for a five week take of 195.2 million; “Hellboy II” (4.9 million); “Space Chimps” (4.4 million); and “Wanted” (2.7 million).

With the record contribution on “The Dark Knight,” Exhibitor Relations said that movie theater ticket sales so far this year hit 5.84 billion, virtually the same as last year’s figure at the same time.

– AFP /ls

Channel News Asia